kertas cadangan

53
Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014 KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN KAEDAH ANSUR MAJU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHANTAR LERET DALAM KAKI BUKAN DOMINAN. 1

Upload: muhammad-firdaus-yussof

Post on 26-Dec-2015

109 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

1

Page 2: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

KAEDAH ANSUR MAJU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHANTAR LERET

DALAM KAKI BUKAN DOMINAN.

Oleh

Muhammad Firdaus b Yussof

(PISMP PJ JAN 2011)

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada masa kini Bola Sepak adalah sukan paling popular di dunia. Oleh itu

pembangunan bola sepak amat dititik beratkan dalam perancangan bola sepak negara.

Pembangunan dari akar umbi adalah tunjang untuk memastikan kecemerlangan

sesebuah negara dalam sukan bola sepak. Oleh itu, pendedahan tentang bola sepak

dari kanak-kanak adalah penting dalam pembangunan akar umbi. Terdapat beberapa

perkara penting dalam kemahiran bola sepak antaranya kemahiran menghantar,

kemahiran menggelecek, kemahiran menanduk, kemahiran menyerkap dan lain-lain.

Dalam kertas cadangan penyelidikan tindakan ini, saya ingin mengkaji tentang

kemahiran menghantar dalam bola sepak menggunakan kaki bukan dominan. Saya

memilih kemahiran ini adalah kerana kemahiran hantaran menggunakan dalam kaki

adalah kemahiran yang paling banyak digunakan dalam permainan bola sepak moden

(Jim & Kurt, 2007). Selain itu, kebolehan untuk melakukan hantaran pendek terutama

di ruang yang kecil adalah satu kemahiran yang yang penting, hantaran yang tepat

adalah penting untuk mengekalkan penguasaan padang dan mencari peluang untuk

menghasilkan gol (Rampinini, 2008).

2

Page 3: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

Selain daripada mengkaji, saya juga ingin mengajar kepada murid-murid

tentang hantaran leret di dalam bola sepak kerana ia adalah proses penyebaran ilmu

pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang. Tujuannya adalah supaya murid

dapat mempelajari, menguasai dan meningkatkan proses pembelajaran dengan baik

(Gagne, Brigss & Wager, 1992). Di dalam penggunaan kaki untuk melakukan

hantaran ini terdapat dua, iaitu kaki dominan dan kaki bukan dominan. Penggunaan

dan penguasaan kemahiran kedua-dua kaki samada kaki dominan atau kaki bukan

dominan amat penting dalam permainan bola sepak. Memang benar sebagai pemain,

kita masih boleh menggunakan kaki dominan, tetapi penggunaan kaki bukan dominan

untuk menghantar adalah sama penting dengan penggunaan kaki dominan jika melalui

situasi tertentu semasa dalam permainan bola sepak.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Saya merupakan guru praktikum di salah sebuah sekolah di Perlis. Bagi saya,

pengalaman berpraktikum sebanyak dua kali sebelum ini adalah sangat berbeza jika

hendak dibandingkan dengan sekolah ini. Oleh kerana bilangan murid di sekolah saya

hanya berjumlah sekitar 400 orang, maka setiap darjah hanya mempunyai 2 kelas

sahaja, berbanding dengan sekolah-sekolah yang telah saya pergi sebelum ini yang

mempunyai hampir 600 orang murid. Jadi, murid-murid di dalam setiap kelas

mempunyai kecerdasan intelek mahupun kecerdasan fizikal yang pelbagai. Ini

mungkin juga disebabkan latar belakang keluarga mereka yang berbeza-beza. Saya

dapati murid-murid di sekolah ini begitu aktif lebih-lebih lagi dalam permainan bola

sepak.

3

Page 4: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

Pada bulan Januari yang lalu, saya mula mengajar Pendidikan Jasmani di

tahun 5 Bestari. Sewaktu di kelas yang saya mengajar iaitu 5 Bestari ini, saya telah

melakukan pemerhatian awal. Saya dapat melihat permasalahan utama semasa

permainan bola sepak berlangsung adalah tiada penggunaan kaki bukan dominan

semasa melakukan hantaran di dalam permainan. Ini amat membimbangkan kerana

permainan bola sepak adalah penting untuk pemain menguasai kedua-dua kaki sama

ada kaki yang dominan dan kaki yang bukan dominan. Di dalam kelas ini hanya

terdapat 6 orang murid perempuan dan 22 orang murid lelaki, terdapat 5orang murid

lelaki mempunyai masalah ketara dalam penguasaan kedua-dua kaki.

Penggunaan kaki yang bukan dominan adalah penting semasa melakukan

kemahiran hantaran dalam bola sepak. Ini kerana, terdapat situasi yang memerlukan

kita untuk menggunakan kaki yang bukan dominan untuk menghantar dalam

permainan bola sepak. Jika situasi yang memerlukan pemain untuk menggunakan

kaki yang bukan dominan tetapi pemain tidak menggunakannya bahkan masih

menggunakan kaki dominan, terdapat ‘disadvantage’ kepada pemain dari segi masa

reaksi, ruang dan lain-lain.

Proses pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan berkesan

jika pendekatan dan strategi pengajaran yang sesuai digunakan (Wee Eng Ho, 2009).

Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik

merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam menyampaikan isi pelajaran itu. Oleh itu,

pengkaji ingin menggunakan kaedah ansur maju dalam menyampaikan sesuatu isi

pelajaran dan menentukan sama ada kaedah ini sesuai atau tidak untuk meningkatkan

kemahiran hantaran leret dalam kaki menggunakan kaki bukan dominan kepada

murid-murid tahun 5 Bestari.

4

Page 5: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

Oleh itu, perlu adanya satu kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap

fizikal dan minat murid-murid Tahun 5 Bestari ini. Hal ini penting agar mereka semua

dapat melakukan kemahiran hantaran bola dengan betul.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1 Pengenalan

Penguasaan kaki dominan dan bukan dominan memainkan peranan sangat

penting dalam permainan bola sepak (Jones, 2007). Pemain bola sepak yang baik

adalah pemain yang mampu menguasai kedua-dua kaki semasa melakukan kemahiran

di dalam permainan bola sepak. ini kerana, dalam bola sepak penggunaan kaki yang

bukan dominan ada ketika ianya adalah lebih efisyen daripada penggunaan kaki

dominan dari segi masa, ruang dan sebagainya.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005), jika diukur pada sifat biologi

manusia, dominan adalah sesuatu yang mempengaruhi manusia itu dan mendapat

tempat pada manusia untuk menggunakannya secara kerap dan merupakan satu

kepentingan pada diri mereka. Seperti yang kita ketahui, penggunaan kaki dominan

adalah kaki yang murid biasa gunakan untuk melakukan sesuatu kemahiran. Manakala

kaki bukan dominan adalah kaki yang jarang atau tidak pernah digunakan untuk

melakukan kemahiran.

5

Page 6: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005), Kemahiran adalah bermaksud

kecekapan atau kepandaian. Di dalam bola sepak, pelbagai kemahiran harus dikuasai.

Walaubagaimanapun, kemahiran yang dipilih pengkaji untuk membuat kajian adalah

kemahiran hantaran leret. Ini adalah penting memandangkan hantaran adalah

kemahiran paling banyak digunakan dalam permainan Jim & Kurt, (2007). Akan

tetapi, kebanyakan murid tidak dapat menzahirkan hasil hantaran yang baik kerana

tidak tahu teknik yang betul dalam melakukan kemahiran.

Selain daripada itu, teknik sesuatu kemahiran adalah sangat penting untuk

memastikan hasil yang memuaskan. Tendangan leret menggunakan dalam kaki adalah

teknik yang paling tinggi ketepatannya di dalam jarak pendek atau sederhana.

Hantaran seperti ini adalah kemahiran yang paling penting dan perlu digunakan selalu

(Blom & Blom, 2009).

Untuk memberikan pengalaman permainan sebenar kepada murid-murid untuk

mengaplikasikan kemahiran hantaran leret dalam kaki, permainan kecil atau

permainan bersyarat diperkenalkan kepada murid-murid. Semasa beraktiviti, guru

boleh menilai kemajuan kemahiran setiap murid. Model permainan kecil dan

permainan bersyarat yang popular ketika ini adalah ‘Teaching Games For

Understanding (TGFU)’ yang diperkenalkan oleh Bunker & Thorpe pada tahun 1982.

6

Page 7: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

2.2 Masalah / Isu Kajian

Sebagai seorang guru pelatih, saya sedar bahawa seseorang guru itu perlulah

memahami akan perkembangan anak-anak muridnya daripada segi fizikal mahupun

kognitif. Dengan ini, saya akan dapat mengetahui kaedah yang bersesuaian dengan

perkembangan usia murid-murid saya.

Di dalam permainan bola sepak, hantaran adalah salah satu kemahiran yang

amat penting untuk memastikan penguasaan bola antara ahli pasukan. Tidak dinafikan

penggunaan kaki dominan dalam hantaran ialah kaki yang kerap digunakan pemain.

Tetapi dalam sesuatu keadaan, penggunaan kaki yang bukan dominan untuk

melakukan hantaran adalah lebih efisen daripada memaksa diri untuk menggunakan

kaki dominan. Oleh itu, penguasaan kemahiran kaki yang bukan dominan amat

penting bagi seseorang pemain bola sepak.

Saya berminat untuk melakukan kajian berdasarkan permasalahan ini kerana

saya dapati jika masalah ini tidak di atasi ia akan mendatangkan kesan yang besar ke

atas murid memandangkan murid-murid ini juga merupakan wakil sekolah bagi

permainan bola sepak. Jadi, ia merupakan sesuatu yang amat penting kepada mereka

untuk menguasai kemahiran yang betul.

Ini kerana jika murid tidak membiasakan diri dengan penguasaan kaki yang

bukan dominan, maka sampai bila-bila pemain tersebut tidak dapat melakukan

kemahiran menggunakan kaki yang bukan dominan dengan baik.

7

Page 8: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

Ia juga akan berlaku dalam situasi murid menggunakan kaki yang dominan

untuk menghantar bola sedangkan situasi tersebut lebih memerlukan murid itu untuk

menggunakan kaki yang bukan dominan. Perkara ini berlaku kerana murid tidak

mempunyai kemahiran dalam menghantar bola menggunakan kaki yang bukan

dominan. Jika murid terpaksa menggunakan kaki yang bukan dominan dan tidak

mempunyai kemahiran itu, bola yang dihantar mungkin tidak menepati sasaran.

Oleh itu, fokus kajian saya semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Jasmani dalam kemahiran bola sepak ialah membuat aktiviti hantaran bola dengan

menggunakan kaki bukan dominan. Sepanjang saya mengajar aktiviti yang melibatkan

permainan bola sepak saya dapati ada sesetengah sampel langsung tidak dapat

menguasai kemahiran hantaran dengan menggunakan kaki bukan dominan.

Kebanyakan mereka lambat untuk melakukan hantaran kerana terpaksa menukar kaki

dominan untuk membuat hantaran kepada rakan.

Apabila seseorang sampel itu dapat menguasai kemahiran hantaran dan

menerima dengan menggunakan kaki bukan dominan, sampel berkenaan tentu berasa

yakin semasa bermain dan cara permainan pantas dapat dilakukan selaras dengan

corak permainan yang dimainkan oleh mana-mana pasukan handalan seluruh dunia,

turut menjadi fokus kajian saya ini ialah dapat mencungkil bakat baru dalam sukan

bola sepak dan secara tidak langsung dapat melahirkan satu pasukan bola sepak

sekolah yang berkualiti dan menjamin masa depan yang cemerlang dalam sukan bola

sepak di sekolah ini.

8

Page 9: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

2.3 Tinjauan Literatur

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian

ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenalpasti akan dibuat bertujuan untuk

memahami dengan lebih mendalam akan masalah tersebut. Tinjauan akan dilakukan

dengan mengutip data berteraskan pendekatan berikut:

2.3.1 Analisis Dokumen

Data berdokumen boleh didapati daripada pelbagai sumber. Menurut Yin

(1994), pelbagai dokumen seperti surat, memorandum, lain-lain kenyataan rasmi,

dokumen pentadbiran, dokumen dalaman dan bahan yang tersiar dalam media massa

boleh digunakan untuk mendapatkan data yang berkaitan. Justeru, saya akan memilih

beberapa dokumen untuk dianalisis iaitu keputusan Ujian Pra, Ujian Pasca dan buku

rekod kehadiran murid dan pemerhatian.

a) Buku rekod kehadiran murid

Saya juga akan memilih buku rekod kehadiran murid kerana saya ingin

melihat kaitan sikap responden iaitu rasa suka untuk ke sekolah. Ini kerana

Kloosterman et. al. (1996) mendapati sikap mempengaruhi pencapaian pelajar.

Analisis kehadiran murid ke sekolah dibuat dari 27 Januari hingga 25 April 2014.

9

Page 10: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

2.3.2 Pemerhatian

a) Minat membuat sebarang aktiviti yang dilakukan

Bagi melihat minat murid dalam aktiviti yang dilakukan semasa di padang, saya

akan memerhatikan kesungguhan dan minat mereka untuk melakukan aktivti. Sebanyak

empat kali pemerhatian akan dilakukan bertujuan untuk melihat minat dan kesungguhan

murid melakukan aktiviti.

b) Kekerapan murid cepat berasa letih

Semenjak saya mula mengajar murid Tahun 5 Bestari, saya mendapati bahawa

terdapat segelintir murid yang kerap cepat berasa letih sewaktu sesi pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Oleh kerana saya tidak merekodkan nama murid yang kerap

berasa letih ini, maka saya membuat pemerhatian pada setiap hari khamis selama empat

minggu berturut-turut.

2.4 Analisis Tinjauan Masalah

Bermula pada 31 Januari 2013, saya telah menjalankan tinjauan masalah

terhadap pelajar Tahun 5 Bestari. Ianya bagi mengenal pasti murid-murid yang

menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran meleret bola menggunakan kaki

bukan dominan. Setelah data-data awal ini diperoleh, saya akan mula melakukan

analisis terhadap tinjauan tersebut.

10

Page 11: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

2.4.1 Kebolehtadbiran

Dari segi kebolehtadbiran, masalah ini mampu ditadbir kerana ianya bukan

satu masalah yang besar yang tiada jalan penyelesaian. Responden juga mudah

didapati kerana mereka adalah murid di sekolah di mana saya menjalankan

praktikum fasa III dan internship saya. Selain itu, kajian ini mampu diuruskan

dengan baik kerana pemilihan tajuk amat bersesuaian dengan apa yang dipelajari

oleh murid. Murid-murid juga mudah dalam memberikan kerjasama kerana

kemahiran yang dijalankan sesuai dengan tahap kemampuan mereka. Oleh yang

demikian, saya yakin kajian ini akan dapat ditadbir dan diuruskan dengan baik dan

sebagaimana yang dirancang.

2.4.2 Kepentingan

Kajian ini sangat penting kerana ia dapat membantu murid meningkatkan

penguasaan dalam kemahiran menghantar leret dengan kaki bukan dominan. Dengan

bantuan Kaedah Ansur Maju, murid akan dapat melihat bagaimana melakukan

kemahiran meleret dengan kaki bukan dominan langkah setiap langkah dengan

betul. Selain itu, kepentingan kajian ini kepada saya adalah saya akan dapat

membaiki amalan pengajaran saya. Selain itu, hasil daripada kajian ini akan dapat

menarik perhatian dan membantu guru khususnya guru Pendidikan Jasmani serta

memberi satu inovasi baru dalam bidang Pendidikan Jasmani. Pemahaman konsep

yang jelas adalah sangat penting supaya murid akan dapat menguasai kemahiran ini

dengan baik dan tidak melihat Pendidikan Jasmani sebagai sesuatu yang sukar dan

membosankan.

11

Page 12: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

2.4.3 Kebolehgunaan

Kajian ini akan boleh digunakan bagi meningkatkan penguasaan murid-murid

dalam meningkatkan kemahiran meleret bola menggunakan kaki bukan dominan.

Ianya juga dapat membantu murid memahami kemahiran mensasar bola dengan

tepat. Melalui bantuan Kaedah Ansur Maju, ia akan memudahkan murid

memantapkan kemahiran meleret bola dengan menggunakan kaki bukan dominan.

2.4.4 Kawalan

Kajian ini akan dijalankan di salah sebuah sekolah di Perlis. Responden kajian

ini terdiri daripada 5 orang murid tahun 5 Bestari yang terdiri daripada 5 orang

murid lelaki. Selain itu, kajian ini akan hanya memfokuskan kepada peningkatan

penguasaan murid dalam kemahiran meleret bola dengan menggunakan kaki bukan

dominan.

2.4.5 Kolaborasi

Kolaborasi merupakan satu elemen yang cukup penting dalam melakukan

sesuatu tugasan. Tanpa adanya kolaborasi, pastinya sesuatu kerja itu tidak lengkap

dan sempurna. Dalam merealisasikan kajian ini, saya akan dapat berkerjasama dengan

baik daripada cikgu sekolah saya iaitu Cik Yusriyati yang mengajar matapelajaran

Pendidikan Jasmani bagi 5 Bestari yang juga merupakan guru yang sering memberi

bimbingan kepada saya. Tajuk kajian ini juga dipilih atas cadangan daripada beliau.

Saya juga memilih tajuk bagi kajian ini kerana saya ingin memantapkan kemahiran

mereka dalam meleret bola menggunakan kaki bukan dominan.

12

Page 13: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

Selain itu, saya juga mendapatkan bantuan dan pendapat daripada pensyarah-

pensyarah Pendidikan Jasmani di IPG Kampus Perlis, rakan-rakan sekuliah serta

murid-murid lain bagi mendapatkan maklumat serta melakukan perbincangan agar

kajian saya ini akan berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang. Wujudnya

kolaborasi ini, maka maklumat yang akan diperolehi akan dapat membantu dalam

proses menyiapkan kertas cadangan kajian tindakan ini.

2.4.6 Kerelevanan

Kajian ini sangat relevan jika dijalankan kerana ianya dapat meningkatkan

penguasaan murid dalam kemahiran meleret bola menggunakan kaki bukan dominan

untuk murid Tahun 4, Tahun 5, dan murid Tahun 6. Penggunaan Kaedah Ansur

Maju mampu meningkatkan kemahiran murid malah menjadikan mereka lebih fokus

ketika bermain bola.

Kaedah Ansur Maju akan dapat menarik minat murid, terutamanya murid

yang lemah dalam mengunakan kaki bukan dominan. Ini kerana mereka tidak sedar

kegunaannya bukan semata-mata untuk meleret bola sahaja malah boleh digunakan

untuk mendapatkan sasaran yang tepat ke arah gol. Selain itu, hasil kajian ini akan

dapat meningkatkan minat murid untuk belajar kemahiran lain dalam Pendidikan

Jasmani dan menganggap Pendidikan Jasmnai itu suatu pelajaran yang

menyeronokkan.

