laporan big

14
LAPORAN SEBELUM BIG Pada semester kali ini iaitu semester dua, kami telah diwajibkan menjalankan program BIG iaitu khidmat masyarakat. Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih SK Sayong untuk dijadikan tempat program BIG dilaksanakan. Kami telah bergabung dengan kelas H2 dalam menjalankan program BIG ini. Kami telah menghantar beberapa orang wakil untuk bertemu dan berbincang tentang akitiviti BIG ini. Pihak sekolah SK Sayong telah memberi maklum balas yang positif dengan niat suci kami iaitu mahu mengadakan program motivasi kepada murid-muridnya. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan kami di SK Sayong. Saya telah ditugaskan sebagai AJK peralatan bersama Syed Anwar. Sebagai AJK Peralatan, banyak perkara telah kami lakukan. Antaranya ialah kami telah meminta senarai barang- barang yang diperlukan daripada setiap kumpulan yang mengendalikan program motivasi ini. Contohnya, kami telah memintaa senarai barang-barang yang diperlukan daripada kumpulan yang menguruskan ice-breaking, ceramah motivasi, LDK 1, LDK 2, dan majlis penutupan. Kami juga telah membuat satu senarai semak bagi barang- barang yang diperlukan ini. Pelbagai barang diperlukan bagi menjayakan program motivasi ini. Antaranya ialah kertas mahjong, pen marker, kertas A4 putih dan berwarna, fail poket, pensel, kertas laminate, dan pendent. 1

Upload: muhdsyamil3

Post on 02-Dec-2015

2.629 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN SEBELUM BIG

 

Pada semester kali ini iaitu semester dua, kami telah diwajibkan menjalankan

program BIG iaitu khidmat masyarakat. Sebelum itu, seluruh ahli kelas telah

beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan

aktiviti di dalam program BIG ini.

Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah

pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah

perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih SK Sayong untuk dijadikan

tempat program BIG dilaksanakan.

Kami telah bergabung dengan kelas H2 dalam menjalankan program BIG ini.

Kami telah menghantar beberapa orang wakil untuk bertemu dan berbincang

tentang akitiviti BIG ini. Pihak sekolah SK Sayong telah memberi maklum balas yang

positif dengan niat suci kami iaitu mahu mengadakan program motivasi kepada

murid-muridnya. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan kami di SK

Sayong.

Saya telah ditugaskan sebagai AJK peralatan bersama Syed Anwar. Sebagai

AJK Peralatan, banyak perkara telah kami lakukan. Antaranya ialah kami telah

meminta senarai barang-barang yang diperlukan daripada setiap kumpulan yang

mengendalikan program motivasi ini. Contohnya, kami telah memintaa senarai

barang-barang yang diperlukan daripada kumpulan yang menguruskan ice-breaking,

ceramah motivasi, LDK 1, LDK 2, dan majlis penutupan.

Kami juga telah membuat satu senarai semak bagi barang-barang yang

diperlukan ini. Pelbagai barang diperlukan bagi menjayakan program motivasi ini.

Antaranya ialah kertas mahjong, pen marker, kertas A4 putih dan berwarna, fail

poket, pensel, kertas laminate, dan pendent.

 

1

LAPORAN SEMASA BIG

 

Semasa program BIG berlangsung, kami telah membahagikan beberapa

orang pelajar kelas kami untuk menjadi fasiltator. Kumpulan pertama iaitu murid

tahun enam di bawah kendalian lapan orang rakan-rakan saya. Meraka ini menjadi

fasiltator kepada kumpulan tahun enam.

Bagi tahun lima dan empat pula, mereka ini di bawah kendalian rakan-rakan

saya yang lain  terdiri daripada sembilan orang. Aktiviti pertama bagi tahun enam

ialah sesi ‘ice breaking’ dan pembentukan kumpulan. Saya telah mengetuai aktiviti

pertama ini dan dibantu oleh rakan-rakan yang lain. Aktiviti seterusnya pula ialah

sesi ceramah yang diketuai oleh saya iaitu Mohammad Taufik B.Ramli dan dibantu

oleh Mohd Hisyamuddin b.Tolohah serta Azwan Hakim b.Abd Halim. Sesi ceramah

ini menekankan tips-tips untuk menghadapi UPSR.

