laporan bina insan guru
DESCRIPTION
BIGTRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan
kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah
pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru
harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani
cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri
(real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh
ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
` Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah
dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu
menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen
Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, “….pendidikan guru hendaklah
berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina,
membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan
profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan
hasrat negara”.
2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM BIG
Program Bina Insan Guru (BIG) mengandungi tiga tema iaitu Konsep dan Ciri-ciri
Dalam Pembinaan Insan Guru, Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru. Aktiviti
program BIG melibatkan beberapa aspek tertentu yang telah ditetapkan oleh
Bahagian Pendidikan Guru.Program BIG adalah untuk membina, membentuk dan
melahirkan guru yang mengamalkan 7 dimensi budaya yang berikut:
1. Ilmu
2. Kepimpinan
3. Kerja profesional
4. Akhlan dan moral
5. Penyayang
6. Hidup sihat
7. Estetika
3.0 HALATUJU BINA INSAN GURU
VISI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Visinya adalah untuk mewujudkan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia
dari segi kualiti bagi memenuhi aspirasi Negara Malaysia.
MISI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Misinya adalah untuk membangunkan sistem pendidikan guru yang bertaraf
dunia untuk melahirkan guru yang sentiasa cemerlang dan bersedia memenuhi
aspirasi Negara.
4.0 MATLAMAT PROGRAM BINA INSAN GURU
Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi
kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,
hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan
serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan
didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan
sekolah yang berkesan.
5.0 OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU
Melalui lawatan penanda aras (benchmarking) dan bengkel ini, diharapkan guru pelatih
akan dapat:
1. Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.
2. Memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan dengan Surat
Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan
3. Mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan pekeliling ikhtisas
pendidikan.
4. Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP dan PKG dalam
pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
5. Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang.
6. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam
pengurusan pendidikan seharian.
6.0 OBJEKTIF PROGRAM PENANDA ARAS
Selepas mengikuti program Bina Insan Guru kali ini, para guru pelatih diharapkan
dapat:
Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti
pendidikan.
Melahirkan guru-guru pelatih yang mempunyai visi dan misi, berdisiplin,
bertanggungjawab, berpewatakan menarik dan berkeperibadian mulia.
Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan perguruan sebagai khidmat rujuk
dalam bidan keguruan.
Menyesuaikan diri dalam meghadapi pelbagai cabaran dan cara sebagai
seorang pendidik.
Memahami dan mengenalpasti cirri-ciri guru cemerlang dan cara pelaksanaan
tugasnya setiap hari.
Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam
pengurusan pendidikan seharian.
7.0 PERANCANGAN PROGRAM BINA INSAN GURU
1. Melantik Jawatankuasa Induk
2. Melantik Jawatankuasa Kerja
3. Menentukan tempat lokasi yang sesuai untuk program Bina Insan Guru
4. Mengenalpasti dan menyediakan keperluan program seperti alatan,
pengangkutan, kebajikan dan keselamatan.
5. Menentukan jadual aktiviti sepanjang program
6. Menyediakan anggaran perbelanjaan kewangan.
8.0 PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU
1. Perbincangan antara pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha, pihak
sekolah, yang terlibat dalam pelaksanaan program ini.
2. Menetapkan agenda mesyuarat jawatankuasa induk dan jawatankuasa kerja
Bina Insan Guru.
3. Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan jawatankuasa kerja untuk mengemaskini
perjalanan program.
4. Taklimat kepada kesemua peserta program Bina Insan Guru dan penubuhan
jawatankuasa kecil untuk guru-guru pelatih yang terlibat.
5. Taklimat kepada peserta.
LAPORAN BINA INSAN GURU PENANDA ARAS (BENCHMARKING)
Interaksi Professional Dengan Guru Cemerlang
TARIKH : 10 Julai 2012
TEMPAT : SK Mambau, Negeri Sembilan
PENGANJUR : Unit PISMP PSV/PJ/BM
MASA : 8.00 Pagi – 3.00 Petang
BILANGAN PESERTA : 21 orang
BILANGAN PENSYARAH : 2 orang
Program bina insan guru siri ke-6 telah diadakan di SK Mambau, Negeri
Sembilan pada hari selasa bertarikh 10 Julai 2012. Program ini diadakan di Sekolah
Kebangsaan Mambau, Negeri Sembilan. Program ini merupakan program yang keenam
bagi Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP) Semester 6. Program Bina Insan
Guru (BIG) pada kali ini memerlukan kami mengadakan aktiviti lawatan penanda aras
bagi guru cemerlang. Pada peringkat awal, kami mengadakan mesyuarat bagi melantik
ahli jawatankuasa yang akan bertanggungjawab untuk mengetuai perjalanan program
ini dan akan dibantu ahli-ahli lain. Hasil mesyuarat yang dijalankan, kami telah sebulat
suara untuk memilih Nurul Huda binti Mohammad Soib sebagai pengerusi dibantu oleh
Siti Saudah binti Ismail selaku naib pengerusi dan mereka mengepalai program BIG ini.
