nota gaya hidup sihat

73
KEPENTINGAN UJIAN SARINGAN KESIHATAN SEJAUH mana anda menyedari kepentingan ujian saringan dan menjalani pemeriksaan itu? Kebanyakan orang kurang sedar malah ada segelintir tidak tahu langsung apakah itu ujian saringan dan keperluannya dalam memelihara kesihatan. Ujian saringan adalah kajian atau penilaian untuk mengesan simptom awal penyakit kronik bagi memudahkan pencegahan dan rawatan. Pakar Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr. Nani Deraman berkata, ujian saringan terbahagi kepada banyak jenis dan satu daripadanya yang sering digalak serta diberi penekanan untuk dijalankan adalah Ujian Saringan Kardiovaskular . Katanya, dengan Ujian Saringan Kardiovaskular, doktor akan melakukan tiga ujian iaitu tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol dalam darah untuk mengesan penyakit-penyakit kronik berkaitan jantung. "Pemeriksaan tekanan darah dilakukan untuk mengesan penyakit darah tinggi atau darah rendah, kandungan gula dalam darah bagi kencing manis dan paras kolesterol dalam darah untuk memastikan tahap kolesterol seseorang.

Upload: fadzil-masri

Post on 19-Jan-2016

170 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota gaya hidup sihat

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Gaya Hidup Sihat

KEPENTINGAN UJIAN SARINGAN KESIHATAN

SEJAUH mana anda menyedari kepentingan ujian saringan dan menjalani

pemeriksaan itu? Kebanyakan orang kurang sedar malah ada segelintir tidak tahu

langsung apakah itu ujian saringan dan keperluannya dalam memelihara kesihatan.

Ujian saringan adalah kajian atau penilaian untuk mengesan simptom awal penyakit

kronik bagi memudahkan pencegahan dan rawatan.

Pakar Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr. Nani

Deraman berkata, ujian saringan terbahagi kepada banyak jenis dan satu

daripadanya yang sering digalak serta diberi penekanan untuk dijalankan adalah

Ujian Saringan Kardiovaskular .

Katanya, dengan Ujian Saringan Kardiovaskular, doktor akan melakukan tiga ujian

iaitu tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol dalam darah

untuk mengesan penyakit-penyakit kronik berkaitan jantung.

"Pemeriksaan tekanan darah dilakukan untuk mengesan penyakit darah tinggi atau

darah rendah, kandungan gula dalam darah bagi kencing manis dan paras

kolesterol dalam darah untuk memastikan tahap kolesterol seseorang.

 

"Doktor akan mengambil satu sampel darah dari badan seseorang untuk ketiga-tiga

ujian ini dan ia akan dihantar ke makmal bagi memperoleh keputusan tepat.

"Jika seseorang mempunyai penyakit atau berisiko mendapat penyakit kronik,

doktor akan merawatnya melalui ubat, memantau dan memberikan cara terbaik

Page 2: Nota Gaya Hidup Sihat

mengatasi serta mengawalnya supaya ia tidak menjadi serius," katanya ketika

dihubungi, baru-baru ini.

Nani memberitahu, bagaimanapun, masyarakat dilihat kurang menjalankan ujian

saringan atas beberapa faktor antaranya tidak mempunyai kesedaran mendalam

mengenai kepentingan pemeriksaan itu dan kesibukan masa.

Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya melakukan ujian saringan kerana ia

amat penting dalam menunjukkan keadaan kesihatan semasa mereka dan mampu

mengurang atau mengelakkan risiko dijangkiti penyakit kronik berkaitan

kardiovaskular.

Beliau berkata, penyakit darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol tinggi

adalah faktor utama menyumbang kepada penyakit jantung yang menjadi penyakit

pembunuh nombor satu di negara ini.

Menurutnya, secara normal, seseorang digalak menjalankan ujian saringan sekali

setiap tahun bermula usia 40 tahun dan ke atas.

Bagaimanapun, individu yang mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik

dinasihatkan berjumpa doktor pada usia lebih muda untuk mengetahui secara

lanjut mengenai ujian saringan ini, ujian saringan lain dan tempoh bersesuaian

menjalankan pemeriksaan berkenaan.

"Seseorang boleh menjalankan ujian saringan di mana-mana klinik kerajaan dan

hospital, klinik serta makmal swasta yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.

"Mereka perlu berpuasa selama lapan jam sebelum boleh menjalani ujian saringan.

"Tempoh ujian saringan hanya beberapa minit namun keputusan tepatnya akan

diperoleh dalam jangkamasa kira-kira seminggu jika dijalankan di hospital, klinik

dan makmal swasta serta sebulan di klinik kerajaan," ujarnya.

Page 3: Nota Gaya Hidup Sihat

Penting buat pemeriksaan kesihatan secara berkala: Jahid

13th February, 2012

TAMPARULI: Masyarakat di daerah ini dinasihati untuk menyedari kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala dan amalan hidup sihat sejak usia muda bagi mencegah sebarang penyakit.

Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah Datuk Jahid Jahim berkata pakar perubatan dan kajian Kementerian Kesihatan mendapati kebanyakan yang mempunyai penyakit adalah mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat, termasuk aktif merokok.

Katanya, langkah pencegahan awal harus diambil kerana banyak penyakit yang kini menjadi masalah global tanpa mengenal usia serta menyerang negara miskin dan sedang membangun di rantau Asia Tenggara, yang mencatatkan peningkatan kematian secara mendadak.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Mini Kem Kesihatan anjuran bersama Jabatan Kesihatan Tuaran, JKKKKg Lapai, Pergerakan Pemuda dan Wanita PBS Bahagian Tamparuli di dewan Kg. Lapai Tenghilan, dekat sini Sabtu lalu.

Page 4: Nota Gaya Hidup Sihat

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli berkata kesihatan yang baik juga mempengaruhi kecergasan seseorang untuk melakukan tugasan harian.

“Mungkin ada yang bertanya apa perlunya pemeriksaan kesihatan sedangkan mereka berasa cukup sihat? Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan kesihatan adalah sihat dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar bebas dari segala penyakit atau ketidakupayaan.

“Apabila kita kekalkan kesihatan yang baik, minda juga cerdas dan badan juga cergas untuk membuat apa sahaja bentuk pekerjaan seharian,” kata Jahid lagi.

Katanya, ada yang takut menjalani pemeriksaan kesihatan, dengan alasan bimbang jika keputusannya kelak menunjukkan mereka menghidap penyakit tertentu.

“Kebimbangan ini sebenarnya tidak berasas kerana lebih cepat sesuatu penyakit dikesan, lebih baik supaya kita boleh mendapatkan rawtan sewajarnya dengan kadar segera.

“Malah kaedah rawatan lebih mudah dan murah jika penyakit masih di peringkat awal,” jelasnya lagi.

Pada program itu, sebanyak tiga ceramah kesihatan disampaikan iaitu mengenai

Page 5: Nota Gaya Hidup Sihat

penyakit darah tinggi, Diabetes, Tibi dan pemakanan seimbang.

Antara lain kaunter yang menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan adalah bahagian pergigian, pemeriksaan penyakit Tibi, tekanan darah dan kandungan gula.

Selain itu, pihak penganjur turut membuat kelainan dengan membuat cabutan nama-nama bertuah yang menawarkan hadiah berupa beras dan mesin rumput.

Turut hadir Timbalan Ketua Bahagian PBS Tamparuli, Madin Anak, Ketua Pergerakan Wanita Datin Malianah Ugau, Ketua Pemuda Romeo Sindeh dan Ketua Kampung Kg. Lapai, Pinus Bari.

5 Langkah Pemeriksaan Kesihatan25/09/2013 · Komen Anda

245 1 2 0

1. Pemeriksaan Air KencingBanyak yang boleh anda ketahui dari air kencing selain daripada

pemeriksaan kehamilan atau jangkitan pada saluran kencing.

Menurut Nancy Guberty, pakar pemakanan dan jurulatih gaya hidup

sihat yang diperakui, terdapat lebih tujuh puluh petanda dalam air

kencing yang boleh menentukan keadaan kesihatan badan anda.

Sebagai contoh, “pengumpulan asid organik tertentu di dalam air

Page 6: Nota Gaya Hidup Sihat

kencing ialah isyarat perencatan metabolik atau blok,” kata Guberti.

Bermakna badan anda kekurangan vitamin.

 

2. GigiRamai yang tidak peka tentang pemeriksaan gigi. Perlu tahu,

sebarang masalah gigi mempunyai hubung kait dengan hati,

jantung, sistem pencernaan dan beberapa lagi bahagian di badan.

Pemeriksaan gigi perlu dilakukan setiap enam bulan sekali.

 

 

Gambar: abcnews.go.com

3. KulitBerjemur di bawah matahari ketika di pantai boleh merosakkan kulit

hasil pancaran matahari. Dapatkan pemeriksaan pakar jika terdapat

sebarang tanda seperti bintik hitam pada kulit.

