assignment bmm3142 kebudayaan melayu sem. 7 2014

Upload: nur-umaira

Post on 10-Oct-2015

640 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Permainan Wau

TRANSCRIPT

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU1.0 PendahuluanBudaya ialah warisan sosial masyarakat, seperti system idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat. Jadi budaya terbentuk dan boleh dipelajari oleh setiap masyarakat melalui sosialisasi. Akibat daripada sifatnya yang boleh dipelajari, budaya bersifat dinamis iaitu berubah mengikut zaman dan perlakuan manusia. Biarpun budaya berubah sifatnya namun budaya tetap terbahagi kepada dua aspek material dan non material.

Konsep Budaya

Kebudayaan merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang berikutnya. Kebudayaan berkaitan dengan keseluruhan sistem kehidupan yang dipraktikkan oleh sesuatu masyarakat. Dalam kebudayaan itu, terkandung unsur sosial, kepercayaan, sistem simbol, unsur teknologi, ekonomi yang menjadi milik masyarakatnya. Budaya dapat membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Budaya sesuatu masyarakat dapat menentukan keperibadian kebangsaan sesebuah negara. Di Malaysia, budaya Melayu dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan, namun unsur-unsur budaya kaum lain seperti Cina dan India turut diambil kira.

Konsep Masyarakat

Secara umumnya, masyarakat bermaksud sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial. Sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu adalah lahir daripada individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Umumnya, istilah masyarakat pada asasnya merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur.Masyarakat Melayu

Dalam pengertian yang khusus, istilah Melayu merujuk kepada bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan juga disebut gugusan pulau Melayu. Gugusan pulau Melayu meliputi Semenanjung Tanah Melayu dan juga Indonesia. Oleh sebab itu, sesudah Perang Dunia Kedua, timbul hasrat dalam kalangan pejuang Melayu untuk menubuhkan sebuah negara yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk menjadi sebuah negara yang bernama Melayu Raya. Walau bagaimanapun, percantuman dua buah negara tersebut tidak berlaku sehingga ke hari ini.

Kebudayaan Melayu

Seni merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Pada masa ini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka. Seni boleh dikatakan sebagai pemilihan saluran untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan.Pengaruh Luar Dalam Masyarakat Melayu Masyarakat Melayu pada asalnya berfahaman animisme. Animisme merupakan fahaman yang percaya akan kuasa ghaib. Oleh sebab masyarakat tersebut tidak dapat menghuraikan gejala atau fenomena alam ini seperti hujan, gerhana, sakit dan sebagainya, maka mereka mengaitkan gejala tersebut dengan kuasa luar biasa. Pelbagai nama diberikan kepada kuasa luar biasa, antaranya penunggu, hantu, jembalang, dan sebagainya.

Kebudayaan Kebangsaan Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Kebudayaan berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia. Keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha ke arah peningkatan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan pelibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.Kebudayaan Kebangsaan Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, unsur perpaduan sangat penting. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan persefahaman, keharmonian dan kestabilan, yang memungkinkan negara mencapai kemajuan setanding dengan negara-negara maju dengan mudah. Jika hal tersebut tercapai, negara ini boleh menjadi contoh kepada negara-negara lain.2.0 Budaya MelayuSeni merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Pada masa ini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka. Seni boleh dikatakan sebagai pemilihan saluran untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan.Menurut Kamus Dewan (2005), seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan. Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan). Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai. Kementerian Kebudanyaan dan Kesenian telah mengambil pebagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik. Kesenian atau seni boleh dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu : Seni Suara Seni Gerak Seni Rupa Permainan Tradisional

2.1 Permainan Tradisional

Permainan Wau

PengenalanPermainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang. Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Latar Belakang WauPerkataan wau dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi wau, wau, wau secara berirama.Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.Sejarah Wau MalaysiaKedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.Permainan WauPermainan wau dikaitkan dengan mitos Semangat Padi yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah Semangat Padi dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Jenis-jenis Wau.

Wau Bulan

Wau kucing

Wau daun

Wau helang

Wau Jalabudi

Wau kenyalang

Wau merak

Wau puyuh

Layang-layangBahagian Perincian WauTerdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.Teknik Pembuatan Wau TradisionalAntara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.

