gaya hidup sihat amin

Upload: mohdamin

Post on 05-Apr-2018

286 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    1/28

    PJK2102W 2012

    1

    GAYA HIDUP SIHAT

    PENGENALAN

    Konsep dan Definisi GHS

    Gaya hidup merupakan tingkah laku seseorang individu dalam masyarakat.

    Gaya hidup sihat merujuk kepada amalan yang dilakukan bagi meningkatkan tahap

    kesihatan. Gaya hidup sihat sangat penting dalam kehidupan seseorang manusia bagi

    menjalani cabaran hidup di dunia. Kesihatan merupakan tunjang kepada hidup manusia

    di muka bumi. Individu yang sihat dapat memainkan peranan penting dalam

    pembangunan ekonomi, agama, bangsa dan negara.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan kesihatan sebagai

    suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas serta bebas dari sebarang

    penyakit. Definisi ini menegaskan bahawa status kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal,

    mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang

    penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan seseorang.

    Kempen Gaya Hidup Sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan

    masyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup manusia. Hidup

    yang sihat merangkumi aspek fizikal, mental, rohaniah. Walaubagaimanapun, rakyat

    Malaysia terlalu kurang yang mengamalkan gaya hidup sihat kerana mengikut kajian,2.5 juta rakyat Malaysia yang mengidap penyakit jantung, manakala 19% daripada

    jumlah penduduk Malaysia diklafikasikan sebagai obes. Setiap hari juga kita mendengar

    berita tentang gejala sosial. Persoalan yang tidak lekang dari mulut kita masyarakat

    ialah tentang usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya

    hidup sihat.

    Antara usaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup

    sihat termasuklah menggalakkan orang ramai untuk bersukan atau beriadah. Menteri

    Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Chek sendiri mengakui kepentingan sukan

    untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Dengan bersukan,

    kita dapat meningkatkan kesihatan diri kita dari aspek fizikal. Menurut laporan satu

    kajian, sekiranya seseorang itu bersenam selama 30 minit sebanyak tiga kali seminggu,

    seseorang itu dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit kronik seperti penyakit

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    2/28

    PJK2102W 2012

    2

    hipertensi, sakit jantung atau penyakit tekanan darah tinggi. Amalan gaya hidup sihat

    seperti bersukan juga dapat meningkatkan ketumpatan biojisim tulang dan

    mengurangkan risiko golongan wanita menghidapi penyakit osterioporosis apabila tua

    kelak.

    Di samping itu, amalan bersukan juga menjadikan otot kardium atau otot jantung lebih

    kuat dan memastikan aliran darah dapat berjalan dengan lancar. Amalan bersukan juga

    dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit jantung atau strok kerana kolestrol

    yang berlebihan akan digunakan untuk menjana tenaga semasa bersukan dan

    mengelakkan kolestrol tersebut daripada terenap di saluran darah dan menghalang

    darah mengalir dengan lancar. Menurut majalah Readers Digest, amalan bersukan

    juga dapat membantu mengatasi masalah kegendutan. Seseorang itu akan

    dikategorikan sebagai gendut sekiranya dia mempunyai jisim yang melebihi jisim yang

    sepatutnya untuk ketinggian sebanyak 20%. selain itu, pimpinan negara turut sedar

    akan kepentingan amalan bersukan telah turun padang untuk mengetuai orang ramai

    dalam aktiviti senam erobik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan bersukan

    memang dapat membantu mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup

    sihat.

    Dalam pada itu, amalan pemakanan yang betul dan seimbang juga dapat

    mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Setiap hidangan yanglengkap harus terdiri daripada karbohidrat, protein, lipid, serabut, vitamin, garam

    mineral dan air. Makanan yang mengandungi lipid dan kolestrol harus merangkumi

    hanya 5% daripada satu hidangan lengkap. Karbohidrat penting untuk membekalkan

    tenaga kepada badan kita dan memastikan metabolism badan berjalan secara lancar.

    Protein pula akan membantu badan kita membina sel dan tisu badan yang baru.

    Vitamin dan garam mineral merupakan nutrien yang tidak membawa sebarang nilai

    tenaga tetapi penting untuk mengekalkan fungsi badan yang optimum. Misalnya,

    vitamin D penting bagi membantu penyerapan ion kalsium dan ion fosferus serta

    membantu membina tulang dan gigi yang kuat serta sihat, manakala garam mineral

    ferum penting untuk membentuk hemoglobin yang diperlukan untuk pengangkutan

    oksigen dalam proses respirasi.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    3/28

    PJK2102W 2012

    3

    Selain itu, serabut yang diperoleh daripada sayur-sayuran penting untuk

    memastikan proses penyejatan berlaku dengan lancar dan masalah sembelit dan

    penyakit kolon dapat dielakkan. Badan kita terdiri daripada 75% air. Oleh itu, air

    merupakan suatu komponen penting dalam badan dan seseorang itu seharusnya

    meminum sebanyak dua liter air sehari. Air berfungsi sebagai medium untuk tindak

    balas biokimia dalam badan serta membantu mengekalkan suhu badan pada suhu

    31darjah selsius., iaitu suhu yang optimum untuk enzim badan. Amalan pemakanan

    yang betul juga termasuk mengurangkan makanan yang mempunyai kandungan garam

    atau kandungan gula yang tinggi. Kandungan garam yang tinggi dalam badan akan

    mengakibatkan seseorang itu menghidapi penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi,

    manakala kandungan gula yang tinggi akan mengakibatkan seseorang itu menghidap

    penyakit kencing manis atau penyakit diabetis melitus, iaitu keadaan apabila hati

    seseorang tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk menukarkan

    glukosa menjadi glikogen. Oleh itu, amalan pemakanan yang betul akan membantu

    mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

    Untuk mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang itu harus menghindari amalan

    merokok atau meminum arak. Mengikut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),

    setiap hisapan rokok boleh memendekkan tempoh hayat seseorang itu sebanyak lima

    saat. Setiap batang rokok pula mengandungi kira-kira 4000 jenis racun, termasuklahprestisid, nikotin, formaldehid dan insektisid. Bahan-bahan kimia sedemikian yang

    disedut ke dalam badan seseorang perokok akan mengakibatkan mutasi sel berlaku.

