laporan big

15
LAPORAN PERKHEMAHAN 1 PROGRAM BINA INSAN GURU NAMA PELAJAR : HERNANEY BINTI ANSOM AMBILAN : JUN 2011 SEMESTER : 3 OPSYEN : TESL 1 PERINGKAT : I PERKHEMAHAN TARIKH : 25 27 JULAI 2011 TEMPAT : TELUK GOREK CAMP SITE, MERSING KUMPULAN : 3 KEHADIRAN : 62 A) LAPORAN PERKHEMAHAN 1.1 HARI PERTAMA Tarikh : 25 Julai 2011 Tempat : Teluk Gorek Camp Site, Mersing. Aktiviti 1 : Taklimat, penyediaan tapak dan mendirikan khemah Masa : 2.00 4.00 petang Peserta Program BIG yang terdiri dari pelajar opsyen TESL, Sains dan Pemulihan telah bertolak dari Institut Perguruan Kampus Tun Hussien Onn Batu Pahat ke Teluk Gorek Camp Site, Mersing dan sampai pada jam 2.00 petang. Peserta diberikan taklimat oleh En. Mohd Razali Bin Hashim tentang peraturan dan aktiviti sepanjang program BIG. Para peserta juga telah melantik Penghulu serta Penolong Penghulu untuk memudahkan pengurusan pelaksanaan aktiviti di sepanjang perkhemahan ini. Kami diagihkan kepada beberapa kumpulan dan kami melantik ketua dan penolong untuk kumpulan masing-masing.

Upload: muhammad-saiyidi

Post on 10-Aug-2015

107 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Laporan BIG

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Big

LAPORAN PERKHEMAHAN 1

PROGRAM BINA INSAN GURU

NAMA PELAJAR : HERNANEY BINTI ANSOM

AMBILAN : JUN 2011

SEMESTER : 3

OPSYEN : TESL 1

PERINGKAT : I – PERKHEMAHAN

TARIKH : 25 – 27 JULAI 2011

TEMPAT : TELUK GOREK CAMP SITE, MERSING

KUMPULAN : 3

KEHADIRAN : 62

A) LAPORAN PERKHEMAHAN

1.1 HARI PERTAMA

Tarikh : 25 Julai 2011

Tempat : Teluk Gorek Camp Site, Mersing.

Aktiviti 1 : Taklimat, penyediaan tapak dan mendirikan khemah

Masa : 2.00 – 4.00 petang

Peserta Program BIG yang terdiri dari pelajar opsyen TESL, Sains dan Pemulihan telah

bertolak dari Institut Perguruan Kampus Tun Hussien Onn Batu Pahat ke Teluk Gorek

Camp Site, Mersing dan sampai pada jam 2.00 petang. Peserta diberikan taklimat oleh

En. Mohd Razali Bin Hashim tentang peraturan dan aktiviti sepanjang program BIG.

Para peserta juga telah melantik Penghulu serta Penolong Penghulu untuk

memudahkan pengurusan pelaksanaan aktiviti di sepanjang perkhemahan ini. Kami

diagihkan kepada beberapa kumpulan dan kami melantik ketua dan penolong untuk

kumpulan masing-masing.

Page 2: Laporan Big

Selesai sahaja taklimat, aktiviti penyediaan tapak dan mendirikan khemah berjalan.

Peserta mencari tapak yang sesuai dan kemudiannya mendirikan khemah mengikut

kumpulan yang telah ditetapkan dibantu oleh para fasilitator.

Aktiviti 2 : Asas Bantu Mula

Masa : 4.00 – 5.00 petang

Aktiviti asas bantu mula ini merupakan sesi untuk para peserta dilatih cara-cara

memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke hospital atau mendapat

rawatan yang sebenar daripada doktor yang bertauliah.

Aktiviti yang dikendalikan oleh jurulatih berjalan dengan lancar dan mudah difahami

dan dapat dijadikan panduan semasa sesi amali. Semua peserta berasa seronok dan

amat berpuas hati dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh jurulatih. Peserta juga

berpeluang mempraktikkan sendiri cara-cara pertolongan cemas yang diajar secara

berpasangan kerana para peserta akan diuji semasa aktiviti berakit dijalankan dan

markah kumpulan akan diambil semasa ujian tersebut.

Aktiviti mendirikan khemah.

