edu

18
No. Kod :EDU3105 BAHAGIAN B ( 40 markah ) Jawab semua soalan. 1. a Nyatakan fungsi media pengajaran dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran . i _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ ii _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ [4 markah] b Torkelson (1972) membahagikan media kepada tiga komponen. Huraikan setiap komponen berkenaan dari segi kepentingannya i_______________________________________________________________ _______________________________________________________________ ii______________________________________________________________ _______________________________________________________________ iii______________________________________________________________ _______________________________________________________________ [ 6 markah] 1 SULIT

Upload: ilavarsi

Post on 04-Nov-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tugasan

TRANSCRIPT

No. Kod :EDU3105BAHAGIAN B( 40 markah )Jawab semua soalan.aNyatakan fungsi media pengajaran dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran.i

ii

[4 markah]bTorkelson (1972) membahagikan media kepada tiga komponen. Huraikansetiap komponen berkenaan dari segi kepentingannya

i

ii

iii

[ 6 markah]

aJelaskan fungsi bagi setiap filem berikut merujuk kepada pernyataan ISO yang dinyatakan.

i Filem ISO 100

ii.Filem ISO 600

[4 markah]

bHuraikan kesesuaian situasi penggunaan jenis lensa berikut

iLensa bidang luas (Wide Angle Lens)

iiLensa biasa (Standard/Normal Lens)

iiiLensa Foto Jauh (Telefoto Lens)

[6 markah]aDalam menghasilkan persembahan satu klip video, jenis-jenis syot berikutboleh digunapakai. Huraikan perbezaan jenis-jenis syot tersebut dan beri satu contoh penggunaannya dalam penggambaran video pendidikan.

iSyot jauh

iiSyot sederhana

iiiSyot rapat

[6 markah]

bCadangkan bagaimana skrip lakonan dapat menghasilkan penerbitan klip video yang bermutu.

i

Ii

[4 markah]

aHak cipta terpelihara adalah satu perundangan istimewa yang bertujuan melindungi pencipta dan ciptaannya. Jelaskan mengenai jenis hak berkenaan dan keistimewaannya kepada penciptanya.

i

ii

[4 markah]

bJelaskan mengenai tiga undang-undang hak intelek dan kepentingannya.

i

ii

iii

[6 markah]

BAHAGIAN C( 40 markah )Jawab dua soalan.Menurut Richey (1986), reka bentuk pengajaran merupakan satu bidang sains untukmencipta spesifikasi pengajaran yang lebih terperinci untuk pengembangan,penilaiandan penyelenggaraan bagi memudahkan pembelajaran. Guru merupakan golonganutama yang terlibat dalam perlaksanaan reka bentuk pengajaran ini.

aBerdasarkan pernyataan di atas, huraikan empat peranan utama reka bentukpengajaran kepada seorang guru.[8 markah]

bBerpandukan model ASSURE, bincangkan langkah-langkah aplikasi model berkenaan dan aktiviti yang perlu dilakukan dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.

[12 markah]

2 Perkembangan teknologi maklumat berlaku pantas dengan pelbagai pembangunan dan penciptaan baru yang boleh dimanfaatkan di dalam bidang pendidikan. Begitu juga dengan perisian persembahan elektronik (MS Powerpoint) dan perisian hamparan elektronik (MS Excel) yang banyak membantu guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. aBerdasarkan pernyataan di atas, jelaskan dua pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap satu aplikasi dengan mengunakan MS Powerpoint dan MS Excel.[8 markah]

bGuru merupakan seorang yang mahir di dalam isi kandungan sesuatu mata pelajaran. Adalah lebih bermakna jika kemahiran ini dapat dapat diterjemahkan di dalam persembahan multimedia interaktif dengan menggunakan perisian microsoft powerpoint. Berdasarkan penyataan di atas huraikan ciri-ciri beserta contoh persembahan multimedia yang baik dan berkesan yang dapat dibangunkan oleh seorang guru.[12 markah]