Setelah selesai ceramah,murid-murid tahun enam meneruskan aktiviti ketiga

pula iaitu LDK. Aktiviti ini diketuai oleh Syed Anwar b,Syed Mahamud. Aktiviti ini

mengambil masa selama satu jam iaitu bermain permainan bola beracun. Bagi

aktiviti kumpulan murid tahun empat dan lima pula, mereka dikendalikan oleh

beberapa orang fasilitator yang diketuai oleh Ekhwannul b,Tajuddin. Aktiviti mereka

ini lebih berfokus kepada penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sahsiah.

 

LAPORAN SELEPAS BIG

 

Setelah selesai semua aktiviti, semua murid dan guru SK Sayong yang

terlibat berkumpul di dalam dewan. Hal ini kerana kami mengadakan majlis

penutupan dan penyampaian hadiah dan saguhati daripada pelatih IPG Ipoh unit H3

dan H2 kepada murid-murid dan pentadbiran sekolah. Majlis tamat dengan ucapan

daripada guru Besar SK Sayong dan semua tetamu dijemput menikmati sedikit

juadah. Majlis bersurai.

 

2

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU,

(KHIDMAT MASYARAKAT) DI SK SAYONG, KUALA KANGSAR,

KUMPULAN PISMP H3 AMBILAN JANUARI 2010,

8 OGOS 2010.

 

          Pada semester ini iaitu 7 Ogos 2010, kelas H3 telah mengadakan serta

menjalankan satu program Bina Insan Guru di SK Sayong. Program ini dijalankan

selama tujuh jam iaitu kami semua harus membuat program Khidmat masyarakat di

sesuatu tempat. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi. Program ini dibahagikan

kepada dua bahagian iaitu murid tahun enam serta murid tahun empat dan lima.

Oleh itu, kami telah membahagikan tugas-tugas itu sebelum kami bertolak. Tugas-

tugas yang kami jalankan adalah seperti  Ice Breaking, ceramah, LDK  dan

muhasabah. Aktiviti yang dijalankan untuk tahun empat dan lima pula seperti

permainan kecil dan penerapan sahsiah dan nilai-nilai murni dalam diri.

Saya telah ditugaskan sebagai AJK peralatan bersama Syed Anwar. Sebagai

AJK Peralatan, banyak perkara telah kami lakukan. Antaranya ialah kami telah

meminta senarai barang-barang yang diperlukan daripada setiap kumpulan yang

mengendalikan program motivasi ini. Contohnya, kami telah memintaa senarai

barang-barang yang diperlukan daripada kumpulan yang menguruskan ice-breaking,

ceramah motivasi, LDK 1, LDK 2, dan majlis penutupan.

Kami juga telah membuat satu senarai semak bagi barang-barang yang

diperlukan ini. Pelbagai barang diperlukan bagi menjayakan program motivasi ini.

Antaranya ialah kertas mahjong, pen marker, kertas A4 putih dan berwarna, fail

poket, pensel, kertas laminate, dan pendent.

Semasa program BIG berlangsung, kami telah membahagikan kepada

beberapa orang kelas kami untuk menjadi fasiltator.Kumpulan pertama iaitu murid

tahun enam di bawah kendalian lapan orang rakan-rakan saya dan meraka ini

menjadi fasiltator kepada kumpulan tahun enam. Bagi tahun lima dan empat pula,

mereka ini di bawah kendalian rakan-rakan saya yang lain seramai sembilan orang.

Aktiviti pertama bagi tahun enam ialah sesi ‘ice breaking’ dan pembentukan

3

kumpulan dan diketuai oleh Muhammad Syamil bin Asanai dan dibantu oleh rakan-

rakan yang lain. Aktiviti seterusnya pula ialah sesi ceramah yang diketuai oleh

Mohammad Taufik bin Ramli dan dibantu oleh Mohd Hisyamuddin bin Tolohah serta

Azwan Hakim bin Abd Halim. Sesi ceramah ini menekankan tips-tips kepada pelajar

untuk menghadapi UPSR.

Setelah selesai ceramah, murid-murid tahun enam itu meneruskan aktiviti

ketiga pula iaitu LDK. Aktiviti ini telah diketuai oleh Syed Anwar bin Syed Mahamud.

Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang satu jam dengan bermain permainan bola

beracun iaitu sesiapa orang terakhir memegang bola akan diminta menjawab

pelbagai soalan. Bagi aktiviti kumpulan murid tahun empat dan lima pula, mereka

dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator yang diketuai oleh Ekhwannul bin

Tajuddin. Aktiviti mereka ini lebih berfokus kepada nilai-nilai murni dan

pembentukkan sahsiah yang cemerlang.

 

Setelah aktiviti yang dirancang itu tamat,kami semua telah berkumpul di

dalam dewan untuk acara majlis penutupan,Majlis ini telah menggabungkan murid

tahun enam dan murid tahun empat dan lima.Suasana sungguh meriah apabila

murid-murid yang menyertai progra ini mendapat sedikit sumbangan daripada pihak

kami.Kami berasa sungguh bertuah kerana dapat  sama-sama merasai pengalaman

begini dimana banyak perkara yang dapat kami pelajari  untuk mengadakan

sesebuah program.

Justeru itu, program yang telah kami jalankan di SK  Sayong boleh  dikatakan

berjaya kerana kesemua aktiviti yang dijalankan mendapat maklum balas yang

positif.Sebagai contoh, apabila sesi ceramah dijalankan,keseluruhan murid tidak

nampak mengantuk dan bosan. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Hal ini

jelas menunjukkan aktiviti ini berjaya.Di samping itu, program begini merupakan

program yang pertama pihak H3 lakukan.Oleh sebab itu, kami daripada H3

mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam

menjayakan program ini.

 

4

REFLEKSI KENDIRI

 

            Bersyukur kepada Allah s.wt yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu

kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib

yang mesti dilalui semasa kursus perguruan ini iaitu menjalani program Bina Insan

Guru (BIG) Pada 8 Ogos 2010, pelatih dari unit H3 PISMP Pengajian Melayu

ambilan Januari 2010 telah mengadakan Program Motivasi untuk murid darjah 6 di

SK Sayong di Kuala Kangsar. Program ini berlangsung dari pukul 8 pagi dan

berakhir pada pukul 4 petang. Saya telah dilantik untuk menjadi AJK alatan untuk

program motivasi ini.

Pada 22 Julai 2010 saya telah berjumpa dan berbincang dengan ketua

tentang tugas-tugas yang perlu saya laksanakan sebelum, semasa dan selepas

program itu berlangsung. Selepas berbincang, saya telah mencari beberapa orang

rakan saya untuk membantu saya menguruskan alatan yang diperlukan untuk

program ini.

Pada 28 Julai 2010, saya dan beberapa orang rakan telah datang ke SK

Sayong untuk berbincang tentang perjalanan program itu bersama pihak pentadbir

dan guru-guru sekolah tersebut. Selepas berbincang bersama dengan guru besar,

saya telah mengetahui bagaimana untuk menguruskan perjalanan dan alatan yang

diperlukan dalam program motivasi tersebut.

Semasa program motivasi itu berlangsung, saya telah berjumpa dengan Guru

Besar SK Sayong iaitu, En. Abdul Rahaman B Mohamed Shah untuk mengingatkan

beliau untuk merasmikan majlis penutupan program motivasi tersebut. Selepas guru

besar merasmikan majlis penutupan program tersebut pihak sekolah telah memberi

cenderamata berupa labu sayong kepada pihak institut. Pihak institut juga tidak lupa

untuk memberi sedikit cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada pihak

sekolah kerana sudi menerima kunjungan dari kami untuk menjalakan program Bina

Insan Guru (BIG) ini.

5

Akhir sekali, semua aktiviti yang telah dirancang dalam program bina insan

guru sememangnya menepati apa yang diperlukan oleh bakal-bakal guru untuk

menjadi seorang guru yang berjaya dari sudut sahsiah, akhlak dan juga  pemikiran

yang murni. Banyak manfaat yang saya perolehi semasa menjalankan program ini.

Diharapkan hasil yang akan terbentuk daripada program ini benar-benar berkualiti

dan mencapai tahap yang dikehendaki. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima

kasih kepada pensyarah pembimbing saya Tn Hj Mokhtar B Rais di atas komitmen

yang dicurahkan dalam membantu saya menjalani program bina insan guru ini dan

juga kepada semua pihak yang terlibat.

6

7

8

9

10

11

12

13