refleksi big sem 7

8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS PROGRAM PENDIDIKAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR AMBILAN NOVEMBER 2008) WAJ 3114 BINA INSAN GURU KUMPULAN : 7.3 (PEMULIHAN) TARIKH SERAH : 23 MAC 2012 TANDATANGAN PENSYARAH : …………………………. NAMA PENSYARAH : 1 PN JARIYATI BINTI JAHRI NAMA: ARBANIAH BT NGATIRON NO K.P: 641010106512

Upload: arbaniah-ngatiron

Post on 24-Jul-2015

132 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi BIG Sem 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

PROGRAM PENDIDIKAN GURU SEKOLAH RENDAH

(PGSR AMBILAN NOVEMBER 2008)

WAJ 3114

BINA INSAN GURU

KUMPULAN : 7.3 (PEMULIHAN)

TARIKH SERAH : 23 MAC 2012

TANDATANGAN PENSYARAH : ………………………….

NAMA PENSYARAH : 1 PN JARIYATI BINTI JAHRI 2 PN SAODAH BINTI ISMAIL

NAMA: ARBANIAH BT NGATIRONNO K.P: 641010106512

Page 2: Refleksi BIG Sem 7

REFLEKSI BINA INSAN GURU

TAJUK : Sekolah Cemerlang/Sekolah Harapan Negara/Sekolah Berprestasi Tinggi.

TEMPAT : Dewan Ahmad Razali, IPGM Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.

TARIKH : 14 Mac 2012

MASA : 8 Pagi

PENCERAMAH: Encik Pesol Bin Md. Saad Pengetua Sekolah Menengah Sains Muhammad Jiwa, Sungai Petani, Kedah.

REFLEKSI KENDIRI

Program Bina Insan Guru ( BIG ) merupakan satu program yang dirancang khas

yang dilaksanakan dalam setiap kursus perguruan. Program ini dikhususkan

untuk guru-guru supaya dapat membina dan memantapkan lagi sahsiah

keguruan.

Program BIG perlu dilaksanakan sekali pada setiap semester. Melalui

program kali ini guru-guru didedahkan kepada ciri-ciri sekolah berprestasi tinggi.

Dalam ceramah yang disampaikan itu banyak pengetahuan yang telah saya

dapati bermula daripada bagaimana cara untuk melayakkan sesebuah sekolah

itu untuk dinilai sehinggalah kepada cara kepimpinan dan sahsiah pelajarnya.

Penjelasan yang diberikan oleh Encik Pesol selaku Pengetua sebuah

sekolah yang telah pun dinobatkan sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT)

amat bermakna bagi saya kerana banyak ciri-ciri yang dilaksanakan di sekolah

itu tidak dilaksanakan di sekolah saya. Sebagai contoh aktiviti pelajar sekolah

tersebut yang berkolaboratif bersama pelajar dari sekolah di Trang, Thailand

dalam perlawanan kriket persahabatan. Kesan dari dari aktiviti seperti ini

menjadikan penilaian yang tinggi diterima oleh sekolah tersebut dan melayakkan

sekolah tersebut untuk dianugerahkan taraf SBT.

Page 3: Refleksi BIG Sem 7

Selain dari itu, sekolah tersebut juga telah mewujudkan pertalian (link)

dengan pihak universiti dalam perlaksanaan aktiviti R&D yang bersesuaian

dengan matapelajaran sains. Keadaan ini menjadikan hasil-hasil kajian murid-

murid lebih berkualiti sehingga Berjaya meraih anugerah kecemerlangan dan

memenangi setiap pertandingan yang disertai.

Sekolah Menengah Sains ini juga mempunyai visi dan misi yang tinggi

demi memastikan sekolah berada pada aras yang tinggi. Penandaarasan ini

penting kerana semua pihak sama ada pengetua sendiri, guru-guru, pentadbir

dan murid-murid bersedia melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang.