Page 3: Laporan Big

Aktiviti 3 : Water Confidence

Masa : 5.00 – 6.30 petang

Aktiviti ini membantu memberi keyakinan kepada seseorang itu ketika berada di dalam

air. Aktiviti ini agak mencabar. Para peserta diajar bagaimana cara-cara mengapungkan

diri apabila menghadapi kecemasan semasa di air. Para peserta juga diajar cara-cara

berenang. Aktiviti ini dijalankan sebelum para peserta berakit pada keesokan harinya,

dan boleh dikatakan juga sebagai satu persediaan awal sebelum berakit.

Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diajar oleh

seorang jurulatih. Semasa sesi latihan tersebut para peserta diwajibkan memakai jaket

keselamatan bagi memastikan keselamatan dan para peserta lebih tenang serta yakin.

Jurulatih kumpulan saya iaitu En. Abdul Rouf telah membahagikan kami kepada dua

kumpulan kecil dan mengadakan pertandingan berenang. Ini banyak membantu

meningkatkan keyakinan kami semasa berada di dalam air dan membolehkan kami

mempraktikkan ilmu yang telah diajar oleh jurulatih. Para jurulatih telah mengendalikan

aktiviti ini dengan baik dan dapat memberikan ilmu yang baru kepada para peserta.

Para peserta sedang mengapungkan diri. Peserta diajar berenang.

Page 4: Laporan Big

Aktiviti 4 : Pengurusan diri, Tazkirah dan Moral 1

Masa : 6.30 petang – 8.00 malam

Aktiviti yang ditetapkan pada waktu ini memberi peluang kepada setiap peserta untuk

melatih diri untuk mematuhi masa. Kami diberi waktu selama satu jam untuk

mempersiapkan diri sebelum menunaikan solat maghrib dan makan malam. Selepas

menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, peserta yang beragama Islam

mendengar tazkirah yang disampaikan oleh salah seorang daripada peserta kem.

Para jemaah lelaki dan wanita diminta untuk menghantar seorang wakil mengikut

kumpulan masing-masing untuk memberi tazkirah secara bergilir-gilir setiap kali selepas

solat subuh dan maghrib. Sesi pengurusan diri dan tazkirah ini membantu para peserta

membentuk jati diri yang baik serta memberi peluang kepada setiap peserta untuk lebih

berani menonjol ke hadapan dalam menyampaikan setiap ilmu yang mereka miliki.

Aktiviti 5 : LDK 1 (Ice-Breaking)

Masa : 8.00 – 9.30 malam

Aktiviti ini merupakan aktiviti yang penting kerana ia membantu kami para peserta untuk

saling kenal mengenali antara satu sama lain. Para peserta duduk dalam satu bulatan

besar dan memperkenalkan diri secara bergilir-gilir. Peserta lain juga diberi peluang

untuk bertanya sekiranya ingin mengetahui tentang sesuatu maklumat tentang peserta

yang sedang memperkenalkan diri.

Aktiviti ini membolehkan para peserta untuk mengetahui dan mengenali peserta lain. Ia

juga satu cara untuk membuang rasa malu peserta terutamanya bila berkumpul

bersama orang yang baru dikenali. Selain itu, ia membantu para peserta untuk lebih

terbuka untuk dikenali dan mengenali rakan peserta yang lain.

Page 5: Laporan Big

Aktiviti 6 : LDK 2

Masa : 9.30 – 11.00 malam

Dalam aktiviti ini para peserta diarahkan untuk memberikan cara-cara positif untuk

menangani atau mengurangkan stress atau tekanan terhadap guru yang semakin

meruncing.

Kami berkumpul mengikut kumpulan yang telah diberikan dan berbincang serta

menjana idea. Setiap kumpulan kemudiannya membentangkan hasil perbincangan di

hadapan peserta-peserta yang lain.

1.2 HARI KEDUA

Tarikh : 26 Julai 2011

Aktiviti 1 : Solat Subuh, Tazkirah dan Moral 2

Masa : 6.30 – 7.00 pagi

Selepas menunaikan solat Subuh secara berjemaah, peserta yang beragama Islam

mendengar tazkirah kedua yang disampaikan oleh seorang wakil peserta lelaki. Tajuk

yang beliau sampaikan agak menarik iaitu tentang keperibadian muslim. Beliau

membawa contoh-contoh akhlak rasulullah dan para sahabat sebagai panduan. Beliau

juga banyak membawakan hadis yang berkaitan dengan cerita. Berdasarkan cerita

yang mantap tazkirah tersebut menjadi menarik dan telah membuka minda para

peserta.

