laporan program anak angkat bina insan guru fasa pertama 2014 mine

Download Laporan Program Anak Angkat Bina Insan Guru Fasa Pertama 2014 Mine

Post on 05-Feb-2016

41 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

LAPORAN PROGRAM ANAK ANGKAT BINA INSAN GURU FASA PERTAMA 2014Pada 9 hingga 11 Oktober yang lalu bersamaan dengan hari khamis hingga sabtu seramai 72 orang guru - guru pelatih semester 4 ambilan Januari 2013 dari IPG Kampus Tun Hussein Onn telah menjalani program anak angkat BIG Fasa IV mereka dengan jayanya. Tujuan utama program ini adalah bagi memenuhi arahan tugasan yang dikeluarkan oleh iPG untuk matapelajaran WAJ 3143 serta mengadaptasikan guru - guru pelatih dengan sarat ranjau yang bakal dilalui apabila mereka memasuki alam profesion perguruan sebenar yang menanti khidmat guru - guru pelatih. Program ini dijadualkan untuk berlangsung selama tiga hari dua malam bertempat di Kampung Batu Putih, Batu Pahat. Kami turut ditemani oleh empat orang tutor selaku penasihat dan pemantau opsyen masing - masing. Opsyen yang dimaksudkan adalah seperti PP-SJKT, PP-SJKC, TESL-SK dan BC-SK. Oleh kerana kumpulan yang dipilih terdiri daripada guru - guru pelatih berbilang kaum,maka tidak hairanlah silaturahim yang jitu dapat disemadikan dalam sanubari setiap guru pelatih yang mengambil bahagian.HARI PERTAMASebagaimana yang dirancang, guru - guru pelatih telah diarahkan untuk berkumpul di astaka tepat pada pukul 10.00 pagi bagi menunggu bas sebelum bertolak ke destinasi yang dituju. Oleh kerana pihak penganjur menghadapi sedikit kekangan untuk menyediakan dua buah bas, maka sebuah bas telah ditempah terlebih dahulu untuk bergerak secara ulang - alik. Berikutan, guru - guru pelatih dibahagikan kepada dua kumpulan. Opsyen PP -SJKC dan BC - SK telah tiba awal di Kampung Batu Putih iaitu pada jam 11.00 pagi berbanding kumpulan PP - SJKT dan TESL - SK yang sampai ke lokasi pada pukul genap 1 petang. Setelah semua orang sampai, kami telah diagihkan tugasan untuk membersihkan, menghias dan menceriakan Balai Raya yang nampak agak suram untuk Majlis penyerahan keluarga angkat pada sebelah petang nanti. Pada pukul 3 petang, majlis sepetang bersama masyarakat Kampung Batu Putih berlangsung dengan lancar.Selepas majlis perasmian yang diikuti dengan penyerahan keluarga angkat tersebut, semua ahli peserta BIG telah mengikuti keluarga angkat mereka balik ke rumah masing - masing. Untuk makluman, setiap keluarga dianugerahkan dengan sekurang - kurangnya dua orang anak angkat dan ketua kampung sendiri dengan relanya menerima 7 orang anak angkat. Ada rumah yang terletak dekat dengan kawasan sekeliling balai raya tersebut. Maka, guru - guru pelatih menggunakan kenderaan ringan seperti motosikal untuk balik ke rumah. Guru - guru pelatih yang ditempatkan agak jauh daripada tempat itu dibawa dengan kereta dan ada juga yang berkongsi kereta kerana keluarga mereka tidak mampu untuk memiliki kemewahan sedemikian. Yang menyusul adalah aktiviti suai kenal bersama dengan keluarga. Ia merupakan langkah wajar untuk guru - guru pelatih menimba suatu pengalaman yang baru lebih - lebih lagi bersama masyarakat Melayu yang hidup aman dan damai di kawasan kampung sekaligus mengenali dan menghormati serta mengikuti makanan, adat dan budaya mereka.Pada jam 9 malam setelah bersiap sedia, kami sepatutnya mengikuti ceramah dan program motivasi pelajar. Walau bagaimanapun,aktiviti tersebut gagal dilaksanakan atas sebab - sebab tertentu tetapi menyediakan peluang bagi guru - guru pelatih bersungguh - sungguh mempersiapkan persembahan mereka bagi malam kebudayaan yang akan dilaksanakan pada hari esok umpama di sebalik setiap kekurangan akan ada juga kelebihannya. Semua peserta BIG diwajibkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam persembahan tersebut kerana dapat dikenang selalu dan sememangnya akan mewujudkan nostalgia manis buat penduduk Kampung Batu Putih yang belum pernah merasainya sebelu itu. Setelah berlatih sampai 11 malam, baru kami balik ke rumah keluarga angkat untuk meluangkan masa selebihnya bagi bersantai dan berbual - bual bersama mereka.GAMBAR - GAMBAR HARI PERTAMA

Guru - guru pelatih yang sabar menunggu bas dengan bagasi mereka.

