folio sivik tingkatan 2

7
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAGAN SERAI , PERAK . B6D E NAMA : SOTHESAN A/L PUBALAN KELAS : 2 AMANAH MATAPELAJARAN : pendidikan sivik dan kewarganegaraan NAMA GURU : en sharum nyijam

Upload: raamakrishnan-manokheran

Post on 05-Nov-2015

93 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sangat berguna kepada murid tingkatan 2

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAGAN SERAI , PERAK .

B6D E NAMA : SOTHESAN A/L PUBALAN

KELAS : 2 AMANAH

MATAPELAJARAN : pendidikan sivik dan kewarganegaraan

NAMA GURU : en sharum nyijam

kandunganmukasurat

TEMA1

KASIH SAYANG SESAMA KELUARGA2

TANGGUNGJAWAB HIDUP BERKELUARGA3

HORMATI DAN HARGAI KELUARGA4

TERIMA KASIH5

TEMA 2 :

HUBUNGAN KEKELUARGAAN

UNIT 2 : PERPADUAN DALAM KELUARGAAKTIVITI :2C PERPADUAN DALAM KELUARGA

2D TANGGUNGJAWAB HIDUP BERKELUARGA2F HORMATI DAN HARGAI KELUARGA

KASIH SAYANG SESAMA KELUARGA

Kasih sayang memainkan pengaruh besar dalam kehidupan seseorang. Ia menjadi sebahagian daripada keperluan psikologi manusia. Sebenarnyakasih sayang merupakan satu cetusan emosi terhadap sesuatu atau seseorang. Ia melibatkan suasana, sikap dan harapan seseorang terhadap seseorang atau sesuatu yang lain.

Kasih sayang sekeluarga yang dimaksudkan ialah kasih sayang sejati daripada ibu bapa kepada anak-anak, kasih sayang anak-anak kepada ibu bapa, kasih sayang sesama adik beradik, saudara mara dan kepada sahabat.Kasih sayang dapat dilahirkan melalui tingkah laku, perhatian, pengorbanan dan persefahaman. Kasih sayang yang sejati dan iklas akan mewujudkan rasa tanggungjawab dan perasaan hormat terhadap orang yang dikasihi.

Kasih sayang akan bersemadi jika dicurahkan atas dasarpenghormatan kerana tanpa penghormatan akan wujud ketidakseimbangan dan ketidakselesaan dalam perhubungan seperti akan berlaku konflik dan ketegangan. Selain itu kasih sayang akan bertambah kuat jika terdapat persamaan nilaiyang dipegang kerana semakin serupa nilai hidup seseorang itu maka semakin mudah dan kuat sesuatu perhubungan dapat dijalinkan. Kasih sayang sebenarnya bertujuan untuk mengeratkan perhubungan diantara satu sama lain, supaya wujud kebahagiaan dan kemesraan.

TANGGUNGJAWAB HIDUP BERKELUARGA

Tanggungjawab ayah ialah:

i) mencari nafkah dan menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggalii) memberi perlindunganiii) memberi pendidikan

Tanggungjawab ibu ialah:

i) menjaga kebajikan keluarga seperti menyediakan makanan, mengemas rumah, memberi kasih sayangii) memberi pendidikan dan pengetahuaniii) membantu ayah menguruskan rumah tangga

Tanggungjawab anak ialah:

i) mematuhi segala arahan dan perintah ibu bapaii) menghormati dan menghargai ibu bapaiii) belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa ibu bapa

HORMATI DAN HARGAI KELUARGa

Kita seharusnya mengamalkan tingkah laku sopan dalam keluarga. Ia penting kerana:

i) dapat mewujudkan iklim keluarga yang harmoni.ii) disayangi oleh semua ahli keluarga.iii) mengelakkan pertelingkahan di dalam keluarga.iv) mewujudkan budaya hormat-menghormati di dalam keluarga.

Kita boleh mengamalkan tingkah laku sopan melalui perkataan, perbuatan dan tingkah laku.Antaranya ialah:

i) menggunakan kata-kata yang sopan ketika berinteraksi dengan anggota keluarga.ii) tidak menyampuk atau mencelah ketika anggota keluarga yang lain sedang berbual.iii) tidak menggunakan kekerasan dengan anggota keluarga yang lebih muda.iv) menggunakan nada suara yang lembut dengan ibu bapa atau anggota keluarga yang lebih tua.v) ketika berjalan melintasi ibu bapa hendaklah menundukkan kepala dan membongkokkan badan sedikit sebagai tanda hormat.

Jika kita tidak mengamalkan tingkah laku sopan dalam keluarga, kita akan:

i) dibenci oleh keluargaii) dipulaukan ahli keluargaiii) tidak mendapat kasih sayang daripada ahli keluarga

TERIMAKASIH