Page 6: Laporan Big

Aktiviti 2 : Malaysia Cergas

Masa : 7.00 – 7.30 pagi

Kami akan mengadakan aktiviti senaman pagi pada setiap jam 7.00 pagi setiap hari.

Kumpulan yang telah dipilih oleh fasilitator akan mengetuai senaman ini. Senaman

pagi ini dapat menyihatkan badan dan mencergaskan minda, secara tidak langsung

membolehkan peserta mempelajari senaman yang kreatif dan menyeronokkan. Aktiviti

ini juga dapat membantu kami supaya lebih cergas untuk menghadapi cabaran aktiviti

seterusnya yang telah dirancang.

Aktiviti 3 : Kembara

Masa : 8.00 – 11.00 pagi

Aktiviti kembara ini diketuai oleh En. Mohd Razali Bin Hashim sebagai ketua fasilitator.

Para peserta dibawa berjalan memasuki hutan berhampiran dengan tapak kem. Kami

berjalan menaiki bukit dan juga menyusuri batu-batu besar di tepi laut untuk kembali ke

tapak kem. Kami juga perlu melalui satu titi yang diperbuat dari batang kayu merentangi

anak sungai. Kami para peserta terpaksa melalui titi tersebut seorang demi seorang

dengan sangat berhati-hati kerana batang kayu itu licin dan tiada tempat untuk

berpegang.

Fasilitator sentiasa membantu dan menjaga keselamatan para peserta di sepanjang

kembara ini. Perjalanan yang kami lalui sepanjang aktiviti ini terasa sangat jauh dan

menguji daya ketahanan kami supaya meneruskan perjalanan sehingga sampai dengan

selamat ke tapak perkhemahan. Walaubagaimanapun, kami dapat menikmati

pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan dan secara tidak langsung mengajar

para peserta untuk lebih menghargai alam semulajadi.

Page 7: Laporan Big

Aktiviti 4 : Membina rakit

Masa : 2.00 – 3.30 petang

Para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan besar. Setiap kumpulan perlu mengambil

peralatan yang telah ditetapkan dan membina rakit untuk aktiviti berakit. Oleh kerana

setiap rakit yang dibina akan digunakan secara bergilir oleh dua buah kumpulan, kami

perlu memastikan binaan rakit itu kukuh dan mampu bergerak di atas air.

Setiap ahli kumpulan melibatkan diri dalam proses merekabentuk dan pembuatan rakit.

Semua ahli kumpulan saya bekerjasama dengan baik. Para peserta juga merasa

seronok dan teruja kerana rata-rata ini merupakan pengalaman pertama kami untuk

membina rakit. Fasilitator juga membantu memberikan idea dan memberikan gambaran

bagaimana rakit boleh terapung dan bergerak laju di atas air.

Setelah rakit tersebut siap, kami mencuba pula untuk menyusun bagaimana kedudukan

setiap ahli kumpulan di atas rakit tersebut semasa pertandingan berakit antara

kumpulan nanti. Aktiviti ini meningkatkan lagi kerjasama di kalangan peserta dan

menjana idea peserta supaya lebih kreatif dan inovatif.

Menjana idea untuk mereka bentuk rakit. Rakit yang telah siap dibina.

Menyusun strategi untuk aktiviti berakit.

Page 8: Laporan Big

Aktiviti 5 : Aktiviti berakit

Masa : 4.30 – 6.00 petang

Setelah selesai aktiviti membina rakit, kami dikumpulkan dan diberi taklimat untuk

aktiviti berakit. Masing - masing teruja untuk menaiki rakit yang dihasilkan. Namun

aktiviti terpaksa ditangguhkan sebenar kerana hari hujan. Setelah hujan teduh, semua

peserta bersedia untuk turun ke laut. Oleh kerana sebuah rakit dibina oleh dua

kumpulan, kami diarahkan untuk menaikinya secara bergilir-gilir. Kumpulan kami

terlebih dahulu menaiki rakit tersebut. Berakit di laut ini bukan semudah yang

disangkakan.Kami terpaksa melawan ombak yang memukul rakit yang kami kendalikan.

Di sinilah dapat menguji kekuatan binaan rakit yang kami hasilkan. Kami juga kena bijak

mengatur kedudukan penumpang agar perjalanan rakit menjadi stabil. Alhamdulillah

kami dapat sampai ke destinasi dengan selamat walaupun tong yang kami pasang di

bahagian hadapan rakit telah terlepas dari ikatan. Kumpulan kami telah memenangi

pusingan pertama pertandingan.

