laporan penggambaran video program bina insan guru fasa 3.docx

Download Laporan Penggambaran Video Program Bina Insan Guru Fasa 3.docx

Post on 19-Nov-2015

15 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

LAPORAN JAWATANKUASA FOTOGRAFI DAN RAKAMAN

Laporan untuk fotografi dan rakaman video dihasilkan oleh Puan Nor Azilawati bt Zabidi dan Puan Azlina bt Zabidi iaitu ahli jawatankuasa fotografi dan rakaman. Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dikenalpasti ketika menjalankan rakaman video Program Bina Insan Guru Fasa V Kohort 2 ambilan Februari 2012 bagi program ceramah dan Lawatan Benchmarking. Antara kekuatan yang telah dikenal pasti ialah Kamera DSLR yang digunakan semasa sesi BIG Fasa V untuk tujuan mengambil gambar berjalan dengan lancarnya. Video rakaman yang digunakan juga dapat berfungsi dengan baik sepanjang menjalani rakaman. Bateri kamera video dapat dicas sepanjang masa. Kekuatan yang kedua ialah kamera video dapat berfungsi dengan baik sepanjang 5 jam penggambaran tanpa mengalami masalah. Kapasiti memori kad 16 GB mencukupi untuk tujuan rakaman. Selain daripada itu, penetapan 2 orang AJK fotografi dan rakaman adalah mencukupi. Lokasi bilik mesyuarat tersebut mempunyai pencahayaan yang cukup baik dan semua gambar dapat diambil dengan terang dan berkualiti. Namun begitu, di sebalik kekuatan tersebut, terdapat juga beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti. Permulaan Vedio di rakam dengan menggunakan smart phone, namun bateri tidak mencukui dan rakaman diteruskan dengan menggunakan perakam video. Oleh yang demikian, rakaman dibuat secara pergerakan manual sahaja tidak menggunakan kaki kamera. Terdapat visual video yang bergoyang. Berdasarkan kelemahan kelemahan tersebut, beberapa penambahbaikan telah diambil bagi menggelakkan perkara yang sama berlaku di masa hadapan. Antara penambahbaikan yang dijalankan ialah rakaman video dibuat dengan seberapa banyak yang boleh. Hanya rakaman yang terbaik sahaja dipilih untuk dijadikan laporan atau dokumentasi. Bagi mengatasi masalah video bergoyang akan diatasi pada sesi BIG yang akan datang.

Disediakan oleh,Pn. Nor Azilawati bt ZabidiPn. Azlina bt Zabidi