kertas kerja program gaya hidup sihat2010

8
KERTAS KERJA PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT TAHUN 2010 1.0 Pengenalan Program Gaya Hidup Sihat merupakan salah satu strategi atau usaha sekolah untuk menggalakkan seluruh warga sekolah mengamalkan budaya hidup yang sihat. Dengan adanya budaya hidup yang sihat, proses mengembangkan lagi potensi dan kebolehan pelajar dapat dilakukan dengan lebih sempurna. Guru serta warga sekolah yang lain juga dapat meningkatkan lagi mutu kerja dan seterusnya dapat membantu sekolah menjadi sebuah sekolah yang unggul dalam semua bidang. Gaya hidup sihat merangkumi pelbagai aspek seperti pemakanan yang seimbang, penjagaan kesihatan tubuh badan serta emosi, pergaulan yang sihat, dan sebagainya. Justeru itu, program gaya hidup sihat ini memang wajar diadakan kerana banyak manfaat yang bakal diperoleh oleh seluruh warga SMK Kota Masai 2. 2.0 Matlamat Unit Kesihatan merupakan salah satu daripada unit di bawah pentadbiran Hal Ehwal Murid. Unit ini bertanggungjawab memastikan kesihatan pelajar sentiasa baik dan terjaga melalui program-program yang dirancang seperti Program Gaya Hidup Sihat ini. Kesihatan pelajar amat penting dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran serta membolehkan pelajar terlibat dalam segala aktiviti berfaedah di sekolah. 3.0 Objektif

Upload: mj-masturah-jamaluddin

Post on 20-Oct-2015

779 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

kertas kerja contoh

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Program Gaya Hidup Sihat2010

KERTAS KERJA PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

TAHUN 2010

1.0 Pengenalan

Program Gaya Hidup Sihat merupakan salah satu strategi atau usaha sekolah untuk menggalakkan seluruh warga sekolah mengamalkan budaya hidup yang sihat. Dengan adanya budaya hidup yang sihat, proses mengembangkan lagi potensi dan kebolehan pelajar dapat dilakukan dengan lebih sempurna. Guru serta warga sekolah yang lain juga dapat meningkatkan lagi mutu kerja dan seterusnya dapat membantu sekolah menjadi sebuah sekolah yang unggul dalam semua bidang. Gaya hidup sihat merangkumi pelbagai aspek seperti pemakanan yang seimbang, penjagaan kesihatan tubuh badan serta emosi, pergaulan yang sihat, dan sebagainya. Justeru itu, program gaya hidup sihat ini memang wajar diadakan kerana banyak manfaat yang bakal diperoleh oleh seluruh warga SMK Kota Masai 2.

2.0 Matlamat

Unit Kesihatan merupakan salah satu daripada unit di bawah pentadbiran Hal Ehwal Murid. Unit ini bertanggungjawab memastikan kesihatan pelajar sentiasa baik dan terjaga melalui program-program yang dirancang seperti Program Gaya Hidup Sihat ini. Kesihatan pelajar amat penting dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran serta membolehkan pelajar terlibat dalam segala aktiviti berfaedah di sekolah.

3.0 Objektif

Program Gaya Hidup Sihat yang diadakan ini diharapkan dapat memenuhi beberapa objektif secara khusus, antara lain adalah seperti berikut:

3.1 Memberi pengetahuan dan informasi berguna berkenaan dengan penjagaan kesihatan dan cara hidup yang sihat

3.2 Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang amalan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian mereka

3.3 Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa mereka perlu mengamalkan cara hidup yang sihat agar mereka dapat menjadi pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum, tetapi juga mempunyai tubuh badan yang sihat

3.4 Mewujudkan pelajar yang sihat jasmani dan emosi agar mereka dapat mengharungi segala cabaran dalam proses menuntut ilmu dan membentuk sahsiah diri.

3.5 Melahirkan pelajar yang sihat dan cerdas dalam semua bidang

Page 2: Kertas Kerja Program Gaya Hidup Sihat2010

3.6 Menghidupkan budaya suka bersenam dan melakukan aktiviti menyihatkan di kalangan warga SMK Kota Masai 2.

4.0 Butiran Program

4.1 Program-program yang dijalankan dalam Program Gaya Hidup Sihat, bulan, dan tarikh

4.1.1 Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat pada 6 Januari 2010

4.1.2 Program Senam Cergas

Bulan Tarikh

Januari 10, 24

Februari 21, 28

Mac 7, 28

April 4, 18

Mei 9, 30

Jun 27

Julai 11

4.1.3 Ceramah kesihatan pada 8 Februari 20104.1.4 Pameran Kesihatan pada 25 Jun 20104.1.5 Gaya Hidup Sihat Prostar / Gotong Royong/ Majlis Penutup pada 26 Jun

20104.1.6 Pemeriksaan kesihatan sebulan sekali iaitu pada 29 Januari, 25 Februari,

26 Mac, 30 April, 27 Mei, 30 Jun 2010.

4.2 Tempat SMK Kota Masai 2, Pasir Gudang, Johor

4.3 Sasaran / Penglibatan

4.3.1 Semua pelajar SMK Kota Masai 2

Page 3: Kertas Kerja Program Gaya Hidup Sihat2010

4.3.2 Guru penyelaras Unit Kesihatan dan semua ahli jawatan kuasa4.3.3 Ibu bapa4.3.4 Semua guru

4.4 Sumber Kewangan dan Anggaran Perbelanjaan4.4.1 Peruntukan Sekolah , pihak penaja, PIBG, orang perseorangan, dan

bayaran peserta4.4.2 Perbelanjaan untuk sijil penyertaan dan peralatan

PENDAPATAN PERBELANJAAN

Butiran RM Butiran RM

Peruntukan Sekolah

1000.00 Sijil Penyertaan 0.50 x 200 orang = 100

Pihak Penaja 1000.00 Peralatan-alatan kesihatan seperti alat penimbang berat, pengukur ketinggian, stretcher, alat pemeriksaan tekanan darah, peti kecemasan, ubat-ubatan

2000.00

PIBG 1000.00 Persiapan Tempat 1600.00

Orang Perseorangan

500.00

Bayaran Peserta 2 x 100 orang = 200

Jumlah Perbelanjaan

3700.00

Baki h/b 0

Jumlah 3700.00 Jumlah 3700.00

Page 4: Kertas Kerja Program Gaya Hidup Sihat2010

4.5 Sumber Tenaga

4.5.1 Guru-guru penyelaras Unit Kesihatan4.5.2 Setiausaha unit kesihatan4.5.3 Ahli jawatankuasa unit kesihatan4.5.4 Pihak pengurusan Hal Ehwal Murid ( GPK HEM)4.5.5 Semua guru

4.6 Pengisian Program / Aktiviti 4.6.1 Rujuk Lampiran A

5.0 Strategi Pelaksanaan

5.1 Menyediakan kertas konsep program5.2 Perbincangan dengan Pengetua5.3 Perbincangan dengan sumber tenaga pelaksana dalam satu perjumpaan khas

Mesyuarat Pembentangan Kertas Cadangan5.4 Perbincangan dengan sumber tenaga pelaksana dalam satu perjumpaan khas

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program5.5 Hebahan Maklumat kepada guru-guru, pelajar, dan ibu bapa5.6 Mengemaskinikan dokumen-dokumen berkaitan program5.7 Menguruskan keperluan program5.8 Melaksanakan program5.9 Pemantauan5.10Penilaian

6.0 Penilaian

6.1 Kehadiran dan penglibatan peserta

6.2 Penglibatan Ahli Jawatankuasa ( kalangan guru penyelaras unit kesihatan)

7.0 Tindakan Lanjut / Aktiviti Susulan

7.1 Bengkel Kesihatan

7.2 Kempen Kesedaran Kepentingan Penjagaan Kesihatan

Page 5: Kertas Kerja Program Gaya Hidup Sihat2010

Lampiran A

Perancangan Aktiviti untuk Program Gaya Hidup Sihat Tahun 2010

SMK Kota Masai 2

Bulan Tarikh AktivitiJanuari 6 Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat

  10 Program Senam Cergas   24 Program Senam Cergas   29 Pemeriksaan Kesihatan

Februari 8 Ceramah Kesihatan  25 Pemeriksaan Kesihatan

Mac 7 Program Senam Cergas   26 Pemeriksaan Kesihatan  28 Program Senam Cergas

April 4 Program Senam Cergas   18 Program Senam Cergas   30 Pemeriksaan Kesihatan

Mei 9 Program Senam Cergas   27 Pemeriksaan Kesihatan  30 Program Senam Cergas

Jun 25 Pameran Kesihatan  26 Gaya Hidup Sihat Prostar, Gotong-royong, Majlis Penutup  27 Program Senam Cergas

Julai 11 Program Senam Cergas

Page 6: Kertas Kerja Program Gaya Hidup Sihat2010

Lampiran B

Agensi-agensi yang terlibat menjayakan Program Gaya Hidup Sihat

1. Pegawai Perubatan

Pusat Kesihatan Masai,

81700 Masai, Johor

2. Pusat Pendidikan Kesihatan,

Jalan Abdul Samad,

Johor Bahru, Johor

3. Azliza binti Wahid

Ketua Wanita Jalan Delima,

Taman Kota Masai,

81700 Pasir Gudang, Johor

4. Ketua Bahagian Kemasyarakatan,

Majlis Perbandaran Pasir Gudang,

81700 Pasir Gudang, Johor

5. Pengarah,

Hospital Penawar Pasir Gudang,

Kompleks Pusat Perdagangan Pasir Gudang,

81700 Pasir Gudang, Johor