laporan program bina insan guru fasa 4 siri 1 2013

15
Laporan Reflektif Program Bina Insan Guru Fasa 4 Siri 1 /2013 PISMP Semester 4 Kembara Sosial di Kampung Parit Puasa, Parit Sulong Sebelum berlangsungnya Program Bina Insan Guru Fasa 4 Kembara Sosial ini dilaksanakan perjumpaan bersama Penolong Penyelaras BIG, En. Razali serta kumpulan yang terlibat bersama kami iaitu Opsyen Teaching English as Second Language (TESL) 1 dan Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) 1 telah diadakan pada akhir bulan Mei yang lalu iaitu sebelum bermulanya Semester 4. Hal yang demikian kerana kami akan menjalankan aktiviti kembara sosial dan khidmat masyarakat tersebut pada seminggu selepas kuliah Semester 4 bermula. Untuk mengelakkan sebarang kekalutan agar aktiviti tersebut dijalankan tepat pada masanya maka ahli jawatankuasa kerja juga telah dilantik pada perjumpaan tersebut. Dalam hal ini saya mempelajari bagaimana untuk merancang perjalanan aktiviti bagi membuat persiapan awal malah kerjasama dalam membahagikan tugasan masing- masing serta melantik AJK bagi 3 kumpulan yang berbeza. Walaupun begitu, kami dapat mewujudkan kesefahaman dan sebulat suara melantik guru pelatih Joel Duis Kandayon dari MT 1 menjadi pengerusi aktiviti program ini. Hasil perbincangan bersama pensyarah penyelaras BIG, kami bakal ditempatkan di Kampung Batu Putih, Parit Sulung dan guru pelatih diberi peluang untuk tinggal bersama keluarga angkat selama 3 hari 2 malam. Seramai 67 orang guru pelatih yang terlibat dalam aktiviti ini. Perjumpaan bersama opsyen MT 1, RBT 1 dan TESL 1 untuk pelantikan AJK dan pembahagian tugas.

Upload: amoi-kawaii

Post on 03-Sep-2015

58 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Boleh dijadikan sebagai rujukan laporan BIG anda

TRANSCRIPT

Laporan Reflektif Program Bina Insan Guru Fasa 4 Siri 1 /2013 PISMP Semester 4 Kembara Sosial di Kampung Parit Puasa, Parit Sulong

Sebelum berlangsungnya Program Bina Insan Guru Fasa 4 Kembara Sosial ini dilaksanakan perjumpaan bersama Penolong Penyelaras BIG, En. Razali serta kumpulan yang terlibat bersama kami iaitu Opsyen Teaching English as Second Language (TESL) 1 dan Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) 1 telah diadakan pada akhir bulan Mei yang lalu iaitu sebelum bermulanya Semester 4. Hal yang demikian kerana kami akan menjalankan aktiviti kembara sosial dan khidmat masyarakat tersebut pada seminggu selepas kuliah Semester 4 bermula. Untuk mengelakkan sebarang kekalutan agar aktiviti tersebut dijalankan tepat pada masanya maka ahli jawatankuasa kerja juga telah dilantik pada perjumpaan tersebut. Dalam hal ini saya mempelajari bagaimana untuk merancang perjalanan aktiviti bagi membuat persiapan awal malah kerjasama dalam membahagikan tugasan masing-masing serta melantik AJK bagi 3 kumpulan yang berbeza. Walaupun begitu, kami dapat mewujudkan kesefahaman dan sebulat suara melantik guru pelatih Joel Duis Kandayon dari MT 1 menjadi pengerusi aktiviti program ini.

Perjumpaan bersama opsyen MT 1, RBT 1 dan TESL 1 untuk pelantikan AJK dan pembahagian tugas.

Hasil perbincangan bersama pensyarah penyelaras BIG, kami bakal ditempatkan di Kampung Batu Putih, Parit Sulung dan guru pelatih diberi peluang untuk tinggal bersama keluarga angkat selama 3 hari 2 malam. Seramai 67 orang guru pelatih yang terlibat dalam aktiviti ini.

