1.0 matlamat dan objektif program bina insan guru · pdf fileprogram bina insan guru yang akan...

25
1 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) 1.1 Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan 1.2 Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. 1.3 Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. 1.4 Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. 1.5 Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial 1.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM PERKHEMAHAN BINA INSAN GURU (BIG) Adalah untuk memberi peluang kepada guru pelatih : 1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. 2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti 3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. 4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. 5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. 6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan sosial. 8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. 9. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan

Upload: lamkhanh

Post on 30-Jan-2018

657 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

1

1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

1.1 Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks

untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir

secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan

1.2 Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza

dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.

1.3 Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

1.4 Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara

aktif dalam kumpulan.

1.5 Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial

1.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM PERKHEMAHAN BINA INSAN GURU (BIG)

Adalah untuk memberi peluang kepada guru pelatih :

1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran

yang berbeza.

2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti

3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif

terhadap kerjaya keguruan.

5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan

penampilan diri yang sesuai.

6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan sosial.

8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara

berkumpulan.

9. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta

mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan

Page 2: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

2

2. CARTA ALIR

WAJ 3114

(PELAKSANAAN BINA INSAN GURU IPGKSAH)

Surat pelantikan untuk Penyelaras dikeluarkan sebagai punca kuasa bagi

menjalankan tugas secara resmi 1

Penyelaras menyediakan draf perancangan selepas menerima arahan daripada

Pengarah/Timbalan Pengarah/KUK 2

Penyelaras membentang draf perancangan dalam Mesyuarat Unit Kokurikulum

3

KUK membentang draf perancangan dalam Mesyuarat Perancangan ABM/M3P

4

Surat pelantikan untuk AJK Kerja/Pelaksanaan dikeluarkan setelah mendapat

kelulusan dari pihak Pengurusan Tertinggi sebagai punca kuasa bagi

menjalankan tugas secara resmi 5

Penyelaras menerima dan menyemak Cadangan Kertas Kerja Program Bina

Insan Guru dari Tutor/Mentor/Guru Pelatih mengikut siri-siri dan semester 6

Penyelaras menghantar Cadangan Kertas Kerja Program Bina Insan Guru

kepada KUK untuk dipanjangkan kepada Tuan Pengarah bagi mendapat

kelulusan 7

KUK menyerahkan Cadangan Kertas Kerja Program Bina Insan Guru yang telah

diluuskan kepada Penyelaras untuk di serahkan kembali kepada Tutor/Guru

Pelatih 8

Guru Pelatih mengadakan mesyuarat AJKnya bagi tindakan lujnah-lujnah

contohnya menempah bas 2minggu awal dari tarikh program 9

Mula

Page 3: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

3

Surat panggilan mesyuarat untuk AJK Kerja/Pelaksanaan dikeluarkan bagi

menjalankan tugas mengikut siri-siri program Bina Insan Guru sepanjang

semester 10

Surat pelantikan Ketua Jurulatih/Jurulatih /QM Alatan/QM Makanan/QM

Keselamatan&Kebajikan/Fasilitator/Tutor/Urusetia/AJK lain yang dikeluarkan

mengikut program yang dirancang sepanjang semester 11

Penyelaras/Tutor memberi taklimat awal &akhir kepada Guru Pelatih mengenai

program Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12

Perjumpaan diantara Guru Pelatih dengan AJK Kerja/Tutor 1hari sebelum untuk

semak alatan dan bekalan yang akan dibawa untuk program BIG 13

Bas akan bertolak pada jam 0800hrs dan Tutor hendaklah bersama-sama

menaikki bas dengan guru pelatih sehingga ke lokasi program 14

Kem Kom/Ketua Jurulatih/Jurulatih/QM/Fasilitator /Tutor dan guru pelatih

hendaklah sentiasa berada di lokasi program kecuali dengan kebenaran 15

Kem Kom pastikan semua yang terlibat mengambil bahagian dalam semua

aktiviti yang dirancang dan dijalankan mengikut jadual /tentatif program 16

Ketua Jurulatih pastikan semua jurulatih /fasilitator /tutor berada di lokasi

aktiviti mengikut masa yang ditetapkan supaya mudah pengagihan tugas dibuat

17

