laporan big sem 2 2014

6
REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 3 SEMESTER 3 NORHIDAYAH BINTI ADNAN 840122065454 Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat ilahi dengan izin serta rahmat dariNya, selesai sudah program wajib bagi semua guru pelatih PISMP Semester 2 yang menyertai Program Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru Fasa 3 dengan jayanya. Program Bina Insan Guru kali ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 14 September 2014 dan 16 September 2014 bertempat di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Sebelum tiba program BIG ini, perjumpaan peserta telah diadakan beberapa kali untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti BIG Fasa 3. Perjumpaan ini adalah untuk mesyuarat pertama yang diadakan di Dewan Kuliah A. bertujuan untuk melantik AJK tertinggi dan AJK kecil. Mesyuarat kali kedua diadakan di kelas C2 14 bagi membincangkan sebarang perubahan program dan tentatif sepanjang program BIG berlangsung. Bagi perjumpaan terakhir telah diadakan di Astaka Khalid Al-Walid iaitu pada 23 September 2014. Dalam perjumpaan ini, semua pelajar yang terlibat dikehendaki berkumpul untuk perbincangan dan memastikan semua ahli jawatankuasa melaksanakan tugas masing-masing yang diberi. Dalam perjumpaan ini juga taklimat penuh telah diberikan oleh penyelaras Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 3 iaitu En Sharudin Bin Mad Amin. 1

Upload: melatidesaku

Post on 23-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

laporan big

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Big Sem 2 2014

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 3 SEMESTER 3

NORHIDAYAH BINTI ADNAN840122065454

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat ilahi dengan izin serta rahmat dariNya,

selesai sudah program wajib bagi semua guru pelatih PISMP Semester 2 yang

menyertai Program Khidmat Masyarakat Bina Insan Guru Fasa 3 dengan jayanya.

Program Bina Insan Guru kali ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 14 September

2014 dan 16 September 2014 bertempat di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala

Lipis. Sebelum tiba program BIG ini, perjumpaan peserta telah diadakan beberapa kali

untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan aktiviti BIG Fasa 3.

Perjumpaan ini adalah untuk mesyuarat pertama yang diadakan di Dewan Kuliah A.

bertujuan untuk melantik AJK tertinggi dan AJK kecil. Mesyuarat kali kedua diadakan di

kelas C2 14 bagi membincangkan sebarang perubahan program dan tentatif sepanjang

program BIG berlangsung. Bagi perjumpaan terakhir telah diadakan di Astaka Khalid Al-

Walid iaitu pada 23 September 2014. Dalam perjumpaan ini, semua pelajar yang

terlibat dikehendaki berkumpul untuk perbincangan dan memastikan semua ahli

jawatankuasa melaksanakan tugas masing-masing yang diberi. Dalam perjumpaan ini

juga taklimat penuh telah diberikan oleh penyelaras Program Bina Insan Guru (BIG)

fasa 3 iaitu En Sharudin Bin Mad Amin.

Selain itu, semasa perjumpaan ini kami telah diberi penjelasan mengenai

perjalanan program yang sebenar dan semua AJK diminta untuk memastikan segala

persiapan berjalan dengan lancar. Kami telah diagih-agihkan kepada beberapa

kumpulan untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang telah diberikan bagi sesebuah

kawasan. Tugasan telah diagihkan mengikut kumpulan masing-masing. Setiap

kumpulan diingatkan supaya menyediakan contoh lukisan Mural untuk aktiviti Khidmat

Masyarakat di Astaka Khalid Al-Walid. Semua peserta BIG fasa tiga di

pertanggungjawabkan untuk menyiapkan lukisan mural mengikut kumpulan masing-

masing. Kumpulan saya dikehendaki melukis mural didinding bangunan astaka di

bahagian hadapan. Tema lukisan mural kali ini ialah Sukan dan Permainan. Setiap

1

Page 2: Laporan Big Sem 2 2014

kumpulan telah diberi tugasan dengan teliti sekali dan semua ahli jawatankuasa yang

terlibat perlu melaksanakan tugasan yang telah diberikan kepada mereka.

Pada 14 Oktober 2014 bersamaan hari Selasa kami telah berkumpul di Dewan

Kuliah A seawal jam 7.30 malam untuk sesi pendaftaran peserta. untuk program

pertama kami perlu mengikuti kursus simulasi pengurusan Etika dan Protokol suatu

majlis rasmi. Untuk slot pertama BIG fasa 3 ini kami perlu mendengar slot ceramah

mengenai Etika dan Protokol pengurusan sesuatu majlis rasmi. Ceramah ini

disampaikan oleh En Shukri Bin Mat Yaacob pensyarah dari Unit Ko-kurikulum IPG

Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Saya telah dipertanggungjawabkan untuk

menjadi pengacara Majlis untuk Majlis Perasmian Program BIG fasa 3 bagi Slot Etika

dan Protokol. Disini dapat memupuk nilai kesabaran dalam diri saya dengan

menyediakan skrip pengacaraan secara sendirian dan bantuan daripada rakan sebilik.