Namun demikian, oleh sebab terdapat beberapa kesulitan yang tidak dapat dielakkan kami telah diarahkan untuk bertukar kampung iaitu Kampung Parit Puasa, Parit Sulung malah tarikhnya juga telah ditunda kepada 28 hingga 30 Jun 2013. Sebelum program tersebut dijalankan kami berkolaborasi dan membuat beberapa kali perjumpaan bersama dua lagi opsyen supaya dapat berbincang tentang perjalanan serta persiapan yang dilakukan bagi setiap AJK kerja. Hal ini kerana, setiap program yang dijalankan perlu dilakukan dengan teliti agar perjalanan program lancar. Latihan demi latihan juga perlu dilaksanakan supaya persembahan yang ditonjolkan menarik minat penduduk kampung.

Sementara itu, sebelum kami menjalankan program tersebut kamu perlu menghadiri sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) supaya dapat memantapkan jati diri serta persediaan sebelum bersama penduduk kampung dan keluarga angkat. Malah, dengan adanya slot LDK ini kami juga dapat mengenali dan menilai tahap diri sendiri. Slot ini telah diadakan pada jam 10 pagi sehingga 11 pagi bertarikh 20 Jun 2013 bersamaan Khamis bertempat di Balai Ilmu Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO). Slot LDK yang berlangsung selama satu jam ini telah disampaikan oleh kauselor jemputan dari IPGKTHO sendiri iaitu Cik Nizatuledayu binti Jamaia.

Aktiviti yang sedang dijalankan semasa sesi LDK 1

Dalam slot pertama ini kami membincangkan tentang Kemahiran Intrapersonal iaitu dimana rakan sendiri akan membuat penilaian terhadap diri kita. Oleh itu guru pelatih telah diarahkan untuk duduk dalam keadaan berpasangan yang mana pasangan tersebut adalah rakan baik kita sendiri. Kami melakukan aktiviti mengenali ciri-ciri, kelebihan dan kekurangan rakan baik dengan menulis ciri-ciri tersebut pada sehelai kertas yang dilekatkan pada badan rakan dan rakan pasangan juga akan melakukan perkara yang sama. Dalam hal ini, saya telah mempelajari perkara baru cara untuk mengenali sifat diri sendiri samaada kelebihan mahupun keburukan yang telah dikemukakan oleh rakan baik sendiri iaitu Aznie Aniezah. Melalui cara ini, saya mengambil langkah positif untuk cara keburukan saya agar menjadi seorang yang lebih baik.

Sementelahan itu, di akhir slot tersebut Cik Nizatul telah memanggil beberapa pasangan untuk membincangkan tentang kebaikan dan keburukan rakan mereka. Walaupun agak kurang senang menceritakan keburukan sendiri namun mereka dapat menilai serta mengubah diri dari negatif kearah positif.

Natijahnya, walaupun slot yang diadakan berlaku dalam jangka yang amat singkat, namun saya dapat mempelajari sesuatu yang amat berharga agar dapat memperbaiki diri ini kearah lebih baik dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Seterusnya, LDK kedua pula telah berlangsung pada 24 Jun 2013 jam 9.00 pagi sehingga 10.30 pagi bertempat di Bilik Persidangan IPGKTHO. Untuk melaksanakan LDK 2 ini kami masih menjemput Cik Nizatul untuk memberi ceramah serta aktiviti slot kedua ini iaitu Kemahiran Interpersonal. Kemahiran ini menguji personaliti individu bagi mengetahui kelebihan dan kelemahan diri sendiri secara jujur dan tulus tanpa ragu-ragu. Hal ini dapat dikaitkan dengan kemahiran yang telah diuji dalam slot LDK yang pertama iaitu kemahiran intrapersonal. Dalam slot LDK 2 ini juga dapat membantu kami sebagai guru pelatih mengetahui kami berada dalam kumpulan yang mana. Ini kerana terdapat empat kategori yang telah diberitahu oleh penceramah iaitu yang pertama Popular Sanguine, yang kedua Perfect Melancholic, yang ketiga Powerful Choleric dan yang keempat ialah Peaceful Phylegmatic.

Aktiviti yang sedang dijalankan semasa sesi LDK 2 : aktiviti mengenal diri

Oleh itu, kami memulakan slot ini dengan menjawab beberapa soalan ujian personaliti supaya kami mengetahui kategori masing-masing. Setiap kategori ini juga diwakili oleh empat jenis burung iaitu burung merak, burung hantu, burung helang dan burung merpati. Setiap burung ini merupakan adalah simbiolik bagi setiap kategori yang mana merujuk kepada empat kategori tersebut. Setelah siap mengira saya serta para guru pelatih lain kemudiannya diarah untuk duduk mengikut kumpulan masing-masing. Cik Nazatul pula mula menerangkan bagi setiap kategori tersebut. Dalam hal ini, saya mewakili kategori yang pertama iaitu burung merak yang melambangkan Popular Sanguine. Motto bagi kumpulan ini ialah Fun! Fun! Fun! hal yang tidak dapat dinafikan ialah saya memang seorang yang pelupa tetapi saya adalah seorang yang bertenaga dan mempunyai semangat yang tinggi bertepatan dengan kekuatan dan kekurangan kategori ini.

Sebagai intiha, saya banyak mempelajari dari slot LDK yang kedua ini. Saya juga menghargai pengalaman yang bermakna ini kerana saya baru mengenali diri saya sendiri secara total. Malah, saya sempat muhasabah diri serta mengakui kekurangan diri ini. Hal ini memberi saya kesedaran agar mengubah diri kearah kebaikan. Hal ini kerana sebagai seorang bakal guru perlulah mengubah dan membina diri ke arah kebaikan agar menjadi contoh bukan hanya kepada murid-murid tetapi juga kepada masyarakat sekeliling. Saya berharap agar program kembara sosial tersebut dapat berjalan dengan lancar dan dapat menyesuaikan diri bersama keluarga angkat saya.

Sesi latihan tarian dan dikir barat pada waktu malam sehari sebelum bertolak ke Kampung Parit Puasa.

Warga MT 1 bertungkus lumus membungkus sumbangan untuk diberikan kepada keluarga angkat masing-masing.

Tanggal 28 Jun 2013 seawal jam 2.00 petang semua guru pelatih telah berkumpul di parkir bas dan bersedia untuk ke kampung yang dituju. Oleh sebab hari tersebut adalah hari Jumaat, maka bertolak lewat sedikit kerana terpaksa menunggu pemandu bas yang baru balik dari solat jumaat. Sementara itu, beberapa orang guru pelatih yang terdiri dari AJK tertinggi dikehendaki bertolak awal jam 8.00 pagi bagi membuat persediaan tempat majlis sepetang bersama keluarga serta perasmian Program Bina Insan Guru. Tepat jam 2.40 petangi kami bertolak ke destinasi yang dituju iaitu ke Kampung Parit Puasa, Parit Sulong. Perjalanan dari institut ke kampung tersebut mengambil masa 40 minit. Kami sempat singgah ke stor peralatan unit GERKO untuk mengambil peralatan untuk sukaneka seperti Bola Jaring, Bola Takraw, tali (Tarik Tali) dan lain-lain lagi.

