laporan program bina insan guru

12
Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah 1 Laporan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4 Khidmat Kemasyarakatan- Sayangi Kawasan Sekolah Anda Program Bina Insan Guru Fasa 4 merupakan salah satu program yang wajib dilaksanakan oleh semua peserta Program Pensiswazahan Guru (PPG). Program untuk fasa keempat ini melibatkan pelaksanaan merancang kawasan angkat untuk sekolah yang telah dipilih. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan profesionalisme keguruan dan khidmat masyarakat di kalangan peserta. Satu mesyuarat dan pelantikan AJK kerja telah diadakan pada 8 Mac 2014, semua ahli Kumpulan Bahasa Melayu 1, Program Pensiswazahan Guru Ambilan Februari 2012 telah bersetuju untuk menjalankan Program BIG pada kali ini di SK Kampong Selamat, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Azmi Bin Aminudin manakala penyelaras program ialah Puan Asmah Bt Jamaluddin yang juga merupakan guru di sekolah tersebut. Mesyuarat juga turut disertai pensyarah pembimbing iaitu En. Mohamad Zahir Bin Nasir. Tema program pada kali ini ialah Sayangi Kawasan Sekolah Anda dan aktiviti yang dicadangkan ialah gotong royong membina Taman Herba. Taklimat BIG Fasa 4 dan mesyuarat kali pertama bersama pensyarah pembimbing

Upload: habibah-abdullah

Post on 20-Jul-2015

488 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan program bina insan guru

Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah

1

Laporan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4

Khidmat Kemasyarakatan- Sayangi Kawasan Sekolah Anda

Program Bina Insan Guru Fasa 4 merupakan salah satu program yang

wajib dilaksanakan oleh semua peserta Program Pensiswazahan Guru

(PPG). Program untuk fasa keempat ini melibatkan pelaksanaan merancang

kawasan angkat untuk sekolah yang telah dipilih. Aktiviti ini bertujuan

meningkatkan profesionalisme keguruan dan khidmat masyarakat di kalangan

peserta. Satu mesyuarat dan pelantikan AJK kerja telah diadakan pada 8

Mac 2014, semua ahli Kumpulan Bahasa Melayu 1, Program

Pensiswazahan Guru Ambilan Februari 2012 telah bersetuju untuk

menjalankan Program BIG pada kali ini di SK Kampong Selamat, Tasek

Gelugor, Pulau Pinang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd

Azmi Bin Aminudin manakala penyelaras program ialah Puan Asmah Bt

Jamaluddin yang juga merupakan guru di sekolah tersebut. Mesyuarat juga

turut disertai pensyarah pembimbing iaitu En. Mohamad Zahir Bin Nasir.

Tema program pada kali ini ialah Sayangi Kawasan Sekolah Anda dan aktiviti

yang dicadangkan ialah gotong –royong membina Taman Herba.

Taklimat BIG Fasa 4 dan mesyuarat kali pertama bersama

pensyarah pembimbing

Page 2: Laporan program bina insan guru

Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah

2

Kain rentang program

Seramai 23 orang guru peserta program PPG dan 20 orang murid

tahun 4 dan 5 dari sekolah berkenaan telah menyertai aktiviti yang telah

diadakan pada hari Sabtu 3 Mei 2014 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Seawal jam 8.00 pagi, kesemua peserta PPG telah berkumpul di SK

Kampong Selamat bagi menjalankan program BIG Fasa 4 ini. Kesemua

peserta yang terdiri daripada guru-guru PPG dan murid telah membuat

pendaftaran. Program pada pagi itu telah dimulakan dengan aktiviti

senamrobik yang dikendalikan oleh murid-murid SK Kampong Selamat.

Aktiviti senamrobik ini berlangsung selama tiga puluh minit dan disertai

dengan penuh semangat oleh peserta-peserta PPG serta murid-murid.

Page 3: Laporan program bina insan guru

Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah

3

Tepat jam 9.00 pagi, majlis perasmian program telah disempurnakan

oleh Guru Besar SK Kampong Selamat, Puan Hawa Bt Mat Yazid. Beliau juga

turut mengalu-alukan kedatangan para peserta dan berharap aktiviti dapat

dijalan dengan baik seperti yang dirancang. Beliau juga turut berharap agar

murid-murid juga mendapat manfaat daripada program yang dijalankan

seperti semangat kerjasama dan sayangi sekolah dapat dipupuk melalui

program ini. Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada pihak

sekolah, Ketua Kumpulan Bahasa Melayu, Encik Mohd Azmi Bin Aminudin

telah menyampaikan cenderamata kepada guru besar SK Kampung

Selamat.

Page 4: Laporan program bina insan guru

Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah

4

Ucapan perasmian oleh Guru Besar Sk Kampong Selamat dan

penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah.

Page 5: Laporan program bina insan guru

Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah

5

Para peserta PPG semasa perasmian program

Majlis berehat seketika untuk kudapan jam 10.00 pagi dan pada jam

10.30 pagi, taklimat ringkas tentang aktiviti telah diberi kepada murid-murid

supaya mereka mendapat gambaran sebenar tentang aktiviti yang akan

dijalankan. Murid-murid juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan

bagi membantu guru-guru menyiapkan Taman Herba.

s

Sssssdf

Page 6: Laporan program bina insan guru

Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah

6

Sesi taklimat dan pembahagian kumpulan

Setelah selesai aktiviti pembahagian kumpulan, para peserta telah

dibawa ke tapak taman herba. Di sini bermulalah aktiviti mengemas dan

meratakan tanah sebelum aktiviti menanam pokok-pokok herba. Antara

pokok herba yang ditanam ialah pokok cekur, lidah buaya, pegaga, inai dan

sebagainya. Guru-guru dan murid-murid juga turut mengecat dan menyusun

atur semula hiasan dalam taman herba. Semua peserta program begitu

bersemangat menjalankan aktiviti penanaman dan pengubahsuaian taman

herba. Aktiviti ini telah berlangsung sehingga jam 5.00 petang. Setelah

selesai mengemas dan membersihkan tempat serta peralatan, murid-murid

dan guru-guru PPG pun bersurai.

Murid-murid mengambil peralatan

Page 7: Laporan program bina insan guru

Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah

7

Gambar –gambar sekitar aktiviti gotong-royong membina

Taman Herba

Page 8: Laporan program bina insan guru

Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah

8

Page 9: Laporan program bina insan guru

Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah

9

Page 10: Laporan program bina insan guru

Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah

10

Page 11: Laporan program bina insan guru

Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah

11

Page 12: Laporan program bina insan guru

Laporan Program BIG Fasa 4 – Khidmat Kemasyarakatan Sayangi Sekolah

12