laporan big

6
LAPORAN REFLEKTIF TEMU BUAL DENGAN GURU CEMERLANG Tempat : Pejabat guru SJKC Chong Hwa 3 Tarikh : 10 September 2014 Masa : 10.15 pagi hingga 11.15 pagi Responden : PUAN ONG GOEK LAN & PUAN MOK CHEE KWAN Sepanjang 6 semester yang lalu, para guru pelatih telah menjalani sebanyak 6 fasa program Bina Insan Guru. Selama 3 tahun ini, guru pelatih bukan sahaja menjalani program Bina Insan Guru yang sungguh menarik tetapi juga mempelajari pelbagai program kurikulum dan ko-kurikulum. Selain daripada itu, guru pelatih juga telah menjalani sesi praktikum. Semua program yang dijalankan telah memberikan impak yang besar kepada sahsiah, minat dan pengalaman baru kepada guru-guru pelatih. Sejajar dengan itu, untuk praktikum fasa kedua, guru pelatih dikehendaki mengadakan sesi temu bual dengan guru cemerlang di sekolah. Tugasan menemu bual guru cemerlang adalah suatu tugasan yang perlu kami laksanakan untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan guru yang dapat melaksanakan tugas sebagai seorang guru yang berkualiti dan bertanggungjawab serta mempunyai kemahiran mengajar yang meluas dan kreatif.

Upload: kiaying-teo

Post on 15-Jul-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Laporan BIG SEM 6

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan BIG

LAPORAN REFLEKTIF TEMU BUAL DENGAN GURU CEMERLANG

Tempat : Pejabat guru SJKC Chong Hwa 3

Tarikh : 10 September 2014

Masa : 10.15 pagi hingga 11.15 pagi

Responden : PUAN ONG GOEK LAN & PUAN MOK CHEE KWAN

Sepanjang 6 semester yang lalu, para guru pelatih telah menjalani sebanyak 6

fasa program Bina Insan Guru. Selama 3 tahun ini, guru pelatih bukan sahaja

menjalani program Bina Insan Guru yang sungguh menarik tetapi juga

mempelajari pelbagai program kurikulum dan ko-kurikulum. Selain daripada itu,

guru pelatih juga telah menjalani sesi praktikum. Semua program yang

dijalankan telah memberikan impak yang besar kepada sahsiah, minat dan

pengalaman baru kepada guru-guru pelatih. Sejajar dengan itu, untuk praktikum

fasa kedua, guru pelatih dikehendaki mengadakan sesi temu bual dengan guru

cemerlang di sekolah. Tugasan menemu bual guru cemerlang adalah suatu

tugasan yang perlu kami laksanakan untuk mendapatkan sebanyak mungkin

maklumat yang diperlukan untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan

guru yang dapat melaksanakan tugas sebagai seorang guru yang berkualiti dan

bertanggungjawab serta mempunyai kemahiran mengajar yang meluas dan

kreatif.

Program ini bertujuan untuk memupuk tanggungjawab sosial sesama

manusia selain melaksanakan tugasan BIG PISMP semester 6 ambilan Januari

2012. Ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para guru pelatih

tentang profesion keguruan supaya guru pelatih berusaha menjadi insan guru

yang patuh kepada agama dan mengamalkan nilai-nilai positif serta gaya hidup

sihat berasaskan Rukun Negara. Tambahan lagi, ia juga dapat memupuk guru

pelatih mempunyai ciri-ciri insan guru yang cemerlang, harmonis dan bersatu

Page 2: Laporan BIG

padu serta mempunyai ketahanan fizikal, mental dan semangat juang yang

tinggi.

Semasa kami menjalani praktikum Fasa 2 di SJKC Chong Hwa 3, kami

telah menemui dua guru cemerlang dalam bidang Matematik iaitu Pn. Ong Goek

Lan & Pn. Mok Chee Kwan. Beliau telah mendapat Anugerah Guru Cemerlang

pada 2 tahun yang lalu. Kami telah membuat kertas kerja sebelum sesi interaksi

bersama beliau berlangsung. Selepas siap merangka kertas kerja, pensyarah

kami terlebih dahulu menyemak dan menandatanganinya kemudian barulah

disahkan oleh Guru Besar SJKC Chong Hwa 3. Kami telah mencari masa yang

bersesuian dengan guru tersebut supaya tidak mengganggu sesi p&p beliau

dengan murid-muridnya.

Seperti yang dicadangkan di dalam kertas kerja, temu bual dengan Pn.

Nooraida dilaksanakan pada 10 September 2012 dari pukul 10.15 pagi hingga

11.15 pagi. Sebelum menemubual beliau, kami telah menyediakan beberapa

soalan yang bersesuaian dengan skop pencapaian dan gelaran beliau sebagai

seorang guru cemerlang. Hal ini bagi memudahkan kami berinteraksi dengan

beliau di samping tidak kekok untuk mengutarakan soalan-soalan yang sentiasa

bermain dalam kotak fikiran kami.