3 aBincangkan jenis bahan-bahan 3 Dimensi yang boleh digunakan di dalam bilik darjah untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.[12 markah]

b Cikgu Michael ingin mengajar topik gunung berapi di New Zealand.Sejauh manakah penggunaan video dapat meningkatkan pembelajaran murid-muridnya mengenai topik berkenaan..[8 markah]

BAHAGIAN B( 40 markah )

aNyatakan fungsi media pengajaran dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran Nyatakan fungsi media pengajaran dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran.iMengatasi masalah ruang dan masa. Segala aktiviti yang berlaku di luar bilik darjah contohnya seperti letusan gunung berapi atau gerhana matahari dapat ditunjukkan melalui rakaman video di dalam kelas. Tontonan berkenaan boleh dilakukan berulang kali walaupun kejadian berkenaan telah lama berlaku dan terjadi di tempat yang jauh.

iiMenggalakkan komunikasi aktif di dalam bilik darjah. Pelajar akan menyuarakan soalan, pandangan serta perbincangan berdasarkanmedia yang digunakan.

iiiPenerokaan maklumat. Berdasarkan penggunaan media, pelajar akanmeneroka pelbagai maklumat baharu yang tidak terdapat di dalambuku teks.

ivMedia membantu mempercepatkan pencapaian objektif pelajaran.Guru menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan lebih menarikdan penggunaan pendekatan yang pelbagai bersesuaian denganjenis media yang digunakan.

1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian x 2 = 2 markah2 fakta + huraian x 2 = 4 markah

Jumlah = 4 markahbTorkelson (1972) membahagikan media kepada tiga komponen. Huraikansetiap komponen berkenaan dari segi kepentingannya.

Torkelson (1972) membahagikan media kepada tiga komponen iaitu mesej,bentuk mesej dan saluran mesej.

i Mesej ialah isi kandungan atau maklumat yang hendak disampaikan. Mesej boleh dalam bentuk makluman, motivasi, peringatan dan sebagainya.

ii. Bentuk mesej merujuk kepada cara maklumat disimpan, mungkin dalam bentuk asli atau sebenar, dalam bentuk abstrak, simbol, visual, gambaran, bentuk bahasa dan sebagainya.

iii. Saluran mesej merupakan alat fizikal yang digunakan dalam penyampaian mesej. Alat saluran mesej ini oleh dalam bentuk elektrikal, mekanikal, digital dan sebagainya. Contoh alat penyaluran mesej ialah media televisyen, radio, projektor overhead, LCD, projektor filem dan sebagainya.1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian x 2 = 2 markah3 fakta + huraian x 2 = 6 markah

Jumlah = 6 markah

aJelaskan fungsi bagi setiap filem berikut merujuk kepada pernyataan ISO yang dinyatakan.

iFilem ISO 100Filem ISO 100 digunakan untuk mengambil gambar-gambar dalam suasana yang cerah dan terang atau di bawah pancaran cahaya matahari. Filem ini dikenali sebagai filem yang mempunyai kadar kepekaan yang rendah.

ii.Filem ISO 600Filem ISO 600 digunakan untuk mengambil gambar di tempat yang kurang cahaya seperti di dalam bilik yang bercahayakan lilin atau di ruang yang malap. Filem ini merupakan filem yang mempunyai kadar kepekaan yang tinggi.1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian x 2 = 2 markah2 fakta + huraian x 2 = 4 markah

Jumlah = 4 markah

bHuraikan kesesuaian situasi penggunaan jenis lensa berikut

iLensa Bidang Luas (Wide Angle Lens)Mempunyai ukuran 6mm-45mm. Digunakan untuk penggambaran pemandangan atau tempat-tempat yang keluasannya terhad bagi jurukamera. Pemandangan jauh yang luas.

iiLensa Biasa (Standard/Normal Lens)Ukurannya 43mm-50mm. Paling banyak digunakan. Sudut pandangan disesuaikan dengan pandangan biasa mata.

iiiLensa Foto Jauh (Telefoto)Mempunyai pelbagai jenis ukuran. Digunakan untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh. 85mm-120 mm sesuai untuk gambarpotret. 135mm-200mm sesuai untuk sukan. 300 mm-600mm sesuai untuk pergerakan alam semula jadi dan hidupan liar.

