majalah gaya hidup pemancing asia

82
Kehebatan Clash Pertandingan Memancing Pertama Saya Pengalaman Cabaran Royal Pahang Billfish International 2015 Joran Beretta Oleh Abu Garcia GT Pop Vs. Amazonians Jig Head Z Craft Kepentingan Sudut Penambah Ilmu - Ikan Tak Rasa Sakit Memancing Dengan Sesudu Bahagian 9 - Trailers Pemancing Asia Isu October 2015 Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia 1

Upload: hoangnhu

Post on 13-Jan-2017

245 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Kehebatan Clash

Pertandingan Memancing Pertama Saya Pengalaman Cabaran Royal Pahang Billfish International 2015

Joran Beretta Oleh Abu Garcia

GT PopVs. Amazonians

Jig Head Z CraftKepentingan Sudut

Penambah Ilmu - Ikan Tak Rasa SakitMemancing Dengan Sesudu Bahagian 9 - Trailers

Pemancing AsiaIsu October 2015

Majalah Gaya HidupPemancing Asia

1

Page 2: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

www.purefishingmalaysia.com

Model Material # Mono Cap. (yds/lb) Braid Cap. (yds/lb) Bearings Max Drag Gear Ratio Line Retrieve (in) Weight (oz)CLA2000 1366178 240/4 • 180/6 • 125/8 210/8 • 180/10 • 165/15 8+1 10 lbs 6.2:1 30 8.2CLA2500 1366179 255/6 • 175/8 • 140/10 240/10 • 220/15 • 160/20 8+1 12 lbs 6.2:1 33 8.5CLA3000AU 1375195 200/8 • 165/10 • 120/12 250/15 • 180/20 • 130/30 8+1 15 lbs 6.2:1 35 10.2CLA4000AU 1375196 270/8 • 220/10 • 165/12 360/15 • 260/20 • 185/30 8+1 15 lbs 6.2:1 37 10.7CLA5000 1366182 225/12 • 200/15 • 135/20 420/20 • 300/30 • 240/40 8+1 20 lbs 5.6:1 36 16.9CLA6000 1366183 335/15 • 230/20 • 210/25 490/30 • 390/40 • 335/50 8+1 25 lbs 5.6:1 41 20.7CLA8000 1366184 340/20 • 310/25 • 230/30 465/50 390/65 345/80 8+1 30 lbs 4.7:1 40 27.2

Durability , Smoothness, and Precision is what CNCGear™Technology delivers. By using state of the art software andCNC machinery the drive, pinion and oscillation gear arecut to exact tolerances using premium metals. 2000-5000utilize a machined brass pinion and machined aluminumdrive gear. 6000 and 8000 utilize a machined brass pinionand drive gear.

Designed from the inside out for the technical angler, the Clash reels feature a fully machined CNC gear train for the perfect combination of precision,

durability, and smoothness. Other features include a full metal body, HT-100 drag system, and our new Leveline slow oscillation system.

3

Page 3: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Emel video-video anda kepada [email protected] bersama nama, nombor telefon dan alamat anda. Semua warganegara Malaysia & Brunei layak untuk menyertai.

OAG Worldwide Sdn. Bhd.No. 5-1, Jalan Setia Dagang U13/AJ, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Emaill: [email protected]

Jenama Gewang Yang Paling Laju Berkembang Di Amerika

https://www.youtube.com/watch?v=W9aIpEXUJTE

https://www.youtube.com/watch?v=W9aIpEXUJTE

https://w

Inginkan Ganjaran Apabila Memancing Ikan?Rakamkan video anda dengan tangkapan menggunakan salah satu Gewang ZMAN sambil berkata “Yeah!ZMAN!” dan kami akan meng-hantarkan kepada anda satu paket gewang ZMAN secara percuma.

5

Page 4: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Escapy Escape Into A World Of

Travel & Adventure

Hanging Out With ClamsClam Picking In Setiu

Terengganu Squid Jigging Festival 2015 Action Out At Sea, Special Report

Kenyir Elephant VillageA Sanctuary

Keny

ir Fe

stiva

l 201

5

A Vi

sit T

o Th

e Mus

eum

And

Lots

mor

e Insi

de

Akan Datang...Majalah Pelancungan,

Jalan-Jalan, Makan Angin.... Majalah Terbaru, Majalah Escapy

Stone-Mashe Untuk Semua Keperluan Pejabat Anda

Stone-Mashe Sdn. Bhd.L-1-2, Pusat Perdagangan Kuchai,No. 2, Jalan 1/127,Off Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur.Contact: 016 202 2635 Email: [email protected]

7

Page 5: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Auto Reign Sdn. Bhd.14, Jalan PJS 11/18, Bandar Sunway,

Subang Jaya, 46150 Selangor. Tel: +6016-722 1800 Email: [email protected]

Passionate and Professional Care

For VAG Cars Like us on our........

9

Page 6: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Philemon Foo

Abu Garcia Hornet TerbaruInformasi

Tapak Ujian: Kolam Natural ExoticSiri: Hornet BerettaModel: AHBC632MAPanjang: 6’3”Berat Gewang: 1/6 - 3/4aunsBerat Tali: 8-17paunKonfigurasi: 2 pieceSaingan: Ikan Keli Amazon Redtail & Asian Redtail

Joran-joran Abu Garcia telah berada di pasa-ran untuk tempoh yang agak lama. Kepada mer-eka yang bertuah kerana pernah memiliki atau menggunakannya, ia merupakan joran kegema-ran mereka. Hornet Stinger adalah salah satu daripada kegemaran peribadi saya yang kelihat-an seperti sebatang joran berkualiti buatan Je-pun tetapi harganya tidak semahal.

Pandu Uji

11

Page 7: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Hornet Beretta

Hornet yang terbaru telah dipasarkan sebagai Beretta, iaitu versi moden berasaskan model-model Hornet yang lalu den-gan rekaan yang terkini dan lebih canggih. Hornet Beretta mungkin tidak dilengkapi dengan pin peletup, spring, blok mengunci atau laras yang dapat menembakkan sebutir pel-uru; tetapi ia mempunyai satu picu (setidaknya ia boleh di-dapati pada model-model casting).

rekaan Jepun Moden

Beretta dilengkapi dengan pembalut karbon, cincin dan be-benang ungu gelap; menonjolkan pesona yang lebih kepada gaya rock n’ roll yang kerap dijumpai pada joran-joran rekaan Jepun dengan rekaan mereka yang lebih ekstrem. Rekaan sebegini mungkin tidak digemari oleh semua orang tetapi se-cara peribadi, saya amat suka akan penampilannya.

13

Page 8: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

tulan Joran tegar

Beretta mempunyai tulang joran grafit 30 Ton yang diperting-katkan dengan teknologi Nano untuk sifat yang lebih lasak. Dengan pengetahuan itu, saya tidak pasti di mana cat nano digunakan kerana saya percaya ia tidak diletakkan sepanjang tulang joran. Jangkaan saya adalah di bahagian butt (penutup getah di hujung sehingga bahagian jenama).

Satu perkara mengenai penyalutan nano adalah ia bukan sa-haja menguatkan sesuatu kawasan, mereka mengeraskannya juga untuk menjadikannya seakan besi. Saya pernah melihat bagaimana satu penyedut minuman yang boleh didapati di Starbucks dan Chatime (sebuah francais bubble tea) menjadi sekeras sebatang rod besi (tetapi lebih ringan) hanya dengan satu lapis salutan Nano.

Salutan nano

15

Page 9: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

koMponen Berkualiti

Beretta mesti dilengkapi dengan komponen-komponen berkualiti tinggi supaya ia sah di kategorikan pada kelas ini dan ia telah memenuhi ciri-ciri tersebut. Beretta dilengkapkan dengan cincin-cincin dan tapak kekili Fuji, di mana kehebatan kedua-duanya telah terbukti sebelum ini.

Bila diperkatakan mengenai keseimbangan, Beretta amat seimbang. Ia berat di bahagian hujung joran bila kekili tidak digunakan. Pasangkan kekili dan ia diimbangi dengan baik. Dengan keseimbangannya yang bagus, Beretta juga terasa lebih ringan terutamanya apabila joran dipegang secara men-datar (berat nyata model yang diuji adalah 138g).

Ciri keSeiMBangan

17

Page 10: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

uJian MakMal Peralatan DigunakanKekili: Abu Garcia Revo Elite 7Teli: Berkley Fireline BraidBerat: 20 paun

Kembali ke makmal kami Beretta diuji untuk menentukan sa-mada ia dapat memenuhi spesifikasinya. Beretta AHBC632MA dikatakan mampu bertahan sehingga 17 paun di bahagian pangkal (seksyen butt) dan dengan itu kami telah menggunan-ya dengan meter ujian kami. Dengan sedikit usaha kami telah mencapai 17.4 paun dan berkeputusan untuk tidak menerus-kan ujian disebabkan bunyi yang terhasil.

uJian lapanganPeralatan Yang DigunakanKekili: Abu Garcia Revo MGXTali: Berkley Fireline Braid Berat: 30 paunTali Perambut: Berkley VanishBerat: 40 paun

Kebolehan MembalingBila disebutkan mengenai aksi membaling, Beretta memberikan persembahan yang bagus dengan mendaratkan umpan-umpan kami pada jarak yang jauh dengan mudah. Ketepatan mengilat juga amat menggagumkan kerana hujung Beretta tidak bergetar dengan banyak dan tali serta umpan amat sekata semasa aksi mengilat.

19

Page 11: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

pengawalan ikan

Beretta telah diberikan tulang joran yang kuat untuk hampir 65% dari tulangnya. Semasa pertarungan, Beretta mempun-yai kuasa yang sungguh tinggi serta keupayaan untuk men-galihkan ikan pemangsa daripada kawasan berstruktur. Kami telah menaikkan beberapa ekor ikan pemangsa yang cukup besar (ikan keli Amazon Redtail dan ikan keli Asian Redtail) dengan sungguh mudah.

21

Page 12: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

keputuSan

Tidak seringan Hornet Stinger yang sebelumnya, Hornet Be-retta masih boleh dikelaskan sebagai joran yang ringan dan ia dibina dengan lebih lasak. Reka bentuknya sungguh bagus dan dapat mengawal ikan-ikan ganas dengan hebat. Ia dileng-kapi komponen-komponen berkualiti tinggi untuk peningka-tan keyakinan semasa memancing. Kesimpulannya adalah ia merupakan joran yang bagus dengan binaan yang baik.

Built QualityFinishingErgonomics (Feel)BalanceWeightComponents (quality)CastabilitySensitivityPower Rating

Fishing Rods

7

Kualiti BinaanFinishing

Ergonomik

KeseimbanganBeratKualiti KomponenKebolehan MembalingSensitif

KuasaRating

23

Page 13: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Berkley Whiplash, adalah tali yang dibuat untuk pemancing hendak tali braided yang amat nipis, kuat, dan di perkukuhkan. Dengan mengunakan sistem “Multi Carrier” tali Whiplash men-jadi lebih lembut, kuat, dan kukuh; dan sesuai digunakan untuk sukan trolling, jigging di paras air yang dalam, dan juga me-

mancing dengan umpan hidup.

Amat Kuat

Hebat Bertahan

Senang Diikat

100% PE Dyneema

Kekuatan Berlawan Yang Ekstrim

Sesuai Digunakan Di Air Masin Dan Air Tawar

lb.: 20, 25, 30, 35, 40,45, 50, 60, 80, 100

Panjang: 110m, 300m, 2

Warna: Blaze Orange

Berkley Whiplash Baru

25

Page 14: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Test DrivesPhilemon Foo

Ajiking Pop GT

Informasi UjianTapak Ujian: Kolam Natural ExoticSiri: Pop GTModel: PGT 702SPanjang: 7’Berat Gewang: 100-180gBerat Tali: PE 3-5Konfigurasi: 2 piece Offset (butt joint)Saingan: Ikan Keli Amazon Redtail

Joran Pop GT adalah joran popping yang telah be-rada di pasaran untuk tempoh yang lama dan kami telah diberi sebatang sebagai salah satu daripada hadiah kemenangan di Cabaran Antarabangsa Royal Pahang Billfish 2015 baru-baru ini. Oleh kerana kami milikinya, tiada sebab untuk tidak menggunakannya. Ke medan pertarungan dengannya tetapi sebelum itu, penampilannya.

Philemon Foo Pandu Uji

27

Page 15: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Joran Pop GT direka secara sederhana sahaja. Kebanyakan-nya berwarna hitam, dengan bahagian jenama dan spesifikasi di-warnakan putih mutiara. Lilitan bebenangnya hitam beserta emas. Itu sahaja. Tiada pembalut karbon dan kelengkapan menonjol yang lain kecuali winding check aluminium dan gimbal (dengan penutup getah). Jika ia diaturkan di dalam almari pameran, anda mungkin hanya memberikannya sekilas pandang ........

Reka Bentuk Sederhana

Joran Pop GT dilengkapi dengan bagus oleh dua unit konfigurasi offset. Joran-joran satu unit memberikan lengkuk kuasa yang baik dan lebih stabil, sementara joran dua unit memudahkannya dibawa ke sana-sini. Untuk menikmati kebaikan kedua-dua dunia, konfig-urasi offset amat sesuai.

Konfigurasi

29

Page 16: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Tulang joran Pop GT dibuat daripada grafit dengan kuasa tulang belakang yang bagus, boleh di regang hampir 65 peratus daripada tulangnya. Ia mempunyai hujung joran yang dapat melentur den-gan cukup baik untuk membalingkan popper dan di dalam situasi kami umpan ikan hidup (bersaiz tapak tangan).

Tulang Joran

Komponen-komponen adalah sungguh penting dan Pop GT dileng-kapi dengan jenis yang berkualiti. Ia siap-pasang dengan cincin-cincin Fuji, jenis yang dapat mengalirkan haba dengan baik, dan tapak kekili Fuji untuk memastikan kekili sentiasa berada di po-sisinya semasa pertarungan.

Komponen-Komponen

31

Page 17: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Pemegang Pop GT diperbuat daripada EVA berkualiti tinggi yang dikonturkan sebegitu rupa untuk genggaman yang bagus dan se-lesa semasa mengilat dan juga semasa pertarungan dengan ikan. Walau bagaimanapun, tahap keselesaan EVA banyak bergantung kepada saiz pemegangnya. Ia amat sesuai dalam genggaman saya, seperti sepasang sarung tangan.

Pemegang Berkualiti

33

Page 18: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Ujian LapanganAlatan DigunakanKekili: Penn Clash 3000Tali: Berkley Fireline BraidBerat: 30 paunTali Perambut: Berkley VanishBerat: 40 paun

Kami membawa Pop GT ke taman permainan kami yang biasa, juga dikenali sebagai medan pertempuran di Rawang dinamakan Kolam Natural Exotic. Kolam ini merupakan tempat kediaman pelbagai jenis pemangsa seperti ikan keli Mekong (Plabuk dalam bahasa Thai), ikan gar, ikan keli Amazon Redtail, ikan keli Asian Redtail dan sebagainya.

Kami mengilat umpan hidup sebesar tapak tangan kami dengan joran yang dihasilkan untuk penggunaan dengan popper yang lebih berat. Dengan itu, tiada komen yang hebat boleh dikatakan mengenai presta-si pengilatannya. Tetapi tidak lama kemudian kami dalam pertarungan dengan seekor ikan pemangsa. Saya terpaksa menambahkan drag dengan harapan bahawa ia akan menjadi pengalaman seakan acara tarik-tali, dan jika terdapat sesuatu yang patah ... yeeehaaaw! ia ma-sih berbaloi kerana terdapat halangan (tiang-tiang) yang berdekatan.

Situasi bertarik-tali dengan seekor pemangsa amat seronok dan juga meletihkan. Walau bagaimanapun Pop GT mempunyai kuasa untuk memberikan saya kemenangan (diibaratkan seperti mem-bawa sebuah meriam ke pertempuran bersenapang). Tiada keleti-han, tiada kerisauan, dan tidak lama kemudian ikan pemangsa tersebut sedang diambil gambarnya, yang mana telah meletihkan saya lebih dari pertarungan itu. Empat ekor pemangsa kemudian menjadikan aktiviti kami tidak lagi seronok. Masa untuk menyim-pan meriam dan menggunakan senapang.

Pengawalan Pertarungan

35

Page 19: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Walaupun jenama Ajiking tidak setaraf dengan Shimano, Dai-wa, Penn, Abu Garcia dan yang lain-lain, mereka memiliki produk-produk bagus dan kerap diketepikan oleh pembeli yang mementingkan jenama. Pop GT mungkin bukan joran terbaik dalam kelasnya tetapi ia terbukti sebatang joran yang bagus jika anda ingin berseronok.

Keputusan

Built QualityFinishingErgonomics (Feel)BalanceWeightComponents (quality)CastabilitySensitivityPower Rating

Fishing Rods

6.7

Kualiti BinaanFinishing

Ergonomik

KeseimbanganBeratKualiti KomponenKebolehan MembalingSensitif

KuasaRating

37

Page 20: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

No. 5-1, Jalan Setia Dagang U13/AJ, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.Emaill: [email protected] OAG Worldwide Sdn. Bhd.

Beito Original, Masuk Ke Zon Ikan...

Pantas!

Gewang-gewang Beito Original merupakan salah satu gewang dengan kadar penenggelaman yang terpantas di pasaran. Mere-ka dapat membantu anda ke zon yang diingini dengan pantas.

- Tenggelam dengan pantas.- Lasak- Aksi renang yang cergas- Ciri aerodinamik memberikan jarak balingan yang bagus- Sistem Full Connect (FCS)

Milikinya hari ini.

