rph terpilih

7
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 2 Tahun/Kelas : Tahun 2 Melor Masa : 11.30 hingga 12.30 tengahari (1 jam) Bilangan Murid : 25 orang Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan Aktiviti : Membuat topeng haiwan kesayangan Tajuk : Haiwan Kesayangan ku Objektif : Pada akhir pelajaran ini murid akan dapat; i. membuat binaan topeng berdasarkan tema haiwan kesayangan. ii. melakukan aktiviti melakar, menggunting dan menampal hasil kerja mereka dengan betul. iii. menghargai hasil kerja tangan mereka sendiri Alat/bahan : i. Gunting ii. Gam iii. Kad manila Teknik Penghasilan : Guntingan/Cantuman/Tampalan/Gam Pengetahuan sedia ada : Mengetahui haiwan-haiwan yang menjadi haiwan

Upload: isma-daniel

Post on 17-Nov-2015

324 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RPH ni

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 2

Tahun/Kelas: Tahun 2 MelorMasa: 11.30 hingga 12.30 tengahari (1 jam)Bilangan Murid : 25 orangMata Pelajaran:Pendidikan Seni VisualBidang: Membentuk dan Membuat BinaanAktiviti: Membuat topeng haiwan kesayanganTajuk: Haiwan Kesayangan kuObjektif: Pada akhir pelajaran ini murid akan dapat;i. membuat binaan topeng berdasarkan tema haiwan kesayangan.ii.melakukan aktiviti melakar, menggunting dan menampal hasil kerja mereka dengan betul.iii.menghargai hasil kerja tangan mereka sendiriAlat/bahan: i. Gunting ii.Gam iii. Kad manilaTeknik Penghasilan: Guntingan/Cantuman/Tampalan/GamPengetahuan sedia ada: Mengetahui haiwan-haiwan yang menjadi haiwan peliharaan di rumah.Nilai Murni: i. Sikap bekerjasama dan tolong-menolong. ii. Sikap sayang kepada haiwan.

Langkah/MasaIsi pelajaran/Isi kandunganAktiviti Pengajara dan PembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)Puzzle haiwan kesayangan

1.Guru menunjukkan sekeping gambar di hadapan kelas.2. Guru meminta murid melihat dibawah meja puzzle yang tersembunyi.3. Guru meminta setiap murid yang memegang serpihan puzzle, untuk melengkapkan puzzle di hadapan papan putih4. Guru menunjukkan beberapa contoh topeng yang berbentuk haiwan kepada murid. Puzzlekucing

Langkah 1(10 minit)Bahan yang diagihkan:Kad manila,gunting,gam dan gelang getah.Cara membuat lakaran:1. Lakaran yang dibuat pada kertas manila kad hendaklah mengikut saiz muka murid.2. Melukis bentuk muka haiwan pada kad manila seperti lakaran mata, hidung, mulut, telinga dan lain-lain.

1.Guru memberi penerangan tentang cara-cara menghasilkan topeng berbentuk haiwan dan menyatakan bahan-bahan yang diperlukan.2.Guru mengagihkan bahan-bahan kepada murid di samping menekankan aspek kebersihan dan keselamatan semasa melakukan aktiviti.3.Murid melakar gambar muka haiwan di atas kad manila dan menentukan pilihan berdasarkan contoh yang dipaparkan.mengikut idea masing-masing sambil dibimbing oleh guru.

Teknik Penghasilan:Lakaran

Bahan:kadManila,gunting,gam,getah

Langkah 2(15 minit)Cara menggunting:1. Semasa menggunting, pastikan mengikut garisan lakaran yang telah dibuat.2. Untuk bahagian mata dan telinga, tebukkan sedikit dan kemudian gunting seperti langkah yang pertama tadi.

1. Guru menunjukkan cara- cara menggunting mengikut lakaran yang telah dibuat tadi.2. Setelah itu, murid sendiri menggunting lakaran mereka masing-masing.3. Kemudian, guru menunjukkan cara menebuk lubang bahagian mata dan membentuk sepasang mata haiwan yang mereka buat.4. Selepas itu, murid diminta menebuk pada bahagian telinga topeng haiwan yang telah mereka buat.5. Guru membimbing murid memasukkan getah pada lubang telinga topeng untuk membolehkan dilekatkan pada bahagian telinga murid.

Teknik Penghasilan: guntingan

Bahan:Gunting,kertas manila,getah

Langkah 3(15 minit)Cara Menampal/ Mencantum/ Mengam:1. Sebelum menampal kertas warna, topeng tadi telah diwarnakan mengikut warna yang sesuai. 2. Kertas warna juga telah digunting terlebih dahulu mengikut kreativiti masing-masing untuk ditampal pada permukaan topeng.3. Semasa aktiviti ini dijalankan boleh mengunakan teknik kolaj untuk menampal, mencantum dan mengam.

1.Guru membimbing murid membuat corak secara kreatif pada topeng muka haiwan 2. Murid diminta untuk mewarna bentuk muka haiwan yang telah dilukis dengan padanan warna yang sesuai.3. Guru menunjuk cara menghias topeng dengan menggunakan kertas warna agar lebih cantik dan menarik . 4. membimbing murid dengan bimbingan guru menyiapkan topeng muka haiwanTeknik Penghasilan:Tampalan/Cantuman/GamKolaj

Kaedah:Tunjukcara

Langkah 4(10 minit)Aktiviti memakai topeng dan membunyikan bunyi haiwan tersebut.

Contoh:Bunyi arnab Pergerakan arnab Berjalan sambil menggerakkan kedua-dua belah telinga.

1. Apabila sudah siap ,guru meminta semua murid memakai topeng masing-masing.2. Beberapa orang murid diminta ke hadapan kelas dalam keadaan bertopeng untuk mempamerkan hasil mereka kepada kawan-kawan yang lain. 3. Guru juga meminta murid meghasilkan bunyi haiwan dan mengayakan Nilai;Sayang pada binatang.

Kaedah:Simulasi

Kecerdasan pelbagai:Verbal Linguistik

Penutup(5 minit)Menyanyikan lagu Bunyi Binatang

1. Guru menayangkan slaid lagu Bunyi Binatang.2. Murid dan guru menyanyi bersama sambil mengayakan pergerakan binatang tersebut.3. Guru dan murid membersihkan kelas selepas selesai menyanyi.Nilai:Kebersihan

Kecerdasan pelbagai:Muzik