Walaubagaimanapun, apabila kumpulan kedua menggunakan rakit tersebut, mereka

tidak dapat meneruskan aktiviti kerana rakit tidak dapat bergerak kerana terlebih

muatan. Namun, kami amat seronok dan berpuas hati dalam aktiviti ini.

Pertandingan asas bantu mula juga telah dijalankan semasa aktiviti berakit ini

berlangsung. Kumpulan yang menunggu di darat perlu membuat ikatan pertolongan

cemas yang telah dipelajari dan menunjukkannya kepada fasilitator untuk dinilai.

Page 9: Laporan Big

Aktiviti 6 : Malam Kebudayaan

Masa : 9.00 malam

Aktiviti ini mewajibkan setiap kumpulan membuat satu persembahan. Tema

persembahan adalah bebas. Semua kumpulan berjaya membuat persembahan yang

menyeronokkan. Kumpulan kami membuat persembahan lakonan dan diakhiri dengan

nyanyian secara beramai-ramai. Untuk persembahan lakonan itu, ahli kumpulan kami

telah menggunakan pelbagai peralatan untuk dijadikan props seperti jaket keselamatan

kami buat menjadi sayap rama-rama, senduk dijadikan jaring untuk menangkap rama-

rama dan macam-macam lagi.

Melalui aktiviti ini, daya kreativiti para peserta dapat diperkembangkan lagi dan ini

sangat membantu kami sebagai guru supaya lebih kreatif dan inovatif serta mampu

membuat improvisasi. Para peserta juga dapat mengetahui cara-cara untuk

mengendalikan persembahan kebudayaan di sekolah agar kita menjadi guru yang

kreatif, aktif dan disenangi. Selain daripada berseronok Setiap perkara yang kita

lakukan perlulah mempunyai sebab dan mesej tertentu.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang

bagi aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan seperti asas bantu mula terbaik, persembahan

kebudayaan terbaik dan rakit terbaik.

1.3 HARI KETIGA

Tarikh : 27 Julai 2011

Aktiviti 1 : Tazkirah Subuh

Masa : 6.00 pagi

Aktiviti kerohanian kali ini melibatkan tazkirah bertajuk “ Bertakwa dan Amanah” yang

disampaikan oleh seorang lagi wakil peserta. Seorang guru itu mestilah mempunyai

Page 10: Laporan Big

sifat amanah dan bertakwa. Apabila guru berjaya melaksanakan pendidikan akhlak

pada peringkat awal, maka akan lahirlah pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua

aspek iaitu akademik dan sahsiah .

Tugas guru adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran dapat

dilaksanakan mengikut landasan yang ditetapkan. Inilah etika guru yang diharapkan.

Sekali lagi, tugas ini hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya guru merealisasikan

amanah ibadah dan pembangunan insan dalam menjalankan tugas pengajaran dan

pembelajaran.

Aktiviti 2 : Malaysia Cergas

Masa : 7.00 pagi

Para peserta membuat senaman pagi diketuai oleh beberapa orang peserta dari

kumpulan yang bertugas. Kemudian, fasilitator membawa kami berlari di sepanjang

pantai dan kembali semula ke tapak kem. Bagi yang tidak mampu berlari, para peserta

ini tetap berjalan kaki mengikut laluan yang sama sehingga sampai semula ke tapak

kem. Ini untuk menyahut seruan kempen berjalan seribu langkah setiap hari. Aktiviti ini

dapat menyihatkan badan semua peserta dan dapat memupuk semangat untuk

bersukan dan bersenam demi kesihatan dan kecergasan diri.

Aktiviti 3 : Majlis Perasmian Penutupan Program BIG Siri 3

Masa : 11.00 pagi

Majlis Perasmian Dan Penutupan Program BIG ini telah disempurnakan oleh Encik

Rousliluddin Bin Ambia, wakil rasmi pengarah IPG Kampus Tun Hussien Onn. Beliau

menyatakan program BIG ini banyak memberi manfaat dan kepentingan kepada semua

guru. Segala perkara yang dipelajari dan didapati dalam program ini akan dapat

diaplikasikan dalam kehidupan guru apabila pulang ke sekolah masing-masing.

