laporan dan refleksi bina insan guru fasa 6 serta refleksi keseluruhan big fasa 1-6

Download LAPORAN DAN REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 6 SERTA REFLEKSI KESELURUHAN BIG FASA 1-6

Post on 04-Aug-2015

9.864 views

Category:

Documents

23 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BINA INSAN GURU FASA 6SK BUKIT JELUTONG

TRANSCRIPT

BIG FASA 6

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (SEKOLAH RENDAH)MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2010 SEMESTER 6

LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 6 Program Jalinan Murni SK Bukit Jelutong Bersama IPG KBA & Refleksi Keseluruhan Bina Insan Guru

NAMA PELAJAR NOMBOR K/P ANGKA GILIRAN TARIKH SERAHAN NAMA PENSYARAH

: : : : :

MUHAMMAD RIDHUAN BIN HANAFI 891207-03-5203 2010211310030 8 OKTOBER 2012 EN. BAHARUDDIN BIN HASSAN

1

BIG FASA 6 1.0 PENGENALAN

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.

2

BIG FASA 6 2.0 OBJEKTIF

Melalui lawatan penanda aras (benchmarking) ini, diharapkan guru pelatih akan dapat: 1. Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah. 2. Memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan 3. Mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan pekeliling ikhtisas pendidikan. 4. Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP dan PKG dalam pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 5. Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang. 6. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.

3

BIG FASA 6 3.0 LAPORAN AKTIVITI

Laporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 Program Jalinan Murni SK Bukit Jelutong Bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa

Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu lawatan penanda aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 6 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6. Justeru, kami telah membuat beberapa siri mesyuarat bagi menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Dalam mesyuarat yang diadakan ini, kami telah bersetuju melantik Muahamad Haikal Bin Mazlan daripada kelas Kajian Sosial sebagai pengerusi BIG Fasa 6. Dalam mesyuarat tersebut juga, kami telah membuat perlantikan beberapa Ahli Jawatan Kuasa (AJK) seperti AJK Pengangkutan, AJK Buku Program, AJK Makanan dan lain-lain. Perlantikan AJK ini adalah bertujuan bagi melicinkan program yang akan dijalankan. Selain itu, kami juga telah membincangkan sekolah-sekolah yang sesuai untuk dijadikan penanda aras. Ketua Unit Gerko IPG KBA, Encik Baseni Bin Jantra telah mencadangkan supaya kami membuat program lawatan penanda aras di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Dengan sebulat suara kami telah bersetuju dengan cadangan tersebut. Program BIG Fasa 6 ini telah disertai seramai 47 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih PISMP Matematik dan PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2010. Lawatan ini juga telah diiringi oleh tiga orang pensyarah iaitu Encik Baseni Bin Jantra, Encik Baharuddin dan Encik Ramlan.

4

BIG FASA 6 Program ini telah dijalankan pada hari Selasa, 2 Oktober 2012. Pada pukul 7.30 pagi, kami telah berkumpul di blok 4 Kolej Kediaman Pantai Puri. Sebelum bertolak, pengerusi BIG telah memastikan bahawa bilangan guru pelatih yang menaiki bas telah mencukupi. Seterusnya, kami bertolak ke SK Bukit Jelutong pada pukul 7.45 pagi. Perjalanan kami ke SK Bukit Jelutong telah mengambil masa hampir satu jam. Pada 8.45 pagi, kami telah tiba di SK Bukit Jelutong. Kami telah disambut oleh Puan Intan Syuhada Mohamed Latifi selaku koordinator program bagi pihak sekolah tersebut serta beberapa orang guru yang lain. Sambutan yang diberikan oleh pihak sekolah tersebut sangat luar biasa. Seterusnya, kami telah dibawa ke tempat meyimpan barang peribadi dan bilik persalinan sepanjang program ini berlangsung. Guru pelatih perempuan telah ditempatkan di Bilik Persalinan Feminin manakala guru pelatih lelaki ditempatkan di Bilik Kemahiran Hidup. Kemudian, kami telah dibawa ke kantin sekolah untuk menikmati sarapan pagi yang telah disediakan. Selepas selesai sarapan pagi, kami telah mengikuti program yang telah disusun iaitu sesi senamrobik bersama guru-guru sekolah dan murid-murid tahun 6. Senamrobik ini telah diketuai oleh Puan Marnoniza. Senamrobik ini telah mengambil masa hampir setengah jam. Semua murid dan guru kelihatan amat seronok semasa melakukan senamrobik ini. Kemudian, kami telah berkumpul di Dewan Seri Seroja bagi sesi taklimat ringkas berkenaan program yang akan dijalankan. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Intan Syuhada Binti Mohamed Latifi selaku koordinator program. Beliau telah menjelaskan tentang objektif program dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program ini. Beliau juga telah membahagikan kami kepada 8 kumpulan bagi melancarkan aktiviti gotong-royong yang akan dijalankan di sekitar kawasan sekolah. Selepas taklimat, beliau telah mempelawa kami untuk bergambar bersama Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan guru-guru yang terlibat dalam program ini sebagai tanda kenang-kenangan.