13

Page 14: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menghantar leret

dalam kaki menggunakan kaki bukan dominan di dalam permainan bola sepak. Selain

itu, kajian ini bertujuan menyelesaikan masalah kebanyakan murid Tahun 5 lelaki

yang merupakan pemain bola sepak sekolah yang tidak menggunakan kaki yang

bukan dominan semasa melakukan kemahiran menghantar dalam permainan bola

sepak. Walaupun situasi memerlukan murid menggunakan kaki yang bukan dominan

untuk melakukan kemahiran menghantar tersebut.

Dengan menggunakan kaedah ansur maju ini diharapkan agar murid dapat

meningkatkan penguasaan kemahiran hantaran dalam kaki menggunakan kaki yang

bukan dominan dalam permainan bola sepak. Memang benar kaki dominan adalah

penting, tetapi ini bukan bermakna bahawa kaki yang bukan dominan boleh

diabaikan. Ini kerana di dalam situasi tertentu, penggunaan kaki bukan dominan

dalam kemahiran menghantar leret adalah lebih efisyen dari segi ruang, masa tindak

balas dan lain-lain jika keadaan memerlukan.

Dapatlah diringkaskan bahawa terdapat dua objektif dalam kajian ini iaitu:

i) Meningkatkan kemahiran meleret bola dengan menggunakan kaki bukan

dominan dengan bantuan Kaedah Ansur Maju.

ii) Meningkatkan minat murid dalam meleret bola dengan menggunakan kaki

bukan dominan dengan bantuan Kaedah Ansur Maju.

14

Page 15: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

3.1 Soalan Kajian

Dua persoalan akan dibina bagi membantu saya menjawab objektif kajian di atas

iaitu:

i) Sejauh manakah penggunaan bantuan Kaedah Ansur Maju meningkatkan

kemahiran murid dalam meleret bola menggunakan kaki bukan dominan?

ii) Sejauh manakah penggunaan sebagai Kaedah Ansur Maju dalam pengajaran

kemahiran meleret dapat membantu meningkatkan minat murid sewaktu

belajar?

Kajian ini juga merupakan usaha dalam memperbaiki amalan pengajaran

dalam diri saya sendiri di dalam kelas terhadap kemahiran meleret menggunakan kaki

bukan dominan.

15

Page 16: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini merupakan usaha penambahbaikan amalan P&P tentang kemahiran

meleret menggunakan kaki bukan dominan dengan mengggunakan Kaedah Ansur

Maju. Oleh yang demikian, responden yang dipilih merupakan murid-murid yang

tertentu sahaja. Responden kajian terdiri daripada murid Tahun 5 Wawasan, di salah

sebuah sekolah rendah di daerah Ledang, Johor.

Mengapa responden mesti berasal dari Muar? Hal ini demikian kerana maksud

kajian tindakan ialah kajian yang dilakukan oleh pengkaji yang mempunyai authority

ke atas responden Gall et. al (2003). Responden dalam kajian ini terdiri daripada lima

orang murid dari kelas tersebut yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki.

Selepas membuat analisis tinjauan masalah, seramai lima orang responden

telah terpilih. Mereka dipilih daripada kelemahan dalam kemahiran meleret

menggunakan kaki bukan dominan yang dijalankan pada awal kajian, melihat minat

dan pemerhatian tingkah laku semasa berada di padang. Bilangan responden yang

kecil membolehkan saya meneroka perkara yang diselidiki dengan lebih mendalam.

Jadi, dalam kajian ini, tumpuan yang mendalam lebih saya utamakan, bukannya

secara permukaan sahaja.

Kajian secara kualitatif perlu diberi fokus secara mendalam pada bilangan

sampel yang kecil serta dipilih bertujuan supaya mereka benar-benar kaya dengan

maklumat Patton (1990). Menurut Patton lagi, tiada satu peraturan bagi menentukan

saiz sampel dalam penyelidikan kualitatif. Saiz sampel bergantung kepada apa yang

hendak diperoleh, tujuan kajian, serta masa dan sumber yang sedia ada.

16

Page 17: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

4.1 Siapakah R1, R2, R3, R4 dan R5?

R1

Merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun. R1 adalah seorang

berbangsa Melayu. Memiliki susuk badan yang kurus dan ketinggian yang agak

rendah. Merupakan anak kedua dari empat orang adik beradik. Kerap berkhayal

sewaktu guru mengajar dan suka menganggu rakan sewaktu belajar. Prestasi

akademiknya juga pada tahap yang rendah.

R2

Merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun. R2 adalah berbangsa

Melayu. Memiliki susuk badan yang kurus dan ketinggian sederhana. Beliau seorang

yang manja kerana merupakan anak tunggal dalam keluarga. Sering memanggil guru

untuk mendapatkan perhatian. Agak aktif dan banyak bercakap. Fikiran dilihat

terawang-awang sewaktu guru menerangkan kemahiran. Prestasi akademiknya

sederhana rendah.

R3

Merupakan seorarang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun. R3 adalah

berbangsa Melayu. Memiliki susuk badan yang kurus dan ketinggian yang sederhana.

Merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Seorang kanak-kanak yang aktif di

dalam kelas. R3 kerap tidak hadir ke sekolah. Walau bagaimanapun, pencapaian

tidaklah berada pada tahap yang rendah. R3 berada pada tahap sederhana dalam

pencapaian akademiknya.

17

Page 18: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

R4

Merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun. R4 adalah berbangsa

Melayu. Memiliki susuk badan yang sederhana dan ketinggian yang sederhana.

Merupakan anak kacukan Melayu dan India. Beliau seorang yang tidak banyak

bercakap sewaktu di padang. Namun, sewaktu sesi pembelajaran, beliau kerap hilang

fokus dan hilang penerimaan terhadap sesuatu isi pelajaran / kemahiran. Agak lambat

berbanding rakan-rakan yang lain. Prestasi akdemiknya agak rendah.

R5

Merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun. R4 adalah berbangsa

Melayu. Memilik susuk badan yang besar dan ketinggian yang sederhana. Beliau

seorang yang banyak bercakap sewaktu di padang. Bersifat mencari peluang untuk

menonjolkan diri. Prestasi akademiknya agak rendah.

