kertas cadangan

Upload: syahmohamed

Post on 06-Jan-2016

55 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGAN KEJOHANAN BALAPAN & PADANG

KERTAS CADANGANKEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK SUNGAI ISAP MURNI, TAHUN 2013 KALI KE-3

1.0 NAMA PROJEK

Kejohanan Balapan dan Padang peringkat SK Sungai Isap Murni bagi tahun 2013, Kali ke - 3.

2.0 TUJUAN KERTAS CADANGAN

Melahirkan pelajar yang berpersonaliti seimbang dan harmoni dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor merupakan matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kegemilangan pelajar dapat direalisasikan seandainya mereka cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum kesukanan. Sukan olahraga dahulunya dan kini di kenali sebagai balapan dan padang telah menjadi watak sekolah berdasarkan rekod cemerlang pasukan olahraga (balapan dan padang) sebagai johan peringkat daerah sejak sekian lamanya. Ramai atlet balapan dan padang SK Sungai Isap Murni telah dipilih mewakili daerah Kuantan ke kejohanan MSS Pahang dan mewakili Pahang ke kejohanan MSSM di samping melibatkan diri dalam lain-lain permainan. Memandangkan hal ini adalah wajar program pembangunan kesukanan SK Sungai Isap Murni menjadikan olahraga atau balapan dan padang sebagai teras kecemerlangan sukan sekolah.

3.0 MATLAMAT

Kejohanan Balapan dan Padang SK Sungai Isap Murni 2013 dilaksanakan dengan tujuan untuk memastikan kecemerlangan sukan sekolah mempunyai kesinambungan bagi melahirkan pelajar yang gemilang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Program ini diharap dapat mencungkil bakat ramai pelajar lelaki dan perempuan untuk mewakili sekolah dalam pasukan olahraga atau balapan dan padang ke kejohanan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

4.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini diharapkan dapat:

(i) membentuk pasukan olahraga lelaki dan perempuan yang mantap bagi aspek kesediaan fizikal, mental dan taktikal permainan bagi menghadapi Kejohanan Balapan dan Padang sekaligus untuk acara di Kejohanan Olahraga MSSD/MSSP;

(ii) menampilkan seramai yang boleh atlet lelaki dan perempuan SK Sungai Isap Murni bagi mewakili pasukan MSSM Kuantan ke Kejohanan Olahraga MSSM Pahang dan mewakili pasukan MSSM Pahang ke Kejohanan Olahraga MSSM Kebangsaan 2013.

(iii) menyediakan asas yang kukuh dalam merancang program latihan olahraga SK Sungai Isap Murni.

5.0 TARIKH KEJOHANAN07 Julai 2013

6.0 MASA KEJOHANAN6.1 Acara Saringan:27 Jun hingga 04 Julai 20136.2 Acara Akhir:07 Julai 2013

7.0 TEMPAT KEJOHANANPadang SK Sungai Isap Murni

8.0JAWATANKUASA KEJOHANAN

PENGERUSIPn. Azizah binti Salleh

TIMBALAN PENGERUSIEn. Mohd Rosli bin Mujni

NAIB PENGERUSI

Pn. Juliana binti JunidEn. Zainal bin Mat Saat

SETIAUSAHA SUKANEn. Mohd Azril bin Haji Mohd Thani

PENOLONG SETIAUSAHAPn. Norlili binti Ibrahim

REKOD & STATISTIK

Pn. Norazurawati binti ArsadEn. Mustafa bin Mat

PENGERUSI TEKNIK KEJOHANANEn. Wan Md Roslan bin Wan Salleh

PEGAWAI TEKNIK 1 (BALAPAN)En. Ghazali bin Deris

PEGAWAI TEKNIK 2 (PADANG)En. Mohd Saiful Baktia bin Ibrahim

BENDAHARIEn. Lee Yow Kee

KETUA GURU RUMAH SUKANCENDERAWASIH (KUNING)En. Sivalingam a/l Sinnathamby @ Gopal GARUDA ( BIRU)En. Nor Abrizani bin Ibrahim

