big kami 2014

25
[Type text] PENDAHULUAN Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih. Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat rencam dan kompleks. Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.Guru hari ini perlu bergerak pantas sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa kini terutama di bidang pendidikan selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer, zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya.Namun begitu aspek asas yang terpenting ialah guruguru perlu memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah pasti menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan: …suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang . Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula berhasrat Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mematuhi aspirasi Negara Malaysia. SesungguhnyaFalsafah Pendidikan Kebangsaan yang diwujudkan di Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan penting untuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md Fiah, 2004). Falsafah tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua penggubalan program dan aktiviti yang dipikul di bahu para guru di sekolah untuk menjamin jenis insan yang akan dilahirkan melalui sistem pendidikan negara. 3.0 Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga; Nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau sifat ketinggian dalam pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain. Norma bermaksud ukuran untuk menentukan sesuatu atau peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan

Upload: chewaismail

Post on 20-Jul-2015

274 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Big kami 2014

[Type text]

PENDAHULUAN

Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam

bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi

negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih.

Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik

memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat

rencam dan kompleks.

Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan

memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan

jelas dan mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan

pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.Guru hari ini perlu bergerak pantas sepantas

perkembangan dan kehendak dunia masa kini terutama di bidang pendidikan selaras

perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer, zaman ledakan ilmu teknologi

maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya.Namun begitu aspek asas yang terpenting

ialah guruguru perlu memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika

perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah

pasti menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 2.0 Falsafah Pendidikan

Kebangsaan Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menyatakan: …suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang .

Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula berhasrat Membangunkan sistem

pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu

sepenuhnya dan mematuhi aspirasi Negara Malaysia. SesungguhnyaFalsafah Pendidikan

Kebangsaan yang diwujudkan di Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan penting

untuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md Fiah, 2004).

Falsafah tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua penggubalan program dan aktiviti

yang dipikul di bahu para guru di sekolah untuk menjamin jenis insan yang akan dilahirkan

melalui sistem pendidikan negara. 3.0 Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam Menurut Kamus

Dewan Edisi Tiga; Nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau sifat ketinggian dalam

pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain. Norma bermaksud ukuran untuk menentukan

sesuatu atau peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan

Page 2: Big kami 2014

[Type text]

dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Adab bermaksud tingkah laku serta tutur kata yang

halus(sopan),

berbudi bahasa , budi pekerti yang halus dan kesopanan. Etika bermaksud prinsip moral atau

akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu

kumpulan,

persatuan atau pekerjaan dan lain-lain . Nilai dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam di Malaysia

ialah dasar kerajaan yang memberi panduan tingkah laku kepada penjawat awam berlandaskan

nilai-nilai akhlak yang mulia untuk mencapai matlamat sebuah negara yang bertamadun,

bermaruah dan berakhlak. Kefahaman dan penghayatan nilai dan etika ini akan mengubah

pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota perkhidmatan awam agar bertanggung jawab dan

amanah, membuat sumbangan kepada pembangunan tamadun dan merealisasikan standard

mutlak bagi mendorong anggota perkhidmatan awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.

Page 3: Big kami 2014

[Type text]

INOVASI PEDAGOGI GURU CEMERLANG

Guru Cemerlang ditakrifkan sebagai seorang guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi, yang

mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya, hasil daripada

himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan berterusan pada sepanjang

tempoh perkhidmatannya.

Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladankan serta

sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang. Guru Cemerlang ditakrifkan sebagai seorang

guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi, yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang

tinggi dalam bidang tugasnya, hasil daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman

yang luas dan berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladankan serta

sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang.

KECEMERLANGAN PERIBADI

Mempunyai keyakinan diri

Berakhlak dan bermoral

Bersikap adil dan bertimbang rasa

Beramanah dan bertannggugjawab

Kreaktif dan inovatif

Sentiasa mengurus diri dengan kemas

Sedia berkongsi dan berkerjasama

Bersikap terbuka

Bersikap positif

2. KECEMERLANGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

Mengamalkan budaya ilmu

Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan objektif

Page 4: Big kami 2014

[Type text]

Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja

Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid/pelajar sekolah, minit mesyuarat,

dokumentasi dan penerbitan sekolah

Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran

Berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum

Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program

tindakan susulan

Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan pengajaran dan pembelajaran

Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar

3. KECEMERLANGAN KERJA

Pengurusan keceriaan bilik darjah

Berjaya membimbing murid/pelajar mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran

Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran

Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran

Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk

menggalakkan pembelajaran yang seterusnya

Memberi kerja bertulis dan latihan megikut kekerapan yang sesuai

Memberi bimbingan pelajaran pelajaran kepada murid/pelajar di luar waktu pengajaran

Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran

Sentiasa merangsang murid/pelajar berfikir

• Merancang pelajaran yang baik

Hasil pembelajaran murid/pelajar menunjukkan peningkatan

Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan dengan

penuh komitmen

Page 5: Big kami 2014

[Type text]

Peranan dalam kokurikulum sebagai guru penasihat atau jurulatih

Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid/pelajar

4. KECEMERLANGAN KOMUNIKASI

Memulakan atau merintis sesuatu usaha dan berupaya meneruskan usaha itu

Berjaya berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan secara lisan dan

bertulis

Sentiasa memelihara hubungan mesra dan menghormati semua ahli masyarakat sekolah

5. KECEMERLANGAN POTENSI

Menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah kejayaan sekolah dalam bidang kokurikulum

sekurang-kurangnya di peringkat sekolah dan daerah

Penglibatan dalam kursus, seminar, bengkel peringkat sekolah, daerah dan kebangsaan

sebagai fasilitator, penyedia kertas kerja dan penceramah

Sentiasa belajar untuk peningkatan kerjaya sebagai pendidik mempunyai wawasan .

Page 6: Big kami 2014

[Type text]

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU CEMERLANG

1. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran

dan pembentukan serta pembangunan diri pelajar mengikut tahap yang tertinggi yang

ditetapkan oleh KPM

• Sediakan Rancangan Pengajaran berasaskan Peraturan Pendidikan 1997, kurikulum

kebangsaan dan surat pekeliling.

• Mengajar mata pelajaran kepakaran / bidang pengkhususan mengikut garispanduan dan

tahap kebolehan pelajar.

• Rancang dan laksana tugas-tugas berkaitan dengan P & P ( BBM, pentaksiran

pencapaian pelajar, penetapan tugasan dan penyemakan kerja bertulis pelajar ).

• Tentukan status semasa pencapaian ( TOV ) setiap pelajar .

• Amal kaedah/strategi pengajaran menggunakan pelbagai bahan P&P terkini, kreatif,

inovatif, menarik dan berkesan.

• Kenalpasti secara spesifik kelemahan dan kekuatan setiap individu pelajarnya.

• Sedia program pengayaan/pemulihan.

• Pantau kemajuan pencapaian akademik pelajarnya.

• Sedia laporan dan analisis kemajuan setiap pelajarnya.

• Menyampaikan laporan kemajuan pelajar kepada pengetua, ibubapa dan pelajar.

• Sedia JSU pentaksiran dan penilaian.

• Jadi ahli badan profesional berkaitan dengan mata pelajaran kepakarannya.

2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan dengan mata

pelajaran, kepakaran atau bidang pengkhususan

• Jadi ahli panitia mata pelajaran.

• Jadi pakar rujuk mata pelajaran.

• Bantu atasi kelemahan dan bimbing pelajar.

Page 7: Big kami 2014

[Type text]

• Penyelaras penyediaan PS, taktikal dan operasi P&P.

• Merancang dan jadi fasilitator bengkel peningkatan profesionalisme guru.

• Jadi penasihat persatuan akademik.

• Rancang dan laksana aktiviti kokurikulum yg boleh bantu tingkatkan prestasi akademik.

• Sedia laporan kemajuan setiap pelajar dlm aktiviti kokurikulum

3. Jadi pakar rujuk, beri khidmat nasihat dan membimbing guru dalam mata pelajaran

kepakaran atau bidang pengkhususan

• Rancang dan laksana aktiviti perkembangan staf samada bidang kurikulum atau

kokurikulum.

• Jadi mentor kepada guru dlm bidang pedagogi ( strategi pengajaran).

• Beri maklumbalas kemajuan guru yang dibimbing kpd P/GB dan guru berkenaan.

• Beri khidmat nasihat dan bimbingan kepada guru di institusi persekitaran

4. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, meneroka inovasi dan

penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan membentang

hasilnya.

• Jalankan kajian atau inovasi

• Hasilkan penulisan/artikel

• Bentang hasil kajian / penulisan

5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh PPD, PPN, Pengarah Bahagian di KPM

• Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran yang

diarahkan dari semasa ke semasa dengan kebenaran P/GB/ketua Jabatan

6. Am

• Bertanggungjawab memaklumkan secara rasmi sebarang perubahan dari segi

pertukaran jawatan, penempatan dan apa juga ststus perkhidmatan kepada Bahagian Sumber

Manusia / Jemaah nazir Sekolah Ibu Pejabat dan Negeri .

Page 8: Big kami 2014

[Type text]

• AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG

Sekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang berkesan. Peranan yang

dimainkan oleh pengetua dan guru besar sangat penting bagi menjadikan sekolah mereka

sebagai institusi pembelajaran yang berkesan. Dengan keupayaan mereka mengembeling

seluruh tenaga guru dan pelajar-pelajar diyakini matlamat menjadikannya sekolah cemerlang

akan tercapai.

Tumpuan pengurusan sekolah kepada usaha untuk meningkatkan tahap kecemerlangan bidang

akademik di sekolah akan membolehkan guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan

pembelajaran mereka dengan lebih yakin, teratur dan berkesan. Keberkesanan pengajaran

guru

perlu ditingkatkan dalam usaha untuk menjadikan sekolah sebagai pusat kecemerlangan iaitu

tempat penyebaran ilmu pengetahuan dan penyampaian pelbagai jenis kemahiran serta

pembentukan keperibadian pelajar.

Dalam menjalankan penyeliaan di bilik darjah, guru besar perlu mempunyai pengetahuan

yang cukup serta kemaskini tentang perubahan sukatan pelajaran. Guru besar juga harus

mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam mengesan masalahmasalah pedagogi yang

timbul

di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengemukakan cadangan-

cadangan

yang munasabah untuk membaiki kelemahan yang dikesaninya. Justeru, kebolehan untuk

berkomunikasi juga penting agar dapat mempengaruhi guru yang diselianya untuk mengubah

cara dan sikap dalam menjalankan tugas. Menurut Asnah (1993) gaya guru besar memainkan

peranan yang penting terutama selepas penyeliaan dilakukan. Contohnya, sokongan, cara

arahan

Page 9: Big kami 2014

[Type text]

dan penerangan yang positif dapat membantu guru meningkatkan pengajarannya. Ini adalah

untuk mengelakkan wujudnya pertembungan antara guru besar dan guru yang mana akan

wujudkan ketidak sefahaman haluan antara mereka.

Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah atau di bilik darjah ialah mengajar dan

mendidik pelajar secara serius sehingga pelajar tersebut dapat menguasai kemahiran atau ilmu

yang diajarkannya. Pengajaran yang berkesan akan dapat membantu pelajar

memperkembangkan

intelek, sosial dan personal dengan baik. Setiap guru akan merancang pengajaran dengan

tersusun dan berfokus. Pemilihan tajuk dan isi pelajaran yang sesuai dan mampu disampaikan

kepada murid dengan berkesan. Objektif pengajarannya mudah difahami dan jelas hala tuju

yang

hendak dicapai. Di samping itu, guru tersebut akan menentukan bahan bantu mengajar (BBM)

yang sesuai dan menarik bagi mewujudkan rangsangan murid untuk belajar.

Pernyataan Masalah

Banyak diperkatakan tentang perlunya penyeliaan pengajaran dijalankan oleh guru besar untuk

peningkatan prestasi murid. Al Ramaiah (1999) menyatakan penyeliaan sebagai satu usaha

untuk

mendorong, menyelaras dan membimbing para guru dalam hal pengajaran supaya mereka

lebih

berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Mohd. Salleh Lebar (2000) pula

menyatakan bahawa penyeliaan dalam konteks pendidikan ialah berkaitan dengan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Ia menjadi tugas pentadbir kerana penyeliaan adalah

sebahagian dimensi pentadbiran sekolah dan dianggap sebagai satu perkembangan bidang

profesional pengurusan.

Pada dasarnya, keberkesanan sesebuah sekolah berhubung kait dengan pengurusan

Page 10: Big kami 2014

[Type text]

sekolah yang sistematik. Setiap warga sekolah mempunyai akauntabiliti dalam menjalankan

tugas yang telah diamanahkan. Menurut Wan Mohd. Zahid (1993) keberkesanan sesebuah

sekolah dapat diukur daripada proses pelaksanaannya dan bukan bergantung kepada dapatan

kajian semata-mata. Lantas, peningkatan kecemerlangan, sahsiah dan profesionalisme kerja

guru perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan sekolah melalui amalan penyeliaan kurikulum

di sekolah. Menyedari pentingnya penyeliaan dalam menentukan keberkesanan pelaksanaan

pengurusan kurikulum, kebanyakan sekolah telah menjadikan proses penyeliaan sebagai salah

satu daripada tugas utama yang dijalankan oleh pentadbir. Tetapi persoalannya adakah guru

faham dan bersedia untuk diselia pengajaran mereka. Bagi pentadbir pula, adakah amalan

penyeliaan yang dijalankan oleh mereka menggunakan langkah dan pendekatan yang betul.