 

Page 7: Nota Gaya Hidup Sihat

4. Berat BadanJangan ambil mudah jika berat badan anda cepat naik atau turun

kerana ia memberi isyarat tentang keadaan kesihatan anda kata Dr

Julie Chen, doktor pakar kesihatan. Jika anda mengalami

kekurangan berat badan yang banyak, anda mungkin menghidapi

kanser, hipertiroidisme, penyakit auto imun, penyakit kronik, dan

kemurungan.

 

5. Meja KerjaJika keadaan meja kerja kamu bersepah dan berhabuk, ia juga

boleh menyumbang kepada masalah kesihatan. Bersihkan meja

kamu seminggu sekali. Habuk yang tidak dibersihkan boleh

menyebabkan sakit kepala, kesesakan, asma, atau alahan.

Kepentingan Makanan Berkhasiat

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

Page 8: Nota Gaya Hidup Sihat

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Sumber dari berita harian

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup

untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan

dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media

massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi

pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan

yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada

makanan seimbang ini.

1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek

fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan

untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan

fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan

seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan

begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang

menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia

lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Page 9: Nota Gaya Hidup Sihat

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia

itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit

atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia

dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan

seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan

pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat

sejahtera sahaja.

3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah

manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang

kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan.

Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang

itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk

menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang

mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu

diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan

seimbang dalam hidupnya.

4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan

mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih

apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami

dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan

seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya

Page 10: Nota Gaya Hidup Sihat

dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang

seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang

menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya

tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua

kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu

tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima

kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika

masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti

jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah

pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua

mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya

selera”.

  

 Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser,

Page 11: Nota Gaya Hidup Sihat

serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

1.  Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

2.  Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

3.  Lebihan kolesterol

Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4.  Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

Page 12: Nota Gaya Hidup Sihat

5.  Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6.  Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)

Tips Diet Seimbang

Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu

Page 13: Nota Gaya Hidup Sihat

kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan: Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan. Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam). Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis). Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan

Page 14: Nota Gaya Hidup Sihat

sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Sumber dari UTUSAN PENGGUNA

GAYA HIDUP SIHAT- Pengurusan StresApa itu stres? Stres boleh didefinisikan sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh tubuh badan seseorang ke atas tekanan yang diterima. Dengan kata lain, stres juga boleh ditakrifkan sebagai interaksi atau pun respon tubuh badan anda terhadap apa sahaja kehendak atau tekanan.

Page 15: Nota Gaya Hidup Sihat

Stres menjadi gejala yang membimbangkan pada hari ini

Stres berlaku disebabkan oleh kesan tindak balas seseorang terhadap 'stressor' Stres boleh dibahagkan kepada dua jenis iaitu:

                  (i) Eustres-     stres yang baik atau positif seperti berjaya                                         mendapat anugerah pelajar cemerlang        (ii) Distress - stres yang tidak baik atau negatif seperti gagal dalam                               peperiksaan

Page 16: Nota Gaya Hidup Sihat

Pelajar seringkali menhadapi stres ketika musim peperiksaan

 Apabila anda berasa stres, tubuh badan badan kita sebenarnya akan merembeskan bahan kimia ke dalam darah. Bahan kimia ini akan memberi kesan dengan memberi lebih tenaga dan kekuatan yang mana baik sekiranya seseorang itu sedang menghadapi situasi bahaya. Walau bagaimanapun, stres juga boleh mendatangkan kesan negatif terutamanya terhadap emosi seseorang.

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan berlakunya stres. Faktor-faktor tersebut adalah faktor dalaman dan faktor luaran. Contoh faktor luaran adalah seperti tempat belajar, keluarga, persekitaran dan masyarakat. Faktor dalaman pula ialah seperti imej diri dan pengurusan diri. Walau bagaimanapun, penerimaan seseorang terhadap stres adalah berbeza-beza. Perkara yang menimbulkan stres pada seseorang pula dianggap biasa oleh seseorang yang lain. Oleh itu, seseorang harus bujak mengendalikan sesuatu perkara agar tidak mendapat stres.   

Tanda-tanda Stres

Berikut merupakan tanda-tanda stres.

1. Reaksi perasaan

Page 17: Nota Gaya Hidup Sihat

Seseorang yang stres biasanya akan menjadi murung dan pendiam

Perasaan cepat marah, kecewa, dan suka menyendiri adalah tanda-tanda stres negatif. Kita akan cepat berasa marah akibat tekanan yang diterima. Keadaan ini sekaligus menyebabkan mood berubah-ubah iaitu keadaan diri atau perasaan yang tidak stabil, suka dan duka bersilih ganti. Selain itu perubahan sikap kepada lebih agresif kerana menghadapi situasi juga adalah stres negatif.

2. Sukar membuat keputusan 

Keadaan ini terjadi apabila kita menghadapi gangguan baru. Hal ini disebabkan fikiran tidak tenang dan bercelaru yang menyukarkan kita membuat keputusan.

Page 18: Nota Gaya Hidup Sihat

Kemahiran membuat keputusan yang tepat amat penting bagi menghindari stres

3. Sakit fizikal

Kadang kala, akibat terlampau memikirkan sesuatu masalah kita mungkin akan hilang selera makan dan sukar tidur. Keadaan ini boleh menyebabkan kita mendapat penyakit seperti sakit kepala, gastrik, dan sebagainya. Kita juga mungkin lesu atau sugul.

4. Perubahan perlakuan

Page 19: Nota Gaya Hidup Sihat

Stres memberi kesan terhadap perubahan tingkah laku seseorang

Kita mungkin akan berubah sikap dan perlakuan jika menghadapi stres. Kadang kala kita menjadi murung dan penyedih, adakalanya kita boleh menjadi pemarah dan hilang sabar. Kita juga sering melengah-lengahkan kerja.

Faktor-Faktor Penyebab Stres

Faktor Luaran

1. Tempat belajar

Persekitaran tempat pembelajaran terutama di sekolah memberi impak yang besar kepada seseorang. Keadaan sekolah yang bersih, hubungan baik antara guru dan pelajar serta kemesraan hubungan sesama rakan akan membantu mengurangkan stres.

Page 20: Nota Gaya Hidup Sihat

2. Keluarga

Anak-anak daripada keluarga yang bermasalh lebih cenderung untuk menjadi stres

Kebahagian keluarga adalah faktor penting bagi mengelakkan stres di kalangan remaja. Kasih sayang yang diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak dan kemesraan sesama ahli keluarga adalah tunggak kepada keluarga bahagia. Keagalan institusi keluarga memikul tanggungjawab  yang diberi menjadi punca stres yang menyebabkan remaja bermasalah.

3. Masyarakat

Situasi masyarakat pada masa kini banyak mempengaruhu remaja. MAsalah sosial seperti kejadian jenayah, penyalahgunaan bahan dan tiada hubungan baik sesama jiran tetangga boleh mengakibatkan stres. Dalam kehidupan bermasyarakat, kerukunan sesama jiran haruslah dijaga agar kehidupan lebih aman dan harmoni.

4. Persekitaran

Page 21: Nota Gaya Hidup Sihat

Persekitaran yang tidak selesa seperti pencemaran bunyi daripada kenderaan dan kegiatan manusia turut mempengaruhi emosi kita. Selain itu, keadaan suhu yang tidak menentu seperti panas atau sejuk yang keterlaluan akan menyebabkan ketidakselesaan dan sekali gus menyebabkan stres.

Faktor Dalaman

1. Imej kendiri

Tekanan dalam diri yang sering dialami remaja berlaku akibat rasa rendah diri yang keterlaluan dan berasa diri tidak disukai. Contohnya bentuk fizikal, status sosio ekonomi, pencapaian akademik boleh mempengaruhi imej kendiri seseorang.

2. Pengurusan diri yang lemah

Kita tidak dapat menjadi pelajar yang cemerlang sekiranya gagal atau tidak dapat menguruskan masa dengan baik dan tiada perancangan diri. Sebagai contoh, kegagalan menyiapkan kerja-kerja sekolah, menyebabkan kita takut untuk berjumpa guru. Keadaan ini boleh menimbulkan stres.

Strategi Menangani Stres.  

Stres perlu ditangani agar kita dapat hidup selesa dan gembira. Antara cara menangani stres ialah:-

1. Kemahiran pengurusan diri

Kita perlu membuat perancangan diri yang sistematik supaya tidak menghadapi sebarang masalah yang boleh menimbulkan

Page 22: Nota Gaya Hidup Sihat

stres. Justeru, kita perlu menetapkan matlamat, menyenaraikan matlamat tersebut mengikut keutamaan dan seterusnya membuat penjadualan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut.

2. Kemahiran membuat keputusan

Apabila kita menghadapi sesuatu masalah, kita perlu menyenaraikan segala tindakan yang boleh diambil. Kita perlu mengkaji kebaikan dan keburukan setiap tindakan dan memilih tindakan yang paling sesuai. Oleh yang demikian, kita boleh menyelesaikan masalah tersebut tanpa mengikut emosi.

3. Hubungan yang baik

JAlinkan hubungan yang baik dengan jiran dan rakan-rakan untuk menjaminkehidupan yang lebih harmoni. Hormat-menghormati, tolong menolong, dan bertolak ansur adalah sikap terpuji yang perlu diamalkan tanpa mengira perbezaan umur, pangkat, bangsa, dan agama.