Di kesempatan ini kami juga memutuskan untuk memilih Sekolah Kebangsaan Mambau
untuk mengadakan program BIG.
Setelah selesai perbincangan dilakukan, Mohd Salehin bin Md Fadir selaku
setiausaha BIG bertindak menyediakan kertas kerja untuk diserahkan kepada pihak
atasan bagi mendapat persetujuan untuk menjalankan program tersebut. Satu surat
rasmi dibuat untuk dihantar ke sekolah sebagai pemberitahuan kepada pihak sekolah
akan kedatangan kami.
Kami tiba di SK Mambau pada jam 8.30 pagi dan kami disambut baik oleh pihak
Sekolah Kebangsaan Mambau. Kemudian kami diberi taklimat ringkas oleh guru besar,
Cik Maria Teoh Wai Ching sebelum sesi beramah mesra dan temubual bersama beliau
dijalankan. Kami dibawa melawat sekeliling kawasan sekolah. Sekolah tersebut lengkap
dengan dengan prasarana yang diperlukan oleh murid-murid. Sekolah SK Mambau
mempunyai bilangan murid yang tidak melebihi seribu orang. Sekolah ini juga
mempunyai satu sesi persekolahan sahaja.
Setelah sesi melawat kawasan sekolah selesai, sesi temubual dijalankan seperti
yang dijanjikan. Sesi temubual tersebut dijalankan secara ringkas dan santai. Beliau
juga kelihatan mesra dan bersedia menjawab soalan yang diajukan. Beliau dikenali
dengan Maria Teoh Wai Ching. Beliau dilahirkan di Ipoh, Perak. Beliau mempunyai 2
orang adik beradik dan beliau merupakan anak bongsu di dalam keluarganya. Beliau
mendapat pendidikan awal di Seremban selepas keluarganya berpindah ke sini.
Kemudian, diteruskan dengan pelajaran di peringkat rendah di Sekolah Rendah
Kebangsaan Convent dan menengah di Sekolah Menengah Convent pada tahun 1976.
Bagi pendidikan tinggi pula beliau memasuki Institut Perguruan Ilmu Khas dalam
Jurusan Muzik.
Seterusnya kami meminta beliau menceritakan tentang perkhidmatan dan
jawatan yang pernah beliau disandang. Beliau menyatakan bahawa semuanya bermula
daripada seorang guru muzik biasa yang bercita-cita tinggi sehingga dilantik menjadi
seorang guru besar di sekolah. Beliau telah berkhidmat selama 32 tahun bermula dari
tahun 1981 sehingga kini. Beliau bermula sebagai guru muzik di Sekolah Jenis
Kebangsaan Chung Hwa, Port Dickson. Dari tahun 1981 sehingga 2004 beliau
mengekalkan jawatan tersebut dan pernah mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris di
sekolahnya. Antara sekolah yang pernah menerima khidmat beliau adalah Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa di Port Dickson,Lukut dan Sendayan. Di Sekolah
Rendah Kebangsaan Convent, S.K. Dusun Nyior, King George yang menyandang
sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, S.K. ST Paul, Dato` Kelana Makmur
dan di sekolah sekarang , sebagai guru besar.
Selain itu, beliau juga baru sahaja memulakan perkhidmatannya sebagai guru
besar yang bermula pada 3 Mei tahun ini. Beliau akan bertindak sebagai guru penasihat
dan juga pengelola kepada sebuah pasukan tersebut. Antara pasukan yang pernah
berada di bawah pimpinannya adalah pasukan pancaragam, kumpulan rekorder
sekolah dan juga kumpulan koir yang sentiasa mendapat tempat kemenangan di dalam
pertandingan.
Beliau turut bercerita tentang peranan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)
serta badan NGO bagi membantu untuk menjalankan lebih banyak program untuk
meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan yang besar seperti Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR). Hal ini kerana sebilangan besar murid adalah berada di tahap
sederhana dan lemah. Antara matapelajaran yang sering ditekankan ialah Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik. Beliau ingin mengadakan sesi kelas tambahan yang
lebih kerap dalam membantu murid dari segi cara menjawab soalan. Bantuan lain
adalah dengan menjemput penceramah-penceramah luar seperti yang baru diadakan
oleh unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah serta program sihat yang membantu dari
segi dalaman murid. Guru akan memberi bantuan makanan sihat seperti kismis
mahupun minuman berkhasiat sebelum memulakan kelas mahupun peperiksaan. Hal
ini dapat membantu bukan sahaja luaran murid bahkan minda mereka juga.
