gaya hidup sihat 2

Upload: elaine-ying

Post on 10-Oct-2015

138 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 1

  • 3Penyediaan dan penerbitan Pelan Strategik MySihat 2013-2017 tidak akan menjadi

    kenyataan tanpa usaha dan kerjasama dari pelbagai individu dan organisasi. Semua pihak

    telah memberikan sumbangan yang besar sepanjang proses menggubal dan mengemaskini

    dokumen ini. Walaupun banyak pihak yang perlu disenaraikan di sini, namun beberapa

    individu dan organisasi berhak untuk menerima penghargaan ini.

    MySihat ingin menghargai sokongan dan bimbingan dengan dedikasi serta keazaman kepada

    Ahli Lembaga MySihat, Jawatankuasa Teknikal Projek Promosi Kesihatan, Jawatankuasa

    Teknikal Sukan & Rekreasi, Jawatankuasa Teknikal Kebudayaan, Jawatankuasa Teknikal

    Penyelidikan dan Jawatankuasa Teknikal Bina Upaya serta kepada semua anggota MySihat.

    Penghargaan khas kepada Victoria Health Promotion Foundation (VicHealth) di atas

    kebenaran mereka untuk mengguna pakai VicHealth Strategy and Business Plan 2009-2013.

    Penghargaan

  • 4Perutusan Daripada Menteri Kesihatan Malaysia

    Kata-kata Aluan Daripada Pengerusi

    Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)

    Pra Kata Daripada Ketua Pegawai Eksekutif

    Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)

    1. Kementerian Kesihatan Malaysia

    2. Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)

    3. Tujuan Pelan Strategik MySihat 2013-2017

    4. Cabaran Semasa Kesihatan di Malaysia

    5. Peranan dan Sumbangan Berterusan MySihat

    6. Prinsip Panduan MySihat

    7. Rangka Kerja Strategik MySihat 2013-2017

    7.1 Fokus Keutamaan

    7.2 Bidang Keberhasilan Utama (KRA)

    KRA 1: Memperkasakan individu dan komuniti untuk

    bertanggungjawab bagi kesihatan mereka.

    KRA 2: Menggalakkan dan meningkatkan amalan gaya 12

    hidup sihat dan kesedaran

    KRA 3: Urus tadbir operasi 14

    KRA 4: Menyokong dasar awam sihat

    8. Pemantauan dan Penilaian 17

    9. Kesimpulan

    Rujukan 21

    KANDUNGAN

    i

    iii

    iv

    12

    3

    3

    5 610

    10

    10

    10

    16

    20

  • 5 Perutusan Daripada Menteri Kesihatan Malaysia

    Y.B.Dato Sri Liow Tiong Lai

    i

    NCD sentiasa dalam lingkaran hidup kita. Sesetengah daripada kita mungkin telah

    melihat penderitaan yang disebabkan oleh penyakit NCD ini di kalangan ahli keluarga kita

    atau di kalangan rakan-rakan yang mengalami penyakit kardiovaskular, kencing manis,

    kanser atau keadaan pernafasan kronik. Kita telah memerhati dan akan sentiasa dapat

    melihat gaya hidup dan tingkah laku yang tidak sihat dalam komuniti kita iaitu penggunaan

    tembakau dan pendedahan kepada asap rokok, diet yang tinggi dengan kandungan

    lemak, garam atau gula, penggunaan alkohol yang berlebihan dan tidak aktif melakukan

    Mungkin kita melihat banyak amalan tidak sihat yang masih digalakkan dan diterima

    dalam masyarakat kita seperti bekerja di tempat kerja terdedah kepada asap rokok basi,

    menu yang tidak sihat disajikan di sekolah, tiada ruang untuk berjalan atau berjoging di

    bandar. Lebih banyak lagi amalan tidak sihat yang boleh disenaraikan!

    Walaupun terdapat banyak cara untuk menangani masalah-masalah ini, strategi

    keseluruhan adalah dengan promosi kesihatan, yang ditakrifkan oleh Piagam Ottawa

    1986 sebagai proses yang membolehkan manusia untuk meningkatkan kawalan ke atas

    diri sendiri dan memperbaiki kesihatan mereka.

    Adalah dianggarkan seramai 2.6 juta rakyat dewasa Malaysia

    menghidap kencing manis, 5.8 juta menghidap hipertensi,

    6.2 juta dengan hypercholesterolaemia dan 2.5 juta

    dengan obesiti. Ia amat membimbangkan bilamana banyak

    kematian pra-matang di kalangan penduduk Malaysia kini

    berpunca daripada keadaan berkaitan dengan Penyakit

    Tidak Berjangkit atau NCD. Mangsa boleh menghidap NCD

    sejak usia mereka masih muda, bahkan semasa zaman

    kanak-kanak, menyebabkan masyarakat kehilangan zaman

    produktif mereka.

  • 7MySihat terkenal di kalangan agensi-agensi kerajaan, media dan terutama sekali NGO. Di arena antarabangsa, nama MySihat dipandang tinggi dalam kalangan agensi-agensi kesihatan bukan sahaja di Asia Tenggara tetapi juga di negara-negara Arab dan juga Eropah. WHO juga telah mengiktiraf peranan aktif MySihat terutamanya yang berkenaan dengan tembakau. MySihat telah meluaskan rangkaian hubungan dan perkongsian dengan pelbagai sektor dan persekitaran.

    Walau bagaimanapun, kami tidak mahu dikenali sebagai organisasi kebajikan yang hanya dirujuk apabila ada pihak yang memerlukan bantuan kewangan. MySihat ditubuhkan bukan sekadar menyediakan sokongan kewangan bagi aktiviti promosi kesihatan. Kami perlu bertindak lebih proaktif dan inovatif untuk terus berada di hadapan dan menjadi rujukan di dalam dan luar negara. Melalui pelan strategik ini, MySihat telah menggariskan tindakan-tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil dalam tempoh lima (5) tahun bagi memastikan peningkatan

    akan datang.

    Kata-kata Aluan Daripada Pengerusi Lembaga Promosi Kesihatan Malaysian (MySihat)

    Y.A.Bhg. Toh Puan Dato Seri Hjh.

    iii

    Dr. Aishah Ong

    Kementerian Kesihatan telah merangka pelbagai rancangan dan strategi untuk menangani masalah ini. Antaranya ialah Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan (2006-2015) dan Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit yang telah dilancarkan pada bulan Disember 2010. Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) melengkapi dan menyokong dasar-dasar Kementerian Kesihatan. Pelan Strategik MySihat 2013-2017 menunjukkan kesungguhan kami mendukung usaha-usaha ini dengan penekanan khusus terhadap kawalan tembakau dan alkohol, pemakanan sihat, promosi kesihatan

  • 8Pra Kata Daripada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)

    Tumpuan utama adalah untuk membangunkan strategi yang paling sesuai, berkesan

    mempromosikan program dan aktiviti gaya hidup sihat di kalangan komuniti. Ia digunakan sebagai panduan untuk semua pihak yang berkepentingan (stakeholders) untuk merangka pelan bagi lima (5) tahun berikutnya.

    Peranan MySihat adalah untuk mencegah dan mengawal NCD melalui pelbagai program dan aktiviti. Strategi utama adalah dengan mempromosikan kesihatan. Promosi Kesihatan merupakan satu proses sosial dan politik secara menyeluruh. Ia merangkumi tindakan yang bukan sahaja untuk memantapkan kemahiran dan keupayaan individu, tetapi juga tindakan untuk mengubah keadaan sosial, persekitaran dan ekonomi, bagi mengurangkan kesannya kepada kesihatan awam dan individu.

    Kita perlu memperluaskan usaha untuk mempromosikan kesihatan kerana pelbagai faktor menentukan tahap kesihatan dan maklum balas dari pelbagai sektor diperlukan dalam memperbaiki kesihatan. Dalam erti kata lain, jalinan kerjasama dengan pelbagai rakan kongsi diperlukan untuk mendapat manfaat kesihatan yang berkesan. Pelan Strategik ini telah menekankan jalinan rakan kongsi dengan NGO, kerajaan dan agensi swasta.

    Harapan terbesar saya adalah supaya semua pihak terutamanya pihak yang berkepentingan (stakeholders) dapat memberi lebih perhatian untuk melaksanakan strategi-strategi yang telah dirancang dan dengan itu, kita boleh mencapai sasaran yang telah ditetapkan bersama-sama.

    Y.Bhg.Datuk Dr. Yahya Bin Baba

    iv

    Pelan Strategik MySihat 2013-2017 adalah sebuah dokumen yang dibangunkan untuk memperkukuhkan lagi usaha meningkatkan perhatian seluruh dunia terhadap pencegahan dan kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD). Malaysia turut menghadapi ancaman besar apabila NCD menjadi punca utama kematian pramatang di kalangan orang dewasa di Malaysia. Pelan Strategik ini menekankan beberapa cabaran utama dan menggariskan usaha-usaha yang dirancang untuk menangani cabaran-

    cabaran tersebut.

  • 9 Visi

    Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

    Misi

    Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama :

    i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

    ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

    iii. dengan menekankan :

    1. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

    1

  • 10

    2. Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)

    Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Lembaga ini ditubuhkan pada bulan Jun 2006 menerusi Akta Parlimen (Akta 651) yang diwartakan pada 1 April 2007. Ia ditadbir oleh sebuah badan bebas yang terdiri daripada wakil-wakil dari kementerian berkaitan, NGO dan profesional yang mempunyai kepakaran yang berkaitan dengan promosi kesihatan.

    Objektif utama Lembaga adalah untuk menetapkan dan membangunkan agenda promosi kesihatan di semua sektor terutamanya dengan penyertaan aktif badan-badan bukan kerajaan (NGO). Peranan Lembaga ialah menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan persekitaran sihat melalui pelbagai sektor.

    Lembaga bertanggungjawab memperkasakan individu, organisasi dan masyarakat melalui latihan dan inisiatif lain untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup mereka. Lembaga juga bertindak sebagai pembina kapasiti dalam promosi kesihatan. Ia menumpukan usaha kepada peranannya sebagai pelengkap kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan sebagai pembina perkongsian dan pakatan kesihatan untuk mendukung dasar awam yang sihat dalam pelbagai persekitaran.

    Visi

    Ke arah masyarakat Malaysia yang sihat dan aktif.

    Misi

    Menjadi sebuah pusat kecemerlangan di peringkat nasional dan antarabangsa dalam bidang promosi kesihatan melalui promosi gaya hidup, persekitaran dan masyarakat yang sihat.

    Nilai-nilai korporat

    2

  • 11

    Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) kini menjadi punca utama kematian di Malaysia. Penyakit ini telah menjadi punca utama mortaliti pramatang, morbiditi dan kurang upaya yang menjadi beban besar kepada sistem kesihatan Malaysia. Pelaburan untuk promosi yang berterusan dan sasaran yang jelas serta aktiviti intervensi awal dapat mengurangkan risiko situasi ini, melengahkan perkembangannya dan mengurangkan komplikasi yang berkaitan, seterusnya meningkatkan kesihatan dan mengurangkan beban kepada sistem kesihatan.

    Akibat daripada keadaan semasa ini, MySihat telah mengenal pasti tiga (3) tujuan dalam

    Pelan Strategik 2013-2017 seperti yang berikut:

    3.1 Mengenal pasti tindakan yang perlu diutamakan dan memberi tumpuan terhadap faktor- faktor risiko tingkah laku utama yang dikongsi oleh penyakit kronik, iaitu

    penggunaan alkohol yang membahayakan.

    3.2 Menggariskan hala tuju utama bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan penduduk Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

    3.3 Melengkapkan promosi gaya hidup sihat dan strategi pencegahan penyakit kronik serta pelan tindakan sedia ada. Ia juga menjadi panduan bagi membantu agensi- agensi dan organisasi untuk mengukuhkan pembangunan dan pelaksanaan program promosi kesihatan yang berkualiti.

    3. Tujuan Pelan Strategik MySihat 2013-2017

    3

    4. Cabaran Semasa Kesihatan Di Malaysia

    Di Malaysia, Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) (penyakit kardiovaskular, diabetes, kanser dan penyakit mental) merupakan beban kesihatan yang utama di negara ini. Menurut Kajian Beban Penyakit yang dijalankan pada tahun 2004 (menggunakan data tahun 2000) yang mengambil kira mortaliti dan morbiditi, lapan beban utama penyakit di Malaysia daripada yang tertinggi hingga yang terendah ialah penyakit jantung iskemia diikuti oleh penyakit mental, penyakit serebrovaskular/strok, kecederaan jalan raya, kanser, asma dan penyakit paru-paru obstruktif kronik, diabetes melitus dan beberapa penyakit berjangkit yang menjadi masalah kesihatan awam yang utama seperti denggi, HIV / AIDS dan lain-lain.

  • 12

    Data semasa juga menunjukkan bahawa NCD dan faktor-faktor risiko NCD sedang meningkat pada kadar yang membimbangkan di Malaysia, seperti yang dibuktikan oleh tiga kajian utama terkini berasaskan penduduk di seluruh negara:

    (i) Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kali Ketiga 2006(ii) Tinjauan Faktor Risiko NCD Malaysia Kali Pertama 2005/2006(iii) Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011

    Di sebalik segala kecanggihan sistem penjagaan kesihatan dan taraf hidup kita yang tinggi, Malaysia merupakan sebuah negara yang menghadapi beberapa masalah kesihatan yang serius terutamanya NCD. Penyakit-penyakit ini boleh dikurangkan atau dielakkan melalui perubahan gaya hidup dan keadaan hidup yang lebih baik.

    Terdapat semakin banyak bukti dari seluruh dunia tentang faedah dan keberkesanan melabur dalam program promosi kesihatan. Program promosi kesihatan memberi manfaat kepada komuniti dengan menggalakkan kesejahteraan, mengurangkan penyakit yang boleh dicegah dan mengurangkan perbelanjaan penjagaan kesihatan secara keseluruhan.

    Untuk mengelakkan peningkatan penyakit dan ketakdayaan pada masa hadapan dan tekanan yang berkaitan terhadap sistem penjagaan kesihatan kita, kita perlu melakukan sesuatu terhadap cara hidup kita. Ini memerlukan gabungan kreativiti, wawasan dan pemikiran yang berani untuk menangani cabaran yang kita hadapi.

    Cabaran-cabaran ini akan membentuk tumpuan MySihat untuk tempoh lima tahun akan datang. Dengan komitmen, pemikiran inovatif, penilaian dan penyelidikan serta penglibatan pelbagai sektor, kami akan membantu memastikan peningkatan kesihatan

    4

  • 13

    Fokus MySihat ialah promosi kesihatan dan pencegahan khusus kepada penyakit tidak berjangkit.

    Pencegahan khusus kepada menangani punca-punca kesihatan yang buruk untuk mencegah masalah daripada berlaku. Ia mampu memberi tumpuan kepada faktor-faktor risiko dan tingkah laku individu atau faktor yang lebih luas seperti sosial, ekonomi dan alam sekitar yang menyebabkan penyakit. Faktor sosial, ekonomi dan alam sekitar ini selalunya dirujuk sebagai promosi kesihatan. Promosi kesihatan bertindak lebih daripada sekadar mencegah kesihatan yang buruk. Ia cuba meningkatkan prospek mencapai kesihatan yang optimum. Hal ini penting bagi memenuhi keperluan ekonomi berasaskan kemahiran dan pengetahuan serta merealisasikan aspirasi yang dikongsi bersama iaitu mencapai tahap sebuah masyarakat yang adil dan lestari.

    MySihat berpengalaman dalam menarik pelbagai kumpulan untuk bersama-sama mempengaruhi gaya hidup berasaskan kesihatan dan memperbaiki persekitaran sosial,

    mengetengahkan apa yang boleh dicapai dengan mengintegrasikan aktiviti pembiayaan, pemantauan, penyelidikan dan penilaian. Kami juga mencipta peluang agar orang ramai memperolehi pengetahuan, dapat mempelajari kemahiran baru, mempunyai akses yang lebih besar kepada aktiviti-aktiviti yang menggalakkan kesihatan yang baik dan berkongsi persekitaran yang sihat.

    Peranan inovatif ini membolehkan kami memimpin dan mendukung pencapaian kecemerlangan dalam pembangunan polisi dan program promosi kesihatan yang sesuai serta mengekalkan pakatan strategik dengan kepentingan kesihatan awam kebangsaan dan global bagi mengukuhkan lagi tindakan dan advokasi promosi kesihatan.

    5. Peranan Dan Sumbangan Berterusan MySihat

    5

    Fokus MySihat

    Promosi Pencegahan Intervensi Awal Rawatan Pemulihan

  • 14

    promosi kesihatan dalam Piagam Ottawa tentang promosi kesihatan. Prinsip-prinsip ini boleh digunakan sebagai panduan untuk merancang dan menyampaikan program promosi kesihatan yang bersepadu dengan berkesan.

    6.1 Pemerkasaan

    menggerakkan sumber-sumber yang perlu untuk menentukan hidup mereka sendiri.

    6.2 Kolaborasi antara sektor

    menyampaikan program promosi kesihatan bersepadu dan mengurangkan pertindihan dan penyerpihan dalam usaha promosi kesihatan.

    6.3 Mobilisasi komuniti

    membuat keputusan yang mempengaruhi kesihatan mereka.

    6.4 Keterangkuman

    dan tinggal dalam persekitaran yang menggalakkan kesihatan. 6.5 Berasaskan bukti

    terbaik untuk keperluan dan perubahan yang mapan.

    6. Prinsip Panduan MySihat

    6

    6.6 Penentu kesihatan (Faktor yang mempengaruhi kesihatan)

    Menangani penentu kesihatan yang lebih luas, menyedari bahawa kesihatan bukan sahaja dipengaruhi oleh genetik, gaya hidup individu, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan bahawa faktor politik, sosial, ekonomi dan alam sekitar adalah amat penting.

  • 15

    6.6.1 Peringkat individu

    boleh mempengaruhi kesihatan.

    6.6.2 Peringkat komuniti

    perkhidmatan dan kemudahan tempatan, kehidupan dan keadaan kerja, rangkaian dan sokongan sosial, norma kumpulan dan rakan sebaya dan peluang penyertaan.

    6.6.3 Peringkat keluarga/isi rumah

    tempat tinggal, struktur dan hubungan keluarga, tingkah laku dan pendedahan berkaitan kesihatan.

    6.6.4 Peringkat masyarakat

    ekonomi, norma budaya, nilai dan kepercayaan, struktur sosial dan institusi.

    7

    Pendapatan, kedudukan sosial, tahap pendidikan atau kapasiti anda untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang membantu menghubungkan anda dengan orang lain dalam komuniti merupakan faktor penting dalam menentukan kesihatan dan kesejahteraan anda.

    Kebanyakan strategi promosi kesihatan yang berjaya telah mensasarkan penentu kesihatan di semua peringkat. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan boleh dilihat sebagai suatu sistem besar yang mengintegrasikan individu, keluarga, komuniti dan masyarakat sebagai subset sistem.

  • 16

    Semua faktor ini berinteraksi dengan cara yang kompleks sama ada meningkatkan risiko tahap kesihatan yang buruk atau meningkatkan kesihatan. Sebagai contoh, diet seseorang individu mungkin dipengaruhi oleh pengetahuan pemakanan dan oleh persekitaran keluarga mereka (seperti pendapatan keluarga atau sama ada ahli keluarga makan bersama-sama), dan juga oleh faktor persekitaran (seperti kedai-kedai makanan tempatan) dan pengaruh masyarakat yang lebih luas (seperti peraturan pengiklanan makanan dan dasar keselamatan pendapatan) (lihat Rajah 1).

    Cabaran yang dihadapi oleh MySihat dan rakan kongsinya ialah untuk menyatukan dan mengembangkan pendekatan ini dalam menangani pelbagai faktor yang rumit yang menyumbang kepada beban penyakit kontemporari.

    8

  • 17

    Rajah 1: Faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan

    INDIVIDU

    keluarga

    pendedahan berkaitan kesihatan

    pendapatan

    keadaan hidup

    KELUARGA / ISI RUMAH

    sokongan sosial

    rakan sebaya

    komuniti

    infrastruktur komuniti

    kemudahan tempatan

    KOMUNITI

    sosial & budaya

    sosial & sumber

    ekonomi

    MASYARAKAT

    9

  • 18

    7.1 Fokus Keutamaan 7.1.1 Mengurangkan tabiat merokok 7.1.2 Menggalakkan amalan diet yang sihat

    7.1.4 Menggalakkan kesihatan mental yang baik

    7.1.5 Mengurangkan penggunaan alkohol yang berbahaya

    7.2 Bidang Keberhasilan Utama (KRA)

    KRA 1: Memperkasakan individu dan komuniti untuk bertanggungjawab bagi kesihatan mereka

    Rasional

    Memperkasakan individu dan masyarakat agar bertanggungjawab untuk kesihatan mereka dengan meningkatkan literasi kesihatan dengan cara mendidik individu dan masyarakat melalui pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk penjagaan diri.

    Ia perlu dilengkapkan dengan persekitaran yang memberangsangkan yang bertindak sebagai pengupaya bagi memperkasakan individu dan komuniti seperti mewujudkan dan mengukuhkan tindakan dan inisiatif komuniti, menjalinkan perkongsian dan kerjasama antara sektor dan memupuk pejuang kesihatan.

    MySihat akan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk menyokong gaya hidup yang sihat dan aktif melalui usaha dan penyertaan pelbagai agensi.

    7. Rangka Kerja Strategik MySihat 20132017

    10

  • 19

    1. Meningkatkan pembinaan

    keupayaan individu dan komuniti

    Objektif Program/Aktiviti

    untuk membangunkan program promosi

    kesihatan, membuat keputusan dan

    kepimpinan.

    komuniti untuk mewujudkan program

    bagi meningkatkan penglibatan

    komuniti.

    2. Meningkatkan peluang untuk

    rangkaian sosial baru.

    3. Meningkatkan akses kepada sumber-sumber promosi kesihatan latihan, bahan permohonan gran

    dan laman web.

    4. Menambah bilangan individu yang mampu untuk menterjemahkanpengetahuan promosi kesihatan kepada amalan.

    modul latihan dan laman web.

    11

    Strategi

    1. Berkomunikasi tentang isu-isu kesihatan utama.2. Membangunkan kemudahan kesihatan yang inklusif, mudah didekati, adil dan selamat.3. Menyokong organisasi dalam merancang, melaksana dan menilai aktiviti promosi kesihatan.

    4. Memudahkan penyertaan dan pembangunan kemahiran.

  • 20

    Rasional:

    Kempen Cara Hidup Sihat Kementerian Kesihatan bermula pada tahun 1991 atas kesedaran bahawa gaya hidup memainkan peranan penting terhadap kesihatan dan penyakit. Kempen ini telah dilancarkan pada 25 Mei 1991 dengan tema pertamanya

    penyakit kardiovaskular.

    Objektif jangka pendek dan sederhana kempen ini ialah (a) untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Malaysia tentang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup yang tidak sihat dan, (b) untuk menggalakkan mereka mengamalkan amalan gaya hidup sihat dan yang mempromosikan kesihatan. Objektif jangka panjang merupakan hasil daripada perubahan-perubahan tersebut, iaitu, dapat menurunkan kadar morbiditi dan mortaliti penyakit-penyakit berkaitan dengan gaya hidup.

    Sejak tahun 2003, kempen gaya hidup sihat mula memberi tumpuan kepada menggalakkan perubahan tingkah laku yang sihat agar rakyat Malaysia dapat mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.

    Bertemakan Sihat Sepanjang Hayat, tumpuan diberikan kepada 4 elemen asas yang relevan dan penting kepada konsep gaya hidup sihat berikut:i. Makan secara sihat

    iii. Tidak merokokiv. Mengendali stres

    Bagi setiap faktor risiko gaya hidup seperti tabiat pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti

    komuniti.

    MySihat akan memberi tumpuan kepada tingkah laku khusus dan kesan jangka panjangnya terhadap gaya hidup. Pendekatan ini akan memberi pengetahuan dan memudahkan peningkatan kemahiran untuk komuniti mengamalkan tingkah laku yang sihat.

    KRA 2: Menggalakkan dan meningkatkan amalan gaya hidup sihat dan kesedaran

    12

  • 21

    Strategi

    1. Mencipta dan menggunakan pengetahuan yang diperolehi melalui penyelidikan dan penilaian.

    2. Menghasilkan persekitaran yang menggalakkan kesihatan yang baik.

    Objektif Program/Aktiviti

    1. Meningkatkan pemakanan yang optimum

    3. Mengurangkan penggunaan tembakau

    4. Mengurangkan bahaya dari alkohol

    5. Meningkatkan kemahiran hidup kesihatan mental

    tembakau yang bertanggungjawab

    isu-isu alkohol yang berkaitan dengan kesihatan.

    13

  • 22

    Rasional

    Bakat merupakan aset yang paling penting dan organisasi perlu menghargai sumbangannya

    dan mengembangkan potensinya.

    Sebagai peneraju dalam sektor promosi kesihatan, MySihat perlu mengetengahkan faedah mengadakan persekitaran tempat kerja yang sihat dan mampan. MySihat berusaha gigih untuk menjadi teladan menerusi amalannya sendiri bagi menunjukkan kebaikan sebuah

    organisasi yang sihat, produktif dan mampan.

    Strategi

    1. Menggalakkan pembangunan sistem dan proses yang menyokong dan mengekalkan fungsi MySihat.2. Menyumbang dan mendukung dasar dan peraturan awam berkenaan dengan gaya

    hidup sihat.

    KRA 3: Urus tadbir operasi

    Objektif Program/Aktiviti

    1. Memastikan fungsi organisasi yang berkesan melalui sistem dan proses tanpa risiko

    untuk penambahbaikan berterusan dalam sistem dan proses.

    maklumat dan komunikasi sedia ada.

    pematuhan dan pelaporan yang teguh.

    mempunyai risiko pematuhan dan melaksanakan tindakan penambah- baikan yang berterusan.

    14

  • 23

    Objektif Program/Aktiviti

    2. Membangunkan modal insan yang berprestasi tinggi dalam persekitaran kerja yang sihat dan mampan

    3. Beroperasi secara telus, akauntabiliti dengan integriti

    4. Menyediakan maklumat yang tepat, boleh dipercayai dan tepat pada masanya kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam pembangunan promosi kesihatan

    Menggalakkan pembangunan organisasi melalui:

    mengekalkan, memberi ganjaran dan membangunkan modal insan.

    kemahiran, latihan dan pengiktirafan pencapaian

    yang berkesan

    laporan tahunan dan kewangan bukan untuk keuntungan dipertingkat Institut Akauntan Bertauliah Malaysia, dalam laporan tahunan dan struktur pelaporan luaran.

    data kewangan dan operasi melalui sistem (SAGA) dalaman dan luaran, untuk mengetatkan akauntabiliti operasi.

    tentang bidang keutamaan strategik MySihat.

    termasuk anugerah, seminar, persidangan dan forum MySihat.

    menerusi aktiviti-aktiviti media.

    yang kerap untuk memastikan aktiviti- aktiviti komunikasi kekal relevan.

    15

  • 24

    KRA 4: Menyokong dasar awam sihat

    Rasional

    Kementerian Kesihatan akan menggubal dasar awam untuk menyokong gaya hidup

    yang sihat, memperhebatkan usaha promosi kesihatan dan memastikan dakwaan dan

    iklan yang meragukan dihalang daripada sampai kepada orang ramai. Ini bermakna

    akses yang lebih baik dan semakan maklumat kesihatan dalam bidang-bidang tertentu

    contohnya pemakanan, anti merokok dan kesihatan mental.

    Mempromosi dan menyokong dasar-dasar kesihatan sedia ada

    1. Menyokong persekitaran yang meningkatkan kesihatan

    2. Mempromosi dan menyokong dasar-dasar kesihatan sedia ada

    agensi yang mewujudkan dasar persekitaran sihat dari segi bantuan kewangan

    Asap Rokok di setiap negeri di Malaysia

    16

    Strategi

    1. Menyokong dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi-

    agensi Kerajaan yang lain untuk menyokong gaya hidup sihat.

    2. Mengambil bahagian dalam forum polisi peringkat negeri dan kebangsaan yang

    berkaitan yang diadakan untuk menggalakkan gaya hidup sihat.

    3. Menyumbang kepada penggubalan dasar awam yang sihat.

    Program/Aktiviti Objektif

  • 25

    Bukti menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif berlaku dalam tempoh yang

    panjang selepas intervensi. Kami juga mengharapkan program dengan gandingan

    beberapa intervensi akan membuahkan berbilang hasil pada peringkat yang berlainan.

    Oleh itu, pemantauan dan penilaian akan dibuat sepanjang pelaksanaan projek.

    Rancangan penilaian menyatakan dan menghubungkan matlamat, objektif dan strategi

    bagi projek-projek tersebut, bersama-sama dengan kaedah pengumpulan data untuk

    penilaian.

    Tiga jenis penilaian akan dijalankan iaitu penilaian proses, kesan dan hasil. Ia diringkaskan

    seperti di bawah:

    8. Pemantauan dan Penilaian

    KRA 1: Memperkasakan individu dan komuniti untuk bertanggungjawab bagi kesihatan mereka

    1. Meningkatkan pembinaan keupayaan individu dan komuniti

    2. Meningkatkan peluang untuk rangkaian sosial

    3. Meningkatkan akses kepada sumber-sumber promosi kesihatan

    4. Menambah bilangan individu yang mampu menterjemahkan pengetahuan promosi kesihatan kepada amalan.

    1. Meningkatkan % program promosi kesihatan

    2. Meningkatkan % permohonan geran

    3. Meningkatkan % laporan pamantauan

    1. Meningkatkan amalan gaya hidup sihat melalui program-program promosi kesihatan oleh NGO

    17

    KPI Objektif Hasil

  • 26

    KRA 2: Menggalakkan dan meningkatkan amalan gaya hidup sihat dan kesedaran

    1. Meningkatkan pemakanan yang optimum

    2. Meningkatkan aktiviti

    3. Mengurangkan penggunaan tembakau

    4. Mengurangkan bahaya alkohol

    5. Meningkatkan kemahiran hidup kesihatan mental

    1. Membuat kajian atas keberkesanan kos

    2. Meningkatkan % program pembinaan kapasiti

    1. Meningkatkan perubahan tingkah laku dalam kalangan masyarakat melalui program-program yang dilaksanakan oleh NGO

    KRA 3: Urus tadbir operasi

    1. Memastikan fungsi organisasi yang berkesan melalui sistem dan proses tanpa risiko

    2. Membangunkan modal insan yang berprestasi tinggi dalam persekitaran kerja yang sihat dan mampan

    3. Beroperasi secara telus, akauntabiliti dengan integriti

    1. Meningkatkan % pembayaran geran yang dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.

    2. Meningkatkan bilangan rangkaian dan pencapaian inisiatif pembinaan imej.

    1. Mewujudkan sistem pengurusan yang cekap dan berkesan

    2. Mewujudkan bakat yang sihat dan mampan

    3. Mewujudkan pengiktirafan antarabangsa

    18

    KPI Objektif Hasil

    KPI Objektif Hasil

  • 27

    KRA 4: Menyokong dasar awam sihat

    2. Mempromosi dan menyokong dasar-dasar kesihatan sedia ada

    1. Menyokong persekitaran yang meningkatkan kesihatan

    2. Mempromosi dan menyokong dasar-dasar kesihatan sedia ada

    1. Meningkatkan penglibatan bilangan pihak berkepentingan untuk memulakan dasar awam yang sihat

    2. Menambah bilangan program-program dasar sihat yang dimulakan

    1. Peningkatan dasar kesihatan awam sedia ada

    2. Meningkatkan kualiti hidup

    3. Mewujudkan persekitaran yang sihat

    Hasil

    19

    2. Mempromosi dan menyokong dasar-dasar kesihatan sedia ada

    4. Menyediakan maklumat yang tepat, boleh dipercayai dan tepat pada masanya kepada pihak-pihak berkepentingan dalam pembangunan promosi kesihatan

    3. Memastikan semua kakitangan patuh menjalani latihan tujuh (7) hari setahun

    HasilKPI

    KPI

    Objektif

    Objektif

    Hasil

    Hasil

  • 9. Kesimpulan

  • 29

    Rujukan

    21

    Department of Health. Western Australian Health Promotion Strategic Framework 2007-

    2011: Executive Summary. Perth, Western Australia: Western Australian Government,

    2007.

    Department of Human Services Victoria. 2003. Integrated Health promotion Resource

    Kit. Australia

    Ministry of Health Malaysia. 2007. National Health Morbidity Survey III-2006. Institute

    for Public Health. Kuala Lumpur.

    Ministry of Health Malaysia. 2010. National Strategic Plan For Non-Communicable

    Disease: Medium Term Strategic Plan to Further Strengthen the Cardiovascular

    Diseases & Diabetes Prevention & Control Program in Malaysia (2010-2014). Disease

    Control Division. MOH. Kuala Lumpur.

    Ministry of Health Malaysia. 2011. Country Health Plan: 10th Malaysia Plan 2011-2015.

    Bahagian Perancangan dan Pembangunan. MOH. Kuala Lumpur.

    Ministry of Health Malaysia. 2011. Pelan Strategik 2011-2015 : 1Care for 1Malaysia.

    Bahagian Perancangan dan Pembangunan. MOH. Kuala Lumpur

    Victorian Health Promotion Foundation (VicHealth). 2009. VicHealth Strategy and

    Business Plan 2009 2013: Promoting Health and Preventing Illness. Australia.

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.