18

Page 19: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

5.0 PROSEDUR PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Prosedur Tindakan

Perancangan adalah sesuatu perkara yang penting bagi memastikan kelancaran

sesuatu aktiviti. Dalam pepatah Inggeris yang sering didengar mahupun tertulis di

dinding sekolah, “If you fail to plan, you plan to fail”.

i) Persiapan bilik darjah / padang

Menurut Nesamalar et. al (2005), guru yang efektif ialah seorang pengurus

yang efektif. Tambah beliau lagi, sebagai pengurus di dalam bilik darjah terdapat

beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah keadaan fizikal bilik

darjah dan tahap kebisingan. Keadaan fizikal ini termasuklah susun atur kedudukan

murid-murid.

Saya akan meletakkan kedudukan murid-murid secara berpasangan yang sama

tahap penguasaan kemahiran agar mereka mudah melakukan aktiviti bersama. Tidak

akan ada suatu pihak mendominasi pihak yang lain.

Selain itu, beberapa perancangan akan dilakukan untuk memastikan kajian ini

berjalan dengan lancar. Perancangan yang teliti mampu menjamin kelancaran kajian

dan mengatasi masalah yang mungkin timbul. Antara perancangan yang akan

dilakukan ialah :

I. Membuat pemerhatian keseluruhan semasa murid mempelajari kemahiran

bola sepak.

II. Menyediakan senarai semak mengenai tahap penguasaan murid dalam

menggunakan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak. (Ujian Pra)

19

Page 20: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

III. Mengenalpasti murid yang dikategorikan sebagai berpotensi tinggi dalam

menguasai kemahiran bola sepak untuk dijadikan sampel.

IV. Menjalankan kemahiran ansur maju bagi meningkatkan penggunaan kaki

bukan dominan murid dalam kemahiran hantaran leret.

V. Memulakan sesi pengajaran dan Pembelajaran (P&P) kemahiran hantaran

dengan menggunakan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak.

VI. Melakukan pemerhatian mendalam terhadap sampel melalui rakaman

video seterusnya mengambil data tahap perkembangan murid.

VII. Mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak 5 sebelah diantara tahun

4 dan tahun 5.

Kajian ini memfokuskan mengenai cara penggunaan kaki bukan dominan

sampel dalam permainan bola sepak. Langkah pertama yang akan dilakukan ialah

membuat pemerhatian keseluruhan semasa murid mempelajari kemahiran bola sepak.

Pemerhatian keseluruhan ini dijalankan selama seminggu bagi murid tahun 5 Bestari.

Dalam pemerhatian keseluruhan, saya akan mengenalpasti kaki bukan dominan

murid. Melalui pemerhatian ini saya akan mengkategorikan tahap penguasaan kaki

bukan dominan murid.

Ujian Pra akan dilakukan untuk menguji tahap awal subjek kajian di dalam

kemahiran menghantar leret dalam kaki bola sepak menggunakan kaki yang bukan

dominan sebelum menerima kaedah ansur maju. Ini kerana, saya akan dapat melihat

perbezaan hasil kemahiran selepas subjek kajian menerima kaedah ansur maju. Ujian

Pra ini akan dilakukan semasa minggu pertama intership. Di dalam Ujian Pra ini saya

akan membuat ujian berdasarkan beberapa tahap. Seperti jarak yang berbeza. Iaitu

20

Page 21: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

jarak yang semakin jauh sebanyak 3 peringkat. Subjek kajian akan ditanda ( O ) jika

gagal melepasi tahap itu manakala tanda ( / ) jika berjaya melepasi tahap tersebut.

Saya akan menyediakan senarai semak mengenai tahap penguasaan murid

dalam menggunakan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak. Ini meliputi

salah satu kemahiran yang terdapat dalam permainan bola sepak, iaitu kemahiran

hantaran leret. Setiap kemahiran dilihat dan dinilai dari segi beberapa aspek yang

perlu seperti posisi atau postur badan. Ini untuk menilai kedudukan badan murid

samada betul atau tidak. Selain itu, pandangan mata pada bola juga dilihat bagi

menentukan ketepatan arah bola. Kedudukan atau cara kontek bola juga perlu dinilai

dan ini menjadi salah satu item yang terdapat dalam senarai semak. Selepas hantaran,

kita perlu juga melihat fasa pemulihan atau ikut lajak murid. Segala yang terdapat

dalam senarai semak perlu dipatuhi dan dilakukan dengan baik secara terperinci dan

teratur. Ini penting dalam memperolehi data yang baik dan memudahkan dalam proses

analisis data.

Responden/ kemahiran

dikuasai

Postur badan yang seimbang

Mata memandang

bola

Kedudukan / cara kontek

bola yang betulIkut Lajak

R1

R2

R3

R4

R5

Senarai Semak (Ujian Pra)

21

Page 22: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

Prosedur kajian yang ketiga yang akan saya jalankan ialah, mengenalpasti

murid yang dikategorikan sebagai berpotensi tinggi dalam menguasai kemahiran bola

sepak untuk dijadikan sampel. Pemerhatian ini dikelaskan mengikut kebolehan murid

melakukan hantaran leret dengan baik menggunakan kaki bukan dominan mereka.

Terdapat hanya satu kemahiran yang akan difokuskan dalam kajian ini, iaitu

kemahiran hantaran leret. Murid dikehendaki melakukan kemahiran ini dengan kaki

dominan mereka sehinggalah guru memberi arahan menggunakan kaki bukan

dominan. Disini kita dapat lihat keadaan kelam kabut murid dimana perubahan

daripada kaki dominan kepada kaki bukan dominan.

Pada prosedur seterusnya, saya akan memulakan proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P). Pada P&P itu nanti, kemahiran hantaran leret hanya dilakukan

dengan menggunakan kaki bukan dominan sahaja. Strategi pengajaran yang dilakukan

adalah dengan menggunakan kaedah ansur maju dan demonstrasi. Kaedah ansur maju

adalah dari mudah kesukar dan dari rendah ketinggi tahap latihan yang diberikan.

i. Kaedah Ansur Maju

Ansur maju amat penting dalam membentuk teknik perlakuan tendangan leret

bukan kaki dominan untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian

dalam kaki yang betul di kalangan murid-murid ini. Ansur maju ini akan membentuk

perlakuan yang betul seperti di bawah :

Kedudukan badan dalam keadaan bersedia. Letakkan kaki sokongan di

sisi bola.

Badan hampir lurus. Mata memandang bola.

22

Page 23: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan

sedikit ke hadapan. Kaki sokongan dibongkokkan sikit.

Tendang di bahagian tengah bola.

Pastikan bahagian dalam kaki dan bahagian bawah lutut membentuk

huruf ‘L’ sehingga 45 darjah.

Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Contoh ansur maju yang akan digunakan adalah :

i. Menghantar leret dalam kaki menggunakan kaki bukan dominan sejauh 5

meter.

ii. Menghantar leret dalam kaki menggunakan kaki bukan dominan sejauh 7

meter.

iii. Menghantar leret dalam kaki menggunakan kaki bukan dominan sejauh 10

meter

Kaedah kedua iaitu demonstrasi, guru melakukan kemahiran dan diperhatikan oleh

murid, kemudian murid melakukan kemahiran tersebut.

ii. Demonstrasi guru

Dalam langkah ini, guru akan menjadi pemudahcara dalam semua aktiviti dengan

menjadi penunjuk cara sebelum murid melakukan sebarang perlakuan teknik yang

dikehendaki. Guru terlebih dahulu akan menunjukkan cara tendangan leret bukan kaki

dominan untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki

secara statik menggunakan teknik ‘L’ sebelum bergerak kepada perlakuan yang

dinamik dan bergerak. Sebelum melakukan sebarang demonstrasi, adalah menjadi

tanggungjawab guru untuk memahirkan diri dengan perlakuan yang hendak diajar

23

Page 24: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

kepada murid. Namun, guru boleh meminta murid menjadi penunjuk cara seandainya

perlakuan tersebut mudah difahami oleh murid.

Bagi mengukuhkan lagi atau mendapat ketepatan data, saya melakukan

prosedur seterusnya iaitu dengan merakam setiap kemahiran yang telah dilakukan

oleh murid bagi memastikan data yang saya perolehi menepati kriteria yang saya

perlukan dalam pemerhatian yang telah dilakukan. Melalui rakaman video, saya dapat

melihat dengan lebih terperinci mengenai setiap kebolehan dan kemajuan murid.

Rakaman video ini saya lakukan pada setiap kali waktu pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Jasmani tahun 5 Wawasan. Dengan adanya rakaman, saya dapat melihat

perkara-perkara yang saya terlepas pandang, mengamati setiap perlakuaan sampel dan

memudahkan data untuk direkodkan.

Ujian

Ujian ini adalah ujian untuk melihat sejauh mana perkembangan hasil menghantar

leret dalam kaki bola sepak menggunakan kaki yang bukan dominan daripada kaedah

ansur maju yang dilakukan. Ujian ini akan dilakukan setelah seminggu proses

merawat menggunakan kaedah ansur maju tersebut. Selepas ujian ini dijalankan, saya

akan menganalisis maklumat yang diperoleh untuk melihat perkembangan dari segi

kemahiran oleh subjek kajian daripada Ujian Pra sehingga seminggu. Selepas

dianalisis, kaedah ansur maju akan dilakukan semula bagi meningkatkan kemahiran

menghantar leret dalam kaki bola sepak dengan menggunakan kaki yang bukan

dominan.

24

Page 25: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

Kaedah Ansur Maju / Latih Tubi

Kaedah ansur maju atau latih tubi ini dilakukan selepas seminggu apabila ujian telah

selesai dijalankan responden. Kaedah ansur maju atau latih tubi ini dilakukan

sebanyak 4 fasa dan dilakukan dalam jangka masa seminggu. Tujuan kaedah ansur

maju ini dijalankan adalah kerana ingin meningkatkan lagi kemahiran menghantar

leret dalam kaki bola sepak menggunakan kaki yang bukan dominan.

Latih Tubi

Latih Tubi 1

1- Susunan murid adalah dalam bentuk bulatan.

2- Pengumpan di tengah bulatan menghantar bola kepada murid yang lain.

3- Bola dileretkan kepada rakan secara terkawal.

4- Ulang latihan sehingga kemahiran dikuasai.

25

Page 26: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

Latih Tubi 2

1- Murid X menghantar bola kepada murid Y melalui 2 kon.

2- Murid Y akan menghantar bola kepada murid X yang kedua untuk

meneruskan latihan,

3- Selepas menghantar bola, pemain bertukar tempat.

Latih Tubi 3

1- Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki

dengan menggunakan bola secara individu ke arah kon yang diletakkan

dalam satah lurus.

2- Jarak di ubah 3 meter, 5 meter dan 7 meter.

Latih Tubi 4

1- Permainan bersyarat, murid akan diberikan permainan bersyarat selang 1

minggu latihan.

2- Ia bagi, menilai tahap penguasaan murid terhadap penggunaan kaki bukan

dominan.

26

Page 27: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

Ujian Pasca

Ujian Pasca ini adalah ujian terakhir kepada subjek kajian yang dilakukan

pengkaji di dalam kajian ini untuk menilai sama ada kaedah ansur maju dapat

meningkatkan kemahiran hantaran leret dalam kaki bola sepak menggunakan kaki

yang bukan dominan. Ujian ini akan dilakukan sesudah tempoh merawat responden

menggunakan kaedah ansur maju selama 2 minggu tamat. Ujian ini akan dilakukan

pada minggu keempat intership di sekolah. Subjek kajian akan dinilai kemahirannya

berdasarkan tahap-tahap yang telah ditetapkan oleh pengkaji dalam kajian ini. Murid

yang berjaya melepasi sesuatu tahap itu akan ditanda dengan tanda ( / ). Manakala

yang gagal melepasi sesuatu tahap itu akan ditanda dengan tanda ( O ).

27

Page 28: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

6.0 CARA MENGUMPUL DATA

Dalam kajian ini, saya akan memilih empat instrumen untuk dijadikan alat

mengumpul data yang diperlukan daripada responden iaitu (a) pemerhatian (b) borang

skor, (c)Soal Selidik, (d) Rakaman Imej. Data yang dikumpulkan adalah berbentuk

kualitatif dan kuantitatif. Namun, kajian ini akan lebih berfokuskan pada penyelidikan

kualitatif. Ini kerana data kualitatif boleh menghuraikan huraian yang jelas dan

penjelasan yang menunjukkan aliran kronologis peristiwa serta selalu memberikan

penemuan yang lebih baik. Menurut Miles dan Huberman (1994), kajian kualitatif

mempunyai kualiti yang ‘tidak dapat dinafikan’ kerana mempunyai perkataan konkrit

lebih dari satu dan dengan jelas lebih meyakinkan pembaca.

i. Pemerhatian

Pemerhatian yang dilaksanakan merupakan satu proses untuk mewujudkan

triangulasi bersama-sama dengan temu bual dan analisis dokumen Borich (1994);

Best & Khan (1998). Terdapat dua jenis pemerhatian iaitu pemerhatian berstruktur

dan pemerhatian tidak berstruktur Van Dalen & Mayer (1973) dan Mohd majid

(1990).