Kami kemudiannya meminta beliau menyatakan pendapat beliau tentang
sekolah di bawah kendaliannya ini. Kami berminat untuk mengetahui jika beliau diberi
peluang, apakah penambahbaikan yang ingin dibuat bagi menjamin suasanan yang
lebih baik di Sekolah Kebangsaan Mambau. Beliau mengatakan bahawa sekolah ini
merupakan sekolah yang baik. Beliau mengatakan bahawa disiplin murid di sekolah ini
adalah baik dan terkawal jika hendak dibandingkan dengan sekolah yang pernah beliau
pernah berkhidmat dahulu. Mungkin disebabkan oleh sekolah ini tidak terlalu remain
murid. Sekolah ini juga menyediakan segala kelengkapan yang mencukupi kepada
murid dan kakitangan sekolah.Sekolah ini juga sentiasa mendapat bantuan mahupun
tajaan daripada pihak kerajaan iaitu daripada Yang Berhormat Menteri Besar Negeri
Sembilan.
Selain daripada itu, kami juga bertanya tentang kenangan manis beliau
sepanjang berkhidmat. Beliau tersenyum dengan persoalan yang kami utarakan. Beliau
menjawab bahawa kenangan manis yang tidak dapat beliau lupakan adalah apabila
serama 60 orang ahli pancaragam yang dipimpin oleh beliau di Sekolah Rendah
Kebangsaan Convent telah memenangi tempat ke-3 pada pertandingan pertama
mereka. Walaupun tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk latihan mereka,
namun dengan semangat pasukan, mereka tetap memperoleh tempat dalam
pertandingan tersebut. Beliau berbangga dengan kumpulan Kalam Jamai` iaitu
pertandingan bahasa Arab yang mendapat tempat ke-3 dibawah pimpinan Ustaz
Mohamad. Serta uniknya sekolah ini kerana mempunyai pasukan dikir arab yang kita
kenali seperti dikir barat tetapi dalam disampaikan dalam bahasa Arab.
Dengan berakhirnya sesi temu bual itu tadi, sebagai kenang-kenangan, wakil
daripada unit bergambar bersama-sama sebagai perhargaan kepada beliau yang sudi
menerima kunjungan kami ke sekolah. Pada jam 1 petang, majlis penutup bersama
guru besar diadakan. Dimulakan dengan ucapan penutup daripada Guru Besar SK
Mambau, Cik Maria Teoh Wai Ching dan diikuti dengan ucapan daripada pensyarah
pengiring dan pengerusi Program Bina Insan Guru kali ini.
Selepas majlis penutup, kami makan tengah hari bersama guru besar di tempat
yang telah disediakan.Selesai solat zohor di sekolah, kami berangkat pulang ke institut
pada jam 3 petang.
Refleksi
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kami telah
berjaya menyempurnakan projek BIG siri yang ke-6 kami pada 10 Julai 2012 yakni hari
rabu yang lalu. BIG kami telah diadakan di SK Mambau, Negeri Sembilan. Dalam
program BIG kali ini, banyak ilmu baharu yang telah saya peroleh daripada hasil
temubual guru cemerlang disekolah tersebut. Antaranya ialah bagaimana untuk menjadi
guru cemerlang, mempunyai kemahiran, kepakaran, inovatif dan bermotivasi tinggi.
Daripada temubual yang telah sampaikan, itulah beberapa ilmu baharu yang saya telah
peroleh. Ternyata taklimat yang diberikan sangat terkesan kepada saya dalam memberi
semangat untuk saya yang bakal mengajar tak lama lagi. Dengan adanya program ini
saya amat berharap saya dapat mengaplikasikan serta menjadikan beliau sebagai
contoh apabila saya menjadi guru kelak.
Tidak dinafikan setiap tugasan mempunyai kekangan yang tidak dapat dielakkan.
Sebelum melaksanakan promram BIG, kami terpaksa bertungkus lumus untuk
mendapatkan peruntukan. Selain itu juga, tarikh yang kami pilih tidak dapat diterima
oleh pihak institut. Hal ini menyebabkan program ini tidak dapat djalankan seperti yang
dirancang. Namun,berkat kesabaran dan usaha kami semua kami Berjaya
melaksanakan program BIG dengan jayanya.
Sekian terima kasih.
