kuliah 2 - perancangan pengajaran rph - copy

Upload: razy-spnc

Post on 16-Jul-2015

157 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENSYARAH HJH DALILAH MOHD RUBI JABATAN KELUARGA DAN SAINS KONSUMER FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL UPSI

`

Matlamat dan Objektif PengajaranMatlamat pengajaran sesuatu subjekx Objektif spesifik berdasarkan Taksonomi Bloom: domain kognitif: 6 aras;i. ii. iii. iv. v. pemikiran analitikal, kreatif dan evaluatif; pemikiran saintifik; pemikiran induktif Pemikiran deduktif

x Objektif domain afektif x Objektif domain psikomotor`

Objektif hasil pembelajaranx Pernyataan objektif pengajaran dan pembelajaranx A. secara Implisit x B. secara eksplisit

`

Definisi Rancangan Pengajaran RP - Rangka kerja aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan.

`

`

`

Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Oleh itu, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif.

`

Sesuatu persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: 1. Mengenai murid dan perkara yang akan diajar; 2. Catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti gurumurid dalam sesuatu proses pengajaran-pembelajaran.

Guru dikehendaki merancang pengajaran lebih awal, selaras dengan Sukatan Pelajaran. Rancangan pengajaran yang terlibat merangkumi rancangan kerja kerja mingguan dan rancangan kerja harian. Kesemua rancangan pengajaran tersebut hendaklah ditulis dalam Buku Persediaan Mengajar mengikut format yang telah ditetapkan. Di samping menulis rancangan pengajaran, guru juga dikehendaki melengkapkan maklumat mengenai kelas yang diajar (iaitu, nama pelajar), soalan-soalan penilaian yang dibuat beserta dengan skema pemarkahan (lampirkan), markah penilaian, senarai nama buku teks dan buku rujukan yang digunakan, dan sebagainya.

Kepentingan persediaan mengajar tidak boleh dipertikaikan bagi setiap orang guru, terutamanya guru pelatih. Melalui (penulisan) persediaan yang terancang, guru akan dapat: i. Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar ke dalam bilik darjah / makmal / bengkel. ii. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran: Objektif, pengetahuan sedia ada yang berkaitan, peralatan / bahan bantu mengajar yang diperlukan, isi pelajaran, strategi dan kaedah penyampaian yang berkesan, aktiviti guru-murid, penilaian, penutup, tugasan pengukuhan, dan sebagainya. iii. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara / aspek yang perlu diajar (sebagaimana yang disarankan dalam Sukatan Pelajaran).

iv. v.

vi. vii.

viii.

Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu digunakan untuk mennyampaikan sesuatu isi pelajaran. Merancang serta menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki. Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem. Menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai dengan berkesan. Membuat pertimbangan yang sesuai bagaimanakah cara menggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran murid.

ix. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di mana setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu dengan lain, secara jelas. x. Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan murid semasa di luar bilik darjah. xi. Menilai secara objektif kemampuan mereka untuk merancang dan menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan (refleksi kendiri), seterusnya mengambil langkah positif ke arah mengatasi sebarang kelemahan.

`

Terdapat tiga jenis perancangan yang perlu dibuat oleh guru pelatih semasa mengikuti program latihan mengajar: 1. Rancangan Skim Kerja bagi tempoh latihan mengajar (12M) 2. Rancangan kerja mingguan, 3. Rancangan pengajaran harian. 4. Catatan harian 5. Jurnal Refleksi mingguan

Guru pelatih perlu menyediakan rancangan skim kerja untuk (6 atau12) minggu pengajaran, dalam tempoh latihan mengajar. Dalam ruangan rancangan skim kerja, guru pelatih perlu menulis nama mata pelajaran yang diajar, tajuk besar dan sub tajuk yang akan dilibatkan dalam tempoh latihan mengajar, dan menganggarkan bilangan minggu yang diperlukan (dengan menyatakan tarikh) bagi mengajar setiap tajuk. Rancangan skim kerja yang dibuat perlu mengambilkira semua cuti umum, aktiviti atau takwim sekolah, peperiksaan, dan lain-lain faktor yang terlibat dalam proses pengajaran-pembelajaran. Lampirkan bersama Sukatan Pelajaran bagi tajuk-tajuk yang terlibat dalam tempoh Latihan Mengajar tersebut.

RANCANGAN SKIM KERJA : 12 MINGGUMinggu Mata Pelajaran Tajuk / Sub tajuk Aktiviti P&P catatan

1 2 3 4 5 6 7 9 10 11 12

`

`

`

Rancangan skim kerja untuk tempoh latihan mengajar perlu diperincikan untuk pengajaran satu minggu. Semasa membuat perancangan kerja mingguan, guru pelatih perlu menyatakan segala peralatan untuk setiap pengajaran. Rancangan kerja mingguan hendaklah ditulis sebelum bermulanya sesuatu minggu pengajaran.

