laporan big sem 8 ciri kepimpinan sk kudong.docx

14
CIRI-CIRI KEPIMPINAN SK KAMPUNG KUDONG ,BEKOK , SEGAMAT Kepimpinan guru besar yang berkesan dan bersungguh merupakan pemboleh ubah kepada kejayaan sekolah. Guru besar memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin yang mempunyai wawasan yang jelas tentang organisasi dan kakitangannya. Pencapaian kecemerlangan sesebuah sekolah adalah bergantung pada pengurusan yang baik dan kepimpinan yang strategik. Guru besar perlu mempunyai kebijaksanaan yang tinggi untuk menjadi pemimpin yang berkesan, berpengalaman dan proaktif di pelbagai peringkat. Guru besar perlulah peka dan sensitif terhadap perubahan mendatang, lebih berprestij dan berkaliber untuk membentuk pendidikan abad ke 21. Menurut Stogdill (1958) , kepimpinan ialah proses mempengaruhi aktiviti-aktiviti sekumpulan orang dalam organisasi ke arah penentuan dan pencapaian matlamat organisasi. Tery (1960), mendefinisikan kepimpinan sebagai aktiviti mempengaruhi orang supaya berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat kumpulan. Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong terletak di Kampung Kudong, Bekok, Segamat. Kampung Kudong merupakan kampung orang asli dari suku kaum Jakun. Kampung ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis . Suku kaum Jakun mempunyai hubungan kekeluargaan yang erat. Selain itu , mereka sukakan hiburan dan nyanyian. Sejak zaman dahulu , suku kaum Jakun merayakan perayaan: a. Musim menuai b. musim menuba ikan c. musim berlancang iaitu membela kampung Apabila tiba musim tersebut mereka akan pergi dan membuat kerja secara bergotong royong, mereka akan mengadakan majlis kenduri, majlis tari menari dan lain-lain aktiviti yang tidak menyimpang daripada adat turun temurun. Manakala hasil tanaman tadi diberi kepada sanak saudara untuk dijamah

Upload: fidah-jalil

Post on 10-Apr-2016

55 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan big sem 8 ciri kepimpinan sk kudong.docx

CIRI-CIRI KEPIMPINAN SK KAMPUNG KUDONG ,BEKOK , SEGAMAT

Kepimpinan guru besar yang berkesan dan bersungguh merupakan pemboleh

ubah kepada kejayaan sekolah. Guru besar memainkan peranan yang penting sebagai

pemimpin yang mempunyai wawasan yang jelas tentang organisasi dan kakitangannya.

Pencapaian kecemerlangan sesebuah sekolah adalah bergantung pada pengurusan

yang baik dan kepimpinan yang strategik. Guru besar perlu mempunyai kebijaksanaan

yang tinggi untuk menjadi pemimpin yang berkesan, berpengalaman dan proaktif di

pelbagai peringkat. Guru besar perlulah peka dan sensitif terhadap perubahan

mendatang, lebih berprestij dan berkaliber untuk membentuk pendidikan abad ke 21.

Menurut Stogdill (1958) , kepimpinan ialah proses mempengaruhi aktiviti-aktiviti

sekumpulan orang dalam organisasi ke arah penentuan dan pencapaian matlamat

organisasi. Tery (1960), mendefinisikan kepimpinan sebagai “ aktiviti mempengaruhi

orang supaya berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat kumpulan.

Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong terletak di Kampung Kudong, Bekok,

Segamat. Kampung Kudong merupakan kampung orang asli dari suku kaum Jakun.

Kampung ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis . Suku kaum Jakun mempunyai

hubungan kekeluargaan yang erat. Selain itu , mereka sukakan hiburan dan nyanyian.

Sejak zaman dahulu , suku kaum Jakun merayakan perayaan:

a. Musim menuai

b. musim menuba ikan

c. musim berlancang iaitu membela kampung

Apabila tiba musim tersebut mereka akan pergi dan membuat kerja secara

bergotong royong, mereka akan mengadakan majlis kenduri, majlis tari menari dan lain-

lain aktiviti yang tidak menyimpang daripada adat turun temurun. 

Manakala hasil tanaman tadi diberi kepada sanak saudara untuk ‘dijamah’ ia juga

sebagai pengikat tali persaudaraan kekeluargaan agar teguh dan erat .

Walaupun suku kaum orang asli Jakun ini mempunyai pegangan agama yang

berlainan daripada pihak pentadbir sekolah (guru-guru dan staf sokongan) yang

Page 2: laporan big sem 8 ciri kepimpinan sk kudong.docx

majoritinya beragama islam, mereka tetap bekerjasama bagi memastikan kejayaan SK

Kampung Kudong yang diterajui oleh guru besar mereka yang baru iaitu Tuan Haji

Rusdin Bin Mahamud.

Tuan Haji Rusdin Bin Mahamud berasal dari Negeri Sembilan yang berketurunan

minangkabau mengamalkan pepatah ”Alam Takambang Jadi Guru”. Peribahasa utama

orang Minangkabau yang memiliki erti bahawa orang Minang haruslah dinamis dan

sepatutnya belajar dari alam. Orang Minang mesti boleh menyesuaikan dan

mengembangkan dirinya di manapun mereka berada.

Beliau baharu sahaja menjalankan tugas sebagai guru besar SK Kg Kudong

selama sebulan. Sebelum ini, beliau berkhidmat menjalankan tugas sebagai guru besar

di SK Sawah Baru. Disebabkan kepimpinan beliau yang bijak dan berketrampilan

dengan menaikkan SK Sawah Baru selama tiga tahun berturut-turut , beliau telah diberi

kepercayaan untuk memimpin SK Kampung Kudong pada tahun 2015.