HELANG (MERAH)Pn. Norizan binti Ali

RAJAWALI (HIJAU)Pn. Ruhana binti Awang Mamat

PERALATANEn . Haza Afenddy bin Hassan5 orang pelajar

PERSIAPAN PADANGEn. Zaidi bin Omar16 orang pelajar

SIARAYAEn. Kamarul Bakhtiar bin Md. NorEn. Ghazali bin Deris4 orang pelajar

SIJIL & BUKU PROGRAM Pn. Anizah binti Othman

HADIAH DAN CENDERAMATAEn. Vong Wah Keong4 orang pelajar

MINUMAN PEGAWAI & TETAMUPn. Khairiah binti AbidinPn. Nor Afizan binti Muda5 orang pelajar

KEBERSIHAN PADANGEn. Norabrizani bin IbrahimPekerja-pekerja Swasta10 orang pelajar

KESELAMATAN DAN DISIPLINEn. Azley bin Hj. SallehEn. Syaffir Azhar bin Ab. Razak10 orang ahli Pengakap

PERTOLONGAN CEMASEn. Nazeri bin Arshad10 orang ahli PBSM

JURUFOTO & RAKAMAN VIDEOEn. Leong Chiew Cheong Cik Azizah binti Ali

JAMUANPn. Rohana binti Abdul LatiffPn. Hindun binti Ramli

PERBARISANEn. Suhaimi bin SaadEn. Imran bin Rais

PENGACARA MAJLISEn. Addy Faizul bin Mohamed NasirPn. Azlina binti Anuar

PENCETAKEn. Mohd Razuki bin Daud

KHEMAH PELAJAREn. Siew Ah HoiEn. Mukhatar bin Ngah10 orang pelajar

PUBLISITIPn. Monalisa binti Mat Nih @ Salleh

JEMPUTANPn. Fadillah binti Hassan

SAMBUTANEn. Hussin bin IshakPn. Fauziah binti Abu Bakar

PERSIAPAN PENTASPn. Aniza Hanam binti Abd RahmanPn. Zubaidah binti Arbak5 orang pelajar

GERAIEn. Zainal Abidin bin Yusof

ACARA JEMPUTANEn. Saiful Baktia bin Ibrahim

PEMBUKAAN & PENUTUPANEn. Nor Shahrul Imran bin Sari

PENYAMBUT TETAMU & VIPPengetuaSemua GPKSemua Ketua Bidang

HIASAN KHEMAHSemua Guru Rumah SukanWakil PIBG setiap kaum

9.0TENTATIF KEJOHANANMasaAcara

07.30 pagi---Semua pelajar berkumpul di padangSenamrobik 1M1SBerkumpul di khemah rumah sukan Persiapan perbarisan

08.30 pagi-Ketibaan ibu bapa & AJK PIBG

08.45 pagi-Ketibaan perasmiTokoh Perasmi: En. Sabri Bin Yaakub, SMPPegawai Pelajaran Daerah Kuantan

09.00 pagi-Acara Perasmian Kejohanan:

Nyanyian lagu sekolah, negeri & kebangsaan

Bacaan ikrar

Ucapan aluan pengetua

Ucapan perasmian

Lintas hormat pasukan beruniform & pasukan rumah sukan

10.30 pagiAcara sukan dimulakan:

4 X 100m jemputan sekolah

4 X 400m PB & LB

4 X 400m PA & LA

100m PB & LB

100m PA & LA

11.30 pagiPermainan Tradisional

12.15 tengahariUpacara penyampaian hadiah

Kemas alatan

Bersurai

10.0ANGGARAN PERBELANJAAN

(a)Hadiah

(i)Medal acara sukan=RM450.00

(ii)Hamper pemenang Permainan Tradisional=RM200.00

(iii)Piala pusingan johan keseluruhan=RM100.00

(iv)Piala pusingan johan perbarisan=RM100.00

(v)Piala olahragawan= RM50.00

(vi)Piala olahragawati=RM50.00

(vii)Piala peserta terbaik setiap kategori=RM120.00

(viii)Cenderamata perasmi=RM50.00

(b)Minyak hitam=RM140.00

(c)Sewa khemah (100 kaki)=RM400.00

(d)Subsidi rumah sukanRM150.00 X 4 rumah=RM600.00

JUMLAH KESELURUHAN=RM2260.00

11.0SUMBER KEWANGAN

(i) Wang suwa sekolah(ii) Peruntukan sukan(iii) Sumbangan PIBG(iv) Tajaan syarikat swasta

12.0PERASMI & JEMPUTANRujuk Lampiran 1

13.0PELAN PADANG SEKOLAHRujuk Lampiran 2

14.0PENUTUPAdalah diharap Kejohanan Balapan dan Padang 2013 ini dapat dilaksanakan sewajarnya dengan mencapai matlamat dan objektifnya. Pengemblengan sumber modal dan tenaga warga SK Sungai Isap Murni amat diperlukan bagi merealisasikan hasrat ini. Segala perhatian, pertimbangan, sokongan, iltizam dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

MOHD AZRIL BIN HAJI MOHD THANI PUAN AZIZAH BINTI SALLEHSetiausaha Sukan Guru BesarSK Sungai Isap Murni SK Sungai Isap Murni25150 Kuantan 25150 Kuantan

LAMPIRAN

ALTERNATIF PELAKSANAAN KEJOHANAN BALAPAN & PADANGSK SUNGAI ISAP MURNI 2013 KALI KE-3

AKTIVITI

BULAN

JANFEBMACAPRMEIJUN

Mesyuarat dan pemilihan rumah sukan

Latihan merentas desa

Merentas desa / School Run

Mesyuarat JK Pengelola Kejohanan

Latihan rumah sukan

Latihan permainan tradisional

Kejohanan balapan & padang

Laporan & post mortem

LAMPIRAN

JADUAL ACARA SARINGAN & AKHIRKEJOHANAN BALAPAN & PADANG KE-3

NO. ACARATARIKHMASAKATEGORIACARACATATAN

26/06/2013Rabu3.00 ptgSemua pesertaSenamrobik 1M1SMemanaskan badan

13.30 ptgPerempuan A200 MSaringan 1

23.45 ptgPerempuan A200 MSaringan 2

34.00 ptgPerempuan B200 MSaringan 1

44.15 ptgPerempuan B200 MSaringan 2

74.30 ptgLelaki A200 MSaringan 1

84.45 ptgLelaki A200 MSaringan 2

95.00 ptgLelaki B200 MSaringan 1

105.15 ptgLelaki B200 MSaringan 2

113.30 ptgLelaki ALontar PeluruAkhir

124.30 ptgPerempuan ALontar PeluruAkhir

27/06/2013Khamis3.00 ptgSemua pesertaSenamrobik 1M1SMemanaskan badan

133.30 ptgPerempuan A400 MSaringan 1

143.45 ptgPerempuan A400 MSaringan 2

154.00 ptgPerempuan B400 MSaringan 1

164.15 ptgPerempuan B400 MSaringan 2

194.30 ptgLelaki A400 MSaringan 1

204.45 ptgLelaki A400 MSaringan 2

215.00 ptgLelaki B400 MSaringan 1

225.15 ptgLelaki B400 MSaringan 2

253.30 ptgLelaki BLontar PeluruAkhir

264.30 ptgPerempuan BLontar Peluru Akhir

28/06/2013Jumaat3.00 ptgSemua pesertaSenamrobik 1M1SMemanaskan badan

273.30 ptgPerempuan A800 MAkhir

284.00 ptgLelaki A800 MAkhir

294.30 ptgPerempuan B800 MAkhir

305.00 ptgLelaki B800 MAkhir

313.30 ptgPerempuan ALompat JauhAkhir

324.00 ptgLelaki ALompat JauhAkhir

334.30 ptgPerempuan BLompat JauhAkhir

345.00 ptgLelaki BLompat JauhAkhir

355.30 ptgPerempuan A1500 MAkhir

366.00 ptgLelaki A1500 MAkhir

03/07/2013Rabu3.00 ptgSemua pesertaSenamrobik 1M1SMemanaskan badan

373.30 ptgPerempuan A4 X 100 MAkhir

384.00 ptgLelaki A4 X 100 MAkhir

394.30 ptgPerempuan A110 M Lari BerpagarSaringan

405.00 ptgLelaki A110 M Lari BerpagarSaringan

415.30 ptgPerempuan B110 M Lari BerpagarSaringan

426.00 ptgLelaki B110 M Lari BerpagarSaringan

433.30 ptgPerempuan ALompat TinggiAkhir

444.00 ptgLelaki ALompat TinggiAkhir

454.30 ptgPerempuan BLompat TinggiAkhir

455.00 ptgLelaki BLompat TinggiAkhir

04/07/2013Khamis3.00 ptgSemua pesertaSenamrobik 1M1SMemanaskan badan

463.30 ptgPerempuan A200 MAkhir

473.15 ptgLelaki A200 MAkhir

483.30 ptgPerempuan B200 MAkhir

494.00 ptgLelaki B200 MAkhir

504.30 ptgPerempuan A/BPentathlon (Terbuka)Akhir

515.00 ptgLelaki A/BHeptathlon(Terbuka)Akhir

05/07/2013Jumaat7.30 pagiSemua murid & guruSenamrobik 1M1SMemanaskan badan

5210.30 pagi4 X 100 M Jemputan sekolah

5310.40 pagiPerempuan B4 X 400 MAkhir

5410.50Lelaki B4 X 400 MAkhir

5511.00Perempuan A4 X 400 MAkhir

5611.10Lelaki A4 X 400 MAkhir

5711.10Perempuan B100 MAkhir

5811.20Lelaki B100 MAkhir

5911.30Perempuan A100 MAkhir

6011.40Lelaki A100 MAkhir

AKTIVITIPENGURUSAN KOKURIKULUM

SUB AKTIVITIPENGELOLAAN KEJOHANAN BALAPAN & PADANG Muka Surat Ini1/1

BilProses KerjaPegawai Yang Meluluskan / DirujukUndang-Undang / Peraturan

1Menetapkan tarikh dan menentukan tetamu kehormat untuk Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Sekolah.PengetuaSPI Bil. 1/1986 Larangan ke Atas Pemberian Cenderamata SPI Bil. 1/1991

2Menyediakan Kertas Cadangan Pengelolaan Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Sekolah dan perlantikan jawatankuasa pelaksana.Permohonan Mengundang Orang Kenamaan ke Upacara Sekolah / Institusi Pendidikan SPI Bil. 1/1998

3Mendapatkan kelulusan Kertas Cadangan.

4Mesyuarat Pengelolaan Kejohanan Balapan dan Padang dan pembentangan anggaran perbelanjaan.

5Menyemak dan meneliti surat-surat yang berkaitan dan penghasilan draf buku program.

6Menetapkan jadual dan aktiviti latihan rumah sukan.

7Memantau pelaksanaan latihan mengikut jadual.

8Mesyuarat jawatankuasa pengelolaan kali ke-2 (untuk mendapatkan maklumat persiapan).

9Mesyuarat jawatankuasa teknikal.

10Taklimat kepada murid.SPI Bil. 17/2000 bertarikh 16 Nov. 2000 iaitu Penubuhan Kelab Rukunegara di Sekolah

11Mengadakan acara saringan dan acara sebelum hari kejohanan.

