taklimat big ppg sem 1

26
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) BINA INSAN GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) Pering kat Semester Pelaksana an Pro Forma Kursus Jumla h Jam Catatan 1 2 dan 3 WAJ 3114 ( Kem I ) Pro Forma Fasa 1 ( 45 Jam ) A. Aktiviti di IPG ( IPG Based ) Taklimat Umum BIG ( 1 Jam ) Taklimat Perkhemahan ( 1 Jam ) Taklimat Keselamatan di air ( 1 Jam ) Taklimat LDK ( 2 Jam ) 1 1 1 2 5 Taklimat dilaksanakan di IPG oleh Pensyarah kepada pelajar PPG ( 1 pensyarah :30 pelajar )

Upload: zierozita-geematjan

Post on 26-Jul-2015

538 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Taklimat BIG PPG Sem 1

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )

BINA INSAN GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )

Peringkat SemesterPelaksanaan Pro Forma Kursus Jumlah

Jam Catatan

1 2 dan 3 WAJ 3114 ( Kem I )Pro Forma Fasa 1 ( 45 Jam )A. Aktiviti di IPG ( IPG Based )

Taklimat Umum BIG ( 1 Jam ) Taklimat Perkhemahan ( 1 Jam ) Taklimat Keselamatan di air ( 1 Jam ) Taklimat LDK ( 2 Jam )

1112

5 Taklimat dilaksanakan di IPG oleh Pensyarah kepada pelajar PPG

( 1 pensyarah :30 pelajar )

B. Kem Kepimpinan – Mendirikan khemah Malaysia Cergas Latihan Dalam Kumpulan Kembara / Orienteering Tazkirah dan Moral Persembahan Kumpulan

10jam

Pelaporan Refleksi Persediaan

30 jam

212212

55

20

40Dilaksanakan di sekolah ( school based ) ***Semua aktiviti ini hendaklah diuruskan/dijalankan oleh pelajar PPG semasa perkhemahanPelajar

Sekolah

Pelajar PPG

Page 2: Taklimat BIG PPG Sem 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SENARAI TUGAS PELAJAR PPG UNTUK

PELAKSANAAN PERINGKAT 1 BIG – PERKHEMAHAN/KEM

Bil Jawatan Bidang Tugas

1. Pelajar PPG Menyediakan kertas cadangan pelaksanaan BIG PPG Mengadakan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan aktiviti. Menguruskan surat menyurat dan hubungan dengan agensi-agensi luar yang

terlibat Membuat post mortem dan laporan pelaksanaan BIG PPG Menyediakan laporan penilaian BIG PPG Pemantauan pelaksanaan keseluruhan program Menyediakan anggaran perbelanjaan BIG PPG. Menyediakan laporan kewangan pelaksanaan BIG PPG Mengendalikan aktiviti kerohanian / moral Mengenalpasti fasilitator aktiviti kerohanian / moral Menyediakan dan memastikan semua peralatan perkhemahan boleh digunakan. Menyediakan peralatan memasak Menyediakan peralatan siaraya Menyediakan bahan alat tulis Menyediakan peralatan komunikasi Menyediakan peralatan kembara dan orienteering Mengawasi kuantiti bekalan makanan Menyediakan menu makanan Mengawasi kebersihan penyediaan makanan dan mengawal mutu penyediaan

makanan Memberi taklimat kepada semua jurulatih dan jawatankuasa. Menyelaraskan semua aktiviti sepanjang perkhemahan. Mengadakan mesyuarat “O Group” setiap malam Memastikan semua aktiviti sepanjang perkhemahan berjalan mengikut jadual. Sentiasa berada di tapak perkhemahan. Sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan jurulatih dan peserta

Page 3: Taklimat BIG PPG Sem 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Bil Jawatan Bidang Tugas

Menjadi pegawai perhubungan dengan pihak luar sepanjang perkhemahan Menjadi pegawai pengiring ”LO” kepada VIP semasa perasmian penutup Merancang dan mengendali aktiviti Memilih dan menentukan jurulatih / fasilitator mengikut kepakaran. Menjadi tempat rujuk bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti. Memastikan pelaksanaan aktiviti mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan Menyediakan peralatan kecemasan dan ubat-ubatan Menguruskan pengangkutan peserta ke tapak perkhemahan Menguruskan insuran peserta Menyediakan kawasan selamat bagi setiap program BIG PPG Dan lain-lain yang difikirkan perlu.

CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURUPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) PERINGKAT 1

Hari / Masa

07000800

08001000

10001030

10301230

12301400

14001600

16001630

16301800

Hari 1

Taklimat dan

Mendirikan Khemah

Aktiviti 1Rehat Aktiviti 2 Rehat Aktiviti 3 Rehat

Penutup/Menurunkan

Khemah

Aktiviti Perkhemahan : Mendirikan khemah Malaysia Cergas Latihan Dalam Kumpulan Kembara / Orienteering Tazkirah dan Moral Persembahan Kumpulan

10jam

Page 4: Taklimat BIG PPG Sem 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

PANDUAN DAN PROSEDUR PELAKSANAAN

1. PERANCANGAN AWAL DAN PERSEDIAAN PROGRAM

Program BIG PPG akan menjadi satu aktiviti yang sempurna jika terdapat perancangan dan persediaan dibuat

dengan teliti dan sistematik. Oleh sebab itu, pelajar PPG perlu mengadakan perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan

dalam mengenal pasti beberapa perkara penting sebelum, semasa dan sesudah program dijalankan.

Antara perkara yang perlu diuruskan ialah:

a. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja

b. Menyediakan Kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pihak sekolah untuk tujuan kelulusan

c. Memilih dan menentukan lokasi program

d. Merancang pengisian aktiviti.

e. Merancang perbelanjaan

f. Memberi taklimat dan merancang latihan asas kepada murid-murid / peserta taklimat kepada jurulatih /

fasilitator dan urusetia

g. Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan

h. Mengenal pasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan

Page 5: Taklimat BIG PPG Sem 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

2. TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN

SEBELUM AKTIVITI PERINGKAT 1

Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan

1. Taklimat Pertama Program BIG PPG Kepada Pelajar

A. Taklimat Umum BIGa. Rasional BIG PPGb. Objektif BIG PPGc. Model Konseptual BIG PPG ( Rujuk pro

Forma Fasa 1 hingga 6 BIG PPG)d. Struktur Organisasi

B. Taklimat Perkhemahana. Panduan pelaksanaan perkhemahan ( rujuk

Buku Panduan Pelaksanaan ) b. Penulisan Refleksi / Folioc. Persiapan awald. Etika Peserta BIG PPG e. Keadaan Fizikalf. Peralatang. Status Kesihatanh. Kuatermaster makanani. Kuatermaster peralatanj. Kebajikan dan Keselamatank. Jadual Pelaksanaan

C. Taklimat Keselamatan di aira. Teori keselamatan di airb. Arahan, ciri dan dan langkah keselamatan di

air D. Taklimat LDK

a. Taklimat dan panduan pelaksanaan LDK.b. Cara dan pengendalian LDKc. Bentuk-bentuk permainan LDK

Diadakan di IPG Dikendalikan oleh Penyelaras

Program BIG PPG IPG Bahan-bahan taklimat

VCD dan LCD Bahan bercetak

Page 6: Taklimat BIG PPG Sem 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

2. Mesyuarat Perancangan Pelaksanaan BIG PPG

Perancangan Pelaksanaan Programi. Lokasi Programii. Tarikh Programiii. Lawatan Tapakiv. Perhubungan luarv. Peralatanvi. Pembahagian tugas Kem Komander /Jurulatih /

Fasilitatorvii. Kosviii. Kebajikan / makanan

Pelajar PPG dengan Jawatankuasa Pelaksana BIG PPG peringkat sekolah.