Budaya Non-material Dalam Pembuatan WauPetua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh Mencari dan Menebang Buluh Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini.Penyimpanan Buluh Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah manusia. Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :- Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam. Menyalai kepingan buluh pada bara api.Meraut Buluh Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan. Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :- Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana keras. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk. Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir.Membuat Bingkai Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh. Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.Proses Memasang Tanah WauSetelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil tanah akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :- Ukur kertas dengan saiz bingkai. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk V. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.Mengukur, Melukis dan Menyobek CorakUkiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat : Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja.Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau RambuJambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat daripada kertas crepe yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu.Proses Membuat Serta Memasang BelalaiMenggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau. Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.Cara bermain wau. Kawasan yang sesuai.Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah padi atau di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menerbangkan wau. kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon.Tiga unsur yang mempengaruhi kenaikan wau Tekanan angin Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik tinggi semakin meningkat. Daya tarikan gravity Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah.Daya seretan.Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan. Permainan wau tradisional Melayu adalah dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan wau ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan atau menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali tangsi.Teknik menaikkan wau jarak dekat.Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin. Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi tangan memegang gelung tali. wau dilepaskan perlahan-lahan sehingga wau naik tinggi ke udara.Mengawal penerbanganTiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan wau. Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau mengelakkan tali wau terputus. Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.Teknik menurunkan wau.Menurunkan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala penggulung tali ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali. Permainan wau laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus.

CABARAN MASA DEPAN TERHADAP PERMAINAN TRADISIONAL

Kepentingan permainan tradisionalSalah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini merupakan kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional tidak boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan tradisional juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul. Sebagai contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertas warna-warni yang dilukis dan digunting dengan cantik nian. Jika permainan tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam industri pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-warni. Lantaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang melawat ke Malaysia. Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk bermain layang-layang. Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan lelayang yang beraneka corak.

Cara mempopularkan permainan tradisional

Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan serta mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat bermain permainan tradisional. Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional. Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak, mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini.

Cabaran

Cara mengatasi

Refleksi

Keunikan muzik ghazal menjadi akar tunjang yang kuat menjadikan ghazal masih mampu bertahan hingga kini. Pada masa kini, banyak sekali pendedahan diberikan kepada golongan remaja dan kanak-kanak khususnya dengan penubuhan badan-badan tertentu contohnya seperti Yayasan Warisan Johor. Inisiatif yang diambil oleh yayasan Negeri Johor dilihat sebagai langkah tepat dalam memeperkembangkan muzik ghazal di kalangan generasi muda. Diharapkan supaya langkah yang telah dibuat oleh yayasan negeri Johor ini dapat diambil iktibar dan panduan oleh kerajaan bagi memelihara dan memperkembangkan muzik tradisional, bukan sahaja muzik ghazal tetapi muzik-muzik tradisional lain supaya muzik tradisi ini kekal hingga selama-lamanya.

Walaupun tidak mudah untuk membawa muzik tradisional ghazal ini keperingkat yang lebih tinggi dikalangan generasi masa kini, namun dengan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh penggiat-penggiat ghazal serta badan-badan kerajaan seperti yayasan Negeri Johor ia patut dihargai. Hal ini kerana dengan kemajuan teknologi dan kemunculan aliran muzik yang pelbagai dari seluruh pelosuk dunia, maka tidak hairanlah muzik tradisional semakin dipinggirkan oleh generasi masa kini.

Oleh itu pelbagai langkah perlu diambil bagi memelihara muzik tradisional kerana pengaruh muzik barat kini lebih diminati oleh golongan muda. Jika bukan kita yang memertabatkan muzik budaya kita, siapa lagi. Sesuatu bangsa yang bangga dan memelihara budaya mereka sendiri lebih maju dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum, unsur perpaduan sangat penting. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan persefahaman, keharmonian dan kestabilan, yang memungkinkan negara mencapai kemajuan setanding dengan negara-negara maju dengan mudah. Jika hal tersebut tercapai, negara ini boleh menjadi contoh kepada negara-negara lain, yang mana sebuah Negara yang mempunyai pelbagai kamm hidup dalam harmoni dan memelihara budaya masing-masing. Memang sukar untuk melaksanakan penyatuan dalam kepelbagaian ini. Kebersatuan ini dapat wujud jika tunjangnya, iaitu budaya dapat kita satukan tanpa menghilangkan identiti satu-satu kaum. Inilah yang telah dan sedang diusahakan oleh pihak kerajaan.