Berdasarkan rancangan kerja mingguan, guru perlu menyediakan rancangan kerja harian, yang juga dikenali sebagai Persediaan Mengajar @ RPH (Rancangan Pengajaran Harian) Rancangan kerja harian merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru, dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai, dalam proses penyampaian sesuatu unit pelajaran. Persediaan mengajar merupakan rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam satu atau dua waktu pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti guru murid yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang mudah dicerap.

Persediaan mengajar hendaklah dibuat berdasarkan Sukatan Pelajaran, dengan cara mengubahsuaikannya kepada unit pengajaran. Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu memikirkan perkara berikut: Apakah perkara yang perlu dipelajari murid? (Kemahiran, fakta, konsep, sikap, nilai, dan sebagainya; di mana melibatkan aspek kognitif, psikomotor dan afektif). Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid? (Merangkumi objektif pengajaran). Apakah urutan yang paling sesuai untuk tajuk dan tugasan yang dirancang? Apakah kaedah penyampaian yang paling sesuai digunakan supaya objektif pengajaran tercapai dengan mudah dan berkesan? Bagaimanakah cara terbaik untuk menilai pengajaran (guru) dan pembelajaran (murid)?

` ` `

Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran scr mendalam Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yg sesuai Merancang pengajaran:Set Induksi Perkembangan P&P Penutup Menentukan strategi P&P Menyediakan bahan P&P Refleksi pelajar Menyediakan penilaian

Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama: i. Objektif pengajaran (yang perlu dicapai murid); ii. Isi pelajaran (termasuk konsep, prinsip, fakta dan sebagainya); iii. Aktiviti guru-murid. Perkaitan antara: Objektif - Isi Pelajaran - Aktiviti, perlu dinyatakan dengan jelas. Dalam konteks ini, objektif diibaratkan sebagai suatu soalan (misalnya, apakah yang perlu dipelajari murid?), di mana jawapannya akan diberikan oleh isi pelajaran (misalnya, murid perlu mempelajari ......... ). Manakala, bahagian aktiviti (guru-murid) mencadangkan bagaimana atau apakah langkah / tindakan (kaedah) yang perlu diambil (atau digunakan) bagi menjawab persoalan yang dikemukakan.

Objektif Tingkahlaku a. Di akhir pengajaran, murid dapat mentakrifkan * konsep mol. (* : Persoalan )

Isi Pelajaran Mol adalah+ satu unit kuantiti yang mengandungi bilangan sebanyak 6.023x 1023 Misalnya, dalam 1 mol unsur Sodium (atau 23g), terdapat sebanyak 6.023 x 10 23 atom Sodium. (+ : Jawapan)

Aktiviti Guru-Murid Dengan menggunakan analogi ** berikut, guru mem-bincangkan konsep mol: 1 dozen = 12 benda 1 kodi = 20 benda 1 gross = 144 benda dan sebagainya. (** : Kaedah yang digunakan). Berpandukan analogi di atas, guru membincangkan konsep mol bagi unsur (atom dan molekul) dan sebatian (molekul dan ion).

Objektif Tingkahlaku b. Di akhir pengajaran, murid dapat membezakan* Sifat kimia asid dan alkali.

Isi Pelajaran Perbezaan sifat kimia asid dan alkali adalah+ ................ (Nyatakan fakta perbezaan sifat kimia antara asid dengan alkali; mungkin ditulis dalam bentuk jadual atau susunan tertentu).

Aktiviti Guru-Murid Murid melakukan eksperimen** berikut, secara stesyen, dalam beberapa kumpulan kecil: Melakukan tindakbalas antara asid dan alkali dengan bahan berikut:- Logam (serta bukan logam) - sebatian karbonat (serta bukan sebatian karbonat).

Dalam bahagian aktiviti guru-murid, guru perlu menilai pencapaian objektif pengajaran; sama ada secara tingkahlaku tanpa bahasa (misalnya, dengan melihat semasa murid melakukan eksperimen) atau melalui soal-jawab (lisan atau tulisan). Setelah guru yakin objektif tersebut dapat dicapai atau dikuasai murid, langkah berikutnya guru memikirkan isi pelajaran yang berkaitan dengan objektif kedua serta merancang aktiviti yang sesuai. Perlu diingat, prosedur eksperimen bukan merupakan isi pelajaran. Ia hanya akan menjadi isi pelajaran jika objektif yang perlu dicapai adalah murid boleh melakukan eksperimen mudah di dalam makmal untuk menyediakan sampel tulen suatu garam (yang dinamakan).

Mengikut format persediaan mengajar, guru perlu menulis dua jenis maklumat: i. Maklumat mengenai nama guru, murid dan perkara yang akan diajar Maklumat mengenai aktiviti guru-murid di dalam proses pengajaran - pembelajaran.

ii.

i.

Maklumat yang berkaitan dengan guru dan murid dan perkara yang akan diajar termasuk: a. b. c. d. e. f. g. h. Nama guru Nama mata pelajaran Tingkatan Kedatangan Tarikh Masa: Bermula .......... hingga ........... Tajuk (tajuk besar dan sub tajuk) Tempat. (Bilik darjah/bengkel/makmal)

Meskipun maklumat pertama kurang penting tetapi ia perlu dinyatakan dalam persediaan mengajar sebagai rekod untuk rujukan pada masa akan datang.

ii. Maklumat kedua yang perlu ditulis dalam persediaan mengajar merangkumi: a. Pengetahuan sedia ada b. Bahan bantu mengajar (BBM), c. Nilai d. Aspek Keselamatan e. Kaedah Pengajaran f. Kaedah Pembelajaran g. Teknik Mengajar h. Teknik Belajar i. Objektif Umum j. Objektif Hasil Pembelajaran

Langkah/ masa

Tajuk Sub tajuk Isi kandungan

Objektif hasil pemb.

Aktivivi P & P Guru Pelajar

Catatan Nilai BBM KBKK Teknik Nilai: Cth kerjasama

Set Induksi 5min

1. 2. 3. 4. 1. Jahitan Hiasan a. Tampal Hias b. Tampal Cantum - Ciri - fungsi - cara membuat

-

Aktiviti: 1. Guru ..

Aktiviti: - Pelajar .

Langkah 1 15min

1.menyatakan.. (C1)

1. Penerangan 2. Sumbangsaran 3.

1.

2.

Pelajar menden gar Soal jawab

Teknik: -Penerangan -Sumbangsaran -Pembentangan -Berpusatkan guru dan pelajar BBM -Bahan maujud -Carta -Power point -Video

Langkah 2 8min

-Langkah menyedia dan menjahit - Tampal Hias. -Tampal Cantum

3. Menerangkan cara menyedia.. (C@)

1.

2.

Penerangan berbantukan BBM.. Video

1. Bincang dan buat persembaha n..

Perlaksanaan pengajaran: a. Pengenalan, c. Isi pelajaran, e. Kemahiran, g. Catatan. i. Tugasan, k. Catatan guru.

b. Penyampaian: d. Kefahaman, f. Aktiviti guru / murid, dan h. Penutup pengajaran. j. Refleksi kendiri, dan

`

Ojektif pengajaran merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai atau dikuasai murid selepas sesuatu sesi pengajaran & pembelajaran. Objektif pengajaran merupakan komponen terpenting bagi sesuatu rancangan pengajaran, di mana merupakan asas pemilihan bahan dan peralatan pengajaran, pengetahuan asas berkaitan yang diperlukan (iaitu, pengetahuan sedia ada), isi pelajaran (pernyataan, fakta, konsep, prinsip, dan sebagainya); di samping mencadangkan aktiviti guru / murid yang sesuai dalam proses pengajaran & pembelajaran.

`

`

Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan kepada: i. Hasil yang akan diperolehi murid (iaitu, pemusatan kepada murid); ii. Prestasi atau tingkahlaku murid yang boleh dilihat atau diukur, selepas mengikuti sesuatu sesi pengajaran; iii. Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku; Di samping itu, objektif pengajaran hendaklah melibatkan: a. Perkara yang masih belum dikuasai oleh murid; b. Masa bilakah objektif tersebut hendak dicapai (misalnya,di akhir pengajaran); c. Kesinambungan dengan pengalaman pelajaran terdahulu; d. Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu yang dikehendaki, dinyatakan dengan jelas (misalnya, apakah kemahiran intelektual yang harus dilaksanakan).

`

`

Objektif yang dipilih hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut: a. mudah (untuk dicapai murid); b. sesuai (dari segi tahap pencapaian murid dan peruntukan masa); c. realistik (boleh atau mampu untuk dilaksanakan); d. jelas (dari segi maksud, dengan menggunakan laras bahasa yang betul); e. tepat (berkaitan dengan apa yang dikehendaki); serta f. disusun (mengikut urutan yang betul atau sesuai, daripada yang mudah kepada yang sukar).

Mengapa Hasil Pembelajaran Harus Ditentukan? Apakah Dia Hasil Pembelajaran? Bagaimanakah Hasil Pembelajaran Dalam Bidang Kognitif, Afektif dan psikomotor dinyatakan? Bagaimanakah mengenal pasti hasil pembelajaran dalam pelbagai dokumen kurikulum? Rumusan

`

`

Langkah pertama dalam pembelajaran ialah anda harus menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran atau tajuk. Penentuan hasil pembelajaran adalah penting kerana penentuannya dapat: a. Menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar b. Menolong anda memberi tumpuan dalam penguasaan hasil c. Membantu anda dalam merancang dan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran dan alat bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran itu d. Menolong anda dalam membina ujian formatif dan sumatif

Di negara maju, trend pendidikan sekarang adalah ke arah penguasaan hasil pembelajaran Pelajar harus juga tahu apa hasil pembelajaran yang mesti dikuasai supaya mereka boleh memberi tumpuan untuk belajar dan menguasai apa yang dikehendaki.