SEMASA AKTIVITI PERINGKAT 1Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan1. Taklimat kepada peserta

programi. Memperkenalkan Jurulatih / Fasilitator Siri BIG

PPG kepada peserta.ii. Pembahagian Tugas kepada peserta iii. Keadaan Fizikaliv. Peralatanv. Status Kesihatanvi. Kuatermaster makananvii. Kuatermaster peralatanviii. Kebajikan dan Keselamatanix. Jadual Pelaksanaanx. Pergerakan Aktivitixi. Disiplin Pesertaxii. Peraturan Perkhemahanxiii. Jadual Aktivitixiv. Pembahagian Nombor Peserta (Numbering).

Urusan pelajar PPG

2. Pelaksanaan Aktiviti i. Arahan tetap yang merangkumi prosedur sebelum aktiviti.

ii. Melaksanakan semua komponen dalam jadualiii. Penilaian dan penulisan refleksi

Urusan pelajar PPG

3. Penutup Aktiviti i. Protokol acara penutup siri BIG PPGii. Perbarisan

Urusan pelajar PPG

Page 7: Taklimat BIG PPG Sem 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

iii. Ucapan VVIP4. Tindakan sebelum

perjalanan pulang1. Membersihkan peralatan dan kawasan

perkhemahan.2. Memastikan peralatan adalah dalam keadaan

yang baik.3. Pemulangan peralatan dengan amaun yang

sama. 4. Menyusun peralatan.

Urusan pelajar PPG

SELEPAS AKTIVITI PERINGKAT 1

Bil Perkara Isi KandunganTindakan

1. Tindakan Selepas Aktiviti

1. Membuat refleksi / laporan perlaksanaan BIG PPG

2. Menyediakan dokumentasi audio/video untuk tujuan pelaporan dan penilaian( Rujuk Pentaksiran BIG PPG )

3. Menyiapkan portfolio.4. Surat Penghargaan kepada agensi yang

membantu program BIG PPG (cth: Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, , Jabatan Laut / Marin, Penghulu) – jika perlu.

Penyelaras Program BIG PPG IPG

Page 8: Taklimat BIG PPG Sem 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM BIG PPG

Peraturan dan arahan tetap perkhemahan program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya

program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif.

Peraturan dan arahan tetap yang dikendalikan oleh pelajar PPG kepada peserta adalah seperti berikut:

1. Mematuhi arahan, jadual aktiviti dan penglibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG PPG.

2. Hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain.

3. Hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang perkhemahan

4. Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk

waktu solat.

5. Peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan.

6. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan. (Dilarang merosak atau

memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran)

7. Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan.

8. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan.

9. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam sekitar.

10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran.

11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang

perkhemahan adalah ditegah.

12. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama ) dan dilarang

memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan.

13. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan.

Page 9: Taklimat BIG PPG Sem 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.

15. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 11.00 malam.

16. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya.

17. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan.

18. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran.

19. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian.

20. Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran.

21. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator.

22. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.

23. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan.

24. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan /

Urusetia.

PERINGATAN

Pelajar PPG dikehendaki berada bersama pelajar dari mula sehingga tamat aktiviti perkhemahan dan pada setiap aktiviti yang dijalankan.

Kenderaan kecemasan perlu disediakan dan berada sepanjang masa di kawasan perkhemahan.

Page 10: Taklimat BIG PPG Sem 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SPESIFIKASI TAJUK BINA INSAN GURU PPGPERINGKAT 1

TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI

1. Aktiviti di IPG Taklimat umum BIG

Taklimat perkhemahan

Taklimat keselamatan di air

Taklimat LDK

5 Jam

2. Mendirikan Khemah Perancangan, pemilihan tapak, pembahagian tugas

Pembinaan khemah, penyediaan dan penyajian makanan

Pembubaran khemah

40 jam.