Sebelum memulakan sesi temubual, kami terlebih dahulu meminta kedua-

dua guru memperkenalkan latar belakang mereka. Hal ini bagi memupuk sikap

kemesraan sewaktu sesi temubual berlangsung. Kemudian baharulah kami

mengemukakan beberapa soalan berkaitan ciri-ciri serta tugas yang dipikul

seorang guru cemerlang agar kami memperoleh pelbagai ilmu yang bermanfaat

untuk digunakan pada masa hadapan. Menurut kedua-dua guru, setiap guru

yang baik dan berkualiti itu akan selalu memikirkan cara, kaedah atau teknik

yang dapat membantu murid-muridnya memahami atau menguasai pengajaran

yang di ajarnya.

Selain itu, mereka juga telah berkongsi beberapa kriteria-kriteria untuk

menjadi guru cemerlang. Berdasarkan pengalaman, nama mereka telah

Page 3: Laporan BIG

dicadangkan oleh Guru Besar dan mereka perlu menghasilkan sesuatu inovasi

dalam p&p. Setelah membuat permohonan dan melalui beberapa tapisan oleh

pihak atasan, mereka telah ditemubual dan akhirnya terpilih menjadi guru

cemerlang. Kedua-dua telah dilantik menjadi guru cemerlang sejak 2 tahun yang

lalu iaitu pada tahun 2012. Mereka telah ,menghasilkan inovasi dalam p&p

berkaitan dengan bidangnya iaitu sebagai guru Matematik. Sebagai contoh,

penukaran tajuk perpuluhan kepada pecahan. Mereka telah menggunakan

bahan-bahan yang senang didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk

menghasilkan inovasi tersebut. Terserah kepada individu untuk

mengkreatifkannya. Disamping itu, mereka juga menekankan sebelum dipilih

oleh Guru Besar atau kerelaan diri sendiri untuk menjadi guru cemerlang, setiap

guru perlu berada dalam bidang pengajarannya selama 5 tahun di sekolah.

Selain itu, mereka juga memberi penjelasan di mana, tiada perbezaan

yang ketara antara guru cemerlang dengan guru biasa. Namun begitu, sebagai

seorang guru cemerlang, seseorang guru perlu memberi sumbangan yang lebih

dan selalu mempertingkatkan usaha diri sendiri malahan perlu memberi

sumbangan kepada pihak sekolah. Misalnya, Pn. Ong Goek Lan telah

menguruskan Modul Lesson Study, menjadi fasilitator dalam program

peningkatan UPSR dan telah menyampaikan teknik menjawab soalan untuk

murid tahun 6 termasuk guru-guru di SJKC Chong Hwa 3.

Selain itu, Pn. Mok Chee Kwan juga telah berkongsi idea cara

mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran diri sendiri dalam pengajaran

dan pembelajaran. Beliau perlu menghadiri banyak kursus dan menerima

informasi yang terbaru. Selain itu, semasa menghadiri kursus, beliau bersama

guru-guru dari pelbagai sekolah akan berkongsi idea, cara mendidik murid-murid

dalam kelas, cara mengatasi murid bermasalah dan banyak lagi. Oleh yang

demikian, segala input yang diperolehi daripada kursus tersebut telah beliau

adaptasikan dalam kelasnya. Beliau sentiasa mempertingkatkan kemahiran dan

pengetahuan sendiri agar mampu menghadapi cabaran dan masalah dalam

kehidupan pengajarannya dan mampu menghasilkan satu proses pengajaran

Page 4: Laporan BIG

dan pembelajaran yang baik dan efisien kepada murid-murid SJKC Chong Hwa

3.

Beliau juga telah memberi garis panduan kepada kami sekiranya ingin

menjadi guru cemerlang dan menasihati kami selaku bakal guru. Beliau

menegaskan, kami perlu bersikap tabah, bertanggungjawab dan mampu

menyahut cabaran dalam bidang pendidikan ini. Bidang ini adalah suatu bidang

yang mulia dan kami perlu meneruskan usaha kami dan perlu memberikan

sumbangan kepada pihak sekolah, memberi bimbingan dan tanggungjawab

kepada murid agar dapat melaksanakan kewajipan dengan baik.

Pn. Ong Goek Lan tidak pernah membangga diri dengan gelaran yang

diperolehinya. Beliau juga berharap agar murid-murid di SJKC Chong Hwa 3

dapat menunjukkan sikap yang positif disamping mempunyai keinginan untuk

sentiasa ke hadapan. Tambahan lagi, beliau mengharapkan agar murid-murid

dapat mencapai target yang ditetapkan. Beliau selaku guru cemerlang

berkeinginan untuk melahirkan murid yang cemerlang dari segi pemikiran dan

sahsiah diri di samping tidak mengabaikan JERIS dalam diri murid-murid.

Page 5: Laporan BIG

Disediakan oleh,

____________

(TEE DENG WEI)

Pelajar practikum di SJKC Chong Hwa 3

Gambar bertemubual bersama dengan Pn. Ong Goek Lan & Pn. Mok Chee Kwan