panduan pelaksanaan big pgsr sem.3

Upload: ummieta-mohamed

Post on 09-Jul-2015

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEMESTER 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIABerkuat kuasa mulai Mac 2011

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

KANDUNGAN 1.2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

MUKA SURAT 2 2 3 6 8 9. 10 11 12 18 26 28

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Model Konseptual Pendidikan Guru Pengenalan Program Bina Insan Guru PGSR Matlamat dan Objektif Program BIG Objektif Modul Pelaksanaan BIG Jawatankuasa Pelaksanaan Pengenalan Program BIG Semester Tiga ( III ) Garis Panduan Pelaksanaan dan Prosedur Pelaksanaan Ceramah/Bengkel/Seminar Garis Panduan Pelaksanaan dan Prosedur Pelaksanaan Khidmat Masyarakat Peraturan dan Arahan Tetap Program Perkhemahan BIG Panel Modul

-2TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan Negara. diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

-3TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURUModel Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah di bawah:

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURUKETUHAN AN

ROHANI

Pengetahuan

Nilai

INTELEK

Kemahiran

EMOSI

JASMANI

KENDIRI

KEMASYARAKATAN

-4TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama, iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra guru dalam ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancangkan seperti berikut: Ketuhanan :Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama. Kemasyarakatan :Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan. Kendiri :Menjurus kepada pembinaan profesionalisme, daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu dan pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.

Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan. Kurikulum Bina Insan Guru Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah ( PGSR ) digubal dengan mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu yang diperjelas seperti berikut:

-5TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Pengetahuan:

Merangkumi pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan ilmu bidang pengajian, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran dan pengurusan persekitaran pembelajaran serta sumber berkaitan bidang pengajian.

Kemahiran :

Merangkumi kemahiran intelek yang melibatkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran, penyelesaian masalah dan membuat keputusan; penggunaan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan pengajaran pembelajaran; dan keupayaan memindahkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar.

Nilai

:

Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia. serta memiliki dan menampilkan nilai, etika dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan

-6TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

PROGRAM BINA INSAN GURU BAGI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH ( PGSR ) 1. PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU PGSRGuru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan

Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.

-7TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat pengalaman yang diperolehi mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap

dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

-8TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

2.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIGProgram Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak,

nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG bermula dengan Perkhemahan I ( 4 hari 3 malam) yang dilaksanakan pada awal semester pertama dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh pengajian mereka di Institut Pendidikan Guru. Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG. Fokus aktiviti perkhemahan II, ceramah, seminar, bengkel dan khidmat masyarakat ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar :

1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. 2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti 3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. 4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. 5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. -9TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan sosial. 8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. 9. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan

3.

OBJEKTIF MODUL PELAKSANAAN BIGBuku Panduan Pelaksanaan dan Modul BIG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut: i. ii. iii. . Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana program BIG di Institut-institut Perguruan di Malaysia Memastikan wujudnya kesetaraan dan keseragaman dalam pelaksanaan BIG di Institut-Institut Perguruan Malaysia Memastikan pelaksanaan BIG memenuhi matlamat kurikulum dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

- 10 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

4.

JAWATANKUASA PELAKSANAStruktur Jawatankuasa Induk Program Bina Insan Guru Peringkat Institut: Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Penyelaras Bendahari Ahli Jawatankuasa : i. ii. iii. iv. v. iv. Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Moral Pengerusi Jawatankuasa Peralatan Pengerusi Jawatankuasa Makanan Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan keselamatan Pengerusi Jawatankuasa Penilaian ( KJ Pendidikan Islam dan Moral ) ( Unit Kokurikulum/ Penyelia Setor ) ( lantikan bebas ) ( Ketua Jurulatih ) ( lantikan bebas ) ( SUP IPG ) : : : : : Pengarah Timbalan Pengarah Ketua Unit Kokurikulum Penyelaras BIG Penolong Pegawai Tadbir

- 11 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

5.0

PENGENALAN BINA INSAN GURU SEMESTER 3Program Bina Insan Guru semester Tiga ( 3 ) mencakupi satu aktiviti ceramah, bengkel atau seminar dan satu

aktiviti khidmat masyarakat. Melalui program ini pelajar akan didedahkan dengan kefahaman yang menyeluruh berkaitan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti serta akauntabiliti profesionalisma guru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.

Aktiviti ini juga betujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan. Bakal-bakal guru dilatih supaya berupaya berfikir secara positif dan meningkatkan motivasi kerjaya keguruan. Mereka didedahkan dengan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap profesion, masyarakat dan negara. Kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan perkhidmatan sosial perlu diterapkan kepada bakal-bakal pendidik supaya mereka berupaya bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas secara bersama. Mereka perlu dilatih supaya berfikir secara reflektif dan kritis ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan dalam kehidupan seharian.

- 12 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

6.0

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CERAMAH/ BENGKEL/ SEMINAR

1. Pengendalian seminar/ bengkel/ ceramah dilaksanakan di bawah kendalian Unit Kokurikulum IPG.

2. Tugasan seminar/ bengkel/ ceramah/ ini hendaklah dilaksanakan dalam tempoh satu hari3. Pelaksanaan ini mengambilkira kesesuaian tempat dan kemampuan kewangan semasa pihak institut berkenaan.

4. Pengisian seminar/ bengkel/ ceramah hendaklah melibatkan gabungan ketiga-tiga tema dan merujuk kepada tajuk-tajuk yang diberikan berkaitan dengan tema-tema berkenaan.5. Setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan reflektif berkaitan ceramah/ bengkel/ seminar yang

dilaksanakan. Panjang laporan adalah antara 400 - 500 patah perkataan. 6. Format penulisan laporan reflektif adalah seperti berikut: a. Pengenalan b. Objektif ceramah c. Kandungan ceramah d. Refleksi kendiri ( Kepentingan kepada diri, kerjaya , organisasi dan komuniti ) e. Penutup. 7. Laporan hendaklah ditaip menggunakan font Arial saiz 12 langkau dua baris.8. Laporan ini hendaklah dihantar kepada Tutor Kumpulan dalam tempoh seminggu selepas aktiviti dilaksanakan.

- 13 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

6.1

MAKLUMAT PELAKSANAAN SEMINAR/ BENGKEL/ CERAMAH6.1.1 TEMA DAN CADANGAN TAJUK Tema 1: i. ii. iii. iv. v. Etiket Sosial

Pengucapan Awam Kesantunan Berbahasa Kemahiran mendengar secara efektif. Tertib di meja makan Etika berpakaian Protokol

Tema 2: i.

Pengendalian majlis rasmi (susun atur tempat kedudukan, pengacaraan, sambutan tetamu)

* Peringatan: Pilih satu tema sahaja untuk dilaksanakan

6.1.2 MASA 6.1.3 TEMPAT 6.1.4 BILANGAN PESERTA 6.1.5 SUMBER/ PERALATAN 1. 2. 3. 4. LCD

: 3 Jam : Dewan Syarahan : Semua peserta PGSR

Kertas ( A4 dan mahjong ) Komputer riba Papan putih - 14 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

5.

Pemadam papan putih

- 15 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

6.1.6 HASIL PEMBELAJARAN DAN INDIKATOR PRESTASI Hasil Pembelajaran 1. Mengamalkan ciri-ciri pengucapan awam yang beretika dan berkesan. Indikator Presatasi 1.1 Menjelaskan konsep pengucapan awam 1.2 Menganalisis ciri-ciri pengucapan awam yang baik 1.3 Menjelaskan ciri-ciri kualiti peribadi dan profesional seorang pengucap awam yang baik.. 2. Mengamalkan ciri-ciri kesantunan bahasa semasa berkomunikasi dari segi penggunaan: Kata ganti diri sapaan dalam keluarga dan masyarakat Panggilan hormat dalam majlis rasmi dan komunikasi interpersonal Aturan sapaan Penggunaan bahasa bukan lisan 2.1 Dapat mengkategorikan bahasa sapaan 2.2 Menggunakan kata sapaan mengikut konteks 2.3 Menggunakan panggilan hormat dan aturan sapaan 2.4 Mengaplikasikan kemahiran interaksi sosial 2.5 Mempamerkan bahasa tubuh secara sopan dan sesuai dalam pelbagai situasi.

3. Mengamalkan ketertiban dan etika di meja makan dari segi: Penggunaan peralatan Perlakuan dan ketertiban Larangan di meja makan.

3.1 Mengenalpasti susun letak peralatan dan penggunaannya di meja makan 3.2 Menggunakan peralatan di meja makan dengan cara yang betul 3.3 Menjelaskan jenis dan bentuk hidangan/ menu di majlis makan rasmi 3.4 Mengamalkan perlakuan yang sesuai dan tertib di meja makan - 16 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Hasil Pembelajaran 4. Dapat mengendalikan majlis rasmi dengan teratur dan berkesan dari segi : Menentukan susun atur kedudukan berdasarkan pangkat dan status Menentukan kedudukan bendera dan logo Mengaturcarakan majlis dengan tertib dan berkesan Tatacara sambutan tetamu dan tetamu kehormat

Indikator Presatasi 4.1 Menyatakan susun atur tetamu/ jemputan dalam majlis rasmi berdasarkan pangkat dan status 4.2 Menentukan kedudukan bendera dan logo 4.3 Menggunakan bahasa sapaan yang betul ketika menjadi pengacara majlis 4.4 Mengendalikan majlis rasmi dengan baik dan teratur 4.5 Mengamalkan adab dan tatacara sambutan tetamu dan jemputan dalam majlis rasmi.

5. Mengamalkan etika berpakaian dan kelengkapan yang sesuai dalam majlis rasmi dan separa rasmi dari segi: warna Jenis Bentuk Kelengkapan

5.1 Menjelaskan jenis-jenis pakaian rasmi dan tidak rasmi untuk kakitangan kerajaan 5.2 Mengenalpasti jenis pakaian dan kegunaannya bagi sesuatu majlis 5.3 Mengklasifikasikan pakaian yang sesuai atau tidak sesuai untuk sebarang majlis 5.4 Menggunakan pakaian yang sesuai untuk sesuatu majlis dari segi jenis, warna, bentuk dan kelengkapan.

- 17 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

6.1.7 PROSEDUR PELAKSANAAN Langkah / Masa 2. Sesi penyampaian input berkaitan tema dan tajuk yang telah ditentukan. (60 minit ) 3. Aktiviti peserta secara kumpulan dan pembentangan . ( 60 minit ) 3.1 Berdasarkan tugasan yang dikemukakan kepada peserta berkaitan tema dan tajuk seminar/ ceramah/ bengkel. Perbincangan kumpulan/ bengkel. Mengintegrasi pengetahuan sedia peserta dan pembelajaran baru 3.1 Membahagikan peserta kepada kumpulan mengikut berkaitan tema dan tajuk ceramah/ bengkel/ seminar. unit pengajian. 3.2 Mengedarkan tugasan kepada setiap kumpulan. 3.3 Perbincangan/ bengkel kumpulan bersama Tutor. 3.4 Pembentangan hasil perbincangan/ bengkel kumpulan. 4. Soal jawab/ Rumusan ( 30 minit ) 4.1 Penjelasan terperinci isi kandungan ceramah/ bengkel/ seminar berdasarkan soalan peserta. 4.2 Rumusan penceramah - 18 TERHAD

Isi Kandungan 2.1 Isi kandungan berkaitan tema dan tajuk yang ditetapkan.

Strategi Pelaksanaan

Fokus Hasil Pembelajaran

Syarahan/ kuliah menggunakan Membina kefahaman dan bahan-bahan sokongan penghayatan peserta tertentu. terhadap kandungan tema ceramah/ bengkel/ seminar.

Memantapkan penguasaan kandungan tema dan tajuk ceramah/ bengkel/ seminar.

Soal jawab dan rumusan akhir.

Merangsang pemikiran dan refleksi peserta terhadap tema dan tajuk seminar/ bengkel/ ceramah.

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Langkah / Masa

Isi Kandungan berkaitan kandungan ceramah/ seminar/ bengkel dan hubungannya dengan kerjaya guru.

Strategi Pelaksanaan

Fokus Hasil Pembelajaran

5. Penutup ( 15 minit )

5.1 Pengendalian majlis rasmi berdasarkan protokol majlis.

Penyampaian cenderamata dan penutupan majlis rasmi.

Mengendalikan majlis rasmi berdasarkan protokol majlis.

6.2

PELAN KONTIGENSI Unit Kokurikulum perlu menyediakan plan kontigensi bagi setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan bagi menghadapi kemungkinan luar jangka.

6.3

TUGASAN PELAJAR Peserta dikehendaki menyediakan satu laporan reflektif berkaitan seminar/ ceramah/ bengkel yang telah diikuti berdasarkan panduan yang telah ditetapkan. Laporan ini perlu disediakan secara individu.