`

`

Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar. Contoh hasil pembelajaran ialah: Menamakan ibu kota bagi setiap negeri di Malaysia Mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat Menambah sebarang dua nombor tidak lebih daripada 1000 Membanding dan membezakan haiwan dan tumbuhan Memberi sebab-sebab mengapa kerajaan awal wujud di pesisiran pantai Menerangkan kepentingan kebersihan Melukis seekor kucing Mengetam sekeping papan Memukul bole hoki yang bergolek Membuang sampah ke dalam tong sampah

Perkaitan di antara hasil pembelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan dalam Rajah 2. Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hasil pembelajaran tetapi hanya merupakan cara untuk mencapai hasil pembelajaran. Isi kandungan, kaedah mengajar dan bahan pengajaran dalam proses pengajaran merupakan alat atau cara untuk mencapai hasil pembelajaran.

`

Tentukan anda boleh mengenal pasti dan membezakan hasil pembelajaran daripada isi kandungan, proses pengajaran dan proses pembelajaran.

Pernyataan a. Benda hidup boleh bergerak, makan, bernafas, merespons kepada stimuli b. Untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang sifat benda hidup c. Memperoleh pengetahuan tentang sifat benda hidup d. Memahami sifat benda hidup e. Menghuraikan sifat benda hidup

Jenis Isi kandungan

Proses pengajaran

Proses pembelajaran Hasil pembelajaran umum Hasil pembelajaran khusus

Pernyataan a. Benda hidup boleh bergerak, makan, bernafas, merespons kepada stimuli

Jenis Isi kandungan

Pernyataan 'a' hanya menyatakan isi kandungan dan tidak menyatakan sama ada pelajar harus menyenaraikan,mengenal pasti atau menghuraikan sifat benda hidup.

Pernyataan b. Untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang sifat benda hidup

Jenis Proses pengajaran

Pernyataan 'b' bermaksud guru dan bukan pelajar yang akan menambahkanpengetahuan mengenai sifat benda hidup dan pernyataan ini merupakan proses pengajaran

Pernyataan

Jenis

c. Memperoleh pengetahuan tentang sifat benda hidup

Proses pembelajaran

Pernyataan 'c' bermakna pelajar memperolehi pengetahuan dan pernyataan ini merupakan proses pembelajaran dan bukan hasil pembelajaran.

Pernyataan d. Memahami sifat benda hidup

Jenis Hasil pembelajaran umum

Pernyataan 'd' bermaksud pelajar dapat memahami dan pernyataan ini adalah hasil pembelajaran umum dan bukan khusus kerana "memahami sifat benda hidup" melibatkan pelbagai hasil pembelajaran khusus seperti: Menyatakan sifat benda hidup Mengenal pasti sifat benda hidup Menerangkan sifat benda hidup Memberi contoh benda hidup Membezakan benda hidup dan benda bukan hidup Mengkelaskan benda ke dalam kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup

Pernyataan e. Menghuraikan sifat benda hidup

Jenis Hasil pembelajaran khusus

Pernyataan 'e' bermakna pelajar menghuraikan dan pernyataan ini merupakan hasil pembelajaran khusus. Dalam pembelajaran masteri guru harus menentukan hasil pembelajaran khusus kerana mudah dinilai. Di sekolah menengah, guru boleh menyatakanhasil pembelajaran yang umum denganberfokuskan kepada beberapa hasil pembelajaran khusus.

Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam bentuk: a. Hasil Pembelajaran Umum b. Hasil Pembelajaran Khusus Domain: i. Kognitif ii. Afektif iii. Psikomotor iv. Sosial Aras: - Setiap domain mempunyai aras yang tertentu.

`

Bidang kognitif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan hasil intelek seperti pengetahuan, pemahaman dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

HASIL PEMBELAJA RAN TOPIK KOGNITIF

1. Knowledge 2. Comprehension 3. Application

4. Analysis 5. Synthesis 6. Evaluation PSIKOMOTOR 1. Perception 2. Set 3. Guided Response 4. Mechanism 5. Complex Overt Response 6. Adaptation 7. Origination AFEKTIF 1. Receiving 2. Responding 3. Valuing 4. Organizing 5. Internalizing SOSIAL 1. Komunikasi 2. Kerja Kumpulan 3. Pengurusan 4. Kepimpinan

`

Terbahagi kepada 6 peringkat:1. 2. 3. 4. 5. 6. Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian (C1) (C2) (C3) (C4) (C5) (C6)

i.