Page 11: Laporan Big

Sewajarnyalah pengalaman yang ditempuhi di Teluk Gorek Camp Site ini selama 3 hari

2 malam tidak sia-sia. Cabaran, dugaaan, pengalaman, keseronokkan yang diterima

dirasakan amat berbalaoi walapun pada hari terakhir keletihan, kepenatan dan

kelesuan terpancar diwajah-wajah peserta program BIG ini.

MASALAH (Jika ada)

Khemah yang didirikan sering diganggu oleh moyet-monyet liar yang hidup di kawasan

berhampiran tapak perkhemahan. Ada di kalangan peserta yang kehilangan pelbagai

barangan kerana dilarikan oleh monyet-monyet tersebut.

(A)Analisis SWOT

(i) KEKUATAN

1. Perjalanan program lancar serta meriah dan mengikut masa yang dirancang.

2. Para peserta memberi kerjasama dan komited terhadap tugas yang

diamanahkan seperti bahagian masakan, pengurusan sumber dan lain-lain.

3. Kerjasama yang padu di kalangan semua peserta perkhemahan.

4. Semua peserta terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman mengendalikan

program perkhemahan di peringkat sekolah.

5. Kawasan tapak perkhemahan yang sesuai dan menarik.

(ii) KELEMAHAN

1. Jaket keselamatan yang kebanyakannya sudah rosak dan kurang selamat untuk

digunakan.

Page 12: Laporan Big

(iii) PELUANG

1. Mendapat sokongan penuh dari pihak IPG dan BPG.

(iv) ANCAMAN

1. Cuaca hujan di hari perkhemahan.

B) REFLEKSI KENDIRI:

(i) MANFAAT PROGRAM BIG

Program Bina Insan Guru ini sememangnya memberi banyak manfaat kepada

saya terutama dalam aspek keguruan. Antaranya ialah;

a. Meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi pelbagai cabaran

terutama sekali dalam profesion keguruan di mana dalam era modenisasi

sekarang ini, guru perlu mempunyai kejituan peribadi yang utuh untuk

menempuh pelbagai cabaran dalam mendidik generasi muda. Selepas

program ini, saya lebih yakin dan berfikiran lebih positif untuk

melaksanakan apa sahaja tugasan yang diberikan sama ada di dalam

atau luar bidang kerja saya sebagai seorang guru.

b. Memberi pengalaman kepada peserta program tentang pengurusan

sesuatu program dalam aspek pengurusan, keselamatan, belanjawan dan

lain-lain agar dapat mengaplikasikannya di sekolah. Saya dapat

mempelajari lebih banyak tentang kesemua aspek ini dan dapat

memanfaatkan ilmu-ilmu tersebut dalam menjalankan tugas saya sebagai

seorang guru dengan lebih cemerlang.

Page 13: Laporan Big

c. Melahirkan semangat setiakawan yang tinggi menerusi aktiviti-aktiviti yang

telah dirancang seperti aktiviti membina rakit, aktiviti berakit,

persembahan kebudayaan dan penyediaan makanan. Saya dapat

merasai semangat saling membantu dan kekitaan yang sangat jitu di

kalangan peserta. Ia merupakan satu faktor yang membantu saya

mengharungi segala cabaran di sepanjang program ini dan merasa

seronok menjalani aktiviti yang dirancang.

d. Memberi peluang kepada para peserta mendapat pengalaman yang baru

dengan bekerjasama dengan rakan-rakan yang baru dikenali dalam

persekitaran yang baru serta mampu menyesuaikan diri dalam apa juga

persekitaran dan situasi yang dihadapi. Dalam semua aktiviti yang

dijalankan, saya berpeluang untuk bekerjasama dengan peserta-peserta

lain yang saya tidak kenali sebelum ini dan kami juga perlu menyesuaikan

diri dengan suasana dan persekitaran yang baru seperti tidur dalam

khemah, berjaga malam, bergotong royong menyiapkan makanan dan

lain-lain lagi.

e. Mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim antara peserta. Melalui

program ini,hubungan saya dengan para peserta yang lain lebih erat dan

mesra terutamanya dengan rakan sekelas dan keakraban ini tetap

berterusan walaupun program telah berakhir.

Page 14: Laporan Big

(ii) PENAMBAHBAIKAN

a) Penggunaan jaket keselamatan yang lebih baik dan menjamin

keselamatan peserta.

Tandatangan Pelapor:

……………………………….

( HERNANEY BINTI ANSOM )

Disahkan oleh penilai

………………………………………

( )