kertas cadangan. internship

20
LAPORAN INTERNSHIP Nama Pelajar : Norfizwan Bin Saim No. K/ Pengenalan : 720116-01-5307 Nama Sekolah : SK Seri Utama, Semerah, Batu Pahat, Johor Program : Program Pensiswazahan Guru(PPG) Ambilan Feb 2012 Kelas : Sains Tajuk Inovasi : Aktiviti ‘Hands On’ Joran Magnet Mata Pelajaran : Sains Tahun 3 Tempoh Pelaksanaan : 30 - 60 Minit (1 - 2 waktu) 1.0 TAJUK : Meningkatkan Pencapaian Prestasi Murid Dalam Topik Magnet Dengan Menggunakan Aktiviti ‘Hands On’ “Joran Magnet” 2.0 PENGENALAN Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program inovasi dalam PdP ini diharap dapat menyuntik semangat dan minat murid-murid Tahun 3 di SK Seri Utama untuk lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajaran berkaitan Topik Magnet yang dianggap sukar . 1

Upload: akmal-haziq

Post on 12-Jan-2016

56 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Kertas Cadangan. Internship

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan. Internship

LAPORAN INTERNSHIP

Nama Pelajar : Norfizwan Bin Saim

No. K/ Pengenalan : 720116-01-5307

Nama Sekolah : SK Seri Utama, Semerah, Batu Pahat, Johor

Program : Program Pensiswazahan Guru(PPG) Ambilan Feb 2012

Kelas : Sains

Tajuk Inovasi : Aktiviti ‘Hands On’ Joran Magnet

Mata Pelajaran : Sains Tahun 3

Tempoh Pelaksanaan : 30 - 60 Minit (1 - 2 waktu)

1.0 TAJUK :

Meningkatkan Pencapaian Prestasi Murid Dalam Topik Magnet Dengan

Menggunakan Aktiviti ‘Hands On’ “Joran Magnet”

2.0 PENGENALAN

Sejajar dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada kemenjadian murid, maka inovasi dalam

sistem pendidikan perlu diberi penekanan sewajarnya. Sehubungan itu, program

inovasi dalam PdP ini diharap dapat menyuntik semangat dan minat murid-murid

Tahun 3 di SK Seri Utama untuk lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajaran

berkaitan Topik Magnet yang dianggap sukar .

1

Page 2: Kertas Cadangan. Internship

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah;

1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis.

2. Membentuk minat belajar sains menggunakan kaedah yang baharu .

3. Meningkatkan penguasaan murid tahun 3 dalam topik Magnet

4. Membina suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan menggunakan

kaedah pembelajaran di luar kebiasaan.

4.0 RASIONAL

Matlamat utama ialah melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu dan

serba boleh secara keseluruhan demi kelangsungan hidup yang semakin mencabar.

5.0 SASARAN

Murid Tahun 3 di SK Seri Utama seramai 24 orang terutamanya yang

menghadapi masalah dalam menguasai topik Magnet.

6.0 PERNYATAAN MASALAH

Tindakan dan sifat magnetik seringkali menjadi kesilapan di kalangan murid

khususnya murid yang lemah. Murid berasa keliru untuk menentukan apakah tindak

balas magnet yang sama atau berlainan kutubnya dengan ciri-ciri yang tertentu.

2

Page 3: Kertas Cadangan. Internship

Sememangnya tidak dapat dinafikan soalan yang memimta murid menyatakan

tentang apakah tindakan magnet terhadap sesuatu objek dan bagaimanakah tindakan

dua magnet dengan kutub yang sama atau berlainan apabila didekatkan antara satu

sama lain telah menimbulkan sedikit kekeliruan kepada murid-murid saya. Lantaran dari

dapatan itu maka saya telah mengenalpasti beberapa kecuaian dan kesilapan yang

telah dilakukan oleh mereka semasa menjalankan Ujian Diagnostik. Antara kecuaian

atau kesilapan yang dilakukan adalah seperti di bawah :

Rajah 6.0 : Contoh Jawapan Murid Yang Salah

Kesilapan yang dilakukan oleh murid – murid adalah ketika menentukan tindak

balas magnet terhadap sesuatu objek dan apakah tindakan dua magnet dengan kutub

yang sama atau berlainan apabila didekatkan antara satu sama lain . Sebagai contoh

jawapan murid dalam Rajah 6.0 yang mana jelas sekali murid telah melakukan

kesilapan menentukan tindak balas magnet terhadap sesuatu objek tersebut.