1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian x 2 = 2 markah3 fakta + huraian x 2 = 6 markah

Jumlah = 6 markah

a Dalam menghasilkan persembahan satu klip video, jenis-jenis syot berikutboleh digunapakai. Huraikan perbezaan jenis-jenis syot tersebut dan beri satu contoh penggunaannya.

iSyot jauhSyot yang diambil memaparkan keseluruhan objek yang ingin difokus dan persekitaran sekeliling contohnya gambaran kesesakan kenderaan di jalanraya.iiSyot sederhanaSyot ini memaparkan objek utama dan latar belakang contohnya gambaran sebuah kereta yang sedang bergerak ke arah anda.

iiiSyot rapatMemaparkan objek secara dekat, contohnya rakaman gambar bahagian hadapan sebuah kenderaan

1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian x 2 = 2 markah3 fakta + huraian x 2 = 6 markah

Jumlah = 6 markah

bBerikan dua kepentingan penyediaan sebuah skrip dalam sesuatu rakaman klip video

iPenggunaan bahasa yang betul dapat dikesan melalui penyemakan oleh individu yang berkaitan. Ini dapat membantu menyelaraskan kesesuaian adegan dengan penggunaan tatabahasa yang betul oleh pelakun.

iiJumlah masa bagi setiap adegan dapat dikenalpasti melalui skrip yang disediakan. Ia dapat menentukan tempoh masa yang diperlukanuntuk rakaman bagi setiap adegan.

iiiPelakon dapat menghayati watak dengan lebih mendalam melalui latihan menghafal dan membaca skrip. Ini membantu menjadikan lakunan mereka lebih berkesan.

1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian x 2 = 2 markah2 fakta + huraian x 2 = 4 markah

Jumlah = 4 markah

aHak cipta terpelihara adalah satu perundangan istimewa yang bertujuan melindungi pencipta dan ciptaannya. Jelaskan mengenai jenis hak berkenaan dan keistimewaannya kepada penciptanya.

i.Hak ekonomi untuk memastikan pencipta mendapat royalti daripada hasil jualan ciptaannya.

iiHak moral untuk memastikan pencipta diiktiraf sebagai pemilik ciptaan tersebut.1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian x 2 = 2 markah2 fakta + huraian x 2 = 4 markah

Jumlah = 4 markah

bJelaskan mengenai tiga undang-undang Hak Intelek dan kepentingannya.

iUndang-undang Hak Cipta bertujuan untuk mengawal ketulenan kerja seseorang.iiUndang-undang Paten bertujuan mengawal penemuan baru dan berguna dan juga proses penemuaniiiUndang-undang Tanda Perdagangan bertujuan mengawal perkataan, nama, simbol, yang digunakan oleh pengusaha yang terlibat dalam pembuatan untuk mengenalpasti produk dan perkhidmatan merekaivUndang-undang Rahsia Perdagangan untuk mengawal maklumat penting yang tidak diketahui umum tetapi dirahsiakan oleh empunya1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian x 2 = 2 markah3 fakta + huraian x 2 = 6 markah

Jumlah = 6 markah

BAHAGIAN C( 40 markah )

1.aMenurut Richey (1986), reka bentuk pengajaran merupakan satu bidang sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran yang lelbih terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan bagi memudahkan pembelajaran. Guru merupakan golongan utama yang terlibat dalam perlaksanaan reka bentuk pangajaran ini.