    Seseorang perokok besar kemungkinan akan menghidapi penyakit kanser. Paru-paru

    seseorang perokok akan mengalami pembahagian sel secara tidak terkawal sehingga

    mengakibatkan seseorang itu menghidap kanser peparu. Trakea seseorang perokok

    pula akan melecur dan mengakibatkan kesakitan yang kronik.

    Apabila menyedari hakikat tersebut, pihak kerajaan telah melancarkan

    kempen Tak Nak! terhadap rokok kerana setiap sedutan akan membawa

    padah!. Kempen ini bertujuan menyedarkan orang ramai tentang kesan negatif

    merokok sekali gus menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat dengan

    menghindari amalan tersebut. begitu juga jika seseorang itu meminum arak secara

    berlebihan, mereka akan mengalami gangguan emosi dan kehilangan keupayaan untuk

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    4/28

    PJK2102W 2012

    4

    berfikir secara logik dan rasional. Selain itu, seseorang yang kerap meminum arak juga

    akan merosakkan hatinya dan kehilangan keseimbangan badan. Kerap kali, seseorang

    yang mabuk akan memandu dan seterusnya mengakibatkan nahas jalan raya berlaku.

    Untuk menggalakkan orang ramai supaya menghindari amalan negatif sebegitu, pihak

    kerajaan telah mengenakan peningkatan duti eksais untuk rokok dan arak dalam

    Belanjawan 2005. Jelas sekali, bahawa amalan tidak merokok dan tidak meminum

    arak, juga merupakan gaya hidup sihat.

    Di samping itu, untuk mengamalkan gaya hidup sihat dari segi mental dan

    rohaniah, seseorang itu harus mempunyai didikan agama atau moral sejak kecil lagi bak

    kata pepatah, Melentur buluh,biarlah daripada rebungnya. Dengan menyemai

    nilai-nilai murni, seseorang itu pasti akan bersikap bertanggungjawab dan menjauhi

    gejala sosial seperti merompak, merogol atau membunuh. Selain itu, seseorang itu juga

    harus bergaul dengan rakan sebaya yang memberikan pengaruh positif dan menjauhi

    rakan celaka yang akan mengakibatkan seseorang itu terjebak ke dalam kancah

    maksiat. Ibu bapa juga harus memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada

    anak-anak serta bersikap prihatin terhadap anak-anak untuk memastikan anak-anak

    membesar dalam persekitaran yang kondusif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

    Sebagai natijahnya, untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan

    terbilang, kita seharusnya berusaha mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gayahidup sihat. Amalan gaya hidup sihat pasti akan dapat melahirkan masyarakat yang

    mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup, lalu impian untuk mewujudkan

    negara Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat S atu Malaysia menjadi realiti.

    Oleh itu, bersama-samalah kita berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang

    mengamalkan gaya hidup sihat.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    5/28

    PJK2102W 2012

    5

    Tips Gaya Hidup Sihat

    1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam

    badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

    2. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit

    sehari.

    3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.

    4. Pastikan tidur anda benar-benar berkualiti.

    5. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit

    juga perlu bernafas.

    6. Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan

    berhenti sebelum kenyang.7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun di rumah. Cari pelbagai jenis

    bunga yang wangi untuk ramuan mandian.

    8. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik

    lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

    http://tamanceriabelajar.forumotion.net/t76-tips-gaya-hidup-sihat#110http://tamanceriabelajar.forumotion.net/t76-tips-gaya-hidup-sihat#110
  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    6/28

    PJK2102W 2012

    6

    A. PEMAKANAN YANG SEIMBANG

    Elakkan makan terlalu banyak. Contohi sifat Rasulullah, makan apabila lapar dan

    berhenti sebelum kenyang. Masalah kegemukan berpunca daripada lebihan kalori dan

    kurangnya bersenam (input > output), maka ia akan tersimpan dalam bentuk lebihanlemak yang memberatkan badan.

    Makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak mungkin. Ikuti kempen

    yang telah lama dilancarkan oleh kerajaan Australia, 2+5 yang bermakna makan 2

    hidangan buah dan 5 hidangan sayur sehari. Ia boleh membantu menyelesaikan

    masalah sembelit ( constipation ) dan mengurangkan risiko kanser usus!

    Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak

    dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang

    seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan

    garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan

    berlakunya malnutrisi.

    Protien

    Protein terdiri daripada karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen. Terdapat sebahagian

    protein juga mempunyai unsur fosforus dan sulfur. Ikan, susu, daging, kekacang

    (kacang tanah dan kacang soya) dan putih telur kaya dengan protein. Protein dapat

    membina tisu badan, enzim dan hormon. Protein membentuk sebahagian besar struktur

    di dalam sel termasuklah sebagai enzim dan pigment respiratori. Protein dibentuk dari

    percantuman unit asas yang dikenali sebagai asid amino.

    Karbohirat

    Karbohidrat ialah polimer semula jadi yang merupakan sejenis kelas makanan yang

    sangat penting bagi manusia kerana karbohidrat adalah sumber utama tenaga untuk

    menjalankan pelbagai aktiviti.karbohidrat ialah nutrien yang mengandungi karbon,

    hidrogen dan oksigen.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    7/28

    PJK2102W 2012

    7

    Karbohidrat diperlukan untuk membekalkan tenaga bagi kegunaan

    badan.Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan seseorang itu berasa lemah dan

    tidak bermaya.Karbohidrat yang diambil secara berlebihan pula boleh menyebabkan

    penyakit seperti diabetes. Karbohidrat mempunyai tiga bahagian iaitu Monosakarida,

    Oligosakarida dan Polisakarida.

    Monosakarida

    Monosakarida ialah gula ringkas dan merupakan unit yang paling kecil (yang tidak

    dapat dipecahkan oleh hidrolisis asid kepada unit yang lebih kecil). Monosakarida yang

    penting dalam fisiologi ialah D-glukosa, D-galaktosa, D-fruktosa, D-ribosa, dan

    OligosakaridaOligosakarida ialah kelas karbohidrat yang mengandungi dua hingga lapan unit

    monosakarida. Setiap unit monosakarida ini dihubungkan oleh ikatan glikosida.

    Oligosakarida boleh dibahagikan kepada kumpulan disakarida, trisakarida, dan

    seterusnya menurut bilangan unit monosakarida yang terdapat dalam molekulnya.

    Polisakarida

    Polisakarida merupakan kelas karbohidrat yang mempunyai lebih daripada lapan unitmonosakarida. Polisakarida terbahagi kepada kumpulan homopolisakarida (contohnya

    kanji, glikogen dan selulusa) dan heteropolisakarida (contohnya heparin).