4. Kecergasan fizikal

Page 23: Nota Gaya Hidup Sihat

Badan yang cergas membantu mengurangkan stres

Kita mesti mengamalkan pemakanan seimbang, bersenam selalu, dan mendapat rehat yang mencukupiuntuk mendapatkecergasan fizikal yang optimum. Kecergasan fizikal yang optimum mengurangkan stres.

5. Menilai semula pegangan hidup

Mendekatkan diri kepada agama salah satu cara menangani stres dengan berkesan

Kita perlu menilai semula pegangan dan falsafah hidup kita. Pegangan agama dan nilai moral diri yang kuat akan membantu kita mengkaji sikappositif dan negatif yang ada dalam diri. 

DEFINASI

1. Berasal dari perkataan yang "Eustress" yang membawa maksud :    (a) Boleh menyesuaikan diri    (b) Stress yang membina2. Ia juga berasal daripada perkataan "Distress" yang bermaksud:    (a) Tidak boleh menyesuaikan diri

Page 24: Nota Gaya Hidup Sihat

    (b) Boleh merosakkan diriOleh itu, Stress ialah situasi yang menganggu atau membina kehidupan seharian

TEKNIK ATASI STRESS

(a) Jumpa para profesional(b) Alih pandangan kepada yang releks(c) Gunakan teknik meditasi(d) Laksanakan latihan fizikal - Jalan 15 minit(e) Menyusun keutamaan tugas(f) Tulis perasaan / cakap dalam pita rakaman(g) Dapat sokongan emosi dari orang lain(h) Latihan pernafasan dalam(i) Mengurus masa(j) Mandi dalam air suam(k) Teknik besarkan situasi ke tahap tak masuk akal(l) Melihat dari segi positif(m) Menguasai kehidupan anda - menyelesaikan masalah(n) Terapkan semula matlamat yang realistik(o) Ingat peranan anda di dunia

PETANDA STRESS(a) Menghadapi masalah makan dan tidur(b) Menyalahgunaan dadah(c) Kerja bertangguh(d) Masalah membuat keputusan(e) Sukar menguruskan diri sendiri(f) Sifat seteru, cepat naik angin(g) Tahap kekecewaan tinggi(h) Cepat terkejut(i) Berpeluk tubuh, mengigit kuku(j) Nafas sesak(k) Hilang upaya berfikir secara berkesan(l) Gangguan Kesihatan     - Gatal     - Selsema     - Letih, lesu     - Panik     - Gelisah     - Ulser     - Sakit kepala     - Serangan jantung

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRESS

  FAKTOR DALAMAN 

       (a) Perwatakan       Jika dilihat seperti contoh yang diberikan di awal tadi, perwatakan manusia ini berbeza-beza. Oleh kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia adalah unik, iaitu jika dilihat kadang-kadang kita meminati mata pelajaran Bahasa Melayu dan tidak meminati mata pelajaran matematik.Ada pula manusia yang meminati mata pelajaran Geografi tapi bukan Bahasa Melayu dan sebagainya lagi. Ini yang dikatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecenderungan, pelbagai minat dan nilai dan seumpamanya lagi. Ada manusia begitu cepat mengalami stress dan ada pula manusia yang lambat mengalaminya. Oleh itu sebagai manusia kita perlu kenal di mana kedudukan atau tahap kedudukan stress yang ada pada diri kita.

    (b) Kendiri yang terlalu ideal

Page 25: Nota Gaya Hidup Sihat

     Manusia mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Impian atau cita-cita ini selalunya akan menjadi kenyataan apabila manusia berusaha untuk mencapai impian tersebut. Yang menjadi masalahnya ialah apabila manusia bertingkah laku yang langsung tidak mengejar impian tersebut. Tegasnya di sini ialah apabila kendiri ideal terlalu tinggi tetapi dari segi kendiri sebenarnya(tingkah lakunya) tidak memaparkan usaha ke arah pencapaian tersebut. Sebagai contoh kita melihat pencapaian pelajaran rakan kita, atau orang yang telah berjaya, tetapi kita sedikitpun tidak berusaha ke arah itu, malah kita masih bertabiat lama seperti meniru kawan, membuang masa dan sebagainya. Oleh itu adalah tidak tepat kiranya kita tidak menyeimbangkan antara usaha dan cita-cita. 

    (c) Kognitif      Kognitif adalah pemikiran yang wujud dalam diri manusia. Manusia mengalami ketegangan disebabkan kognitif atau banyak berfikir perkara-perkara yang negatif. Manusia kadang-kadang merasakan dirinya lemah, tidak mempunyai bakat dan potensi. Ini disebutkan sebagai faktor kognitif yang begitu menekan. Manusia-manusia ini mudah dihinggapi stress kerana berfikiran lemah. Justeru itu kita tidak dapat menimbangkan antara rasional dan tidak rasional. Stress mudah datang pada manusia ini. Oleh yang demikian kita perlu memberikan perhatian dari sudut itu.

     (f) Tidak selaras personaliti      Stress hadir apabila manusia tidak mempunyai keselarasan antara personaliti diri dan minat dalam kerjaya. Sebagai contoh manusia yang mempunyai minat di bidang sosial iaitu menjadi guru dan sebagainya tetapi bekerja sebagai Jurutera. Ini menunjukkan tiada keselarasan antara minat dan personaliti yang ada. Perkara ini sering berlaku kepada kita lantaran kita tidak mengenal pastinya sungguh-sungguh.

(d) Kelemahan dalam komunikasi dan berbahasa     Stress juga terjadi kepada manusia yang mempunyai masalah berkomunikasi dan berbahasa. Kegagalan berkomunikasi menyebabkan seseorang sukar untuk berinteraksi dengan seseorang yang lain. Dengan itu segala maklumat yang ingin disampaikan tidak diterima oleh pendengar dengan berkesan. Ini akan menimbulkan masalah dan sekiranya ia tidak dapat diatasi, stress pasti akan berlaku.

(e) Keperluan dan kemahuan     - Status     - Kuasa     - Kasih Sayang     - Prestasi     - Kesihatan     - Keselamatan diri 

FAKTOR LUARAN 

(a) Sosial dan tempat kerja     Selalunya manusia tidak terlepas dari hubungan dengan manusia lain. Manusia juga bekerja dan di tempat kerja sudah pasti manusia berkomunikasi dengan orang lain. Justeru hubungan sentiasa berlaku. Dalam hubungan ini selalunya berlakulah komunikasi yang mencetuskan masalah. Lumrah hidup di dunia masalah tidak boleh lari. Sebenarnya masalah yang datang boleh mematangkan manusia. Jika kita lari dari masalah maka kita lari dari proses membina kematangan diri. Manusia yang berani menghadapi masalah ialah manusia yang berani menghadapi kenyataan. Apabila hubungan negatif berlaku dengan orang lain, ini juga boleh menjadi penyumbangkepada stress. Maka hadapilah masalah ini dengan penuh kerjasama.    (b) Hubungan dengan keluarga     Ramai orang mengalami  stress kerana hubungan antara suami-isteri, ibu-anak, ibu bapa-anak-anak yang tidak baik. Kekalutan yang berlaku di dalam hubungan kekeluargaan boleh mencetuskan hasil yang tidak baik. Misalnya ibu tidak lagi memberi penghargaan kepada anak-anak. Anak-anak tidak lagi menghormati ibu dan ayah sebagaimana sewajarnya dihormati. Komunikasi dua hala sudah terkubur dan inilah bibit-bibit yang mencetuskan kehancuran institusi keluarga dan seterusnya menyebabkan stress berlaku. Justeru itu perkara ini perlu diberi perhatian. Maka kita perlu

Page 26: Nota Gaya Hidup Sihat

mencorakkan satu hubungan yang penuh empati dan memahami antara satu sama lain. Hubungan ini dijalinkan berdasarkan kepada kasih sayang, hormat menghormati dan menghargai individu lain.

(c) Persekitaran      - Cuaca      - Bising      - Sibuk      - Kawalan tempat belajar

MENGURUS STRESS

                Stress adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal. Oleh yang demikian untuk mental yang sihat maka kita perlu mengetahui kaedah atau cara-cara untuk mengurus stress dengan berkesan. Oleh yang demikian untuk mengurus stress dinyatakan di sini beberapa perkara yang boleh diaplikasikan oleh pelajar. Stress perlu diurus dengan baik. Jika ia tidak diurus diragui kita akan mengalami perkara-perkara yang tidak baik. Secara umumnya antara perkara-perkara yang perlu diketahui adalah seperti berikut:

(a)  Riadah

     Riadah merupakan satu keperluan di dalam hidup manusia. Dengan bersukan badan menjadi sihat. Fizikal menjadi lebih mantap, pernafasan menjadi lebih baik. Apabila kita beriadah kita menjadi lebih segar dan tenteram. Apabila kita beriadah bersama rakan-rakan kita selalunya merasa gembira dan hubungan sesama kawan-kawan dapat megurangkan stress.