Pengetua sekolah tersebut sendiri telah memastikan setiap peringkat

menjalankan aktiviti yang telah dirancang dan mengikut jadual yang telah

ditetapkan. Saya dapati Encik Pesol seorang pengetua yang gigih, cekap,

berdedikasi dan bertoleransi kepada semua warga sekolah menengah sains itu.

Sikap kepimpinan beliau menjadikan sekolah tersebut berjaya meraih anugerah

sekolah SBT.

Pada pendapat saya, sekiranya saya dapat mencadangkan kepada pihak

sekolah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti yang dilakukan di sekolah

sains tersebut berkemungkinan sekolah saya juga akan dapat meraih gelaran

sekolah berprestasi tinggi.

KEKUATAN

Program BIG kali ini sangat memberi semangat kepada saya untuk

melaksanakan aktiviti-aktiviti yang lain dari yang selalu dilakukan di sekolah.

Banyak idea yang menarik yang belum pernah kami jalankan di sekolah. Selama

ini saya tidak terfikir apa yang sekolah lain lakukan sehingga berjaya meraih

anugerah SBT. Kini saya telah mengetahui rahsia sebenar bagaimana hendak

melaksanakan aktiviti dan apakah bentuk aktiviti yang berkualiti yang boleh diberi

penilaian yang tinggi.

Page 4: Refleksi BIG Sem 7

Saya bercadang untuk berbincang bersama semua guru-guru di sekolah

saya untuk melaksanakan program dan aktiviti yang sama atau seumpanya di

sekolah saya. Saya juga berharap agar sekolah saya juga akan dinobatkan

sebagai sekolah SBT pada suatu hari nanti.

KELEMAHAN

Program yang berbentuk ceramah seperti ini memang baik kerana banyak

maklumat baharu boleh disampaikan. Namun demikian tumpuan audien kepada

penceramah adakalanya tidak dapat diberikan seratus peratus. Ini kerana lumrah

manusia yang gagal memberi tumpuan dengan hanya duduk dan mendengar

sahaja. Saya dapati ada sebahagian peserta yang berbual dan ada juga yang

tidur. Sebagai peserta sepatutnya mereka mencatat apa yang disampaikan oleh

penceramah tetapi catatan sepenuhnya tidak dapat dibuat kerana penyampai

bercakap agak cepat. Saya sebagai salah seorang dari peserta juga tidak dapat

mencatat kesemua perkara yang disampaikan.

CADANGAN

Beberapa cadangan ingin saya kemukakan sebagai cara untuk mengurangkan

kelemahan. Cadangan pertama ialah menyediakan aktiviti kepada peserta

supaya peserta tidak merasa bosan dengan hanya duduk dan mendengar

sahaja.

Pihak penganjur boleh menyediakan sedikit gula-gula kepada peserta

untuk menghilangkan rasa mengantuk apabila mendengar ceramah. Pada

pendapat saya gula-gula dapat menghilangkan rasa mengantuk dan apabila

tidak mengantuk kita dapat member tumpuan dengan apa yang sedang

disampaikan dalam ceramah.

Page 5: Refleksi BIG Sem 7

Untuk mengatasi masalah dalam mencatat nota penting, saya sarankan

agar pihak penganjur menyediakan helaian maklumat tentang tajuk yang hendak

disampaikan. Peserta bolehlah menambah apa-apa maklumat yang menarik

semasa mendengar ceramah tersebut.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, program ini sarat dengan maklumat yang tidak pernah

saya dapati sebelum ini. Maklumat tentang kejayaan sekolah berprestasi tinggi

ini memang sangat berguna untuk dijadikan panduan kepada semua guru di

sekolah-sekolah. Keadaan ini demikian kerana idea-idea baharu yang

dilaksanakan di sekolah SBT ini boleh juga diaplikasikan di sekolah lain dengan

tujuan untuk menambahkan lagi kualiti aktiviti dan program yang dijalankan.

Saya berasa bertuah kerana dapat menyertai program ceramah ini.

Page 6: Refleksi BIG Sem 7