Perbincangan dalam opsyen berkaitan program tiga hari yang bakal dilalui

Penerangan ringkas pengerusi BIG FASA IV mengenai aktiviti yang bakal berlangsung

Taklimat umum tentang keselamatan oleh Encik Nahar selaku ketua unit jabatan kokurikulum

Menyusun barang - barang ke dalam bas

Sesi bergambar

Bergotong - royong membersihkan balai raya

Menyusun barang - barang untuk keluarga angkat

Upacara penyerahan anak angkatHARI KEDUAAktiviti hari kedua bermula pada pukul 8 pagi. Kami berkumpul di Balai Raya setelah bersarapan di rumah masing - masing. Selepas dibahagikan kepada tiga kumpulan, kami diminta untuk bergotong - royong bagi kawasan yang telah ditetapkan. Kawasan yang ingin dibersihkan adalah seperti luaran dan dalaman tadika dan sekitar kawasan Balai Raya. Setiap opsyen dipertanggungjawabkan dengan lokasi pilihan mereka. Mural juga berjaya dihasilkan oleh guru pelatih bagi menceriakan dan mengindahkan lagi kawasan Tadika tersebut. Tema yang dipilih pula bersesuaian dengan tahap umur kanak - kanak Tadika supaya mereka dapat belajar dalam keadaan yang menyeronokkan dan tidak menekan. Aktiviti gotong - royong yang dilangsungkan selama empat jam ini tampak lebih sempurna sehingga memberi wajah baru buat balai raya dan juga tadika tersebut.Oleh kerana aktiviti gotong - royong tadi mengambil masa yang agak lama, ada guru pelatih yang tidak berpeluang untuk melaksanakan kembara sosial bersama keluarga angkat. Namun ada juga guru pelatih yang sempat pergi ke tempat di mana sejarah nama batu putih wujud. Mereka berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang ditimba dengan rakan - rakan yang lain.Pada jam 4 petang, aktiviti sukaneka telah diadakan oleh AJK Sukaneka. Terdapat dua jenis permainan yang menarik khususnya untuk kanak - kanak kecil yang dibimbing oleh guru pelatih. Pada umumnya, aktiviti - aktiviti dijalankan dengan lancar dan semua kanak - kanak Kampung Putih telah bermain dengan girang gembira. Seterusnya sukaneka disusuli dengan pertandingan Futsal antara remaja lelaki Kampung Batu Putih dan guru pelatih lelaki IPTHO. Kanak - kanak perempuan pula berlawan dengan guru pelatih perempuan IPTHO bagi pertandingan bola jaring. Sukaneka pada slot tersebut berakhir dengan acara penutup tirai dan penyampaian hadiah bagi para pemenang. Semua aktiviti sampai kepada penghujungnya pada jam 7 petang dan kami pun balik ke rumah keluarga angkat masing - masing serta membuat persediaan untuk persembahan malam kebudayaan.Pada jam 9 petang, persembahan malam kebudayaan telah dilancarkan secara rasminya. Setiap opsyen mempunyai dua jenis persembahan yang bervariasi untuk dipersembahkan kepada warga penduduk yang hadir pada malam itu. Terdapat lapan jenis persembahan keseluruhannya dan dua persembahan daripadanya adalah hasil usaha kanak - kanak tadika Kampung Batu Putih sendiri. Antara jenis persembahan yang dimaksudkan ialah seperti tarian, nyayian, pertunjukan fesyen dan sebagainya. Setiap persembahan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada penonton serta tepukan yang gemuruh memeriahkan lagi suasana pada malam tersebut. Selepas kami minum malam, pensyarah pembimbing BIG kami iaitu En. Razali telah memberikan sedikit refleksi tentang program pelaksanaan BIG kali ini. Beliau juga berharap agar kami akan berasa suka dengan BIG kali ini serta lebih memahami kebudayaan kaum lain suaya dapat menjamin ikatan silaturahim yang erat antara satu sama lain. Kemudian, kami bersurai pada jam 11.30 malam dengan keluarga angkat masing - masing.GAMBAR - GAMBAR HARI KEDUA

Kawasan balai raya yang dibersihkan

Mengelap cermin

Pokok kelapa yang ditebang

Pokok kelapa yang ditebang

Mural yang dilukis

Mengecat dinding

Mencuci kolam

Kanak - kanak yang sudah bersiap sedia

Permainan mencari gula - gula dalam tepung

Memasukkan air ke dalam botol menggunakan span

Permainan futsal antara kaum lelaki

Persembahan tarian kanak - kanak tadika

Tarian sabah

Drama yang mencuri tumpuan orang ramai

Pasukan kompang

Taklimat En. Razali