kbkk assigment

6
PEMBELAJARAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif membawa maksud belajar bersama-sama dalam kumpulan kecil untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 – 4 orang ahli. Kumpulan yang mengandungi 4 orang ahli adalah yang paling sesuai. Ciri yang paling penting dalam pembelajaran ini adalah kejayaan ahli-ahli kumpulan bergantung antara satu sama lain. Ahli-ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi setiap ahli dalam kumpulannya. Banyak kajian mendapati pembelajaran koperatif mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah dapat meningkatkan potensi pelajar dari segi pencapaian akademik kepekaan positif kepada kepelbagaian, dan Pemantapan kemahiran sosial. Pembelajaran koperatif berbeza daripada kerja kumpulan kerana ia mempunyai beberapa prinsip asas. Prinsip pertama ialah saling bergantungan positif (Positive Interdependence). Setiap pelajar mesti merasa nasib mereka adalah serupa dan saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat kumpulan. Setiap orang mesti mengambil berat tentang diri sendiri dan juga rakan lain dalam kumpulan dalam mencapai kejayaan. Terdapat beberapa cara untuk menstruktur saling bergantungan positif. Antaranya ialah:

Upload: tinagaran-magisparan

Post on 25-Jun-2015

1.001 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kbkk assigment

PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif membawa maksud belajar bersama-sama dalam

kumpulan kecil untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap kumpulan terdiri daripada 2 –

4 orang ahli. Kumpulan yang mengandungi 4 orang ahli adalah yang paling sesuai. Ciri

yang paling penting dalam pembelajaran ini adalah kejayaan ahli-ahli kumpulan

bergantung antara satu sama lain. Ahli-ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai

tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi setiap

ahli dalam kumpulannya.

Banyak kajian mendapati pembelajaran koperatif mempunyai banyak kelebihan,

antaranya ialah dapat meningkatkan potensi pelajar dari segi pencapaian akademik

kepekaan positif kepada kepelbagaian, dan Pemantapan kemahiran sosial.

Pembelajaran koperatif berbeza daripada kerja kumpulan kerana ia mempunyai

beberapa prinsip asas. Prinsip pertama ialah saling bergantungan positif (Positive

Interdependence). Setiap pelajar mesti merasa nasib mereka adalah serupa dan saling

bergantung antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat kumpulan. Setiap

orang mesti mengambil berat tentang diri sendiri dan juga rakan lain dalam kumpulan

dalam mencapai kejayaan. Terdapat beberapa cara untuk menstruktur saling

bergantungan positif. Antaranya ialah:

i)Tetapkan matlamat kumpulan yang jelas.

ii)Berikan ganjaran kepada ahli-ahli kumpulan.

iii)Bahagikan bahan sumber di antara ahli-ahli kumpulan.

iv)Berikan peranan sampingan kepada ahli-ahli kumpulan.

Prinsip kedua ialah interaksi Bersemuka (Face To Face Interaction ). Ahli-ahli

kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di antara satu sama lain. Corak

interaksi di antara ahli-ahli kumpulan akibat daripada saling pergantungan positif yang

telah distrukturkan akan menggalakkan pembelajaran setiap ahli. Ini bermakna

sebanyak mungkin peluang dan masa perlu diberikan kepada pelajar-pelajar untuk

Page 2: Kbkk assigment

berinteraksi dalam kumpulan supaya mereka membantu, menggalak, dan seterusnya

meningkatkan usaha di antara satu sama lain bagi mencapai tahap pembelajaran yang

maksimum.

Prinsip ketiga pula ialah akauntibiliti Individu ( Individual Accountability). Setiap

ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar. Kumpulan koperatif bukanlah

hanya digunakan untuk mencapai matlamat kumpulan sahaja, tetapi juga bertujuan

memastikan bahawa setiap ahli kumpulan akan menjadi individu yang berkebolehan. Ini

bermakna setelah menyiapkan sesuatu tugasan kumpulan secara koperatif, setiap ahli

kumpulan mesti berjaya menyiapkan tugasan yang berserupa secara bersendirian.

Cara menstruktur akauntibiliti individu ialah:

i)Memberi ujian individu kepada semua pelajar.

ii)Memilih secara rawak salah seorang daripada ahli untuk menerangkan

jawapan kumpulan.

iii)Memilih secara rawak satu salinan laporan daripada ahli-ahli kumpulan untuk

digredkan.