- 19 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

7.0

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN Aktviti khidmat masyarakat ini direncanakan dalam program Bina Insan Guru ( BIG ) Semester 3 dengan tujuan semua pelajar dapat menjiwai dan merasai pelbagai persekitaran komuniti dan melatih mereka menjadi lebih peka kepada realiti persekitaran samada dari segi budaya, taraf hidup serta keperluan pendidikan komuniti. Penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan ini juga dapat meningkatkan kesedaran sosial dan kepentingan perkhidmatan komuniti serta berkeupayaan mengurus hubungan dengan komuniti pendidikan terutamanya keluarga dan masyarakat setempat Aktiviti khidmat kemasyarakatan ini dikendalikan oleh Unit Kokurikulum dan tutor kumpulan pelajar berkenaan. Dalam pengedalian aktiviti ini, panduan berikut perlu dipatuhi; 1. Unit Kokurikulum perlu memberi taklimat berkaitan pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat ini kepada semua pelajar dan tutor. 2. Setiap unit pengajian perlu menyediakan kertas cadangan pelaksanaan program ini melalui nasihat tutor dan menghantar kertas cadangan berkenaan kepada Unit Kokurikulum pada awal semester atau sekurangkurangnya sebulan sebelum aktiviti berkenaan dilaksanakan. 3. Satu jadual induk pelaksanaan aktiviti khidmat kemasyarakatan IPG akan dikeluarkan oleh Unit Kokurikulum. 4. Kawasan pelaksanaan aktiviti ini adalah kawasan penempatan yang difikirkan sesuai oleh Unit Kokurikulum.

PERINGATAN Pelajar perlu terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan yang berbeza daripada aktiviti khidmat kemasyarakatan BIG yang telah diikuti pada semester kedua

- 20 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

7.1

Maklumat Pelaksanaan Aktiviti Kemasyarakatan

7.1.1

Tema dan Cadangan Aktiviti Tema 1: Khidmat Masyarakat. khidmat sosial dan kebajikan (rumah kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusat penjagaan warga emas) bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam) gotong royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah ibadat, pusat-pusat komuniti, dan khidmat kebajikan).

Tema 2: Khidmat Pendidikan Kepada Komuniti. kelas tambahan klinik subjek/ bimbingan pembelajaran. kem motivasi dan kerjaya kempen kesedaran pendidikan.

- 21 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

7.1.2 MASA 7.1.3 TEMPAT 7.1.4 BILANGAN PESERTA 7.1.5

: 7 Jam : Lokasi yang bersesuaian : Semua peserta PGSR

SUMBER/ PERALATAN : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. LCD Kertas ( A4 dan mahjong ) Komputer riba Papan putih Pemadam papan putih Peralatan gotong royong / peralatan yang akan digunakan mengikut kesesuaian program. Kain rentang program

- 22 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

7.1.6 HASIL PEMBELAJARAN DAN INDIKATOR PRESTASI Hasil Pembelajaran 1. Membina kemahiran merancang, melaksana dan mengurus program atau aktiviti Indikator Presatasi 1.1 Menunjukkan kemahiran dalam menguruskan hubungan dengan komuniti 1.2 Berupaya berfikir secara kritikal, analitikal dan kreatif dalam membuat perancangan dan pelaksanaan aktiviti 1.3 Mempamerkan kemahiran pengurusan diri dan kumpulan dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti 2. Melaksanakan sesuatu aktiviti berasaskan semangat berpasukan, amanah dan kesediaan berbakti 2.1 Menunjukkan komitmen dalam melaksanakan peranan/ tanggungjawab 2.2 Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab dalam program aktiviti yang dijalankan 2.3 Menunjukkan kesediaan memberi sumbangan tenaga dan pemikiran dalam menjayakan sesuatu aktiviti/ program

3. Menunjukkan kepekaan kepada realiti persekitaran.

3.1 Menyesuaikan diri carai berpakaian, bergaul dan bertingkah laku semasa menjalankan aktiviti kemasyarakatan 3.2 Merancang aktiviti yang sesuai dengan lokasi, sosio budaya dan keperluan komuniti setempat .

4. Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan

4.1 Mempamerkan komitmen kerja yang tinggi dalam menjayakan sesuatu aktiviti. 4.2 Menjaga nama baik institut dan profesion keguruan sepanjang pelaksanaan aktiviti.

- 23 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Hasil Pembelajaran 5. Mempamerkan rasa empati dan kesediaan berbakti kepada masyarakat

Indikator Presatasi 5.1 Menunjukkan kesediaan untuk memberikan perkhidmatan secara sukarela kepada komuniti 5.2 Kesedaiaan memberikan pertolongan dan kerjasama dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.