KERTAS CADANGAN
LAMPIRAN
PROGRAM BINA INSAN GURU 2012
LAWATAN PENANDA ARAS
(BENCHMARKING)
PERINGKAT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
ANJURAN UNIT GERKO
IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
CADANGAN KERTAS KERJA
PROGRAM BINA INSAN GURU 2012
LAWATAN PENANDA ARAS ( BENCHMARKING )
INSTITUT PERGURUAN KAMPUS RAJA MELEWAR
ANJURAN : PISMP SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010
TARIKH : 10 JULAI 2012
TEMPAT : SK MAMBAU, NEGERI SEMBILAN
1.0 PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan Dengan Kepujian. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada
kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina
generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus
mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan
mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
` Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah
dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu
menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.Resolusi Konvensyen
Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, “….pendidikan guru hendaklah
berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina,
membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan
profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan
hasrat negara”.
2.0 MATLAMAT
Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang
menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru
atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan
akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan
keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang
berkesan.
3.0 OBJEKTIF
Melalui lawatan penanda aras (benchmarking) dan bengkel ini, diharapkan guru pelatih
akan dapat:
1. Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.
2. Memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan dengan Surat
Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan
3. Mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan pekeliling ikhtisas
pendidikan.
4. Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP dan PKG dalam
pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
5. Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang.
6. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam
pengurusan pendidikan seharian.
4.0 SINOPSIS
Program ini mencakupi tiga tugasan iaitu lawatan penanda aras, aktiviti bengkel dan
refleksi wajib. Lawatan penanda aras akan diadakan selama tujuh jam dan yang kedua
pula ialah aktiviti bengkel yang mengambil masa selama tiga jam.Tujuan lawatan
penanda aras ini memberi peluang kepada pelajar mengenali budaya sekolah dan
pengurusan sekolah yang cemerlang. Melalui program ini, pelajar didedahkan dengan
ciri kepimpinan, pengurusan, iklim dan budaya sekolah, infrastruktur sekolah dan
infrastruktur kokurikulum.Objektif utama aktiviti bengkel ialah untuk mendedahkan
pelajar kepada maklumat- maklumat berkaitan ciri- ciri guru yang inovatif dan berdaya
saing.
5.0 PENGANJUR
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja Melewar (IPGKRM)
- Unit Gerko IPGKRM
- Jawatankuasa Kerja Bina Insan Guru
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Ambilan Januari 2010
6.0 TARIKH
10 JULAI 2012 ( SELASA)
7.0 MASA
7.30 pagi hingga 3.00 petang.
8.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Mambau, Negeri Sembilan
9.0 PESERTA
21 orang guru pelatih dari kumpulan PISMP PSV/PJ/BM beserta 2 orang pensyarah
pembimbing.( rujuk Lampiran 1 )
10.0 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Nurul Huda binti Mohammad Soib
Naib pengerusi : Siti Saudah binti Hamid @ Ismail
Setiausaha : Mohd Salehin bin Md Fadir
Naib Setiausaha : Nur Azlin binti Mohamad Noor
Bendahari : Siti Fatimah binti Kamarudin
11.0 JAWATANKUASA KERJA
AJK Makanan : Norshafila binti Azmi
: Nor Amanu binti Yunus
: Nabilah Huda binti Mat Jelan
AJK Alatan : Farah Wahidah binti Ahmadidan
: Nurul Shakina binti Ismail
AJK Pengangkutan : Nur Farhana binti Fauzi
: Siti Nur Afiqah binti Mohd Ghawi
AJK Hadiah : Nadia binti Abdul Rahim
: Zafirah binti Zahari
: SitiHajar Aisha binti Hassan
AJK Keselamatan : Lailatul Jaeezah binti Mohd Rahman
: Noraini binti Yaakob
AJK Dokumentasi : Fadhli Amin bin Mohamed
Dan Fotografi : Amirah Hanis binti Zaninudin
Juruacara : Mohd Rafiqi bin Bahuddin
12.0 PENGANGKUTAN
Kenderaan institut.
13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA PERUNTUKAN CATATAN
Makanan dan minuman
Sarapan pagi
Makan tengahari
Roti
RM1.00 x 21 = RM21.00
Air Kotak
RM1.00 x 21 = RM21.00
Jumlah = RM42.00
21 x RM5 = RM 105
Jumlah = RM 105
21 orang guru pelatih
(mohon peruntukan IPGM)
Hadiah dan cenderamata RM 50.00 2 orang guru cemerlang
(tanggungan sendiri)
JUMLAH RM 197.00 RM 147.00 (mohon
peruntukan IPGM)
14.0 AGENDA
Rujuk kepada Lampiran 2.