39

Page 21: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Test Drives Philemon Foo

Clash Lawan Gergasi Kekili Penn Clash Beraksi

Bila diperkatakan mengenai aktiviti memancing sukan ikan laut dalam, Penn adalah jenama yang kerap dikaitkan dengannya. Baru-baru ini Penn telah memperkenalkan pemenang ICast 2015 New Product Showcase; Clash, kekili spinning lasak serta berkua-sa dengan penampilan yang teguh bergaya, terasa tegar seakan kereta kebal walaupun tidak berat, dan memberikan persembahan yang lebih lancar (smooth) dibandingkan dengan lagu Smooth Op-

InformasiModel DiujiJenama: PennSiri: ClashModel: CLA6000Tapak Ujian: RompinSaingan: Ikan Layar

41

Page 22: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Badan Besi Penuh (Full Metal)

Badan full metal, jenis kekili yang diminati pemancing-pemanc-ing perairan air masin kerana strukturnya lebih tegar dan lasak. Oleh itu Clash juga dilengkapi dengan perisai sebegini untuk memberikan pemancing keyakinan semasa asyik dalam perta-rungan dengan pemangsa di lautan dalam.

Segak Menawan

Clash tidak mempunyai penampilan seperti seorang gladiator ber-jambang yang sedang keluar daripada perangkap, kelihatan ko-tor, meradang, dan bersedia untuk membunuh. Tidak sama sekali, Clash berada beberapa kelas daripada itu. Pada hakikatnya, ia mempunyai sisipan serat karbon yang canggih pada beberapa tempat seperti tombol gelendung and drag, bebenang emas di atas hitam secara umum, dan untuk mengurangkan berat; bebera-pa potongan pada tempat-tempat tertentu yang menjadikan Clash kelihatan seksi.

43

Page 23: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Tanda Kekuasaan

Dengan hanya memegangnya anda dapat merasai kekuasaan di dalam Clash. Walaupun dengan sentuhan sahaja separuh dari pertarungan telah dimenangi, penampilannya juga me-mainkan peranan. Dengan tombol pemegang EVA yang ter-lebih besar dan aluminium tebal yang tahan lasak, keyakinan terhadap Clash telah dipateri. Ia adalah unit berkuasa moden di dalam koleksi Penn, pembunuh terbaru lautan dalam.

Aksi Lancar

Clash dilengkapi Teknologi Dura-Gear untuk rotasi lancar justeru menghasilkan putaran lancar yang berterusan. 8 galas tertutup di dalamnya juga membantu dalam proses ini. Kenapa galas tertutup digunakan ? Soalan ini telah diajukan kepada saya oleh seorang pemancing baru-baru ini. Tidakkah bekas tertutupnya menambah-kan berat ?

45

Page 24: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Galas Tertutup

Memang galas tertutup adalah lebih berat jika dibandingkan dengan galas jenis terbuka, tetapi anda tidak mungkin akan terasa perbezaan berat.

Ke Medan Pertarungan

Peralatan Yang DigunakanJoran: ShakespeareModel: Ugly Stik Tiger Lite BWSJL220060Kuasa: Extra HeavyBerat Tali: 80-130 paunTali: Berkley Fireline Fused 65paunTali Perambut: Berkley Vanish 80 paun

47

Page 25: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Bertarung Dengan Gergasi

Hanya pada bulan yang lepas (September 2015) kami memba-wa Clash untuk bertarung dengan ikan layar Rompin (sebuah bandar tepi pantai timur Semenanjung Malaysia). Kami telah menyertai Cabaran Antarabangsa Royal Pahang Billfish. Da-lan persekitaraan persaingan yang amat tinggi itu, alatan pe-nyerangan kami mesti tegar dan boleh menahan deraan yang berterusan.

Drag Lancar

Drag mesti lancar dan cukup lasak kerana ikan layar merupakan ikan terpantas di lautan. Apabila ikan layar menyambar umpan, Clash memberikan jeritan dan pertarungan dimulakan. Dengan drag ditetapkan hampir pada tahap maksima (untuk menaikkan ikan secepat mungkin) kebanyakan kekili pasti sudah kecundang. Clash telah meneruskan perjuangan dengan menaikkan ikan layar seekor demi seekor.

49

Page 26: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Kesan Penggunaan

Sementara pemancing-pemancing terasa lesu di penghujung hari yang penuh dengan pertarungan, Clash masih tiada kero-sakan. Ia masih boleh berfungsi dengan lancar dan memberi-kan persembahan yang mantap. Hanya cucian yang teliti di-perlukan dan ia akan bersedia untuk bertarung lagi.

Ciri-Ciri

9 galas tertutup

Badan Full Metal

Teknologi Gear CNC

Teknologi Gear Dura

Sistem Oscillation Leveline

Drag washer serat karbon HT-100™

8 galas bebola keluli tahan karat tertutup

Galas Anti-Balikan Segera

Bail wire aluminium tahan lasak

Gelendung siap untuk dipasangkan tali sulam

Cincin-cincin Kapasiti Tali

51

Page 27: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Keputusan

Penn Clash terbukti kekili yang bagus untuk dimiliki bila anda ber-tarung dengan ikan-ikan pemangsa yang menjadi penghuni laut dalam. Ia telah didera semasa penggunaan kami dan ia tidak akan menunggu di suatu sudut mengharapkan perkara yang sama ter-jadi.

Built qualityErgonomics (Feel)WeightSmoothness RotationDrag SmoothnessDrag StrengthBail-arm ToughnessLine ManagementSpeed (Retrieve)BalancePowerRating

Spinning Reels

8.5

Keseimbangan

Kualiti Binaan

ErgonomikBeratKelancaran PutaranKelancaran DragKekuatan DragKekuatan Wayar BailPengurusan TaliKelajuan

Kuasa

53

Page 28: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Philemon Foo

Pengunaan perkataan Degree dalam membezakan model-model adalah hanya untuk menyatakan bagaimana kepala jig duduk, (atau lebih tepat) berdiri di dalam air. Zero Degree membenarkan umpan lembut duduk mendatar di dasar seakan-akan seekor ikan atau cac-ing yang sedang berehat. Beberapa jenis ikan akan berada dalam posisi mendatar di dasar tasik atau laut apabila mereka berehat.

Model 30 Degree membenarkan umpan lembut berdiri pada sudut 30 darjah di dalam air untuk meniru kedudukan seekor ikan atau cacing yang sedang mencari makan. Inilah cara kebanyakan ikan dasar mencari makanan. Jika anda memelihara ikan dasar di dalam akuarium, anda dapat perhatikan tabiat ini.

Kepala jig amat diperlukan oleh semua pemancing yang menggunakan umpan lembut. Kepala jig Z Craft 0 Degree dan 30 Degree telah memasuki pasaran kami baru-baru ini. Kepala jig serba-boleh ini mempunyai ke-pala berbentuk kon dengan ukuran panjang yang berbeza bergantung kepada model-modelnya. Kepala 30 Degree lebih pendek berbanding model 0 Degree.

Maksud DegreeKepala Jig Z Craft 0 Degree Dan 30 DegreePandu Uji

55

Page 29: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Satu isu yang kerap dihadapi oleh pengguna umpan lem-but adalah umpan yang tergelincir dari posisinya dan ke-lihatan tidak menarik serta memberikan aksi yang kurang baik. X-Flex Locker dapat mengelakkan situasi ini dengan memastikan umpan lembut berada pada kedudukannya.

X-Flex Locker

Kepala jig Z Craft mempunyai mata kail air masin berkualiti tinggi yang boleh didapati dalam X2 dan X3 (2 kali lebih kuat atau 3 kali kekuatannya). Mata kail yang lasak ini amat bagus terutamanya apabila memancing ikan pemangsa di perairan air masin.

Mata Kail Berkualiti

57

Page 30: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Sebelum direndamkan, kami memeriksa ketajaman mereka dan mereka terbukti sungguh tajam sehingga dapat mencangkuk sudu plastik dengan mudah. Anda mesti bertanya kenapa sudu plastik. Pada kebiasaannya mata kail diuji dengan menariknya merentasi kuku anda. Kami telah menggunakan sudu kerana permukaannya lebih licin.

Ujian Ketajaman

Oleh kerana ia diklasifikasikan sebagai kepala jig air masin kami mesti meletakkannya ke dalam air masin untuk menguji tahap pen-gakisannya. Kami telah merendamkan mereka di dalam satu botol air masin. Untuk ujian yang lebih efektif, kami telah membiarkan-nya terendam selama 24 jam.

Ujian Air Masin

59

Page 31: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Melepasi 24 jam kami mengosongkan botol air masin dan memeriksa kedua-dua kepala jig tersebut. Kami ti-dak dapat melihat sebarang tanda pengaratan pada mereka. Selepas itu, kami menguji ketajamannya sekali lagi dengan sudu plastik. Mereka masih tajam.

24 Jam Kemudian

Kepala Jig Z Craft datang dengan matakail berkualiti tinggi Owner.