3

Page 4: Kertas Cadangan. Internship

Sepatunya murid dapat menentukan tindak balas magnet terhadap sesuatu objek sama

ada menarik atau tidak. Jawapan yang betul boleh dilihat dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1 : Contoh Jawapan Murid Yang Betul

7.0 SKOP DAN LIMITASI PROJEK

Berdasarkan fokus saya untuk meningkatkan penguasaan murid Tahun 3 dalam

tajuk magnet , saya telah menetapkan skop bagi projek saya ini iaitu menumpukan

perhatian terhadap aktiviti ‘hands on’ “Joran Magnet” dalam membantu meningkatkan

kefahaman murid dalam tindak balas magnet terhadap sesuatu objek. Kemahiran

menyoal yang saya laksanakan semasa pengajaran adalah dalam kawalan saya bagi

melaksanakan projek inovasi ini. Dalam menentukan skop projek yang sesuai, saya

telah menjadikan soalan-soalan di bawah sebagai panduan dan penanda aras :

4

Page 5: Kertas Cadangan. Internship

i. Adakah situasi atau masalah itu wujud dalam amalan penyelidikan dan inovasi?

Ya. Masalah dalam menentukan tindak balas magnet terhadap sesuatu objek

wujud dalam amalan penyelidikan. Hanya bergantung kepada guru untuk

mengambil cakna akan masalah ini atau pun hanya mengabaikannya.

ii. Bolehkah penyelidik atau guru melakukan sesuatu terhadap situasi atau masalah

tersebut bagi penambahbaikannya?

Boleh. Saya menggunakan kaedah pembelajaran aktiiviti ‘hands on’ “Joran

Magnet” di mana ia paling sesuai dan mudah difahami oleh murid-murid saya

dalam menentukan agen pancaran tumbuhan.

iii. Adakah penyelidik atau guru terlalu bergantung kepada orang lain apabila

hendak melakukan sesuatu perubahan terhadap situasi atau masalah tersebut?

Tidak. Penggunaan Kaedah Pembelajaran Interaktif berkomputer adalah sangat

fleksibel digunakan dalam bilik darjah. Penggunaan Kaedah Pembelajaran ini

juga amat mudah dilaksanakan oleh sesiapa sahaja. Oleh itu saya tidak perlu

bergantung kepada mana-mana pihak sama ada pihak sekolah atau pun ibu

bapa untuk melaksanakan kaedah ini. Kaedah ini boleh dijalankan pada bila-bila

masa sahaja.

8.0 KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK

Hasil penelitian dan penganalisaan saya terhadap soalan-soalan peperiksaan

Sains Tahun 5 dan soalan UPSR tahun-tahun lepas, saya dapati bahawa item berkaitan

topik kemandirian spesis tumbuhan merupakan item wajib dan perlu dikuasai oleh

murid-murid memandangkan soalan yang berkaiatan seringkali diajukan dalam setiap

peperiksaan. Kelemahan murid-murid dalam topik kemandirian spesis tumbuhan ini

boleh menyebabkan mereka kehilangan markah dalam peperiksaan terutamnya soalan

di dalam bahagian A. Jika murid dapat menguasai tajuk kemandirian spesis tumbuhan

ini sudah pasti murid tiada masalah dalam menjawab soalan sains sama ada soalan di

Bahagian A mahupun B .

5

Page 6: Kertas Cadangan. Internship

Kesilapan utama yang dihadapi oleh murid Tahun 5 ialah seringkali keliru dalam

menentukan agen pancaran biji benih. Didapati terdapat beberapa orang murid kerap

kali tersilap dalam menentukan agen pancaran air , haiwan dan angin. Apabila

ditanyakan kepada mereka kenapa mereka seringkali tersilap dalam menentukan

kedudukan agen pancaran biji benih ini, mereka menjawab bahawa mereka keliru untuk

menentukan ciri-ciri yang terdapat pada tumbuhan itu. Hasil semakan lembaran kerja

yang diberikan juga menunjukkan murid-murid tidak dapat menjawab dengan betul

agen pancaran bagi tumbuhan yang ditunjukkan.

Daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid, saya telah

merasakan bahawa satu kaedah diperlukan bagi membolehkan murid-murid dapat

menentukan agen pancaran tumbuhan dengan betul agar dapat membantu

meningkatkan prestasi mereka dalam akademik khususnya dalam matapelajaran sains

agar tidak ketinggalan berbanding dengan murid-murid lain. Saya juga yakin jika saya

dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains, sikap negatif

murid-murid akan berubah dan pencapaian mereka dalam matapelajaran sains dapat

diperbaiki. Menurut Hayazi (2008), dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

rangsangan dari pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi

dalam membina kreativiti dan juga inovasi pelajar. Oleh itu, saya berpendapat dengan

penggunaan Pembelajaran Interaktif Berkomputer yang juga merupakan bahan bantu

belajar dapat membantu murid-murid saya menguasai topik kemandirian spesis

tumbuhan.

6

Page 7: Kertas Cadangan. Internship

Pembelajaran Interaktif Berkomputer

9.0 ANGGARAN KOS PROJEK

Jadual 9.0 menunjukkan anggaran kos perbelanjaan yang diperlukan untuk

melaksanakan projek ini.

Jadual 9.0 : Kos Kajian

BIL JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA

SEUNIT

JUMLAH KOS

1 Kertas A 4 berwarna 1 X RM 5 = RM 5 RM 6

2 Printer Cartridge 2 X RM 35 = RM 70 RM 70

3 Potostat Bahan Dan Laporan

Projek

RM 10 RM 10

4 Plastik liminated 3 X RM 1.50 = RM4.50 RM 4.50

JUMLAH RM 90.50

10.0 TINJAUAN DAN KAJIAN

Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar sains dan guru

sains menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam menentukan

agen pancaran biji benih. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah

diterangkan konsep disebaliknya. Menurut Dahar (1988:95) menyatakan bahawa

belajar konsep merupakan hasil utama pendidikan.

Menguasai fakta asas agen pancaran biji benih merupakan aspek penting dalam

menguasai tajuk Kemandirian Spesis Tumbuhan. Menurut Ruslia (1990) dalam

kajiannya antara punca masalah dalam menguasai fakta berpunca dari sikap murid itu

sendiri.

7

Page 8: Kertas Cadangan. Internship

Dapatan dari kajian ini diharapkan guru-guru sains dapat meneruskan

pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan

di dalam kelas. Ia juga diharapkan dapat membantu murid untuk menguasai konstruk

yang akan datang. Secara tidak langsung ia membantu mengurangkan bilangan murid

yang gagal dalam peperiksaan. Melalui projek inovasi ini juga diharapkan guru-guru

sains dapat berkongsi pendapat bagi membantu murid-murid yang lemah. Kaedah ini

juga diharapkan dapat membantu murid Tahun 5 lebih memahami tentang kemandirian

spesis tumbuhan dengan lebih mudah.

11.0 KAEDAH PENILAIAN

Saya akan menggunakan empat cara untuk membuat penilaian ke atas projek

inovasi ini.. Jadual 11.0 dibawah ditunjukkan kaitan soalan kajian dengan cara

pengumpulan data untuk penilaian projek.

Jadual 11.0 : Soalan Kajian , Pengumpulan Data Dan Analisis

SOALAN KAJIANCARA MENGUMPUL

DATAANALISIS

1. Adakah penggunaan permainan interaktif

berkomputer dapat membantu murid Tahun 5

menentukan agen pancaran biji benih bagi

topik kemandirian spesis tumbuhan.

-Ujian Pra

-Ujian Pasca

-Analisis Dokumen :

i) Lembaran kerja

Peratus

Peratus

Peratus

2. Adakah penggunaan permainan interaktif

berkomputer dapat menarik minat murid Tahun

5 mempelajari kemandirian spesis tumbuhan

-Soal selidik Peratus

11.1 Huraian Kaedah Pengumpulan Data

8

Page 9: Kertas Cadangan. Internship

i) Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Di dalam kajian tindakan ini, saya menggunakan dua jenis ujian iaitu Ujian Pra

dan Ujian Pasca. Kedua-dua ujian ini akan dijalankan untuk melihat peningkatan

prestasi penggunaan permainan interaktif berkomputer dalam menentukan agen

pancaran biji benih. Ujian Pra akan diberikan sebelum pendekatan pembelajaran

menggunakan permainan interaktif berkomputer ini diperkenalkan manakala Ujian

Pasca diberikan selepas pendekatan kaedah ini diaplikasikan kepada kumpulan

sasaran. Soalan Ujian Pra dan soalan Ujian Pasca adalah sama ( Lampiran 1 dan

Lampiran 2), hanya diubahsuai dari segi kedudukan soalan sahaja. Soalan ujian yang

diberikan berupa soalan berbentuk objektif dan subjektif. Soalan yang dibina hanya

terhad kepada topik kemandirian spesis tumbuhan sahaja untuk memudahkan saya

membuat penilaian yang lebih terperinci.

