gaya hidup digital

Download Gaya Hidup Digital

If you can't read please download the document

Upload: asyussof

Post on 11-Nov-2015

30 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Komputer

TRANSCRIPT

Kona Print Output rollup

Kursus: Gaya Hidup Digital

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kursus: Gaya Hidup Digital

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Versi Cetak

2699be

Gaya Hidup Digital

Kursus E-Pembelajaran Microsoft Rasmi

LESEN PERJANJIAN PENGGUNA AKHIR UNTUK KANDUNGAN DILESENKAN MICROSOFT:

KURIKULUM LITERASI DIGITAL

SILA BACA DENGAN TELITI: Syarat-syarat perlesenan ini (Terma-terma Perlesenan) adalah perjanjian antara anda (seorang individu ataupun sebuah entiti) dan Microsoft Corporation (Microsoft), dan mengawal penggunaan semua bahan pembelajaran Microsoft yang mengiringi Syarat-syarat Perlesenan ini. DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN INI DAN/ATAU MENGGUNA ATAU MEMASANG PERISIAN YANG DISERTAKAN BERSAMA TERMA-TERMA PERLESENAN INI (SECARA KOLEKTIF, KANDUNGAN DILESENKAN"), ANDA BERSETUJU DENGAN TERMA-TERMA PERLESENAN INI. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU, JANGAN GUNAKAN KANDUNGAN DILESENKAN INI.

1.DEFINISI.

Pusat(-pusat) Pembelajaran yang Dibenarkan bermaksud pusat-pusat pembelajaran teknologi komuniti (CTLC(s)) yang bukan berasaskan keuntungan (atau berkeadaan sama), pusat-pusat komuniti, atau pun entiti-entiti atau tempat-tempat seumpamanya sepertimana yang dibenarkan oleh Microsoft untuk Penggunaan "Kurikulum Literasi Digital" Microsoft. Sesi(-sesi) Latihan Dibenarkan bermaksud sesi-sesi latihan bukan komersil yang menggunakan bahan-bahan Kursus yang dijalankan di atau oleh Pusat-pusat Pembelajaran Dibenarkan untuk melatih orang-orang dalam (a) kemahiran komputer asas dan teknologi maklumat dan/atau (b) penggunaan teknologi, produk-produk, atau perkhidmatan Microsoft. Setiap Sesi Latihan Dibenarkan akan menyediakan latihan bagi kandungan bagi satu (1) Kursus.Kurikulum bermaksud sebarang bahan yang disertakan dalam "Kurikulum Literasi Digital". Kurikulum ini terdiri daripada lima Kursus, setiap satunya menyediakan latihan bagi satu kandungan berkaitan teknologi secara khusus. Kursus bermaksud salah satu daripada kursus-kursus yang ditawarkan di bawah "Kurikulum Literasi Digital" Microsoft, setiap satunya menyediakan latihan bagi satu kandungan berkaitan teknologi dan terdiri daripada satu komponen pembelajaran dan satu penilaian. Peranti(-peranti) bermaksud sebuah komputer, peranti, stesen kerja, terminal, atau pun sebarang peranti elektronik digital atau analog di Pusat Pembelajaran Dibenarkan.Dokumen(-dokumen)" bermaksud dokumentasi bercetak atau elektronik seperti penilaian, manual, buku kerja, helaian data, dan Soalan-Soalan Lazim yang mungkin disertakan dalam Kandungan Dilesenkan.Kandungan Pengajar bermaksud Kandungan Dilesenkan yang disertakan bersama Terma-terma Perlesenan ini atau di laman Web yang hanya boleh Digunakan oleh Pengajar-pengajar untuk mengajar atau pun mengarahkan Pelajar-pelajar sesuatu Sesi Latihan Dibenarkan.Kandungan Dilesenkan bermaksud bahan-bahan pembelajaran dari sesuatu Kursus yang disertakan bersama Terma-terma Perlesenan ini. Kandungan Dilesenkan mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, elemen-elemen berikut: (i) Bahan-bahan Kursus, (ii) Elemen-elemen Media, (iii) perisian, dan (iv) Dokumen-dokumen. "Elemen-elemen Media" bermaksud foto-foto, gambar gunting, animasi, bunyi, muzik, dan/atau klip video yang mungkin disertakan bersama Terma-terma Perlesenan ini.Latihan Mengikut Kadar Sendiri bermaksud program latihan kendiri Pelajar, pada kadar Pelajar sendiri, tanpa Pengajar, (a) melibatkan kandungan Kursus(-kursus) bagi Sesi Latihan Dibenarkan yang mereka berdaftar, menggunakan Peranti-peranti di Pusat-pusat Pembelajaran Dibenarkan, atau (b) bagi sesi-sesi latihan dalam talian yang menggunakan sesuatu Kursus melalui laman Web dan/atau sesuatu Kursus yang telah pelajar muat turun dari laman Web dan/atau memasang daripada CD Menggunakan peranti-peranti peribadi mereka. Pelajar(-pelajar) bermaksud pelajar-pelajar yang berdaftar bagi sesuatu Sesi Latihan yang Dibenarkan di sesebuah Pusat Pembelajaran Dibenarkan dan/atau pelajar-pelajar yang menyertai Latihan Mengikut Kadar Sendiri. Pengajar(-pengajar) bermaksud mana-mana kakitangan yang diambil kerja oleh Pusat Pembelajaran Dibenarkan untuk mengajar atau memudahkan Pelajar-pelajar dalam Sesi Latihan Dibenarkan. Penggunaan bermaksud penggunaan bukan komersil Kandungan Dilesenkan oleh a) Pelajar-pelajar hanya untuk menjalankan Latihan Mengikut Kadar Sendiri dan b) Pengajar-pengajar hanya untuk menjalankan kelas-kelas pendidikan, makmal-makmal atau program-program berkaitan yang direka bentuk untuk melatih Pengajar-pengajar dan/atau Pelajar-pelajar lain dalam penggunaan teknologi, produk-produk, atau perkhidmatan yang berkaitan dengan isi Kandungan Dilesenkan dan /atau konsep-konsep yang berkaitan dengan teknologi, produk-produk, atau pun perkhidmatan sedemikian. Penggunaan di bawah Terma-terma Perlesenan ini tidak akan termasuk penggunaan Kandungan Dilesenkan untuk tujuan perniagaan am atau komersil.

Anda bermaksud Pengajar(-pengajar), dan/atau Pelajar-pelajar Pusat(-pusat) Pembelajaran Dibenarkan di mana berkaitan.

2.AM. Terma-terma Perlesenan ini digunakan kepada kemaskini, tambahan, komponen-komponen tambahan, dan komponen-komponen perkhidmatan berasaskan Internet bagi Kandungan Dilesenkan yang mungkin diberikan atau disediakan oleh Microsoft untuk Anda (setiap satu, satu Komponen), walau bagaimanapun dengan syarat, jika terma-terma perlesenan berasingan terpapar semasa pemasangan sesuatu Komponen (Terma-terma Perlesenan Komponen) terma-terma bagi Terma-terma Perlesenan Komponen akan mengawal Komponen yang berkaitan. Microsoft berhak untuk menghentikan sebarang perkhidmatan berasaskan Internet yang diberikan kepada Anda atau disediakan kepada Anda melalui Penggunaan Kandungan Dilesenkan. Terma-terma Perlesenan ini juga mengawal mana-mana, jika ada, perkhidmatan-perkhidmatan sokongan produk yang berkaitan dengan Kandungan Dilesenkan kecuali sepertimana yang dimasukkan di dalam perjanjian lain antara Anda dan Microsoft. Sesuatu pindaan atau tambahan kepada Terma-terma Perlesenan ini mungkin digunakan bersama Kandungan Dilesenkan.

3.HAK PEMASANGAN DAN PENGGUNAAN. Dengan syarat Anda mematuhi Terma-terma Perlesenan ini, Anda boleh menggunakan hak-hak berikut:

3.1Pelajar-pelajar

Anda boleh (a) mengakses dan Menggunakan satu salinan Kandungan Dilesenkan melalui laman Web, dan/atau (b) muat turun Kandungan Dilesenkan dari laman Web atau pun memasangnya dari CD dan Menggunakan satu salinan daripada Kandungan Dilesenkan yang sama pada peranti tunggal bagi Penggunaan latihan peribadi anda sahaja. Anda tidak boleh berkongsi hak ini, atau pun Kandungan Dilesenkan, dengan orang lain.

3.2Pusat-pusat Latihan Dibenarkan

Anda boleh melesenkan pula kepada Pelajar-pelajar individu hak untuk Menggunakan satu (1) salinan Kandungan Dilesenkan pada peranti tunggal hanya untuk Penggunaan latihan peribadi pelajar bagi kandungan Kursus yang Pelajar berkenaan telah berdaftar (i) semasa sesuatu Sesi Latihan Dibenarkan dan (ii) bagi Latihan Mengikut Kadar Sendiri untuk Kursus seumpamanya.

3.3Pusat-pusat Latihan atau Pengajar-pengajar Dibenarkan

(a) Bagi setiap Sesi Latihan Dibenarkan, Pengajar-pengajar atau Pusat Pembelajaran Dibenarkan boleh sama ada

(i) memasang salinan-salinan individu Kandungan Yang Dilesenkan bagi setiap Kursus pada Peranti-peranti bilik darjah untuk Digunakan oleh Pelajar-pelajar di Sesi Latihan Dibenarkan, dengan syarat bilangan salinan yang Digunakan tidak melebihi bilangan Pelajar bagi Sesi Latihan Dibenarkan yang berkenaan; ATAU

(ii) memasang satu salinan Kandungan Dilesenkan bagi setiap Kursus pada pelayan rangkaian, dengan syarat bilangan Peranti yang mengakses Kandungan Dilesenkan pada pelayan sepertinya tidak melebihi bilangan Pelajar bagi Sesi Latihan Dibenarkan.

(b)Bagi Latihan Pelajar Mengikut Kadar Sendiri, Pengajar-pengajar atau Pusat Pembelajaran Dibenarkan boleh sama ada

(i) memasang salinan-salinan individu Kandungan Dilesenkan bagi setiap Kursus pada Peranti-peranti bilik darjah untuk Digunakan oleh Pelajar-pelajar bagi Latihan Mengikut Kadar Sendiri, dengan syarat bilangan salinan yang Digunakan tidak melebihi bilangan Pelajar berdaftar yang sepatutnya bagi kandungan Kursus berkenaan; ATAU

(ii) memasang satu salinan Kandungan Dilesenkan bagi setiap Kursus pada pelayan rangkaian, dengan syarat bilangan Peranti yang mengakses Kandungan Dilesenkan ini tidak melebihi bilangan Pelajar yang berdaftar bagi kandungan Kursus berkenaan, dan dengan syarat selanjutnya Pusat Pembelajaran Dibenarkan menyediakan monitor di dalam bilik darjah di mana Kandungan Dilesenkan dipasang ketika Pusat Pembelajaran Dibenarkan membenarkan Pelajar-pelajar menyertai Latihan Mengikut Kadar Sendiri.

Seseorang Pengajar bagi Sesi Latihan Dibenarkan, atau Pusat Pembelajaran Dibenarkan yang berkaitan, boleh memasang dan Menggunakan satu (1) salinan Kandungan Dilesenkan yang merupakan kandungan bagi Sesi Latihan Dibenarkan pada Peranti tunggal hanya untuk Kegunaan latihan peribadi Pengajar dan bagi persediaan bagi Sesi Latihan Dibenarkan. Setiap Pengajar boleh juga membuat salinan kedua Kandungan Dilesenkan berkenaan dan memasangnya pada peranti peribadi Pengajar bagi Kegunaan eksklusif setiap Pengajar tersebut.

TANPA MENGHADKAN YANGDINYATAKANSEBELUM INI, MENYALIN ATAU MENGELUARKAN SEMULA KANDUNGAN DILESENKAN KE MANA-MANA PELAYAN ATAU LOKASI BAGI TUJUAN PENGELUARAN SEMULA SETERUSNYA PADA PENGEDARAN SEMULA DENGAN JELAS DILARANG.

4.PENERANGAN HAK-HAK LAIN DAN BATASAN-BATASAN LESEN

4.1Kesalahan; Perubahan; Nama-nama Rekaan.

(a) Anda mengaku dan bersetuju bahawa (i) Kandungan Dilesenkan ini, termasuk tanpa batasan Dokumen-dokumen, grafik-grafik berkaitan, dan Komponen-komponen lain yang termasuk di sini, boleh termasuk ketidaktepatan teknikal atau kesalahan tipografi, dan (ii) Microsoft boleh melakukan penambahbaikan dan/atau perubahan dalam Kandungan Dilesenkan atau mana-mana bahagian selepas itu pada bila-bila masa tanpa notis.

(b) Anda memahami bahawa nama-nama syarikat, produk, orang perseorangan, watak dan/atau data yang disebutkan dalam Kandungan Dilesenkan mungkin rekaan dan tidak sama-sekali bertujuan mewakili mana-mana individu sebenar, syarikat, produk atau peristiwa, kecuali dinyatakan sebaliknya.

4.2Penggunaan dan Pengeluaran Semula Dokumen-dokumen.

(a) Pusat-pusat Pembelajaran Dibenarkan dan Pengajar-pengajar.

Dengan syarat anda mematuhi Terma-terma Perlesenan ini, anda boleh mencetak dan/atau mengeluarkan semula versi cetakan (i) mana-mana Dokumen, atau bahagian-bahagian selepas itu, dan/atau (ii) bahan-bahan Kursus, atau bahagian-bahagian selepas itu, termasuklah mengeluarkan semula versi cetakan bahan-bahan Kursus secara keseluruhannya. Jika anda memilih untuk mengeluarkan semula Dokumen dan/atau bahan-bahan Kursus, Anda bersetuju bahawa:

(1) Dokumen-dokumen atau bahan-bahan Kursus seumpamanya akan hanya untuk Penggunaan dalam Sesi Latihan Dibenarkan.

(2) Dokumen-dokumen dan/atau bahan-bahan Kursus tidak akan diterbitkan semula atau pun diposkan di mana-mana komputer rangkaian (kecuali dibenarkan dengan jelas dalam Bahagian 3.3(a)(ii) dan/atau 3.3(b)(ii)di atas) atau disiarkan dalam mana-mana media.

(3) Salinan-salinan Dokumen atau bahagian-bahagian selepas itu, akan hanya diedarkan kepada Pelajar-pelajar dan Pengajar-pengajar bagi kandungan Kursus di mana Pelajar berdaftar atau di mana Pengajar menyediakan latihan, masing-masing.

(4) Versi cetakan bahan-bahan Kursus secara keseluruhannya, atau bahagian-bahagian selepas itu, akan hanya diedarkan kepada Pengajar-pengajar bagi kandungan Kursus di mana Pengajar menyediakan latihan dan/atau kepada Pelajar bagi kandungan Kursus di mana Pelajar berdaftar.

(5) Sebarang pengeluaran semula akan mengandungi sama ada notis asal hak cipta bahan-bahan Kursus dan/atau Dokumen atau jika tiada notis hak cipta sedemikian terdapat pada Dokumen tersebut, satu notis hak cipta bagi faedah Microsoft sebahagian besarnya dalam format yang disediakan di bawah.

(b) Pelajar-pelajar.

Dengan syarat anda mematuhi Terma-terma Perlesenan ini, anda boleh mencetak dan menyalin mana-mana Dokumen, atau bahagian-bahagian selepas itu, atau bahan-bahan Kursus, atau bahagian-bahagian selepas itu. Jika anda memilih untuk mengeluarkan semula Dokumen dan/atau bahan-bahan Kursus, Anda bersetuju bahawa:

(1)Anda akan menggunakan Dokumen-dokumen dan/atau bahagian-bahagian bahan-bahan Kursus bercetak berkenaan hanya bersama dengan penggunaan latihan persendirian anda.

(2)Anda tidak boleh menerbitkan semula, mengepos, menyiarkan atau menghantar Dokumen-dokumen atau bahan-bahan Kursus berkenaan kepada orang lain atau pun pada sesuatu rangkaian.

(3)Anda akan menyertakan pada setiap salinan sama ada hak cipta asal dan notis tanda dagang bahan-bahan Kursus dan/atau Dokumen-dokumen atau notis yang sebahagian besarnya adalah seperti berikut:

Bentuk Notis:

2009. Dicetak semula dengan kebenaran Microsoft Corporation. Semua hak cipta terpelihara.

Kebenaran diberikan untuk mengeluarkan semula bahan-bahan yang terkandung di sini dengan syarat bahawa bahan tersebut dikeluarkan semula hanya untuk digunakan bersama Kurikulum Literasi Digital Microsoft ini; dan diberikan kepada pelajar-pelajar dan pengajar-pengajar yang dinyatakan dengan jelas di dalam Terma-terma Perlesenan Microsoft Corporation yang disertakan bersama Kursus ini.

Microsoft dan Windows adalah tanda dagang berdaftar atau tanda dagang Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara-negara lain. Nama-nama produk dan syarikat lain yang tertera di sini boleh merupakan tanda dagang pemilik-pemilik yang berkenaan.

4.3Penggunaan Elemen-elemen Media. Anda tidak boleh mengubahsuai Elemen-elemen Media.

4.4Penggunaan Komponen-komponen dalam Kandungan Pengajar. Hanya digunakan bersama semasa menyediakan Sesi Latihan Dibenarkan, dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat EULAini, Pengajar-pengajar boleh mengeluarkan semula atau menyesuaikan untuk kegunaan mereka, bahagian-bahagian Kandungan Dilesenkan yang berkaitan secara logik dengan pengajaran sesuatu Sesi Latihan Dibenarkan, termasuk, tanpa batasan, nota, modul, dan item penilaian Pengajar bagi setiap Sesi Latihan Dibenarkan seumpamanya.

4.5Pengubahsuaian. Tertakluk kepada Terma-terma Perlesenan, Pengajar-pengajar atau Pelajar-pelajar boleh menyalin dan mengubahsuai versi Microsoft Word bahan-bahan Kursus; walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk menggunakan hak sebelum ini, anda bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat Terma-terma Perlesenan ini, termasuk tanpa had, Bahagian 4.5, 4.6, and 7.

4.6Pengubahsuaian yang dibenarkan. Jika Anda membuat sebarang pengubahsuaian di bawah Terma-terma Perlesenan ini, anda bersetuju: (a) bahawa pengubahsuaian berkenaan hanya akan digunakan untuk kegunaan latihan persendirian anda; (b) untuk secara jelas menyatakan bahawa pengubahsuaian berkenaan anda lakukan sendiri, dan tidak menyatakan atau membayangkan bahawa Microsoft telah melakukan ataupun menyokong pengubahsuaian berkenaan, (c) tidak melakukan pengubahsuaian berbentuk kerja-kerja lucah atau skandal, (d) untuk mempertahankan, melindungi, dan memastikan Microsoft selamat daripada mana-mana dan semua tuntutan, tuntutan mahkamah, kerosakan, kerugian, penalti, denda, kos, dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang munasabah, disebabkan oleh pengubahsuaian berkenaan; dan (e)tidak akan memindahkan atau memberiakan sebarang hak kepada mana-mana pengubahsuaian berkenaan dan/atau versi Kandungan Dilesenkan yang telah diubahsuai kepada mana-mana pihak ketiga (selain daripada yang jelas dibenarkan untuk Pengajar-pengajar dalam bahagian (b) di bawah) tanpa kebenaran bertulis secara jelas Microsoft.

Jika Anda seorang Pengajar, sebagai tambahan kepada yang sebelum ini, Anda juga bersetuju: (a) bahawa pengubahsuaian sedemikian tidak akan digunakan untuk menyediakan latihan selain daripada di Sesi Latihan Dibenarkan atau untuk latihan persendirian Anda sendiri; (b) Anda hanya boleh mengedarkan versi-versi diubahsuai Kandungan Dilesenkan kepada Pelajar-pelajar yang berdaftar dalam sesuatu Sesi Latihan Dibenarkan, atau kepada Pengajar-pengajar lain dalam Program Literasi Digital yang (i) memberikan latihan mengenai kandungan Kursus yang merupakan kandungan pengubahsuaian berkenaan dan (ii) yang diambil sebagai Pengajar di Pusat Latihan Dibenarkan yang anda berikan latihan, dan (c) bahawa Microsoft berhak untuk mengkaji semula dan/atau meluluskan mana-mana pengubahsuaian yang anda lakukan kepada Kandungan Dilesenkan.

4.7Pengeluaran Semulai/Pengedaran Semula Kandungan Dilesenkan. Kecuali dinyatakan secara jelas di dalam Terma-terma Perlesenan ini, Anda tidak boleh mengeluarkan semula atau mengedarkan semula Kandungan Dilesenkan atau mana-mana bahagian selepasnya (termasuk mana-mana pengubahsuaian yang dibenarkan) kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis secara jelas Microsoft.

5.PEMILIKAN. Terma-terma Perlesenan ini hanya memberi Anda beberapa hak terhadap Kandungan Dilesenkan. Kecuali dibenarkan oleh undang-undang yang digunakan, Anda boleh menggunakan Kandungan Dilesenkan hanya seperti dibenarkan secara jelas di bawah Terma-terma Perlesenan. Microsoft mempunyai semua hak lain. Kandungan Dilesenkan ini dilindungi oleh undang-undang dan perjanjian-perjanjian hak cipta dan harta intelek. Microsoft atau pembekalnya memiliki tajuk, hak cipta, dan lain-lain hak harta intelek di dalam Kandungan Dilesenkan. Anda tidak boleh mengeluarkan atau menyembunyikan mana-mana hak cipta, tanda dagang atau notis-notis lain yang ada pada Kandungan Dilesenkan, atau mana-mana komponen selepas itu, sepertimana yang dihantar kepada Anda. Kandungan Dilesenkan adalah dilesenkan, bukan dijual.

6.BATASAN TERHADAP KEJURUTERAAN SONGSANG, PENYAHKOMPOLASI, DAN PENYAHHIMPUNAN. Anda tidak boleh melakukan kejuruteraan songsang, menyahsusun, atau menyahhimpun Kandungan Dilesenkan, kecuali dan hanya jika aktiviti tersebut dibenarkan secara jelas oleh undang-undang yang digunakan walaupun terdapat batasan ini.

7.BATASAN MENGENAI PENJUALAN, PENYEWAAN, DLL DAN TUGASAN TERTENTU. Anda tidak boleh menyediakan perkhidmatan hos komersil yang, menjual, menyewa, memajak, meminjamkan, memberi lesen semula, atau menetapkan salinan-salinan Kandungan Dilesenkan atau mana-mana bahagian selepas itu (termasuk sebarang pengubahsuaian dibenarkan selepas itu) secara tersendiri atau sebagai sebahagian daripada mana-mana koleksi, produk atau perkhidmatan.

8.KEBENARAN BAGI PENGGUNAAN DATA. Anda bersetuju bahawa Microsoft dan gabungannya boleh mengumpulkan dan Menggunakan maklumat teknikal yang dikumpulkan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan sokongan produk yang disediakan untuk Anda, jika ada, yang berkaitan dengan Kandungan Dilesenkan. Microsoft boleh Menggunakan maklumat ini hanya untuk memperbaiki produk-produk kami atau untuk menyediakan perkhidmatan atau pun teknologi yang disesuaikan untuk Anda dan tidak akan mendedahkan maklumat ini dalam bentuk yang mengenal pasti Anda secara peribadi.

9.PAUTAN KEPADA LAMAN PIHAK KETIGA. Anda boleh membuat pautan kepada laman pihak ketiga melalui Penggunaan Kandungan Dilesenkan ini. Laman pihak ketiga bukan di bawah kawalan Microsoft, dan Microsoft tidak bertanggungjawab ke atas kandungan mana-mana laman pihak ketiga, mana-mana pautan yang terdapat di laman pihak ketiga, atau sebarang perubahan atau pengemaskinian kepada laman pihak ketiga. Microsoft tidak bertanggungjawab untuk siaran web atau sebarang bentuk penyiaran lain yang diterima dari laman pihak ketiga. Microsoft menyediakan pautan-pautan ke laman pihak ketiga ini untuk Anda hanya sebagai satu kemudahan, dan pemasukan mana-mana pautan tidak bermaksud sokongan Microsoft kepada laman pihak ketiga.

10.KANDUNGAN DILESENKAN/PERKHIDMATAN TAMBAHAN. Terma-terma Perlesenan ini digunakan kepada Komponen-komponen yang mungkin diberikan oleh Microsoft kepada Anda atau disediakan untuk Anda selepas tarikh Anda mendapatkan salinan pertama Kandungan Dilesenkan Anda, kecuali kami menyediakan Terma-terma Perlesenan Komponen atau terma-terma Penggunaan lain bagi Komponen-komponen berkenaan. Microsoft berhak untuk menghentikan sebarang perkhidmatan berasaskan Internet yang diberikan kepada Anda atau disediakan kepada Anda melalui Penggunaan Kandungan Dilesenkan.

11.PENAMATAN. Tanpa prejudis kepada mana-mana hak lain, Microsoft boleh menamatkan TErma-terma Perlesenan ini jika Anda gagal mematuhi terma-terma dan syarat-syarat dalam Terma-Terma Perlesenan ini. Sekiranya status Anda sebagai Pengajar a) luput, b) ditamatkan secara sukarela oleh Anda sendiri, dan/atau c) ditamatkan oleh Pusat Latihan Dibenarkan, Terma-terma Perlesenan ini akan tamat secara automatik. Sebaik sahaja mana-mana penamatan Terma-terma Perlesenan ini, Anda mesti memusnahkan semua salinan Kandungan Dilesenkan dan semua bahagian komponennya.

12.PENAFIAN. Microsoft menyediakan KANDUNGAN DILESENKAN dan SEBARANG perkhidmatan sokongan SEPERTI ADANYA, SEPERTI TERSEDIA DAN DENGAN SEMUA KEROSAKAN, dan menafikan semua jaminan LAIN dan syarat-syarat, sama ada jelas, tersirat atau mengikut undang-undang, termasuk, sebarang jaminan TERSIRAT, TANGGUNGJAWAB atau keadaan-keadaan KEBOLEHDAGANGAN, kesesuaian untuk tujuan tertentu, KEBOLEHPERCAYAAN ATAU KETERSEDIAAN, KETEPATAN ATAU KELENGKAPAN JAWAPAN, KEPUTUSAN, TAJUK, KETIDAKLANGGARAN, USAHA YANG BAIK, KETIADAAN VIRUS, DAN KETIADAAN KECUAIAN, KESEMUANYA BERKAITAN KANDUNGAN DILESENKAN, DAN PERUNTUKAN UNTUK ATAU KEGAGALAN UNTUK MENYEDIAKAN SOKONGAN ATAU PERKHIDMATAN LAIN. KESELURUHAN RISIKO YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN ATAU PRESTASI KANDUNGAN DILESENKAN, DAN SEBARANG PERKHIDMATAN SOKONGAN, KEKAL BERSAMA ANDA.

13.PENGECUALIAN KEROSAKAN TERTENTU. tidak ada dalam mana-mana keadaan Microsoft akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan khas, sampingan, punitif, tidak langsung, atau akibat daripadanya (termasuk kerosakan ke atas kehilangan keuntungan atau maklumat rahsia atau maklumat lain, bagi gangguan perniagaan, bagi kecederaan peribadi, bagi kehilangan privasi, bagi kegagalan memenuhi tanggungjawab termasuk kejujuran atau penjagaan munasabah, bagi kecuaian, dan bagi sebarang kehilangan lain) yang timbul akibat penggunaan atau pun ketidakbolehan menggunakan KANDUNGAN DILESENKAN, penyediaan atau kegagalan untuk menyediakan Sokongan ATAU Perkhidmatan LAIN, maklumat, perisian, dan KANDUNGAN berkaitan melalui KANDUNGAN DILESENKAN, atau sebaliknya berkaitan dengan KANDUNGAN DILESENKAN ATAU Terma-terma Perlesenan ini, walaupun dalam keadaan kerosakan, undang-undang tort (termasuk kecuaian), liabiliti ketat, pelanggaran kontrak atau pelanggaran jaminan Microsoft, dan walaupun Microsoft telah diberi nasihat tentang kemungkinan kerosakan seumpamanya. OLEH KERANA BEBERAPA NEGERI/BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU BATASAN LIABILITI BAGI KEROSAKAN SAMPINGAN ATAU AKIBATDARIPADANYA, BATASANDI ATAS MUNGKINTIDAK DIGUNAKAN KEPADA ANDA.

14.BATASAN LIABILITI. WALAUPUN TERDAPAT MANA-MANA KEROSAKAN YANG MUNGKIN ANDA ALAMI BAGI SEBARANG SEBAB (TERMASUK, TANPA BATASAN, SEMUA KEROSAKAN YANG DIRUJUK DI SINI DAN SEMUA KEROSAKAN LANGSUNG ATAU UMUM DI DALAM KONTRAK ATAU APA SAHAJA), KESELURUHAN LIABILITI MICROSOFT DI BAWAH TERMA-TERMA PERLESENAN INI DAN REMEDI EKSLUSIF ANDA DI BAWAH INI AKAN DIHADKAN KEPADA LEBIHAN KOS SEBENAR KEROSAKAN YANG ANDA ALAMI AKIBAT BERGANTUNG SECARA MUNASABAH KEPADA KANDUNGAN DILESENKAN HINGGA JUMLAH ANDA BAYAR BAGI KANDUNGAN DILESENKAN INI ATAU US$5.00. BATASAN-BATASAN SEBELUM INI, PENGECUALIAN DAN PENAFIAN DALAM SEKSYEN INI DAN SEKSYEN-SEKSYEN 12 DAN 13 DI ATAS AKAN DIGUNAKAN SEHINGGA TAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAKAN, WALAUPUN MANA-MANA REMEDI TIDAK MEMENUHI TUJUAN ASASNYA.

15.UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAKAN. Jika Anda memperoleh Kandungan Dilesenkan ini di Amerika Syarikat, Terma-terma Perlesenan ini dikawal oleh undang-undang Negeri Washington, dan, jika terdapat sebarang pertikaian yang mungkin timbul di bawah ini, Anda bersetuju dengan bidang kuasa mahkamah persekutuan dan negeri yang terletak di King County, Washington. Jika Anda memperoleh Kandungan Dilesenkan ini di Kanada, kecuali dilarang secara jelas oleh undang-undang tempatan, Terma-terma Perlesenan ini dikawal oleh undang-undang yang digunakan di Daerah Ontario, Kanada; dan, jika terdapat sebarang pertikaian yang mungkin timbul di bawah ini, Anda bersetuju dengan bidang kuasa mahkamah persekutuan dan daerah yang terdapat di Toronto, Ontario. Jika Anda memperoleh Kandungan Dilesenkan ini di Kesatuan Europah, Iceland, Norway, atau Switzerland, maka undang-undang tempatan bagi bidang kuasa seumpamanya digunakan. Jika Anda memperoleh Kandungan Dilesenkan ini di mana-mana negara lain, maka undang-undang tempatan boleh digunakan.

16.KESELURUHAN PERJANJIAN; KEBOLEHASINGAN. Terma-terma Perlesenan ini (termasuk mana-mana tambahan atau pembetulan terhadap Terma-terma Perlesenan ini yang dimasukkan dalam Kandungan Dilesenkan) adalah perjanjian keseluruhan antara Anda dan Microsoft berkaitan Kandungan Dilesenkan dan perkhidmatan sokongan (jika ada) dan menggantikan semua komunikasi lisan atau bertulis semasa atau sebelumnya, cadangan dan representasi berkaitan Kandungan Dilesenkan atau mana-mana perkara yang diliputi oleh Terma-terma Perlesenan ini. Jika mana-mana peruntukan Terma-terma Perlesenan ini dianggap terbatal, tidak sah, tidak dapat dikuatkuasakan atau salah di sisi undang-undang, peruntukan-peruntukan lain akan terus berkuatkuasa sepenuhnya.

Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Terma-terma Perlesenan ini, atau jika Anda ingin menghubungi Microsoft bagi sebarang sebab, sila gunakan maklumat alamat yang disertakan dalam Kandungan Dilesenkan ini untuk berhubung dengan subsidiari Microsoft yang memberikan perkhidmatan di negara Anda atau layari Microsoft di World Wide Web di http://www.microsoft.com.

Maklumat dalam dokumen ini, termasuk URL dan rujukan laman Web Internet lain, adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis. Kecuali dinyatakan sebaliknya, contoh syarikat, organisasi, produk, nama domain, alamat e-mel, logo, orang perseorangan, tempat, dan peristiwa yang dinyatakan di sini adalah rekaan, dan kaitan dengan mana-mana syarikat, organisasi, produk, nama domain, alamat e-mel, logo, orang perseorangan, tempat atau acara sebenar yang diniatkan atau boleh dibuat keseimpulan mengenainya. Pematuhan semua undang-undang hak cipta yang digunakan adalah tanggungjawab pengguna. Kecuali seperti dinyatakan sebaliknya di atas, tanpa membataskan hak-hak di bawah hak cipta, tiada bahagian dalam dokumen ini boleh dikeluarkan semula, disimpan dalam atau dimasukkan ke dalam sistem yang boleh mendapatkan kembali, atau dikeluarkan dalam sebarang bentuk atau melalui sebarang kaedah (elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, atau seumpamanya), atau bagi sebarang penggunaan, tanpa kebenaran bertulis secara jelas Microsoft Corporation.

Nama-nama pengeluar, produk, atau URL diberikan bagi tujuan maklumat sahaja dan Microsoft tidak membuat representasi dan jaminan, sama ada secara jelas, tersirat, atau mengikut undang-undang, mengenai pengeluar-pengeluar ini atau penggunaan produk-produk berkenaan dengan mana-mana teknologi Microsoft. Penyertaan sesuatu pengeluar atau produk tidak bermaksud sokongan Microsoft kepada pengeluar atau produk tersebut. Pautan diberikan kepada laman pihak ketiga. Laman-laman seumpama ini bukan di bawah kawalan Microsoft dan Microsoft tidak bertanggungjawab bagi kandungan bagi sebarang pautan laman atau mana-mana pautan yang terdapat di dalam laman pautan, atau sebarang perubahan atau pengemaskinian pada laman-laman berkenaan. Microsoft tidak bertanggungjawab bagi siaran web atau sebarang bentuk penyiaran yang diterima dari mana-mana laman pautan. Microsoft menyediakan pautan-pautan ini untuk anda hanya sebagai kemudahan, dan rangkuman mana-mana pautan tidak bermaksud sokongan Microsoft terhadap laman berkenaan atau kandungan produk di situ.

Microsoft mungkin mempunyai paten, permohonan paten, tanda dagang, hak cipta, atau hak harta intelek lain yang merangkumi kandungan dalam dokumen ini.Kecuali seperti dinyatakan secara jelas dan bertulis dalam mana-mana perjanjian perlesenan Microsoft, melengkapkan dokumen ini tidak memberi anda sebarang lesen untuk paten, tanda dagang, hak cipta ini, atau harta intelek lain.

2009 Microsoft Corporation. Semua hak cipta terpelihara.

Microsoft, Encarta, FrontPage, Hotmail, MSN, Outlook, Windows Media, dan Windows adalah tanda dagang berdaftar atau tanda dagang Microsoft Corporation di Amerika Syarikatdan/atau negara lain.

Semua tanda dagang lain adalah milik pemilik masing-masing.

Daftar Kandungan

Gambaran Keseluruhan Kursus

Maklumat Kursus

Modul 1: Gaya Hidup Digital

Pengalaman Digital

Pengenalan kepada Audio Digital

Pengenalan kepada Video Digital

Pengenalan kepada Fotografi Digital

Teknologi Digital dan Peluang Kerjaya

Ringkasan Modul

Glosari

Gambaran Keseluruhan Kursus

Maklumat Kursus

Kursus ini menerangkan peranan teknologi digital dalam kehidupan seharian. Ia juga menerangkan konsep asas dan ciri audio, video dan fotografi digital.

Butiran Kursus

Perihalan

Perihalan Penonton

Kursus ini dirancang untuk sesiapa yang ingin mendapatkan kemahiran celik digital.

Prasyarat

Pelajar perlu mempunyai kemahiran asas kefahaman dan membaca pada tahap yang diperlukan untuk membaca akhbar tempatan.

Pelajar perlu terlebih dahulu mengambil kursus Asas Komputer, atau memiliki kemahiran komputer yang setaraf.

Objektif Kursus

Selepas melengkapkan kursus ini, anda akan dapat memahami peranan teknologi digital dalam kehidupan seharian. Anda juga akan dapat memahami ciri audio, video dan fotografi digital. Anda juga dapat mengenal pasti peluang kerjaya yang berlainan yang tersedia kepada individu yang mempunyai pengetahuan dalam bidang komputeran yang mencukupi.

Modul 1

Gaya Hidup Digital

Kursus: Gaya Hidup Digital

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kursus: Gaya Hidup Digital

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Modul Kandungan

Pengalaman Digital

Pengenalan kepada Audio Digital

Pengenalan kepada Video Digital

Pengenalan kepada Fotografi Digital

Teknologi Digital dan Peluang Kerjaya

Ringkasan Modul

Pengenalan Modul

Teknologi digunakan dalam semua bidang kehidupan pada hari ini. Ia telah mengubah cara orang ramai bekerja dan berhibur. Modul ini menerangkan skop teknologi digital di rumah, tempat kerja dan ketika bermain. Ia juga mengenal pasti peluang kerjaya yang berlainan yang tersedia kerana penggunaan komputer yang meluas dalam pelbagai bidang.

Objektif Modul

Selepas melengkapkan modul ini, anda akan dapat:

Menerangkan skop teknologi digital.Menerangkan konsep dan ciri asas audio digital.Menerangkan konsep dan ciri asas video digital.Menerangkan kelebihan dan ciri asas fotografi digital.Menerangkan peluang kerjaya yang berlainan yang tersedia dari pengkomputeran.

Teknologi digital telah mengubah cara orang bekerja dan bermain. Akibat daripada kemajuan dalam teknologi digital, terdapat berbilang peranti digital yang tersedia dalam pasaran pada hari ini. Sebelum membeli peranti digital, seperti pemain audio mudah alih atau pemain video, anda perlu melakukan kajian meluas mengenai berbilang peranti yang tersedia dalam pasaran. Adalah penting untuk memahami ciri berbeza bagi setiap peranti digital. Selain itu, adalah penting untuk membiasakan diri anda dengan pelbagai peranti digital dan terminologi digital.

Modul ini membantu anda memahami konsep asas dan ciri audio, video dan fotografi digital. Modul ini turut memberikan anda gambaran ringkas mengenai peluang kerjaya yang tersedia untuk anda jika anda mempunyai pengetahuan asas komputer.

Pelajaran 1

Pengalaman Digital

Kursus: Gaya Hidup Digital

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kursus: Gaya Hidup Digital

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kandungan Pelajaran

Faedah Teknologi Digital

Teknologi Digital dan Peranti Media

Swauji

Pengenalan Pelajaran

Pengalaman digital moden melibatkan transisi daripada peranti tradisional kepada peranti digital pelbagai guna. Contohnya, sebelum ini, telefon berwayar tradisional digunakan untuk berkomunikasi dengan orang. Dengan pengenalan teknologi digital, telefon mudah alih telefon wayarles kecil diperkenalkan di pasaran. Telefon ini bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi dengan orang ramai tetapi juga untuk menyimpan nombor telefon kenalan dan menghantar mesej kepada pengguna telefon mudah alih yang lain. Pada hari ini, ada di antara telefon mudah alih terkini yang membantu anda melakukan semua ini di samping bersambung kepada Internet atau mengambil gambar dengan kamera yang terbina dalamnya. Pelajaran ini memperkenalkan anda kepada teknologi digital dan faedahnya. Ia juga memperkenalkan anda kepada penggabungan teknologi.

Objektif Pelajaran

Selepas melengkapkan pelajaran ini, anda akan dapat:

Memerihalkan faedah teknologi digital.Memerihalkan bagaimana teknologi digital meningkatkan ciri peranti media.

Topik:

Faedah Teknologi Digital

Teknologi digital telah mengubah cara anda menguruskan kerja anda, berkomunikasi dengan orang lain, dan menghiburkan diri anda. Contohnya, dengan penggunaan teknologi digital, anda boleh memuat turun muzik dari Internet ke komputer anda, menyalin muzik pada cakera padat (CD) boleh rakam, dan mendengar muzik menggunakan Pemain CD. Jadual di bawah memerihalkan cara teknologi digital telah menukar bagaimana anda boleh menjalankan aktiviti berikut.

Aktiviti

Perihalan

Menyimpan dan berkongsi gambar

Salah satu bidang penting yang mana individu menggunakan teknologi digital adalah fotografi. Fotografi digital, tidak seperti fotografi tradisional, menggunakan kamera digital yang menyimpan gambar dalam format digital. Apabila gambar ini dipindahkan ke komputer, anda boleh menggunakan perisian untuk meningkatkan kualitinya.

Anda boleh berkongsi gambar ini dengan saudara dan rakan anda dengan memuat naiknya ke laman Web atau dengan menggunakan atur cara e-mel.

Merakam dan berkongsi video

Anda juga boleh menggunakan teknologi digital untuk merakam video. Contohnya, anda boleh menggunakan kamkorder digital untuk merakam video pertemuan keluarga dan parti dalam format digital.

Anda boleh memindahkan video yang dirakam ke komputer dan kemudian berkongsinya dengan rakan-rakan anda dengan menyalin video tersebut ke CD atau cakera serba boleh digital (DVD). Anda boleh menonton video ini dengan menggunakan pemain CD atau pemain DVD. Anda juga boleh memuat naik klip video kecil ke laman Web atau menghantarkannya kepada rakan-rakan atau saudara anda dengan menggunakan atur cara e-mel.

Video digital adalah lebih mudah untuk diedit berbanding video tradisional. Anda mengedit video digital dengan menggunakan perisian pengeditan video digital. Contohnya, anda boleh mengatur semula atau mengeluarkan adegan dan menambah kesan khas.

Berkomunikasi dengan rakan perniagaan

Teknologi digital juga berguna untuk tujuan perniagaan. Kini, anda tidak perlu berjalan ke tempat berlainan untuk menghadiri mesyuarat dan persidangan perniagaan. Anda boleh menyambungkan komputer anda kepada Internet dan menjalankan atau menghadiri mesyuarat dan persidangan secara langsung dari mana-mana lokasi dengan menggunakan persidangan video.

Untuk persidangan video, anda memerlukan mikrofon, kamera video, dan Internet atau sebarang sambungan peribadi, intranet, rangkaian kawasan luas (WAN) global untuk memindahkan audio dan video. Hasilnya, anda dapat melihat dan mendengar pada individu yang turut serta dalam persidangan video.

Topik:

Teknologi Digital dan Peranti Media

Pada hari ini, fungsi telefon, kamera, perakam video, pemain media dan peranti Internet digabungkan menjadi peranti mudah alih tunggal. Jadual di bawah memerihalkan bagaimana gabungan teknologi memberi kesan pada peranti digital yang biasanya digunakan dan cirinya.

Peranti

Perihalan

Pemain Audio dan Video

Pemain Audio MPEG Layer 3 (MP3), pemain CD, dan pemain DVD adalah contoh pemain audio dan video. Anda boleh menggunakan pemain MP3 untuk memainkan audio sementara anda boleh menggunakan pemain CD dan pemain DVD untuk memainkan audio atau video. Jika anda mempunyai pemain CD atau pemain DVD pelbagai guna, anda boleh menggunakannya untuk memainkan fail audio, video, dan MP3. MP3 adalah format yang membantu mengurangkan saiz fail secara dramatik sambil mempunyai impak yang kecil pada kualitinya. Anda boleh memindahkan fail MP3 dari komputer ke pemain MP3.

Telefon Mudah Alih

Telefon mudah alih adalah peranti wayarles yang menyediakan kemampuan telefon berwayar tradisional dan membolehkan anda membuat panggilan dari hampir sebarang lokasi. Anda boleh menggunakan telefon mudah alih yang didayakan Web untuk menyambung kepada Internet, memeriksa mesej e-mel anda atau memuat turun lagu dan permainan dari Internet. Jika anda mempunyai telefon mudah alih yang mempunyai ciri kamera dan multimedia, anda boleh mengambil gambar, merakam klip video pendek dan memainkan muzik dan permainan. Anda boleh memindahkan gambar dan video dari sebuah telefon mudah alih ke yang satu lagi atau individu lain dengan menggunakan e-mel.

Sistem Permainan Video

Microsoft Xbox merupakan contoh sistem permainan video yang serupa dengan komputer peribadi. Xbox mempunyai papan induk dan cakera keras serta sokongan permainan dalam talian. Anda bermain permainan pada Xbox dengan menggunakan cakera permainan Xbox. Anda juga boleh memindahkan fail audio dari CD audio ke pemacu keras Xbox. Oleh itu, anda juga boleh menggunakan Xbox sebagai pemain audio. Anda juga boleh memainkan DVD filem dengan menggunakan sistem Xbox terkini.

Pembantu Peribadi Digital (PDA)

PDA merupakan komputer pegangan tangan yang digunakan sebagai pengatur peribadi. PDA tradisional menyertakan ciri seperti buku alamat, senarai tugas dan kalkulator. Anda boleh sambungkan PDA kepada komputer untuk memindahkan maklumat. Jika anda mempunyai PDA yang didayakan Web, anda boleh menyambungkannya kepada Internet, kirim dan terima mesej e-mel dan memainkan fail multimedia melalui Internet. Sesetengah PDA turut mempunyai kamera digital terbina dalam. Telefon pintar merupakan telefon mudah alih yang menyediakan fungsi PDA dalam telefon. Anda boleh menggunakan telefon pintar untuk mengakses Internet, bermain permainan, mengambil gambar dan mendengar lagu.

Kamera Digital

Kamera digital menyimpan imej secara digital pada peranti memori, seperti kad memori flash atau cakera keras mini sementara kamera tradisional menyimpan imej pada filem. Sesetengah kamera digital membolehkan anda mencetak imej dengan menyambungkan kamera digital anda secara terus kepada pencetak digital.

Kamera Video Digital

Anda boleh menggunakan kamera video digital untuk merakam video dan menyimpannya dalam format digital. Kamkorder digital dan kamera web merupakan contoh kamera video digital. Anda boleh menggunakan kamkorder digital untuk merakam video dan audio dan menyimpannya dalam format digital pada peranti penyimpanan, seperti CD atau DVD boleh rakam.

Kamera web juga merupakan kamera video digital yang menangkap imej dan memindahkan imej melalui Internet. Imej dipindahkan sama ada secara berterusan atau dalam selang masa yang tetap. Kamera video boleh disambungkan kepada komputer ataupun boleh jadi tanpa wayar.

Topik:

Swauji untuk Pelajaran: Pengalaman Digital

Setiap pasangan penyata mengandungi penyata yang benar dan penyata yang tidak benar. Bagi setiap pasangan penyata, nyatakan penyata manakah yang benar dengan meletakkan tanda dalam lajur Benar di sebelah kanan.

Penyata

Benar

Tidak benar

1

Telefon pintar TIDAK BOLEH mengatur dan menyimpan maklumat.

2

Telefon pintar BOLEH mengatur dan menyimpan maklumat.

3

XBOX digunakan untuk mengatur maklumat.

4

PDA digunakan untuk mengatur maklumat.

5

KAMKORDER gunakan untuk merakam video.

6

XBOX digunakan untuk merakam video.

7

Anda TIDAK BOLEH mengedit gambar foto yang diambil dengan menggunakan kamera digital.

8

Anda BOLEH mengedit gambar foto yang diambil dengan menggunakan kamera digital.

9

Kamera digital menyimpan imej dalam MEMORINYA.

10

Kamera digital menyimpan imej pada FILEM.

11

Anda BOLEH bermain permainan dalam talian dengan menggunakan Xbox.

12

Anda TIDAK BOLEH bermain permainan dalam talian dengan menggunakan Xbox.

13

Persidangan video boleh diadakan antara BERBILANG individu.

14

Persidangan video boleh diadakan antara DUA orang individu sahaja.

15

Kamera web MERUPAKAN kamera video digital.

16

Kamera web BUKAN MERUPAKAN kamera video digital.

17

Kamkorder digital merakam audio SAHAJA.

18

Kamkorder merakam KEDUA-DUA audio dan video.

Nota: Jawapan yang betul ditunjukkan di halaman berikutnya.

Penyata

Benar

Tidak benar

1

Telefon pintar TIDAK BOLEH mengatur dan menyimpan maklumat.

2

Telefon pintar BOLEH mengatur dan menyimpan maklumat.

3

XBOX digunakan untuk mengatur maklumat.

4

PDA digunakan untuk mengatur maklumat.

5

KAMKORDER gunakan untuk merakam video.

6

XBOX digunakan untuk merakam video.

7

Anda TIDAK BOLEH mengedit gambar foto yang diambil dengan menggunakan kamera digital.

8

Anda BOLEH mengedit gambar foto yang diambil dengan menggunakan kamera digital.

9

Kamera digital menyimpan imej dalam MEMORINYA.

10

Kamera digital menyimpan imej pada FILEM.

11

Anda BOLEH bermain permainan dalam talian dengan menggunakan Xbox.

12

Anda TIDAK BOLEH bermain permainan dalam talian dengan menggunakan Xbox.

13

Persidangan video boleh diadakan antara BERBILANG individu.

14

Persidangan video boleh diadakan antara DUA orang individu sahaja.

15

Kamera web MERUPAKAN kamera video digital.

16

Kamera web BUKAN MERUPAKAN kamera video digital.

17

Kamkorder digital merakam audio SAHAJA.

18

Kamkorder merakam KEDUA-DUA audio dan video.

Pelajaran 2

Pengenalan kepada Audio Digital

Kursus: Gaya Hidup Digital

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kursus: Gaya Hidup Digital

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kandungan Pelajaran

Ciri Audio Digital

Gambaran keseluruhan Menyalin dan Menukar Audio Digital

Pengecaman dan Sintesis Pertuturan

Audio Digital

Swauji

Pengenalan Pelajaran

Audio terdiri daripada dua jenis, analog dan digital. Apabila anda bercakap, bunyi yang anda hasilkan adalah dalam format analog atau gelombang. Bunyi yang anda dengar adalah dalam format analog. Komputer secara asasnya adalah peranti digital . Oleh itu, penting untuk menukar audio daripada format analog kepada format digital sebelum menggunakannya pada komputer.

Teknologi audio digital membolehkan anda merakam, mengedit dan memainkan fail audio pada komputer. Teknologi audio digital juga membolehkan anda berkomunikasi dengan komputer anda hanya dengan bercakap. Pelajaran ini memperkenalkan anda kepada teknologi audio. Ia juga menerangkan secara ringkas konsep menyalin dan menukar audio digital.

Objektif Pelajaran

Selepas melengkapkan pelajaran ini, anda akan dapat:

Mengenal pasti pelbagai ciri audio digital.Menerangkan konsep merakam, menyalin dan menukar audio digital.Mengenal pasti ciri teknologi pertuturan.

Topik:

Ciri Audio Digital

Salah satu ciri penting audio digital adalah ia boleh dimampatkan. Fail audio biasanya bersaiz besar. Fail audio yang dimampatkan menjimatkan ruang, membolehkan mudah alih dan lebih mudah untuk dipindahkan melalui Internet. Apabila anda memampatkan fail audio, kualiti fail audio biasanya akan terjejas.

Ciri penting lain audio digital adalah ia boleh diedit pada komputer dengan menggunakan perisian mengedit audio. Contohnya, anda boleh menggunakan perisian ini untuk memindahkan bahagian di dalam fail audio atau menambah kesan. Anda juga boleh menggunakan perisian mengedit audio untuk menyimpan fail audio dalam format yang berlainan pada komputer. Terdapat beberapa format fail audio yang digunakan oleh atur cara yang berlainan untuk tujuan yang berbeza. Beberapa format umum yang anda perlu biasakan diri adalah:

Gelombang (WAV) : Format ini merupakan sebahagian daripada siri piawaian untuk audio dan video yang dibangunkan untuk Microsoft Windows 95 sebagai format fail bunyi universal. Ia digunakan untuk menyimpan fail audio dalam format audio gelombang. Fail audio yang disimpan dalam format ini mempunyai kualiti audio yang baik tetapi format ini agak kurang digunakan pada masa ini. Ini kerana fail audio dalam format ini lebih besar apabila dibandingkan dengan format lain.Audio MPEG Layer 3 (MP3) : Format ini dibangunkan oleh Motion Picture Expert Group untuk membolehkan pemampatan audio dan video untuk edaran digital. Format MP3 adalah format yang popular yang digunakan untuk menyimpan fail audio digital. Ini kerana fail MP3 pada biasanya lebih kecil daripada fail WAV.Audio Windows Media (WMA) : Format ini telah dibangunkan oleh Microsoft dan digunakan untuk menyimpan fail audio digital.

Audio digital juga membolehkan penstriman fail audio digital. Dengan strim audio, anda tidak perlu menunggu untuk memuat turun fail audio yang besar secara lengkap dari Internet sebelum memainkannya. Sebaliknya, anda boleh menggunakan pemain audio strim atau tambahan penyemak imbas untuk memainkan fail audio dari Internet. Dalam kes ini, fail audio dihantar ke komputer anda dalam strim yang berterusan.

Catatan:

Anda juga boleh menstrim fail video melalui Internet.

Topik:

Gambaran keseluruhan Menyalin dan Menukar Audio Digital

Rakaman digital adalah teknik merakam dan menyimpan fail audio dalam format digital. Anda kemudiannya boleh menyalin fail audio yang disimpan pada peranti penyimpanan, seperti CD dan DVD boleh rakam, dalam pelbagai format seperti WAV dan MP3. Anda juga boleh menukar audio daripada CD atau DVD kepada format yang berlainan sebelum anda menyimpannya pada cakera keras komputer anda. Jadual yang berikut memerihalkan konsep menyalin audio dan menukar audio.

Konsep

Perihalan

Menyalin audio

Anda boleh menyalin audio daripada peranti penyimpanan seperti cakera keras komputer dan menyimpannya pada CD atau DVD boleh rakam. Proses menyalin audio dan menyimpannya dalam CD atau DVD boleh rakam dirujuk sebagai membakar. Anda memerlukan peranti perkakasan khusus seperti penulis CD atau penulis DVD untuk membakar. Penulis CD membolehkan anda untuk membakar audio hanya pada CD boleh rakam manakala kebanyakan penulis DVD membolehkan anda membakar CD dan DVD boleh rakam.

Bersama-sama dengan perkakasan, anda juga memerlukan perisian untuk menyalin audio ke CD atau DVD boleh rakam. Anda boleh menggunakan perisian untuk mencipta jenis CD yang berlainan. Anda boleh mencipta CD data, CD audio dan CD mod bercampur. CD mod bercampur mengandungi fail audio, video dan data. Contohnya, anda boleh mencipta CD audio dan menambah fail video dan fail teks padanya untuk mencipta CD mod bercampur.

Menyalin audio secara terus dari Internet dan menyimpannya pada CD boleh rakam adalah menyalahi undang-undang. Ia juga menyalahi undang-undang untuk menyalin muzik dari CD dan DVD. Pastikan bahawa anda mempunyai kebenaran sebelum anda menyalin sebarang bahan.

Menukar audio

Anda boleh menukar audio daripada CD atau DVD kepada format yang berlainan sebelum menyimpannya pada cekera keras komputer. Contohnya, anda boleh menukar lagu kegemaran anda dari CD kepada fail MP3 sebelum menyimpannya pada komputer.

Anda perlu mempunyai perisian penukaran audio, seperti Microsoft Windows Media Player 11, yang dipasang pada komputer anda untuk menukar fail audio. Perisian tersebut menukar format audio dan mungkin juga memampatkan audio supaya fail menggunakan kurang ruang pada cakera keras. Anda kemudiannya boleh memindahkan fail audio ini dari komputer ke peranti digital, seperti PDA, telefon mudah alih, atau pemain MP3.

Menukar audio daripada CD dan DVD kepada format yang berlainan adalah menyalahi undang-undang. Pastikan bahawa anda mempunyai kebenaran untuk menukar audio kepada format yang berlainan sebelum menukarnya.

Topik:

Pengecaman dan Sintesis Pertuturan

Teknologi audio digital membolehkan anda berinteraksi dengan komputer dengan hanya bercakap. Ini membantu meningkatkan produktiviti dan menguasakan pengguna yang kurang upaya untuk mengembangkan kebolehan mereka bagi menggunakan komputer. Jadual yang berikut memperkenalkan dua teknologi pertuturan, sintesis pertuturan dan pengecaman pertuturan.

Teknologi

Perihalan

Sintesis pertuturan

Bayangkan suatu senario. Eric Andersen telah selesai menulis cerita pendeknya. Eric ingin membaca cerita pendeknya semula sebelum menghantarnya kepada penerbit, tetapi beliau letih. Oleh itu, beliau memutuskan untuk menggunakan ciri sintesis pertuturan, yang juga dirujuk sebagai ciri teks kepada pertuturan dalam Microsoft Windows Vista, untuk mendengar cerita pendek tersebut.

Sintesis pertuturan adalah teknologi yang membenarkan komputer becakap kepada anda dengan menukar teks kepada audio digital. Windows Vista mempunyai pembaca skrin terbina dalam yang dipanggil Pencerita yang menyokong sintesis pertuturan. Pembaca skrin adalah atur cara yang membaca teks pada skrin komputer dengan kuat. Untuk menyokong sintesis pertuturan, komputer anda perlu dilengkapkan dengan kad bunyi dan pembesar suara. Anda boleh mengkonfigurasi ciri teks kepada pertuturan dalam Windows Vista dengan menggunakan pautan Kemudahan Capaian dalam Panel Kawalan.

Pengecaman pertuturan

Bayangkan suatu senario. Eric Andersen menggunakan Microsoft Office Word 2007 untuk menulis cerita pendek. Walau bagaimanapun, kelajuan menaipnya adalah perlahan dan beliau mengambil masa yang lama untuk melengkapkan ceritanya. Untuk menyelesaikan masalah ini, rakan Eric menasihatinya agar menggunakan ciri pengecaman pertuturan dalam Windows Vista.

Pengecaman pertuturan merupakan teknologi yang membolehkan anda berkomunikasi dengan komputer dengan hanya menggunakan suara anda untuk memasukkan teks dan mengeluarkan arahan. Untuk mendayakan pengecaman pertuturan, anda memerlukan peranti input audio seperti mikrofon, kad bunyi dan perisian pengecaman pertuturan yang menukar pertuturan manusia kepada teks atau arahan untuk komputer. Anda boleh menggunakan teknologi pengecaman pertuturan untuk berinteraksi dengan pelbagai atur cara. Contohnya, anda boleh menggunakannya untuk menyemak imbas Internet atau memasukkan teks dalam dokumen.

Ciri pengecaman pertuturan telah tersedia dalam sistem pengendalian, seperti Windows Vista. Anda boleh mengkonfigurasi ciri pengecaman pertuturan dalam Windows Vista dengan menggunakan pautan Kemudahan Capaian dalam Panel Kawalan.

Topik:

Audio Digital

Setiap pasangan penyata mengandungi penyata yang benar dan penyata yang tidak benar. Bagi setiap pasangan penyata, nyatakan penyata manakah yang benar dengan meletakkan tanda dalam lajur Benar di sebelah kanan.

Penyata

Benar

Tidak benar

1

Anda BOLEH menukar format beberapa fail audio.

2

Anda TIDAK BOLEH menukar format beberapa fail audio.

3

Format MP3 MEMBOLEHKAN pemampatan fail audio.

4

Format MP3 TIDAK MEMBOLEHKAN pemampatan fail audio.

5

Menukar audio daripada CD dan DVD kepada format yang berbeza adalah TIDAK SAH.

6

Menukar audio daripada CD dan DVD kepada format yang berbeza adalah SAH.

7

Anda TIDAK MEMERLUKAN perisian untuk menukar audio daripada CD.

8

Anda MEMERLUKAN perisian untuk menukar audio daripada CD.

9

Apabila menukar audio, fail audio BOLEH dimampatkan.

10

Apabila menukar audio, fail audio TIDAK LANGSUNG dimampatkan.

11

Apabila menukar audio, format DITUKAR.

12

Apabila menukar audio, format TIDAK ditukar.

13

Anda boleh menyemak imbas Internet menggunakan teknologi PENGECAMAN PERTUTURAN.

14

Anda boleh menyemak imbas Internet menggunakan teknologi SINTESIS PERTUTURAN.

15

Penulis DVD boleh menyalin audio ke CD DAN DVD.

16

Penulis DVD boleh menyalin audio ke DVD SAHAJA.

17

Anda MEMERLUKAN perisian untuk menyalin audio ke CD dan DVD.

18

Anda TIDAK MEMERLUKAN perisian untuk menyalin audio ke CD dan DVD.

Nota: Jawapan yang betul ditunjukkan di halaman berikutnya.

Penyata

Benar

Tidak benar

1

Anda BOLEH menukar format beberapa fail audio.

2

Anda TIDAK BOLEH menukar format beberapa fail audio.

3

Format MP3 MEMBOLEHKAN pemampatan fail audio.

4

Format MP3 TIDAK MEMBOLEHKAN pemampatan fail audio.

5

Menukar audio daripada CD dan DVD kepada format yang berbeza adalah TIDAK SAH.

6

Menukar audio daripada CD dan DVD kepada format yang berbeza adalah SAH.

7

Anda TIDAK MEMERLUKAN perisian untuk menukar audio daripada CD.

8

Anda MEMERLUKAN perisian untuk menukar audio daripada CD.

9

Apabila menukar audio, fail audio BOLEH dimampatkan.

10

Apabila menukar audio, fail audio TIDAK LANGSUNG dimampatkan.

11

Apabila menukar audio, format DITUKAR.

12

Apabila menukar audio, format TIDAK ditukar.

13

Anda boleh menyemak imbas Internet menggunakan teknologi PENGECAMAN PERTUTURAN.

14

Anda boleh menyemak imbas Internet menggunakan teknologi SINTESIS PERTUTURAN.

15

Penulis DVD boleh menyalin audio ke CD DAN DVD.

16

Penulis DVD boleh menyalin audio ke DVD SAHAJA.

17

Anda MEMERLUKAN perisian untuk menyalin audio ke CD dan DVD.

18

Anda TIDAK MEMERLUKAN perisian untuk menyalin audio ke CD dan DVD.

Setiap jubin mengandungi pernyataan yang benar dan pernyataan yang tidak benar. Klik jubin dalam baris atau lajur sehingga setiap jubin memaparkan pernyataan yang benar, dan kemudian klik anak panah di tepi baris atau di bahagian atas lajur untuk menyemak jawapan anda. Anda menggunakan satu pusingan apabila anda klik Serah atau jubin yang salah. Keluarkan semua jubin sebelum anda menggunakan kesemua pusingan anda.

Topik:

Swauji untuk Pelajaran: Pengenalan kepada Audio Digital

Soalan 1

Yang mana antara berikut merupakan ciri strim audio?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Ia menghantar fail audio ke komputer anda dalam strim yang berterusan.

Ia membolehkan anda mendengar audio digital tanpa memuat turun keseluruhan fail terlebih dahulu .

Ia membolehkan anda memindahkan fail audio analog.

Ia memerlukan tambahan penyemak imbas atau pemain audio strim untuk memainkan fail audio.

Soalan 2

Yang manakah antara berikut merupakan ciri sintesis pertuturan?

Pilih satu jawapan yang terbaik.

Ia membolehkan anda berkomunikasi dengan komputer dengan menggunakan suara anda.

Ia pada asasnya memerlukan mikrofon.

Ia membolehkan komputer anda menukar teks ke audio.

Ia membolehkan anda untuk memasukkan teks dalam dokumen pemprosesan perkataan.

Soalan 3

Yang manakah antara pernyataan berikut benar semasa menyalin audio ke CD atau DVD boleh rakam?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Proses menyalin audio ke CD atau DVD boleh rakam turut dipanggil membakar.

Anda memerlukan peranti perkakasan khas seperti penulis CD untuk menyalin audio ke CD atau DVD boleh rakam.

Menyalin audio secara terus dari Internet ke CD atau DVD boleh rakam adalah sah.

Menyalin audio dari CD dan DVD adalah menyalahi undang-undang.

Nota: Jawapan yang betul ditunjukkan di halaman berikutnya.

Jawapan 1

Yang mana antara berikut merupakan ciri strim audio?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Ia menghantar fail audio ke komputer anda dalam strim yang berterusan.

Ia membolehkan anda mendengar audio digital tanpa memuat turun keseluruhan fail terlebih dahulu .

Ia membolehkan anda memindahkan fail audio analog.

Ia memerlukan tambahan penyemak imbas atau pemain audio strim untuk memainkan fail audio.

Jawapan 2

Yang manakah antara berikut merupakan ciri sintesis pertuturan?

Pilih satu jawapan yang terbaik.

Ia membolehkan anda berkomunikasi dengan komputer dengan menggunakan suara anda.

Ia pada asasnya memerlukan mikrofon.

Ia membolehkan komputer anda menukar teks ke audio.

Ia membolehkan anda untuk memasukkan teks dalam dokumen pemprosesan perkataan.

Jawapan 3

Yang manakah antara pernyataan berikut benar semasa menyalin audio ke CD atau DVD boleh rakam?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Proses menyalin audio ke CD atau DVD boleh rakam turut dipanggil membakar.

Anda memerlukan peranti perkakasan khas seperti penulis CD untuk menyalin audio ke CD atau DVD boleh rakam.

Menyalin audio secara terus dari Internet ke CD atau DVD boleh rakam adalah sah.

Menyalin audio dari CD dan DVD adalah menyalahi undang-undang.

Pelajaran 3

Pengenalan kepada Video Digital

Kursus: Gaya Hidup Digital

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kursus: Gaya Hidup Digital

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kandungan Pelajaran

Ciri Video Digital

Pengeditan Video Digital dan Format Output

Teknologi Video Web

Video Digital dan Teknologi Web

Swauji

Pengenalan Pelajaran

Sebelum teknologi digital, video dirakam, diedit, dan disimpan dalam format analog pada pita. Selepas pengenalan teknologi digital, video masih dirakam pada pita tetapi untuk menjadikan pengeditan lebih mudah, orang menukar video kepada format digital dahulu sebelum mengedit. Pada hari ini, teknologi video digital membolehkan anda merakam video dalam format digital pada peranti penyimpanan digital seperti CD, DVD atau kad memori flash dan mengeditnya pada komputer dengan menggunakan perisian pengeditan video digital. Ini telah memberi faedah kepada pengguna rumah dan profesional. Pengguna rumah dan profesional, seperti pembuat filem, menggunakan teknologi video digital untuk mencipta video dan filem dengan tajuk, memperkenalkan transisi antara adegan serta menambah kesan khas.

Objektif Pelajaran

Selepas melengkapkan pelajaran ini, anda akan dapat:

Mengenal pasti ciri video digital.Menerangkan apakah itu pengeditan video digital dan pelbagai format output untuk video digital.Mengenal pasti ciri teknologi video Web yang berlainan.

Topik:

Ciri Video Digital

Salah satu ciri penting video digital adalah anda boleh mengeditnya dengan mudah pada komputer dengan menggunakan perisian pengeditan video digital. Contohnya, anda boleh mengedit video untuk menyertakan tajuk, menambah trek bunyi atau menambah kesan khas. Anda juga boleh memuat naik video ke laman Web dan berkongsinya melalui Internet. Selain daripada itu, anda boleh menyalin video dari komputer ke CD atau DVD boleh rakam.

Ciri lain video digital adalah ia boleh dimampatkan. Fail yang dimampatkan menjimatkan ruang, menjadikannya lebih mudah alih dan lebih mudah untuk dipindahkan melalui Internet.

Kamkorder menangkap dan merakam video. Jadual berikut menyediakan perihalan ringkas mengenai dua jenis kamkorder yang tersedia dalam pasaran.

Jenis

Perihalan

Kamkorder Analog

Kamkorder analog merakam dan menyimpan video dalam format analog pada pita. Untuk mengedit video pada komputer, anda perlu menukarnya daripada format analog kepada format digital.

Kamkorder Digital

Kamkorder digital merakam dan menyimpan video dalam format digital, yang membolehkan pengeditan video yang dirakam mudah. Kelebihan lain adalah kamkorder digital pada kebiasaannya lebih ringan dan lebih kecil berbanding dengan kamkorder analog.

Topik:

Pengeditan Video Digital dan Format Output

Bayangkan senario yang mana anda telah merakam majlis hari jadi rakan anda dengan menggunakan kamkorder. Anda ingin menambah kesan tertentu pada video anda untuk menjadikannya kelihatan lebih menarik. Menggunakan perisian pengeditan video digital, anda boleh:

Menambah tajuk dan muzik latar belakang pada video anda untuk menjadikannya kelihatan lebih menarik.Memotong atau mengeluarkan babak tertentu daripada video.Menambah kesan khas seperti pendam masuk dan lenyap pada video.Kualiti video dipertingkatkan dengan melaraskan kecerahan, kontras dan warnanya.Merakam audio melalui video untuk menjelaskan babak tertentu.

Catatan:

Anda juga boleh mengedit video dengan menggunakan teknologi analog. Walau bagaimanapun, menggunakan teknologi digital menjadikannya lebih mudah untuk mengedit video.

Pengeditan video digital boleh menjadi sama ada linear atau tidak linear. Dalam pengeditan linear, anda perlu merentasi fail secara berturutan untuk mengeditnya. Contohnya, jika anda ingin mengeluarkan bingkai yang berada di tengah-tengah video, anda perlu merentasi secara linear ke bingkai tersebut. Walau bagaimanapun, dalam pengeditan tidak linear, anda boleh pergi terus ke bingkai dan mengeluarkannya daripada video anda. Pita sentiasa dalam format linear dan perlu diedit secara linear. Peranti capaian rawak seperti DVD dan CD membolehkan anda membaca dan menulis dalam cara tidak linear. Anda boleh mengedit DVD dan CD secara linear dan tidak linear.

Selepas anda mengedit video, anda boleh menyimpannya dalam pelbagai format. Anda boleh menggunakan perisian pengeditan video, seperti Pembuat Wayang Windows untuk menangkap bingkai daripada filem dan menyimpannya sebagai imej pegun. Contohnya, anda boleh menangkap bingkai daripada video dan menyimpannya sebagai fail .jpg. Anda juga boleh mengedit video dan menyimpannya sebagai klip video dalam format Windows Media Video (WMV). Menyimpan video dalam format WMV membolehkan anda memainkan klip video tersebut pada komputer dengan menggunakan Pemain Media Windows. Anda boleh berkongsi klip video atau imej pegun dengan rakan anda dengan memuat naiknya ke laman Web atau menghantarnya melalui e-mel.

Anda boleh menyimpan klip video dan imej pegun yang telah diedit dalam format yang boleh disalin ke DVD atau Video CD (VCD) boleh rakam. Anda boleh memainkan DVD dengan menggunakan pemain DVD dan VCD dengan menggunakan pemain VCD. Sesetengah pemain DVD juga membenarkan anda memainkan aVCD.

Amaran:

Menyalin video secara terus dari Web dan menyimpannya pada CD adalah menyalahi undang-undang. Menyalin video secara terus dari video CD atau DVD juga menyalahi undang-undang. Pastikan anda mempunyai kebenaran untuk menyalin sebarang video sebelum menyalinnya.

Topik:

Teknologi Video Web

Pada hari ini, anda boleh menonton video melalui Internet. Teknologi video web membolehkan anda memindahkan fail video digital melalui Internet. Beberapa contoh teknologi video Web diperihalkan dalam jadual yang berikut.

Jadual yang berikut mengandungi transkrip animasi dalam talian.

Strim Video

Secara umumnya, fail video digital adalah besar dan mungkin mengambil masa yang lama untuk dimuat turun. Strim video membolehkan anda melihat fail video melalui Internet tanpa memuat turunnya.

Dalam kes ini fail video dihantar ke komputer anda dalam strim yang berterusan. Anda perlu menstrim pemain video untuk melihat fail video melalui Internet. Anda mungkin perlu memuat turun pemain video strim dan memasangkannya pada komputer anda sebelum anda boleh memainkan fail video.

Terdapat dua jenis strim video, masa nyata dan atas permintaan.

Dalam strim video masa nyata, anda boleh melihat acara secara langsung melalui Internet. Dalam strim video masa nyata, kamera digunakan untuk menangkap acara langsung. Apabila kamera menangkap peristiwa, penukar digunakan untuk menukar video ke dalam format strim video supaya video boleh disiarkan melalui Internet.

Dalam strim video atas permintaan, video diambil dari peranti penyimpanan, seperti CD atau DVD, dan ditukar menjadi format video strim. Video ini kemudiannya disebarkan melalui Internet.

Kualiti strim video bergantung pada alat yang digunakan untuk merakam video dan kelajuan sambungan Internet. Ia juga bergantung pada teknik pemampatan yang digunakan kerana setiap teknik pemampatan memelihara kualiti fail asal secara berbeza.

Jadual yang berikut mengandungi transkrip animasi dalam talian.

Memuat Turun Video

Anda juga boleh memuat turun fail video, seperti klip video atau persembahan video dari Internet. Dalam kes ini, salinan fail video dimuat turun pada komputer anda.

Kadang kala, apabila anda memuat turun fail, anda boleh memainkan fail tersebut selepas sebahagian besar fail dimuat turun, tetapi biasanya anda perlu menunggu sehingga keseluruhan fail di simpan pada komputer anda.

Jadual yang berikut mengandungi transkrip animasi dalam talian.

Persidangan Web

Pada hari ini, anda tidak perlu berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menghadiri persidangan dan seminar. Sebaliknya, anda boleh menggunakan persidangan Web supaya semua peserta boleh berkomunikasi dengan satu sama lain melalui Internet.

Salah satu ciri persidangan Web adalah ia membenarkan anda membuat persidangan maya di mana anda boleh melihat dan mendengar orang lain dalam masa nyata. Anda juga boleh menggunakan alat seperti papan putih maya dan persembahan slaid semasa persidangan.

Satu ciri persidangan Web yang lain adalah perkongsian skrin, di mana peserta dapat melihat apa yang berada pada desktop penyampai.

Persidangan Web juga membenarkan komunikasi suara antara peserta supaya mereka dapat berkongsi pandangan mereka dan berbincang pendapat mereka. Komunikasi suara boleh jadi Suara melalui Protokol Internet (VoIP) atau komunikasi suara dengan menggunakan persidangan telefon.

Persidangan Web juga membenarkan anda menggunakan perbualan teks jika komunikasi suara tidak mungkin.

Topik:

Video Digital dan Teknologi Web

Susun item ke dalam kategorinya yang berkaitan dengan menulis nombor penyataan dalam kotak opsyen yang bersamaan.

Penyata

1

Boleh jadi masa nyata atau atas permintaan

2

Menyimpan salinan video pada komputer anda

3

Membenarkan perkongsian skrin

4

Menghantar video sebagai strim berterusan

5

Membenarkan komunikasi suara

6

Merujuk pada muat turun video dari Internet

7

Membenarkan persembahan slaid

Opsyen 1

Opsyen 2

Opsyen 3

Strim video

Memuat turun video

Persidangan web

Nota: Jawapan yang betul ditunjukkan di halaman berikutnya.

Opsyen 1

Opsyen 2

Opsyen 3

Strim video

Memuat turun video

Persidangan web

1, 4

2, 6

3, 5, 7

Topik:

Swauji untuk Pelajaran: Pengenalan kepada Video Digital

Soalan 1

Yang manakah antara pernyataan berikut benar mengenai pengeditan video tidak linear?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Anda pergi secara terus ke bingkai untuk mengeditnya.

Anda boleh mengedit DVD dalam cara tidak linear.

Anda merentasi secara berturutan ke bingkai untuk mengeditnya.

Anda boleh mengedit pita dalam cara tidak linear.

Soalan 2

Yang manakah antara pernyataan berikut benar mengenai strim video?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Fail video diterima sebagai strim berterusan.

Kadang kala, program khusus diperlukan pada komputer untuk mendayakan strim video.

Kualiti video tidak terjejas oleh kelajuan sambungan Internet.

Ia membolehkan anda menonton fail video melalui Internet tanpa memuat turunnya terlebih dahulu .

Nota: Jawapan yang betul ditunjukkan di halaman berikutnya.

Jawapan 1

Yang manakah antara pernyataan berikut benar mengenai pengeditan video tidak linear?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Anda pergi secara terus ke bingkai untuk mengeditnya.

Anda boleh mengedit DVD dalam cara tidak linear.

Anda merentasi secara berturutan ke bingkai untuk mengeditnya.

Anda boleh mengedit pita dalam cara tidak linear.

Jawapan 2

Yang manakah antara pernyataan berikut benar mengenai strim video?

Pilih semua jawapan yang berkaitan.

Fail video diterima sebagai strim berterusan.

Kadang kala, program khusus diperlukan pada komputer untuk mendayakan strim video.

Kualiti video tidak terjejas oleh kelajuan sambungan Internet.

Ia membolehkan anda menonton fail video melalui Internet tanpa memuat turunnya terlebih dahulu .

Pelajaran 4

Pengenalan kepada Fotografi Digital

Kursus: Gaya Hidup Digital

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kursus: Gaya Hidup Digital

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kandungan Pelajaran

Gambaran Keseluruhan Kamera Digital

Pengurusan dan Pengeditan Imej Digital

Gambaran Keseluruhan Mencetak Imej Digital

Swauji

Pengenalan Pelajaran

Bayangkan senario di mana anda telah mengambil gambar bagi peristiwa istimewa dengan menggunakan kamera filem tradisional. Selepas anda memproses filem dan mencuci gambar, anda menyedari bahawa beberapa keping gambar tidak jelas kerana cahaya tidak mencukupi semasa anda mengambil gambar. Rakan anda melihat gambar tersebut dan mencadangkan agar anda menggunakan kamera digital berbanding dengan kamera filem untuk mengambil gambar. Satu faedah menggunakan kamera digital adalah anda boleh melihat gambar dengan segera selepas anda mengambilnya untuk memastikan gambar tersebut kelihatan seperti yang anda kehendaki. Jika ia tidak menepati kehendak anda, anda boleh menghapuskan gambar tersebut. Faedah lain menggunakan kamera digital adalah anda boleh memindahkan gambar tersebut ke komputer dan mempertingkatkannya dengan menggunakan perisian pengeditan foto. Menggunakan kamera digital mempunyai banyak lagi faedah lain yang diliputi kemudian dalam pelajaran ini.

Objektif Pelajaran

Selepas melengkapkan pelajaran ini, anda akan dapat:

Menerangkan manfaat, ciri dan cara kamera digital berfungsi.Menerangkan cara mengedit dan mengurus imej digital.Mengenal pasti ciri berlainan jenis pencetak yang tersedia untuk mencetak foto.

Topik:

Gambaran Keseluruhan Kamera Digital

Jadual yang berikut mengandungi transkrip animasi dalam talian.

Kamera digital, tidak seperti kamera tradisional, tidak menggunakan filem untuk menyimpan gambar. Kamera digital menyimpan setiap gambar dalam format digital pada peranti penyimpanan seperti kad memori flash, yang terletak dalam kamera.

Seperti kamera tradisional, kamera digital mempunyai kotak gelap dengan kanta yang memfokuskan cahaya untuk menghasilkan imej. Walau bagaimanapun, tidak seperti kamera tradisional yang memfokuskan cahaya pada sekeping filem, kamera digital memfokuskan cahaya pada sensor. Sensor mencipta imej, yang kemudiannya disimpan pada peranti penyimpanan kamera.

Anda boleh memindahkan gambar yang diambil dengan kamera digital ke komputer. Anda boleh menggunakan kabel USB untuk memindahkan gambar. Anda kemudiannya boleh mempertingkatkan gambar pada komputer dengan menggunakan perisian seperti Galeri Foto Windows, yang tersedia dengan Windows Vista. Contohnya, anda boleh melaraskan kecerahan, menukar warna latar belakang, atau malahan mengeluarkan sebahagian daripada gambar.

Kamera digital membolehkan anda untuk mencetak gambar atas permintaan dengan menggunakan pencetak foto digital. Walaupun anda tidak perlu membeli filem, anda perlu membayar untuk dakwat dan kertas khas yang diperlukan untuk mencetak gambar tersebut.

Anda juga boleh berkongsi gambar yang diambil dengan kamera digital bersama rakan-rakan atau saudara anda. Anda boleh menghantar gambar melalui e-mel atau memuat naiknya pada laman Web. Anda juga boleh menambah gambar pada dokumen elektronik, persembahan dan surat berita.

Kebanyakan kamera digital mempunyai skrin kecil yang membantu anda melihat gambar dengan segera selepas anda mengambilnya. Dengan menggunakan ciri ini, adalah anda boleh melihat gambar tanpa memindahnya ke dalam komputer. Anda boleh memilih gambar yang hendak anda pindahkan dan menghapuskan yang lain.

Kamera digital dikelaskan mengikut pelbagai ciri seperti resolusi, saiz dan kanta. Resolusi atau kedalaman piksel adalah ciri penting kamera digital. Resolusi merujuk pada kejelasan dan ketajaman gambar.

Setiap gambar dihasilkan daripada unit kecil disebut piksel. Lebih banyak piksel menandakan gambar dengan kualiti yang lebih baik. Resolusi untuk kamera digital kini mempunyai julat antara 4 hingga 16 mega piksel. Satu mega piksel adalah 1 juta piksel. Walau bagaimanapun, semakin teknologi berkembang, resolusi semakin bertukar.

Kamera digital juga dikelaskan sebagai padat, semi profesional, dan kamera profesional. Kamera digital padat adalah lebih murah berbanding kamera digital semi profesional, yang sebaliknya adalah lebih murah berbanding dengan kamera digital profesional. Kamera digital padat mempunyai lensa yang terpasang kekal, tetapi kamera digital semi profesional dan profesional mempunyai lensa yang boleh ditanggalkan.

Kamera digital padat melaraskan seting, seperti fokus dan dedahan secara automatik dan oleh itu memudahkan anda mengambil gambar. Kamera digital semi profesional turut melaraskan seting ini secara automatik. Tambahan kepada itu, anda boleh melaraskan seting secara manual seperti yang dikehendaki. Dalam kamera digital profesional, anda boleh melaraskan seting hanya secara manual. Kamera ini mempunyai lensa yang memfokus dengan lebih baik dan keupayaan untuk mengambil bilangan besar gambar dengan resolusi tinggi pada kelajuan tinggi.

Topik:

Pengurusan dan Pengeditan Imej Digital

Dengan kamera digital, anda boleh memindahkan gambar ke komputer di mana anda boleh mengedit gambar untuk meningkatkan kualitinya. Jadual yang berikut memerihalkan beberapa kemampuan perisian yang direka untuk bekerja dengan imej digital.

Kemampuan

Perihalan

Pengeditan foto mudah

Kadangkala, apabila anda mengambil gambar rakan anda, mata mereka kelihatan merah di dalam gambar. Ini dipanggil kesan mata merah. Anda boleh menggunakan perisian pengeditan foto mudah untuk mengeluarkan kesan ini. Dengan menggunakan perisian pengeditan foto mudah, seperti Galeri Foto Windows, anda boleh meningkatkan rupa gambar dengan melaraskan kecerahan, kontras atau warna gambar. Anda juga boleh memangkas, saiz semula dan cetak gambar.

Pengeditan foto lanjutan

Atur cara pengeditan foto lanjutan adalah termasuk alat untuk meningkatkan dan menambah kesan khas pada gambar. Contohnya, anda boleh mengeluarkan kecacatan daripada gambar, menukar latar belakang, dan menambah teks padanya dengan menggunakan alat reka bentuk teks lanjutan yang terbina dalam perisian.

Pengurusan foto

Perisian pengurusan foto membantu anda mengisih dan mengatur koleksi gambar anda. Kemampuan pengurusan foto sering kali disertakan sebagai sebahagian daripada atur cara pengeditan foto, seperti Galeri Foto Windows. Banyak pakej perisian pengurusan foto turut termasuk alat untuk memampatkan dan membuat pelarasan halus pada gambar.

Topik:

Gambaran Keseluruhan Mencetak Imej Digital

Kadang kala, anda mungkin ingin berkongsi gambar dengan rakan yang tidak mempunyai komputer di rumah mereka. Untuk berkongsi gambar, anda sama ada boleh mencetak gambar menggunakan pencetak foto peribadi atau pencetak foto profesional.

Pencetak Foto Peribadi

Terdapat pelbagai jenis pencetak foto peribadi. Ia boleh jadi sama ada pencetak hitam dan putih atau berwarna. Pencetak jet dakwat berwarna merupakan pencetak peribadi yang paling lazim digunakan. Pencetak jet dakwat menyembur titisan dakwat kecil pada kertas untuk mencipta cetakan gambar. Pencetak pemejalwapan pewarna juga digunakan tetapi ia tidak sepopular pencetak jet dakwat. Pencetak pemejalwapan pewarna menggunakan pewarna untuk menghasilkan cetakan pada kertas. Kebanyakan pencetak jet dakwat dan pemejalwapan boleh menghasilkan cetakan dengan kualiti hampir fotografi pada kertas cetakan khas. Kualiti hampir fotografi bermaksud bahawa gambar tidak mempunyai perincian yang sangat halus bagi gambar yang diambil dengan menggunakan kamera tradisional. Walau bagaimanapun, perbezaan ini hanya boleh dilihat oleh profesional.

Pencetak Foto Profesional

Pencetak foto profesional yang digunakan dalam makmal cetakan, menggunakan peranti pengimejan khusus untuk mendedahkan kertas foto biasa. Kertas ini kemudiannya dibangunkan dengan menggunakan bahan kimia foto perak biasa. Pencetak foto profesional menghasilkan cetakan kualiti fotografi yang sebenar pada kertas. Sesetengah makmal pencetak juga menggunakan pencetak laser iaitu pencetak pemejalwapan pewarna berkualiti tinggi dan pencetak jet dakwat berkualiti tinggi.

Topik:

Swauji untuk Pelajaran: Pengenalan kepada Fotografi Digital

Setiap pasangan penyata mengandungi penyata yang benar dan penyata yang tidak benar. Bagi setiap pasangan penyata, nyatakan penyata manakah yang benar dengan meletakkan tanda dalam lajur Benar di sebelah kanan.

Penyata

Benar

Tidak benar

1

Kamera TRADISIONAL menggunakan filem untuk menyimpan gambar.

2

Kamera DIGITAL menggunakan filem untuk menyimpan gambar.

3

Kamera digital MEMBANTU anda menghapuskan gambar yang tidak dikehendaki.

4

Kamera digital TIDAK MEMBANTU anda menghapuskan gambar yang tidak dikehendaki.

5

KAD MEMORI FLASH mencipta imej gambar.

6

SENSOR mencipta imej gambar.

7

Anda boleh menukar latar belakang menggunakan perisian pengeditan foto MAJU.

8

Anda boleh menukar latar belakang menggunakan perisian pengeditan foto MUDAH.

9

Anda BOLEH memangkas gambar dengan menggunakan perisian pengeditan foto mudah.

10

Anda TIDAK BOLEH memangkas gambar dengan menggunakan perisian pengeditan foto mudah.

11

Anda BOLEH memampatkan gambar dengan menggunakan perisian pengurusan foto.

12

Anda TIDAK BOLEH memampatkan gambar dengan menggunakan perisian pengurusan foto.

13

Galeri Foto Windows BUKAN atur cara pengeditan foto.

14

Galeri Foto Windows ADALAH atur cara pengeditan foto.

15

Pencetak foto PROFESIONAL menggunakan peranti pengimejan khusus.

16

Pencetak foto PERIBADI menggunakan peranti pengimejan khusus.

17

Pencetak foto PERIBADI memberikan cetakan kualiti fotografi yang sebenar pada kertas.

18

Pencetak foto PROFESIONAL memberikan cetakan kualiti fotografi yang sebenar pada kertas.

Nota: Jawapan yang betul ditunjukkan di halaman berikutnya.

Penyata

Benar

Tidak benar

1

Kamera TRADISIONAL menggunakan filem untuk menyimpan gambar.

2

Kamera DIGITAL menggunakan filem untuk menyimpan gambar.

3

Kamera digital MEMBANTU anda menghapuskan gambar yang tidak dikehendaki.

4

Kamera digital TIDAK MEMBANTU anda menghapuskan gambar yang tidak dikehendaki.

5

KAD MEMORI FLASH mencipta imej gambar.

6

SENSOR mencipta imej gambar.

7

Anda boleh menukar latar belakang menggunakan perisian pengeditan foto MAJU.

8

Anda boleh menukar latar belakang menggunakan perisian pengeditan foto MUDAH.

9

Anda BOLEH memangkas gambar dengan menggunakan perisian pengeditan foto mudah.

10

Anda TIDAK BOLEH memangkas gambar dengan menggunakan perisian pengeditan foto mudah.

11

Anda BOLEH memampatkan gambar dengan menggunakan perisian pengurusan foto.

12

Anda TIDAK BOLEH memampatkan gambar dengan menggunakan perisian pengurusan foto.

13

Galeri Foto Windows BUKAN atur cara pengeditan foto.

14

Galeri Foto Windows ADALAH atur cara pengeditan foto.

15

Pencetak foto PROFESIONAL menggunakan peranti pengimejan khusus.

16

Pencetak foto PERIBADI menggunakan peranti pengimejan khusus.

17

Pencetak foto PERIBADI memberikan cetakan kualiti fotografi yang sebenar pada kertas.

18

Pencetak foto PROFESIONAL memberikan cetakan kualiti fotografi yang sebenar pada kertas.

Pelajaran 5

Teknologi Digital dan Peluang Kerjaya

Kursus: Gaya Hidup Digital

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kursus: Gaya Hidup Digital

3

2009 Microsoft Corporation, Semua hak terpelihara.

Kandungan Pelajaran

Teknologi Digital dan Tempat Kerja Anda

Peluang Kerjaya Sebagai Pekerja Maklumat

Peluang Kerjaya Sebagai Profesional IT

Peluang Kerjaya Sebagai Pembangun

Swauji

Pengenalan Pelajaran

Teknologi digital telah mengubah cara orang bekerja. Pada hari ini, tempat kerja bukan lagi suatu tempat yang anda perlu pergi. Ia merupakan tugas yang perlu diselesaikan atau kerja yang perlu disiapkan. Teknologi digital lanjutan membolehkan individu bekerja dari kawasan jauh seperti di rumah mereka atau pusat bekerja wilayah yang meminimumkan jarak berulang alik. Ini menjimatkan masa perjalanan dan meningkatkan produktiviti.

Pelbagai pilihan kerjaya tersedia bagi individu yang mempunyai pengetahuan komputer yang sewajarnya. Dengan lebih banyak pengetahuan komputer, lebih banyak peluang tersedia dalam industri Teknologi Maklumat (IT). Anda boleh bekerja sebagai pekerja maklumat, turut dirujuk sebagai pengguna rumah dan pejabat. Anda juga boleh bekerja sebagai profesional IT atau sebagai pembangun. Pelajaran ini memperkenalkan anda kepada pilihan kerjaya ini.

Objektif Pelajaran

Selepas melengkapkan pelajaran ini, anda akan dapat:

Menerangkan cara teknologi digital membantu orang bekerja dari mana-mana lokasi.Mengenal pasti peluang kerjaya berlainan yang tersedia untuk pekerja maklumat.Mengenal pasti peluang kerjaya berlainan yang tersedia untuk profesional IT.Mengenal pasti peluang kerjaya berlainan yang tersedia untuk pembangun.

Topik:

Teknologi Digital dan Tempat Kerja Anda

Pertimbangkan senario ini, yang mana Christie Moon mempunyai anak berumur 3 tahun dan mendapatinya sukar untuk menguruskan kerja beliau serta menjaga anaknya. Pengurusnya menasihati bahawa beliau boleh bekerja dari rumah atau dari pejabat yang digunakan oleh syarikatnya yang lebih dekat dengan rumahnya. Aturan yang mana individu boleh bekerja dari rumah atau dari pejabat yang digunakan oleh syarikat individu tersebut dipanggil tele ulang-alik.

Tele ulang-alik menyediakan peluang pekerjaan yang dipertingkatkan untuk individu yang tinggal di kawasan yang jauh dan bagi individu kurang upaya. Tele ulang-alik mengurangkan kos dan masa yang dihabiskan semasa dalam perjalanan. Jadual berikut menghuraikan dua jenis tele ulang-alik.

Tele ulang-alik

Perihalan

Pejabat rumah

Pejabat rumah merupakan aturan yang membolehkan individu bekerja dari rumah. Dalam aturan tersebut, individu boleh berkomunikasi dengan rakan sekerja atau kenalan mereka menggunakan perkhidmatan telekomunikasi syarikat, seperti permesejan segera dan e-mel.

Pejabat jauh

Pejabat jauh adalah pusat bekerja wilayah yang berhubung kepada pejabat utama syarikat dengan menggunakan sama ada intranet syarikat atau Internet. Pusat bekerja wilayah membenarkan pengguna tele ulang-alik untuk mengakses alat dan teknologi, seperti persidangan video atau VoIP, yang mungkin dimiliki oleh pengguna tele ulang-alik di rumah. Begitu juga, jika individu tidak ingin berjalan untuk jarak jauh, mereka boleh pergi ke pusat bekerja wilayah berdekatan, yang juga dipanggil pejabat satelit. Syarikat boleh memiliki pusat bekerja wilayah mereka sendiri, menyewa pusat bekerja wilayah atau berkongsinya dengan syarikat lain.

Topik:

Peluang Kerjaya Sebagai Pekerja Maklumat

Dengan pengetahuan komputer yang relevan, anda boleh bekerja sebagai pekerja maklumat, dengan kerja asasnya adalah mengumpul dan merekodkan maklumat. Pekerja maklumat turut dipanggil pengguna rumah dan pejabat. Jadual berikut memerihalkan beberapa contoh pekerja maklumat.

Pekerja maklumat

Perihalan

Jurutaip

Jurutaip menggunakan komputer untuk mencipta dokumen seperti memo, surat dan fail. Mereka juga menggunakan komputer untuk menyimpan rekod dan menggunakan atur cara perisian untuk menganalisis rekod tersebut dan menjana laporan.

Penyambut tetamu

Penyambut tetamu bertanggungjawab untuk menjawab dan mengalihkan panggilan telefon dan merancang serta mengemas kini jadual mesyuarat. Penyambut tetamu menggunakan komputer untuk menyimpan rekod, yang boleh jadi bil, pertanyaan pelanggan dan maklumat umum yang penting untuk menjawab pertanyaan pelanggan.

Pengurus gudang

Pengurus gudang bertanggungjawab untuk menyimpan akaun bagi stok gudang. Dengan bantuan komputer, pengurus gudang juga merancang jadual dan waktu kerja bagi semua orang yang bekerja dalam gudang itu.

Ejen pelancongan

Ejen pelancongan menggunakan komputer untuk menyediakan pelanggan mereka dengan butiran mengenai pelbagai destinasi percutian. Butirannya boleh terdiri daripada maklumat cuaca kepada kemudahan penginapan.

Penerbit desktop

Penerbit Desktop menggunakan aplikasi seperti Word 2007 dan Microsoft Office Publisher 2007 untuk mencipta surat berita, majalah, brosur, dan buku. Mereka juga mengedit foto dan lakaran dan menempatkannya dalam brosur dan majalah yang mereka terbitkan.

Topik:

Peluang Kerjaya Sebagai Profesional IT

Profesional IT adalah individu yang mempunyai pengetahuan teknikal, pengalaman dan kelayakan untuk bekerja dalam industri IT. Jadual berikut memerihalkan beberapa contoh profesional IT.

Profesional IT

Perihalan

Pentadbir rangkaian

Pentadbir rangkaian bertanggungjawab untuk menguruskan komputer pada rangkaian. Tugas mereka termasuk memasang dan menyelenggarakan rangkaian dan menambah serta mengeluarkan individu daripada senarai pengguna yang dibenarkan.

Pentadbir pangkalan data

Pentadbir pangkalan data bertanggungjawab untuk menyelenggarakan pangkalan data yang mengatur maklumat yang disimpan dalam komputer. Pentadbir pangkalan data juga bertanggungjawab untuk menentukan siapa yang perlu diberi akses ke bahagian tertentu dalam pangkalan data.

Pentadbir Web

Pentadbir web bertanggungjawab untuk menguruskan laman Web. Mereka sama ada terlibat pada peringkat semasa laman Web sedang dicipta atau apabila laman Web berfungsi.

Pentadbir Web merujuk pada klien yang memiliki laman Web dan bakal pengguna untuk memastikan laman Web mengikut keperluan mereka. Pentadbir Web juga merancang audit dan menyemak untuk memastikan laman Web selamat dan dikemaskinikan.

Profesional grafik komputer

Profesional grafik komputer mencipta grafik dan animasi untuk tujuan komersil dengan menggunakan komputer. Mereka menggunakan perisian pengeditan foto untuk mempertingkatkan kualiti grafik.

Penulis teknikal

Penulis teknikal mencipta dokumentasi mengenai sebarang jenis teknologi. Contohnya, penulis teknikal mencipta dokumen bantuan dan fail bantuan dalam talian untuk menyelesaikan masalah teknikal. Mereka juga menulis artikel teknikal untuk majalah dan kertas mengenai teknologi akan datang dan peranti digital.

Topik:

Peluang Kerjaya Sebagai Pembangun

Pembangun bertanggungjawab untuk membangunkan aplikasi perisian. Jadual berikut memerihalkan beberapa contoh pembangun.

Pembangun

Perihalan

Pengatur cara

Kerja pengatur cara adalah untuk menulis atur cara yang digunakan untuk mencipta perisian. Mereka juga menguji dan menyelenggarakan perisian. Pengatur cara mungkin bekerja sendirian atau dalam pasukan untuk mencipta atur cara.

Pembangun Perisian

Terdapat ramai orang yang terlibat dalam pembangunan perisian. Kerja pembangun perisian adalah untuk menyelaras dengan semua orang yang terlibat dan memperkemas keseluruhan proses pembangunan perisian.

Apabila terdapat berbilang pengatur cara yang menulis untuk perisian yang sama, pembangun perisian juga bertanggungjawab untuk menghimpun kerja semua pengatur cara dan mengintegrasikan