Mesyuarat SWOT perlulah dilakukan oleh Kem Kom /Ketua jurulatih apabila

selesai melakukan aktiviti-aktiviti di hari pertama,kedua dan seterusnya 18…

Tutor hendaklah sentiasa bersama guru pelatih semasa aktiviti supaya penilaian

dan pemberian markah adalah lebih sinonim dan realistik 19

Page 4: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

4

Guru pelatih yang sakit dan cedera hendaklah diambil tindakan segera oleh

sesiapa yang berdekatan dan laporkan pada Kem Kom segera untuk tindakan

lanjut 20

QM Kebajikan &Keselamatan bawa guru pelatih pesakit ke klinik@hospital

dengan segera dan hubungi keluarga (jika perlu) 21

Jika ada kematian semasa program Kem Kom hubungi pihak Pengurusan

Tertingi IPGKSAH yang akan menghubungi keluarga si mati 22

Tutor hendaklah menyerah markah penilaian guru pelatih dengan segera

setelah selesai program dan laporan program seminggu dari tarikh

programkepada Penyelaras BIG 23

Penyelaras /Penolong Penyelaras mengisi markah yang diterima dari Tutor

dalam BKKP dan seterusnya menyerahkannya kepada KUK untuk di bawa ke

mesyuarat peperiksaan 24

KUK / Penyelaras / Ketua Pensyarah Penasihat memantau pelaksanaan

Kokurikulum dari semasa ke semasa 25

Penyelaras membuat laporan tentang keberkesanan pelaksanaan programBina

Insan Guru dan membentangkannya dalam mesyuarat AJK Pelaksanaan / Unit

KoKurikulum IPGKSAH 26

KUK membuat laporan tentang keberkesanan pelaksanaan programBina Insan

Guru dan membentangkannya dalam mesyuarat MPPP/ JK Kurikulum /

PraMKSP 27

TAMAT

Page 5: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

5

3. JAWATANKUASA PENGURUSAN BINA INSAN GURU (BIG) 2014

Penasihat : Pengarah

Pengerusi : Timbalan Pengarah

Setiausaha : KU Kokurikulum

Bendahari : Pegawai Eksekutif Kanan

Aktiviti : Ketua Jurulatih

Kerohanian : KJ Pendidikan Islam dan Moral

Peralatan : KU Kokurikulum

Penilaian : KU Peperiksaan dan Penilaian

LDK : KU Kaunseling

Makanan : KU Kokurikulum

Senarai Tugas :

1. Pengerusi : Mempengerusikan mesyuarat perancangan

: Mengawal selia perancangan program dan pemantauan

2. Setiausaha : Menyediakan laporan, surat menyurat , minit mesyuarat dan pemantauan keseluruhan

program.

3. Bendahari : Menyediakan belanjawan dan laporan kewangan

4. Kerohanian : Mengendalikan aktiviti kerohanian/ moral dan mengenalpasti fasilitator

5. Peralatan : Menyediakan peralatan perkhemahan, peralatan masak, siaraya, dan bahan alat tulis

6. Makanan : Mengurus bekalan makanan, mengawal kuantitit bekalan makanan,

kebersihan makanan.

7.Aktiviti : Merancang , mengendali dan memantau aktiviti, memilih dan menentukan

jurulatih/fasilitator

8. Kebajikan dan Keselamatan : Menyediakan peralatan kecemasan, ubat-ubatan,

menguruskan pengangkutan dan insuran peserta

9. Penilaian : Menyediakan borang penilaian dan fail, memantau penilaian.

Page 6: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

6

4. JAWATANKUASA PELAKSANAAN BINA INSAN GURU 2014

Pengerusi : Ketua Unit Kokurikulum

Timb.Pengerusi : Penolong Ketua Unit Kokurikulum

Setiausaha/Penyelaras : En.Shuid bin Abdul Kadir

Penolong Penyelaras 1 : En.Azhar bin Mansor

Penolong Penyelaras 2 : En.Mohd Zainuri bin Embi

Ahli Jawatankuasa:

1. Kem Komandan : Ketua Unit Kokurikulum

2. Ketua Jurulatih : En. Nazri bin Bedin

3. Jurulatih Air : En.Nurizan bin Abdul Rashid

4. Jurulatih Darat : En. Sajahan bin Abdul Majid

5. QM Makanan : Pn.Salmiah binti Said

6. QM Alatan : En.Mohd Zainuri bin Embi

7. QM Logistik/Bekalan : Tn. Hj. Hassan bin Jaafar

8. Kebajikan : Cik Noor Hayati bin Ariffin

9. Malaysia Cergas/Kawad : En.Ruslan bin Hussein

10. Kerohanian dan Moral : KJ Pendidikan Islam dan Moral

11. Latihan Dalam Kumpulan : KU Kaunseling

12. Keselamatan dan Kecemasan : En. Ng Kheng Loon

13. Pengangkutan dan Penginapan : En. Khairul Azli bin Mat Zen

14. Penilaian dan Pentaksiran : KU Peperiksaan dan Penilaian

15. Seranta : Tn. Hj. Ruslan bin Saad

Page 7: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

7

5. SPESIFIKASI DAN DISKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB

5.1. TUTOR

i Setiap pelajar mengisi borang BOR-PPK-PT-07-03

ii Setiap pelajar mengambil insurance

iii Merancang dan mengurus fasa-fasa BIG

iv Mengiringi pelajar ke tapak perkhemahan

v Menyertai setiap aktiviti bersama pelajar

vi Membantu jurulatih dan fasilitator

vii Mengisi markah bagi semua fasa BIG dan serah pada Penyelaras BIG

5.2. PENYELARAS

i Taklimat pelaksanaan BIG Jurulatih,tutor dan semua AJK

ii Taklimat perlaksanaan BIG peserta/pelajar

iii Memilih&memastikan tapak perkhemahan

iv Memastikan peralatan dalam keadaan baik&selamat digunakan

v Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti polis,bomba&hospital terdekat

vi Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas

vii Memastikan peserta memulakan perjalanan di institute dan tamat di institut

viii Memastikan ubat-ubatan dan peralatan di bawa bersama

ix Memastikan semua peserta /pelajar dalam keadaan sihat sebelum,semasa dan selepas aktiviti BIG

x Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik

xi Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk digunakan

Page 8: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

8

SPESIFIKASI DAN DISKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB

5.3. KEM KOMANDAN

i Tiba lebih awal di tapak perkhemahan

ii Memastikan tapak perkhemahan selamat dan ada kemudahan air dan

eletrik

iii Memastikan semua jurulatih ,fasilitator dan tutor /mentor yang dillantik

sampai di tapak perkhemahan sebelum memulakan aktiviti

iv Taklimat kepada jurulatih ,fasilitator dan tutor /mentor tentang

spesifikasi tugas dan keselamatam pelajar

v Taklimat kepada peserta/pelajar tentang spesifikasi tapak perkhemahan

vi Memastikan semua peserta/pelajar menduduki kawasan yang telah

disediakan

vii Menentukan kawasan /tempat yang selamat untuk berkumpul

sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini/waktu kecemasan

viii Menerima laporan ketua jurulatih

ix Menerima laporan QM Kebajikan &Keselamatan

x Menerima laporan QM Peralatan

xi Menerima laporan QM Makanan

xii Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya

1 hari selepas perkhemahan

xiii Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik serta

buat laporan pada yang hilang /rosak

xiv Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu

program BIG contohnya polis,polis marin,jabatan hutan dll

xv Memastikan laporan penilaian dihantar kepada KetuaUnit

Penilaian&Pentaksiran IPGKampus

(selewat-lewatnya satu minggu selepas perkhemahan)

Page 9: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

9

SPESIFIKASI DAN DISKRIPSI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB

5.4. JURULATIH AKTIVITI KETAHANAN

i Membuat tinjauan awal ke lokasi aktiviti

ii “Head count” untuk memastikan semuanya selamat

iii Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat

digunakan

iv Membuat laporan sekiranya kehilangan/kerosakan

peralatankepada QM Peralatan

v Melapor keadaan /perubahan struktur mukabumi di lokasi

aktiviti kepada Kem Komandan

vi Menunjukkan cara menggunakan peralatan dengan betul dan

selamat

vii Memberi penerangan tentang keselamatan diri

viii Mengenalpasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan

pelajar sebelum melaksanakan aktiviti

ix Menyediakan satu plan tindakan sekiranya berlaku kemalangan

semasa aktiviti

Page 10: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

10

6. SENARAI SEMAK : STRUKTUR PERLAKSANAAN BINA INSAN

GURU(BIG)PISMP

BIL

PROGRAM/AKTIVITI

TAHUN 1

TAHUN 2

TAHUN 3

JUMLAH

JAM S1

S2

S3

S4

S5

S6

1 Perkhemahan 1 (4H+3M) (Untuk Pengisian : Rujuk Proforma Semester Berkenaan)

X

(45j)

45

2

Aktiviti Kemasyarakatan (Untuk Pengisian : Rujuk Proforma Semester Berkenaan)

X

(7j)

X

(7j)

X

(5j)

19

3

Lawatan”bench- marking” (Untuk Pengisian : Rujuk Proforma Semester Berkenaan)

X

(7j)

X

(7j)

14

4

Kursus/Bengkel/Seminar (Untuk Pengisian : Rujuk Proforma Semester Berkenaan)

X

(3j)

X

(3j)

X

(3j)

X

(3j)

12

5

Perkhemahan ll (3H+2M) (Untuk Pengisian : Rujuk Proforma Semester Berkenaan)

X

(30j)

30

JUMLAH JAM

120

Page 11: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

11

7.SENARAI SEMAK : PERINCIAN STRUKTUR PERLAKSANAAN BINA INSAN GURU

(BIG)PISMP

SEMESTER

PROGRAM/AKTIVITI

TAJUK KANDUNGAN JAM

1 (45Jam)

1.perkhemahan 1 Aktiviti : 1.mendirikan dan menguruskan perkhemahan: -perancangan,pemilihan tapak,pembahagian tugas -pembinaan khemah,penyediaan dan penyajian makanan -pembubaran khemah 2.malaysia cergas dan patriotrtik; -Nyanyian patriotic -menaikkan bendera Kawad kaki -senamrobik/aktiviti kalistenik 3.latihan dalam kumpulan (LDK): -icebreaking -personaliti guru dan konflik pesonalti -realiti persekitaran -realiti diri dan motivasi guru -perubahansikap -pembinaan self-esteem 4.kembara dan orienteering: -berjalan merntas rimba -berjalan lasak -aktiviti penghayatan alam -penggunaan kompas dan lakaran -penyelesaian masalah 5.aktiviti di air : -keselamatan di air -apungan -kemahiran asa renang -kemahiran asa menyelamat -kemahiran berkayak 6.tazkirah/aktiviti moral 7.persembahan kumpulan 8.refleksi: -refleksi aktiviti -refleksi umum -penulisan refleksi

Perlu mengambil kira domain kandungan kurikulum kursus di bawah sepanjang perlaksanaan Berjiwa merdeka dan perkasa: +membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan +membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah +membina kemahiran mengurus perubahan Kerohanian dan akhlak keguruan: +mengenali dan menilai potensi diri insane guru -potensi kendiri -personaliti kerjaya -citra diri insan guru +membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan +menghayati nilai,etika dan akhlak keguruan Berilmu ,beramal dan berbakti: +mengamalkan semangat berpasukan,kerjasama dan tanggungjawab +menghayati konsep kerja sebagai ibadah Berakauntabiliti dan amanah: +berakauntabiliti kepada profession keguruan +memahami realiti persekitaran dan responsive secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran berkenaan Berdaya tahan yang tinggi: +meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani,emosi rohani dan social Kreatif dan inovatif: +membina kemahiran berfikir aras tinggidan berupaya menjana pemikiran baru +membuat refleksi secara kritikal ke atas pengalaman . kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan

Perkhemahan 4hari 3malam (45jam)

Page 12: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

12

7.1.SENARAI SEMAK : PERINCIAN STRUKTUR PERLAKSANAAN BINA INSAN GURU

(BIG)PISMP

SEMESTER PROGRAM/AKTIVITI

AKTIVITI KEMASYARAKATAN=7jam

LAWATAN BENCH MARKING

KURSUS/BENGKEL/SEMINAR=3jam

2 (10j)

1.jenis khidmat kemasyarakatan: -khidmat sosial &kebajikan(rumah kebajikan,anak yatim,hospital dll) -bantuan bencana(banjir,kebakaran ,dll) -gotong royong(bersih tanah kubur,rumah ibadat,dll)

2.khidmat pendidikan kepada komuniti: -kelas tambahan -klinik subjek/bimbingan pembelajaran -kem motivasi/kerjaya -kempen kesedaran pendidikan

1.Ceramah/ Bengkel Tema ceramah/bengkel/seminar: 1.Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang: -guru sbg insan mulia -kualiti peribadi&profesinalisma seorang guru -pembelajaran berterusan&seluas hayat

2.Guru Dan Hubungan Komuniti: -cabaran guru merealisasikan pendemokrasian pendidikan -guru sbg ejen perubahan masyarakat -hubungan sekolah dan komuniti kea rah pembangunan pendidikan

3.Guru Dan Akauntabiliti Profesionalisma: -pembinaan semula sikap ke arah perkhidmatan pendidikan bertaraf dunia -etika &moral professional -dasar &wawasan pendidikan dan implikasinya kepada peranan dan t/jawab guru

3 (10j)

1.Jenis Khidmat Kemasyarakatan:7j -khidmat sosial &kebajikan(rumah kebajikan,anak yatim,hospital dll) -bantuan bencana(banjir,kebakaran ,dll) -gotong royong(bersih tanah kubur,rumah ibadat,dll)

2.Khidmat Pendidikan Kepada Komuniti: -kelas tambahan -klinik subjek/bimbingan pembelajaran -kem motivasi/kerjaya -kempen kesedaran pendidikan

1.Bengkel:3j -Merancang ,Mengendali dan Menghadiri Bengkel

2.Tajuk Bengkel: +Etiket Sosial Dan Protokol: -Pengucapan Awam -Kesantunan Berbahasa -Kemahiran Mendengar Secara Efektif -Tertib Di Meja Makan -Pengendalian Majlis Resmi(Susunataur Tempat Kedudukan,Pengacara,Sambutan Tetamu -Etika Berpakaian

Page 13: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

13

7.2.SENARAI SEMAK : PERINCIAN STRUKTUR PERLAKSANAAN BINA INSAN GURU

(BIG)PISMP

SEMESTER PROGRAM/AKTIVITI

AKTIVITI KEMASYARAKAT

AN

LAWATAN BENCH MARKING

KURSUS/BENGKEL/SEMINAR

PERKHEMAHAN II

4 (35j)

1.jenis khidmat kemasyarakatan:(5j) -khidmat sosial &kebajikan(rumah kebajikan,anak yatim,hospital dll) -bantuan bencana(banjir,kebakaran ,dll) -gotong royong(bersih tanah kubur,rumah ibadat,dll)

2.khidmat pendidikan kepada komuniti: -kelas tambahan -klinik subjek/bimbingan pembelajaran -kem motivasi/kerjaya -kempen kesedaran pendidikan

-

-

(Perkhemahan 3hari 2malam=30j) 1.penyedlaan tapak dan mendirikan khemah 2.interaksi dengan komuniti setempat 3.aktiviti kerohanian/moral 4.malaysia cergas dan menaikan bendera 5.latihan dalam kumpulan(LDK) 6.kembara social 7.refleksi

5

(10j)

-

Lawatan Bench Marking:7j (merancang dan mengadakan lawatan benchmarking dan sediakan satu lapotran reflektif mengenainya) Lawatan Ke Sekolah Cemerlang/Sekolah Harapan Negara/Sekolah Inovasi: +ciri-ciri kepimpinan -jenis kepimpinan +Pengurusan -sistematik -misi sekolah -visi sekolah +iklim sekolah/budaya sekolah +infrustruktur/infostruktur -makmal:bahasa,sains,biologi,fizik -pusat sumber -pembelajaran kendiri -bilik-bilik khas m/pelajaran -kios pembelajaran

1.Bengkel :3j Tema bengkel; Pengurusan Pendidikan -guru dan perundangan -mandat -akta 550(1996) -pekeliling perkhidmatan -fungsi JPN dan Sektor-sektor -fungsi dan peranan PPD/zon/Bahagian dan PKG

-

Page 14: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

14

7.3.SENARAI SEMAK : PERINCIAN STRUKTUR PERLAKSANAAN BINA INSAN GURU

(BIG)PISMP

SEMESTER

PROGRAM/AKTIVITI

AKTIVITI KEMASYARAKATAN

LAWATAN BENCH

MARKING

KURSUS/BENGKEL/SEMINAR PERKHEMAHAN II

6 (10j)

-

2.Lawatan Benchmarking=7j Interaksi Professional Dengan Guru Cemerlang +Innovasi Pedagogi Dengan Guru Cemerlang +Amalan P&P Guru Cemerlang +Ciri-Ciri Profesionalisme Dan Komitmen Guru Cemerlang +Laporan Dan Penilaian Reflektif

1.Bengkel=3j Menghadiri bengkel Tema bengkel +Guru Inovatif -ciri-ciri guru yang inovatif +Bengkel-Refleksi BIG(Wajib)Dari Sem.1 hingga 6 +Mentadbir Ujian Postinventori Self Direct Search(SDS) Dan Inventori Konflik +Interpritasi Dapatan Ujian +Refleksi BIG

-

NOTA : Dalam setiap aktiviti/program yang dijalankan dalam semua semester mestilah dimasukan elemen-elemen enam

domain penting iaitu berjiwa merdeka dan perkasa: kerohanian dan akhlak keguruan: berilmu ,beramal dan berbakti:

berakauntabiliti dan amanah: berdaya tahan yang tinggi:kreatif dan inovatif:

Disediakan oleh: Disemak oleh :

_______________________________ ________________________________

(Nama: ) (Nama: )

Page 15: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

15

Nama :……………………………… ……….. Tarikh : …………………………………….

Kump:………………………………………… Siri : …………………………………….

Nama Tutor : ………………………………… Tempat : ……………………………………

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM,

PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM PERKHEMAHAN BIG

Peraturan dan arahan tetap perkhemahan program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan

supaya program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai

objektif. Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut:

1. Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap

aktiviti BIG.

2. Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara

satu sama lain.

3. Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang

perkhemahan .

4. Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila

masuk waktu solat.

5. Peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan.

6. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan.

(Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran)

7. Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan.

8. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan

kawasan.

9. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam

sekitar.

10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran.

11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang

perkhemahan adalah ditegah.

12. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama ) dan dilarang

memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan.

13. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan.

14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.

15. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 12.00 tengah malam.

16. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya.

17. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan.

Page 16: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

16

18. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran.

19. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian.

20. Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran.

21. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih /

fasilitator.

22. Komunikasi dengan pihak luar adalah DILARANG kecuali dengan pihak pengurusan tapak perkhemahan.

23. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.

24. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang

dilaksanakan.

25. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa

Keselamatan / Urusetia. Selepas diadili dan peserta di dapati bersalah maka peserta boleh dipertimbangkan

samada LULUS atau GAGAL.

26. Sekiranya berlaku keadaan kecemasan, pengawal/Jurulatih yang bertugas sila ambil tindakan dengan serta

merta dan dimaklumkan kepada Ketua Jurulatih / Penolong Ketua Jurulatih/Jurulatih

27. Jika ada sebarang masalah sila hubungi Ketua Jurulatih/Penolong Ketua Jurulatih/Jurulatih yang bertugas.

PERINGATAN

Semua petugas yang dilantik / tutor diminta berada di tapak perkhemahan dari mula sehingga tamat aktiviti perkhemahan.

Mentor / tutur diminta bersama pelajar pada setiap aktiviti yang dijalankan.

Kem Komandan perlu memastikan kenderaan kecemasan disediakan dan berada 24 jam di kawasan perkhemahan.

Page 17: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

BINA INSAN GURU

SIRI :………………………………………..

TARIKH :…………………………………

INVENTORI PERSONALITI SIDEK

Nama : Tarikh Ujian :

Jantina : No.KP. :

Etnik : Agama :

Umur : Jab./Unit :

Kaunselor :

IPS Arahan: A Inventori Personaliti Sidek ini mengandungi 160 pernyataan. Bermula dengan nombor satu, rekodkan

jawapan anda pada borang jawapan yang disediakan.

B. Jika pernyataan itu menerangkan diri anda, hitamkan (Y) dan jika tidak menerangkan diri anda, hitamkan (T)

pada borang jawapan yang disediakan.

C. Jika anda menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu pernyataan itu menerangkan diri anda

ataupun tidak, pilih jawapan yang anda rasa paling selesa.JAWAB SEMUA SOALAN.

1

Page 18: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

18

Bil.

Item

Ya

Tidak

1. Selesa memberitahu kawan-kawan mengenai apa-apa sahaja

yang ada dalam fikiran saya

2. Lebih suka bekerja dengan idea-idea dari bekerja dengan data dan benda

3. Suka melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri dari mengikut struktur yang telah ditetapkan

4. Merasa selamat bila saya tahu orang yang saya percayai berada di samping saya

5. Suka menghadiri majlis-majlis kenduri dan perkahwinan

6. Suka membuat kritikan yang membina mengenai apa-apa sahaja

bahan yang saya baca

7. Lebih selesa tinggal di kawasan yang tidak mempunyai ramai jiran tetangga

8. Sukakan suasana kehidupan yang berubah-ubah.

9. Tidak mudah kecewa apabila berhadapan dengan masalah-

masalah yang rumit

10. Selalu mengelak dari bertanya kerana takut akan salah

11. Mempunyai keinginan supaya orang lain menganggap diri saya

sebagai pemimpin

12. Menolong sedaya upaya kawan-kawan yang menghadapi masalah

13. Mengharapkan sanjungan dari kawan-kawan untuk mengelakkan diri dari rasa tertekan

14. Suka kepada kerja-kerja yang mempunyai struktur yang jelas

15. Mengharapkan supaya orang lain menganggap saya sebagai seorang yang amat berjaya

16. Setakat ingatan saya, saya tidak pernah meradang dengan

sesiapa

17.

Selesa meminta pertolongan dari kawan-kawan dan ahli-ahli

profesional bila menghadapi masalah

18. Memikirkan secara kritikal setiap perkara yang saya buat

dan lihat

19. Memikirkan sendiri cara-cara untuk menyelesaikan masalah

yang saya hadapi

20. Mengelak dari memperkatakan perkara-perkara yang boleh menyebabkan orang lain marah

21. Suka berucap semasa berada di dalam kumpulan besar

22. Suka memikirkan masalah-masalah yang rumit dan mencabar Page 2

Page 19: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

19

23. Seringkali memendamkan perasaan saya agar tidak diketahui oleh orang lain

24. Tidak suka terikat dengan jadual yang ketat untuk aktiviti-aktiviti masa lapang

25. Selalu tidur lewat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang telah dimulakan

26. Merasa keciwa bila memikirkan diri saya tidak berupaya mengawal

keadaan

27. Selalu membuat keputusan-keputusan penting bersendirian

tanpa mengharapkan bantuan orang lain

28. Tidak sampai hati melihat orang lain dihukum walaupun ianya telah diadili

29. Ingin supaya orang lain bersimpati dengan masalah hidup yang saya alami

30. Suka melakukan sesuatu kerja dengan kemas dan teratur

31. Beranggapan adalah penting mempunyai pekerjaan di mana

orang lain tidak berupaya melakukannya

32. Saya tidak pernah mengumpat tentang diri seseorang

33. Selesa meminta kembali barang-barang yang telah dipinjam oleh

kawan

34. Berminat membaca buku-buku bercorak akademik, falsafah dan

psikologi

35. Akan menghadiri sesuatu majlis jika saya rasa ingin berbuat demikian

36. Selalu memihak kepada kumpulan yang mendapat suara majority

37. Percaya bahawa diri saya adalah seorang yang peramah dan

mudah mesra

38. Lebih selesa berdampingan dengan orang yang intelek berbanding orang yang praktikal

39. Jarang bercakap di dalam sesuatu sesi perbualan atau perbincangan

40. Merasa seakan-akan berminat kepada semua perkara

41. Akan menyelesaikan sesuatu kerja sebelum memulakan kerja-

kerja yang lain

42. Percaya bahawa orang lain membuat sesuatu kerja lebih baik

daripada saya

43. Lebih suka menjadi ketua dari menjadi pengikut

44. Sedia memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengira pertolongan itu dihargai atau tidak

45. Selalu menceritakan masalah-masalah peribadi saya kepada

orang lain Page 3

Page 20: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

20

46. Suka kepada aktiviti-aktiviti yang memerlukan perhatian dan tumpuan yang terperinci

47. Mencuba bersungguh-sungguh dalam melakukan apa sahaja kerja

48. Saya tidak pernah memecahkan rahsia kawan-kawan saya

49. Mudah berang apabila kerja yang saya lakukan tidak menjadi

50. Berminat untuk mencipta idea-idea dan teori-teori baru yang

berhubung dengan manusia

51. Tidak mengharapkan orang lain membantu menyelesaikan kerja-kerja saya

52. Suka menerima pimpinan orang lain

53. Mudah memulakan perbualan dengan orang-orang yang belum saya kenali

54. Suka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi melalui kajian dan penyelidikan

55. Mengelak daripada bercakap dengan orang lain melainkan jika

ditegur terlebih dahulu

56. Merasa bosan bila tiada kerja-kerja baru yang boleh dibuat

57. Akan meneruskan kerja-kerja yang susah walaupun peluang untuk berjaya adalah tipis

58. Rasa tidak puas hati dengan apa yang telah saya capai dan perolehi sehingga ini

59. Suka membuat keputusan untuk kumpulan

60. Selalu meminjamkan barang-barang yang saya sayangi kepada

kawan-kawan yang memerlukan

61. Selalu mengharapkan belaian kasih sayang dan perhatian dari orang lain

62. Ada jadual makan dan tidur yang tetap untuk setiap hari

63. Suka menerima hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah bagi setiap pencapaian cemerlang yang saya perolehi

64. Saya sentiasa bersetuju dengan pendapat ibu bapa saya

65.

Akan berterus terang menyatakan bahawa tingkahlakunya telah menyakitkan hati saya

66. Suka menganalisis personaliti individu yang saya temui

67. Tidak suka dikawal oleh individu yang mempunyai autoriti

68. Tidak akan melanggar peraturan yang telah ditetapkan walaupun saya tidak bersetuju dengan peraturan itu

Page 4

Page 21: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

21

69. Cenderung bercakap lebih banyak dari orang lain apabila berada di

dalam sesuatu kumpulan

70. Suka melibatkan diri dalam perbincangan mengenai idea-idea yang abstraks

71. Suka menghabiskan waktu petang seorang diri dari berbual dan bermain dengan kawan-kawan

72. Selalu mengubah program dan aktiviti yang telah saya

rancangkan

73. Boleh bekerja dalam satu jangkamasa yang panjang tanpa mudah merasa letih dan jemu

74. Rasa bersalah terhadap beberapa perkara buruk yang telah

saya lakukan pada masa lalu.