Ketibaan guru pelatih di Balairaya Kampong Parit Puasa

Setelah sampai ke Balairaya Kampong Parit Puasa, kami mengeluarkan semua peralatan dalam bas termasuk bagasi kami. Tepat jam 4.00 petang majis perasmian penyerahan anak angkat telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPGKTHO En. Koh Kok Hwee bersama-sama ketua kampung bagi Kampung Parit Puasa, Encik Sukono Bin Tumiron. Sebagai simbolik penyerahan anak angkat, isteri ketua kampung tersebut telah menerima 4 orang guru pelatih sebagai anak angkat. Manakala, pelajar-pelajar yang lain juga diumumkan anak angkat bagi keluarga masing-masing. Kami turut memberi beberapa sumbangan seperti beras, minyak, gula dan garam sebagai tanda ingatan. Selepas majlis penyerahan anak angkat tersebut, kami dibawa ke kediaman keluarga angkat masing-masing.

Ketibaan Timbalan Pengarah IPGKTHO En. Koh Kok Hwee untuk merasmikan Program Kembara Sosial Siri 1 bersama-sama ketua kampung bagi Kampung Parit Puasa, Encik Sukono Bin Tumiron.

Penyerahan anak angkat : Keluarga Angkat kami En. Mohd Arbin Bin Rimin

Sebagai seorang guru pelatih, saya menerima keluarga dengan hati yang terbuka dan bersedia dan bersemangat untuk mempelajari serta memahami budaya penduduk kampung tersebut. Malah, saya turut merasai pengalaman pertama tinggal dalam suasana kampung. Pengalaman seperti ini jarang sekali untuk di rasai oleh mana-mana pihak kerana sebagai bakal guru saya dapat membina hubungan sosial dengan masyarakat dan komuniti setempat. Aktiviti ini telah mendedahkan saya kepada kepentingan untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam hubungan sosial. Kemahiran berkomunikasi sangat penting bagi setiap manusia kerana melalui komunikasi segala pesanan dapat disampaikan dengan mudah. Saya sedar sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya sentiasa menjaga dan mempertingkatkan kemahiran komunikasi kerana tugas seorang guru semestinya sentiasa berhadapan dengan masyarakat setempat.

Seterusnya, kami meneruskan aktiviti pertama kami iaitu Program Motivasi Pelajar iaitu Ceramah bersama Ibubapa. Program tersebut telah dikendalikan oleh guru pelatih TESL. Manakala penceramah jemputan tersebut datang daripada pensyarah IPG sendiri iaitu Ustaz Hairudin. Setiap guru pelatih membawa keluarga angkat masing-masing untuk mendengar ceramah tersebut. Melalui program tersebut, banyak yang telah saya pelajari. Walaupun ceramah tersebut adalah ceramah motivasi ibu bapa tetapi saya dapat menimba ilmu berkaitan dengan kekeluargaan. Malah tips mendidik anak juga diperbincangkan dalam slot tersebut. Dalam hal ini, sebagai bakal guru saya dapat merasakan bahawa program seperti ini dapat mendidik jiwa dan memberi kesedaran betapa pentingnya ikatan sesebuah kekeluargaan. Ceramah ini tamat tepat jam 10.30 malam.

Program motivasi Ceramah Ibu Bapa oleh Ustaz Hairudin

Hari kedua berlangsungnya program tersebut, aktiviti gotong royong telah dijalankan. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh guru pelatih dari opsyen RBT. Sebelum aktiviti bermula, ketua aktiviti ini memberi peringatan terhadap pembahagian tugas agar semua berjalan dengan lancar. Dalam hal ini, saya dan 9 orang guru pelatih lain telah diberi tugas untuk membersihkan surau 1 yang diketuai oleh penduduk kampung, En. Sochihan Bokhari. Sampai sahaja di surau tersebut, kami masing-masing terus mengemas, mengelap dan membersihkan kawasan surau tersebut. Sebagai seorang guru, aktiviti kemasyarakatan seperti ini dapat membina jati diri serta sifat empeti yang mendalam. Malah, kerjasama juga penting bagi meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta perpaduan masyarakat. Hal ini kerana saya serta guru pelatih lain dapat berkomunikasi dengan baik semasa menjalankan tugas pembersihan bersama En. Sochihan. Sebagai bakal guru komunikasi penting terhadap masyarakat setempat agar dapat mencapai kesefahaman yang padu seterusnya meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat, bekerjasama dan bertanggung jawab kepada pasukan. Aktiviti tersebut tamat pada jam 11 pagi.