12Mengadakan raptai kejohanan.

13Pelaksanaan kejohanan.

14Surat-surat penghargaan dan ucapan terima kasih dihantar kepada tetamu kehormat dan penaja.

15Post mortem.

16Markah dimasukkan ke dalam sistem rumah / ISIS

17Failkan / dokumentasi.

Menetapkan tarikh sukantara dan kejohanan balapan & padang peringkat sekolah

Setiausaha Sukan menyediakan Kertas Cadangan Pengelolaan Kejohanan Balapan & Padang

Mendapatkan kelulusan Kertas Cadangan daripada Guru Besar

TidakDiluluskan

Mesyuarat Pengelolaan Kejohanan Balapan & Padang

Pelaksanaan program latihan

Mesyuaat jawatankuasa teknikal

Pelaksanaan sukantara sekolah

Markah dimasukkan ke dalam sistem rumah / ISIS

Raptai kejohanan

Kejohanan Balapan & Padang

Markah dimasukkan ke dalam sistem rumah / ISIS

Post mortem

AKTIVITIPENGURUSAN KOKURIKULUM

SUB AKTIVITIPENGELOLAAN KEJOHANAN BALAPAN & PADANG

BilAktivitiTindakanCatatan

1Menetapkan tarikh dan menentukan tetamu kehormat untuk Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Sekolah daripada Guru Besar.

2Mendapat maklumat peruntukan kewangan.

3Setiausaha Sukan menyediakan Kertas Cadangan Pengelolaan Kejohanan Balapan & Padang.

4Mendapatkan kelulusan kertas cadangan daripada Guru Besar.

5Mesyuarat Pengelolaan Kejohanan Balapan & Padang dan Pembentangan Anggaran Perbelanjaan.

6Menulis surat-surat yang berkaitan:i) Surat panggilan mesyuarat jawatankuasaii) Surat jemputan tetamu kehormat

iii) Surat jemputan PIBG / ibu bapa

iv) Surat jemputan kepada Guru Besar sekolah berhampiran

v) Surat jemputan acara jemputan

vi) Surat penajaanvii) Surat pemberitahuan kepada pihak klinik kesihatan

7Menghasilkan draf buku program.

8Menyemak dan meneliti surat-surat yang berkaitan dan penghasilan draf buku program.

9Program latihan.

10Mesyuarat jawatankuasa pengelola kali ke-3 (untuk mendapatkan maklumat persiapan).

11Taklimat kepada murid.

12Mengadakan acara saringan.

13Mengadakan raptai kejohanan.

14Pelaksanaan kejohanan.

15Surat-surat penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat dan penaja.

16Markah dimasukkan ke dalam sistem rumah / ISIS

17Failkan / dokumentasi

LAMPIRAN

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK SUNGAI ISAP MURNI, TAHUN 2013KALI KE-3

SENARAI SEMAK BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

BILJAWATANKUASABIDANG TUGAS

1Setiausaha

Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan.Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan.Memanggil ahli jawatan kuasa untuk bermesyuarat.Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan.Bersama pengerusi menentukan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat.Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berkelompok di kalangan ahli jawatan kuasa.Menyediakan kertas kerja yang diperlukan.Menyusun dan menyediakan tempat kemudahan mesyuarat.

2Urus Setia

Merupakan tempat rujukan jawatan kuasa kecil sekiranya terdapat kekeliruan.Menyebarkan segala maklumat yang perlu dimaklumkan kepada semua kontinjen dan AJK pengelola.Memastikan perjalanan kejohanan berjalan dengan baik dan tepat pada masanya.Memastikan semua peralatan pertandingan mencukupi.Memastikan setiap pertandingan mempunyai hakim dan peserta mematuhi setiap arahan pertandingan.Menguruskan kebajikan peserta.