Jikalau pun penyeliaan telah di buat oleh guru besar mengikut masa yang dijadualkan, timbul

juga persoalan adakah penyeliaan itu memberi kesan terhadap profesionalisme guru dan

seterusnya member impak kepada prestasi murid.

Page 11: Big kami 2014

[Type text]

CIRI-CIRI PROFESIONAL DAN KOMITMEN GURU CEMERLANG

Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di United

Kongdom, yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita, terdapat tujuh

elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang iaitu;

1. Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam

2. Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya

3. Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar

4. Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik

5. Menggunakan masa dan sumber secara berkesan

6. Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar

7. Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari

pelajar di sekolah

Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu?

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri

guru berkesan sebagaimana berikut:

· Bersikap profesional.

· Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

· Kaya ilmu.

· Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

· Bermoral teguh.

· Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

· Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

· Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

· Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

· Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul

pada setiap masa.

· Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

· Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,

berpersonaliti sihat dan serba boleh.

Page 12: Big kami 2014

[Type text]

· Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

· Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,

berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

· Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

· Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

· Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG

• Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah

pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar

serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai

kebolehan

• Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi

pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .

• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia

ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia

ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

• Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang

kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di

dalam bilik darjah.

• Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang

adakalanya dilekatkan di dinding kelas .

Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah seperti

berikut:

• Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya.

• Komitmen yang menyeluruh.

• Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.

• Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.

• Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang

bernas.

• Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi

kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan

masyarakat untuk memenuhi aspirasi Negara.

Page 13: Big kami 2014

[Type text]

1.KECEMERLANGAN PERIBADI

Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan

berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin

terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

*Mempunyai keyakinan diri

*Berakhlak dan bermoral

*Bersikap adil dan bertimbang rasa

*Beramanah dan bertanggungjawab

*Kreatif dan inovatif

*Sentiasa mengurus diri dengan kemas

*Sedia berkongsi dan berkerjasama

*Bersikap terbuka

*Bersikap positif

2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN

Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati

kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk

pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan

pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta

menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-

bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

*Mengamalkan budaya ilmu

*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan objektif

*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja

*Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat, dokumentasi

dll.

*Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran

* berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum

*Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program

tindakan susulan

*Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p

Page 14: Big kami 2014

[Type text]

*Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar

3. KECEMERLANGAN KERJA

Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran

(learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan

menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu

pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi

penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran

*Pengurusan keceriaan bilik darjah.

*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.

*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

*Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.

*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk

menggalakkan pembelajaran yang seterusnya .

*Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .

*Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.

*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.

*Sentiasa merangsang murid berfikir.

*Merancang pelajaran yang baik.

*Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.

*Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan

dengan penuh komitmen.

*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid .

Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi

secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan

berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa

merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat

analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya,

sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan

penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan

kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

Page 15: Big kami 2014

[Type text]

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang

berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan

negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti

pengajaran di institusi -ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:

- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan

dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan

prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati

kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk

pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan

pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta

menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-

bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran

(learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan

menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu

pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi

penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi

secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan

berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa

merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat

analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya,

sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan

penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan

kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

Page 16: Big kami 2014

[Type text]

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya

menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara

serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di

institusi

Page 17: Big kami 2014

[Type text]

BIODATA GURU CEMERLANG

Nama Guru:Junaidi Bin Juantan

Jantina:Lelaki

Umur:37 Tahun

Gred:DGA 32

Lantikan ke Guru Cemerlang: Tahun 2008

Program lantikan Guru Cemerlang:Program Kertas Penulisan Bahagian A,B dan C.

Slide Share Teknik Menjawab Soalan.Teknik Soalan.

Tahun Diajar: Tahun 4,Tahun 5 dan Tahun 6

Matapelajaran :Bahasa Malaysia dan Pendidikan Jasmani Kesihatan.

Cita-cita:Ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Master.

Penempatan Pertama:Sekolah Kebangsaan Taman Selayang 2 Batu Caves Selangor.

Penempatan kedua:Sekolah Kebangsaan Gurun Pusat Gurun Kedah.

Penempatan ketiga:Seklah Kebangsaan Batu 4 Jalan Jeniang Gurun Kedah.

