assignmen gaya hidup sihat.docx

21
PKE 3043 E-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 1 PENGENALAN Kesihatan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll). Hal ini bermaksud kesihatan adalah sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang dan mendatangkan kebaikan dari pelbagai aspek kehidupan seperti menjalani amalan hidup yang sihat. Amalan hidup sihat pula merupakan salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang individu, keluarga dan masyarakat untuk mencapai kesihatan yang maksimum dalam kehidupan. Kita boleh mencapai nilai kesihatan yang maksimum dalam hidup dengan melakukan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah dan kebaikan kepada tubuh badan seperti berinteraksi secara positif dengan masyarakat, tahu menjaga kebersihan diri dengan baik, bijak menangani tekanan, mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang dan mengikut piramid makanan, serta mampu mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti yang boleh mendatangkan keburukan dan penyakit kepada diri sendiri. Individu yang bijak dan cemerlang ialah individu yang dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat demi menjalani hidup yang lebih bermakna dan bermanfaat. DEFINISI Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insane.Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama,bangsa dan Negara.Gaya hidup didefinisikan sebagai suatu keadaan fizikal,minda dan social yang sihat,cergas,cerdas serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan social dan masyarakat.Definisi ini menegaskan bahawa status

Upload: selvi-selvick

Post on 17-Nov-2015

211 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PKE 3043 E-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

PKE 3043 E-PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH3

PENGENALAN

Kesihatan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll). Hal ini bermaksud kesihatan adalah sesuatu perkara yang dilakukan oleh seseorang dan mendatangkan kebaikan dari pelbagai aspek kehidupan seperti menjalani amalan hidup yang sihat. Amalan hidup sihat pula merupakan salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang individu, keluarga dan masyarakat untuk mencapai kesihatan yang maksimum dalam kehidupan. Kita boleh mencapai nilai kesihatan yang maksimum dalam hidup dengan melakukan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah dan kebaikan kepada tubuh badan sepertiberinteraksi secara positif dengan masyarakat, tahu menjaga kebersihan diri dengan baik,bijak menangani tekanan, mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang dan mengikut piramid makanan, serta mampu mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti yang boleh mendatangkan keburukan dan penyakit kepada diri sendiri. Individu yang bijak dan cemerlang ialah individu yang dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat demi menjalani hidup yang lebih bermakna dan bermanfaat.

DEFINISI

Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insane.Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama,bangsa dan Negara.Gaya hidup didefinisikan sebagai suatu keadaan fizikal,minda dan social yang sihat,cergas,cerdas serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan social dan masyarakat.Definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh factor fizikal,mental dan social yang sihat,berfungsi,cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.Media massa telah banyak kali menyiarkan berita tentang gaya hidup sihat ini kerana sudah ada kajian yang menyatakan bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat juga semakin bertambah dan juga banyak tekanan yang dialami oleh setiap individu..Jelaslah, ada banyak gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh masyarakat kita.Amalan gaya hidup sihat dapat menjamin kesejahteraan hidup setiap individu.

KEPERLUAN GAYA HIDUP SIHAT

1. Makan makanan yang seimbang Amalan pemakanan yang seimbang memang perlu diutamakan. Makanan yang kurang berkhasiat perlu dikurangkan atau lebih elok kalau dielakkan.2. Minum air secukupnya minum air suam atau air masak yer, bukannya air manis atau air berkarbonat. Pengambilan jus buah-buahan yang segar pun elok kalau diamalkan. Tapi kena rajin buat sendiri, sebab yang dijual di kedai tu dah ditambah dengan gula.3. Bersenam Kalau nak sihat, kenalah rajin bersenam. Berjogging, berjalan kaki atau berbasikal pun memang elok untuk kesihatan dan menambah stamina.4. Buat sesuatu yang kita minat Bila kita melakukan sesuatu aktiviti yang kita minat, kita akan rasa lebih ceria dan bersemangat. Pastikan aktiviti itu bermanfaat.5. Kawal berat badan Berat badan kenalah dikawal, tak boleh berlebihan dan tak boleh juga kurang. Pastikan berat badan bersesuaian dengan ketinggian kita. Kalau rasa berat badan dah berlebihan, boleh dapatkanPanduan untuk menurunkan berat badan secara sihat.6. Pengambilan Supplemen Pengambilan supplemen penting terutamanya untuk yang sentiasa sibuk sampai kadang-kala tak sempat nak makan atau kurang rehat.7. Rehat- Sesibuk mana pun, kita perlu ada masa untuk berehat. Sekali sekala tu bolehlah bersantai atau bercuti untuk menghilangkan stress dan kepenatan.8. Tidur Pastikan waktu tidur mencukupi. Tidur terlalu banyak pun tak elok juga sebab badan kita akan terasa letih.9. Berfikiran positif Sentiasa berbaik sangka. Dengan berfikir positif, hidup kita akan terasa lebih ceria.10. Pemeriksaan kesihatan Lakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Pemeriksaan kesihatan ni penting untuk kita ketahui tahap kesihatan kita.

KOMPONEN-KOMPONEN GAYA HIDUP SIHAT

MAKANAN SEIMBANGAspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu dalam menjalani satu kehidupan yang sihat. Rakyat telah banyak kali diingatkan bahawa mereka hendaklah mengambil diet yang betul terutama mengutamakan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka itu. Pemakanan yang seimbang memastikan tubuh badan menerima semua khasiat yang diperlukan untuk menangkis kehidupan zaman moden yang penuh dengan masalah ini. Jadi, diet yang baik menjadikan kehidupan seseorang manusia itu lebih sihat untuk jangka masa yang panjang.

KEBERSIHAN

Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dalam kehidupan agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar.

TIDAK MENYALAHGUNAKAN BAHAN

Penyalahgunaan bahan juga memudaratkan kesihatan seseorang individu. Kita harus menjauhi amalan negative seperti merokok, minum arak / alkohol, seks bebas, menagih dadah dan sebagainya.Amalan seperti ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser, Aids, hepatitis, sakit jantung dan lain-lain lagi.

SENAMAN

Aktiviti senaman yang berkala mampu menyihatkan dan mencergaskan badan seseorang. Kita boleh melakukan aktiviti seperti bersukan, berekreasi atau berjoging bersama keluarga ketika hujung minggu. Pakar perubatan percaya aktiviti senaman mampu melancarkan sistem peredaran darah manusia serta menjadikan sistem imunisasi lebih kebal. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Senaman setiap pagi atau petang menjamin peluh keluar daripada badan dengan banyaknya. Keadaan ini menyebabkan semua toksik badan keluar dan tekanan stres yang dialami terus dapat dihilangkan jua. Oleh itu, senaman menjadi aktiviti yang paling baik untuk memiliki satu gaya hidup yang baik buat manusia.

REHAT YANG CUKUP

Rehat yang cukup juga memainkan peranan penting dalam gaya hidup yang sihat ini. Manusia perlulah berehat antara 6-8 jam sehari dengan tidur yang berkualiti dan juga kaedah rehat yang lainnya. Manusia memerlukan rehat kerana ketika rehat inilah seluruh sistem badan manusia akan mampu memulihkan tenaganya untuk meneruskan kehidupan pada esok harinya. Jadi, rehat yang meliputi tindakan yang berbeza daripada kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang itu boleh memberi pemulihan tenaga yang amat diperlukan oleh badan manusia.

BERAT BADANBerat badan pula hendaklah dikawal.Ianya tidak boleh berlebihan ataupun berkurangan. Pastikan berat badan bersesuaian dengan ketinggian kita. Kalau rasa berat badan sudah berlebihan, bolehlah kita dapatkanpanduan untuk menurunkan berat badan secara sihat.

PENGURUSAN STRESS

Stress adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal. Oleh yang demikian untuk mental yang sihat maka kita perlu mengetahui kaedah atau cara-cara untuk mengurus stress dengan berkesan. Oleh yang demikian untuk mengurus stress dinyatakan di sini beberapa perkara yang boleh diaplikasikan oleh pelajar. Stress perlu diurus dengan baik. Jika ia tidak diurus diragui kita akan mengalami perkara-perkara yang tidak baik. Secara umumnya antara perkara-perkara yang perlu diketahui adalah seperti berikut:

(a) Riadah Riadah merupakan satu keperluan di dalam hidup manusia. Dengan bersukan badan menjadi sihat. Fizikal menjadi lebih mantap, pernafasan menjadi lebih baik. Apabila kita beriadah kita menjadi lebih segar dan tenteram. Apabila kita beriadah bersama rakan-rakan kita selalunya merasa gembira dan hubungan sesama kawan-kawan dapat megurangkan stress.

(b) Ganjaran DiriPenghargaan diri perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar. Kita berikan dalam bentuk kata-kata intrapersonal. Setiap tindakan yang baik yang kita lakukan, kita sendiri yang memberikan penghargaan tersebut. Ganjaran diri ini dilakukan dengan menyatakan bahawa kita juga mempunyai bakat dan potensi yang cemerlang, kerana itulah kita berhak cemerlang. Sehubungan itu ia dapat mengurangkan stress dalam diri.

(c) Percakapan diri yang membinaPercakapan diri membawa maksud kita bercakap di dalam diri iaitu menggunakan komunikasi intrapersonal. Kita boleh melakukannya. Tentu ada rahsia disebalik kejayaan tersebut. Dengan kemahiran pendidikan serta pengetahuan yang ada pada kita, kita dapat melakukan sebagaimana orang yang telah berjaya dapat melakukannya. Jika ini dilaksanakan kita sudah ada jalan keluar dari kongkongan stress. Ini mengelakkkan kita daripada hanya mempunyai impian tanpa ada apa-apa tindakan atau daya juang. Percakapan diri boleh membantu diri kita.

(d)Kerja kemasyarakatan dan kebajikanManusia adalah insan sosial. Manusia saling berhubung dengan insan yang lain. Kerja-kerja kemasyarakatan dan berbentuk kebajikan perlu dilaksanakan untuk mengurus stress. Jika sekarang kita lihat badan-badan bukan kerajaan yang berperanan membina kumpulan masyarakat yang bahagia. Bagi pelajar aktiviti badan beruniform adalah satu kaedah terbaik mengurus stress. Kita juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti amal sama ada di dalam kawasan sekolah atau luar sekolah. Sumbangan kepada sekolah misalnya dapat membawa implikasi yang besar dalam hidup pelajar.

(e) PenulisanBagi individu yang merasakan bahawa mereka tidak cenderung untuk memasuki badan-badan beruniform dan kecemerlangan mereka adalah dengan puisi, sajak, cerpen dan sebagainya. Maka kaedah yang terbaik untuk mengurus stress ialah dengan melaksanakan aktiviti penulisan. Luahkan segala apa yang terbuku dalam perasaan kepada bentuk penulisan. Luahkan perasaan yang terpendam dalam bentuk yang lebih kreatif dan dinamik. Kaedah penulisan ini sememangnya membawa erti yang besar iaitu membina bakat dan potensi kita. Dengan itu kita dapat mengurus stress dalam corak yang lebih baik.

(f) BerjenakaJenaka adalah perkara yang lumrah dalam masyarakat kita. Manusia sering berjenaka. Rasulullah s.a.w selalu berjenaka dengan isteri-isterinya. Ini adalah fitrah manusia yang suka kepada jenaka dengan baik dan mengikut lunas-lunas agama, budaya dan nilai masyarakat. Jenaka ini adalah bertujuan untuk menghilangkan masalah yang mana masalah itu merupakan rentetan dari stress yang timbul.

(g) Ketenangan ( Bebaskan Diri )Setiap pelajar perlukan ketenangan dalam hal-hal tertentu. Ketenangan perlu dicari. Kaedah yang dimaksudkan ini ialah apabila kita berada dalam keadaan stress, maka carilah tempat yang jauh dari kebisingan dan orang ramai dan di tempat itu melaunglah sekuat hati dan sepuas-puasnya tentang apa-apa yang mahu dilaungkan sebagi contoh 'Ah........'.Namun begitu laungan tersebut jangan hingga melanggar batas-batas agama dan norma masyarakat. Laungan ini sebenarnya dapat membebaskan ketegangan yang terkumpul di dalam diri.

(h) Meninjau orang yang kurang bernasib baikKeinginan manusia yang tinggi seperti yang disebutkan di dalam penyebab stress sering berlaku. Antara keinginan yang tinggi ini ialah seperti untuk lebih daripada orang lain. Oleh itu dalam keadaan-keadaan tertentu adalah lebih baik kita merenung sejenak dan meninjau golongan yang lebih fakir dan susah daripada kita. Penelitian dan pemerhatian seumpama ini sekurang-kurangnya dapat menyedarkan kita bahawa kita sebenarnya lebih bernasib baik dan lebih beruntung daripada mereka tersebut. Hal ini juga dapat memberikan ketenangan tentang pentingnya bersyukur.Secara keseluruhannya pemahaman tentang stress yang sering mendatangi kita adalah penting. Apabila kita faham tentang faktor-faktor yang menyebabkan stress dan bagaimana pula untuk mengurus stress, ia dapat memberikan kita celik akal bagaimana kedudukan kita sebagai pelajar. Jika kita berada dalam keadaan stress, apabila menghadapi peperiksaan, maka laksanakanlah cara-cara mengurus stress dengan baik.

CARA MENGURUS DAN MENANGANI STRESS

1. Kenal pasti masalah yang menyebabkan anda stress.2. Kenalpasti dan ambil langkah mengatasi stress.3. Tidak putus asa dengan usaha yg dilakukan.4. Jangan menyalahkan org lain ini akan meningkatkan stress.5. Meluahkan perasaan kepada kaunselor atau org yang dipercayai.6. Memupuk, mendisplinkan diri- bersikap jujur pada diri sendiri dan mengakui kesilapan dan kelemahan diri.7. Menjauhi dari orang yang boleh mnyebabkan anda stress.8. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.9. Berpegang kepada landasan " bukan semua matlamat berhasil dengan sempurna".10. Bersikap optimis - berfikiran positif dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.11. Jaga kesihatan mental dan fizikal anda.12. Rancang cuti anda agar dapat merehatkan diri.13. Amalkan cara hidup sihat - jaga diet anda.14. Berpegang teguh pada ajaran agama, ia akan memberi ketenangan dan kedamaian.

KAWALAN BERAT BADAN

Obesiti atau kegemukan seringkali dikaitkan dengan penyakit tidak kronik seperti penyakit jantung, diabetes, arthritis dan sebagainya. Ia adalah suatu keadaan di mana berlaku pengumpulan lemak di tubuh badan sama ada secara setempat atau menyeluruh. Dengan itu, adalah penting untuk mengelakkan diri dari menjadi terlalu gemuk dengan mengekalkan berat badan pada berat badan yang unggul. Mengekalkan berat badan yang unggul juga merupakan salah satu cara pencegahan daripada mendapat penyakit kardiovaskular.Untuk mengurangkan berat badan dan mengelakkan berat badan yang seimbang anda perlulah merancang gaya pemakanan yg sihat. Gaya pemakan yang terbaik adalah dgn menambah pengambilan bahan makanan berkanji & berserat dan mengurangkan pengambilan makanan yg berlemak. Selain itu anda juga perlu menjalani senaman ringan secara teratur dan berterusan setiap hari.TIP GAYA PEMAKANAN SIHAT:

1. Kurangkan pengambilan daging dan lemak yang berlebihan2. Makan ayam, ikan, bijiran dan kekacang dengan lebih kerap3. Ambil buah-buahan segar atau sayur-sayuran mentah sebagai kudap2an stau selepas waktu makan berbanding biskut4.Makan dua jenis sayur dalam setiap hidangan5.Pilih makanan berpanggang, di bakar, stim atau di masak menerusi ketuhar gelombang miksri berbanding makanan bergoreng6. Pilih susu rendah lemak berbanding susu biasa. Jika anda kurang gemar susu rendah lemak, elakkan diri daripada mengambil susu7. Pilih keju rendah lemak.8. Makan roti kaya bijiran.9. Kurangkan gula dalam the atau kopi atau sebaik2nya hindarkan pengambilan gula10. Memilih minumandietseperti air mineral atau air kosong jika anda ingn menikmati minuman sejuk11. Pilih makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang rendah.12. Tambahkan pengambilan air mineral untuk mengekalkankesihatan.13. Jangan sesekali mengamalkan diet tanpa mendapatkan khidmat nasihat pakar terlebih dahulu walaupun anda hanya ingin melakukan perubahan kecil pada gaya pemakanan harian. 14. Ubah gaya pemakanan pemakanan anda dengan mengurangkan lemak & gula. Sebaliknya lebihkan serat dalam setiapmenu.

SENAMANSelain daripada pemakanan seimbang cara bersenam dengan baik juga akan mengawal berat badan kita.Kita digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan , berjoging , bersenam atau bermain badminton.Sekiranya kita mempunyai masalah sesak nafas semasa bersenam, bermakna kita melakukan senaman dengan melebihi had keupayaan kita. Jadi, mulakan senaman dengan perlahan - lahan mengikut keupayaan diri kita.

PENYALAHGUNAAN BAHAN

Penyalahgunaan bahan sering berlaku di kalangan remaja.Antara bahan yang sering disalahgunakan ialah rokok,alcohol,gam,turpentine,ubat batuk dan dadah.Menyalahgunakan bahan bermaksud menggunakan bahan-bahan yang boleh dijadikan ketagih secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan sebenarnya.Perbuatan penyalahgunaan bahan adalah salah dari segi agama dan undang-undang.Bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan.Keadaan ini boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.Bahan yang sering disalahgunakan oleh golongan remaja ialah dadah.Isu penyalahgunaan dadah merupakan masalah utama kepada Negara.

CADANGAN AKTIVITI MEMPROMOSIKAN GAYA HIDUP SIHAT

Terdapat beberapa cadangan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai amalan gaya hidup sihat.Di antaranya ialah:

1. Peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan.2. Peningkatan pengetahuan dan amalan menangani stress.3. Peningkatan pengetahuan dan amalan anti merokok.4. Peningkatan pengetahuan dan amalan sukan dan rekreasi.5. Kempen gaya hidup sihat.6. Menyebarkan maklumat gaya hidup sihat melalui buku,risalah,pemplet,baner dan poster.7. Pameran kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.8. Ceramah kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.

PENUTUP

Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat amat penting kepada semua lapisan masyarakat untuk menikmati tahap kesihatan yang baik serta optimum. Oleh itu, kita harus mempunyai kesedaran untuk menggiatkan lagi mutu penjagaan kesihatan.Setiap orang yang hidup di dunia ini mempunyai gaya hidup yang tersendiri kerana manusia dibesarkan dan dididik dalam keadaan berlainan oleh orang yang berbeza. Ada yang hidup dalam keadaan yang selesa dan sempurna, dan ada pula di sebaliknya. Jika kita perhatikan manusia di sekeliling kita, kita akan nampak pelbagai gaya hidup. Ada yang sihat, dan kurang sihat pada pandangan kita.

Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawamencegah lebih baik daripada mengubatinya. Sesungguhnya terdapat banyak perkara yang perlu kita berikan perhatian untuk hidup dalam keadaan yang sihat. Hampir kesemua perkara tersebut berpunca daripada diri kita sendiri. Kita adalah orang yang bertanggung jawab menentukan gaya hidup kita dan bukannya orang lain. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat. Gaya hidup sihat tidak semestinya melibatkan pemakanan dan senaman yang sempura setiap hari. Kita perlu hidup dalam keseimbangan fizikal, rohani, sosial dan mental. Tetapi sekali lagi keseimbangan itu terpulang kepada individu. Akhirnya, keseimbangan itu patut memberi kegembiraan kepada anda.Kesihatan ditentukan berdasarkan gayahidup seseorang.Sikap dan pertimbangan diri sangat penting dalam menentukan gaya hidup.Ubah gaya hidup untuk mendapatkan kesan kesihatan yang baik. Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yangberat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.