Pembahagian tempat tugasan. Aktiviti gotong royong sedang dijalankan. Penyerahan sumbangan kepada keluarga yang kurang berkemampuan oleh En. Abd. Jabar.

Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti menyumbang sumbangan kepada beberapa keluarga yang kurang berkemampuan. Hanya beberapa guru pelatih dan pensyarah yang terlibat dengan aktiviti ini. Sumbangan yang berbentuk keperluan dapur diserahkan agar dapat membantu keluarga tersebut menringankan beban yang ditanggung. Dalam hal ini saya dapat merasakan bahawa persaan simpati dan empati yang membuak-buak memenuhi diri saya. Sebagai bakal guru, hal ini memberi kesedaran kepada para guru pelatih supaya lebih peka kepada realiti persekitaran, budaya, taraf hidup serta keperluan pendidikan komuniti. Malah, Memupuk kesedaran berbakti secara sukarela kepada masyarakat.

Program kembara sosial diteruskan dengan aktiviti riadah dan permainan pada petang tersebut. Aktiviti ini telah disertai oleh seluruh penduduk kampung mengikut peringkat umur. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh guru pelatih Matematik 1. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh saudara Nelly, Asvenee, Jesie dan saya sendiri. Oleh sebab pengalaman yang lepas mengajar saya untuk berdepan dengan pelajar sekolah maka kali ini saya berhadapan pula dengan penduduk kampung yang merangkumi pelbagai usia menyertai senamrobik ini. Sebagai guru pelatih, saya seharusnya mendidik dan melatih diri agar berani dihadapan khalayak ramai. Hal ini kerana, perasaan gemuruh saya kadangkala melemahkan dan menghakis keberanian yang ada dalam diri ini. Oleh yang demikian, saya cuba dan melatih diri agar berani di hadapan kelompok masyarakat. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan permainan sukaneka yang disertai oleh murid prasekolah dan sekolah rendah. Sementara itu, berlangsungnya permaninan mini bola jaring antara guru pelatih perempuan dan pelajar sekolah menengah dari kampung tersebut. Hal ini dapat mengeratkan silaturrahim antara guru pelatih dan pelajar-pelajar tersebut. Malah, saya dapat juga meningkatkan kemahiran bermain permainan ini setelah lamanya saya meninggalkan sukan tersebut. Selaras dengan itu, guru pelatih lelaki juga mewujudkan suasana berdaya saing dalam permainan sepak takraw bersama dengan lelaki dewasa penduduk kampung tersebut. Dalam hal ini, sebagai guru pelatih kita perlu menerapkan semangat kekitaan bersama penduduk kampung tersebut disamping membina hubungan sosial dengan masyarakat dan komuniti penduduk kampung tersebut. Makanya, guru pelatih telah mewujudkan permainan tarik tali bagi mengukuhkan lagi hubungan tersebut.

Segala persiapan seperti membuat gelanggang bola jaring dan sukaneka giat dijalankan. Sesi senamrobik diketuai saya sendiri, Nelly, Asvenee dan Jesie. Sukaneka dijalankan.

Mewakili guru pelatih menyertai bola jaring. Permainan bola jaring sedang dijalankan. Bersama-sama pelajar sekolah dari Kampung Parit Puasa yang menyertai permainan. Permainan sepak takraw bagi lelaki. Permainan tarik tali juga dapat dijalankan dengan meriah sekali.