    Lemak

    Lemak ialah sejenis lipid, yang boleh dibezakan antara lipid-lipid lain

    berdasarkan struktur kimia. Kategori molekul ini penting untuk banyak bentuk hidupan

    yang lepas, terutama pada kedua-dua fungsi struktur dan metabolik. Lemak merupakan

    sebahagian diet bagi kebanyakan heterotrof (termasuk manusia). Lemak biasanya larut

    dalam sebatian organik tetapi tidak bersama air.

    Contoh lemak haiwan adalah lemak, minyak ikan, dan buter atau ghee. Ia

    biasanya didapati dari lemak dalam susu dan daging, juga dari bawah kulit, dari haiwan.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    8/28

    PJK2102W 2012

    8

    Contoh lemak tumbuhan yang boleh dimakan termasuk kacang, kacang soya, bunga

    matahari, bijan, kelapa, zaiton, dan minyak sayuran. Margarine dan "vegetable

    shortening", yang boleh dihasilkan dari minyak di atas, kebanyakannya digunakan bagi

    memasak. Contoh lemak sedemikian boleh dikelaskan sebagai lemak tepu dan minyak

    tidak tepu.

    Vitamin

    Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan

    jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan

    pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu

    pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.

    Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan

    hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh

    sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen

    (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.

    Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi

    bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil. Cuma, perlu faham bahawa vitamin

    bukan pengganti kepada makanan harian untuk manusia. Terutama, makanan yangkaya dengan nutrien. Namun unutk mengurangkannya boleh menggantikannya dengan

    mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana,

    makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.

    Mineral

    Mineral atau galian adalah sebatian semula jadi yang dibentuk menerusi proses

    geologi. Perkataan "mineral" merangkumi bukan hanya komposisi kimia sesuatu bahan

    tetapi juga struktur mineral. Komposisi mineral berbeza daripada unsur tulen dan garam

    mudah kepada silikat yang amat kompleks dengan beribu-ribu bentuk yang diketahui

    (sebatian organik biasanya tidak dikira). Kajian ke atas mineral ini dikenali sebagai

    mineralogi.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    9/28

    PJK2102W 2012

    9

    Untuk mengklasifikasikan sesuatu itu sebagai mineral yang sebenar, sesuatu

    bahan itu mesti berada dalam bentuk pepejal dan mempunyai struktur kekristalan.Ia

    juga mesti juga bukan dari bahan organik,terjadi secara semulajadi,dan mempunyai

    komposisi kimia yang tersendiri.

    Amalan pemakanan yang seimbang boleh menghindarkan penyakit kronik seperti

    diabetes, kanser, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Terdapat lima kumpulan

    makanan yang menjadi asas pemakanan seimbang seperti kumpulan bijirin, hasil bijirin

    dan ubi, kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan, kumpulan susu dan hasil tenusu,

    kumpulan daging, ayam, telur ikan dan kekacang, kumpulan minyak, lemak dan gula.

    Setiap kumpulan makanan menyediakan hanya sebahagian daripada nutrien

    yang diperlukan oleh tubuh kita. Kita perlu mengambil makanan daripada setiap

    kumpulan makanan dengan kadar yang sesuai yang berasaskan kepada piramid

    makanan.

    Kesan Pemakanan Kanak-Kanak Prasekolah

    Status pemakanan akan mempengaruhi perlakuan kanak-kanak. Kanak-kanak

    yang sentiasa mengamalkan pemakanan yang berkhasiat akan kelihatan lebih cergas,

    dapat memberi tumpuan yang baik terhadap pembelajaran dan aktiviti fizikal.Sebaliknya kanak-kanak yang tidak diberi makanan yang berzat akan menjadi seorang

    yang pendiam, sentiasa menarik diri atau menjadi terlalu aktif sehingga tidak dapat

    dikawal oleh guru.

    Kanak-kanak tersebut akan cepat dijangkiti penyakit serta menurunkan daya

    melawan sesuatu penyakit. Kanak-kanak yang tidak dapat nutrien dan kalori yang

    sewajarnya yang dikehendaki oleh tubuh badan secara berterusan akan mendapat

    masalah, terutamanya bayi dan kanak-kanak kecil.

    Pertumbuhan fizikal, mental, emosi dan sosial akan terbantut.

    Pemilihan makanan yang silap oleh ibu bapa, seperti kerap makan makanan segera,

    tabiat makan makanan ringan, terlalu memikirkan berat badan dan kerap makan

    dengan tidak menentu masa.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    10/28

    PJK2102W 2012

    10

    Masalah obesiti adalah berkaitan dengan pemakanan. Sekiranya kanak-kanak

    makan berlebihan makanan yang member tenaga seperti makanan yang mengandungi

    tinggi kalori, mereka akan mengalami peningkatan berat badan yang akan

    membahayakan diri.

    Amalan tersebut jika ditambah pula dengan kekurangan aktiviti fizikal, kerap

    menonton TV dan permainan video (golongan sedentari) lebih tinggi mendapat risiko

    penyakit kencing manis, penyakit jantung dan penyakit kronik lain. Kesan pemakanan

    yang tidak bersih dan tidak berkhasiat terhadap kanak-kanak seperti keracunan

    makanan dan mudah mendapat penyakit kerana antibodi kanak-kanak lemah

    berbanding orang dewasa.

    Makanan Berkhasiat Untuk Kanak-Kanak

    Ibu bapa dan pengasuh perlu merancang pemakanan kanak-kanak mengikut

    piramid makanan bermula sarapan pagi, snek pagi, makan tengahari, minum petang,

    makan malam dan minum sebelum tidur. Mengambil kira pemakanan seimbang, nutrien

    dan fungsinya.

    Mewujudkan Suasana Sihat Dalam Keluarga

    Suasana yang sihat dalam keluarga adalah merupakan sebuah keluarga yang

    bahagia. Ibu bapa harus memastikan setiap ahli keluarga makan bersama-sama dan

    mengikut pada masa yang ditetapkan. Ibu juga harus memastikan masakkannya itu

    tidak mengandungi terlalu banyak lemak, tinggi kaloridan gula. Ibu bapa juga perlu

    menghadkan pengambilan makanan ringan yang tidak lebih dari seminggu.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    11/28

    PJK2102W 2012

    11

    Amalan Dan Kesan Pengambilan Makanan Secara Berlebihan

    Menyebabkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti Obesiti meningkatkan

    risiko penyakit yang serius seperti jantung koronari, hipertensi, diabetes, strok dan

    penurunan fungsi organ. Obesiti juga menghadkan keupayaan kita dalam aktiviti fizikal.

    Pergerakan kita menjadi kurang tangkas dan pantas kerana terpaksa menanggung

    berat badan. Kita juga menghadapi peningkatan risiko kecederaan di bahagian sendi

    lutut sekiranya tubuh tidak bersedia dengan penambahan berat badan yang berlebihan

    Cara Mengatasi Masalah Obesiti

    Amalkan cara hidup aktif berdasarkan piramid aktiviti untuk. Meningkatkan penggunaankalori dan mengamalkan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan. Selain itu

    perlu mengurangkan pengambilan kuantiti makanan mengikut

    keperluan kalori dan hadkan saiz hidangan yang dimakan. Untuk mengatasi obesiti

    disiplinkan diri supaya makan mengikut masa, rancang masa makan dan jenis makanan

    yang diambil dan mengamalkan sikap makan ketika lapar dan berhenti sebelum

    kenyang.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    12/28

    PJK2102W 2012

    12

    B. KEBERSIHAN DIRI

    Kebersihan adalah keadaan bebas dari kotoran, termasuk di antaranya, debu, sampah,

    dan bau. Di zaman moden, setelah Louis Pasteur menemukan proses penularan

    penyakit atau infeksi disebabkan oleh mikroba, kebersihan juga bererti bebas dari virus,

    bakteri patogen, dan bahan kimia berbahaya.

    Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan higiene yang baik. Manusia

    perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sehat, tidak bau, tidak

    malu, tidak menyebarkan kotoran, atau menularkan kuman penyakit bagi diri sendiri

    maupun orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi,

    menyikat gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih.Kebersihan diri

    memainkan peranan yang penting agar kesihatan dapat dikekalkan. Kebersihan diri

    merangkumi penjagaan kesihatan seperti kulit, rambut, gigi, mata dan telinga.

    Penjagaan kesihatan diri akan mempengaruhi kesihatan dan penampilan diri

    seseorang. Kebersihan diri dapat mempengaruhi kesejahteraan fizikal, emosi dan sosial

    seseorang.

    I. Penjagaan kulit kanak-kanak

    Kanak-kanak perlu dididik cara-cara mandi dengan sabun untuk mengelakkanpenyakit kulit dan badan berbau. Kanak-kanak perlu mandi sekurang-kurangnya dua

    kali sehari agar mereka menjadi sihat dan selesa. Mereka perlu menggosok badan

    dengan kain lembut supaya segala daki dan kuman dapat ditanggalkan. Bahagian

    celah-celah jari kaki perlu diberi perhatian supaya bersih.

    II. Bau badan

    Kanak-kanak yang sihat dan aktif akan sentiasa berpeluh tetapi kadang-kadang

    badannya berbau akibat peluh, terutama di bahagian ketiak, pastikan dibersihkan

    dengan mandi bersabun. Menyalin pakaian bersih dan kering selepas mandi,

    memakai losyen supaya wangi.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    13/28

    PJK2102W 2012

    13

    III. Kebersihan gigi

    Menggalakkan kanak-kanak menjaga gigi dari peringkat awal dengan menggosok

    gigi dua kali sehari dengan baik dan berkesan untuk menghindarkan dari plak. Ibu

    bapa mengawal kanak-kanak dalam pengambilan gula semasa menyediakan

    makanan dan minuman.

    Kebersihan adalah meliputi beberapa aspek berikut seperti tubuh badan,

    pakaian, tempat tinggal. Selain itu juga, kita perlu menitik beratkan aspek penyediaan

    makanan yang bersih dan sempurna. Kebersihan menjaga penyediaan makanan

    adalah bertunjangkan kepada beberapa faktor iaitu mengelakkan keracunan makanan,

    kesedaran untuk menghasilkan makanan yang selamat, mengurangkan risiko

    menghasiikan makanan yang tercemar, mengelakkan infentasi haiwan perosak,

    menarik perhatian pelanggan, dan mengelakkan keracunan makanan.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    14/28

    PJK2102W 2012

    14

    C. PENYALAHGUNAAN BAHAN

    Penyalahgunaan bahan bermaksud menggunakan bahan-bahan yang boleh

    menjadikan ketagih secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan

    sebenarnya. Antara bahan yang sering disalahgunakan ialah rokok, alkohol, gam,turpentin, ubat batuk dan dadah. Perbuatan ini adalah salah dari segi agama dan

    undang-undang kerana bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan

    menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan.

    Dadah dan ubat ialah bahan kimia yang dihasilkan daripada tumbuhan, haiwan

    dan mineral. Perkembangan teknologi terkini, banyak dadah dan ubat yang dihasilkan

    secara tiruan atau sintetik. Ubat yang dihasilkan perlu mendapatkan kelulusan dan

    pengesahan daripada Kementerian Kesihatan. Dadah terbahagi kepada beberapa jenis

    seperti heroin, morfin, candu, ganja dan kokain Dadah diambil dengan cara dihidu,

    disuntik, dihisap atau dimakan. Golongan belia adalah golongan paling ramai terbabit

    dengan penyalahgunaan bahan terutamanya dadah, rokok dan alkohol.

    Punca penyalahgunaan bahan ialah terpengaruh dengan iklan, pengaruh

    internet, cabaran daripada rakan sebaya, terpengaruh dengan rakan sebaya yang

    menyalahgunakan dadah, keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa

    memikirkan kesannya, ingin menonjolkan kehebatan diri antara rakan sebaya dan ingin

    mengikut aliran semasa seperti penggunaan pil ekstasi.

    Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Individu dan Negara

    Kesan pertama ialah keruntuhan akhlak. Penagih terdorong untuk melakukan

    perbuatan yang tidak bermoral seperti mencuri, mengugut ibu bapa dan ahli keluarga,

    merosakkan harta awam dan berkelakuan sumbang.

    Kesan kedua ialah gagal dalam pelajaran. Dadah menyebabkan khayal danboleh merosakkan minda seseorang. Akibatnya individu tersebut tidak dapat belajar

    dengan sempurna. Kesan ketiga ialah prestasi kerja terjejas. Dadah menyebabkan

    tumpuan terhadap tugas semakin berkurangan, tidak dapat menjalankan tugas dengan

    sempurna. Majikan mungkin akan memecat individu tersebut. Kesan keempat ialah

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    15/28

    PJK2102W 2012

    15

    tersisih daripada masyarakat. Penagih dadah sering menjauhkan diri dari masyarakat,

    mereka suka bergaul sesama mereka.

