laporan big semasa
DESCRIPTION
bigTRANSCRIPT
LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) SEMESTER 6
Selepas perbincangan yang dilakukan bersama pensyarah pembimbing, kami mencari
tarikh yang sesuai untuk melaksanakan program Bina Insan guru ini. Ini menjadi satu masalah
kerana pelajar semester 6 terlibat dengan pelbagai program lain seperti lawatan persatuan,
pertandingan ‘Drama” anjuran jabatan Bahasa. Dan juga praktikum fasa 2. Halangan-halangan
ini membantutkan usaha kami untuk melaksanakan Bina Insan Guru dengan kadar segera.
Selepas beberapa mensyuarat dijalankan, satu tarikh telah dipilih bagi menjalankan Bina Insan
Guru Fasa 6: Bengkel dan Majlis Penutupan Rasmi.
Pada 17 Oktober 2015 iaitu hari Sabtu yang lepas, satu program iaitu ‘Bengkel Dan
Majlis Penutupan Rasmi Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6’ telah diadakan di Balai Ilmu dan Balai
Siswa (Balsis). Para pelajar yang terlibat dalam program ini terdiri daripada 162 orang pelajar
PISMP Semester 6. Terdapat lapan opsyen yang terlibat dalam program ini iaitu opsyen TESL
(SK), TESL (SJKC), RBT (SK), RBT (SJKC), RBT (SJKT), PP (SJKC), PP (SJKT) dan BC (SK).
Program ini terbahagi kepada dua; pameran gambar-gambar serta folio BIG dari Semester 1
sehingga Semester 6 di Balsis dan ceramah serta majlis penutupan BIG di Balai Ilmu. Program
ini telah dijalankan dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.
Pada hari tersebut, pendaftaran pelajar Semester 6 telah diadakan pada pukul 7.00 pagi
sehingga 7.30 pagi. Setiap pelajar yang hadir untuk program tersebut dikehendaki untuk
menanda tangan pada senarai kehadiran pelajar. Mereka juga telah mendapat sebuah tuala
kecil sebagai tanda penghargaan. Penyelaras program BIG iaitu Encik Razali bin Hashim serta
wakil tutor iaitu Puan Balkkis Binti Abdul Aziz telah sampai pada pukul 8.00 pagi. ‘Master Of
Ceremony’ (MC) untuk majlis tersebut ialah Tan Meng Sean dari kelas TESL (SJKC) dan
Sivaneswari A/P Karrupiah dari kelas RBT (SJKT). Majlis telah dimulakan dengan nyanyian
lagu Negaraku dan nyanyian lagu Insitut Pendidikan Guru (IPG). Setelah nyanyian lagu
Negaraku dan lagu IPG, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Nik Muhammad Faiq dari
kelas RBT (SK). Majlis diteruskan dengan Ucapan Perasmian Majlis Penutupan oleh
penyelaras BIG iaitu Encik Razali.
Sesi pertama
Selepas ucapan tersebut, wakil-wakil kelas yang menjaga ‘booth’ pameran dari kelas
TESL (SK), TESL (SJKC), BC (SK) dan BC (SJKC) telah pergi ke Balsis. Encik Razali telah
melawat tempat pameran tersebut dan wakil dari kelas-kelas tersebut telah menerangkan
tentang bahan yang telah dipamerkan. Pameran yang diakan betujuan untuk mempamerkan
gambar-gambar sepanjang Bina Insan Guru yang telah diadakan sepanjang 6 semester.
Di Balai Ilmu pula, majlis telah diteruskan dengan ceramah ‘Bengkel Guru Inovatif’ oleh
Puan Hajah Rozita Binti Haji Paiman, guru dari Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Batu Pahat.
Tajuk ceramah beliau ialah ‘Kecemerlangan Diri Guru’. Beliau berpangkat DG 44 dan telah
mendapat Ijazah Sarjana Pendidikan dari ‘Open University Malaysia’ (OUM). Setelah itu, beliau
telah menyambungkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan telah
mendapat Sarjana Pendidikan. Beliau telah berkongsi pemgalaman beliau sepanjang menjadi
seorang guru dan memberitahu para pelajar tentang aktiviti-aktiviti yang telah beliau jalankan di
sekolah. Ceramah beliau telah memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pengalaman
seseorang guru di sekolah. Ceramah tersebut telah habis pada pukul 11.00 pagi.
Sesi kedua
Selepas ceramah daripada Puan Hajah Rozita, majlis teruskan dengan pembentangan
guru pelatih mengenai ‘Benchmarking’ Guru Cemerlang. Terdapat empat kelas yang telah
membentangkan ‘PowerPoint’ tentang ‘Benchmarking’ Guru Cemerlang iaitu kelas RBT (SK),
RBT (SJKT), PP (SJKC) dan juga PP (SJKT). Wakil dari setiap kelas tersebut telah
membentangkan tentang keseluruhan dapatan dari soal selidik dengan guru cemerlang yang
telah dijalankan semasa praktikum fasa dua. Mereka telah berkongsi tentang biodata guru
cemerlang serta akitiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh guru cemerlang di sekolah.
Pembentangan tersebut telah memakan masa selama satu jam dan telah habis pada pukul
12.00 tengah hari.
Sesi ketiga
Para pelajar telah diberikan rehat pada pukul 12.00 tengah hari sehingga pukul 2.00
petang. Makanan juga telah disediakan untuk setiap pelajar dan para pensyarah. Pada pukul
2.00 petang sehingga 4.00 petang, majlis diteruskan dengan ketibaan pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPTHO) iaitu Dr. Hamzah Bin Ihsan serta
pensyarah-pensyarah dan tutor-tutor setiap opsyen Semester 6. Majlis diteruskan dengan
tayangan video kenangan Program BIG selama enam semester oleh para guru pelatih
semester 6. Selepas tayangan video, majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi iaitu
Muhammad Zahin Bin Ibrahim dan ucapan wakil pensyarah iaitu Puan Khalidah Binti Khalid.
Setelah itu, Dr Hamzah selaku pengarah IPTHO telah memberikan ucapan Penutupan Program
BIG Fasa 6. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada pengarah, pensyarah
serta tutor setiap opsyen. Para pelajar telah menanda tangan senarai kehadiran pelajar
sebelum balik ke asrama.
Sebagai kesimpulan, program ‘Bengkel Dan Majlis Penutupan Rasmi Bina Insan Guru
(BIG) Fasa 6’ telah berjalan dengan lancar. Walau bagaimana pun, terdapat 38 orang pelajar
yang tidak hadir semasa sesi petang program tersebut. Pelajar-pelajar ini perlu menulis surat
tunjuk sebab kenapa mereka tidak dapat menghadirkan diri. Sebahagian dari 38 orang yang
tidak hadir ini, beberapa orang dari mereka mewakili IPG Kampus Tun Hussein Onn ke Perlis,
dan beberapa dari mereka menguruskan jamuan untuk tetamu khas. Selebihnya, tidak hadir
tanpa sebab yang diketahui sewaktu itu. Tanpa sebab yang kukuh, pelajar ini akan dikenakan
tindakan yang tegas dari pihak Hal Ehwal Pelajar.
Pameran Bina Insan Guru Fasa 6
Disediakan oleh,
________________________
NOR SYUHADA BINTI ISMAIL,
SETIUSAHA,
BINA INSAN GURU FASA 6,
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,
JOHOR.