15.0 PENUTUP
Program Bina Insan Guru ini diharapkan dapat memberikan pendedahan awal kepada
bakal guru tentang pengurusan sekolah secara formal. Diharapkan aktiviti ini juga dapat
meningkatkan sahsiah diri melalui protokol dan etika sosial sebagai seorang guru
selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri
personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan
budaya IPG.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
________________________ _____________________
(MOHD SALEHIN BIN MD FADIR) (YAAKOB BIN ATAN)
SETIAUSAHA PROGRAM BINA INSAN GURU PENSYARAH PEMBIMBING
UNIT PSV/PJ/B
Disemak oleh,
__________________________
(MAIMUNAH ABD AZIZ)
PENSYARAH PEMBIMBING
LAMPIRAN 1
SENARAI NAMA PESERTA
BIL NAMA JANTINA NO KP
1. AMIRA BINTI ZAINUL ABIDIN P 900314-02-5280
2. AMIRAH HANIS BINTI ZANINUDIN P 900613-14-6146
3. FADHLI AMIN BIN MOHAMED L 900910-01-5089
4. FARAH WAHIDAH BT AHMADIDAN P 900110-01-6032
5. LAILATUL JAEEZAH BTE MOHD RAHMAN P 900530-06-5340
6. MOHD RAFIQI BIN BAHUDDIN L 900514-01-5167
7. MOHD SALEHIN B MD FADIR P 900910-01-5003
8. NABILAH HUDA BT. MAT JELAN P 901225-04-5292
9. NADIA BINTI ABD RAHIM P 900527-02-5276
10. NOR AMANU BINTI YUNUS P 901021-11-5172
11. NORAINI BINTI YAAKOB P 900202-02-5024
12. NORSHAFILA BT AZMI P 890302-02-5578
13. NUR AZLIN BINTI MOHAMAD NOOR P 900830-07-5196
14. NUR FARHANA BT FAUZI P 900723-11-5156
15. NURUL SHAHKINA BTE ISMAIL P 900108-14-5396
16. NURULHUDA BT MOHAMMAD SOIB P 900528-05-5434
17. SITI FATIMAH BT KAMARUDDIN P 900129-03-5452
18. SITI HAJAR AISAH BINTI HASSAN P 900828-03-5398
19. SITI NOOR AFIQAH BINTI MOHD GHAWI P 900325-11-5708
20. SITI SAUDAH BT HAMID @ ISMAIL P 890531-02-5838
21. ZAFIRAH BT ZAHARI P 900102-08-5708
LAMPIRAN 2
TENTATIF PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS
TARIKH: 10 JULAI 2012 (SELASA)
MASA PERKARA
7.30 pagi Berkumpul di perkarangan garaj bas Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar
8.00 pagi Bertolak ke SK. Mambau
8.30 pagi Tiba di SK. Mambau
8.45 pagi Disambut oleh pihak sekolah Bacaan doa dan taklimat ringkas oleh pengerusi dan
mentor
9.00 pagi Sarapan pagi di kantin Sekolah Kebangsaan Mambau
9.30 pagi Sesi beramah mesra dan temubual bersama Guru Besar Cemerlang
10.30 pagi Melawat kawasan sekolah diiringi Guru Besar Cemerlang12.00 tengahari Sesi soal jawab bersama Guru Besar Cemerlang
1.00 petang Majilis Penutup Ucapan daripada Guru Besar Cemerlang Ucapan daripada Pensyarah Pengiring
Ucapan daripada Pengerusi BIG1.30 petang Makan tengahari bersama Guru Besar Cemerlang
2.30 petang Solat Zohor
3.00 petang Bertolak pulang ke IPG
KOLEKSI GAMBAR BERSAMA GURU CEMERLANG
SESI TEMU BUAL
SESI BERGAMBAR BERSAMA GURU BESAR
BIODATA
NAMA : AMIRA BT ZAINUL ABIDIN
UMUR : 21 TAHUN
NO /IC : 900314-02-5280
ALAMAT : 116.A, KAMPUNG BARU TAMBAK BUNGA, JALAN
KUALA KEDAH, 05400 ALOR STAR, KEDAH DARULAMAN.
AMBILAN : JANUARI 2010
TARIKH LAHIR : 14 MAC 1990
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL BESAR ALOR STAR
HOBI : MELAYARI INTERNET
LAPORAN
PROGRAM BINA INSAN GURU
(B.I.G)
“LAWATAN PENANDA ARAS: INTERAKSI PROFESIONAL
BERSAMA GURU CEMERLANG”
PROGRAM IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
PSV/PJ/BM AMBILAN JANUARI 2010
SEMESTER 6