Berdasarkan penyataan di atas, jelaskan empat peranan utama rekabentuk pengajaran kepada seorang guru.Empat peranan utama reka bentuk pengajaran kepada seorang guru ialah

iMeningkatkan profesion perguruanPerancangan yang teratur sebelum proses pengajaran dan pembelajaran Membawa perubahan sikap, pengetahuan dan kemahiran murid

iiMemahami keperluanMemahami dengan lebih baik keperluan semasa proses pengajaran dan pembelajaranPengajaran lebih jelas dan efektif

iiiMengenalpasti masalahMembantu menyelesaikan masalahMembawa perubahan sikap, pengetahuan dan kemahiran pelajar

ivFokus yang sesuai semasa dan selepas sesi pengajaranPersediaan perancangan pengajaran yang bersistematik dan berfokus

1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian x 2 = 2 markah4 fakta + huraian x 2 = 8 markah

Jumlah = 8 markah

bBerpandukan model ASSURE, bincangkan langkah-langkah aplikasi model berkenaan dan aktiviti yang perlu dilakukan dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.

iAnalisis pelajarGuru perlu mengenalpasti ciri-ciri umum murid seperti umur, darjah/tingkatan, latarbelakang murid, tahap sosial ekonomi dan gaya pembelajaran mereka. iiNyatakan objektif pengajaran dan pembelajaranGuru hendaklah mengenalpasti objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Objektif pembelajaran hendaklah boleh diukur dan jelas

iiiPilihan teknologi, kaedah media dan bahan yang sesuaiGuru perlu menentukan jenis teknologi, memilih kaedah yang sesuai, dan memilih format media bersesuaian dengan objektif yang hendak dicapai.

ivGunakan teknologi, bahan dan media pengajaran dan pembelajaran tersebutGuru hendaklah menyemak dan menyediakan bahan media sebelum digunakan di dalam bilik darjah. Guru juga perlu menyediakan persekitaran yang bersesuaian serta pelajar yang bersedia dari segi emosi dan fizikal.

vLibatkan murid dalam proses pembelajaranGuru perlu merancang sesi pengajaran-pembelajaran yang melibatkan murid melalui kaedah berpusatkan murid

viNilai serta semak semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaranPenilaian semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran membolehkan guru membuat penambahbaikan dan pembetulan serta menjalankan tindakan susulan yang sesuai melalui amalan refleksi

1 fakta / isi x 2 markah = 2 markah1 fakta + huraian x 2 = 2 markah6 fakta + huraian x 2 = 12 markah

Jumlah = 12 markah

2 aPerkembangan teknologi maklumat berlaku pantas dengan pelbagai pembangunan dan penciptaan baru yang boleh dimanfaatkan di dalam bidang pendidikan. Begitu juga dengan perisian persembahan elektronik (MS Powerpoint) dan perisian hamparan elektronik (MS Excel) yang banyak membantu guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan dua pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap satu aplikasi dengan mengunakan MS Powerpoint dan MS Excel.

Dua pendekatan pengajaran dan pembelajaran dengan mengunakan MS Powerpoint dan MS Excel ialah

i MS Powerpointpersembahan interaktif ; contohpapan elektronik (switch board), soalan aneka pilihan ;contohpersembahan multimedia ;contohmontaj, kiosk ; contoh

iiMS Excel

logik matematik ; contohmengunakan rumus matematik dalam menyelesaikan soalan ; contohpengurusan pejabat ; contohmail merge, laporan graf dan sebagainyacatatan: terima lain-lain jawapan yang munasabah

1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian x 2 = 2 markah4 fakta + huraian x 2 = 8 markah

Jumlah = 8 markah

2 bGuru merupakan seorang yang mahir di dalam isi kandungan sesuatu mata pelajaran. Adalah lebih bermakna jika kemahiran ini dapat dapat diterjemahkan di dalam persembahan multimedia interaktif dengan menggunakan perisian microsoft powerpoint. Berdasarkan penyataan di atas huraikan ciri-ciri beserta contoh persembahan multimedia yang baik dan berkesan yang dapat dibangunkan oleh seorang guru.