Pemerhatian tidak berstruktur dilakukan dengan melihat perkembangan subjek

kajian dan merekod menggunakan nota lapangan sebagai rekod pencapaian subjek

kajian secara harian. Guru akan membuat pemerhatian dengan menggunakan rakaman

video terhadap penguasaan kemahiran oleh murid semasa guru mengajar kemahiran

untuk setiap sesi. Guru akan membuat analisis berdasarkan rakaman video tersebut.

Guru juga akan meminta bantuan daripada guru lain yang mempunyai kemahiran dan

pengetahuan dalam bola sepak untuk turut sama membuat pemerhatian terhadap

pengajaran guru.

28

Page 29: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

SKOR CIRI - CIRI

Baik - Melakukan kemahiran asas dalam permainan dengan teknik dan postur yang baik.

Sederhana - Melakukan kemahiran asas dalam permainan dengan teknik dan postur yang kurang baik.

Lemah - Melakukan kemahiran asas dalam permainan dengan teknik dan postur yang tidak betul.

ii. Borang skor

Berdasarkan pemerhatian, guru akan membuat borang skor bagi mengukuhkan

lagi pemerhatian yang dibuat. Borang skor itu akan mengandungi aspek-aspek yang

akan dinilai oleh guru dalam tindakannya.

NAMA MURID KEDUDUKAN KETIKA BERDIRI

TEKNIK MENYEPAK BOLA

KETEPATAN SASARAN

R1

R2

R3

R4

R5

Rajah 1 : Borang skor penilaian perkembangan murid.

29

Page 30: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

iii. Soal Selidik

Soal selidik ini akan mengandungi dua konstruk iaitu berkaitan kemahiran asas

membuat hantaran leret. Membuat hantaran leret mengunakan kaki dominan dengan

membuat hantaran leret kaki bukan dominan. Ianya akan terdiri daripada enam item

iaitu tiga item menguji kemahiran meleret menggunakan kaki dominan dan tiga item

lagi mengunakan kaki bukan dominan.

Saya juga akan menggunakan item-item yang bersifat positif dan bersifat

negatif. Ini bermakna, akan terdapat item berbentuk positif dan negatif dalam

instrument yang digunakan. Saya akan memilih dua item positif dan satu item negatif

bagi setiap konstruk. Menurut Hashim Harun (1997), pembahagian item-item positif

dan negatif mestilah seimbang atau hampir seimbang. Dengan cara ini, responden

akan diberi peluang yang lebih luas untuk menyatakan darjah perasaan mereka

dengan lebih selesa dan tidak berat kepada sebelah pihak positif atau negatif.

Proses soal selidik ini akan dijalankan pada sebelum proses P&P dilakukan.

Soal selidik yang ingin dibuat ialah apakah respons dan reaksi sampel sebelum

menggunakan kaki bukan dominan mereka. Soal Selidik ini melibatkan semua sampel

dan seterusnya mengenal pasti sampel yang langsung tidak dapat menggunakan kaki

bukan dominannya dengan baik. Selepas mengenal pasti guru akan membuat

persampelan kajian. Setiap pemerhatian akan dibuat refleksi dan membuat catatan di

dalam buku khas supaya pemerhatian dapat diingat kembali.

30

Page 31: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

iv. Rakaman Imej

Guru akan menggunakan kaedah ini sebagai alternatif kepada rakaman video

yang dibuat semasa pemerhatian. Fotografi atau rakaman imej akan menjadi salah

satu bukti yang kukuh untuk mengesan peningkatan penguasaan yang dilakukan oleh

murid. Teknik Rakaman imej ini juga sebagai salah satu pelan kontigensi sekiranya

video yang dirakam tidak dapat dianalisis atas sebab-sebab yang tidak dapat

dielakkan.

7.0 PERANCANGAN MENGANALISIS DATA

Data-data dan maklumat-maklumat hasil daripada dapatan kajian akan disimpan dan

direkodkan oleh saya. Data-data dan maklumat-maklumat ini juga akan dianalisis

menggunakan perisian Microsft Word 2007, Microsoft Excel 2007 dan SSPS

Statistics 17.0. Saya akan menterjemahkan data-data dan maklumat-maklumat dalam

bentuk jadual, graf dan juga carta. Selain itu, data-data dan maklumat-maklumat akan

direkodkan dalam bentuk bilangan dan peratusan.

8.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

Bagi memastikan kajian ini dapat dijalankan dengan lancar serta bersistematik,

saya akan menjalankan kajian ini berdasarkan perancangan yang telah diringkaskan di

dalam Jadual Pelaksanaan Kajian berikut :-

8.1 Jadual Pelaksanaan

Bil Aktiviti Tarikh pelaksanaan

Catatan

1 Taklimat kajian tindakan 4 Feb 2013 Dikendalikan oleh pensyarah dari jabatan Pendidikan Jasmani

31

Page 32: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

2 Mencari cadangan isu dan masalah yang ingin

dikaji

6 Feb 2013 Mendapatkan pandangan daripada Encik Suhaimi sebagai pensyarah bimbingan

3 Mencari bahan kajian literatur di perpustakaan

IPG KPM

Feb, Mac, April 2013

Mencari waktu terluang selepas tamat sesi persekolahan semasa berpraktikum.

4 Menulis refleksi pengajaran tentang tajuk

kajian

20 Feb 2013 Analisis kekuatan, kelemahan guru dan murid serta kesalahan yang dilakukan

oleh murid.