(b) Ganjaran Diri

    Penghargaan diri perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar. Kita berikan dalam bentuk kata-kata intrapersonal. Setiap tindakan yang baik yang kita lakukan, kita sendiri yang memberikan penghargaan tersebut. Ganjaran diri ini dilakukan dengan menyatakan bahawa kita juga mempunyai bakat dan potensi yang cemerlang, kerana itulah kita berhak cemerlang. Sehubungan itu ia dapat mengurangkan stress dalam diri.

(c)  Percakapan diri yang membina

    Percakapan diri membawa maksud kita bercakap di dalam diri iaitu menggunakan komunikasi intrapersonal. Kita boleh melakukannya. Tentu ada rahsia disebalik kejayaan tersebut. Dengan kemahiran pendidikan serta pengetahuan yang ada pada kita, kita dapat melakukan sebagaimana orang yang telah berjaya dapat melakukannya. Jika ini dilaksanakan kita sudah ada jalan keluar dari kongkongan stress. Ini mengelakkkan kita daripada hanya mempunyai impian tanpa ada apa-apa tindakan atau daya juang. Percakapan diri boleh membantu diri kita.

(d)  Kerja kemasyarakatan dan kebajikan

    Manusia adalah insan sosial. Manusia saling berhubung dengan insan yang lain. Kerja-kerja kemasyarakatan dan berbentuk kebajikan perlu dilaksanakan untuk mengurus stress. Jika sekarang kita lihat badan-badan bukan kerajaan yang berperanan membina kumpulan masyarakat yang bahagia. Bagi pelajar aktiviti badan beruniform adalah satu kaedah terbaik mengurus stress. Kita juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti amal sama ada di dalam kawasan sekolah atau luar sekolah. Sumbangan kepada sekolah misalnya dapat membawa implikasi yang besar dalam hidup pelajar.

(e)  Penulisan

    Bagi individu yang merasakan bahawa mereka tidak cenderung untuk memasuki badan-badan beruniform dan kecemerlangan mereka adalah dengan puisi, sajak, cerpen dan sebagainya. Maka

Page 27: Nota Gaya Hidup Sihat

kaedah yang terbaik untuk mengurus stress ialah dengan melaksanakan aktiviti penulisan. Luahkan segala apa yang terbuku dalam perasaan kepada bentuk penulisan. Luahkan perasaan yang terpendam dalam bentuk yang lebih kreatif dan dinamik. Kaedah penulisan ini sememangnya membawa erti yang besar iaitu membina bakat dan potensi kita. Dengan itu kita dapat mengurus stress dalam corak yang lebih baik.

(f) Berjenaka

    Jenaka adalah perkara yang lumrah dalam masyarakat kita. Manusia sering berjenaka. Rasulullah s.a.w selalu berjenaka dengan isteri-isterinya. Ini adalah fitrah manusia yang suka kepada jenaka dengan baik dan mengikut lunas-lunas agama, budaya dan nilai masyarakat. Jenaka ini adalah bertujuan untuk menghilangkan masalah yang mana masalah itu merupakan rentetan dari stress yang timbul.

(g) Ketenangan ( Bebaskan Diri )

    Setiap pelajar perlukan ketenangan dalam hal-hal tertentu. Ketenangan perlu dicari. Kaedah yang dimaksudkan ini ialah apabila kita berada dalam keadaan stress, maka carilah tempat yang jauh dari kebisingan dan orang ramai dan di tempat itu melaunglah sekuat hati dan sepuas-puasnya tentang apa-apa yang mahu dilaungkan sebagi contoh 'Ah........'. Namun begitu laungan tersebut jangan hingga melanggar batas-batas agama dan norma masyarakat. Laungan ini sebenarnya dapat membebaskan ketegangan yang terkumpul di dalam diri.

(h)  Meninjau orang yang kurang bernasib baik

    Keinginan manusia yang tinggi seperti yang disebutkan di dalam penyebab stress sering berlaku. Antara keinginan yang tinggi ini ialah seperti untuk lebih daripada orang lain. Oleh itu dalam keadaan-keadaan tertentu adalah lebih baik kita merenung sejenak dan meninjau golongan yang lebih fakir dan susah daripada kita. Penelitian dan pemerhatian seumpama ini sekurang-kurangnya dapat menyedarkan kita bahawa kita sebenarnya lebih bernasib baik dan lebih beruntung daripada mereka tersebut. Hal ini juga dapat memberikan ketenangan tentang pentingnya bersyukur.

    Secara keseluruhannya pemahaman tentang stress yang sering mendatangi kita adalah penting. Apabila kita faham tentang faktor-faktor yang menyebabkan stress dan bagaimana pula untuk mengurus stress, ia dapat memberikan kita celik akal bagaimana kedudukan kita sebagai pelajar. Jika kita berada dalam keadaan stress, apabila menghadapi peperiksaan, maka laksanakanlah cara-cara mengurus stress dengan baik.

Penyalahgunaan Bahan

Penyalahgunaan bahan sering berlaku di kalangan

remaja. Antara bahan yang sering disalahgunakan ialah

Page 28: Nota Gaya Hidup Sihat

rokok, alkohol, gam, turpentin, ubat batuk dan dadah.

Menyalahgunaan bahan bermaksud menggunakan

bahan-bahan yang boleh dijadikan ketagih secara

berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada

tujuan sebenarnya.

Perbuatan penyalahgunaan bahan adalah salah dari

segi agama danundang-undang. Bahan-bahan tersebut

boleh memudaratkan kesihatan dan menjadikan

seseorang itu hilang pertimbangan. Keadaan ini boleh

membahayakan diri sendiri dan orang lain. Bahan yang

sering disalahgunakan oleh golongan remaja ialah

dadah. Isu penyalahgunaan dadah merupakan masalah

utama kepada negara.

Penyalahgunaan BahanSebelum kita meneruskan perbincangan, kita perlu memahami

apa yang dimaksudkan dengan ubat, racun dan dadah.

Ubat adalah bahan kimia yang digunakan oleh doktor untuk

merawat penyakit. Contoh ubat adalah paracetamol dan ubat

batuk.

“Ubat adalah bahan yang digunakan untuk perubatan bagi

mengesan (diagnosis), meringankan, merawat, menyembuh

atau mencegah penyakit pada manusia serta meningkatkan

Page 29: Nota Gaya Hidup Sihat

taraf kesihatan. Ubat boleh digunakan dengan berbagai cara

dan bentuk iaitu boleh dimakan dan diminum. Selain itu, ia juga

boleh digunakan dengan memasukkannya melalui dubur

(supositori), faraj (pesari), suntikan, ditanam di bawah kulit,

disapu dan sebagainya. “

Ruzita Mokhtar (2005)

Pada umumnya, semua ubat mempunyai risiko apabila

digunakan. Namun begitu, risikonya dianggap sedikit kerana

ubat lebih mendatangkan kebaikan daripada keburukan seperti

menyembuhkan penyakit dan mengurangkan kesakitan.

Masalah penyalahgunaan ubat mula timbul apabila ubat

digunakan untuk tujuan selain daripada perubatan seperti yang

dinyatakan di atas. Maka, ubat menjadi lebih berisiko.

Racun pula merupakan bahan kimia yang secara lazimnya

digunakan untuk membunuh organisma hidup seperti binatang

dan tumbuhan. Contohnya, racun tikus dan racun lalang.

“Racun adalah sebarang unsur yang boleh menyebabkan

kecelakaan kepada tubuh badan anda. Kecelakaan yang

dimaksudkan ialah kecelakaan bersifat ringan (contohnya, sakit

kepala atau rasa mual) dan berat (contohnya, sawan atau

demam panas), sehingga boleh menyebabkan kematian.”

Page 30: Nota Gaya Hidup Sihat

Pusat Racun Negara (1998)

Selalunya, jika seseorang atau sesuatu benda hidup terkena

racun yang berlebihan ia tidak akan hidup lama kerana racun

mempunyai bahan kimia yang amat merbahaya. Oleh itu,

penggunaannya terkawal. Ibu bapa yang membeli racun untuk

tujuan menghalang pertumbuhan lalang harus menyimpannya

di tempat yang tersorok agar tidak mudah dicapai oleh anak-

anak.

Bahan yang seringkali disalahgunakan oleh masyarakat ialah

dadah. Dadah merupakan bahan larangan yang amat popular

pada masa kini tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

“Dadah terdiri daripada pelbagai jenis bahan kimia asli atau

tiruan yang dimasukkan ke dalam tubuh sama ada dengan

memakan, menelan, meminum, menghisap ataupun suntikan

bertujuan untuk mengubah keadaan badan, perasaan dan

kelakuan pengguna.”

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Bahagian

Sabah

Kesan Fizikal

Kesan fizikal dapat dilihat daripada beberapa aspek. Ini

Page 31: Nota Gaya Hidup Sihat

termasuklah pengaruh terhadap sistem pernafasan, saraf,

jantung, metabolisme dan otot-otot. Sistem-sistem in

merupakan sistem terpenting dalam tubuh badan kita. Dengan

ertikata lain, keadaan diri penagih dadah menjadi tidak terurus

dan tidak normal. Jika dadah digunakan secara berlebihan,

maka kesan ini akan menjadi lebih ketara. Apabila kadar

pernafasan menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar degupan

jantung pula akan berkurangan. Seterusnya tubuh akan

menggigil akibat daripada penurunan kadar metabolisme dalam

badan. 