Persembahan multimedia yang baik dan berkesan dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengguna multimedia pendidikan. Antara ciri-ciri persembahan multimedia interaktif yang baik dan berkesan ialah

i.Teknik persembahan hendaklah berbentuk interaktif dan mempunyai elemen multimedia- contohnya bunyi tepukan apabila murid menjawab betul.

ii.Susunatur paparan skrin yang mesra pengguna contohnya susun atur yang mudah difahami dan jelas..iii.Kontras warna yang bersesuaian contohnya penggunaan warna utama dengan latar belakang iaitu warna cerah digandingkan dengantulisan yang gelap.iv.Rekabentuk dapat membantu penggunaan dengan lebih mudah dan dapat mengakses laman-laman lain melalui kemudahan yang ada contohnya butang navigasi dapat berfungsi dengan baik.v.TaipografiJenis huruf yang bersesuaian contohnya penggunaan saiz, jenis dan warna font hendaklah mudah dibaca dan bersesuaian dengan kumpulan sasar.vi.Gambar/GrafikAsli dan berkualiti tinggi contohnya guru menggunakan gambar yang dihasilkan oleh guru sendiri.

vii.Animasi, video dan audio yang bersesuaian contohnya penggunaanbunyi bersesuaian dengan isi kandungan persembahan.

1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian x 2 = 2 markah6 fakta + huraian x 2 = 12 markah

Jumlah = 10 markah

3 aBincangkan jenis bahan-bahan 3 Dimensi yang boleh digunakan di dalam bilik darjah untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Boneka contohnya boneka sarung tangan, boneka wayang kulit, boneka lidi sangat sesuai untuk aktiviti main peranan dalam matapelajaran sivik dan kenegaraan. Kos penghasilan juga murah.Model Bahan 3 Dimensi yang dibina berdasarkan bentuk asal.Dihasilkan daripada kertas, plastesin, polystyren, tanah liat atau kayu. Sesuai digunakan untuk aktiviti demo.

Relia Bahan maujud atau sebenar yang boleh disentuh, dirasa dan dilihat. Sesuai digunakan semasa melakukan ujikaji sains. Contohnya relia hidup seperti katak untuk ujikaji sains. Topeng Diperbuat daripada kertas atau papier mach. Sesuai untuk strategi main peranan atau lakonan. Akuarium Merupakan bekas atau tempat di mana hidupan air seperti ikan dipelihara. Akuarium ini akan diisi dengan batu kecil, tumbuhan serta dihiasi dengan lukisan latar untuk menampakkan pemandangan di dalam air.1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian + contoh = 3 markah4 fakta + huraian + contoh x 3 = 12 markah

Jumlah = 12 markah

bJelaskan tentang kelebihan penggunaan video di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Media bergerak yang menghasilkan imej yang lebih realistik dan sangat bermanafaat dalam menyampaikan mesej kepada penonton. Dapat mengaplikasikan teknik gerak perlahan atau pantas atau dibekukan bagi disesuaikan dengan kebolehan pelajar. Teknik rakaman masa sela dapat ditunjukkan contohnya proses berkembangnya sekuntum bunga, keadaan ini memberi gambaran sebenar kepada pelajar tentang proses yang berlaku tanpa menunggu masa yang lama. Membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah disebabkan masalah lokasi dan unsur bahaya seperti letusan gunung berapi dan suasana negara yang mempunyai empat. Keadaan ini memberi peluang kepada penonton untuk merasai sendiri pengalaman berkenaan. Video boleh memanipulasi ruang. Ini bermakna ia dapat merakamkan imej dekat dan jauh. Imej boleh diperbesarkan seperti pergerakan sel-sel darah dalam tubuh manusia dapat ditunjukkan kepada pelajar.

Video juga dapat menerbitkan cerita-cerita animasi yang akan menarik perhatian kanak-kanak melalui animasi komputer. Ini akan meningkatkanfokus dan minat mereka untuk belajar melalui cetita animasi yang digunakan.

1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian x 2 = 2 markah4 fakta + huraian x 2 = 8 markah

Jumlah = 8 markah

Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2013

1SULIT