Pengetahuan (C1) - Kemahiran-kemahiran berfikir ini menyatakan kepada anda bahawa seseorang pelajar boleh mengimbas kembali atau mengenalpasti maklumat, konsep dan idea-idea dalam bentuk yang hampir serupa dengan ketika ia dipelajari. - Mengingat kembali sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur. - Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan perkataan kata kerja berikut (Gronlund N.E., 1970):

i.

Pengetahuan (C1) a. Mentakrif b. c. Mengenalpasti d. e. Menyenaraikan Memadankan g. Menamakan h. i. Menyatakan kembali j. k. Menghasilkan semula l. Memilih n. Mengisi tempat kosong o. Menentukan p. q. Mengingat kembali r. s. Memberitahu t.

Memerihal Melabel f. Melakarkan Menghafal m. Menyatakan

Mencari Mengeja Menggaris di bawah

ii.

Pemahaman (C2) - Kemahiran-kemahiran berfikir ini menyatakan kepada anda bahawa seseorang pelajar boleh memaham dan mentafsir sebelum pembelajaran. - Kebolehan menerangkan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dengan perkataan sendiri.

ii.

Pemahaman (C2) a. Mengubah b. Mentafsirkan c. Menjelaskan d. Merumuskan e. Mewajarkan f. Menerangkan g. Meramalkan h. Menterjemahkan i. Menganggarkan j. Menukar k. Membuat inferens l. Menghuraikan m. Menulis semula n. Mengubah karangan o. Mengembalikan kepada susunan asal. p. Menyatakan semula q. Menulis semula r. Mencerita semula dengan perkataan sendiri s. Meringkas t. Menyurih

iii. Aplikasi (C3) - Kemahiran-kemahiran berfikir ini menyatakan kepada anda bahawa seseorang pelajar boleh memindahkan maklumat terpilih kepada masalah kehidupan sebenar atau suatu tugasan baru dengan arahan yang paling minima. - Kebolehan menggunakan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dalam situasi yang baru

iii. Aplikasi (C3) a. Mengitlak b. Menghitung c. Menjana d. Menunjuk cara e. Memanipulasi f. Meneroka g. Meramal h. Mengubahsuai i. Menunjukkan j. Menyediakan k. Menghubungkait l. Menyelesaikan m. Menggunakan n. Membentuk o. Mempersembahkan p. Menentukan q. Melukis r. Mendapati s. Memberi contoh t. Menjelaskan u. Membuat v. Menjalankan w. Menyatakan sesuatu prinsip atau peraturan mengguna.

iv.

Analisis (C4) - Kemahiran-kemahiran berfikir ini menyatakan kepada anda bahawa seseorang pelajar boleh memeriksa, meneliti, mengambil bahagian, mengkelas, meramal dan mencapai kesimpulan.

- Kebolehan memecahkan konsep, kaedah, cara atau prosedur kepada bahagian- bahagian dan mengenal pasti perkaitan di antaranya.

iv.

Analisis (C4) a. Menganalisis b. c. Mengasingkan d. e. Membezakan f. g. Menjelaskan dengan gambarajah h. Menunjukkan perbezaan i. j. Melakarkan k. l. Menghubungkait m. n. Mengilustrasi o. p. Mengkategorikan q. r. Membahas s. t. Memeriksa dgn teliti u. v. Menyelidik w. x. Membuat kesimpulan y.

Memilih Membandingkan Menghuraikan Mendiskriminasi Mengenalpasti Membuat inferens Memisahkan Mengkelas Menolak Menentukan faktor-faktor. Memeriksa Menyatakan khusus.

v.

Sintesis (C5) - Kemahiran-kemahiran berfikir ini menyatakan kepada anda bahawa seseorang pelajar boleh mencipta, menggabung dan melengkapkan bahagian-bahagian pengetahuan terdahulu menjadi suatu hasil, rancangan atau cadangan baru. - Kebolehan mencantumkan unsur-unsur atau konsep-konsep supaya mendapat satu corak atau struktur yang bermakna.

v.

Sintesis (C5) a. Menggabungkan c. Menjana e. Membina semula g. Merekacipta i. Mengatur semula k. Menulis semula m. Menghimpunkan o. Merancang q. Mengorganisasi semula s. Menggubah u. Mencipta w. Meramal y. Mereka semula aa. Mencadang ac. Menggambar

b.

h. l. p. r. t. v. x. z. ab. ad.