Mata juga menjadi merah dan kuyu serta berat badan terjejas.

Penagih juga mungkin akan mengalami sawan dan gangguan

fungsi otak. Keadaan seperti ini agak sukar dipulihkan jika ia

berlaku secara berterusan dan berulang kali. 

Kesan Sosial 

Dari aspek sosial, kebanyakan penagih akan hilang minat dan

tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap pekerjaan,

keluarga serta masyarakat di sekeliling. Prestasi dan disiplin

kerja mereka akan merosot. Tingkahlaku dan sikap mereka

juga akan berubah daripada apa yang biasa diamalkan

sebelumnya. Contohnya, seorang yang periang menjadi

pendiam. 

Selain itu, mereka juga tidak menghiraukan kesihatan diri dan

keluarga. Perpecahan, penderaan serta keganasan terhadap

ahli keluarga boleh berlaku. Ini selalunya menimbulkan

kemarahan dan perasaan jijik orang ramai terhadap mereka. 

Page 32: Nota Gaya Hidup Sihat

Di samping itu, kebanyakan penagih tidak tinggal bersama

keluarga. Mereka hidup di tempat yang lengang dan tersorok

agar tidak diganggu oleh orang lain selain memudahkan

mereka menggunakan dadah. Keadaan mereka diibaratkan

hidup segan mati tak mahu. Akhirnya, mereka akan tersisih

oleh keluarga dan masyarakat. 

Kesan Mental dan Emosi

Kesan yang ketiga ialah kesan terhadap mental dan emosi.

Kesan ini juga lebih dikenali sebagai kesan psikologi iaitu

kesan akibat pengaruh dadah pada otak dan minda. Ini

termasuklah mula berasa seronok, terangsang dan khayal

(euforia). Mereka seolah-olah tidak berpijak di alam yang nyata.

Pada masa yang sama, seseorang itu akan hilang kawalan diri

dan pemikiran. Mereka tidak merasa segan-silu melakukan

perkara yang di luar batasan di khalayak ramai. Perasaan ini

akan berterusan selagi dadah masih terdapat dalam tubuh

pesakit. 

Pesakit juga akan berasa keluh-kesah, gian dan amat

menderita sekiranya tidak mendapat bekalan dadah yang

cukup. Mata akan kelihatan berair, hidung berhingus, perut

berasa sakit dan perit, kadangkala muntah dan cirit-birit.

Mereka boleh bertindak ganas dan hilang kawalan emosi jika

keadaan ini berterusan. Akhirnya, mereka akan melakukan

pelbagai perbuatan jenayah seperti menghendap, mencuri,

merogol dan juga membunuh untuk melepaskan geram dan

gian. 

Dalam masa yang sama, mereka juga mengalami gangguan

Page 33: Nota Gaya Hidup Sihat

mental dan menjadi tidak waras. Badan mereka tidak lagi

berfungsi dengan sempurna dan amat sukar untuk dipulihkan

seperti sediakala. Hal ini amat menakutkan masyarakat

sekeliling terutama sekali wanita dan anak gadis kerana ia

akan meninggalkan kesan trauma pada mereka.

Oleh yang demikian, wajarlah kita menjauhkan diri daripada

apa jua jenis najis dadah. Adalah menjadi tanggungjawab kita

bersama untuk berusaha membantu mereka yang

terperangkap di samping memahami keadaan yang sedang 

mereka hadapi.

Kesan pada Otak

Otak adalah salah organ terpenting yang dimiliki oleh manusia.

Otak berfungsi mengawal segala pergerakan dan perlakuan

seseorang. Apabila alkohol masuk ke otak melalui darah yang

meresap kedalamnya, ia akan mengubah dan mempengaruhi

pergerakan dan kelakuan peminumnya. Keadaan ini akan

menyebabkan penindasan terhadap kawasan-kawasan otak

yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga

peminum mula merasa kurang malu, fikiran bercelaru dan

pergerakannya menjadi tidak terkawal. Selain itu, peminum

juga akan sukar menerima pelajaran, membentuk idea

spontan, menumpukan fikiran dan membuat pertimbangan

dengan teliti. Semakin banyak alkohol diminum semakin kuat

otak tertindas sehinggakan peminum tidak sedarkan diri dan

seterusnya mengakibatkan kematian. 

Kesan pada Hati

Page 34: Nota Gaya Hidup Sihat

Selain otak, alkohol juga memberi kesan terhadap hati

peminum. Hati akan mengalami kecederaan iaitu mendapat

luka. Sel hati akan mati dan akhirnya menjadi parut. Parut ini

sedikit sebanyak akan mengurangkan kemampuan hati untuk

berfungsi dengan lebih sempurna. Parut yang serius akan

menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini

disebut sirosis hati dan boleh membawa maut. Selain itu,

bengkak hati (Hepatitis) juga boleh terjadi disebabkan oleh

kesan toksik alkohol yang berlebihan. 

Kesan pada Saraf

Alkohol boleh merosakkan saraf-saraf yang terdapat di dalam

tubuh kita. Ia akan menyebabkan kecenderungan mendapat

pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan

kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada

komplikasi psikiatri. 

Kesan pada Janin

Pengambilan alkohol secara berlebihan oleh ibu hamil akan

menyebabkan kandungannya mengalami kekurangan berat

badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh,

keadaan muka yang rata dan kelemahan pada sendi-sendi dan

otot. 

Selain daripada kesan-kesan ke atas kesihatan badan, alkohol

boleh juga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Masalah

ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan,

kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan,

masalah rumahtangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan

moral dan sebagainya.

Page 35: Nota Gaya Hidup Sihat

Aktiviti riadah dan rekreasi menyihatkan badan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan

Riadah merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat. Pada pandangan saya, riadah bermaksud menyihatkan badan dan menenangkan fikiran. Aktiviti riadah ini boleh dijadikan amalan mingguan keluarga.

Aktiviti riadah membolehkan kita mengisi masa lapang yang berfaedah dan tidak berfaedah. Contohnya kurang faedah adalah menonton televisyen,bermain permainan video,pergi ke kompleks membeli-belah,berbual-bual dan sebagainya. Masa cuti yang tidak diisi dengan aktiviti yang berfaedah akan merugikan kita. Dengan beriadah bersama keluarga kita pada masa lapang, banyak perkara berfaedah yang dapat kita lakukan contohnya berbasikal bersama-sama, berjoging di kawasan taman dan berkelah. 

Aktiviti riadah bersama keluarga juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Semasa aktiviti ini dilakukan,ibu bapa boleh menggunakan masa ini untuk menasihatkan anak-anak tentang

Page 36: Nota Gaya Hidup Sihat

nilai murni yang baik dalam kehidupan seharian. Hubugan keluarga yang rapat boleh menjadikan sebuah keluarga yang dapat memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga.

Aktiviti riadah juga boleh menjadikan badan kita sihat. Kalau badan kita sihat, kita boleh melakukan aktiviti harian dengan pantas. Jika badan kita sakit,kita perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Hal ini menyebabkan pembaziran wang kerana kita terpaksa mengeluarkan wang untuk rawatan.

Kesan Senaman dari Aspek Fisiologi dan Kesihatanby KULANZSALLEH  on JUNE 26, 2010 · 15 COMMENTS

Selain daripada makanan, senaman juga adalah antara perkara penting yang perlu dilakukan untuk memastikan tubuh  mencapai kualiti yang baik. Jadi di samping kita bersenam setiap hari, apa kata baca-baca info berikut tentang senaman dan kesannya terhadap aspek fisiologi dan juga kesihatan.

Kesan Senaman Dari Aspek FisiologiFisiologi merujuk pada fungsi dan proses dalam sistem tubuh badan manusia, seperti sistem pernafasan, sistem peredaran darah dan sistem

Page 37: Nota Gaya Hidup Sihat

otot. Orang yang aktif dalam senaman dan kegiatan rekreasi akan memperolehi faedah seperti peningkatan daya tahan kardiovaskular dan tahap kelenturannya. Faedah fisiologi yang lain termasuklah dapat mengawal koordinasinya dan meningkatkan daya tahan dan kekuatan ototnya.

Faedah senaman dan rekreasi dari segi fisiologi termasuklah peningkatan dari aspek:i.  koordinasiii. kelenturan;iii. koordinasi; daniv. kekuatan.KoordinasiKoordinasi bermaksud kebolehan menyesuaikan deria dengan otot bagi menghasilkan ketepatan, kelicinan dan keharmonian pergerakan. Sekiranya seseorang itu sering melakukan aktiviti fizikal, ini akan dapat meningkatkan keupayaan koordinasinya. Sebagai contoh melakukan aktiviti yoga. Senaman Yoga dapat membantu membaiki koordinasi tubuh, mempertingkatkan kapasiti kardiovaskular, memperkuatkan jaringan otot dan membantu memperbaiki kordinasi tubuh.KepantasanKepantasan didefinisikan sebagai keupayaan melakukan pergerakan dalam suatu jangka masa yang singkat. Aktiviti fizikal berbentuk kepantasan seperti berjalan pantas dan joging perlahan meningkatkan pengaliran darah ke tisu dan otot.KuasaKuasa berkait rapat dengan kadar tenaga melakukan sesuatu kerja. Seorang yan rajin bersenam, misalnya melalui aktiviti berenang atau

Page 38: Nota Gaya Hidup Sihat

marathon akan dapat meningkatkan kebolehan kuasa tubuh badannya.KeseimbanganKeseimbangan berkait rapat dengan keupayaan mengekalkan keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau bergerak. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan keseimbangan badan ialah berjalan di atas titian, atau berjogging dan berjalan selama 20 minit hingga 30 minit, tiga kali seminggu.KetangkasanAktiviti fizikal juga akan memberikan kesan terhadap ketangkasan seseorang. Ketangkasan adalah berkait rapat dengan keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melalui ruang. Contoh aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan kepantasan seseorang ialah larian zig zag dan latihan boomerang.Masa tindak balasMasa tindak balas berkait rapat dengan masa antara suatu stimulus dengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut. Semakin cepat seseorang bertindak balas terhadap stimulus, semakin cepat masa tindak balasnya. Justeru, dengan melaksanakan pelbagai aktiviti fizikal, seseorang akan dapat meningkatkan masa tindak balasnya.

Page 39: Nota Gaya Hidup Sihat

Kesan Senaman Terhadap KesihatanKesan aktiviti fizikal terhadap kesihatan boleh dilihat dari segi:i. daya tahan kardiorespiratoriii. daya tahan ototiii. kekuatan ototiv. fleksibilitiv. komposisi badanDaya tahan kardiorespiratoriCarrol (1994) menyatakan bahawa kecergasan kardiovaskular adalah merupakan keupayaan seseorang untuk melakukan tugas berat secara berterusan bagi satu jangkamasa yang panjang. Ia juga dikenali sebagai kecergasan aerobik, iaitu keupayaan sistem peredaran dan respiratori untuk penyesuaian dan pemulihan kesan daripada aktiviti fizikal seperti berlari, berjalan laju, berbasikal, berenang dan sebagainya (Nieman, 2003). Melalui aktiviti fizikal seseorang itu boleh meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung, diabetes, darah tinggi dan jenis-jenis kanser yang tertentu (Larsen, George, Alaxender, dan Fellingham, 2002). Pate (1991) melaporkan terdapat

Page 40: Nota Gaya Hidup Sihat

hubungan yang konsisten antara pengukuran dalam aktiviti fizikal, kecergasan fizikal dan penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Melalui ujian dan pengukuran, kita boleh mengenalpasti tahap kecergasan kardiovaskular seseorang dan mencadangkan latihan yang sesuai bagi mereka. Ia boleh dijadikan motivasi untuk peningkatan prestasi, atau meneruskan gaya hidup sihat, dan juga sebagai langkah awal untuk pengesanan penyakit (Miller, 1994).Daya tahan ototDaya tahan otot didefinisikan sebagai keupayaan otot menghasilkan daya submaksimum yang berulang-ulang mengatasi rintangan atau mengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang panjang pada intensiti yang rendah. ‘Skipping’ juga adalah antara senaman ringkas dan mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa sahaja. Anda hanya memerlukan seutas tali ‘skipping’ dan ruang yang mencukupi. Walaupun agak mudah tetapi manfaat yang bakal anda perolehi daripada ‘skipping’ hampir sama dengan jogging. Ia membantu menguatkan otot-otot lengan, perut, paha dan juga boleh mengurangkan lemak dalam badan anda.Kekuatan ototKekuatan otot didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu otot atau kumpulan otot menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan. Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang pendek pada intensiti yang tinggi. Fox dan Mathews (1981) menjelaskan bahawa kekuatan adalah kemampuan otot atau sekumpulan otot

Page 41: Nota Gaya Hidup Sihat

dalam mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya atau kerja. O’Shea (1976) menyatakan bahawa kekuatan merupakan fungsi otot rangka dan keupayaannya menghasilkan daya atau kuasa otot. Beliau menjelaskan bahawa terdapat kesan yang positif terhadap peningkatan kekuatan otot dengan latihan bebanan dalam setiap aktiviti sukan.FleksibilitiFleksibiliti merujuk pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakan sepenuhnya. Fleksibiliti perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien, juga dapat mencegah daripada berlakunya kecederaan pada bahagian sendi dan otot. Aktiviti yang dapat meningkatkan fleksibiliti seseorang adalah aktiviti regangan. Senaman ini menjadikan tubuh mudah lentur. Ini dilakukan dengan aktiviti regangan membabitkan otot dan tisu yang menentukan keseimbangan tubuh. Ahli terapi fizikal mencadangkan senaman regangan dilakukan terhadap pesakit untuk pulih dari kecederaan. Selain itu, senaman ini baik untuk mencegah masalah terjatuh.Komposisi badanKomposisi badan merujuk perkadaran jumlah lemak badan dengan berat tanpa lemak. Peratusan lemak badan adalah pengukuran kegemukan yang lebih baik berbanding berat badan. Kelebihan lemak dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik. Komposisi badan adalah salah satu komponen kecergasan yang penting. Manusia yang mempunyai komposisi badan yang optimum tampak sihat, bergerak dengan lebih efisien dan berasa yakin terhadap diri mereka sendiri. Untuk mencapai kesejahteraan, kita mesti menetapkan tahap komposisi badan yang sesuai untuk diri kita dan

Page 42: Nota Gaya Hidup Sihat

berusaha untuk mencapai dan mengekalkan tahap komposisi badan yang optimum

Rehat, tidur biar cukup

Oleh Suliati [email protected]

Bagaimanapun, ada kalanya perubahan suhu antara tempat anda dengan destinasi yang dituju boleh menyebabkan keadaan itu berlaku.

Apa lagi jika bercuti di kawasan tanah tinggi dengan suhu yang sejuk atau ke luar negara dengan perbezaan musim.

Mencegah memang baik daripada mengubati tetapi jika senario buruk itu terjadi, mengubati adalah satu-satunya pilihan terbaik.

Justeru, panduan minggu ini mungkin dapat membantu anda jika ditakdirkan anda jatuh sakit ketika melancong.

Maklumkan keadaan anda kepada pramugari

Jika berasa sejuk dalam penerbangan ketika ke destinasi percutian, jangan ragu-ragu memberitahu pramugari anda tidak sedap badan.

Ini dapat membantu kerana pramugari akan memberikan anda bantal, selimut atau ubat supaya anda rasa lebih selesa.

Banyak minum air kosong

Usahakan untuk meminum air kosong satu gelas setiap 15 minit. Ia cara terbaik kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak.

Apabila air kurang dalam badan, kita mudah diserang penyakit terutama selesema, batuk dan demam.

Rehat yang cukup

Berehatlah selama beberapa jam ketika anda berasa kurang sihat. Jangan memaksa

Page 43: Nota Gaya Hidup Sihat

diri kerana percutian anda akan menjadi sia-sia jika badan terasa sakit.

Keadaan mungkin akan semakin teruk kerana kedegilan anda dan anda mungkin boleh pengsan ketika bersiar-siar atau dalam perjalanan.

Tidur

Tidur sangat baik untuk membantu mengembalikan kecergasan dan kesihatan. Ini kerana selepas bangun daripada tidur yang cukup, ada akan berasa lebih sihat.

Jika anda diserang selesema dan berasa tidak tahan dengan gejala dialami, minum ubat selesema atau demam sebelum tidur.

Beritahu pihak hotel

Pastikan pihak hotel penginapan anda mengetahui keadaan kesihatan anda yang sedang sakit. Ini kerana pihak hotel boleh membantu dari pelbagai aspek terutama membawa anda ke hospital atau klinik jika keadaan anda semakin teruk.

Sediakan ubat-ubatan

Ketika melancong, bawalah ubat-ubatan untuk mengubati sakit yang sering menyerang ketika melancong seperti ubat selesema, batuk, demam, ubat antimabuk dan yang bersesuaian.

Pastikan anda membawa baju panas atau jaket walaupun bercuti ke tempat yang tidak terlalu sejuk. Ini antara langkah berjaga-jaga terutama apabila anda selesema.

Ini kerana, badan biasanya menggigil ketika selesema walaupun tempat dikunjungi itu mempunyai suhu panas.

Berjumpa doktor

Apabila semua sudah dicuba seperti banyak minum air kosong, rehat dan tidur cukup serta mengambil ubat yang perlu tetapi masih juga tidak sihat, berjumpalah dengan doktor.

Dengan pemeriksaan doktor, anda pasti mendapat ubat yang sesuai dan terbaik untuk sakit dialami. Anda juga boleh mencegah sakit dialami berlarutan, sekali gus merosakkan keseluruhan percutian idaman anda.

Page 44: Nota Gaya Hidup Sihat

Kebaikan insurans perjalanan

Insuran perjalanan biasanya sering diabaikan kerana ramai beranggapan ia tidak penting. Namun, apabila sakit ketika bercuti, ketika itulah perkhidmatan ditawarkan insurans sangat diperlukan.

Dengan adanya insurans, segala kos perubatan anda akan ditanggung.

Ramai orang kadang kala tidak mampu menahan rasa mengantuk kerana kemungkinan telah melakukan kerja-kerja berat, melakukan perkara yang banyak menggunakan tenaga dan pemikiran, dan ada juga yang kurang mendapatkan masa tidur yang cukup. Kesannya, banyak kes-kes kemalangan yang berlaku adalah berpunca dari rasa mengantuk. Selain itu, tahap produktiviti negara juga terjejas dan mengalami kerugian juga disebabkan masalah ketiduran. Sememangnya, masalah ini telah memberikan kesan negatif kepada kualiti kerja. Diriwayatkan dari Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda,

“Apabila salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah dia tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Apabila seseorang meneruskan solat

ketika mengantuk berkemungkinan ketika sedang istigfar tanpa disedari dia mengutuk dirinya sendiri.”

Page 45: Nota Gaya Hidup Sihat

TIDUR ADALAH IBADAH

Badan juga perlukan masa rehat kerana itu adalah haknya. Berehat atau tidur dapat menjadikan umat Islam sebagai umat yang melakukan segala ibadah dan aktiviti dengan cara yang terbaik. Di dalam sebuah hadis, diceritakan mengenai Abu Darda’ yang tidak mahu tidur kerana ingin melakukan ibadah secara berterusan. Menurut Bukhari, sahabatnya Salman al-Farisi menegurnya dengan berkata, 

“Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, badanmu mempunyai hak ke atasmu dan isterimu mempunyai hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya.” Semasa Nabi Muhammad mendengar perkataan Salman ini, beliau berkata, “Benarlah Salman.”

Dalam hadis lain, seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad pernah

Page 46: Nota Gaya Hidup Sihat

memasuki masjid dan ternampak seuras tali merentangi dua tiang. Selepas bertanya, nabi diberitahu tali itu adalah kepunyaan Zainab yang berpaut kepadanya ketika keletihan selepas melakukan solat. Lantas nabi berkata, “Buka tali ini! Hendaklah salah seorang daripada kamu bersolat ketika cergas dan ketika mengantuk pergilah tidur.” Ini menunjukkan bahawa Nabi Muhammad mementingkan kualiti ketika beramal dan tidur dapat membantu ke arah itu. Oleh itu, tidur yang dianjurkan adalah sebahagian dari ibadah.

PEKERJA SYIF MALAM DAN KESAN PADA KESIHATAN

Tidur yang penting adalah pada waktu malam. Allah berkata dalam surah al-Furqan ayat 47,

“Dan Dia menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirehat, dan dijadikan siang untuk

bertebaran mencari rezeki.”

Pekerja syif malam mempunyai risiko lebih tinggi menghidap sakit jantung. Pengkaji-pengkaji dari Universiti Milan mendapati jantung manusia tidak

Page 47: Nota Gaya Hidup Sihat

bersedia menerima tekanan yang berlebihan pada waktu malam. Hal ini disebabkan, hormone cortisol yang berfungsi melajukan jantung dan pernafasan di waktu siang tidak begitu berperanan pada waktu malam, justeru melemahkan konsentrasi dan tumpuan pekerja-pekerja pada syif malam di samping membebankan jantung mereka.

TIDUR DAN MINDA YANG CERGAS

Tidur yang cukup memantapkan kecergasan minda. Pakar tidur, Colonel Gregory Belenky, mengkaji kesan kurang tidur ke atas tentera-tentera yang mengendalikan peralatan canggih ketenteraan. Beliau mendapati, fungsi otak terutamanya yang melibatkan bahagian membuat keputusan, perancangan dan konsentrasi, banyak terjejas apabila seseorang tidak dapat tidur dengan cukup dan otak akan mengambil masa yang lama bagi pulih seperti sedia kala. Keadaan ini dapat menyebabkan kemalangan di bilik kecemasan, tempat kerja, jalan raya dan semasa menjalankan operasi ketenteraan.

TIDUR YANG MEMULIHKAN BADAN

Page 48: Nota Gaya Hidup Sihat

Semasa tidur, sel-sel di dalam badan melalui proses pemulihan. Allen Nicholson, penyelaras klinikal di Pusat Gangguan Tidur, Hospital Columbus Community Ohio menjelaskan, semasa tidur, badan seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan atau growth hormone yang berfungsi memperbaiki sel-sel yang rosak. Mengambil arak ataupun minuman yang mengandungi kafiena sebelum tidur mengganggu proses ini dan menambah keletihan seseorang di siang hari.

TIDUR DAN PENYIMPANAN MAKLUMAT

Page 49: Nota Gaya Hidup Sihat

Penyimpanan maklumat jangka pangjang atau long-term memory di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Namun mereka yang suka tidur lewat, sebagai contoh pelajar yang mengulang kaji pelajaran sehingga lewat tengah malam, mengganggu proses penyimpanan maklumat ini. Menurut Penolong Profesor Carla B. Green dari Pusat Sains Kebangsaan Untuk Pusingan Biologi, mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam menjejaskan pusingan biologi seseorang dan ini menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca, di samping menyebabkan keletihan pada waktu yang tidak menentu di siang hari.

TIDUR DAN JANTUNG

Tidur memantapkan sistem darah dan jantung. Dr Tom Mackay, seorang pakar berhubung penyakit-penyakit sistem pernafasan di Pusat Tidur Kebangsaan, Edingburgh Royal Infirmary Scotland merumuskan, kurang tidur menyebabkan beberapa perubahan kimia berlaku di dalam badan dan ini meningkatkan risiko seseorang mengidap penyakit kencing manis, jantung dan strok.

TIDUR TERBAIK DAN MENYIHATKAN

Page 50: Nota Gaya Hidup Sihat

Cara dan tempoh tidur juga perlu diambil berat bagi mendapatkan tidur yang berkualiti. Tempoh optimum bagi sesetengah orang adalah lima hingga enam jam setiap malam, namun kebiasaannya bagi golongan dewasa kadarnya adalah tujuh hingga lapan jam. Manakala bagi cara dan kedudukan yang baik untuk tidur, seperti mana yang diajarkan oleh nabi, telah diriwayatkan oleh Tarmizi, 

“Nabi Muhammad melihat seorang lelaki yang tidur sambil meniarap lantas baginda berkata, ‘inilah cara

tidur yang dibenci Allah’.”

Menurut Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad juga berkata, 

“Apabila kamu hendak tidur ambillah wuduk seperti wuduk untuk solat, kemudian baringlah di sebelah

kanan.” 

Menurut Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad pernah tidur menelentang sambil menyilangkan kaki seperti yang dilaporkan oleh Abbad ibn Tamim, 

“Aku pernah melihat Rasulullah tidur menelentang di dalam masjid sambil menyilangkan kedua belah kaki

Baginda.”

Page 51: Nota Gaya Hidup Sihat

Di dalam kitab at-Tib an-Nawawi, Ibn Qaiyim al-Jauziyah merumuskan cara tidur nabi dengan berkata, 

“Nabi Muhammad tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal sambil

mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah sehingga terlena.”

Wallahua'alam... Sekadar Perkongsian

Jadi, bagaimana caranya untuk mendapatkan tidur yang berkualiti

ini?

1) Jauhkan diri anda daripada makanan dan minuman yang

berkafein sebelum tidur.

Page 52: Nota Gaya Hidup Sihat

Seperti yang anda semua sedia maklum, kafein berperanan untuk

menghalang mata kita daripada mengantuk, lagi-lagi sekiranya

peperiksaan makin hampir. Kalau boleh, kita tidak mahu tidur

langsung dek mahu menghabiskan ulangkaji pelajaran. Namun, ini

adalah cara yang salah. Apabila badan kita kekurangan rehat, ia

akan menimbulkan stress pada tubuh kita. Dan selanjutnya,

produktiviti kita akan berkurangan dan kualiti ulangkaji kita pun

akan menurun juga. Maka, jangan merasakan tidur itu satu perkara

yang sia-sia dan boleh ditinggalkan begitu sahaja.

2) Tetapkan jadual tidur anda.

Berapa lama anda mahu tidur? Pukul berapa anda mahu masuk

tidur? Dan bila pula anda perlu bangun untuk ke kelas pada

keesokan harinya? Inilah soalan-soalan yang akan membantu anda

untuk menetapkan jadual tidur anda. Langkah ini akan dapat

mengawal biorhythm diri anda, seterusnya memudhakan anda

untuk tidur nyenyak dan mendapatkan rehat yang cukup

melaluinya. Bahkan, anda boleh juga melatih diri anda untuk

bangun berqiamullail!

Page 53: Nota Gaya Hidup Sihat

Kredit

3) Sediakan ruangan tidur yang selesa

Tilam yang empuk, bantal yang gebu dan selimut yang selesa pasti

membuatkan sesiapa sahaja terdodoi di dalam tidur yang nyenyak.

Maka, apa salahnya kita mengeluarkan sedikit wang untuk menukar

bantal penyek itu demi mendapatkan rehat yang lebih berkualiti.

Dengan rehat yang berkualiti, kualiti dan produktiviti diri akan

meningkat, dan ini adalah satu pelaburan yang menguntungkan!

4) Matikan computer sebelum tidur

Ada yang berpendapat kita seharusnya mematikan komputer

sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur. Hal ini adalah

disebabkan apabila kita menggunakan komputer, otak kita menjadi

‘aktif’ dan ini menyukarkan kita untuk tidur dengan nyenyak. Maka,

berilah sedikit masa untuk otak anda ‘cool down’ sebentar dan

menjadi tenang untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Page 54: Nota Gaya Hidup Sihat

5) Matikan lampu sebelum tidur

Hal ini kadang-kadang dipandang remeh sahaja, namun

sebenarnya merupakan satu rahsia kejayaan untuk mendapatkan

tidur yang nyenyak. Suasana yang gelap memudahkan anda untuk

mula tidur. Sebuah penelitian terbaru menemukan bahwa bahkan

sejumlah kecil cahaya dari komputer dapat mengganggu produksi

melatonin dan mengganggu tidur anda. Maka, pastikan suasana

tempat tidur anda kondusif dan bertepatan dengan keperluan tidur

anda.

Setelah mendapatkan rehat yang cukup, barulah kita boleh

mulakan hari yang baru dengan penuh bersemangat!

“Maka apabila kamu Telah selesai (dari sesuatu urusan),

kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain”

[Surah Al Insyirah, ayat 7]

InshaaAllah, mudah-mudahan perkongsian yang tidak seberapa ini

dapat membantu anda untuk mendapatkan tidur dan rehat yang

berkualiti, dan seterusnya meningkatkan produktiviti!

Wallahua’lam.

Adakah kawalan berat badan sihat yang berkesan?

Adakah kawalan berat badan sihat yang berkesan?Sebenar Program kawalan berat badan adalah sebenarnya pengurusan kesihatan yang anda mengawal diri sendiri.

Page 55: Nota Gaya Hidup Sihat

* Memahami bahawa banyak risiko kesihatan akan meningkat dengan setiap paun berat badan yang sihat.* Diet hanya orang yang harus ada adalah satu yang mereka akan bagi seumur hidup mereka. Kawalan beratbadan yang berjaya memerlukan perubahan gaya hidup yang kekal.* Membuat keputusan untuk mendapat pemahaman apa yang membentuk Kesihatan hidup dan kemudian menentukan memohon diri sekali yang dipelajari.* Menyedari bahawa Diet fad dan program-program yang menawarkan cara pantas kepada berat longgar sebenarnya melakukan banyak lebih membahayakan daripada kebaikan. Orang-orang yang telah kehilangan beratbadan dalam 30 hari atau bila-bila masa pendek jarang kembali untuk berkongsi pengalaman mereka kemudian di hujung jalanTip-Tip mengawal berat badan yang semulajadi:

1) Makan seperti seorang raja di waktu pagi, Putera/capaian pada waktu tengahari, dan Papa di biliknya. (Petua ini satu sahaja membuat perubahan besar)

2) Mengambil berjalan kaki menyeronokkan 20-30 minit untuk selepas membersihkan, tidak pernah dusta.

3) Minum lapan gelas air yang segar atau lebih sehari. Minum 16 oz selepas kenaikan pagi merangsang metabolisma.

4) Makan diet yang semulajadi untuk mengelakkan makanan diproses yang tinggi, perengsa, perangsang.

5) Makan karbohidrat kompleks contohnya. Buah-buahan, kacang, kekacang, bijirin, sayur-sayuran.

6) Elakkan minum jumlah besar cecair pada menu.

Page 56: Nota Gaya Hidup Sihat

7) Membangunkan tabiat meninggalkan makanan atas pinggan anda belum selesai. Makanan yang pergi ke pinggang tidak akan pergi ke pinggang anda atau melatih diri anda akan berpuas hati dengan kurang.

8) Mengambil masa untuk makan. Menikmati apa yang anda makan atau tidak bersusah payah makan.

9) Puasa kerap 24-48 jam setiap minggu.

10) Elakkan di dunia paling teruk makanan aditif, hantarkan monosodium glutamat didapati dalam kebanyakan makanan segera dan restoran-restoran.

KEPERLUAN NOMBOR SATU UNTUK MENGAWAL BERAT BADAN YANG SIHAT

Pembersihan dan pengisian sistem penghadaman adalah penting untuk berat badan yang berjaya penormalan.

Saluran penghadaman seseorang yang sihat mempunyai trilion probiotik-”untuk hidup”, bakteria mesra penting untuk usus yang sihat dan seimbang penghadaman. Klinik Mayo yang terkenal telah mendedahkan bahawa orang-orang yang berat badan berlebihan mempunyai bakteria mesra mereka, flora usus yang bermanfaat, habis melalui tabiat kesihatan yang buruk. Bakteria mesra ini telah diatasi oleh spesies yang jahat yang dipanggil Firmicutes. Itulah yang tidak mesra bakteria itu adalah punca utama obesiti.Produk yang tiada tandingan yang terdapat hari yang membantu badan dalam penyebaran bakteria jahat dan membantu memulihkan flora sihat. Ia membina bakteria probiotik biasa yang menjadikan ia lebih kukuh dan lebih baik dapat menghapuskan penceroboh penyimpanan lemak. NuFlora membantu dalam saluran GI dalam mengetepikan

Page 57: Nota Gaya Hidup Sihat

sistem sisa metabolisme dan toksin yang mengembalikan ketetapan dan kesihatan.

Pengurusan kualiti kesihatan anda sendiri

MENGAWAL BERAT BADAN

 

Obesiti atau kegemukan seringkali dikaitkan dengan penyakit tidak kronik seperti penyakit jantung, diabetes, arthritis dan sebagainya. Ia adalah suatu keadaan di mana berlaku pengumpulan lemak di tubuh badan sama ada secara setempat atau menyeluruh. Dengan itu, adalah penting untuk mengelakkan diri dari menjadi terlalu gemuk dengan mengekalkan berat badan pada berat badan yang unggul. Mengekalkan berat badan yang unggul juga merupakan salah satu cara pencegahan daripada mendapat penyakit kardiovaskular. 

BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI BERAT BADAN ANDA UNGGUL ATAU SEBALIKNYA?

Bagi mengetahui samada anda mempunyai berat badan yang unggul atau sebaliknya, apa yang anda perlu lakukan adalah;  

1. Timbang berat badan anda dalam kilogram.  2. Ukur ketinggian anda dalam sentimeter.  3. Kira Indeks Jisim badan ( BMI ) dengan menggunakan      rumusan berikut:        BMI  =                    Berat Badan (kg)                       Ketinggian (m) x Ketinggian (m)

Page 58: Nota Gaya Hidup Sihat

Berat badan anda dianggap kurang , unggul atau obes sekiranya nilai BMI yang dikira adalah seperti berikut;  

Jika BMI anda ialah Anda adalah :      Kurang dari 18.5          Kurang berat badan      18.5 - kurang 25          Berat badan unggul.      25 - kurang 30          Berat badan berlebihan      30 dan lebih         Obes / Gemuk

* PANDUAN INI HANYALAH UNTUK ORANG DEWASA BERUMUR 18 TAHUN DI ATAS 

BAGAIMANA HENDAK MENDAPAT BERAT BADAN UNGGUL?

Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes, anda perlu mengambil tindakan berikut untuk menurunkannya ke tahap yang unggul iaitu;  

1. Bertekadlah untuk menurunkan berat badan secara perlahan-lahan, lebih kurang 1/2  kg. seminggu. Jangan sekali menguruskan berat badan dengan makanan atau diet kilat 

2. Makan pelbagai makanan yang rendah kalori dan tinggi kandungan nutrien. 

3. Makan nasi, roti atau bijirin tanpa tambahan lemak dan gula di dalam penyediaannya

4. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran tanpa tambahan lemak dan gula dalam penyediaannya

5. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang berkalori tinggi

6. Elakkan pengambilan alkohol7. Elakkan pengambilan makanan ringan di antara waktu

makan. Jika anda perlu makan di antara waktu makan, pilih buah-buahan

8. Makan pada masa yang tetap9. Makan di tempat makan khas. Elakkan makan di hadapan

televisyen10. Gunakan pinggan yang kecil dan elakkan menambah

makanan yang tinggi kandungan lemak dan kalori11. Sibukkan diri anda dengan aktiviti bagi mengelakkan anda

mengingati makanan12. Kurangkan pengambilan gula dan makanan yang

Page 59: Nota Gaya Hidup Sihat

mengandungi kandungan gula yang tinggi13. Sentiasalah bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

selama 30 minit setiap sesi.

Kawalan Berat Badan

(a) Komposisi badan

Jisim lemakJisim bukan lemak(Mengetahui cara pengukuran yang digunakan untuk mengagggar peratusan lemak badan, iaitu kaedah lipatan kulit (skinfold)

(b) Anggaran peratusan lemak badan

Pengukuran lipatan kulit di lokasi/bahagian tertentu(Ini dijalankan bersama dengan ukuran Indeks Jisim Badan)(Body Mass Index - BMI)

Page 60: Nota Gaya Hidup Sihat

Komposisi badan

---Jisim lemak---Jisim bukan lemak

** Anggaran peratusan lemak badan.** Pengukuran lipatan kulit di lokasi/bahagian tertentu.