7.1.7 Prosedur Pelaksanaan Langkah /Masa 1. Persediaan Isi Kandungan Pra-Perancangan Strategi Pelaksanaan Persediaan Perancangan - Bentuk JK Kerja dan spesifikasi tugas. - Memberi penjelasan, kefahaman tentang tujuan program. - Membina plan kerja. - Menyediakan proposal program. - Menentukan lokasi program. - Mendapatkan mandat / maklumat program dari pihak KUK dan pihakpihak berkaitan. - Ketua Unit Kokurikulum - Unit BK - Pensyarah Tutor - 24 TERHAD

Fokus Hasil Pembelajaran-

-

Halatuju program

Dapat menguasai kemahiran membuat pengurusan secara strategik ( strategic planning management ) Dapat mengaplikasikan analisa SWOT / 4WIH untuk menjana strategi. Melatih diri membuat rundingcara secara profesional Dapat menguasai kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah.

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Langkah /Masa

Isi Kandungan

Strategi Pelaksanaan Pihak atau agensi yang berkaitan dengan program. - Tinjauan lokasi - Analisa SWOT atau 4W1H - Bergantungan kepada lokasi dan sasaran di mana program ini akan dilaksanakan. Contoh:- Program yang melibatkan Rumah Anak Yatim, agensi yang terlibat seperti Jbtn. Kebajikan Masyarakat Negeri, ADUN, JKKK dan lain-lain. - Menyediakan kertas cadangan yang lengkap - Mengadakan mesyuarat JK Kerja dan agihan kerja. - Menyediakan jadual program yang lengkap untuk edaran semua JK dan pihak-pihak yang terlibat. - Melaksanakan taklimat awal program kepada semua ahli yang terlibat. -

Fokus Hasil Pembelajaran

Analisa Persekitaran Isu dan matlamat program

5.

Menyediakan Plan Tindakan Program

- 25 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Langkah /Masa

Isi Kandungan -

Strategi Pelaksanaan Menyatakan tarikh dan masa pergerakan ke lokasi program. Melaksanakan semua tugasan dalam bidang kuasa yang telah ditetapkan. Berhubung dengan pihak bertanggungjawab jika berlaku sesuatu masalah . Menyelaras semua kerja mengikut keperluan semasa. Membantu jawatan kuasa lain melicinkan program. Melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancangkan mengikut jadual. Mesyuarat akhir / postmortem. Menyediakan laporan reflektif untuk dihantar kepada tutor. Mengembalikan semua barang dan peralatan pinjaman. Menghantar surat-

Fokus Hasil Pembelajaran

6. Semasa Program dilaksanakan

Semua JK Kerja bertindak dan melaksanakan tanggungjawab mengikut bidang dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan

-

-

-

Dapat mengetahui prinsip penggunaan ruang dan tanggungjawab. Mendalami jiwa masyarakat yang pelbagai dalam proses menyesuaikan diri di alam pendidikan.

-

7. Selepas program

Membuat penilaian program dan membuat refleksi.

-

-

-

Dapat mengetahui sistem sosial masyarakat Dapat menguasai kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah. Dapat membuat penilaian dan refleksi diri

- 26 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Langkah /Masa

Isi Kandungan

Strategi Pelaksanaan penghargaan terima kasih kepada agensi luar yang terlibat.

Fokus Hasil Pembelajaran tentang menghadapi perubahan dalam bidang perguruan.

- 27 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM BIG SEMESTER TIGA ( III ) Peraturan dan arahan tetap program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif. Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut: 1. Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG. 2. Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. 3. Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang perkhemahan . 4. Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk waktu solat. 5. Peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan. 6. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan. (Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran) 7. Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan. 8. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan. 9. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam sekitar. 10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran. 11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang aktiviti adalah ditegah.

- 28 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

12. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama ).. 13. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti . 14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali. 15. Peserta dilarang menganggu dan merosakkan flora dan fauna atau merosakkan habitatnya. 16. Peserta dilarang keluar dari lokasi aktiviti kecuali dengan kebenaran. 17. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian. 18. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator. 19. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran. 20. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan. 21. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia. PERINGATAN Semua petugas yang dilantik / tutor diminta berada di lokasi dari mula sehingga tamat aktiviti . Mentor / tutur diminta bersama pelajar pada setiap aktiviti yang dijalankan.

- 29 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

AHLI PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNIAN MODUL PRORAM BINA INSAN GURU ( BIG ) SEMESTER III PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH ( PGSR )

Bi l. 1 2 3 4

Nama En. Baharuddin bin Ab.Latif En. Ahmad Sukri b. Mustaffa En. Mohamad Hafedz b. Salleh Tuan Haji Norhizan b. Zainol

Jabatan / Institut Unit KDP, BPG IPG Kampus Darulaman IPG Kampus Darulaman IPG Kampus Temenggong Ibrahim

- 30 TERHAD