75. Akan mengambilalih tugas kepimpinan apabila suasana berada dalam keadaan tertekan

76. Gembira menghabiskan sebahagian dari masa saya membantu

menyelesaikan masalah-masalah sosial

77. Merasa perlu mencurahkan perasaan yang terkandung di dalam hati saya

kepada kawan-kawan

78. Menyusun idea dan pemikiran saya dengan cermat sebelum memulakan perbualan

79. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan

dalam apa-apa sahaja aktiviti yang bercorak pertandingan

80. Saya tidak pernah tersinggung apabila ditegur oleh

kawan-kawan

81.

Selesa bertanya apabila arahan yang diberikan oleh ketua kurang jelas

82. Suka melibatkan diri dalam perbincangan yang berkaitan dengan falsafah hidup masyarakat yang ideal

83. Suka melakukan kerja-kerja yang tidak melibatkan arahan,

persetujuan dan pendapat orang lain

84. Meminta pendapat dan persetujuan orang lain sebelum memulakan sesuatu pekerjaan

85. Suka kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan orang ramai

86. Selalu menghabiskan masa dalam perpustakaan membaca

buku-buku yang bercorak akademik

87. Suka menyendiri melayan fikiran

88. Selesa dalam menghadapi situasi-situasi baru

89. Jarang menangguhkan kerja yang telah diberikan kepada saya

walau pun saya tidak suka

90. Merasa diri saya gagal bila orang lain membuat kerja lebih baik daripada saya

91. Bercita-cita menjadi pemimpin sesebuah kelab atau organisasi

Page 5

Page 22: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

22

92. Ingin bergiat cergas dalam persatuan yang bertanggungjawab membantu individu yang kurang bernasib baik

93. Selalu meminta kepastian dari orang lain bahawa apa yang saya buat dan katakan adalah betul

94. Sentiasa menjaga ruang tempat kerja saya supaya kelihatan bersih dan kemas

95. Melihat diri saya sebagai seorang yang bercita-cita tinggi

96. Saya tidak pernah berselisih faham dengan sesiapa

97.

Akan terus bertanya sehingga saya berpuas hati dengan jawapan yang diberi

98. Selalu memikirkan jalan-jalan penyelesaian kepada bermacam-macam masalah sosial, politik dan ekonomi

99. Melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri tanpa memikirkan apa orang lain akan kata

100. Lebih banyak bertolakansur mengenai sesuatu perkara

berbanding dengan orang lain

101. Selesa bercakap dengan sesaorang walaupun bertemu buat kali pertama

102. Suka menulis ulasan kritikal mengenai buku-buku dan

artikel-artikel bercorak akademik yang saya baca

103. Merasa gugup bercakap di hadapan khayalak ramai

104. Tidak suka tinggal di sesuatu tempat dalam satu jangkamasa

yang lama

105. Akan meneruskan kerja-kerja yang menghadapi kebuntuan, walaupun orang lain telah menarik diri

106. Merasakan bahawa kehidupan saya adalah tidak

Mengembirakan

107. Selalu mempengaruhi orang lain supaya menerima

pendapat saya

108. Percaya bahawa menolong orang lain adalah sama penting dengan menolong diri saya sendiri

109. Rasa sedih menghadapi masalah-masalah peribadi bersendirian tanpa sokongan dari kawan-kawan

110. Merancang dengan teliti matlamat yang ingin saya capai di masa akan datang

111. Merasakan bahawa kejayaan orang lain selalu mendorong saya

untuk mencuba dengan lebih bersungguh-sungguh

112. Sejarah kehidupan saya sentiasa menyeronokkan dan mengembirakan

113.

Lebih selesa membuat kerja-kerja yang telah saya rancang dari membuat kerja yang disuruh oleh orang lain

114. Berminat mencari sebab musabab mengenai tingkahlaku dan

permasalahan manusia Page 6

Page 23: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

23

115. Selalu bertindak mengikut keyakinan diri

116. Merasa perlu bergantung kepada individu yang saya percayai

bagi membentuk nilai-nilai hidup saya

117. Lebih selesa berinteraksi dengan individu yang tidak saya kenali

dari duduk seorang diri

118. Sering memikirkan sebab-sebab berlakunya masalah di dunia ini serta cara penyelesaiannya

119. Selalu merasa bimbang bila bertemu dengan orang yang belum saya kenali

120. Suka membuat sesuatu kerja hanya disebabkan ianya berbeza

dari yang lain

121. Akan menyelesaikan segala tugas yang diamanahkan kepada

saya walaupun saya terpaksa bekerja lebih masa

122. Merasakan yang diri saya patut dihukum kerana telah melakukan sesuatu yang salah

123. Suka kepada aktiviti-aktiviti kumpulan di mana saya bertindak sebagai ketua

124. Mudah mesra dan mudah membina persahabatan dengan

orang lain

125. Merasa kecewa bila orang lain tidak menghargai diri saya

126. Merancang semua aktiviti-aktiviti supaya ia dapat dijalankan

dengan lancar

127. Mempunyai keinginan yang tinggi untuk lebih berjaya daripada orang lain

128. Walaupun rakan-rakan selalu membuatkan saya ternanti-nanti, saya tidak pernah marah

129.

Agak mudah marah berbanding dengan kawan-kawan

saya yang lain

130. Memperuntukkan masa yang agak banyak bagi memikirkan

masalah-masalah rumit yang perlu diselesaikan

131. Percaya yang saya mempunyai hak untuk menentukan sendiri

apa yang ingin saya lakukan

132. Lebih suka meminta nasihat dari orang lain daripada cuba

menyelesaikan masalah saya sendiri

133. Menganggap diri saya sebagai orang yang mudah untuk didampingi

134. Merasakan yang diri saya lebih berkebolehan membuat sesuatu kerja berbanding dengan kawan-kawan saya yang lain

135. Merasa amat sukar memberitahu orang lain mengenai diri saya

136. Ingin mencuba sesuatu sekurang-kurangnya sekali

137. Bila saya membuat sesuatu keputusan, jarang sekali saya akan

mengubahnya Page 7

Page 24: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

24

138. Percaya bahawa diri saya mempunyai lebih banyak masalah peribadi dari orang lain

139. Gembira jika saya terpilih untuk memegang jawatan yang mempunyai autoriti

140. Percaya bahawa kebanyakan orang yang saya temui boleh menjadi kawan kepada saya

141. Ingin supaya diri saya difahami dan diterima oleh orang lain

142. Bekerja lebih efektif mengikut jadual yang telah dirancang terlebih dahulu

143. Suka mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti dan

kerja-kerja yang mencabar

144. Saya tidak pernah bosan melakukan kerja yang

berulang-ulang

145.

Suka kepada perdebatan yang hangat tidak kira sama ada

saya menang atau kalah

146. Suka membaca buku-buku yang boleh membantu saya mengenali diri dengan lebih baik

147. Berpendapat bahawa apa yang betul dan apa yang salah

adalah ditentukan oleh diri saya sendiri

148. Tidak akan memulakan sesuatu kerja bila saya dapati orang lain

tidak berminat untuk melakukannya

149. Mempunyai ramai sahabat dan kenalan

150. Suka berbincang mengenai konsep-konsep dan idea-idea

151. Akan mengelak situasi-situasi yang memaksa saya berhubung dan berinteraksi dengan orang ramai

152. Merasa bosan hidup dalam keadaan yang stabil di sepanjang masa tanpa perubahan

153. Tidak suka membiarkan sesuatu kerja terbengkalai tanpa

mencari jalan penyelesaiannya segera

154. Takut akan kecewa dalam mengharungi hidup

155. Akan memilih pekerjaan di mana saya mempunyai tanggungjawab penuh untuk menyelia

156. Suka melawat kawan-kawan dan jiran-jiran saya yang sakit

157. Akan meminta pertolongan kawan-kawan yang lain apabila menghadapi kebuntuan

158. Rasa kecewa bila ada sesuatu yang menganggu perjalanan

rangangan saya

159. Ingin diiktiraf sebagai seorang yang berpengaruh

160. Saya tidak pernah cemburu walaupun kekasih atau orang yang saya sayangi bermesra dengan orang lain

Page 8

Page 25: 1.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU · PDF fileprogram Bina Insan Guru yang akan diikuti mereka 12 ... Lawatan”bench- marking ... -refleksi aktiviti -refleksi umum

25

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN PERSEDIAAN GURU PELATIH (PERALATAN PERIBADI) – PROGRAM BIG. 1. Fizikal, mental, dan emosi yang sihat

2. Pakaian untuk perkhemahan 4 hari 3 malam; - Aktiviti lasak di darat - Aktiviti lasak di air (termasuk kasut untuk turun ke air) - Tidur malam (selimut / track top/wind breaker) - Aktiviti rasmi (pakaian GERKO dan topi IPG KSAH) - Kasut dan stoking (selipar hanya untuk ke tandas) - Sarung tangan (jika perlu) -

3. Keperluan beribadat mengikut agama masing-masing. Bacaan bercorak keagamaan dibenarkan.

4. Makanan dan minuman tambahan khas untuk peserta yang sakit ‘gastric’ sahaja dibenarkan.

5. Ubat-ubatan peribadi untuk penyakit peribadi adalah PENTING.

6. Perkara 4 dan 5 di atas , sila maklum kepada Ketua Jurulatih dengan mengemukakan surat akuan doktor atau surat sokongan.

7. Ubat nyamuk dibenarkan hanya jenis ‘insect repellent’ berbentuk cecair sahaja.

8. Botol kosong untuk bekalan air semasa aktiviti kembara atau ekspidisi.

9. Peserta yang ‘vegeterian’ sila maklumkan kepada QM makanan , Fasilitator dan Ketua Kumpulan masing-masing.

10. Alat dan keperluan untuk bersuci seperti ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, sabun basuh dan berus membasuh – sila bawa sendiri.

11. Lampu picit – mentol dan bateri tambahan dibenarkan, tetapi digalakkan berkongsi.

12. Alat muzik ringan dibenarkan (boleh digunakan semasa persembahan)

13. Alat tulis (buku kecil, pensil atau pen – bawa sendiri)

14. Makanan, minuman, hisapan dan hiduan yang diharamkan oleh Agama dan Negara adalah DILARANG SAMA SEKALI.