3Rekod dan Statistik

Menyediakan sistem maklumat lengkap.Menyediakan borang-borang dan fail yang sistematik.Menyediakan kelengkapan pen dan kad manila.Merekod setiap keputusan dan menyerahkan keputusan tersebut kepada juruacara untuk dihebahkan.Bertanggungjawab untuk sentiasa mencatat markah dan kutipan pingat di papan markah setelah direkod.Bekerjasama dengan AJK Hadiah dan Cenderamata serta juruacara majlis perasmian.

4Pengerusi Teknik Kejohanan, Pegawai Teknik 1 dan 2

Menyediakan dan menentukan tempat pertandingan sesuai dan mengikut peraturan-peraturan pertandingan.Menyediakan balapan dan landas pertandingan mengikut spesifikasi yang betul.

5Ketua Guru Rumah Sukan

Memastikan setiap peserta faham dan bersedia bagi setiap acara yang dipertandingkan.Melatih ahli pasukan dengan secukupnya.Mengisi borang pertandingan dengan tepat.Memastikan semua peserta hadir semasa kejohanan.Memberi sokongan moral kepada peserta.Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.

6Peralatan

Membuat / menyediakan alatan sukan dan pertandingan untuk sesi latihan, sukantara, pra sukan dan acara kemuncak.Menyediakan khemah untuk rumah sukan (canopy), payung, meja dan kerusi untuk tetamu dan VIP.Menyimpan peralatan setelah kejohanan tamat.

7Persiapan PadangMemastikan persiapan padang untuk kejohanan disediakan (khemah pegawai teknik, khemah urusetia, rekod & statistik dan juruacara.

8Siaraya

Menyediakan sistem siaraya yang berfungsi dan sesuai digunakan.Merancang dan menyediakan semua peralatan 40 minit sebelum majlis bermula.Uji keberkesanannya.

9Sijil dan Buku Program

Membuat anggaran dan memohon sijil dari urusetia.Menaip nama dalam sijil penghargaan untuk para pegawai dan pemenang.Mengumpul semua bahan yang perlu untuk buku program.Menentukan kandungan buku program.Membuat buku program.Mendapatkan kata-kata aluan.Menyemak istilah dan ejaan serta menyiapkan buku program sebelum kejohanan.Menguruskan percetakan dan mengedarkan kepada jawatankuasa yang berkenaan.

10Hadiah dan Cenderamata

Berbincang dengan urusetia berhubung kriteria acara dan bilangan hadiah dan cenderamata.Menyediakan anggaran dan menempah hadiah dan cenderamata.Menyediakan semua hadiah dan cenderamata yang diperlukan.Bekerjasama dengan AJK Upacara Sambutan dan Jemputan bagi majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang dan tokoh perasmi.Menyediakan borang penyampaian hadiah untuk pemenang dan nama VIP yang akan menyampaikannya.Menyusun hadiah dan mengurus majlis penyampaian hadiah dan cenderamata secara sistematik.Menyediakan dulang, lapik dan pegawai yang sesuai untuk majlis penyampaian hadiah.

11Minuman Pegawai dan Tetamu

Menyediakan minuman untuk semua pegawai bertugas dan tetamu jemputan sepanjang kejohanan.

12Kebersihan Padang

Memastikan kawasan persekitaran kejohanan bersih, menarik dan berseri sebelum, semasa dan selepas kejohanan.Menyediakan plastik-plastik sampah di tempat tertentu.

13Keselamatan dan Disiplin

Mengagihkan tugas kepada badan beruniform sekolah.Memastikan kenderaan tetamu tidak menggangu lalu lintas vinue pertandingan.Memastikan semua pelajar menjaga disiplin dan tingkah laku sepanjang kejohanan.

14Pertolongan Cemas

Menyediakan anggaran perbelanjaan perubatan.Menyediakan alatan perubatan.Menyediakan tempat rawatan (khemah).Berhubung dengan Klinik Kesihatan sebagai persediaan sekiranya berlaku kecemasan.