    Kesan kelima ialah keruntuhan institusi keluarga. Masalah penagihan dadah

    boleh menyebabkan keluarga menjadi kucar-kacir dan berlakunya penceraian antara

    suami isteri. Kesan keenam ialah terdedah kepada jangkitan HIV. Jangkitan HIV melalui

    jarum suntikan yang digunakan. Jangkitan ini membawa penyakit AIDS yang membawa

    maut. Kesan ketujuh ialah penyalahgunaan dadah member kesan negatif kepada

    negara seperti peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial, menanggung kos tinggi

    untuk pengurusan penagih, menjatuhkan martabat negara, kehilangan bakal pemimpin

    negara, dan kehilangan tenaga kerja daripada golongan muda.

    Rokok

    Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi

    bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun

    tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan

    membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.

    Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok

    yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk

    menyaring nikotin.

    Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas

    yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini,

    bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan

    yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya

    kanser paru-paru atau serangan jantung.

    Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika.

    Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah

    menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk

    menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan

    merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India

    yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    16/28

    PJK2102W 2012

    16

    kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa

    masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.

    Kesan Penyalahgunaan Bahan Terhadap Individu

    I. Rokok90% kes barah paru-paru75% kes jantung25% kes penyakit saluran pernafasan85% kes remaja menjadi perokok tetap.Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Individu dan Negara

    Ini adalah beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok: Nikotin,

    kandungan yang menyebabkan perokok merasa tenang. Tar, yang terdiri daripada lebih

    daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat

    karsinogen. Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano. Benzene,

    juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak

    berwarna. Cadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif. Metanol (alkohol

    kayu), alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol. Asetilena,

    merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang

    paling sederhana. Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam

    kombinasi dengan unsur-unsur tertentu. Formaldehid, cecair yang sangat beracun yangdigunakan untuk mengawetkan mayat. Hidrogen sianida, racun yang digunakan

    sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan

    pembuat plastik dan racun perosak. Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus.

    Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta

    Lain-lain bahan

    Ramai di kalangan kita terutamanya ibubapa sering bimbang mengenai

    penyalahgunaan dadah sepert i ecstasy, ganja, syabu dan lain -lain di kalangan anak-

    anak kita terutamanya yang berusia remaja. Akan tetapi kita biasanya terlupa malah

    tidak menyedari, atau mengabaikan kemungkinan terdapat penyalahgunaan produk-

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    17/28

    PJK2102W 2012

    17

    produk yang biasa digunakan di rumah dengan cara menghidu atau menyedut wapnya.

    Produk-produk ini kebiasaannya dianggap sebagai tidak merbahaya akan tetapi

    sebenarnya produk-produk ini mengandungi bahan pelarut organik beracun, yang

    apabila dihidu atau disedut wapnya akan menyebabkan ketagihan, atau berpotensi

    mengakibatkan kematian secara tiba-tiba.

    Kegiatan menghidu bahan-bahan ini, kebanyakannya gam, sering melibatkan

    golongan remaja termasuk kanak-kanak berusia antara 10 hingga 18 tahun, demikian

    menurut pihak polis yang telah dapat mengesan kegiatan ini di Perak. Pada

    pertengahan tahun 2001, masyarakat Malaysia dikejutkan pula dengan berita kematian

    beberapa orang pelatih Pusat Serenti Sungai Ruan, Raub, Pahang. Menurut Pengerusi

    Jawatankuasa Kesihatan, Belia dan Sukan Pahang, penyakit yang menyerang pelatih

    tersebut berpunca daripada perbuatan mereka menghidu bahan kimia seperti gam,

    thinner dan petrol secara berterusan untuk menghilangkan ketagih.

    Kebanyakan inhalan bentuk pelarut dan gas akan menyebabkan penagih berasa

    khayal. Kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak.

    Perasaan khayal ini biasanya berlaku selama 15 hingga 45 minit dan akan berterusan

    sehingga satu hingga dua jam. Sekiranya kuantiti atau kepekatan inhalan itu tinggi,penagih mungkin hilang deria rasa, dan seterusnya tidak sedarkan diri.

    Sekiranya wap inhalan disedut dengan kuat dan dalam, atau digunakan dengan

    banyak dalam tempoh yang singkat, seseorang itu akan hilang kawalan diri,

    berkelakuan agresif, tidak sedarkan diri, atau mati. Seiringan itu, penagih juga akan

    berasa loya dan muntah. Jika muntah terjadi ketika pengsan, kematian boleh berlaku

    akibat tersedak dan kesesakan nafas.

    Seandainya inhalan yang dihidu berkepekatan tinggi, kegagalan jantung dan

    kematian mengejut boleh terjadi. Hiduan boleh membunuh walau pun kali pertama atau

    pun hiduan seterusnya. Inhalan yang pekat menyebabkan kesesakan nafas akibat

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    18/28

    PJK2102W 2012

    18

    kekurangan oksigen. Selain itu, penekanan sistem saraf pusat yang serius boleh

    melambatkan dan seterusnya menghentikan proses pernafasan.

    Seperti penagih benda-benda lain, inhalan boleh mengakibatkan pergantungan

    fizikal dan psikologi kepada penagih jika digunakan untuk beberapa hari atau lebih.

    Penagihan yang berterusan dalam jangkamasa panjang boleh mengakibatkan

    kerosakan sel-sel otak yang kekal. Penagih akan hilang daya tumpuan, mudah marah,

    hilang ingatan, mengalami kekeliruan serta kemurungan. Selain itu, selera makan serta

    berat badan penagih turut merosot. Penagih juga akan mengalami keletihan serta

    kawalan pergerakan badan akan turut terjejas.

    Sebahagian inhalan juga boleh merosakkan organ-organ utama badan seperti paru-

    paru, hati, buah pinggang, darah dan sum-sum tulang. Bahan nitrit yang disedut

    bertindak membesarkan salur darah, meningkatkan kadar degupan jantung dan

    menghasilkan keseronokan yang mampu bertahan selama beberapa minit sahaja.