Tempoh masa selama 10 minit diberikan untuk menjawab soalan-soalan tersebut

dan terdiri daripada 10 soalan objektif dan 5 soalan subjektif yang perlu dijawab secara

individu. Markah bagi setiap soalan ialah 15 markah dan jika jawapan diberikan adalah

salah atau hanya dibiarkan kosong, maka tiada markah akan diberikan. Setiap jawapan

murid akan dinilai dan diberi markah. Markah murid seterusnya dianalisis menggunakan

perbezaan peratusan markah. Analisis data juga akan dilakukan dengan

membandingkan skor markah murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. Skor maksimum

markah bagi setiap ujian ialah 100 peratus. Skor-skor yang diperoleh dikategorikan

kepada tahap-tahap pencapaian pelajar iaitu cemerlang, baik, sederhana, lemah dan

sangat lemah.

ii) Soal Selidik

9

Page 10: Kertas Cadangan. Internship

Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang

diisi sendiri oleh responden. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data di

mana ia mengukur tahap minat seseorang murid dalam pelajaran sains. Selain itu

borang soal selidik juga digunakan untuk mengetahui dan memahami bagaimana sikap

dan tanggapan murid terhadap pelajaran Sains. Dengan ini, jelaslah bahawa instrumen

kajian projek inovasi yang terdiri daripada soal selidik adalah selaras dengan objektif

kajian projek di mana ia mengukur tahap minat dan sikap murid-murid terhadap

pelajaran Sains khususnya dalam tajuk kemandirian spesis tumbuhan. Saya akan

mengedarkan sebanyak 16 unit borang soal selidik kepada murid yang terdiri daripada

16 orang murid Tahun 5. Sebelum murid mengisi borang soal selidik tersebut,

penerangan akan diberikan terlebih dahulu tentang tujuan penyelidikan, kandungan

borang soal selidik, dan cara-cara mengisi borang soal selidik. Murid diberi masa 10

minit untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Borang soal selidik (Jadual 11.1) yang diberikan kepada murid adalah

menggunakan jenis respon binari iaitu setuju atau tidak setuju. Borang soal selidik yang

digunakan untuk mendapatkan data dalam menjalankan kajian tindakan ini mempunyai

5 item. Borang soal selidik ini merangkumi aspek minat, sikap dan keupayaan

menggunakan permainan interaktif berkomputer. Saya akan menganalisis data hasil

soal selidik dengan menggunakan statistik mudah iaitu peratus.

10

Page 11: Kertas Cadangan. Internship

Jadual 11.1 : Borang Soal Selidik

Bil Pernyataan Tidak Setuju Setuju

1 Saya faham dengan jelas cara guru

mengajar menggunakan permainan

interaktif komputer untuk menentukan

agen pancaran biji benih

2 Saya boleh menulis agen pancaran biji

benih dengan betul

3 Saya boleh memahami dengan jelas

tentang agen pancaran biji benih dengan

menggunakan permainan interaktif

berkomputer

4 Saya berasa seronok belajar tentang

kemandirian spesis tumbuhan dengan

menggunakan permainan interaktif

berkomputer

11

Page 12: Kertas Cadangan. Internship

12.0 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA

12.1 KAEDAH ANALISIS DATA UJIAN PRA DAN PASCA

Saya akan menggunakan gred markah yang ditetapkan untuk sekolah rendah

bagi mengkategorikan pencapaian responden dan mengetahui tahap pencapaian

mereka dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca.

Jadual 12.0 : Gred Markah

Gred Markah Analisis Kelayakkan

A 80-100 Cemerlang Lulus

B 60-79 Baik Lulus

C 40-59 Sederhana Lulus

D 20-39 Lemah Gagal

E 0-19 Sangat Lemah Gagal

Berdasarkan jadual gred markah seperti di atas, saya akan dapat mengenalpasti

murid yang bermasalah daripada markah yang diperolehi melalui Ujian Pra yang

dijalankan.

Selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan permainan interaktif

berkomputer, saya akan memberikan satu Ujian Pasca dimana soalan Ujian Pra dan

soalan Ujian Pasca adalah sama tetapi berbeza dari segi kedudukan soalan. Markah

yang diperolehi oleh murid seterusnya akan saya terjemahkan ke dalam bentuk data

yang kemudiannya akan dianalisis bagi menilai tahap pencapaian mereka.

Dengan menggunakan kaedah analisis data melalui peratusan peningkatan

pencapaian murid, hasil kajian projek inovasi ini akan terbukti sama ada kaedah yang

digunakan berkesan atau tidak berkesan dalam membantu murid menjawab soalan-

soalan kemandirian spesis tumbuhan. Berdasarkan analisis data berkenaan juga,

dapatlah dirumuskan tahap penguasaan mereka dalam menentukan agen pancaran biji

benih menggunakan permainan interaktif berkomputer.

12

Page 13: Kertas Cadangan. Internship

12.2 KAEDAH ANALISIS DATA DOKUMEN

Saya akan menganalisis dokumen dengan menggunakan analisis kandungan.

Analisis kandungan adalah teknik yang digunakan untuk membuat inferens melalui

pengenalan sifat-sifat yang khusus tentang mesej (Holsti, 1968). Analisis kandungan

bagi analisis dokumen ini menggunakan pengkodan terbuka untuk mencari makna

tersirat dan tersurat dalam data tersebut secara tentatif. Dokumen yang bakal saya

kumpulkan adalah seperti latihan murid dalam buku latihan dan lembaran kerja , di

mana bahan-bahan ini semua akan diterjemahkan ke dalam bentuk teks sesuai untuk

memudahkan kerja saya menganalisis kandungan.

12.3 KAEDAH ANALISIS DATA SOAL SELIDIK

Bagi data soal selidik pula, saya akan menganalisisnya melalui penggunaan

respon binari iaitu setuju atau tidak setuju. Berdasarkan jenis respon yang diselidiki ini,

data soal selidik akan dianalisis menggunakan peratusan bagi menunjukkan

tindakbalas murid terhadap permainan interaktif berkomputer dalam pengajaran dan

pembelajaran topik kemandirian spesis tumbuhan.

13

Page 14: Kertas Cadangan. Internship

13.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI

13.1 JADUAL PELAKSANAAN

Bagi memastikan projek inovasi ini berjalan dengan lancar, saya telah membina

jadual pelaksanaan tugasan seperti di bawah :

Jadual 13.0 : Carta gantt pelaksanaan projek inovasi

Bil Perkara Minggu

1

Minggu

2

Minggu

3

Minggu

4

1 Mengenal pasti masalah dan

pengumpulan data (Ujian Diagnostik)

2 Menulis kertas cadangan projek

inovasi

3 Merancang Tindakan

4 Melaksanakan Tindakan & Membuat

Video:

Ujian Pra

PdP

Ujian Pasca

5 Mengumpul maklumat :

Ujian Pra & Ujian Pasca

Pemerhatian

Soal selidik

6 Menganalisis maklumat /data

7 Membuat Refleksi dan Laporan Projek

Inovasi

8 Dokumentasi

13.2 LANGKAH MENGGUNAKAN PERMAINAN INTERAKTIF BERKOMPUTER

14

Page 15: Kertas Cadangan. Internship

LANGKAH 1 :

Guru bersoaljawab dengan murid unuk mendapat gambaran awal mengenai

topik kemandirian spesis tumbuhan

LANGKAH 2

Guru menerangkan penggunaan permainan interaktif berkomputer untuk

menentukan agen pancaran biji benih tumbuhan.

LANGKAH 3

Secara berkumpulan murid menggunakan permainan interaktif berkomputer.

Iaitu dengan memilih soalan berbentuk kuiz interaktif dan cuba mencari jawapan

berdasarkan rangsangan gambar yang diberikan.

LANGKAH 4

Murid diberi gambar berwarna dan ciri-ciri khusus tumbuhan untuk memberi

penerangan dan kefahaman yang jelas tentang agen pacaran biji benih.

Permainan ini boleh diulang-ulang untuk memberikan daya ingatan jangka

panjang yang lebih terhadap pelajar.

15