61

Page 32: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Saya masih belum menggunakannya sehingga hari ini (semasa artikel ditulis), tetapi telah mengujiny di mak-mal. Mereka telah melalui ujian air masin dan tidak karat. Mereka tetap tajam. Mereka adalah kepala jig yang ba-gus. Jika anda sedang mencari kepala jig, model-model ini mesti dipertimbangkan.

Keputusan

63

Page 33: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

King Frog dibina dengan sekeping acuan badan PU berdensiti tinggi yang lasak, dan dengan satu wayar kelu-li tahan karat merentasi badan gewang yang dinamakan Sistem Full Contact (FCS). Badannya diwarnakan den-gan cat berkualiti tinggi seiras warna-warna asal pelbagai jenis katak.

Binaan KukuhMinnows Inc King Frog

Gewang Minnows Inc King Frog adalah gewang plastik keras atau pejal yang dilengkapi dengan reka bentuk badan CNC. Mereka mempunyai skirt getah yang mudah ditukar, dua kaki getah lembut seiras pendayung, dan mata kail double Owner yang amat kuat dan berenang bebas.

Pemancing AsiaNote: Produk-produk didalam seksyen ini belum diuji oleh majalah Pemancing Asia

Pelancaran Baru

65

Page 34: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Di dalam badan gewang terdapat beberapa sisipan alat bunyian kaca yang menghasilkan bunyi apabila King Frog disentak atau dikarau di dalam air, dan ini dapat menarik perhatian ikan-ikan berhampiran untuk menyiasat dan menyerang. Ia juga dilengkapkan dengan sistem berat yang membenarkannya berada pada kedudukan seump-ama seekor katak hidup di atas permukaan air.

Dalaman Badan

Gewang-gewang minnow ultra pantas Minnows Inc Beito Original merupakan gewang yang amat serba boleh dalam pelb-agai cara. Beito Original dilengkapi dengan sistem pemindah be-rat dan reka bentuk aerodinamik untuk memberikan jarak-jarak balingan yang sungguh bagus.

Minnows Inc Beito Original

Pemancing Asia

Note: Produk-produk didalam seksyen ini belum diuji oleh majalah Pemancing Asia

Pelancaran Baru

67

Page 35: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Sistem pemindah berat juga dapat memberikan Beito Origi-nal aksi renang yang seakan hidup semasa karauan dan kestabilan yang menggagumkan dalam menggalakkan pemangsa-pemangsa untuk menyerang. Dengan penggu-naan sistem yang dinamakan “Sistem Full Connect” (FCS), Beito Original dilengkapkan dengan sistem wayar melalui gewang. Ini bermakna bahawa jika seekor ikan pemangsa dengan gigitan yang kuat menyambar dan merosakkan ge-wang, anda masih berpeluang untuk menewaskannya.

Sistem Pemindah Berat

Beito Original amat sesuai untuk mengilat di perairan biru atau troll-ing secara perlahan dengan ikan-ikan pelagik sebagai sasaran sep-erti ikan Mackerel, Trevally, Tuna, Queenfish, dan sebagainya.

69

Page 36: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Zone AksiPhilemon Foo

Secara peribadi saya tidak suka menyertai pertandingan-per-tandingan memancing. Aktiviti memancing adalah masa untuk saya relaks dan melupakan hal-hal kerja, dan bukanlah sesuatu yang memberikan tekanan. Sejak memancing telah dijadikan kerja saya untuk tempoh yang begitu lama dan tekanan telah menjadi seba-hagian daripada kerja, saya mengambil keputusan untuk menyertai satu pertandingan pada tahun ini. Saya telah mendaftarkan diri un-tuk Cabaran Antarabangsa Royal Pahang Billfish.

Pasukan Penn ConflictPengalaman Cabaran Antarabangsa Royal Pahang Billfish 2015

Cabaran Antarabangsa Royal Pahang Billfish merupakan satu pertandingan memancing yang diadakan di Rompin (di pantai timur Semenanjung Malaysia) dengan menyasarkan ikan-ikan berparuh. Di perairan ini terdapat ikan-ikan mar-lin dan layar. Ringkasannya, pasukan dengan kiraan mata tertinggi akan menang. Seekor ikan layar akan memberikan pasukan tersebut 600 mata dan seekor ikan marlin 1000 mata.

Cabaran

71

Page 37: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Oleh kerana setiap pasukan mesti disertai oleh 3 orang pe-mancing dan seorang tekong, pasukan saya terdiri daripa-da Kay, Daniel dan saya (Phil), dan tidak dilupakan Ah Pau iaitu tekong kami. Kami adalah Pasukan Penn Conflict yang memancing menggunakan jenama Penn dengan Penn se-bagai penganjur utama kami sementara Buff adalah pen-ganjur sarung tangan dan barangan pelbagai fungsi yang dipakai di kepala. Tidak seorang pun daripada kami yang pernah menyertai pertandingan memancing apa lagi acara ini. Daniel tidak pernah menangkap walaupun seekor ikan layar sebelum ini. Tetapi kami inginkan kemenangan.

Pasukan Penn Conflict

Sehari sebelum acara tersebut kami telah ke laut untuk men-cari ikan-ikan sasaran dan juga merancang strategi kami. Tekong kami yang hebat telah menunjukkan usaha yang terbaik untuk menjejaki mereka sambil mengingati rancan-gan yang ditetapkan untuk keesokan hari, serta memberi kami panduan mengenai apa yang patut diharapkan.

Kami mengharungi lautan sehingga Pulau Berhala dan kem-bali, menghabiskan seharian suntuk hanya dengan mem-buat tinjauan. Ini merupakan kali pertama dalam hidup saya di mana tiada tali pancing digunakan walaupun kelihatan ikan layar di sekeliling kami.

Meninjau Lautan

73

Page 38: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Malam tersebut dipenuhi dengan aktiviti mengikat tali dan mata kail, memastikan peralatan pancing kami sedia untuk pertarungan keesokan hari, dan meneliti dan memperbaiki strategi yang telah kami rancangkan. Peralatan serangan kami termasuklah joran-joran Shakespeare Ugly Stik Tiger Lite Jigging dan Penn Snapper, dipasangkan dengan kekili-kekili Penn Spinfisher, Battle II, Conflict, dan Clash; untuk ikan-ikan berparuh. Joran-joran Abu Garcia Ocean Project dan Salty Stage KRX untuk ikan-ikan umpan.

Penyediaan Serangan

Kami bersarapan pada pukul 6.30 pagi diikuti dengan pe-mindahan peralatan pancing kami ke atas bot. Selepas itu kami menuju ke Jeti Lanjut untuk pelancaran acara oleh be-berapa orang kenamaan, dan juga bertemu dengan marshal kami. Untuk acara ini kami dipasangkan dengan marshal yang lain setiap hari, satu peraturan yang bagus.

Hari 1 : Bersedia Untuk Pertarungan

75

Page 39: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Pada pukul 9 pagi kami kelihatan seperti sepasukan bot-bot lumba yang bersedia untuk berlepas di garisan permu-laan. Berdasarkan nombor yang diberikan kepada setiap pasukan, bot-bot kami berlepas mengikuti turutan nombor masing-masing. Kami menunggu giliran kami. Bila masanya tiba, tekong kami memulakan enjin botnya dan kami terus berlepas ke lokasi pertama kami, di mana umpan-umpan telah disediakan untuk peralatan Apollo kami. Kami bertukar daripada manusia kepada satu mesin pancing yang besar.

Mengumpan Umpan

Setelah menangkap ikan-ikan umpan yang mencukupi, kami terus ke lokasi-lokasi yang telah ditandakan semalam dan menyasarkan kumpulan ikan layar yang telah di kenal pasti. Kami membiarkan ikan umpan kami yang masih hidup bere-nang bebas dan menunggu sambaran ikan-ikan layar (atau marlin). Tidak lama kemudian kami telah mendapat gigitan yang pertama.

Pancingan Yang Bagus

77

Page 40: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Seperti sebuah mesin, kesemua orang di atas bot kami samada sedang menggerakkan joran-joran, menguruskan tali-tali panc-ing, dan sebagainya untuk memastikan ikan layar tersebut dinaik-kan dengan pantas, selamat, diambil gambarnya, dan dilepaskan hidup-hidup. Peralatan kami juga telah memainkan peranan yang penting kerana ikan layar terkenal sebagai ikan terpantas di lautan; kekili-kekili mesti lancar dan mampu menahan suhu yang tinggi, joran-joran mesti cukup berkuasa untuk mengawal ikan, dan tali-tali mesti berkeupayaan untuk menghadapi deraan.

Kerja Berpasukan

79

Page 41: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Persembahan peralatan kami amat menggagum-kan terutamanya kekili Penn Spinfisher V Liner dan tidak lama kemudian ikan tersebut berada di tepi bot kami. Marshal di atas bot kami tidak mem-buang sebarang masa. Dengan mengetahui beta-pa gentingnya setiap saat, dia telah mengeluarkan kamera dan mengambil beberapa keping gambar.