Mengarang d. Mengorganisasi f. Merumuskan Mengubahsuai j. Menulis Menyemak n. Menghurai Menghubungkaitkan Menukar Membentuk Mencari cara luar biasa Membentuk semula Mengulang Mengandai Menulis

vi. Penilaian (C6) - Kemahiran-kemahiran berfikir ini menyatakan kepada anda bahawa seseorang pelajar boleh menghargai, mentafsir atau mengkritik berdasrkan mutu dan kriteria yang khusus. - Kebolehan menilai sesuatu idea, konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur, projek atau tindakan.

vi. Penilaian (C6) a. Menaksir b. Membanding c. Menyimpulkan d. Membezakan e. Mengkritik f. Mewajarkan g. Mendiskriminasi h. Menilai i. Mentafsir j. Mengadili k. Kewajaran l. Memilih m. Merumuskan dan menyokong. n. Mempertahankan o. Memberi pendapat p. Mempertanggungjawab q. Mengutamakan r. Menyusun s. Menyokong t. Menghargai

Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut:

Pelajar dapat Mengetahui sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur memahami sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur. Mentafsir sesuatu bahan bahasa, rajah, carta atau graf. Menggunakan atau mengaplikasikan sesuatu konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara prosedur dalam situasi yang baru. Menyelesaikan sesuatu masalah Menganalisi s sesuatu konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur atau hasil Bertutur atau berucap tentang sesuatu Menulis sesuatu sama ada cerita, esei, pantun, sajak, atau muzik Merancang sesuatu Menilai sesuatu sama ada penulisan, cerita, artikel, lukisan, persembahan, hasil kerja

`

`

Bidang afektif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan rohani dan emosi seperti sikap dan nilai. Domain yang melibatkan sikap, perasaan atau kepercayaan.

`

Terbahagi kepada 5 bahagian:1. 2. 3. 4. 5. Menerima Memberikan maklumbalas Menilai Mengorganisasi Menghayati nilai (A1) (A2) (A3) (A4) (A5)

1.

Menerima (A1) a. Bertanya b. Memilih c. Menghuraikan d. Memberi e. Menamakan f. Mengikut g. Memegang h. Menunjukkan i. Mengenalpasti j. Menjawab k. Menggunakan

2.

Memberikan maklumbalas a. Menjawab b. Membantu c. Mematuhi d. Berbincang e. Memberikan pertolongan f. Mengucapkan selamat g. Menolong h. Melaksanakan i. Mengamalkan j. Membentangkan k. Membaca l. Mendeklamasi m. Melaporkan n. Memilih o. Menulis p. Akur

(A2)

3.

Menilai a. Menunjukcara c. Menerangkan e. Melaporkan g. Memilih i. Memulakan k. Mewajarkan m. Mengerjakan o. Mengkaji

(A3) b.

h.

Mengajuk d. Membentuk f. Menyertai Membezakan j. Mempelawa l. Mencadangkan n. Berkongsi

4.

Mengorganisasi (A4) a. Setia b. Mengatur c. Mencantum d. Menyelesaikan e. Membanding f. Mempertahankan g. Menghurai h. Merumus i. Membuat kesimpulan secara umum j. Menyatupadu k. Menyedia l. Mengubahsuai m. Mengorganisasi n. Mengenalpasti o. Menghubungkait p. Membuat sintesis

5.

Menghayati nilai a. Mendiskriminasi c. Mempengaruhi e. Mengubahsuai g. Mencadangkan i. Menyemak k. Menyelesaikan

(A5) b. d. f. h. l.

Mempamerkan Memahami Melaksanakan Mengamalkan j. Melayan Mengesahkan

- Nilai murni sarwajagat berikut harus diserapkan dalam setiap mata pelajaran:baik hati berdikari hemah tinggi hormat kasih sayang keadilan kebebasan keberanian kebersihan fizikal dan mental kejujuran kerajinan kerjasama kesederhanaan kesyukuran rasional semangat bermasyarakat

Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut: menyedari tentang sesuatu menerima sesuatu seperti teguran, nasihat, tugas, penerangan, tanggungjawab, wujudnya perbezaan, kepercayaan. memahami kepentingan tentang sesuatu sikap, nilai, peraturan menghargai sesuatu menggunakan sesuatu sikap positif atau nilai dalam situasi yang baru

Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut: - menunjukkan kepekaan, minat, keseronokan, keselamatan, kesabaran, amalan sesuatu nilai murni (lihat di atas), atau sesuatu sikap yang positif seperti proaktif, bertanggungjawab, timbang rasa, ingin tahu, ingin menyelesaikan masalah, tekun, tahu bersyukur - menyayangi sesuatu - berjimat-cermat - berbangga dengan sesuatu

`

`

Guru harus tahu bahwa hasil pembelajaran dalam bidang afektif mengambil masa yang panjang untuk dikuasai dan ia susah dinilai Walau bagaimanapun anda harus menyerapkan sikap yang positif dan nilai murni di kalangan pelajara semasa pengajaran dan pembelajaran.

` `

Domain yang berkaitan dengan kemahiran Domain psikomotor termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan kemahiran gerakan seperti penulisan, menaip, berenang, melompat tinggi, bermain, memasak, melukis, membina sesuatu dan mengoperasi mesin atau alat.