Melalui pengalaman pertama ini saya dapat pelajari etika pengurusan pengacaraan

majlis rasmi. Majlis bermula dengan ucapan perasmian oleh En Abdul Ramit Bin

Sulaiman selaku Ketua Unit Ko-Kurikulum IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala

Lipis. Selepas itu, ceramah yang bertajuk Etiket dan Protokol berlangsung selama 2 jam

dan disampaikan secara teori dan praktikal. Melalui slot ceramah ini saya dapat

penjelasan yang lebih kemas mengenai bagaimana untuk menguruskan dan

merancang perjalanan sesebuah majlis rasmi. Selain itu, saya terdedah dengan etika

dan protokol yang perlu diikuti bagi setiap majlis yang rasmi yang berkaitan. Sepanjang

slot ceramah ini, penceramah telah memilih beberapa orang peserta untuk melakukan

simulasi majlis rasmi yang menyerupai majlis sebenar. Simulasi yang perlu mereka

lakukan ialah etika dan protokol untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu VIP.

Kekuatan yang dapat saya lihat ialah saya berpeluang memperbaiki kelemahan saya

untuk mengikuti protokol yang betul.

Selepas Slot ceramah semua pensyarah dan peserta bergerak ke dewan makan

untuk jamuan dan simulasi pengurusan etika melayan tetamu VIP di meja santapan.

Selepas jamuan makan aktiviti berakhir pada jam 11.30 malam dan peserta perlu

melakukan aktiviti pembersihan di kawasan dewan makan. Majlis berakhir pada jam

11.45 malam.

2

Page 3: Laporan Big Sem 2 2014

Pada 16 september 2014 perjumpaan diadakan sekali lagi untuk slot kedua BIG

fasa 3 iaitu program khidmat masyarakat melukis mural di bangunan astaka Khalid Al-

Walid IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Seawal jam 8 pagi semua peserta BIG dari

unit PISMP semester 3 telah berkumpul untuk mendengar taklimat daripada pengerusi

BIG fasa 3 iaitu Sorupanathan a/l Sadayan seterusnya pengagihan peralatan melukis

dan mewarna mengikut kumpulan masing-masing. Selepas sesi taklimat semua peserta

bergerak dalam kumpulan masing-masing dan aktiviti bermula pada jam 8.30 dan

berhenti rehat pada jam 10.30 pagi. Selepas minum pagi aktiviti khidmat masyarakat

bersambung semula hingga jam 2.30 petang. Sepatutnya aktiviti melukis dan mewarna

mural tamat pada jam 4.30 petang namun kami berjaya menyempurnakan tugasan

khidmat masyarakat ini lebih awal berbanding waktu yang dijadualkan. Kekuatan yang

dapat saya lihat hasil daripada kepantasan menyiapkan tugasan ini ialah pengurusan

masa yang sistematik. Kami telah berbincang dan sepakat untuk melukis mural sehari

sebelum BIG yang dijadualkan supaya kerja-kerja mewarna dapat disiapkan dengan

lebih awal dan sempurna.

Secara keseluruhannya saya berasa amat teruja dan berbangga kerana peserta

BIG fasa 3 berjaya menyempurnakan tugasan dengan baik. Kerjasama dan toleransi

dapat dilihat apabila kami bersama-sama membersihan kawasan bangunan Astaka

selepas selesai aktiviti melukis mural. Semua peserta telah bertindak mengikut tugasan

masing-masing dan saling membantu ahli kumpulan lain untuk melengkapkan tugasan

mereka. selepas selesai aktiviti pembersihan semua peserta berehat untuk menjamu

selera sebelum berkumpul semula untuk majlis penutup.

Majlis penutupan program khidmat masyarakat telah diadakan di Astaka Khalid

Al-Walid. Semua peserta dan pensyarah Unit Ko-kurikulum berkumpul untuk meraikan

majlis penutupan. Ucapan penutupan program telah di sempurnakan oleh Tuan Haji

Saharom Bin Idris selaku Ketua Penyelaras BIG Fasa 3. Beliau telah mengucapkan

ribuan terima kasih kepada kami kerana berjaya menyelesaikan tugsan dalam masa

yang ditetapkan. Beliau turut memuji hasil kerja kami yang cantik dan menarik. Majlis

penyampaian hadiah juga telah diadakan sebagai tanda kenangan-kenangan dan

semua peserta telah diminta untuk menikmati jamuan minum petang bersama pesyarah

3

Page 4: Laporan Big Sem 2 2014

unit Ko-kurikulum iaitu Encik Sharudin Bin Mad Amin selaku Penyelaras BIG fasa 3

PISMP ambilan jun 2013, Encik Shukri Bin Mat Yaacob selaku penceramah slot Etiket

dan Protokol. Selepas jamuan mimum petang majlis bersurai dan semua peserta

bergerak balik ke bilik maisng-masing.

4