Kepentingan Setiap Saat

Dengan laut yang bergelora dan angin yang menghasilk-an ombak-ombak, lutut kami kerap tercedera semasa cuba mengimbangi badan kami sambil bertarung dengan setiap ekor ikan yang menyambar. Kami telah kehilangan beber-apa ekor ikan, iaitu suatu kebiasaan, tetapi pada keseluru-hannya kami berjaya melalui hari pertama yang sungguh bagus dengan tangkapan sebanyak 11 ekor ikan layar.

Hari Pertama Yang Bagus

81

Page 42: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

83

Page 43: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Masa pancingan pada hari kedua lebih singkat kerana ke-semua peserta mesti kembali dan melaporkan diri sebe-lum pukul 3 petang atau mereka akan disingkirkan. Mar-shal-marshal dari PeMM (Persatuan Memancing Malaysia) yang diketuai oleh James Tye amat tegas dalam pematu-han peraturan-peraturan. Tanpa membazirkan masa, kami terus berjumpa marshal kami dan menghala ke lokasi-lokasi memancing bermula dengan lokasi yang disediakan umpan hidup.

Serangan Hari Kedua

Hari kami bermula dengan hebat di sebelah pagi. Kami telah mendapat kebanyakan ikan layar (untuk hari tersebut) di waktu pagi semasa angin bertiup dan ombak mengayunkan bot kami ke kiri dan ke kanan. Selepas waktu tengahari an-gin semakin reda dan lautan menjadi tenang. Ia terasa sep-erti kami sedang memancing di sebuah tasik yang bermis-teri (kami diselubungi jerebu yang tebal).

Ikan Kurang Aktif

85

Page 44: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Dengan redanya angin dan ombak, ikan-ikan layar telah ke tempat perlindungan mereka. Beberapa ekor yang masih kelihatan seolah-olah tidak berselera untuk makan. Kami terus mencari di lautan yang luas sambil berhenti di lokasi-lokasi yang berlainan untuk mencuba nasib sehingga masa penamat tiba. Apabila kami ingin mengarau tali-tali pancing, seekor ikan layar telah menyambar. Pertarungan berlanjutan dan tidak lama kemudian ia dinaikkan, diambil gambarnya dan dilepaskan.

Harapan Terakhir

Kami hanya dapat menaikan 7 ekor ikan layar. Ini memang mengelisahkan. Adakah kumpulan-kumpulan lain mengha-dapi nasib yang sama seperti kami?

Perjalanan kembali ke jeti memang pantas tetapi senyap kesunyian.

Detik-Detik Penghabisan

87

Page 45: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Malam itu kami menunggu dengan sabar di resort Golden Beach Lanjut dan Golf untuk makan malam dan majlis pe-nyampaian hadiah. Kami bertiga memilih meja yang agak jauh dari pentas dan menunggu pasukan-pasukan lain yang juga ditaja oleh Penn, tiba. Tiba-tiba ketua marshal, James, datang dan menjemput kami untuk duduk di meja pemenang.

Penutupan Acara

Terdapat 7 kedudukan ranking (7 pasukan yang menang). Kami duduk dan menunggu majlis penyampaian hadiah. Buat masa ini kami, menonton persembahan tarian tradis-ional dan nyanyian sambil memakan. Akhirnya sampai masa pengumuman dan pemberian hadiah.

Ada Harapan

89

Page 46: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Tempat ke-7, Pasukan Lemax Pro Team! Diikuti oleh tem-pat ke-6 pasukan, Gung Ho! dari New Zealand! Tempat ke 5, pasukan Jin Zun Fishing Club dari China! Tempat ke-4, Pasukan Stars Of Jade!

Hati Berdebar-Debar

Kami terkejut dengan keputusannya. Kami berada di tempat ketiga teratas. Pemenang ketiga, Pasukan Penn Conflict! Kami memenangi tempat ketiga. Kami berpelukan gembira sebelum naik ke pentas untuk mengambil trofi dan hadiah-hadiah kami. Pasukan Gawas mendapat tempat kedua, dan pemenangnya adalah Pasukan Xzoga.

Kejutan Yang Bagus

91

Page 47: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Cabaran Antarabangsa Royal Pahang Billfish adalah acara tahunan pengelolaan bersama kerajaan negeri, Lembaga Pembangunan Tioman, dan juga Persatuan Memancing Malaysia (PeMM).

Penganjur-penganjur tahun ini adalah Pure Fishing Ma-laysia, TCE Tackle, Sang Lin Tackle, Mustad, The Season Tackle, dan Lanjut Resort Hotel.

Fakta Acara

Ucapan tahniah kepada pasukan pengelola yang telah men-jalankan tugas dengan tekun, PeMM, dan ketua marshal James. Satu usaha yang amat bagus. Kami mengucapkan tahniah kepada semua pemenang acara ini. Terima kasih kepada kesemua penganjur acara. Dan berbanyak terima kasih kepada penganjur kami, Penn dan Buff (Corezone Malaysia).

Tahniah

93

Page 48: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Tekanan yang dirasai dalam acara ini amat tinggi kerana kami terpaksa bertungkus-lumus untuk mencapai kemenangan. Fokus kami tertumpu kepada kejayaan sehinggakan kami terlupa makan di atas bot. Tekong kami terpaksa mengin-gati kami untuk makan. Peralatan pancing kami telah ber-fungsi dengan baik. Beberapa peralatan kami tidak dapat digunakan, oleh itu amat mustahak untuk membawa pera-latan tambahan di atas bot sebagai pengganti.

Penamat

Kekili terbagus yang kami miliki semasa acara ini adalah Penn Spinfisher Live Liner. Ia sungguh lancar dan fungsi Live Liner amat baik untuk pemancingan seperti ini. Satu lagi kekili yang telah memberikan persembahan yang baik adalah Penn Clash. Ia lancar dan lasak. Ia hanya tidak dilengkapi dengan fungsi Live Liner. Kedua-duanya meru-pakan kekili yang menggagumkan untuk aktiviti memancing yang penuh deraan.

Peralatan Yang Bagus

95

Page 49: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Terdapat beberapa perkara yang telah saya pelajari. Antara yang paling penting adalah :

1. Pastikan semua peralatan pancing dalam keadaan yang bagus. Jika anda kurang pasti, jangan dibawa dan beli yang baru.

2. Bawa peralatan pancing melebihi apa yang diperlukan. Termasuklah joran-joran, kekili, tali pancing, gewang, rig dan sebagainya.

3. Alatan pancing untuk pemancingan waktu lapang dan pe-mancingan pertandingan tidak serupa. Anda tidak boleh ter-silap pilih.

4. Berlatih dan bersedia melebihi kebiasaan.

Pengajaran Ditimba

97

Page 50: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

99

Page 51: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

101

Page 52: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

103

Page 53: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Memancing Dengan Sesudu Ba-hagian 9 – Penggunaan Trailer

Semasa memancing kami jarang akan berhadapan dengan situasi yang sempurna. Kadang-kala kesemua pengalaman yang kami lalui daripada memancing di lokasi yang sama selama ber-tahun-tahun lamanya tidak memberikan sebarang faedah. Ter-dapat kata-kata yang mengatakan bahawa ikan-ikan telah arif (fakta yang benar). Ada pula yang mengatakan terdapat tentan-gan dari ikan-ikan dan mereka bercadang untuk bercuti. Di dalam situasi sebegini, mungkin hanya dengan perubahan yang mini-mal dapat mengubah keadaan. Cuba tambahkan trailer kepada alatan anda.

Philemon Foo

Apakah Itu Trailer?

Saya bukan merujuk kepada bahagian beroda di belakang sebuah lori. Di sini trailer adalah benda seperti umpan plastik lembut yang boleh dipasang pada sesudu. Seperti sebuah lori dan trailernya, sesudu memainkan peranan lori dan umpan lembut tersebut dii-baratkan sebagai trailer. Mudah.

Penambah Kemahiran

105

Page 54: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Trailer Memang Efektif

Terdapat beberapa barang yang boleh digunakan sebagai trail-er. Mereka mempunyai objektif yang serupa iaitu untuk mem-berikan efek tambahan kepada penampilan sesudu, spinner, atau jig yang digunakan dalam usaha merangsangkan gigitan. Kami memberi contoh barangan yang biasa digunakan.

Cut Strips

Cut Strips merupakan salah satu trailer kegemaran saya. Ia adalah kepingan panjang umpan lembut (yang saya guna) berbentuk kepingan leper dan boleh di potong berjalur. Jenis yang saya miliki mempunyai bauan oleh Berkley.

Terdapat juga pemancing-pemancing yang menggunakan kepingan daging sebagai trailer. Untuk pemancingan air ma-sin, anda boleh menggunakan kepingan ikan, sotong dan lain-lain.

*Pictures courtesy of Pure Fishing Japan.