Justeru itu, bagi memeriahkan lagi semangat kemasyarakatan di kampung tersebut aktiviti bersambung dengan adanya Malam Persembahan. Pelbagai persembahan yang telah dipersembahkan oleh semua guru pelatih. Pelajar dari opsyen TESL mempersembahkan Drama Muzikal, RBT pula koir dan guru pelatih MT mempersembahkan Tarian Borneo dan Sarawak serta dikir barat. Dalam hal ini saya dapat banyak menimba pengalaman dalam mempelajari bagaimana untuk menari dan berdikir barat. Saya juga dapat menimba pengalaman baru dalam menari tarian borneo disebabkan saya hanya tahu menari tarian zapin sahaja. Malah, dikir barat juga adalah satu pelajaran baru yang amat menyeronokkan. Dalam hal ini, saya mempelajari bahawa jika tida kesungguhan dalam sesuatu perkara maka kita akan gagal. Dengan usaha yang gigih kita akan dapat mencapai kejayaan. Oleh itu, kami dapat mempersembahkan persembahan dengan baik sekali dan mendapat tepukan yang gemuruh. Sebagai bakal guru juga seharusnya fleksibel dalam melakukan apa sahaja demi mendidik anak bangsa.

Persembahan Kebudayaan oleh guru pelatih MT 1, RBT 1 dan TESL 1. Penduduk kampung juga mempersembahkan nyanyian tradisi masyarakat kampung.

Hari terakhir bersama penduduk kampung telahpun tiba. Pagi itu, kami mulakan aktiviti senamrobik dan senam seni yang dianjurkan oleh penduduk kampung. Dalam aktiviti ini, saya merasakan bahawa kemahiran senamrobik meningkat oleh sebab pelbagai teknik dan senaman baru yang telah saya pelajari. Malah, dengan adanya senam seni saya mempelajari pelbagai tarian dari seluruh pelusuk negeri. Sebagai bakal guru, kita perlulah belajar dan terus belajar agar menjadi contoh anak didik kelak. Sementelahan itu, kami bergotong royong atau rewang memasak untuk makan tengah hari. Oleh itu, kami telah menolong dan bekerjasama antara satu sama lain bersama penduduk kampung untuk menjayakan misi masakan ini. Dalam hal ini, saya dapat melihat dan menambah pengalaman memasak dalam kuantiti yang banyak. Pada pendapat saya, amalan bergotong royong ini sebenarnya merupakan satu gambaran sebenar mengenai hidup seorang guru yang berada di sekitar masyarakat. Apabila sudah mengajar kelak guru haruslah berkejasama dengan masyarakat dalam apapupun aktiviti dan menjadi role model kepada masyarakat disekeliling. Bekerjasama dengan masyarakat adalah sikap yang murni dan harus dicontohi oleh setiap guru pelatih apabila menjadi pendidik kelak.

Senamrobik dan senam seni yang dianjurkan oleh penduduk kampung.

Aktiviti rewang yang sering menjadi tradisi masyarakat kampung untuk makan tengah hari.

Tepat jam 11.45 pagi, majlis penutupan telahpun berlangsung. Program Bina Insan Guru(BIG) Kembara Sosial ini secara rasmi telah ditutup oleh YB En Mohd Ismail Bin Roslan iaitu Wakil Rakyat Dun Semerah. Program seperti ini sangat bermakna dan memberi seribu satu pengalaman yang sangat berharga oleh kesemua guru pelatih. Malah, pengalaman itu lah yang akan mematangkan diri masing-masing agar dapat menempuhi cabaran apabila berada di sekolah kelak.

Sambutan kedatangan YB Dun Semerah untuk Majlis Penutupan Rasmi. Majlis penyerahan semula anak angkat juga turut dijalankan.

Bergambar bersama wakil rakyat dun semarahan. Selesai sudah Program Kembara Sosial Bina Insan Guru Fasa 4

Kenangan terindah bersama keluarga angkat.

Bergambar sebelum pulang.

Bergambar bersama Ketua Kampung Parit Puasa.