    Kesan-kesan lain adalah rasa panas, pening dan sakit kepala. Bahan nitrit dipercayai

    berupaya menambahkan keseronokan dan keupayaan seksual.

    Kesan

    Kematian mengejut kerana dihidu, ketahanan badan berkurang, kerosakan sel darah

    merah. Kerosakan sum-sum tulang, ketahanan badan berkurang, risiko penyakit

    leukemia bertambah, kerosakan sistem pembiakan, kematian mengejut melalui kesan

    ke atas jantung, kesan terbakjar yang teruk. Mengurangkan keupayaan darah untuk

    membawa oksigen, perubahan otot dan denyutan jantung.Kematian akibat kurang

    oksigen di otak, pengsan, fungsi jantung terjejas. Kerosakan otak (hilang kewarasan

    fikiran dan keseimbangan badan, hilang penglihatan dan pendengaran), hati dan buah

    pinggang. Kematian mengejut akibat dihidu, sirosis hati, kerosakan pendengaran dan

    penglihatan, komplikasi sistem pembiakan, kekejangan anggota badan, kebas.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    19/28

    PJK2102W 2012

    19

    Langkah Pencegahan

    Menghidu atau menyedut inhalan boleh mmbunuh walau hanya dengan sekali

    sedutan atau hiduan sahaja. Oleh itu ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang

    merupakan pendamping utama remaja perlulah melakukan sesuatu agar masalah ini

    dapat dicegah seawal mungkin.

    Antara yang dapat dilakukan adalah sentiasa sedar, waspada serta mengambil

    tahu tentang masalah ini dengan cara mendapatkan maklumat lanjut tentang penagihan

    bahan sedutan, jenis bahan yang sering disalahgunakan, dan cara-cara untuk

    mengesan masalah ini sekiranya terjadi di kalangan anak-anak, anak murid atau rakan-

    rakan anda. Selain itu,pastikan anak-anak, anak murid atau rakan-rakan anda

    mengetahui tentang bahaya-bahaya merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah

    serta inhalan. Selain itu, elakkan membeli produk-produk yang mudah disalahgunakan

    seperti bahan pelarut dan produk-produk berasaskan bahan pelarut, gas, minyak petrol

    dan aerosol. Usahakan untuk mendapatkan produk-produk alternatif yang berasaskan

    air sekiranya ada. Sentiasa awasi mengenai kuantiti produk yang telah digunakan,

    sekiranya kuantiti yang digunakan agak banyak, soal dan lakukan penyiasatan lanjut.

    Sekiranya anda mensyaki sebarang perubahan tingkah laku anak atau rakan anda,

    tanya dan cakap dengan mereka mengenai perkara yang membimbangkan anda.Jangan tangguhkan untuk berdepan dengan mere ka. Elakkan sikap tidak apa ingatlah

    bahawa satu sedutan atau hiduan mungkin akan membunuh orang tersayang.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    20/28

    PJK2102W 2012

    20

    D. KESENGGANGAN, REHAT, ISTIREHAT DAN TIDUR

    Kesenggangan bermaksud waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti

    yang digemari.Biasanya waktu terluang ini diisi dengan aktiviti yang tidak

    membebankan badan dan otak seperti melukis, menyiram pokok bunga, menggubah

    lagu dan sebagainya.

    Rehat bermaksud tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan

    sesuatu aktiviti fizikal, mental atau melakukan aktiviti yang ringan.

    Contohnya waktu rehat di sekolah, di tempat kerja. Waktu rehat boleh digunakan untuk

    mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Bagi merehatkan

    badan yang penat bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca,

    bermain catur atau permainan dalaman. Bagi merehatkan otak yang penat berfikir, kita

    boleh mendengar muzik, membaca majalah dan bersiar-siar.

    Istirahat bermaksud satu tempoh masa terluang yang diisi dengan aktiviti ringan

    dan tidak aktif seperti mendengar muzik, melukis atau tidur sejenak.Semasa istirahat,

    kita dapat melegakan ketegangan dan stres.

    Ramai antara kita yang mengorbankan waktu tidur semata-mata untuk

    menyiapkan kerja, namun tidak ramai yang menyedari bahawa banyak lagi masa lain

    yang boleh dikorbankan seperti masa melayari facebook, chatting, bersembang dansebagainya. Tidur yang cukup diperlukan agar badan kita mendapat rehat yang

    berkualiti supaya kita mampu untuk bekerja esok hari. Allah telah menjadikan malam

    untuk tidur dan berehat, jadi ikutilah sunnatullah ini!

    Tidur adalah satu jangka masa dimana kita boleh melelapkan mata dan

    merehatkan badan sepenuhnya. Anggaran satu per tiga hayat kita dihabiskan untuk

    tidur. Tidur mendalam berkualiti adalah amat penting kepada kita. Kita memerlukan

    tidur seperti juga kita memerlukan oksigen.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    21/28

    PJK2102W 2012

    21

    Beberapa perkara penting yang berlaku apabila kita tidur yang menyumbang

    kepada kesihatan fizikal dan emosi kita. Tidur berkualiti baik mampu memberikan kesan

    menakjubkan iaitu membantu meningkatkan kecekapan kerja seseorang,

    menggalakkan pemulihan tubuh, meningkatkan daya ingatan, penumpuan, daya kreatif

    serta kesejahteraan emosi.. Memiliki bantal yang sesuai membantu mendapatkan tidur

    berkualiti baik yang diinginkan.

    Kepentingan tidur

    Kepentingan pertama ialah pertumbuhan sihat. Pertumbuhan fizikal juga berlaku

    semasa tidur. Pertumbuhan tersebut berlaku semasa tidur mendalam berkualiti

    baikberlaku dan ia adalah salah satu sebab mengapa kanak-kanak memerlukan lebih

    banyak tidur berbanding orang dewasa.

    Jadi ia membantu anda untuk bersedia belajar keesokannya

    Memperbaiki memori

    Semasa tidur mendalam berkualiti tinggi, otak menguruskan maklumat yang tersimpan.