107

Page 55: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Cacing

Plastik lembut berbentuk cacing adalah di antara trailer yang paling kerap digunakan. Mereka memberikan aksi menggeliang-geliut di belakang sesudu.

Ikan Plastik Lembut

Satu lagi trailer yang biasa digunakan adalah plastik lembut ber-bentuk ikan seiras minnow dengan ekor T atau ekor dayung. Aksi renang ekor yang menggeliang-geliut amat menarik kepada seekor ikan yang kelaparan.

109

Page 56: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Grub

Grub plastik lembut juga merupakan trailer yang bagus. Seperti trailer plastik lembut berbentuk ikan, tarian eksotik ekor grub amat menarik kepada ikan-ikan. Saya juga pernah menggunakan mereka dengan keputusan yang menggagumkan.

Tube

Tube adalah satu trailer yang biasa digunakan. Umpan getah ini seiras sotong, mempunyai beberapa tentakel (unjuran) yang meng-geliang-geliut untuk menghasilkan penampilan yang sungguh menawan. Satu lagi kelebihan tube adalah mereka kebiasaannya berongga dan boleh diletakkan bauan (kapsul bauan).

111

Page 57: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Skirt

Skirt getah kerap-kali dipasangkan pada spinner dan keberkesanan-annya telah lama terbukti. Skirt getah juga boleh ditambahkan terus kepada sesudu atau pada trailer yang digunakan untuk penampilan sesudu yang lebih menarik.

Kenapa Ia Berkesan?

Sesudu adalah gewang-gewang yang berkesan disebabkan beber-apa fakta. Mereka menghasilkan kilauan, pergolakan air, getaran, gelembung air, dan sebagainya. Kesemua kualiti ini dapat menarik perhatian ikan. Tetapi terdapat juga keadaan di mana mereka tidak berkesan tanpa sebab yang diketahui.

Di sebaliknya, plastik lembut sungguh berkesan kerana mereka kelihatan seakan hidup, terasa lembut bila digigit, dan boleh dit-ambahkan bauan dengan efektif. Walau bagaimanapun, mereka ti-dak menghasilkan kilauan yang mencukupi (dibandingkan dengan sesudu) iaitu faktor penarik ikan, dan mengimbangi di antara berat, aksi renang, kadar laju kejatuhan, dan jarak balingan kadang-kala adalah amat sukar.

113

Page 58: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Efek Visual

Apabila kedua-duanya dipasangkan bersama, terhasil efek visual aksi sesudu serta umpan lembut untuk memberikan efek yang leb-ih berkesan dengan penambahan bauan, kawalan kejatuhan yang lebih mantap, jarak balingan yang lebih seimbang, kadar laju kejatu-han, dan aksi renang.

Kesimpulan

Menambahkan trailer kepada sesudu bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah digunakan untuk beberapa tahun di kebanyakan negara un-tuk pelbagai jenis ikan. Terdapat juga sesudu yang dipasarkan den-gan trailer yang telah siap dipasang. Cubalah ia jika cara-cara lain tidak berkesan. Adalah lebih baik jika mempunyai lebih banyak pili-han semasa menghadapi cabaran, betul atau tidak?

115

Page 59: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

IkanTidak Rasa Sakit, KajianSaintis

Philemon Foo

Saya pernah berdebat dengan beberapa orang rakan menge-nai tujuan saya memilih ikan sebagai aktiviti sukan. Saya telah dituduh mencederakan ikan hanya untuk sukan dan fotografi di mana saya akan mengatakan bahawa ikan tidak dapat merasa kesakitan (saya pernah membaca mengenainya beberapa tahun yang lalu). Saya akan ditanya bagaimana saya mengetahui fakta tersebut dan pernahkah saya menemuduga seekor ikan. Isu ini akan berlanjutan tanpa henti.

Jim Rose, profesor zoologi dan fisiologi di University Wisconsin, dan ketua projek ini, telah melakukan satu eksperimen dengan menggunakan picagari untuk memasukkan amaun asid atau bisa lebah yang banyak ke dalam rahang ikan rainbow trout, yang mana akan mengakibatkan kesakitan yang teramat sangat kepada manusia, tidak memberi kesan yang ketara kepada ikan terse-but. Mereka telah kembali melakukan aktiviti-aktiviti kebiasaannya dalam masa beberapa minit sahaja. Perkara yang serupa dapat diperhatikan setelah ia ditangkap dan dilepaskan balik ke habitat-nya.

Terbukti Secara Saintifik Penambah Ilmu

117

Page 60: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Kenapa IkanTidak Rasa Sakit

Berlainan dari manusia, ikan dikatakan tidak mempunyai sistem otak atau saraf penerima yang mencukupi di dalamsel-sel sarafnya untuk merasa kesakitan atau penyeksaan.

Mereka akan bergelut untuk melepaskan diri disebabkan oleh reaksi terhadap penangkapannya, tanpa rasa sakit atau terseksa.

Oleh itu, daripada memberitahu rakan-rakan yang mengutuk su-kan kami kerana ikan akan tercedera untuk tidak memakan ikan, atau untuk jangan mencuri makanan ikan-ikan dengan memakan-nya (jika mereka tidak makan daging); kami boleh mengatakan bahawa telah terbukti secara saintifik bahawa ikan tidak dapat rasa kesakitan. Saya kurang pasti pula mengenaiikan paus, lum-ba-lumba dan jerung.

Memancing Dengan Gembira

119

Page 61: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Klik untuk membaca artikel asal :

Bacaan lebih lanjut: http://www.dailymail.co.uk/news/arti-cle-2261424/Anglers-finally-hook-scientists-settle-age-old-debate-fish-feel-pain.html#ixzz3nsCCDPFK

http://www.dailymail.co.uk/news/article-2261424/Anglers-finally-hook-scientists-settle-age-old-debate-fish-feel-pain.html#ixzz3nsCCDPFK

Artikel Asal

121

Page 62: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Cabutan Bertuah1st

2nd3rd

4th

Senang. Mudah. Hanya dengan 4 langkah anda mungkin memenangi salah satu daripada hadiah-hadiah berikut

Hadiah Pertama - Kekili Accurate Fury -1pc

Hadiah Kedua - Kekili Pflueger 7450 Arbor -1pc

Hadiah Ketiga - Kekili Pflueger 4735 Trion -1pc

Hadiah Ke 4 - 20 - Hadiah Istimewa - 10 pkt Matakail Decoy Y300

Anda hanya perlu :1. Mengambil gambar tangkapan anda dengan menggunakan produk-

produk Decoy & ZMAN pilihan anda (mesti kelihatan dengan jelas).

2. Muat turunkan Borang Peraduan Cabutan Bertuah.

3. Jawab 3 soalan mudah, kepilkan gambar tangkapan anda, dan juga bukti

pembelian.

4. Hantar borang yang telah dilengkapkan ke OAG Worldwide Sdn. Bhd. di

alamat di bawah.

No. 5-1, Jalan Setia Dagang U13/AJ, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603-3358 6003

Terma & Syarat

1. Peraduan cabutan bertuah ini adalah terbuka kepada semua warganegara Ma-laysia, dan Brunei kecuali kakitangan / pekerja OAG Worldwide Sdn Bhd, ahli kelu-arga terdekat mereka, dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam peraduan ini.

2. Peraduan cabutan bertuah ini bermula dari 1hb Februari 2015 hingga 31st Janu-ary 2017

3. Peserta-peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini. Semua penyertaan mesti disertai dengan pelekat halogen OAG yang terdapat pada kesemua pembungkusan produk Decoy & ZMAN termasuk umpan-umpan plastic lembut ZMAN, DieZel Spin ZMAN, Chatterbait, JigheadZ, dan Shaky HeadZ sebagai bukti pembelian. Kesemua penyertaan akan dikumpulkan.

4. Semua penyertaan mesti dilengkapkan dengan maklumat peribadi.

* Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab seandainya hadiah-hadiah yang dihantar tidak diterima oleh pemenang berkenaan.

123

Page 63: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Informasi Produk

Jenama

Accurate Pflueger

Decoy Z-MAN

Jenis ___________________ Model ____________________

Nama penuh mengikut Kad Pengenalan: ____________________________

Nombor Kad Pengenalan: _______________________________________

Nombor Telefon: _______________________________________________

Alamat E-mel: ________________________________________________

Alamat surat-menyurat (untuk penghantaran hadiah yang dimenangi):

____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________

_____________________________________________________

Lucky Draw Contest Form

Chop Kedai

5. Semua penyertaan mesti dilengkapi dengan gambar, jawapan, kad waranty Pflueger / Accurate, pelekat halogen OAG, dan maklumat peribadi.

6. Setiap penyertaan mesti dihantar ke alamat di bawah sebelum atau pada 30hb setiap bulan peraduan.

7. Penyertaan yang tidak lengkap atau lewat akan dibatalkan secara automatik.

8. Setiap keping gambar yang disertakan akan menjadi hak milik OAG World-wide Sdn Bhd, dan dengan menyertai cabutan bertuah ini peserta memberi kebenaran secara automatik untuk penggunaan adil gambar-gambar tersebut di bawah undang-undang oleh OAG Worldwide Sdn Bhd.