Maktab:Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah.

(1996)

Melanjutkan Pelajaran:PJJ OUM

Pengalaman Mengajar:15 Tahun

Anugerah Guru Cemerlang:6 Tahun

Alamat Sekolah:Sekolah Kebangsaan Batu 4 Jalan Jeniang Gurun Kedah.

Alamat Rumah:No 29 Taman Desa Aman 2 Guar Chempedak 08800 Guar Chempedak Kedah.

Cabaran Sebagai Guru Cemerlang.

*Memikul tanggung jawab yang besar dalam memastikan pencapaian murid-murid bagi

matapelajaran Bahasa Malaysia berada di tahap yang cemerlang.

*Menjadi tempat rujukan bagi meningkatkan prestasi dan bagi melaksanakan program yang

berkaitan dengan cemerlang dan berjaya mencapai sasaran yang dikehendaki.

*Menjadi contoh bagi kawan-kawan dan murid-murid dari segi teknik pengajaran dan

pembelajaran,kreativiti,sahsiah,kecemerlangan dan kualit perkhidmatan yang cemerlang.

*Beban tugas yang agak berat demi memastikan kecemerlangan yang dicapai berada ditahap

yang cemerlang serta membanggakan.

Visi Dan Misi:Peningkatan peratus kecemerlangan Bahasa Malaysia dalam peperiksaan awam

dan ujian Pentaksiran di peringkat sekolah.

Page 18: Big kami 2014

[Type text]

Peningkatan peratus kelulusan Bahasa Malaysia bagi tahun 2005 hingga 2013 iatu 65% bagi

tahun 2005 dan 83% bagi Tahun 2013.

Page 19: Big kami 2014

[Type text]

Lampiran

Page 20: Big kami 2014

[Type text]

REFLEKSI.

Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang

kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai

insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru

Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus

dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri

guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:

1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana

kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.

2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah

dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan

lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.

Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas

prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan

penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian

Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178): 1. Kecemerlangan Peribadi

Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

Nilai kendiri yang positif

Berakhlak mulia

Adil

Bertimbang rasa

Amanah

Bertanggung jawab

Kreatif

Inovatif

Kemas

Sikap sedia berkongsi

Bersikap terbuka

Berpemikiran positif

Page 21: Big kami 2014

[Type text]

2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan

kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:

Mengamalkan budaya ilmu

Berkebolehan menyelesaikan masalah

Membuat keputusan yang rasional serta objektif

Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh

warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan

kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang

guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:

Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.

Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.

Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.

Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4. Kecemerlangan Potensi

Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam

aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional,

seminar, bengkel.

Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan

penyelidikan.

5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu

daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran

dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:

Adil

Sabar

Tegas

Konsep kendiri positif

Kesungguhan

Mesra

Prihatin

Page 22: Big kami 2014

[Type text]

Kerjasama

Menepati masa

Bertanggung jawab

Berakhlak mulia

Kecindan (unsur jenaka)

Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas

iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di

negara kita masa kini.

Page 23: Big kami 2014

[Type text]

Refleksi Keseluruhan

Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan

peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah

PSV 3132 Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan

telah saya hadapi.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul

di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini

memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang

perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan

menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya

tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini

dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan

melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya

memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-

tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing bagi kami. Malah, bahan-

bahan yang perlu disediakan berdasarkan kehendak tugasan sebenarnya telah disediakan lebih

awal .

Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah

mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah

pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya

menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada

rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil

yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah saya

mulakan semasa penyediaan bahan-bahani Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah

pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan

pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya

menyiapkan tugasan dengan baik.

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa

perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan

Page 24: Big kami 2014

[Type text]

yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dalam subjek ini, saya mempelajari bahawa

seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap

pembelajaran dan pengalaman serta matlamat dalam memacu kejayaaan untuk anak didik.

Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah bijak dan kreatif dalam

memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk sesebuah aktiviti pembelajaran.

Kreativiti seseorang guru dalam perkara ini sangat penting dalam membantu guru menyediakan

satu aktiviti dan tajuk pembelajaran yang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ciri asas

sesebuah bahan yang ingin digunakan mestilah menarik kepada murid-murid. Namun begitu,

bahan yang menarik sahaja tidak cukup untuk memastikan sesebuah aktiviti pembelajaran itu

dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai

kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran

agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat

menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian,

saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih

tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan

sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.

Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan

tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada

saya.

Page 25: Big kami 2014

[Type text]