5

BIG FASA 6 Selepas itu, kami telah berpecah mengikut kumpulan untuk melakukan aktiviti gotong-royong di 8 kawasan yang telah ditetapkan iaitu Stor Sukan, Prasekolah, Pagar Luar Chess, pusat sumber, Dewan Seri Seroja, Bilik Seni, Edible Garden serta Tangga A dan Tangga B. Kumpulan saya telah ditugaskan untuk mengecat semua tiang yang berada di Dewan Seri Seroja. Semasa mengecat tiang-tiang, kami juga telah mengambil kesempatan untuk berbual dan bertanyakan guru sekolah tentang pencapaian murid di sekolah tersebut dari aspek akademik dan kokurikulum. Proses mengecat ini telah mengambil masa selama dua jam. Seterusnya, kami telah ke Bilik Kemahiran Hidup untuk berehat dan menukar pakaian untuk aktiviti seterusnya iaitu Sesi Dialog Bersama Guru Besar Cemerlang Sekolah PPD Petaling Perdana. Sesi dialog ini telah bermula pada pukul 12 tengah hari. Empat orang Guru Besar Cemerlang Sekolah PPD Petaling Perdana telah dijemput untuk terlibat sama dalam sesi dialog tersebut iaitu Puan Normah Othman daripada SK Seksyen 9, Puan Anis Bt Ibrahim daripada SK TUDM, Puan Hajjah Maria Bt Mahat daripada SK TTDI, Shah Alam dan Puan Hajjah Rafiah Bt Adnan daripada SK Subang Jaya. Sesi dialog tersebut telah dipengerusikan oleh Guru Besar sekolah tersebut yang juga Guru Besar Cemerlang iaitu Datin Hajjah Ramlah Bt Asmuri Amin. Sebelum memulakan sesi dialog, Datin Hjh Ramlah telah memberitahu serba sedikit tentang latar belakang SK Bukit Jelutong. Beliau telah menyatakan bahawa sekolah tersebut telah mula beroperasi pada 1 Januari 2002. Sekolah tersebut berjalan secara dua sesi kerana mempunyai murid yang sangat ramai iaitu 2437 orang murid. Kami telah dimaklumkan bahawa kebitaraan sekolah ini ialah dalam Pendidikan Seni Visual dan Catur. Dalam bidang kesenian, sekolah ini pernah mendapat naib johan dalam Pertandingan Pesta Tari Kanak-kanak di Universiti Malaya, Johan Pertandingan Action Song 2011 peringkat negeri Selangor. Pencapaian tertinggi sekolah dalam permainan catur pula ialah seorang murid tahun 2 iaitu Muhammad Faqih Bin Aminudin telah menyertai kejohanan catur peringkat antarabangsa di Filipina, Indonesia, Singapura dan Greece. Kini, sekolah tersebut sedang berusaha untuk mendapat status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

6

BIG FASA 6 Kemudian, semua Guru Besar Cemerlang telah berkongsi pengalaman tentang cabaran dan halangan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa dulu, kini dan akan datang. Seterusnya, beberapa soalan telah ditanya oleh guru pelatih kepada Guru Besar Cemerlang bagi mengetahui sejauh mana usaha yang dilakukan oleh mereka bagi mendapat gelaran Guru Besar Cemerlang. Sesi dialog ini telah tamat pada pukul 2 petang. Perkongsian yang diberikan sangat menarik dan telah membakar semangat kami untuk mengikuti jejak langkah mereka sebagai Guru Besar Cemerlang. Setelah selesai sesi dialog, kami sekali lagi dibawa ke kantin untuk menikmati jamuan makan tengah hari yang telah disediakan. Sebelum pulang ke kampus, kami telah bersalam-salaman dengan guru sekolah tersebut.Kami juga telah mengambil kesempatan untuk bergambar di hadapan pintu pagar keluar sekolah tersebut sebagai tanda kenang-kenangan. Saya berharap ilmu yang diperoleh sepanjang program ini berlangsung dapat saya gunakan pada masa akan datang sebagai seorang pendidik. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

(MUHAMMAD RIDHUAN BIN HANAFI) NO. K/P : 891207-03-5203

7

BIG FASA 6 4.0 REFLEKSI KESELURUHAN Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan d