pendidikan kesihatan-gaya hidup sihat

32
TAJUK: PENGETAHUAN TENTANG SEKSUALITI & MENGAMAL GAYA HIDUP SIHAT DISEDIAKAN OLEH: MUHAMAD FIRDAUS BIN RADZALI RAJA MAKSUM BIN RAJA ALI LEX QAYYUM BIN HAIS FARAH HANI BINTI ABD HAMID PENDIDIKAN KESIHATAN SEKSUALITI (PKE 3101)

Upload: raja-maksum

Post on 29-Jun-2015

3.821 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

TAJUK:PENGETAHUAN TENTANG

SEKSUALITI & MENGAMAL GAYA HIDUP

SIHAT

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMAD FIRDAUS BIN RADZALIRAJA MAKSUM BIN RAJA ALILEX QAYYUM BIN HAISFARAH HANI BINTI ABD HAMID

PENDIDIKAN KESIHATAN SEKSUALITI (PKE 3101)

Page 2: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

PENGETAHUAN TENTANG SEKSUALITI

Page 3: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

DEFINISI SEKSUALITI Seksualiti merupakan aspek yang normal dalam proses

perkembangan setiap remaja.

Seksualiti merupakan sebahagian daripada personaliti atau sahsiah individu.

Berlaku sepanjang hayat bermula daripada kelahiran sehingga akhir hayat.

Dibentuk oleh nilai kendiri yang dipengaruhi oleh keluarga, rakan, media, agama, budaya, persekitaran dan undang-undang masyarakat.

Bukan hanya tertumpu pada hubungan seks tetapi ia meliputi perasaan, emosi, pemikiran, tingkah laku sebagai seorang wanita atau lelaki, identiti seksual dan orientasi seksual.

Page 4: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

Seksualiti juga mempunyai perkaitan dengan :

Dapat memberi kefahaman berkaitan tentang hubungan antara manusia yang meliputi :

1. Perasaan 10. Tertekan

2. Kewanitaan 11. Perhatian

3. Kelelakian 12. Perkongsian

4. Keinginan 13. Sentuhan

5. Kepuasan 14. Cemburu

6. Kasih sayang 15. Penolakan

7. Kehilangan 16. Harga diri

8. Kesedihan 17. Kebahagian kalangan remaja

9. Kemesraan

Peranan dan

identiti gender

Imej kendiri

Luahan kasih

sayang &

keintiman

Kesejahteraan

kesihatan

seksual &

reproduktif

menyeluruh

Pengetahuan tentang seksualiti

Page 5: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

Dapat membantu remaja mengelakkan diri daripada gejala sosial dan tingkah laku yang berisiko.

Kemahiran pengetahuan tentang perundangan,budaya dan adat resam berkaitan seksualiti pula dapat membantu remaja menyedari tentang hak-hak asasi dan menghalang daripada terjerumus dalam ke dalam kancah salahllaku seksual.

Pengetahuan tentang seksualti

Page 6: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

Aspek-aspek Yang Membentuk Seksualiti Individu :

DIMENSI SEKSUALI

TI

Budaya: Peraturan

media,masyarakat,adat

Psikologi: Emosi,intelek,

motivasi,pengalaman

Biologi: Pembiakan,pert

umbuhan fizikal,perkemb

angan mental,perubah

an fisiologi

Etika: Kesempurnaan, beragama,nilai

murni

Page 7: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

HAK SEKSUALITIAnda mempunyai hak untuk :

Berasa bahawa tubuh badan anda adalah kawalan anda.

Memahami dan meluahkan perasaan anda.

Memilih bagaimana mempamerkan seksualiti anda dan pada masa yang sama menghormati

diri sendiri serta orang lain.

Memilih untuk mengadakan hubungan dengan seseorang dan menentukan jenis hubungan

tersebut.3R ( Right,

Respect and Responsibilities

Page 8: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

PRINSIP TANGGUNGJAWAB SEKSUAL

Mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri,keluarga,agama,budaya dan masyarakat.

Mendapatkan maklumat serta pendidikan seks yang jelas dan tepat.

Melindungi diri dan pasangan daripada penderaan emosi,mental,fizikal dan seksual.

Tidak menunjuk kuasa atau mengawal perhubungan.

Menilai kebolehan diri dan mengawal diri semasa membuat keputusan mengenai aktiviti seksual.

Page 9: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

Menghormati hak dan keselamatan pasangan anda.

Menjadi perhubungan yang harmoni dan saling menghormati.

Berkomunikasi dengan jujur.

Berkompromi bila perlu dan mengaku salah jika patut.

Dapatkan bantuan daripada ibu bapa,guru atau pihak yang menyediakan perkhidmatan sekiranya mempunyai masalah.

Page 10: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

PENGETAHUAN TENTANG SEKSUALITI

Remaja perlu

mengenali diri sendiri

Remaja juga perlu

mempunyai hubungan yang baik dengan :

Ibu bapa

Ahli keluarga

Rakan

Komuniti

Page 11: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

• Hargai tubuh badan kita sendiri.

• Memahami perubahan normal pada tubuh.

• Mengamalkan kebersihan diri yang baik.

• Mengelak tingkah laku berisiko seperti merokok, mengambil dadah dan alkohol serta seks sebelum berkahwin.

• Menerima tubuh seadanya. Elak daripada mempunyai harapan terlalu tinggi (badan seperti artis)

• Waspada terhadap tekanan rakan sebaya yang bertentangan dengan nilai hidup anda.

• Dapatkan bantuan daripada sumber yang dipercayai.

• Nikmati hubungan dang sihat.

• Ketahui akibat daripada perhubungan seksual.

• Buat keputusan sendiri bertepatan dengan ajaran agama dan budaya masyarakat.

PENGETAHUAN TENTANG SEKSUALITI

Diri sendiri :

Page 12: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

Berkomunikasi dengan berkesan.

Tahu peranan dan tanggungjawab anda

Bertindak dengan bijak

Berbincang dengan ahli keluarga ttg peraturan dan batas-batas pergaulan.

Menghormati nilai-nilai dan hak orang lain.

Ibu bapa mungkin mempunyai pandangan yang berbeza :

terima dan hargai mereka seadanya.

Dengar pandangan mereka

Sanggup berkongsi perasaan dengan mereka.

Berbincang secara terbuka dan berkompromi.

PENGETAHUAN TENTANG SEKSUALITI

Ibu bapa dan ahli keluarga

Page 13: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

Berkomunikasi dengan berkesan.

Hargai pendapat dan nilai hidup rakan anda.

Mengetahui batasan diri semasa menjalin persahabatan.

Elakkan diri dari tekanan rakan sebaya atau diperdaya.

Pelajari cara menangani tekanan rakan sebaya secara positif.

PENGETAHUAN TENTANG SEKSUALITI

Rakan

Page 14: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

o Sebahagian daripada lingkungan komuniti yang lebih besar termasuk :

Guru

Pemimpin

Jiran

Orang luar atau asing atau pelancong

Ahli agama

o Sedari bahawa sebarang tindakan anda mempunyai kesan terhadap ahli komuniti.

o Berkomunikasi dengan berkesan.

o Hargai nilai hidup, budaya dan pendapat orang lain.

o Elakkan orang lain mengambil kesempatan ke atas anda.

o Pelajari cara bertegas demi kebaikan semua pihak.

PENGETAHUAN TENTANG SEKSUALITI

Komuniti

Page 15: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

GAYA HIDUP SIHAT

Page 16: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

GAYA HIDUP SIHATKonsep dan Definisi

Gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit.

Dari aspek fizikal bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar.• Melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu• Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat• Mengelak daripada penyalahgunaan bahan terlarang.

Dari aspek mental bermaksud mengawal stres dan ketegangan yang melibatkan aspek ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran. • Mendapat rehat yang cukup• Berfikiran positif

Dari aspek sosial dan rohani pula bermaksud • Menjalinkan hubungan baik dengan jiran dan rakan-rakan• Patuh kepada ajaran agama

Page 17: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

KEPENTINGAN GAYA HIDUP SIHAT

Memastikan tahap kesihatan yang baik

Menstabilkan kesihatan mental dan

mengurangkan tekanan

Mendisiplinkan masyarakat

Rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat

melahirkan sebuah negara yang maju.

Mewujudkan keluarga yang dapat memenuhi fungsi-

fungsi dari segi biologi, sosial, dan

psikologi secara optimum.

Mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat.

Mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja

Page 18: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

KOMPONEN GAYA HIDUP SIHAT

PEMAKANAN

KEBERSIHAN DIRI

PENYALAHGUNAAN DADAH

REHAT YANG CUKUP

SENAMAN

Page 19: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

• Definisi

• Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan

• Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrasi.

Pemakanan Yang Seimbang

Page 20: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

• Amalan pemakanan yang seimbang boleh menghindarkan penyakit kronik seperti diabetes, kanser, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Kumpulan Makanan Yang Menjadi Asas Pemakanan Seimbang

Page 21: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

KESAN PEMAKANAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Status pemakanan akan mempengaruhi perlakuan kanak-kanak.

Kanak-kanak yang sentiasa mengamalkan pemakanan yang berkhasiat akan kelihatan lebih cergas, dapat memberi tumpuan yang baik terhadap pembelajaran dan aktiviti fizikal.

Sebaliknya kanak-kanak yang tidak diberi makanan yang berzat akan menjadi seorang yang pendiam, sentiasa menarik diri atau menjadi terlalu aktif sehingga tidak dapat dikawal oleh guru.

Kanak-kanak tersebut akan cepat dijangkiti penyakit serta menurunkan daya melawan sesuatu penyakit.

Pertumbuhan fizikal, mental, emosi dan sosial akan terbantut.

Page 22: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

KESAN PEMAKANAN YANG TIDAK BERSIH DAN TIDAK BERKHASIAT TERHADAP

KANAK-KANAK

• Keracunan makanan

• Mudah mendapat penyakit

• Akan wujudnya lebih ramai generasi obesiti dari kalangan kanak-kanak

Page 23: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

• Kebersihan diri memainkan peranan yang penting agar kesihatan dapat dikekalkan.

• Langkah Penjagaan Diri Kanak- Kanak

Penjagaan Kulit Kanak-Kanak Bau Badan

Kebersihan GiGi Kebersihan Personal Yang Lain

KEBERSIHAN DIRI

Page 24: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

Kepentingan Menjaga Kebersihan Tubuh Badan

• Mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit seperti penyakit kulit.

• Menjaga kesihatan badan agar sentiasa sihat dan cergas.

• Mengekalkan persahabatan dengan kawan-kawan dengan mengamalkan kebersihan diri.

Page 25: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

DEFINISI : Menggunakan bahan-bahan yang boleh menjadikan ketagih secara berlebihan atau untuk tujuan lain selain dari tujuan sebenarnya.

• Antara bahan yang sering disalahgunakan ialah rokok, alkohol, gam, turpentin, ubat batuk dan dadah.

• Perbuatan ini adalah salah dari segi agama dan undang-undang kerana bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan.

• Dadah dan ubat ialah bahan kimia yang dihasilkan daripada tumbuhan, haiwan dan mineral.

• Dadah terbahagi kepada beberapa jenis seperti heroin, morfin, candu, ganja dan koKain.

• Dadah diambil dengan cara dihidu, disuntik, dihisap atau dimakan.

• Golongan belia adalah golongan paling ramai terbabit dengan penyalahgunaan bahan terutamanya dadah, rokok dan alkohol.

PENYALAHGUNAAN BAHAN

Page 26: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

Punca Penyalahgunaan Bahan

Cabaran daripada rakan sebaya

Terpengaruh dengan rakan sebaya yang menyalahgunakan dadah

Keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa memikirkan kesannya.

Ingin menonjolkan kehebatan diri antara rakan sebaya.

Ingin mengikut aliran semasa seperti penggunaan pil ekstasi.

Page 27: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

Kesan Penyalahgunaan Dadah Terhadap Individu, masyarakat dan

Negara

Keruntuhan Akhlak

Gagal Dalam

Pelajaran

Tersisih Daripada

Masyarakat

Terdedah kepada

penyakit

Kehilangan tenaga

kerja daripada golongan

muda

Page 28: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

SENAMAN

• DEFINISI

• Pergerakan manusia dalam melakukan aktiviti fizikal seperti kalistenik,pergerakkan dalam acara sukan dan permainan, tarian atau aktiviti tidak formal seperti berjalan kaki, berjogging, berenang.

• (Wikipedia) Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak.

Page 29: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

Senaman boleh meningkatkan penghantaran oksigen ke seluruhan badan

Senaman menguatkan jantung, membina kekuatan dan daya tahan otot

Senaman mengurangkan lemak dan menguatkan jisim tulang dan sendi.

Kenapa Perlu Kita Bersenam?

Page 30: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

REHAT YANG CUKUP• Definisi:

• Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan.

• Konsep

• Ramai tidak mengendahkan hal ini dengan kebanyakan orang mendapat minimum antara 7 hingga 9 jam tidur yang diperlukan untuk orang dewasa.

• Tanpa rehat yang mencukupi, keupayaan pembelajaran seseorang individu dan daya ingatan boleh terjejas kerana faedah tidur utama ialah untuk memulihkan otak serta menyegarkan tubuh.

• Ketika tidur, mekanisme pembaikan tubuh anda kembali berfungsi, memperbaharui sel daripada kerosakan dan serangan dipertahankan sepanjang hari supaya apabila anda terjaga, anda bagaikan seorang yang baru.

Page 31: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

Dapat melegakan stress dan

ketegangan

Menurunkan kadar denyutan

jantung dan tekanan darah

menurun.

Otak menjadi aktif.

Suhu badan menurun

Badan akan lebih segar

Fungsi biokimia badan dapat dipulihkan.

Menghilangkan rasa lapar dan

dahagaMenenangkan

fikiran

KEPENTINGAN REHAT KEPADA MANUSIA

Page 32: pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat

SEKIAN TERIMA KASIH

“KAMI BANGGA MENJADI GURU’’