Penglibatan saksama merupakan pinsip keempat. Kemahiran-kemahiran

koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan individu lain tidak wujud secara

automatik apabila ia diperlukan. Ahli-ahli setiap kumpulan mesti diajar dan juga

didorong untuk menggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk

mewujudkan kumpulan yang produktif.

Contoh-contoh kemahiran koperatif ialah:

i)Mengikut giliran untuk membuat kerja.

ii)Memberi galakan kepada kumpulan.

iii)Mendengar dengan teliti.

iv)Menerangkan pendapat sendiri dengan jelas.

v)Mengkritik idea tanpa mengkritik orang yang memberi idea.

Page 3: Kbkk assigment

Prinsip kelima ialah pemprosesan Kumpulan ( Group Processing ). Ia juga

dikenali sebagai membuat refleksi. Proses interaksi dalam kumpulan membolehkan

pergantungan dan penyelesaian masalah antara ahli kumpulan dijalankan dengan

berkesan. Ini dapat dilihat di akhir perbincangan atau aktiviti pengajaran. Perlakuan

yang baik harus diamalkan manakala kelemahan dalam kumpulan harus diperbaiki

pada pengajaran yang akan datang. Proses ini memadai jika dilakukan sekali-sekala.

Seterusnya kemahiran sosial merupakan prinsip ke-enam. Setiap ahli kumpulan

peulu mempunyai kemahiran sosial untuk membolehkan kumpulan koperatif berjalan

dengan jayanya. Kagan (91992) menghujahkan kepentingan kemahiran social.

Antaranya ialah lebih ramai pelajar lepasan sekolah yang gagal memperolehi kerja

pertama kerana kekurangan kemahiran sosial daripada pelajar yang kekurangan

kemahiran teknikal, pemerolehan kemahiran sosial adalah penting dalam kejayaan

hidup hari ini, dan pelajar bukan sahaja perlu boleh menyelesaikan masalah, mereka

juga perlu kemahiran sosial untuk pergi bekerja di tempat di mana saling

kebergantungan dan kerja bersukan adalah amalan biasa.

Prinsip terakih ialah interaksi serentak (IS). IS berlaku bila mana bekerja atau

terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif mereka. Dalam kelas tradisional,

interaksi seperti perbincangan atau persembahan berlaku secara tersusun manakala

dalam kelas koperatif, perbincangan boleh berlaku dalam setiap kumpulan pada masa

yang sama. IS juga mempertingkatkan penglibatan aktif setiap murid dan

mempertingkatkan potensi belajar setiap pelajar.

Setiap prinsip dalam pembelajaran koperatif model Kagan boleh dicapai

menerusi salah satu daripada beberapa kemahiran. Antaranya ialah Think-

Pair-Share, Round Robin, Persemukaan (Trade a Problem), dan dengan

Pembahagian tugas (Assigning Roles).

Page 4: Kbkk assigment

Kemahiran pertama ialah Think-Pair-Share. Dalam kemahiran ini

pelajar akan diberi satu soalan dan diberi masa untuk memikirkan jawapannya

secara bersendirian untuk jangkamasa tertentu. Kemudian, secara

berpasangan, mereka akan membandingkan jawapan-jawapan mereka dan

mempersembahkannya di dalam kelas.

Round Robin merupakan kemahiran kedua. Di dalam struktur ini, setiap

pelajar memberikan idea setiap kali sampai giliran mereka. Kemahiran ketiga

ialah persemukaan (Trade a Problem). Di dalam struktur ini, setiap pasukan

memerlukan satu set soalan yang ditulis pada kad. Sebelah depan kad yang

mengandungi soalan dilabelkan sebagai “S” dan bahagian belakang kad yang

mengandungi jawapan dilabelkan sebagai “J”. Ahli kumpulan A akan

menayangkan “J” apabila tiada jawapan tepat yang diterima dari kumpulan B.

Kemahiran terakhir ialah pembahagian tugas (Assigning Roles). Di dalam

struktur ini, setiap ahli diberikan peranan masing-masing, contohnya, pencatat idea,

memanjangkan idea kumpulan kepada kumpulan lain dan sebagainya.

Pembelajaran koperatif menyediakan gelanggang bagi pelajar mengalami dan

membina realiti hidup dalam era sains dan teknologi yang pesat berkembang. Di

samping membentuk ‘independent thinkers’, pembelajaran koperatif juga berusaha ke

arah membentuk kemahiran berinteraksi, hormat-menghormati dan berkomunikasi

secara positif dalam masyarakat.