3. Malaysia cergas dan patriotik. Nyanyian patriotic

Menaikkan bendera

Kawad kaki

Senamrobik / aktiviti kalistenik

4. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Cadangan tajuk dan aktiviti LDK

Ice Breaking

Personaliti Guru dan Konflik Personaliti

Realiti persekitaran

Realiti diri dan motivasi keguruan

Perubahan sikap

Page 11: Taklimat BIG PPG Sem 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI

Pembinaan self –esteem

Catatan:

Pelajar PPG boleh memilih tajuk-tajuk atau aktiviti LDK selain di atas yang bersesuaian dengan kursus dan peserta.

5. Kembara dan Orienteering Cadangan aktiviti semasa kembara dan orienteering.

Berjalan lasak

Aktiviti penghayatan alam

Pengenalan arah mata angin / kiblat

Penyelesaian masalah berkaitan dengan bila berlaku kecemasan / kecederaan.

Permainan " Tresure-hunt"

Catatan:

Pelajar PPG boleh memilih sebarang aktiviti selain di atas yang bersesuaian dengan kursus dan peserta.

6. Tazkirah / aktiviti moral Cadangan tajuk-tajuk tazkirah / moral

Aku Ingin Menjadi Anak Soleh

Mencontohi Saidina Ali : Remaja Cemerlang

Bila Quran berbicara " .....perihal kepimpinan.."

Rasulullah Pemimpin Teladan

Cadangan tajuk-tajuk moral

Page 12: Taklimat BIG PPG Sem 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

TAJUK / AKTIVITI KANDUNGAN JAM INTERAKSI

Rakyat Cemerlang Negara Gemilang

( SAM ) Saya Anak Malaysia

Pemimpin dan Kepimpinan

Malaysia Negaraku Tercinta

Catatan:

Pelajar PPG boleh memilih sebarang tajuk tazkirah / moral selain di atas yang bersesuaian dengan kursus dan peserta.

7. Persembahan kumpulan Pembahagian tajuk persembahan

Perlantikan hakim persembahan

Mengumumkan keputusan

8. Refleksi Refleksi aktiviti

Refleksi umum

Page 13: Taklimat BIG PPG Sem 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

PROSEDUR KESELAMATAN BIG PPG PERINGKAT 1

SEBELUM AKTIVITI

1. Pelajar PPG

a. Menguruskan borang kebenaran waris / penjaga.

b. Memastikan setiap peserta dilindungai insuran/takaful PTKB.

c. Taklimat pelaksanaan BIG PPG Jurulatih, dan semua AJK.

d. Taklimat pelaksanaan BIG PPG peserta / pelajar

e. Memilih & Memastikan tapak perkhemahan

f. Memastikan peralatan dalam keadaan baik & selamat digunakan

g. Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Polis,Bomba dan Penyelamat dan hospital

terdekat

h. Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas

i. Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di institut

j. Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersama

k. Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum, semasa dan selepas aktiviti BIG PPG

l. Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik

m. Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk digunakan

Page 14: Taklimat BIG PPG Sem 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SEMASA AKTIVITI

1. KEM KOMANDANa. Tiba lebih awal di tapak perkhemahan

b. Memastikan tapak perkhemahan selamat dan ada kemudahan air dan eletrik

c. Memastikan semua jurulatih yang dilantik sampai di tapak perkhemahan sebelum memulakan aktiviti

d. Taklimat kepada jurulatih tentang spesifikasi tugas dan keselamatan pelajar

e. Taklimat kepada peserta/ pelajar tentang spesifikasi tapak perkhemahan

f. Memastikan semua peserta menduduki kawasan yang telah disediakan

g. Menentukan kawasan / tempat yang selamat berkumpul sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini / waktu

kecemasan

2. JURULATIH AKTIVITI KETAHANAN

a. Membuat tinjauan awal ke lokasi aktiviti

b. ”Head Count” untuk memastikan semuanya selamat

c. Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat digunakan

d. Membuat laporan sekiranya kehilangan / kerosakan peralatan kepada QM Peralatan

e. Melaporkan keadaan / perubahan struktur muka bumi di lokasi aktiviti kepada kem komandan

f. Menunjuk cara menggunakan peralatan dengan betul dan selamat

g. Memberi penerangan tentang keselamatan diri

h. Mengenal pasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan pelajar sebelum melaksanakan aktiviti

i. Menyediakan satu pelan tindakan sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti

Page 15: Taklimat BIG PPG Sem 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SELEPAS AKTIVITI

1. KEM KOMANDAN

a. Menerima Laporan ketua jurulatih

b. Menerima Laporan Kuarter Master Kebajikan dan Keselamatan

c. Menerima Laporan Kuarter Master Peralatan

d. Menerima Laporan Kuarter Master Makanan

e. Menerima Laporan Kewangan daripada Bendahari.

f. Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya 1hari selepas perkhemahan

g. Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik

h. Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu program BIG PPG contoh Polis,

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Jabatan Hutan dan lain-lain lagi

i. Menyediakan sijil-sijil penyertaan kepada peserta yang mengambil bahagian.

j. Memastikan laporan penilaian dan segala bukti perlaksanaan perkhemahan dihantar kepada mentor kuliah

berkenaan di IPG masing-masing ( Mesti dihantar pada interaksi bersemuka berikutnya )

PROSEDUR PENTAKSIRAN ( 100 Markah )

Portfolio Individu ( 50 markah )

Arahan Penyediaan PortfolioPenyediaan portfolio mengikut format yang ditetapkan Disiapkan dalam masa seminggu selepas aktiviti berlangsung Diserahkan kepada Mentor masing-masing untuk tujuan pemarkahan

Format Portfolio dan Isi kandungan

Page 16: Taklimat BIG PPG Sem 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Muka depan diisikan dengan maklumat berikut: Nama Institut Tajuk program Bilangan siri dan tarikh program BIG PPG Lokasi pelaksanaan Nama pelajar dan ahli kumpulan Gambar pelajar dan ahli kumpulan Nama Mentor

Isi Kandungan Folio Maklumat diri pelajar PPG Isi Kandungan Kertas kerja perkhemahan Surat panggilan mesyuarat Minit mesyuarat perkhemahan Agihan tugas dan jawatankuasa Jadual perkhemahan Senarai nama pelajar / peserta perkhemahan Surat kebenaran waris Surat kepada pihak berkuasa tempatan ( Polis, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Hospital dan

sebagainya ) Keputusan pertandingan ( jika ada ) Laporan kewangan Laporan perkhemahan

Lampiran- Brosur perkhemahan- Gambar ( statik ) - Dan bahan-bahan lain yang berkaitan

PEMARKAHAN BIG PPGRakaman Audio / Video Arahan Penyediaan Rakaman Rakaman dilaksanakan secara individu

Page 17: Taklimat BIG PPG Sem 1

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Pelajar membuat rakaman ( audio / video ) apa yang dialami dan dipelajari sepanjang program Diserahkan kepada Mentor masing-masing seminggu selepas tamat program BIG PPG Pelajar tidak perlu menghantar papan cerita ( story board ) bersama dengan laporan ini. Tempoh rakaman adalah tidak melebih 30 minit sahaja.

B) Format Rakaman Penerbitan CD / DVD Penggunaan fail-fail MP3,MP4, FLV, WMP dan sebagainya dalam penerbitan. Pelajar boleh menggunakan sebarang perisian pengauditan video ( video editing ) seperti Corel

Video Studio, Movie Maker, Cyberlink Power Director dan sebagainya. Dimuatnaik dalam cekera padat CD / DVD. Rakaman hendaklah mempunyai ' cd cover " Rakaman yang gagal ditonton/dibuka akan dikira tidak menepati kehendak penerbitan rakaman. Rakaman boleh menggunakan format FLV ,Mpeg-4, AVI, WMV dan sebarang format yang

menyokong perisian Windows atau Apple.

Refleksi Kendiri Arahan Penyediaan Refleksi Kendiri

Menyatakan manfaat yang diperolehi oleh pelajar hasil daripada program BIG PPG yang telah dilaksanakan dan memberi cadangan penambahbaikan.

Format Penulisan Refleksi Kendiri