15Jurufoto dan Rakaman Video

Memastikan gambar foto dan penggambaran video semasa acara-acara awal pertandingan berlangsung dan majlis perasmian dan penutupan.Memproses dan mengedit suasana kejohanan dan memainkannya untuk tontonan warga sekolah seminggu selepas kejohanan di kantin sekolah.

16Jamuan

Menempah dan mengurus makan minum peserta, guru, tetamu jemputan dan pegawai sepanjang kejohanan.Memastikan bekalan makanan sampai tepat pada waktunya.

17Perbarisan

Menyelaras kontinjen yang mengambil bahagian dalam upacara lintas hormat pembukaan dan penutupan rasmi.Bertanggungjawab dalam aktiviti raptai.Memastikan penyertaan pasukan rumah-rumah sukan dan unit beruniform.Menyediakan borang, kriteria penilaian dan hakim-hakim untuk penilaian kontinjen terbaik.

18Pengacara Majlis

Menyediakan skrip perjalanan majlis perasmian dan penutupan.Tidak dibenar / mengumumkan apa jua maklumat yang tidak berkaitan kecuali hanya kejohanan sahaja.Memastikan semua sistem siaraya berfungsi dan sesuai digunakan.Datang awal 40 minit sebelum kejohanan bermula.Berbincang dengan pengurus pertandingan.

19Pencetak

Berhubung dengan JK Sijil dan Buku Program bagi tujuan cetakan.Memastikan jumlah bahan yang dicetak mencukupi.

20Khemah Pelajar

Menyediakan khemah untuk rumah sukan (canopy) dan khemah pengacara majlis mencukupi.Berhubung dengan pihak tertentu untuk sewaan khemah.

21Publisiti

Menyediakan banner kejohanan.Mengiklankan kejohanan di kawasan strategik.Berhubung dengan pihak media untuk liputan kejohanan.

22Jemputan dan SambutanMenyediakan surat-surat jemputan ke upacara pembukaan dan penutupan kejohanan. Bekerjasama dengan JK Upacara Pembukaan & Penutupan bagi menyediakan penyambut tetamu.

23Persiapan Pentas

Hiasan pentas untuk tetamu jemputan.Mengatur kerusi, meja dan sofa di astaka sesuai dengan tetamu jemputan.

24Gerai

Membuat promosi tapak jualan kepada individu dan peniaga.Menetapkan jumlah sewaan dan membuat kutipan.Memastikan makanan dan minuman yang dijual adalah bersih dan selamat.

25Acara JemputanBerhubung dengan sekolah berhampiran bagi acara jemputan 4X100m.

26Upacara Pembukaan dan PenutupanMengurus upacara pembukaan dan penutupan rasmi.Merangka aturcara tadbir upacara pembukaan dan penutupan rasmi.Mengatur dan menyediakan persiapan dan peralatan serta personal yang diperlukan bagi upacara tersebut.Menguruskan raptai kedua-dua upacara tersebut.Mengaturkan tempat duduk para jemputan (VIP) dalam dua upacara tersebut mengikut protokol.Menyediakan penyambut tetamu yang mencukupi untuk upacara pembukaan dan penutupan.

27Hiasan KhemahMengurus dan menghias khemah rumah sukan mengikut tema yang dipilih.

KERTAS CADANGAN KEJOHANAN BALAPAN & PADANG2013

PAYUNG PBSMPAYUNGPAYUNG& MEJAASTAKAKHEMAH HADIAH & PENGACARA MAJLISKHEMAH RUMAH SUKAN HELANGKHEMAH RUMAH SUKAN GARUDAKHEMAH RUMAH SUKAN RAJAWALIKHEMAH RUMAH SUKAN CENDERAWASIHTAPAK GERAI PENIAGATEMPAT DUDUK PENJAGA MASABENDERA