Tuan Haji Rusdin seorang yang mudah mesra dengan kakitangan sekolah dan

mengamalkan petua “sentuhan” kepada anak murid orang asli yang sentiasa

bergelumang dengan hutan. Beliau amat arif di dalam kepimpinannya kerana tahu akan

hubungan kekeluargaan suku kaum Jakun yang kuat ini. Sebagai contoh , murid-murid

disentuh dengan cara bersalaman dan mencium tangan guru-guru setiap kali sebelum

masuk ke kelas .Bagi mengatasi masalah murid yang datang lewat ke sekolah , Tuan

Haji Rusdin bin Mahamud akan menjadikan dirinya sebagai ”role model” datang awal ke

sekolah iaitu pada pukul 6.30 pagi . Murid akan diberi ganjaran RM1 sekiranya datang

lebih awal daripada beliau. Ibubapa yang menghantar anak awal ke sekolah akan

Page 3: laporan big sem 8 ciri kepimpinan sk kudong.docx

disambut oleh beliau sendiri dengan kata-kata pujian seperti ”Terima kasih kerana

menghantar anak awal ke sekolah.”

Hubungan Tuan Haji Rusdin bin Mahamud dengan guru dan staf amat mesra

kerana semua guru dan staf akan dipanggil dengan gelaran “anak” dan membahasakan

diri beliau “ayah”. Beliau berpendapat hubungan seperti ini dapat membina modal

insan, membina semangat kekitaan dan kesamaan. Hubungan ini dapat

membangkitkan motivasi murid-murid dan guru dan seterusnya akan meningkatkan

prestasi sekolah dari segenap aspek baik di bidang kokurikulum mahupun akademik.

Buktinya pada tahun 2013 , SK Kampung Kudong mendapat Anugerah Kecemerlangan

Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Cemerlang Sekolah Rendah

Pedalaman. Selain itu , sekolah ini turut dianugerahkan 5 Bintang oleh pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penarafan Smart School Qualification Standard

SSQS) pada Tahun 2012. Pada Tahun 2011 dan 2012( dua tahun berturut-turut ) , SK

Kampung Kudong diberi sijil Penghargaan di atas pencapaian cemerlang di dalam

peperiksaan UPSR. Pencapaian terkini yang turut menjadi kebanggaan warga SK

Kampung Kudong ialah Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat

Kebangsaan 2014 kategori “Sekolah Orang Asli”

Selain itu , untuk mewujudkan budaya kemesraan di antara staf sokongan dan

guru-guru, beliau telah membawa mereka berkunjung ke negara-negara Asean seperti

Thailand dan Vietnam sebagai rangsangan kepada guru dan staf untuk bekerja sebagai

satu pasukan. Selain itu program suaikenal “ahli keluarga” guru dan staf sekolah

diadakan saban tahun.

Hubungan ibubapa dan guru-guru SK Kampung Kudong ibarat “Aur Dengan Tebing”

kerana Program Sarana di antara ibubapa dan guru berjaya dilaksanakan hingga terkenal di

peringkat kebangsaan. Di antara program-program yang dijalankan ialah Program ‘Hik Apa

Khabar’ di mana guru-guru akan berkunjung ke rumah ibu atau bapa murid yang uzur dan sakit.

Program Motivasi ibubapa dan murid saban tahun dijalankan.Selain itu, Program gotong royong

seperti memperbaiki sistem perparitan dan replika jalan raya sentiasa mendapat bantuan dan

sokongan ibu bapa. Sememangnya golongan ibu bapa murid orang asli ini tidak ketinggalan di

dalam ilmu Teknologi Maklumat kerana pihak PIBG SK Kampung Kudong Segamat telah

Page 4: laporan big sem 8 ciri kepimpinan sk kudong.docx

mencipta Blog PIBG Kampung Kudong. pibgskkgkudong.blogspot.com merupakan satu

blog bagi PIBG SK Kampung Kudong, Segamat, Johor Darul Takzim. Blog ini bertujan

untuk membantu penyebaran informasi berkaitan PIBG SK Kampung Kudong di

samping memacu ke arah kemodenan TMK (ICT).  Di atas sikap pemuafakatan itu, SK

Kampung Kudong telah dianugerahkan Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat

Kebangsaan tahun 2012 -2013 Kategori Sekolah Rendah Pedalaman.

Di antara ciri-ciri kepimpinan yang dipamerkan dan di amalkan ialah:

Selain itu, Tuan Haji Rusdin menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai

idolanya bagi memimpin SK Kampung Kudong. Nabi Muhammad SAW bukan

sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan

rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik, sosial, ekonomi dan

pertahanan. Beliau sering menceritakan keperibadian Nabi Muhammad kepada

anak-anak muridnya meskipun ramai di kalangan mereka bukan penganut Islam.

Beliau juga berjaya menarik hampir 10 % murid orang asli ini bagi memasuki

agama islam. Selain itu, sekolah turut menjalankan Program Pengislaman

Saudara Baru saban tahun bagi menyokong dan membimbing kaum orang asli

memasuki dan mendalami ilmu agama islam.

Kerja berpasukan , Penyayang dan Profesionalisme Adalah Budaya Kerja Kita

Kalau buat mesti sampai jadi,

Jika mencari, biar sampai dapat,

Jika bertanding biar sampai menang,

Alang mandi , biar basah,

Genggam bara api biar sampai jadi arang

Page 5: laporan big sem 8 ciri kepimpinan sk kudong.docx

Harapan Tuan Haji Rusdin Bin Mahamud adalah untuk menjadikan SK Kampung

Kudong sebuah sekolah yang cemerlang akademiknya menjelang Tahun 2016 yang

merupakan tahun permulaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM).