edu 2014 sem 4

39
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN EDU 3053 1.0 Pengenalan Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menjadi fenomena biasa dalam kehidupan manusia dewasa ini. Dalam kehidupan tidak dapat lari daripada menggunakan kemajuan ICT secara tidak langsung telah meninggkatkan kualiti hidup manusia. ICT bermaksud peralatan telekomunikasi yang digunakan untuk memperoleh maklumat dengan lebih luas seperti melalui telefon, internet, computer, teknologi satelit dan lain-lain alat komuniksi. Menurut Galbraith,(1967) di dalam buku Teknologi dalam Pengajaran dan pembelajaran ada menyatakan, teknologi dapat ditafsirkan sebagai keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalam praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. Dasarwarsa kini, ICT telah menjadi suatu wadah kepada semua lapisan masyrakat dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, perdagangan, perindustrian, hiburan, perubatan, pentadbiran kerajaan, dan juga tidak terkecuali dalam bidang pendidikan. Pendedahan tentang pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan warga pendidik amatlah perlu dalam melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berfikiran global. Menurut Giesert dna Futrell (1990) di dalam buku Kemahiran ICT Di kalangan Guru Pelatih IPTA di Malaysia, menyatakan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran contohnya dapat menggambarkan kelebihan bakat dan kemahiran seorang guru. Dengan kata lain perubahan yang berlaku memerlukan pengubahsuaian dan penilaian INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 1

Upload: nur-afiqah-bt-zulkafli

Post on 27-Dec-2015

54 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pismp

TRANSCRIPT

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0 Pengenalan

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menjadi fenomena biasa dalam kehidupan

manusia dewasa ini. Dalam kehidupan tidak dapat lari daripada menggunakan kemajuan ICT

secara tidak langsung telah meninggkatkan kualiti hidup manusia. ICT bermaksud peralatan

telekomunikasi yang digunakan untuk memperoleh maklumat dengan lebih luas seperti melalui

telefon, internet, computer, teknologi satelit dan lain-lain alat komuniksi. Menurut Galbraith,

(1967) di dalam buku Teknologi dalam Pengajaran dan pembelajaran ada menyatakan,

teknologi dapat ditafsirkan sebagai keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada

pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun yang digunakan secara sistematik

sehingga mampu mempamerkan amalam praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas

sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan.

Dasarwarsa kini, ICT telah menjadi suatu wadah kepada semua lapisan masyrakat

dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, perdagangan, perindustrian, hiburan, perubatan,

pentadbiran kerajaan, dan juga tidak terkecuali dalam bidang pendidikan. Pendedahan tentang

pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan warga pendidik amatlah perlu dalam

melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berfikiran global. Menurut Giesert dna Futrell

(1990) di dalam buku Kemahiran ICT Di kalangan Guru Pelatih IPTA di Malaysia, menyatakan

bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran contohnya dapat

menggambarkan kelebihan bakat dan kemahiran seorang guru. Dengan kata lain perubahan

yang berlaku memerlukan pengubahsuaian dan penilaian semula cara penajaran, pentadbiran,

pendekatan dan cara belajar murid di sekolah.

Menurut Ismail,( 2002) di dalam buku Kemahiran ICT Di kalangan Guru Pelatih IPTA

yang ditulis oleh Zainudin Abu bakar, dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada

asasnya, berkehendakkan seseorang guru berkemahiran mengaplikasikan pelbagai media

dalam pengajrannya sebagai media pengajaran (instructioanal media) ke arah memudahkan

pememahaman dalam kalangan pelajar dalam proses memperjelaskan sesuatu konsep

pembelajaran secara lebih berkesan.

Disamping itu juga, keberkesanan pengajaran guru bukan sahaja mampu mendorong

pelajar memperolehi maklumat, malah pelajar mampu memproses maklumat dan

mengaplikasikannya sehingga mendorong pembinaan tingkah laku yang baharu. Apa yang

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 1

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

dikatakan pembinaan tingkah laku yang baharu adalah, pelajar itu mampu menjalani

penerokaan yang membuktikan kewujudan perubahan minda dan pengamatan. Semua ini akan

berlaku apabila pelajar mengalami pembelajaran yang bermakna sehingga pelajar mampu

memperoleh pengertian membawa kebaikan kepada kehidupan di dunia.

Rasionalnya, pengajaran dan pembelajaran memlalui teknologi ataupun bahan media

seperti pengunaan ICT dapat menraik minat murid-murid di sekolah . Tambahan pula, dapat

meningkatkan semangat inkuiri di dalam diri murid-murid. Jesteru, dalam usaha membina

modal insan yang seimbang dari sudut intelek, emosi, dan spiritualnya, maka keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran tidak boleh mengabaikan peranan teknologi dalam

membangunkan sahsiah dan personaliti unggul manusia. Sebagai seorang guru, teknologi

dalam pengajaran dan pembelajaran mestilah bijak dikendalikan, kurangkan aktiviti ICT yang

hanya terbatas di dalam bilik darjah semata-mata, sebaliknya aspek persekitaran dalam

kehidupan manusia juga perlu diberi perhatian. Hal ini akan membantu mendorong

mengembangkan potensi masyrakat apabila berdepan dengan pelbagai masalah dan halangan

kehidupan sehingga mampu menyelesaikan masalah.

Dengan itu, berbalik semula kepada tajuk tugasan projek bagi subjek Teknologi dalam

pendidikan untuk semesteri berkaitan dengan penggunaan aplikasi rangkaian social seperti

Facebook banyak membantu guru dalam menyempurnakan proses pengajaran dan

pembelajaran. Kesemua ini akan saya kupas satu persatu dan akan saya akan kaitkan dengan

Model ASSURE untuk menguatkan lagi pendapat mahupun hujah saya. Tuntasnya, rangkaian

sosial seperti “FACEBOOK” merupakan salah satu penggunaan yang melibatkan ICT dan

merupakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi yang banyak menpengaruhi dunia

pendidikan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 2

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.0 Pengenalan tentang Rangkaian sosial.

Rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan kepada pembinaan

dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran

dan aktiviti atau bagi mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang

lain. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan

pelbagai cara interaksi antara pengguna sepertiperbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-

mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan dan sebagainya. Di

antara perkhidmatan rangkaian sosial yang popular pada masa kini adalah MySpace, Bebo,

Facebook dan Friendster. Laman sosial juga adala alat untuk berkongsi dan berhubung

dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia di alam maya. Pada pendapat saya, pada masa kini,

seseorang yang tidak memiliki akaun di laman sosial dikatakan ketinggalan zaman dan tidak

mengikuti perkembangan teknologi semasa. Di antara laman sosial yang popular seperti

Facebook, Twitter, Google+ dan MySpace. Laman sosial ini menjadi bertambah popular kerana

ianya boleh di akses di mana saja berada hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Di

sebalik keghairahan masyarakat kita menggunakan laman sosial, kita harus sedar tentang

kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial ini. Setiap masyarakat kita mesti

mengambil sikap secara serius tentang risiko-risiko yang bakal dihadapi hasil dari laman sosial

ini.

Dengan adanya laman web sosial seperti ini, guru dan murid boleh berhubung atau

berkomunikasi dengan cepat berbanding dengan sebelum ini iaitu sebelum terciptanya

teknologi maklumat dan komunikasi. Pada era globalisasi yang meluas ini, penggunaan muka

buku atau lebih dikenali sebagai “Facebook” telah digunakan oleh hampir segenap manusia di

dunia ini. Penggunaan laman sosial “facebook” ini tersebar luas sehingga kanak-kanak yang

berumur 7 tahun sehingga golongan yang tua pun menggunakan rangkaian ini. Oleh itu,

sebagai seorang guru bleh menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Bukan untuk tujuan yang

tidak baik bahkan, melalui laman sosial seperti “facebook” ini juga, guru boleh berkongsi bahan

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, guru boleh memberikan nota-nota mahupun

latihan secara ekspress atau secara cepat. Ini dapat memudahkan murid dan guru dalam

melakukan sesuatu kerja. Untuk melaksankan ini, guru haruslah berfikiran kreatif dan optimis

dan tahu keburukan juga kebaikan nya. Para pengajar boleh menggunakan laman sosial

tersebut untuk membincangkan isu-isu dalam pendidikan secara langsung dengan pelajarnya

berhubung dengan subjek atau kursus yang diajar. Dengan ini, dapat melahirkan pelajar yang

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 3

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

berkemahiran menggunakan ICT dan laman sosial serta berdikari menyelesaikan masalah

pembelajaran dan tugasan mereka.

Selain itu juga, penggunaan alatan rangkaian sosial menyokong pembentukan pelajar

kreatif dan kolektif. Pemikiran kreatif yang maju ke hadapan selalunya merupakan hasil

daripada pengetahuan yang kolektif yang terbentuk melalui perkongsian idea dan pengetahuan

antara individu-individu secara bebas bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Menurut

Nelson et. al, 2009 menyatakan, pengetahuan yang dikongsi secara kolektif ini terus

berkembang dan berubah hasil pertanyaan dan penambahbaikan berterusan bersama-sama

para penyumbangnya. Kreativiti, pemikiran aras tinggi dan pembinaan pengetahuan boleh

digalakkan menerusi aplikasi, produksi dan penerbitan yang direka bentuk dengan baik.

“…internet merupakan teknologi revolusi yang terbesar bagi golongan yang kesukaran

dalam pembelajaran. Kita mesti berusaha untuk menyedarkan orang ramai bahawa

golongan ini berhak mendapat peluang pembelajaran.”

(Usupport,1998)

Demikian adalah pernyataan daripada Usupport 1998 di dalam buku keperluan

pendidikan khas dan internet yang ditulis oleh Chris Abbort menyatakan bahawa, beliau

menyatakan golongan yang mengalami masalah pembelajaraan seperti Pembelajaran menjadi

lebih bermakna apabila pelajar mencipta dan membina pengetahuan mereka sendiri. Menurut

Batchelder (2010), aktiviti-aktiviti dalam rangkaian sosial menyediakan pelajar dengan proses

aktif yang memberi makna signifikan kepada mereka. Pelajar dimotivasikan secara semulajadi

melalui amalan pedagogi yang berkesan dan penggunaan teknologi. Internet dan alatan

rangkaian sosial mampu memberi peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat,

mengumpul bahan mereka sendiri, berkomunikasi, membina makna, dan menilai hasil akhir.

Pelajar dengan amalan pembelajaran terarah kendiri akan mewujudkan suasana pembelajaran

aktif.

Integrasi alatan rangkaian sosial yang dimanfaatkan oleh guru yang berkemahiran akan

dapat meningkatkan pembelajaran pelajar dan memudahkan pembangunan kemahiran

sepanjang hayat seperti kolaborasi, pemikiran kreatif dan pembinaan pengetahuan. Ini bukan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 4

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

membawa maksud kemahiran penting tidak boleh diajar tanpa teknologi, namun kerjasama

antara pelajar daripada pelbagai latar belakang akan menambahkan dan mendalamkan lagi

pengalaman pelajar. Menurut Batchelder (2010), pengalaman dan aktiviti-aktiviti rangkaian

sosial turut memberi pengetahuan baru kepada pelajar tentang sesuatu konsep berdasarkan

aktiviti dan keinginan mencari maklumat yang berterusan. Dengan ini pengajaran dan

pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan meyeronokkan.

Penggunaan rangkaian sosial  berkesan dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

kerana ia merupakan cara terbaik untuk memanfaatkan nilai pendidikan dalam laman sosial.

Ada pendidik telah membuat kajian di mana pelajar lebih suka berada di ruangan sembang

(chat room), blog, dan sebagai nya untuk membuat tugasan serta ulangkaji. Aktiviti ini menarik

minat pelajar, walaupun kepada pelajar yang jarang menghadiri kelas..Para guru  boleh

memuat naik tugasan atau bahan pengajaran untuk pelajar ke dalam laman sosial. Dengan ini,

pelajar akan memberikan maklum balas tentang jawapan atau masalah yang mereka hadapi

dalam menyelesaikan masalah serta merta. Pelajar  akan mendapat jawapan dari keraguan

yang mereka hadapi dalam subjek tersebut terus menerusi dari guru nyata perlu menunggu

dalam jangka masa yang lama.

Penggunaan video sangat membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah. Penggunaan video yang ,enarik dan kreatif mampu menarik minta murid-murid untuk

belajar sekaligus dapat meningkatkan motivasi murid. Seseorang guru haruslah bijak

merancang pengajaran dan pembelajaran penggunaan video, dengan ini dapat membantu

murid melatih pengamatan penglihatan murid-murid. Video yang dipilh hendaklah bersesuaian

dan mempunyai objektif untuk membantu murid-murid.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 5

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.0 Perkembangan dalam membuat analisis setiap langkah ASSURE.

Model ASSURE merupakan model reka bentuk pengajaran berasaskan bilik darjah . yang

di pelopori oleh Heinich et al.(1982) model ini juga dapat membantu guru merancang pengjaran

an pembelajaran dengan baik dan berkesan. Menurut Rozinah jamaludin di dalam bukunya

teknologi pengajaran ada menyatakan bahawa, model ASSURE menumpukan focus kepada

perancangan penggunaan media dibilik darjah yang boleh digunakan oleh pengajar secara

individu. Penggunaan teknologi dalam pendidikan dilihat begitu mempengaruhi keperluan

pendidikan pada zaman era global kini. Tujuan utama teknologi pengajaran digunakan adalah

untuk mempengaruhi pembelajaran supaya pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada

pengajaran guru tetapi kepada media dan bahan.

Module ASSURE merupakan panduan procedural untuk perancangan dan

pengenadalian pengajaran dengan integrasi media. Proses pembanggunan pengajaran yang

lengkap bermula dengan taksiran keperluan bagi menentukan sama ada pengajaran itu sesuai

atau tidak dengan apa yang ingin dicapai.Model ini akan saya kaitakan dengan video yang saya

pilih yang telah dipersetujui oleh pensyarah pembimbing saya dengan menggunakan langkah-

langkah Model ASSURE ini.

Menurut Gagne (1985) di dalam buku Teknologi pengajaran dan pembelajaran yang

ditulis oleh Noriati A. Rashid, beliau menyatakan, sesuatu pengajaran yang teracang rapi akan

menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran yang berasaskan media tidak

terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Reka bentuk pengajaran

berasaskan bilik darjah yang akan saya aplikasikan mengambil kira proses penyampaian

pengajaran dan pembelajaran yang dikemukakan oleh gagne. Antaranya proses ialah, menarik

minat pelajar kemudian memberitahu objektif pembelajaran. Selain itu, mencungkilkan kaitkan

pengetahuan sedia ada murid. Kemudian menyampaikan isi pelajaran atau bahan penggajaran

dan bimbingan pembelajaran murid-murid, uji penguasaan pembelajaran murid-murid melalui

aktiviti yang menyeronokan. Kemudian beri maklum balas tentang pengisian pembelajaran

pelajar. Taksir pencapaian pembelajaran dan yang terakhir ialah meningkatkan ingatan dan

pempindahan pembelajaran. Suatu pengajaran yang terancang dengan baik akan

menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak berkecuali

memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Menurut Noriati A. Rashid (2012), Model

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 6

A:Analyse Learners/Analisis pelajar

S-State Objective/ PENYATAAN OBJEKTIF / HASIL PEMBELAJARAN

S-“Select Method, media and material/ PILIH KAEDAH, MEDIA,

DAN BAHAN SUMBER

U-Utilize and revise/ GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN SUMBER

R-Require learner participation/ LIBATKAN PELAJAR DALAM

PEMBELAJARAN

E-“Evaluate and revise”/ NILAI DAN SEMAK SEMULA

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ASSURE dapat membantu guru dalam merancang pengajaran dengan baik dengan

menyatakan bahawa pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara

berperingkat-peringkat.

Sepertimana yang kita ketahui, Model ASSURE ini memeberi fokus kepada

perancangan pengajaran pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Oleh itu, terdapat beberapa

langkah yang dapat di aplikasi untuk menjayakan model ASSURE. Tambahan lagi, Model

ASSURE amat berguna untuk guru menyediakan Rancangan Persediaan Mengajar(RPM) bagi

setiap mata pelajaran. Sesuatu perancangan pengajaran yang Berjaya perlu memenuhi

beberapa kriteria. Rancangan Persediaan Mengajar hendaklah sesuai dan sejajar dengan ciri-

ciri dan keupyaan pelajar iaitu, isi kandungan pelajaran, kaedah pengajaran pembelajaran,

bahan sumber pembelajaran, dan media yang digunakan hendaklah selaras dengan minat

seserorang murid, keupyaanintelek murid, kecenderungan dan kebolehan pelajar. Menurut teori

kecerdasan pelbagai Howard Gardner adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa

kemampuan intelektual yag diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana

ukuran IQ menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya,

setiap orang mempunyai cara yang tersendiri dan unik menyelesaikan persoalan atau masalah

yang dihadapi mereka.

Dengan itu, untuk memastikan kesesuaian tersebut wujud adalah dengan cara aplikasi

model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan. Antara

langkahnya ialah:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 7

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

A:Analyse Learners/Analisis pelajar

Untuk langkah pertama Analyse learners yang bermaksud Analisis pelajar. Menganalisis

kumpulan sasaran atau pelajar kita adalah penting untuk membantu guru

merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Ini disebabkan oleh,

perbezaan individu yang berada di dalam kelas. Setiap murid mempunyai potensi dan

kebolehan dan potensi tersendiri. Oleh itu guru seharusnya cekap dan bijak menganalisis

murid-murid yang berada di dalam kelas. Murid-murid dapat dianalisis berdasarkan aspek-

aspek tertentu iaitu, melalui ciri-ciri umum pelajar. Apa yang dimaksudkan oleh ciri-ciri umum

pelajar iailah dengan mengetahui umur, tahun ataupun tingkatan, kelas, aliran, jantina, taraf

sosioekonomi, petempatan, daerah, kawasan, dan budaya. Seperti video yang saya pilih, saya

rasa ia nya bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran yang saya pilih sebagai contoh

gambar yang telah saya “printscreen” supaya saya dapat menerangkan dengan lebih jelas.

Video di atas bertajuk “True leader” berkisahkan tentang tanggungjawab sebagai

manusia, video ini mengambil masa selama 3 minit tetapi saya mengolah video tersebut untuk

pengajaran Bahasa melayu. Apa yang saya fokuskan adalah tentang pengalaman sedia ada

murid sama ada mereka pernah mengenali kenderaan-kenderaan darat. Sambil kita belajar

mengenali jenis-jenis kenderaan darat sebagai contoh, motorsikal, basikal, kereta, lori, bas,

beca dan sebagainya. Saya juga akan menfokuskan pada pengajaran membezakan KV, KVK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 8

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

dan KVKV untuk murid-murid pemulihan dan juga murid aliran biasa terutama tahun satu.

Bergantung kepada seseorang guru untuk mengaplikasikan pengajaran menggunakan bahan

media seperti video. Saya lebih suka murid mengamati sendiri dan membayangkan mereka

juga berada di dalam situasi berikut. Tambahan lagi, pengajaran haruslah bermula daripada

mudah ke sukar.

Berkaitan dengan langkah ASSURE yang pertama iaitu “ analyse learners” (analisis

pelajar), untuk memastikan murid-murid di dalam kelas memahami dengan video yang mereka

amati, sebagai seorang seorang guru sewajarnya dapat disuaikan dengan ciri-ciri pelajar

bermula dengan umur sebagai contoh jika umur murid yang diajar itu tahun satu atau tahap

satu, pastikan video itu bersesuaian paling utama sekali ialah, pastikan video yang ditayangkan

itu sesuai untuk murid sekolah rendah. Selain itu, dalam kita menganalisis pelajar, pekara yang

diambil kira lagi ialah, tentang jenis pelajar. Yang dimaksudkan jenis pelajar ialah di dalam kelas

pemulihan tidak semua pelajar yang mempunyai kebolehan yang sama. Ada pelajar yang

lemah penguasaan bahasa contohnya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan

gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak. Selain itu juga untuk pelajar yang kurang

meminati pelajaran tertentu dapat dirangsang pembelajaran melalui aktiviti kinestetik termasuk

drama, simulasi dan sebagainya. Selain itu juga, bagi kumpulan yang berlatarnya

(heterogenous) guru boleh menggunakan satu aktiviti, tayangan video, laporan akhbar untuk

aktiviti perbincangan kumpulan.

Pemilihan video ini juga membantu pelajar menguasai isi pengajaran dengan mudah

memandangkan belajar melalui menonton video adalah tidak membosankan dan amat

berkesan dalam menarik minat murid. Murid secara langsung dapat menguasai isi pelajaran

dengan senang berbantukan animasi yang menarik berbanding dengan pengajaran guru “chalk

and talk” yang penuh dengan tulisan perkataan yang membosankan dan kurang mencapai

objektif pembelajaran. Pandangan ini turut disokong oleh Mayer dan Moreno (2002) yang

menyatakan bahawa penggunaan media pembelajaran khususnya animasi dapat meningkatkan

daya tarikan, serta memotivasikan murid dalam mengikuti proses pembelajaran.

Seterusnya, dalam langkah pertama ini juga, guru perlu mengambil kira tentang

pengalaman sedia ada murid. Berkaitan dengan bahan media yang saya pilih, sangat sesuai

digunakan untuk murid pemulihan bagi tahap 2 iaitu yang berada di dalam darjah empat, lima

dan enam. Analisis pengetahuan ataupun pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru

menyediakan pengajaran yang bermanafaat kepada pelajar. Guru juga boleh mengenal pasti

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 9

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

pengetahuan sedia ada murid melalui ujian praunit yang akan dipelajari. Yang terakhir dalam

langkah pertama ASSURE ini juga guru harus mengambil tahu tentang gaya pembelajaran

seorang pelajar. Terdapat beberapa gaya pembelajaran yang perlu dikenalpasti iaitu model

Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford. Setelah selesai menganalisis pelajar dengan

mengambil tahu tentang ciri-ciri, pengalaman sedia ada dan gaya belajar murid, saya akan

meneruskan penerangan bagi langkah kedua ASSURE iaitu, “state objective” iaitu menyatakan

objektif dan hasil pembelajaran .

S:State Objective/ PENYATAAN OBJEKTIF / HASIL PEMBELAJARAN

Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih bahan bantu mengajar dan kaedah

penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan

pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif

terlebih dahulu. Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria

berikut: “Siapakah yang hendak dicapai?” (Kumpulan sasar), “Apakah yang hendak dicapai?”

(Apakah bentuk pelakuan baru, “Bagaimana hendak dicapai?” (Apakah syarat pelakuan), dan

“Apakah tahap pencapaian minimum?” (standard pencapaian).

Langkah kedua ASSURE ini menyatakan objektif atau hasil pembelajaran adalah

penting sebagai satu hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Dalam langkah dua ini, objektif

pengajaran pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas dan khusus apa bentuk keupayaan

baharu. Oleh itu, objektif pengajaran saya adalah agar murid dapat mengecam dan

menganalisiskan jenis-jenis kenderaan darat yang ada di dalam video tersebut. Saya akan

meminta murid itu menyebut dan menulis di papan hitam. Selain itu juga, objektif pengajaran

saya ialah agar murid dapat mengenali dan dapat membezakan KVK, KV+KV, KV+KVK dengan

betul. Dengan adanya objektif ini, saya dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Penentuan objektif juga membolehkan guru menyediakan persekitaran

pembelajaran yang merasangkan. Untuk pembelajaran ini, pada akhir pengajaran dan

pembelajaran pelajar dapat mengenal huruf KVK, KV+KV, KV+KVK dengan betul.

Berdasarkan video yang saya pilih tentang ini sememangnya sesuai kerana sangat

membantu untuk menghasilkan objektif bimbingan kelas atau sebagai bahan bantu mengajar

yang digunakan untuk murid mencapai objektif atau menerima mesej yang ingin disampaikan

oleh pemulihan iaitu penerapan kefahaman mengenai kepentingan tolong menolong dan

hormat menghormati. Hal ini jelas dapat dilihat menerusi video ini yang memaparkan banyak

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 10

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

nilai-nilai yang menjadi panduan untuk rakyat negara Malaysia dalam kehidupan seharian.

Ianya juga boleh menjadi syarat perlakuan untuk melihat tingkah laku murid yang ingin dilihat

dan dicapai. Menerusi tayangan video ini, murid-murid akan dapat mengambil pengajaran serta

iktibar berdasarkan daripada watak kanak-kanak yang menjadi watak utama. Malah pelajar

akan dapat mengaplikasikan nilai-nilai seperti yang dijelaskan dalam video tersebut dalam

kehidupan seharian. Hal ini jelas terbukti akan dapat membuahkan hasil objektif pembelajaran

yang ingin dicapai oleh guru berjaya.

S:Select Method, Media and Material/ PILIH KAEDAH, MEDIA, DAN BAHAN SUMBER

Kemudian untuk peringkat ASSURE seterusnya ialah, peringkat memilih kaedah, media,

dan bahan sumber. Dalam setiap perancangan pengajaran dan pembelajaran yang baik

memerlukan pemilihann media, kaedah dan bahan sumber yang dibuat secara sistematis dan

terancang. Untuk menentukan kaedah Media dan sumber, seseorang guru seharusnya

mengambil tahu ciri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada pelajar, gaya pembelajaran pelajar,

serta objektif pembelajaran yang dicapai. Setiap perancangan pengajaran yang baik akan

memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan

terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek seperti membuat keputusan

tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai, memilih format media

yang sesuai dengan kaedah yang dipilih dan memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk

bahan sumber pembelajaran (Noriati, 2012). Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati

kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa.

Terdapat beberapa kaedah dan gaya pembelajaran yang sesuai seperti kaedah simulasi

dan tunjuk cara mungkin sesuai untuk menyampaikan maklumat bagi pelajar yang belum

menguasai kemahiran membaca yang mantap. Dalam tugasan ini, objektif saya ialah agar

murid dapat, objektif pengajaran saya adalah agar murid dapat mengecam dan

menganalisiskan jenis-jenis kenderaan darat yang ada di dalam video tersebut. Saya akan

meminta murid itu menyebut dan menulis di papan hitam. Selain itu juga, objektif pengajaran

saya ialah agar murid dapat mengenali dan dapat membezakan KVK, KVKV, KVKVK dengan

betul.

Dalam pada itu, sebagai seorang guru semestinya harus bijak memilih format media

untuk menarik minat murid-murid. Format media adalah merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu

maklumat yang dipaparkan. Saya telah memilih format media dengan menggunakan slaid dan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 11

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

tayangan video. Sebenarnya banyak lagi format media yang boleh digunapakai untuk

pengajaran dan pembelajaran seperti, gambar, petikan, slaid, audio, video, grafik dan tayangan

computer multimedia. Antara bentuk audien yang saya pilih ialah secara berkumpulan. Saya

memilih secara berkumpulan kerana, aktiviti yang akan saya lakukan kebanyakkannya

berbentuk perbincangan. Dengan adanya aktiviti didalam kumpulan, murid-murid dapat

mengeratkan lagi silaturahim dan saling bantu membantu juga bekerjasama mencurahkan idea.

Sebelum memilih klip video “True Leader” ini, guru perlu melihat kaedah pengajaran yang ingin

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang ingin guru laksanakan semasa

bimbingan kelas dijalankan. Sekiranya kaedah yang guru pilih dan sesuai untuk

membincangkan tentang pengurusan masa ialah kaedah perbincangan, maka, video tersebut

sangat bersesuaian untuk dijadikan sebagai bahan media bagi perbincangan topik tersebut.

Video tersebut didapati daripada laman sesawang Youtube dengan memuat turun

menggunakan perisian untuk memuat turun. Video tersebut sudah cukup memenuhi kriteria

yang bersesuian dengan ciri-ciri murid, pengalaman sedia ada, gaya pembelajaran dan objektif

yang hendak dicapai. Oleh itu, video tersebut terus dipilih tanpa mengubahsuai dan mereka

bentuk bahan sumber baharu.

Selain itu, dalam pemilihan kaedah media dan sumber ini, sebagai seorang guru harus

memilih bahan sumber yang merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran.

Sebaik-baikknya yang berkenaan dengan tajuk pengajaran dan pembelajran yang ingin diajar.

Sebagai contoh, untuk sesi pengajaran dan pembelajaran saya menggunakan bahan sumber

daripada video daripada laman “Youtube” oleh itu, ada tiga langah yang perlu saya ambil kira

yang pertama ialah pilih bahan yang sesuai dan sedia ada. Kemudian, saya perlu mengubah

suai bahan sumber sedia ada dan mereka bentuk bahan sumber yang baharu. Contohnya,

daripada sumber bahan yang saya gunakan saya mengubah dengan cara soal jawab dengan

murid dan aktiviti pengamatan. Dalam memilih bahan sumber ini bahan nya perlulah menepati

kurikulum, sumber nya perlu tepat dan terkini. Kemudian menarik dan memotivasikan murid.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 12

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Seperti video yang telah saya “printscreen” di atas, menunjukkan video ini mempunyai

cerita tersendiri. Oleh itu guru sewajarnya menerangkan setelah video ini dititin oleh murid.

Saya rasa, video ini sesuai digunakan kerana ianya dapat menguji tahap kognitif dan mencapai

tahap imaginasi murid dalam memikirkan sesuatu jawapan.

U:Utilize and Revise/ GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN SUMBER

Untuk memastikan guru berjaya menggunakan media dan bahan sumber, tindakan yang

perlu diambil ialah, saya harus menyemak dan mengkaji bahan sumber digunakan di dalam

kelas.sebelum menggunakan bahan media yang dipilih, sewajarnya semak dahulu sama ada

bersesuaian ataupun tidak. Dengan menyemak dapat membantu guru memastikan bahan

tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar,objektif pengajaran-pembelajaran dan

juga tidak mengandungi unsur-unsur sensitive. Seterusnya, sebagai seorang guru perlu

menyediakan bahan untuk penggunaan di dalam kelas untuk menarik minat murid-murid yang

lemah dalam pembelajaran. Guru hendaklah merancang langkah penggunaannya dalam

pengajaran dan pembelajaran. Guru harus bijak menyediakan semua kelengkapan yang perlu

bagi kegunaan guru dan pelajar.

Kemudian guru perlu menyediakan persekitaran yang kondusif dan sesuai untuk

penggunaan bahan sumber.sebagai seorang guru, kita haruslah memastikan alatan dan media

dalam keadaan baik dan boleh guna. Susun atur bilik darjah sesuai dengan kaedah yang dipilih

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 13

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

juga hendaklah dipastikan sesuai. Sebagai contoh, susun atur kerusi dalam bulatan kecil untuk

aktiviti berkumpulan. Pastikan murid sedia untuk mendapatkan manfaat daripada sumber

bahan yang dipilih. Menurut Ausubel di dalam buku teknologi dalam pengajaran dan

pembelajaran, bahawa pelajar boleh disediakan untuk menerima maklumat baharu dengan

membuka minda mereka dengan advince organizer iaitu memberi gambaran menyeleruh

berkaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari. Guru mestilah memberitahu objektif

pembejalaran serta kepentingan menguasai isi pelajaran. Dengan itu, pelajar dapat

dimotivasikan untuk belajar.

Seterusnya, guru menyediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar. Bagi

menyediakan pengalaman pembelajaran, guru sewajarnya menguasai pelbagai kaedah dan

teknik penyampaian agar dapat menjadi pengajar yang baik. Strategi berpusatkan pelajar dan

pembelajaran koperatif boleh digunakan untuk melibatkan pelajar secara langsung dalam

proses pembelajran. Seseorang guru haruslah mempunyai pelbabgai kebolehan agar sesi

pengajaran dan pembelajaran tidak kaku dan tidak bosan. Yang paling penting ialah, guru harus

kreatif dan inovatif dalam penggunaan bahan media yang dipilih. Menurut Hewit(1997) di dalam

buku Pengenalan Pedagogi yang ditulis oleh Esah Sulaiman, Hewit mengaitkan pengajaran

yang berkesan dengan pengajran guru yang mengaplikasikan kaedah inkuiri. Dalam

pendekatan ini, guru yang efektif akan mengaplikasikan teknik yang dapat menarik minat murid

supaya mereka minat mencari maklumat tentang sesuatu tajuk. Sebagai contoh, dalam

pengajaran yang saya akan ajar ini ialah berkaitan dengan konsonan dan vokal iaitu KVKV,

KVKVK, KVK, Semasa saya menyangkan video yang dipilih, saya akan meminta murid untuk

menonton terlebih dahulu dan kemudian mengecam kenderaan darat yang mempunyai KVKV,

KVKVK dan KVK. Dengan ini, murid dapat mengetahui dan faham akan perbezaan jenis-jenis

konsonan dan vokal.

R:Require Learner Participation/ LIBATKAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN

Langkah ASSURE yang kelima iaitu, penglibatan pelajar dalam pengajaran. Dalam

setiap pembelajaran mestilah melibatkan pelajar-pelajar di dalam kelas. Sesuatu pembelajaran

yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan

tingkahlaku yang kekal. Ini disokong oleh teori behaviorisme yang menyatakan bahawa, teori

pembelajaran menerangkan tentang pemerhatian terhadap tingkah laku manusia merentasi

masa. Pandangan teori konstruktivis yang menjadi amalan umum hari ini juga mangambil kira

keaktifan murid dalam proses membina pengetahuan sendiri sebagai bentuk pengalaman

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 14

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

pembelajaran yang berkesan. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalakan

motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Lantaran itu, guru hendaklah memberikan

maklum balas sebaik sahaja pelajar menunjukkan kejayaan. Pengalaman rasa berjaya pelajar

akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk

perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus

mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Segala strategi dan aktiviti

pengajaran dipastikan dirancang bagi memastikan penglibatan murid secara aktif seperti

membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya

Menurut Akhiar Pardi (2010), beliau menyatakan bahawa, murid yang pasif akan

menghadapi lebih banyak masalah ketika guru menyampaikan pelajaran dan ketika guru cuba

memaksa penerimaan serta penyimpanan maklumat ke dalam memori mereka. Penglibatan

pelajar adalah sangat penting untuk memastikan semua murid mampu menerima isi pelajaran

yang ingin disampaikan. Selain daripada itu, teknik membuat latihan, latih tubi, kuiz juga

simulasi adalah salah satu teknik menarik yang boleh meanarik minat semua murid untuk turuf

bergiat aktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan

mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar. Penggunaan gambar foto, slaid gambar

bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga

aktiviti penyelesaian masalah. Misalnya, dalam rancangan pengajaran, aktiviti soal jawab

digiatkan bagi melibatkan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Banyak soalan yang

bertemakan video yang telah ditonton akan dikemukakan kepada pelajar. Contohnya, guru

menunjukkan kad gambar yang mempunyai bilangan objek tertentu dan menyoal murid jumlah

objek yang terdapat dalam kad gambar tersebut”.

Untuk itu, Pemilihan video “true leader” ini sebagai bahan media pembelajaran tersebut

telah dipastikan dapat menarik perhatian murid seterusnya menggalakkan penglibatan pelajar

secara aktif. Hal ini kerana jalan cerita yang menarik serta watak utama yang dilakonkan oleh

kanak-kanak sendiri akan menarik perhatian pelajar untuk memberikan tumpuan.sehubungan

dengan itu, sepertimana yang kita ketahui,video yang saya pilih ini akan saya cuba kaitakn

dengan pengajaran pengenalan suku kata yang bertemakan kenderaan darat. Dalam aktiviti

perbincangan berdasarkan video tersebut, guru boleh meminta para pelajar untuk membuat

huraian atau kesimpulan mengenai pengisian yang terdapat dalam klip video tersebut. Para

pelajar akan diberikan masa untuk melakukan perbincangan bersama. Hal ini telah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 15

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

menggalakkan penglibatan pelajar dengan aktif dalam sesi pembelajaran. Seterusnya, guru

juga boleh memberikan peneguhan positif kepada pelajar seperti tepukan atau pujian supaya

mereka dapat merasakan usaha mereka memberikan pandangan dan pendapat mendapat

perhatian daripada guru dan rakan-rakan yang lain. Peneguhan seperti itu juga akan

menggalakkan murid-murid lain turut sama melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti

perbincangan

E:Evaluate and Revise/ NILAI DAN SEMAK SEMULA

Langkah akhir dalam model ASSURE ialah penilaian dan menyemak semula

perancangan. Penilaian sering kali dianggap sebagai menilai pencapaian pelajar semata-mata

melalaui latihan lembaran kerja atau ujian. Hal ini ditekankan oleh Baharuddin, Rio Sumarni &

Manimegalai (2002) yang menyatakan bahawa penilaian adalah satu aspek yang penting.

Penilaian seharusnya dilakukan oleh guru sepanjang pengajaran pembelajaran bagi

memastikan pilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Oleh

itu, penilaian perlu dilakukan oleh guru bagi mengetahui pencapaian kemahiran mereka seperti

yang dikehendaki oleh guru.

Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspek penilaian, iaitu penilaian pembelajaran

dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran

pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media, dan bahan sumber sesuai dengan

keupayaan pelajar. Menurut Yusup (2006), terdapat beberapa aspek yang boleh digunakan

antaranya adalah adakah objektif pembelajaran tercapai?, Adakah bahan media yang

digunakan dapat membantu pengajaran pembelajaran?, Apakah kesemua pelajar dapat

menguasai pembelajaran dengan menggunakan media?, Berapakah bilangan pelajar yang

menggunakan bahan media dengan betul?, Adakah suasana pembelajaran berada dalam

keadaan yang kondusif? Dan sebagainya

Melalui penilaian semasa proses pembelajaran, tindakan menangani masalah

pembelajaran boleh diambil. Pada masa ini, guru boleh mengubah teknik, memudahkan bahasa

atau mengambil tindakan alternative lain. Penilaian ini membawa kepada penilaian

pembelajaran kearah pencapaian objektif pengajaran pembelajaran.

Manakala penilaian terhadap pencapaian pelajar adalah perlu bagi mengetahui

keupayaan pelajar dalam memenuhi objektif tercapai. Selain itu, penilaian terhadap media dan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 16

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

bahan juga perlu dilaksanakan sebagai mengetahui pengajaran itu berkesan dan dapat

difahami oleh pelajar dengan jelas serta mencapai tahap sasaran guru dalam tajuk yang diajar.

4.0 Kekuatan dan Kelemahan Penggunaan Video dalam pengajaran dan Pembelajaran.

Video merupakan salah satu daripada media bergerak yang menghasilkan imej yang

realistic dan sangan bermanafaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Antara

kelebihan penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran ialah, media ini boleh

digunakan didalam bilik darjah untuk sesi P&P. selain itu juga, media ini boleh mempercepat

dan melambatkan masa. . Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan

berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka

hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan.Seterusnya, antara keistimewaan penggunaan media video

ini ialah, video dikatakan berupaya untuk membawa masuk peristiwa yang berlaku diluar

bilik darjah. Sebagai contoh video yang saya pilih ialah, peristiwa tersebut terjadi di india, dan

saya sebagai seorang guru berkongsi bersama-sama kerana video tersebut mempunyai kisah

tersendiri yang boleh memotivasikan murid-murid. Seterusnya, dengan penggunaan video juga

berupaya untuk merakamkan imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh

memanipulasikan ruang. Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru

dan murid akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam

memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap

maklumat yang diperolehi.

Menurut buku Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan hasil tulisan Azizi Yahaya, beliau

menyatakan bahawa cakera padat atau video memberikan maklumat secara rawak dan

jelas. Hal ini adalah kerana menerusi penggunaan video, pelbagai sumber maklumat yang tidak

dapat dibekalkan oleh media cetak dapat dilihat menerusi tayangan video. Malah, menerusi

tayangan video juga dapat menunjukkan gerakan, persekitaran, grafik, animasi, suara dan lain-

lain. Mutakhir ini, murid-murid di sekolah menyukai pembelajaran secara menggunakan video

dan juga kaedah multimedia. Hal ini dapat memberikan keseronokkan dan murid-murid belajar

melalui penglihatan. Contohnya seperti penggunaan video yang saya pilih yang berjudul “true

leader”. Menerusi video ini, murid-murid akan dapat menyelami dan menjiwai watak-watak yang

dimainkan dalam video tersebut sekaligus dapat mengenali beberapa jenis kenderaan darat

seperti bas, motorsikal, basikal, beca dan sebagainya. Hal ini adalah berbeza sekiranya guru

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 17

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

hanya bercerita di dalam kelas tanpa menayangkan video, murid-murid mungkin tidak dapat

membayangkan suasana itu.

Di samping itu, penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga

dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran di dalam bilik

darjah. Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat bersedia dengan

bahan video serta mencari maklumat-maklumat berkenaan yang berkaitan dengan video

pendidikan dengan lebih awal dan baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara

berkesan. Melalui kaedah penggunaan video ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat

dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan

gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk difahami.

Antara kelebihan lain yang jelas ketara dapat diperolehi menerusi penggunaan video

adalah pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses

pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan pembelajaran dan

pengajaran yang digunakan oleh guru. Apabila guru menggunakan video sebagai bahan bantu

mengajar bagi proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas untuk sesuatu tajuk

pelajaran, murid akan lebih bersemangat untuk belajar kerana mereka merasakan ada sesuatu

yang menarik akan guru mereka tunjukkan menerusi video tersebut.ini adalah salah satu

obligasi seorang guru, untuk memoersembahkan cara dan gaya pengajaran seperti apa.

Kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran harus dipertingkat begitu juga dengan

penggunaan teori-teori pembelajaran yang ada harus di mantapkan.

Seperti yang kita tahu, Fitrah kanak-kanak sememangnya suka akan sesuatu yang

berwarna warni, bergerak-gerak dan mempunyai pelbagai suara. Hal ini jelas membuktikan

bahawa penggunaan video sememangnya sangat membantu dalam menarik minat dan

perhatian para pelajar untuk kekal fokus dan tumpu perhatian sepenuhnya semasa proses

pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

Kelebihan lain menerusi penggunan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran

adalah dapat memberikan peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid

pelbagai keupayaan. Setiap daripada para murid memiliki tahap keupayaan kendiri yang

berbeza-beza. Oleh hal yang demikian, penggunaan video ini sedikit sebanyak dapat

membantu guru untuk memberikan maklumat pembelajaran yang sama dan jelas kepada setiap

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 18

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

murid. Daripada video yang guru gunakan, murid akan dapat memperoleh maklumat yang sama

dan mereka boleh menilai sendiri apa yang disampaikan oleh video tersebut. penggunaan video

ini juga membantu murid untuk meneroka sendiri pengetahuan dan maklumat yang

disampaikan oleh video tersebut. Seorang murid yang bijak dia akan dapat menilai maklumat

mana yang dapat digunakan dan maklumat mana sebaliknya.

Di samping itu, jika terdapat kelebihan dalam sesuatu, sudah semestinya terdapat juga

sedikit kekurangan. Setiap sesuatu perkara yang kita lakukan tidak semestinya baik sahaja,

kadang kala mempunyai keburukan dan juga kelemahannya. Menerusi penggunaan video

dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini terdapat beberapa kekurangan yang dapat saya

kenalpasti dalam penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan

yang pertama adalah murid menjadi kurang berminat terhadap aktiviti pembelajaran seperti

‘chalk and talk’ yang biasa digunakan oleh guru. Hal ini, menyebabkan murid akan lebih

bergantung kepada bahan bantu mengajar guru iaitu video kerana sudah sering kali didedahkan

dan dibiasakan oleh guru dengan penggunaan video dalam melaksanakan proses pengajaran

dan pembelajaran. Oleh hal yang demikian, peranan guru adalah sangat penting dalam

memastikan murid tidak membiasakan diri dengan sikap kebergantungan kepada video semata-

mata. Guru boleh menayangkan video kepada murid tetapi haruslah dalam keadaan masa yang

berkala. Jika guru setiap hari menggunakan video sebagai bahan bantu mengajar, murid juga

akan berasa bosan dengan pembelajaran tersebut sekaligus tidak berminat kepada

pembelajaran yang biasa dijalankan guru dengan cara bercakap dan menggunakan kapur tulis.

Kekurangan yang seterusnya adalah menerusi penggunaan video dalam proses

pengajaran dan pembelajaran juga menyebabkan pelajar tidak gemar melibatkan diri secara

aktif di dalam kelas kerana beranggapan bahawa video yang ditayangkan sudah cukup

memberikan maklumat yang sepenuhnya berkaitan topik pembelajaran dan tidak perlu lagi

mendengar penerangan daripada guru. Guru berperanan dalam memberikan maklumat

sebenar kepada murid. Murid meneroka dengan cara yang berbeza. Oleh hal yang demikian,

setiap video yang ditunjukkan oleh guru itu haruslah dijelaskan maklumatnya supaya murid

faham apa yang disampaikan oleh tayangan video tersebut dan memastikan murid tidak

ketinggalan dalam pelajarannya.Keadaan ini akan menganggu pencapaian akademik murid

kerana penglibatan yang kurang serta pasif dalam proses pengajaran. Secara tidak langsung,

hal ini akan menyebabkan mereka tidak mendapat maklumat dan pengetahuan yang tepat

daripada guru ketika pembelajaran sedang berlangsung.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 19

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Selain itu, antara yang menjadi kekangan adalah dari segi permasalahan penyediaan

peralatan. Tamsilanya, peralatan seperti LCD adalah sangat penting bagi bertujuan untuk

memancarkan tayangan video untuk ditontonkan kepada semua murid yang berada di dalam

kelas. Namun begitu, penyediaan alatan LCD ini memerlukan kos yang agak tinggi. Sesetengah

sekolah tidak mempunyai peruntukan yang banyak untuk membeli atau menyelenggara LCD

sekiranya berlaku kerosakan, lebih-lebih sekolah-sekolah kampung dan pendalaman yang

kadang kala tiada bekalan elektrik. Hal ini akan menyebabkan penggunaan video tidak dapat

dijalankan. Di samping itu, masa juga adalah merupakan permasalahan dalam penggunaan

video dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.. Guru perlu mempunyai kemahiran yang cekap

dalam menguruskan penyediaan peralatan bagi melancarkan sesi penayangan klip video

kepada murid-murid. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada penggunaan masa yang

berlebihan.

Dalam mengembangkan bidang teknologi pendidikan yang semakin canggih ini juga,

terselit jua masalah yang akan timbul dalam mengaplikasikan bidang ini. Dalam penggunaan

video sememangnya mempunyai kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan. Tiada

semua yang kita guna dan kita pakai sempurna pasti ada cacat cela. Oleh itu, yang terpenting

ialah kebolehan dan kemahiran seseorang guru harus di padukan untuk memastikan

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berjalan dengan lancar. Seterusnya, guru-

guru perlu cakna tentang keperluan seseoarng pelajar di dalam kelas kerana, setiap murid di

dalam kelas mempunyai perbezaan individu.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 20

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 21

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan

hasil pembelajaran

memberikan maklumat

secara rawak dan jelas.

memberikan peluang

pembelajaran yang sama kepada semua murid

pelbagai keupayaan

pelajar tidak akan mudah merasa jemu

dan bosan

berupaya untuk membawa masuk

peristiwa yang berlaku diluar bilik

darjah

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 22

Kelemahan Penggunaan Video dalam pengajaran dan

Pembelajaran.

Pelajar tidak gemar melibatkan diri secara

aktif

kurang berminat terhadap aktiviti pembelajaran

seperti ‘chalk and talk’

Permasalahan penyediaan peralatan.

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5.0 Bagaimana laman sosial seperti FB boleh berperanan membantu guru dalam

pengintegrasian teknologi maklumat dalam pelajaran.berpandukan isu-isu trendasemasa

teknologi, berikan penilaian anda.

Dasawarsa kini , penggunaan internet menjadi salah satu daripada keperluan bagi

semua manusia di seluruh pesok dunia. Hal ini kerana menerusi internet ini dapat mengakses

pelbagai maklumat dan meneroka apa-apa sahaja pencarian maklumat serta akaun laman

sosial untuk tujuan pembelajaran dan tujuan sosial. Salah satu contoh laman sosial yang boleh

diakses daripada internet adalah menerusi laman sesawang Facebook. Dewasa ini, laman

Facebook telah menjadi bahan pengantara yang sangat penting dalam usaha untuk

menyampaikan maklumat penting serta berperanan sebagai salah satu daripada kaedah untuk

melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam pendidikan.fungsi

Terdapat beberapa peranan penting yang dapat digunakan menerusi laman Facebook

dalam pengintegrasian TMK dalam pengajaran. Antaranya yang pertama adalah guru boleh

menggunakan laman sosial Facebook untuk menyampaikan maklumat. Hal ini akan dapat

mewujudkan pembelajaran jarak jauh berlaku antara guru dan murid. Murid masih dapat

memperoleh maklumat mengenai pelajaran daripada guru mereka terus menerusi laman sosial

ini walaupun tidak bersemuka dengan guru. Misalnya, guru boleh terus memuat turun informasi-

informasi mahupun bahan nota tentang pembelajaran yang diajar di dalam “group” yang telah

dibina di dalam laman Facebook. Murid akan lebih mudah untuk mendapatkan maklumat

pembelajaran dengan adanya laman sosial Facebook ini. Hal ini sekaligus membawa kepada

pengintegrasian TMK dalam pengajaran di mana murid boleh memahirkan diri mereka dalam

teknologi dan sentiasa mengikut arus perkembangan semasa berkaitan teknologi. Integrasi

alatan rangkaian sosial yang dimanfaatkan oleh guru yang berkemahiran akan dapat

meningkatkan pembelajaran pelajar dan memudahkan pembangunan kemahiran sepanjang

hayat seperti kolaborasi, pemikiran kreatif dan pembinaan pengetahuan. Ini bukan membawa

maksud kemahiran penting tidak boleh diajar tanpa teknologi, namun kerjasama antara pelajar

daripada pelbagai latar belakang akan menambahkan dan mendalamkan lagi pengalaman

pelajar. Menurut Batchelder (2010), pengalaman dan aktiviti-aktiviti rangkaian sosial turut

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 23

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

memberi pengetahuan baru kepada pelajar tentang sesuatu konsep berdasarkan aktiviti dan

keinginan mencari maklumat yang berterusan. Dengan ini pengajaran dan pembelajaran akan

menjadi lebih menarik dan meyeronokkan.

Dalam pada itu juga, jika kita melihat pada sudut yang positif, penggunaan laman sosial

Facebook juga memudahkan guru untuk bertukar pandangan berkaitan pelajaran dengan

guru lain. Menerusi akaun lama sosial Facebook, guru akan mempunyai ramai kenalan yang

kemungkinannya juga adalah merupakan seorang pendidik juga. Lantas itu, guru boleh

menggunakan ruang di lama Facebook ini sebagai forum untuk perbincangan serta pertukaran

pendapat mengenai isu mahupun apa-apa sahaja yang melibatkan bidang pendidikan.

Daripada perbincangan tersebut guru boleh berkongsi idea, bertukar kaedah serta teknik

mengajar yang sesuai dengan dengan guru lain di samping meningkatkan kemahiran guru itu

sendiri dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui perkongsian ini

juga, kaedah mengajar guru tidak terhad kepada satu kaedah sahaja tetapi boleh dipelbagaikan

untuk diaplikasikan kepada murid supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

menyeronokkan.

Tambahan pula, guru boleh mengumpul pelbagai maklumat yang diperlukan

daripada laman sosial tanpa perlu bersemuka atau berjumpa dengan orang yang ingin

ditemubual. Jika pada zaman dahulu tanpa adanya kemudahan teknologi seperti laman sosial

ini, setiap maklumat yang diperlukan haruslah melibatkan pertemuan serta perjumpaan antara

dua pihak supaya maklumat tersebut dapat diterima dengan baik. Pada hari ini kita melihat,

zaman dunia di hujung jari ini, sememangnya telah banyak mempermudahkan urusan serta

telah menjadi semakin ringkas dan mudah dengan adanya kecanggihan teknologi. Guru dapat

mengumpul maklumat dengan mengkases daripada akaun-akaun Facebook rakan sejawat

dalam bidang pendidikan masing-masing. Hal ini juga dapat menjimatkan masa guru tidak lagi

perlu untuk berjumpa dan mengambil masa yang lama hanya untuk mendapatkan satu

maklumat yang diperlukan dengan berjumpa empat mata, sebaliknya dapat berkomunikasi

secara maya di laman Facebook. Setiap maklumat yang diperlukan itu boleh dikongsi melalui

laman sosial facebook. Dengan cara ini juga, bukan sahaja dapat memudahkan kerja

seseorang guru malah dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan guru, guru dengan

murid.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 24

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Selain itu, daripada laman sosial Facebook menerusi aplikasi TMK dalam pengajaran

juga guru dapat mengurangkan kebergantungan murid terhadap guru dan orang lain. Hal

ini adalah kerana dengan pengaplikasian teknologi dalam pengajaran murid dapat mencari

sendiri maklumat yang diperlukan daripada laman sosial dan akses sendiri serta dapat menilai

sendiri maklumat yang diperlukan. Murid hanya akan memerlukan guru apabila sesuatu

maklumat yang diperlukan itu tidak dapat diperoleh atau sukar untuk mereka fahami. Dengan

kaedah pembelajaran seperti ini juga, guru dapat melatih murid untuk berfikir di luar kotak

fikiran sekaligus meningkatkan pengetahuan murid. Murid akan terdedah kepada pelbagai

maklumat dan kecanggihan dengan adanya pengaplikasian teknologi dalam pengajaran.

Dengan cara ini murid akan meneroka sendiri kesahihan maklumat yang diperoleh dan menilai

dengan betul maklumat-maklumat tersebut sekaligus menambah pengetahuan mereka

berkaitan pelajaran tersebut.

Menurut Nelson et. al, (2009) menyatakan, pengetahuan yang dikongsi secara kolektif

ini terus berkembang dan berubah hasil pertanyaan dan penambahbaikan berterusan bersama-

sama para penyumbangnya. Kreativiti, pemikiran aras tinggi dan pembinaan pengetahuan

boleh digalakkan menerusi aplikasi, produksi dan penerbitan yang direka bentuk dengan baik.

Tuntasnya, guru haruslah mempelbagaikan kaedah can cara pembelajaran agar lebih

menarik.tambahan lagi, guru juga perlu cakna akan kemampuan seseorang murid kerana, tidak

semua murod mempunyai rangkaian laman sosial seperti facebook untuk membuat sesi

pengongsian. Seterusnya, untuk peringatan, penggunaan laman sosial yang positif akan

memberikan imapak yang baik kepada murid-murid.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 25

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5.0 RUMUSAN

Pada era globalisasi ini, bidang teknologi maklumat membawa nafas baru dalam dunia

pendidikan. Gabungan penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan ini sememangnya

semakin merancakkan lagi keberhasilan sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas..

Reka bentuk pengajaran adalah merupakan suatu cabang dalam bidang Teknologi Pendidikan.

Teknologi pendidikan adalah satu cara pemikiran dan juga menentukan matlamat-matlamat

pendidikan yang boleh dicapai oleh pelajar. Ia adalah satu proses yang menggalakkan guru

membuat pertimbangan tentang pemilihan strategi pengajaran dan media.

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan dapat

mencapai kompetensi dalam penggajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas mereka

dengan jujur dan penuh minat akan sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan dan

bagaimana mereka merancang untuk melaksanakannya. Justeru itu, Proses Pengajaran dan

Pembelajaran perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan objektif pengajaran dan

pembelajaran yang dirancang tercapai. Oleh yang demikian, Model Reka Bentuk Instruksional

ASSURE boleh digunakan untuk membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran

dalam bilik darjah kerana hanya dengan perancangan pengajaran yang berkesan membolehkan

murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan disamping

mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan rasa hormat mereka terhadap guru sekaligus

membantu membina disiplin yang positif melalui proses pengajaran yang sistematik dan

menarik.

Model reka bentuk ASSURE merupakan satu model pengajaran yang mempunyai

banyak kebaikan kepada guru dalam perancang pengajaran dan pembelajaran. Sebelum

memulakan sesi pengajaran, terlebih dahulu guru telah bersedia dengan keberadaan murid-

murid yang dihadapinya. Langkah-langkah yang diperkenalkan dalam model ASSURE secara

lansung membantu guru merancang strategi pengajaran berdasarkan tahap keupayaan dan

kesediaan murid. Penggunaan sumber yang menarik, terancang dan berkualiti pasti tidak akan

membosankan murid. Hasil daripada itu, kesan positif yang diperoleh daripada aktiviti

pembelajaran akan dapat diaplikasikan oleh murid dalam proses PDP yang mendatang.

Perancangan mengajar merupakan susun atur pengajaran agar pembelajaran dapat

berlaku secara berstruktur. Pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang

secara berperingkat (Yusup Hashim, 2000). Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 26

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

secara berperingkat-peringkat. Tambah beliau lagi, rancangan pengajaran yang berorentasikan

bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan pengajaran, sekadar hanya memilih

bahan sahaja. Alasannya jelas kerana ia menjimatkan masa. Namun, realiti masa kini

menunjukkan jumlah bahan pengajaran  yang tersedia ada masih kecil, dan ini bermakna guru

masih perlu menyediakannya sendiri. Dengan menggunakan Model ASSURE, ia dapat

membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media.

Melalui Model ASSURE, ia memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran

berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran

berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing.

Penjelasan di atas jelas menunjukkan bahawa Model Rekabentuk ASSURE

mengandungi elemen-elemen penting yang boleh dijadikan satu panduan untuk merancang

pengajaran agar matlamat utama yang diharapkan dari pengajaran tersebut dapat dicapai.

Melaluinya juga guru dapat mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan

teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang perlu dilakukan secara berterusan untuk

melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani

dan emosi seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara. Guru perlu sentiasa

bersikap inovatif dan kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk

mempertingkatkan kemahiran profesionalisme mereka.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 27

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RUJUKAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 28