    Otak berbuat demikian bagi membolehkan penyimpanan, pengekalan dan penyusunan

    memori.Jadi ia berfungsi meningkatkan daya ingatan

    Meningkatkan Kesejahteraan Emosi

    Semasa tidur mendalam berkualiti tinggi berlaku, ia menyumbangkan kepada

    peningkatan kesejahteraan emosi. Seseorang yang tidak mendapat tidur yang

    mencukupi menunjukkan peningkatan kejengkelan dan ketidaksabaran

    Jadi ia berfungsi menghilangkan tekanan

    Selain itu tidur membantu tubuh sembuh dari penyakit dan luka

    Di Amerika Syarikat mengesyorkan bahawa tidur selama lapan hingga sembilan jam

    bagi manusia dewasa adalah optima serta tidur yang mencukupi adalah bagus untuk

    kecergasan mental, daya ingatan dan penyelesaian masalah, serta kesihatan

    keseluruhan, dan juga mengurangkan risiko kemalangan.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    22/28

    PJK2102W 2012

    22

    Bagaimanapun, satu kajian psikiatri terhadap sejuta orang dewasa oleh Universiti

    California, San Diego mendapati bahawa orang yang paling panjang umurnya

    melaporkan diri mereka tidur selama enam hingga tujuh jam setiap malam.[8] Satu lagi

    kajian mengenai tempoh tidur dan risiko kematian terhadap wanita turut memberi hasil

    sedemikian. Kajian-kajian lain pula mendakwa bahawa "tidur melebihi 7 hingga 8 jam

    sehari sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian", namun kajian ini

    membayangkan puncanya mungkin faktor-faktor lain seperti kemurungan dan darjat

    sosio-ekonomi

    Kanak-kanak memerlukan lebih masa tidur sehari berbanding dewasa agar

    dapat mengembang dengan betul: selebihnya 18 jam bagi bayi baru lahir, dan masa

    tidur beransur berkurangan sambil kanak-kanak itu membesar. Seorang bayi baru lahir

    menghabiskan hampir separuh masa tidur dalam keadaan normal. Apabila mencecah

    usia kira-kira lima tahun, cuma dua jam lebih dihabiskan dalam keadaan normal

    Usia Jumlah tidur purata seharianBaru lahir sebanyak 18 jam1-12 bulan 14 18 jam1-3 tahun 12-15 jam3-5 tahun 11-13 jam5-12 tahun 9-11 jam

    Remaja 9-10 jamDewasa, termasuk golongan tua 7-8 (+) jamWanita hamil 8 (+) jam

    Faedah-Faedah Kesenggangan, Rehat, Istirahat dan Tidur

    Memberi peluang kepada badan dan otak untuk pulih daripada keletihan supayabadan dapat berfungsi dalam keadaan yang optimum.Menyegarkan semula minda supaya menjadi tenang dan badan menjadi segar agar tugas harian dapat dijalankan dengan lebih efisien.Menenangkan fikiran dan menghilangkan kepenatan.Fungsi-fungsi biokimia dalam tubuh dapat dipulihkan dan maklumat-maklumatdalam sistem saraf dapat disusun semula.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    23/28

    PJK2102W 2012

    23

    E. SENAMAN

    Senaman ialah satu kumpulan pergerakan fizikal secara terancang dengan

    tujuan meningkatkan tahap kecergasan untuk kesihatan yang optimum. Senaman

    adalah asas kesihatan. Terdapat pelbagai cara untuk bersenam bergantung kepadakemampuan dan keinginan anda. Kebanyakan orang bersenam kerana mereka ingin

    menjadi cergas seumur hidup dan menikmati erti kesejahteraan yang sebenar.

    Faedah bersenam ialah elakkan penyakit obesiti, kurangkan risiko penyakit

    kardiovaskular ( berkaitan jantung), meningkatkan kesejahteraan dan keyakinan diri,

    dan otak anda lebih cerdas.

    . Cuba untuk amalkan senaman selama 20 minit, sekurang-kurangnya 3 kali

    seminggu. Kumpul rakan-rakan yang lain untuk bermain bola, netball, futsal, badminton

    dan sebagainya.

    Penemuan terbaru menyatakan, kita juga boleh menikmati faedah-faedah kesihatan

    sekiranya anda melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang sederhana seperti :

    (a) Melakukan kerja-kerja rumah

    (b) Berjalan kaki selama 10 minit setiap kali tanpa henti, sebanyak 3 kali sehari dan

    dilakukan 5 kali seminggu.

    (c) Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini anda sudah memenuhi kehendak senaman.

    Nasihat Perubatan

    Kita perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan aktiviti senaman anda,

    terutamanya jika anda:

    Lelaki berumur 35 tahun ke atas atau wanita 40 tahun ke atas.

    Memiliki berat badan berlebihan sebanyak 7 kg ke atas.

    Tidak jelas kedudukan kesihatan anda. Memiliki sejarah perubatan atau sedang dalam rawatan

    Tidak pernah bersenam untuk beberapa waktu atau tidak melakukannya secara tekal.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    24/28

    PJK2102W 2012

    24

    Kita tidak perlu melakukan senaman yang lasak untuk menjadi cergas. Pilih senaman

    mengikut kemampuan anda. Berjalan kaki adalah antara yang terbaik dan selamat jika

    dilakukan dengan betul.

    Aktiviti Kecergasan Untuk Kanak-Kanak

    Aktiviti kecergasan untuk kanak-kanak di peringkat prasekolah sehingga Tahun 2 perlu

    memperkembangkan komponen kecergasan fizikal dan bersenam dengan pelbagai

    anggota badan.

    Aktiviti P & P hendaklah menekankan aktiviti untuk mempertingkatkan daya fizikal

    kanak-kanak. Sebagai contohnya :-

    i. Senaman untuk `trunk` atau tulang belakang kanak-kanak.

    Pergerakan tunduk, regangan, ayunan badan, kilas badan, jangkau dan membentuk

    pelbagai bentuk dengan badan. Kanak-kanak digalakkan melakukan tersebut dengan

    pelbagai cara seperti berdiri, baring, melutut atau duduk.

    ii. Senaman untuk abdomenPosisi paling berkesan bagi senaman di bahagian abdomen ialah di atas lantai.

    Contoh aktiviti ialah bangkit tubi, baring dan bangkit sambil menyentuh kaki dengan

    tangan, angkat lutut perlahan-lahan dan angkat kepala perlahan-lahan untuk melihat

    kaki.

    iii. Senaman untuk tangan dan lengan

    Pergerakan memusing lengan seberapa besar yang boleh menyokong badan

    dengan tangan di lantai seperti berjalan seperti ketam.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    25/28

    PJK2102W 2012

    25

    iv. Senaman untuk kaki dan kardiovaskular

    Senaman ini dapat dilakukan dengan mengguna ruang atau di suatu tempat sahaja.

    Contoh pergerakan ialah lari pantas dan berhenti, lari dan tukar arah dengan serta

    merta, lompat ke pelbagai arah dan lompat tali.

    v. Senaman untuk kelembutan badan

    Pergerakan seperti tunduk dan regang badan, duduk dengan kaki terbuka dan

    tunduk dan melakukan aktiviti mengayun badan dengan pasangan (berpegangan

    tangan).

    Aktiviti Fizikal dan Permainan Untuk Kanak-Kanak

    Kanak-kanak suka bergerak. Mereka secara semulajadi ingin belajar dan mempunyai

    naluri ingin mengetahui sesuatu. Mereka akan melakukannya dengan sepenuh hati dan

    bergerak dengan seluruh anggota badan. P& P aktiviti fizikal awal kanak-kanak adalah

    seronok di mana guru dan murid-murid berinteraksi dalam suasana yang riang dan

    bergembira.

    Sesuatu kemahiran boleh disesuaikan dengan peralatan yang dijadikan sebagai

    halangan dan juga daya cipta tarian yang dapat dilakukan secara berpasangan. Kanak-kanak awal kanak-kanak gemar bergerak bebas dan tidak suka menjadi pemerhati

    sahaja. Penggunaan peralatan dan lain-lain ransangan akan member lebih cabaran

    kepada mereka untuk melakukan pergerakan.

    Pada peringkat 4 6 tahun, mereka didorong semangat ingin tahu yang

    menyebabkan mereka sentiasa cergas

    Kemahiran Fizikal Untuk Kanak-Kanak

    Psikomotor Halus

    Motor halus

    Meramas, menggentel,mengoyak, mencubit, mengguli, memicit dengan

    menggunakan bahan seperti kertas dan plastisin.

    Membuka dan menutup botol.

    Mengikat tali kasut dan bungkusan

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    26/28

    PJK2102W 2012

    26

    Menggunting kertas

    Menguntai manik mengikut saiz besar ke kecil dan sebalikknya.

    Menguasai motor halus dengan menggunakan peralatan kecil seperti pundi kecil dan

    bola.

    Lambung rendah dan tangkap

    Lambung tinggi dan tangkap

    Lambung dua belah tangan dan tangkap sebelah tangan dan pelbagai ansur

    maju lagi.

    Psikomotor Kasar

    Motor Kasar

    Berjalan (ke hadapan, kiri, kanan dan belakang)

    Melompat ( dua belah kaki dan sebelah kaki)

    Berlari (ke hadapan, kiri, kanan dan belakang)

    Skip ke hadapan sambil menyanyi

    Aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan seperti binatang :

    Berjalan seperti gajah

    Berjalan seperti gorila

    Berlari seperti kucing

    Melompat seperti arnab

    Melompat seperti katak

    Berjalan seperti beruang

    Berjalan seperti kanggaruBerjalan seperti anjing laut

    Berjalan seperti ketam

    Permainan mengikut rentak muzik.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    27/28

    PJK2102W 2012

    27

    Kepentingan Aktiviti Fizikal Untuk Kanak-Kanak

    Pergerakan akan membantu pertumbuhan dan kesihatan tubuh badan.Kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran fizikal dapat meningkatkan lagikeupayaan pergerakannya.Pergerakan melalui permainan, tarian, gerak irama dan aktiviti gimnastikmenjadikan kanak-kanak seronok dan dapat menguasai kemahiran tersebut.Aktiviti fizikal di peringkat prasekolah dapat membantu meningkatkan dayakecergasan kanak-kanak.Aktiviti fizikal juga dapat memupuk kesejahteraan hidup dan kesedaran tentanggaya hidup sihat.Kemahiran pergerakan akan menggalakkan kanak-kanak bersosialisasi dansecara tidak langsung sifat keyakinan diri, kepimpinan dan toleransi akan turutdipupuk.

  • 7/31/2019 Gaya Hidup Sihat Amin

    28/28

    PJK2102W 2012

    Kesimpulan

    Kesimpulannya, gaya hidup sihat mempunyai lima komponen utama iaitu,

    pemakanan seimbang, rehat yang secukupnya,kebersihan diri,tidak mengambil bahan

    terlarang dan senaman mengikut cara yang betul. Setiap komponen gaya hidup sihat

    amat mementingkan kesihatan diri dan dapat mengekalkan tahap kesihatan yang

    optima. Daripada itu juga dapat menghalang dan menjadikan tubuh kita daripada

    jangkitan penyakit berjangkit. Setiap individu mengidamkan kesihatan tetapi untuk

    mendapatkan tahap kesihatan yang optima memerlukan pengorbanan yang besar.

    Gaya hidup sihat juga memainkan peranan penting dalam melahirkan individu

    yang cergas dan sihat. Hal ini seiring dengan kemahuan kerajaan untuk melahirkan

    masyarakat yang sihat. Setiap hari kita sering mendengar gejala-gejala yang boleh

    merosakkan dan meruntuhkan imej negara seperti isu doping pada Sukan Sea 2011 di

    Indonesia baru-baru ini. Bagi mengekalkan tahap kesihatan yang optima seseorang itu

    perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti makan makanan seimbang,

    melakukan senaman, rehat yang cukup dan menjaga kebersihan diri dan persekitaran

    sekeliling kita. Oleh itu, amat penting bagi seseorang itu menjaga kebersihan

    persekitaran mereka daripada segala punca penyakit seperti sampah dan haiwan

    membawa penyakit dan bakteria seperti lalat, nyamuk dan sebagainya.

    Secara keseluruhannya, bukanlah menjadi satu kemustahilan kepada individu

    untuk mengamalkan gaya hidup sihat kerana ia boleh dilakukan walau di mana jua

    sama ada di rumah atau di luar. Maka tidak wajarlah alasan tiada masa, terlalu sibuk

    dan sebagainya menjadi punca seseorang itu tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Di

    samping itu, gaya hidup sihat juga perlu diamalkan tanpa mengira kaum, budaya, gaya

    hidup, dan agama. Oleh itu, amat penting bagi semua untuk mengetahui corak gaya

    hidup sihat serta tidak memandang rendah kepentingan gaya hidup sihat bagi

    memastikan kehidupan mereka sntiasa sejahtera dan tubuh badan yang sihat sentiasa.

    Ia selari dengan konsep mencegah lebih baik daripada mengubatinya.