5 Mencari kajian literatur berkaitan tajuk

kemahiran hantaran leret

22 Feb 2013 Bahan diperoleh di perpustakaan daerah Muar

6 Menulis fokus kajian 23 Feb 2013 Isi fokus kajian

7 Merancang kumpulan sasaran

25 Feb 2013 Melihat data-data yang boleh menyokong kepada pemilihan responden.

8 Menunjukkkan draf pada pensyarah pembimbing

26 Feb 2013 Perbaiki kelemahan yang ada

9 Merancang instrumen tinjauan masalah

27 Feb 2013 Instrumen yang digunakan:- Analisis dokumen- Pemerhatian

10 Melakukan pemerhatian pertama- kekerapan

murid cepat berasa letih

28 Feb 2013 Guru mencatit nama murid yang tidak hadir dan murid yang cepat berasa letih.

11 Melakukan pemerhatian kedua- kekerapan murid

cepat berasa letih

7 Mac 2013 Guru mencatit nama murid yang tidak hadir dan murid yang cepat berasa letih.

12 Melakukan pemerhatian ketiga- kekerapan murid

cepat berasa letih

14 Mac 2012 Guru mencatit nama murid yang tidak hadir dan murid yang cepat berasa letih.

13 Menganalisis rekod kehadiran murid

14 Mac 2013 Kehadiran Jan-Mac 2013

14 Melakukan pemerhatian keempat- kekerapan

murid cepat berasa letih

15 Mac 2013 Guru mencatit nama murid yang tidak hadir dan murid yang cepat berasa letih.

15 Membina instrumen untuk menguji

keberkesanan masalah yang diuji

16 Mac 2013 Instrumen-Pemerhatian (borang senarai semak)

-Temu bual (protokol temu bual) -Analisis dokumen (lembaran kerja) -Ujian Pra -Ujian Pasca

16 Membuat anggaran kos kajian

17 Mac 2013 Anggaran terhadap bahan yang akan digunakan

17 Menunjukkan draf kepada Encik Suhaimi

18 Mac 2013 Semakan oleh pensyarah pembimbing. Baiki kelemahan yang ada.

18 Menghantar proposal 1 April 2013 Binding proposal

32

Page 33: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Tugasan

Tempoh Masa (Minggu)

Februari Mac April

Mengenal pasti

masalah

Pengumpulan

data tinjauan

awal

Menentukan

objektif /

soalan kajian

Merancang

tindakan

Menulis

proposal

kajian

8.2 Anggaran kos kajian

33

Page 34: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

Kos kajian ini adalah jumlah perbelanjaan keseluruhan yang digunakan oleh saya

sepanjang kajian ini dijalankan. Ini termasuklah pemerhatian dan kertas cadangan

mengenai kajian ini sebelum kajian ini bermula, semasa kajian dijalankan dan selepas

kajian dijalankan. Kos kajian ini hanya anggaran perbelanjaan yang digunakan saya

sahaja. Jadual 1 dibawah adalah anggaran kos kajian yang diperlukan oleh pengkaji.

Berikut merupakan bahan-bahan yng akan digunakan dalam kajian ini:

BIL JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA SEUNIT

JUMLAH KOS

1 Kertas A4 1 rim x RM 11.00 RM 11.00

2 Marker pen 3 set x RM 5.00 RM 15.00

3 Dakwat printer 2 x RM 10.00 RM 20.00

4 Fotostat bahan RM 35.00 RM 35.00

5 Buku catatan 1 x RM 2.00 RM 2.00

8 Alat tulis RM 5.00 RM 5.00

Jumlah RM 88.00

9.0 TINJAUAN LITERATUR

34

Page 35: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

Armstrong, T. (1994). Multiple Intelligences in the Classroom. Alexandria, Va. : Association

for Supervision and Curriculum Development.

Bahagian Pendidikan Guru (1999). Halatuju Latihan Guru Perancangan Strategik dan

Rangka Pelan Perspektif Pembangunan Maktab Perguruan Tahun 2000-2010. Unit Dasar,

Perancangan dan Pembangunan, BPG, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Best J.W. & Khan J.V. (1998). Research in Education (8th ed). Needham Heights: Allyn and

Bacon.

Borich, G. (1994). Introduction to research methods (4th ed). Frenchs Forest, N.S.W. :

Pearson Education.

Burns R.B. (2000). Introduction to research methods (4th ed.). Frenchs Forest, N.S.W.:

Pearson Education.

Bogdan, R. C & Biklen, S. K. (2003). Qualitative Research for Education: An introduction to

Theories and Methods (4th ed.). New York: Pearson Education group.

Chang A.S. (1990). Streaming and Learning Behavior, Paper presented at the Annual

Convention of the International Council of Psychologists. Tokyo, Japan (ERIC Reproduction

Service No. ED 324092)

Chua Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

Dwyer E.E. (1993). Attitude scale construction: A review of the literature. Morristown, TN:

Walters State Community College (ERIC Document Reproduction Service No. ED 359201)

Fitt, A. B. (1990). An Experimental Study of Children’s Attitude to School in Auckland, New

Zealand. British Journal of Psychology 57, him 25-30.

Gall M.D, Gall J.P & Borg W.R (2003). Educational Research : An Introduction 7th Edition.

Boston. Pearson Education Inc

Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Piaget, J. (1952). The origins of intelligence in children. New York. Norton. Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2001. Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur.

PPK

35

Page 36: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

Reys R. et. al (2009). Helping children learn mathematics (9th edition). New Yourk: John

Wiley & Sons.

Van Dalen D. B. & Meyer W. J. (1973). Understanding educational research. New York:

McGraw-Hill Book Company

LAMPIRAN

36

Page 37: kertas cadangan

Kertas Cadangan Penyelidikan Tindakan 2014

LAMPIRAN A

Soalan temubual bersama guru Pendidikan Jasmani.

1. Bagaimanakah prestasi murid-murid semasa aktiviti Pendidikan Jasmani?

2. Bagaimana dengan penguasaan murid-murid dalam aktiviti Pendidikan Jasmani?

3. Apakah pendapat cikgu mengenai kaedah yang biasa digunakan bagi kemahiran meleret

menggunakan kaki bukan dominan?

4. Adakah cikgu mempunyai cara-cara yang lain supaya murid dapat meleret bola menggunakan

kaki bukan dominan dengan betul?

5. Adakah murid memberi sepenuh perhatian ketika di dalam kelas sewaktu kemahiran ini

diajar?

Soalan temubual bersama murid semasa minggu pertama.

1. Adakah anda meminati mata pelajaran Pendidikan Jasmani? Mengapa?

2. Adakah meleret menggunakan kaki bukan dominan menyukarkan pergerakan? Mengapa?

Soalan temubual bersama murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan Kaedah Ansur Maju.

1. Adakah anda memahami langkah bagi kemahiran meleret menggunakan kaki menggunakan

kaki bukan dominan setelah menggunakan kaedah ansur maju?

2. Apakah perasaan anda selepas menggunakan kaedah ini? Mengapa?

3. Apakah perasaan anda belajar meleret menggunakan kaki bukan dominan menggunakan

kaedah ansur maju? Mengapa?

4. Adakah kamu dapat menumpukan perhatian yang lebih sewaktu guru mengajar menggunakan

kaedah ini?

37