`

Mempunyai 7 peringkat:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Persepsi Set Respons Berpandu Mekanisme Respons Ketara Kompleks (P5) Adaptasi (penyesuaian) (P6) Lakuan Tulen (P7) (P1) (P2) (P3) (P4)

1.

Persepsi a. Memilih b. c. Membezakan d. e. Mengecam g. Menghubungkaitkan h. Menyisihkan

(P1) Menerangkan Mengesan f. Mengenalpasti

2.

Set a. c. e. g. h. i.

Memulakan Menghuraikan d. Meneruskan Memberikan tindakbalas Menyatakan Menunjukkan kerelaan

(P2) b. Mempamerkan Memindahkan f. Menunjukkan

3.

Respons Berpandu (P3) a. Menyalin b. Menjejaki c. Mengikuti d. Memberi respons e. Memberikan tindakbalas f. Menghasilkan semula

5.

Mekanisme (P4) a. Mencantumkan b. c. Membina e. Mempamerkan f. g. Mengenakan i. Memanaskan j. k. Memanipulasikan m. Mencampurkan n. o. Mengorganisasikan

Menentukur d. Merungkai Menumbuk h. Memasang Mengukur l. Membaiki Melakarkan

5.

Respons Ketara Kompleks a. Mencantumkan b. c. Membina e. Mempamerkan f. g. Memasang i. Membaiki k. Mencampurkan l. m. Melakar

(P5) Menentukur d. Merungkai Mengenakan h. Mengukur j. Memanipulasi Menganjurkan

6.

Adaptasi (penyesuaian) (P6) a. Mengadaptasi b. Mengubahsuai c. Menukar d. Menyemak e. Mengatur semula f. Mengorganisasi semula g. Mempelbagaikan

7.

Lakuan Tulen (P7) a. Menyusun atur b. c. Mencantum e. Membina g. Mereka bentuk h. i. Mengasaskan

Membangunkan d. Mengarang f. Mencipta Memulakan

Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kerja berikut: Pelajar dapat: Bermain sesuatu permainanatau alat muzik menulis dengan cepat dan tulisan mudah dibaca melakar sesuatu - melukis sesuatu memasang sesuatu - menaip dengan cara betul mengoperasikan sesuatu alat atau mesin memasak nasi, lauk menunjukkan kebolehan membuat sesuatu membaiki sesuatu - membina sesuatu membuat sesuatu - mereka cipta sesuatu menghasilkan sesuatu

` `

Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut: Pelajar dapat: a. Berenang b. berlari c. Melompat d. Memaku e. Memanaskan f. memangkas g. Memasangkan h. membaja i. Membakar j. Membaling k. Membalut l. membersihkan m. Membuat n. Membuka o. Memegang p. Menaip q. Menampal r. mencampur s. Mencangkuk t. Menebuk u. menendang v. Menentukan w. mengacau x. mengaitkan y. Mengapit z. mengecat

`

Mempunyai 4 peringkat:a. b. c. d. Komunikasi Kerja berpasukan Pengurusan Kepemimpinan (S1) (S2) (S3) (S4)

a.

Komunikasi (S1) a. Menerima mesej b. Membuat mesej c. Menghantar mesej

b.

Kerja berpasukan (S2) a. Menarik minat b. Bertindak aktif dalam pasukan c. Bertindak aktif dalam organisasi d. Tinggal dalam masyarakat e. Mempamerkan kemahiran sosiobudaya

c.

Pengurusan (S3) a. Mengurus sumber manusia b. Mengurus komunikasi c. Mengurus pelbagai sumber d. Membina dan mengukuhkan kumpulan

d.

Kepemimpinan (S4) a. Menjangka b. Mewujudkan pengikut c. Mengekalkan penglibatan d. Memberi kuasa

Guru boleh mengenal pasti hasil pembelajaran khusus yang terkandung di bawah pelbagai lajur seperti: Objektif atau Objektif Khusus Huraian atau Huraian Kandungan Kemahiran, Kemahiran Saintifik, atau Kemahiran Berfikir Aktiviti atau Kegiatan Nilai Unsur Patriotisme Catatan Guru harus membezakan hasil pembelajaran yang khusus daripada yang umum dalam bidang kognitif, afektif , psikomotor dan sosial seperti diterangkan di atas.

`

Sekiranya hasil pembelajaran itu telah dinyatakan secara umum, guru boleh menyatakannya semula secara khusus dengan panduan yang diberi.

Ketiga-tiga domain hendaklah diambilkira semasa menyediakan objektif pengajaran. Ini adalah untuk mewujudkan keseimbangan dalam pembelajaran (dengan mengambilkira pengetahuan, sikap dan kemahiran pelajar).

`

Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar. Penentuan hasil pembelajaran penting untuk: mengetahuan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar; memberi tumpuan kepada penguasaannya; merancang kaedah-kaedah mengajar; dan membina ujian formatif dan sumatif Hasil pembelajaran khusus boleh dinilai dengan mudah dan harus dibezakan dengan hasil pembelajaran umum atau kenyataan lain yang merupakan isi kandungan, proses pengajaran dan proses pembelajaran.

Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam bentuk , domain, dan aras Hasil pembelajaran dalam bidang kognitif menegaskan hasil intelek dan boleh dikategorikan mengikut Taksonomi Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Hasil pembelajaran dalam bidang afektif menegaskan hasil rohani dan emosi termasuk sikap dan nilai dan perlu diserapkan walaupun susah untuk dinilai dalam jangkamasa yang pendek. Hasil pembelajaran dalam bidang psikomotor menegaskan kemahiran gerakan. Guru perlu merujuk kepada pelbagai dokumen kurikulum khasnya huraian sukatan pelajaran.

` Komponen

di dalam sesuatu objektif yg perlu

dipenuhi : I. Perlakuan II. Syarat / Condition III. Kriteria

1. Perlakuan - Mesti ada perlakuan yang menyatakan apakah pelajar akan buat @ lakukan apabila ia menunjukkan penguasaan sesuatu objektif. - Boleh diukur - Cth:Boleh diukur Mengenalpasti Membandingkan Menamakan Membezakan Melakukan Tidak boleh diukur Memahami Menguasai Menilai

2.

Syarat: - Keadaan di mana perlakuan itu akan dilakukan. - Syarat-syarat boleh terdiri daripada:Syarat Peralatan, bekalan @ bahan yang diberikan kepada pelajar untuk melakukan perlakuan Tersebut. Bahan-bahan yang tidak dibenarkan tanpa apa-apa rujukan. Contoh-contoh - Dengan peralatan yang diberikan. -- Diberi bahan-bahan rujukan. -- Dengan menggunakan hanya bahan-bahan yang diberi.

No. 1.

2.

3.

Maklumat yang diberikan kepada pelajar yang menunjukkan sesuatu arahan

- Dengan menggunakan kajian kes. -- Dengan data yang diberi.

4.

Menentukan masa di mana perlakuan itu akan dilaksanakan.

- Selepas mengikuti kursus -- Selepas membaca bacaan yang diberi..

3. Kriteria - menerangkan paras penguasaan atau kecekapan yang mesti dicapai dalam melakukan perlakuan untuk membolehkan ia mencapai sesuatu objektif. - Memberikan kaedah kepada guru bagaimana untuk menilai perlakuan pelajar.

- Cth membentuk kriteria:No. 1. Kelajuan Kriteria Contoh - Melengkapkan dalam masa 5 minit - Dalam masa 1 jam - Dengan 80% jawapan betul. - Dengan kadar 10 pokok 1 jam

2.

% atau jumlah yang akan dicapai

3.

Rujukan kepada bahan-bahan - Dengan mengikut kriteria yang telah yang diberi yang mempunyai digariskan oleh RISDA kriteria yang telah dikenalpasti. - Seperti yang telah dikeluarkan oleh pihak pengeluaran benih. Jumlah kesilapan yang dibenarkan - Dengan tidak lebih daripada 2 kesilapan. - Dengan tidak lebih daripada 3 anak benih cantuman yang mati.

4.

1. Ia mengandungi kenyataan, perlakuan iaitu apa yang harus dilakukan oleh pelajar. 2. Ia mengandungi kenyataan syarat iaitu keadaan di mana perlakuan itu boleh terjadi. 3. Ia mengandungi kriteria iaitu kualiti dan tingkat /tahap perlakuan yang diingini.

`

Cth: MerumpaiDomain Syarat Perlakuan Kriteria

Kognitif (pemahaman ) Psikomotor (kemahiran) Afektif (Kesedaran perasaan)

Setelah mengikuti Menyenaraikan 4 Dengan tepat. perbincangan mengenai kepentingan merumpai. cara merumpai, pelajar dapat: Setelah mengikuti demonstrasi, pelajar dapat: Setelah mengikuti demonstrasi menyembur racun, pelajar dapat: Mengira kecekapan alat penyembur racun. Menunjukkan perhatian berat tentang pentingnya cara menyembur dan keselamatan. Dalam 2 minit

Dengan memakai alatalat keselamatan ketika melakukan kerja menyembur.

Tugasan 1( Kumpulan) ` Pelajar perlu mendapatkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran:x x x x x x KHB ERT MPV SMT SMV dll

Tugasan 2 (Individu) ` Pelajar memilih satu tajuk daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup/ERT/SMT/SMV dan menulis contoh objektif setiap aras domain:Domain kognitif ; Domain afektif; Domain psikomotor.