9. Pihak penganjur berhak menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, jika situasi memerlukannya.

10. Pihak penganjur berhak menukar atau meminda mana-mana peraturan, terma dan syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih da-hulu.

11. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukarkan dengan wang tu-nai.

12. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

Pelekat Hologram sebagai bukti pembelian

125

Page 64: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

* Picture courtesy of Pure Fishing

Bawalah Anak-Anak Anda MemancingSatu Inisiatif Oleh Majalah The Asian Angler & Majalah Pemancing Asia

Memancing adalah sukan yang sangat sihat. Sebagai pemancing kita menik-mati udara segar, kita menikmati alam semulajadi, kita meningkatkan kema-hiran analitikal, kita serap vitamin dari matahari, kita bebaskan minda, kita mempelajari tentang alam sekitar dan sebagainya.

Terdapat banyak kebaikkan memanc-ing dan kita sepatutnya mengurangkan ketagihan anak-anak kita dari per-mainan video, permainan computer, bermain dengan gajet mudah alih dan sebagainya. Kita seharusnya membawa mereka untuk berinteraksi dengan alam sekitar dan ajar mereka mengenai satu atau dua perkara tentang hidup dan kehidupan.

Dengan ini kami berharap dapat menggalakkan anda membawa anak-anak anda memancing dan mendedi-kasikan sebahagian daripada majalah kami untuk Junior Anglers

Junior Anglers

* Picture courtesy of Pure Fishing127

Page 65: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Junior Anglers By Amirul Irfan

Bergembira Dengan Umpan Lembut

Salam semua!

Baru-baru ini saya bernasib baik kerana dapat memancing den-gan joran terbaru Abu Garcia Tournament K. Ia adalah joran yang dibina untuk pemancing yang mengejar ikan impian mereka di mana-mana kawasan sama ada air terbuka atau air yang banyak berumpair. Joran ini sesuai untuk melaksanakan balingan jauh, dengan umpan yang besar, dan juga gewang-gewang kecil.

Saya juga mempunyai peluang untuk memancing dengan umpan Berkley Powerbait Saltwater Slinky Shad. Sebagai seorang pemi-nat swimbaits, Slinky Shad dapat menangkap hati saya. Slinky Shad adalah umpan yang boleh bertahan lama dan ia juga ada;ah umpan jenis terapung. Setakat ini saya tidak mempunyai masalah dengan Slinky Shad walaupun is di serang dengan ganas. Slinky Shad me-mang bertahan.

129

Page 66: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Saya mengunakan umpan Slinky Shad dengan matakail Mustad 3/0 EWG tanpa pemberat. Profil dan cara ia berenang nampak seakan-akan ikan yang benar. Walaupun ia dibuat untuk memanc-ing di laut ia juga juga boleh digunakan dengan untuk memancing ikan air tawar.

Matakail senang di pasang kepada kepala Slinky Shad mudah dipas-ang. Saya dapat menangkap banyak ikan hanya dengan mengunakan satu Slinky Shad. Slinky Shad yang saya gunakan disabar kuat oleh seekor ikan haruan yang bersaiz besar apabila saya membiarkan um-pan Slinky Shad terapung di sekitar kawasan berumput. Malangnya ikan tersebut berjaya melarikan.

131

Page 67: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Ikan-ikan haruan bersaiz kecil juga gemar menyambar umpan Slinky Shad. Banyak juga ikan haruan bersaiz curut mengejar Slinky Shad. Itulah bukti kehebatan Slinky Shad ini. Dengan men-gunakan joran Surecatch D-Legend yang bagus, peluang ikan ha-ruan melarikan diri amat kurang.

Dua ekor ikan haruan dapat menyambar umpan Slinky Shad dan um-pan Zman MinnowZ kami. Paras air tasik yang kami pancing sudah naik lebih kurang satu kaki kerana hujan semalaman. Kami dapat me-lihat seekor ikan haruan yang saiznya lebih kurang 1kg sedang me-nyambar ikan-ikan kecil dan ia adalah satu pemandangan yang mena-kjubkan.

133

Page 68: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Seekor lagi ikan haruan yang dapat saya tewaskan dengan men-gunakan gewang swimbait jenis ikan yang diberi oleh En. Ginson dua bulan lalu. Ikan haruan ini bergambar di tepi rumpair jenis hy-drilla dan joran Surecatch D-Legend.

Seekor lagi ikan haruan yang dapat ditumpas dengan gewang swim-bait Owner. Joran Abu Garcia Tournament K dapat menaikan ikan dengan senang. Saya memang suka mengunakan umpan jenis swim-bait di permukaan air kerana ekornya yang bergerak dipermukaan air mengeluarkan bunyi yang dapat menarik perhatian ikan.

135

Page 69: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Seekor lagi anak ikan haruan yang menyerang umpan Owner Swimbait lebih kurang 10 minit selepas saya menaikan ikan ha-ruan sebelumnya. Ia menyambar umpan di tempat yang sama. Mungkinkah ikan ini kembar kepada ikan yang saya naikkan tadi?

Umpan plastik lembut memang efektif. Cubalah.

Saya harap anda semua orang kekal sihat terutama semasa fenomena jerebu sekarang.

Selamat memancing.

Bawalah Anak Anda Memancing

Setiap kanak-kanak perlu meluangkan masa di luar. Memancing adalah satu sukan yang selamat dan boleh memberi pendidikan kepada anak anda dan juga menolong merapatkan hubungan dian-tara anda dan anak-anak anda.

Selamat memancing...

137

Page 70: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

UV BUFF PEMANCING

UV Buff® merupakan aksesori kepala Original Buff® yang dibuat untuk kegunaan semasa musim yang panas terik. Dengan kehe-batan fabrik khas Coolmax® Extreme, UV Buff® dapat menyerap peluh dengan pantas dengan membenarkan lembapan melaluinya sambil memberikan perlindungan 95% daripada sinar UV. Ia adalah aksesori yang amat sesuai semasa melakukan aktiviti luar di bawah sinaran cahaya matahari.

Ciri-Ciri

Diperbuat daripada bahan Coolmax.

-Fiber khas dengan empat-ruang membentuk sistem pengangkutan yang dapat menarik lembapan dari kulit ke bahagian luar fabrik. Lembapan tersebut akan kering lebih pantas dibandingkan den-gan fabrik yang lain dan secara langsung dapat mengimbangi suhu badan.

Radiasi sinar ultralembayung, atau UV, wujud bersama cahaya ma-tahari. Selaran matahari adalah kesan UV yang berlebihan pada kulit anda. Pendedahan berlebihan kepada UV dalam tempoh beberapa tahun akan memudaratkan kesihatan anda dengan masalah-ma-salah seperti kanser kulit atau katarak. Pakaian-pakaian yang dire-ka bertujuan untuk perlindungan daripada sinaran matahari seperti ini dapat mengurangkan pendedahan anda kepada UV.

Laman: http://mycorezone.com/product/uv-angler-buff/

Pemancing AsiaBarang-Barangan

139

Page 71: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Alat terbaru koleksi kami ialah Bekas Audio Kalis Air TPU yang dilengkapi dengan satu penyambung audio TRRS 3.5mm untuk menghasilkan isyarat serta kawalan audio yang serupa dengan penyambung siap-pasang telefon anda. Bekas Audio Kalis Air TPU lebih panjang dari Bekas Guide TPU, membolehkannya dimuatkan dengan lebih banyak jenis peralatan serta dilengkapkan dengan pelbagai lokasi bicu-bicu audio. Bekas Audio Kalis Air TPU untuk Telefon Pintar mengekalkan klasifikasi IPX8 dan kesemua ciri-ciri koleksi Guide TPU.

https://www.youtube.com/watch?v=dZ7yO4L79mE

Laman: http://www.seatosummit.com/

BEKAS AUDIO TELEFON PINTAR KALIS AIR TPU OLEH SEA TO SUMMIT

Karung Kering Ultra-Sil® NanoDi zaman barangan kini yang amat ringan kami telah meng-hasilkan satu koleksi karung-karung kering yang amat ringan un-tuk mengurangkan beberapa gram genting yang tidak diperlukan. Dengan menggunakan fabrik nilon 15 denier Sil/PU yang kami na-makan Ultra-Sil® Nano, satu kancing tepi yang ringan dan penu-tup bergulung yang lebih nipis kami telah mereka karung kering 30% lebih ringan dibandingkan dengan karung kering Ultra-Sil® 30 D kami yang standard!

Video: https://www.youtube.com/watch?v=_ZMSZk_qUlY

Site: http://www.seatosummit.com/

Pemancing AsiaBarang-Barangan Pemancing AsiaBarang-Barangan

141

Page 72: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

SARUNG TANGAN BUFF PRO-SERIES ANGLER II

Sarung tangan Pro-Series Buff® Angler dibuat daripada fab-rik basah/kering suede akuatik, hujung jejari yang dipotong, grip berbentuk berlian, dan seribu lagi ciri-ciri yang amat teliti untuk menjadikan sarung tangan ini kegemaran pemancing-pemancing. Jika anda suka memancing, anda akan suka akan sarung tangan ini.

http://mycorezone.com/product/buff-pro-series-angler-gloves/

Pemancing AsiaBarang-Barangan

143

Page 73: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Pemancing AsiaFun Things

Cara Menggigit Joran Anda Semasa Bergam-

Mengambil gambar tangkapan adalah kebiasaan ramai pe-mancing. Kebanyakan dari mereka gemar menunjukkan alatan pancing yang digunakan dalam menewaskan ikan. Terdapat pel-bagai cara untuk mempamerkan alatan-alatan tersebut di dalam foto di mana kedua-dua ikan dan pemancing juga kelihatan.

Gaya Joran Di Dalam Mulut

Satu cara yang biasa digunakan adalah gaya joran di dalam mulut di mana pemancing menggigit joran dengan mulut mereka sam-bil memegang ikan dengan kedua-dua tangannya semasa meng-gayakan diri di hadapan kamera. Pemancing mesti mengimbangi kedua-dua ikan dan joran di dalam mulutnya dengan satu hujung joran di bebankan ke bawah oleh berat kekili.

145

Page 74: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Jajahan Bakteria

Secara peribadi, saya ingin mencadangkan gigitan dibuat pada tu-lang joran dan elakkan dari menggigit pemegang. Ini adalah kera-na pemegang EVA, gabus dan lain-lain dapat menyerap pelbagai kotoran seperti lendir ikan mahupun bakteria, peluh disebabkan lo-kasi yang seram mahupun pelbagai kontaminan, justeru rasa yang dihasilkannya. Tulang joran bagaimanapun tidak berkeupayaan untuk menyerap walaupun ia pasti mempunyai kotoran dan bakte-ria, tetapi kuantitinya lebih rendah.

Tulang Joran Atau Pemegang ?

Jika gaya ini menjadi pilihan anda untuk bergambar, adakah anda akan menggigit EVA atau pemegang gabus kerana ia lebih lembut, rasa lebih bagus, dan tidak mudah rosak, atau anda akan meng-gigit bahagian pejal tulang joran samada ianya diperbuat dari kaca gentian atau grafit karbon ?

147

Page 75: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Page 1

KR-X LIGHT JIGGING

SAP MODEL SPECIFICATIONS

1299912 SS KR-X LightJigging SXLS-632-80-KR Length 6’3” • Max Jig 80g • Line PE 1.5

1299913 SS KR-X LightJigging SXLS-632-120-KR Length 6’3” • Max Jig 120g • Line PE 1.5

1299914 SS KR-X LightJigging SXLS-632-150-KR Length 6’3” • Max Jig 150g • Line PE 1.5

149

Page 76: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Page 1

MYS PRO SHIRT

SAP ITEM SIZE

1391721 Abu Garcia MYS PRO SHIRT 3 XL

1391722 Abu Garcia MYS PRO SHIRT 5 XL

Features: • Micromesh long sleeve fishing jersey. Lightweight, quick dry material ideal for long days on the water.

151

Page 77: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Page 1

VERACITY PRO

SAP MODEL SPECIFICATIONS Action Type

1379850 VERPC 562 MA (15) Length 5’6” • Lure 1/6-1/2oz • Line 6-14lb • Braid 8-17lb Medium Casting

1379851 VERPC 602 MHA(15) Length 6’0” • Lure 1/4-3/4oz • Line 8-17lb • Braid 10-25lb Medium Heavy Casting

1379852 VERPC 662 MHA(15) Length 6’6” • Lure 1/4-1oz • Line 10-20lb • Braid 12-30lb Medium Heavy Casting

1379853 VERPS 602 MHA(15) Length 6’0” • Lure 1/4-3/4oz • Line 8-17lb • Braid 10-25lb Medium Heavy Spinning

1379854 VERPS 702 MHA(15) Length 7’0” • Lure 1/4-1oz • Line 10-20lb • Braid 12-30lb Medium Heavy Spinning

1379855 VERPS 802 HA (15) Length 8’0” • Lure 1/2-1 1/4oz • Line 12-25lb • Braid 15-40lb Heavy Spinning

1379856 VERPS 902 HA (15) Length 9’0” • Lure 1/2-1 1/4oz • Line 12-25lb • Braid 15-40lb Heavy Spinning

1379857 VERPS 1002 HA (15) Length 10’0” • Lure 1/2-1 1/4oz • Line 12-25lb • Braid 15-40lb Heavy Spinning

153

Page 78: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

BAYONET

SAP MODEL SPECIFICATIONS

1382777 PBYS602 MH A (14) with local guide LENGTH 6'0“ • LURE 1/4-1OZ • LINE 8-20LB

1382778 PBYS662 MH A (14) with local guide LENGTH 6'6“ • LURE 1/4-1 1/4OZ • LINE 10-25LB

1382979 PBYS702 MH A (14) with local guide LENGTH 7'0“ • LURE 3/8-1 1/2OZ • LINE 12-30LB

1382980 PBYS802 MH A (14) with local guide LENGTH 8'0“ • LURE 1/2-2OZ • LINE 12-30LB

155

Page 79: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

WARMONGER JIGGING

SAP MODEL SPECIFICATIONS

1382773 PWJS602ML A (14) Penn Warmonger Jig Rod(Fuji K-guide) Length 6’0” • Line PE 0.8-2 • Lure 120gm • Cast 40gm 1382774 PWJS632MH A (14) Penn Warmonger Jig Rod(Fuji K-guide) Length 6’3” • Line PE 1-3 • Lure 150gm • Cast 60gm 1382775 PWJS602H A (14) Penn Warmonger Jig Rod(Fuji K-guide) Length 6’0” • Line PE 2-4 • Lure 200gm • Cast 80gm

157

Page 80: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

CAMO WAIST BAG

Features: • Looking good and being practical is easy with fashionable PENN Camo Waist Bag that comes with plenty of zippered compartment for storing your fishing needs. • Fits everything you will need in one bag and you are good to go fishing!

SAP ITEM

1391540 PENN CAMO WAIST BAG

For more information please visit www.purefishingmalaysia.com159

Page 81: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Classified PagesCuStoM rod Builder &

reel and rod repairS

Call: Kok Ming

Mobile:+6019 3122697

The Asian Angler Needs You

Entrepreneur InsideSelf Starter

Willing To LearnLoves Being On The Road

Loves To Fish

If you have the above five points do email your resume to the

email address below.

Bella Vista MotelsBella Vista Mosgiel

Experience New Zealand With Bella Vista

Your Hosts Keith & Marie Hendry

85 Gordon Road, Mosgiel, South Island, New Zealand.

Phone: +64 03 848 7258Email: [email protected]

Web: www.bellavistamosgiel.co.nz

Email: [email protected] : +6012 883 1628

Want To Be Part Of The Fishing

Tackle Industry? Do contact us if you have experience in

Position 1: Sales Esecutive

Do send us an email to the email.address below.

Email: [email protected] Tel : +607-8619 289

For Affordable Advertising Spaces Contact Us At [email protected] or call +6012 883 1628

Ad Space Only RM10.00 per month. Email: [email protected] or call +6012 883 1628.

Ad Space Only RM10.00. per Month. Email: [email protected] or call +6012 883 1628.

Ad Space Only RM10.00 per month. Email: [email protected] or call +6012 883 1628.

Ad Space Only RM10.00. per Month. Email: [email protected] or call +6012 883 1628.

Ad Space Only RM10.00 per month. Email: [email protected] or call +6012 883 1628.

Ad Space Only RM10.00. per Month. Email: [email protected] or call +6012 883 1628.

Ad Space Only RM10.00 per month. Email: [email protected] or call +6012 883 1628.

Ad Space Only RM10.00. per Month. Email: [email protected] or call +6012 883 1628.

Ad Space Only RM10.00 per month. Email: [email protected] or call +6012 883 1628.

Ad Space Only RM10.00. per Month. Email: [email protected] or call +6012 883 1628.

Ad Space Only RM10.00 per month. Email: [email protected] or call +6012 883 1628.

Ad Space Only RM10.00. per Month. Email: [email protected] or call +6012 883 1628.

161

Page 82: Majalah Gaya Hidup Pemancing Asia

Escapy Escape Into A World Of

Travel & Adventure

Hanging Out With ClamsClam Picking In Setiu

Terengganu Squid Jigging Festival 2015 Action Out At Sea, Special Report

Kenyir Elephant VillageA Sanctuary

Keny

ir Fe

stiva

l 201

5

A Vi

sit T

o Th

e Mus

eum

And

Lots

mor

e Insi

de

Coming Soon....The All New Escapy

Magazine, A Travel Magazine For Travelbugs...

Stay Tuned To www.theasianangler.com