edu tugasan 1

6
TUGASAN A Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas bahawa guru harus diberikan lebih autonomi dalam menjalankan tugas dan peranannya? Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa maju ke hadapan. Bidang atau profesion keguruan merupakan profesion yang tertu dunia. Setiap perubahan dan tranformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalka menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Kini profesion telah melalui fasa yang betul di mana peranan guru dahulunya hanya tertum kepada penyampai ilmu. Namun kini peranan guru agak luas dan memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang anak didik dan generasi akan datang . Jika lihat sistem pendidikan kini guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara dan lebih bersedia serta peka dalam melahirkan dan mengunakan situasi – situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. utonomi menurut !r "amid #ahmood ialah pemerintahan $ pentadbiran % pengurusan & sendiri % hak dalam mengurus dengan kata lain guru di berikan hak untuk menjalankan pedagogi di dalam kelas tanpa ada batas ' batas tertentu dan mempunyai kuasa mutlak. (ujuan autonomi dalam tugas dan peranan guru ini ada kerana untuk meningkatkan profesionalisme guru% meningkatka akauntabiliti keguruan dan meningkatkan pengetahuan di kalangan murid – murid. utonomi menurut !r bdul "amid #ahmood ialah pemerintahan $ pentadbiran % pengurusan & sendiri % hak dalam mengurus dengan kata lain guru diberikan hak untuk menjalankan pedago dalam kelas tanpa ada batas ' batas tertentu dan mempunyai kuasa mutlak. (uju autonomi dalam tugas dan peranan guru ini ada kerana untuk meningkatkan profesionalisme guru% meningkatka akauntabiliti keguruan dan meningkatkan pengetahuan di kalangan murid – murid.. #enurut Kamus !ewan $)*+,& guru bererti pendidik% pengajar atau pengasuh. Berdasarkan pengertian di atas dapatlah keguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institusi institusi pendidikan lain untuk menya kepada anak murid atau masyarakat. Seiringdengan perubahan ini maka 1

Upload: zulkanean

Post on 02-Nov-2015

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TUGASAN A

Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas bahawa guru harus diberikan lebih autonomi dalam menjalankan tugas dan peranannya?

Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa maju ke hadapan. Bidang atau profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia. Setiap perubahan dan tranformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Kini profesion tersebut telah melalui fasa yang betul di mana peranan guru dahulunya hanya tertumpu kepada penyampai ilmu. Namun kini peranan guru agak luas dan memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang anak didik dan generasi akan datang . Jika lihat sistem pendidikan kini guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara dan lebih bersedia serta peka dalam melahirkan dan mengunakan situasi situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Autonomi menurut Dr Abdul Hamid Mahmood ialah pemerintahan ( pentadbiran , pengurusan ) sendiri , hak dalam mengurus dengan kata lain guru di berikan hak untuk menjalankan pedagogi di dalam kelas tanpa ada batas - batas tertentu dan mempunyai kuasa mutlak. Tujuan autonomi dalam tugas dan peranan guru ini ada kerana untuk meningkatkan profesionalisme guru, meningkatka akauntabiliti keguruan dan meningkatkan pengetahuan di kalangan murid murid. Autonomi menurut Dr Abdul Hamid Mahmood ialah pemerintahan ( pentadbiran , pengurusan ) sendiri , hak dalam mengurus dengan kata lain guru diberikan hak untuk menjalankan pedagogi di dalam kelas tanpa ada batas - batas tertentu dan mempunyai kuasa mutlak. Tujuan autonomi dalam tugas dan peranan guru ini ada kerana untuk meningkatkan profesionalisme guru, meningkatka akauntabiliti keguruan dan meningkatkan pengetahuan di kalangan murid murid..

Menurut Kamus Dewan (1970) guru bererti pendidik, pengajar atau pengasuh. Berdasarkan pengertian di atas dapatlah keguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institusi institusi pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Seiring dengan perubahan ini maka kementerian pelajaran menyeru agar seorang guru haruslah lebih inovatif ,kreatif dan efektif dalam ilmu keguruan serta sentiasa memikirkan pendekatan baru untuk mengadaptasikan amalan mereka selaras dengan kehendak pelajar dalam era revolusi maklumat abad ke 21. Dalam meningkatkan profesion keguruan ini seorang guru seharusnya meningkatkan kualiti untuk memenuhi hasrat kementerian maka kuasa autonomi seharusnya diberikan kepada seorang pendidik tersebut di dalam menjalankan tugas dan peranan dalam mendidik generasi masa kini . Di dalam era pendidikan kini guru berperanan penting dalam kehidupan generasi sekarang. Guru bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu tetapi tugas guru telah menjadi satu tugas yang mencabar dan semakin luas. Oleh yang demikian, kuasa autonomi adalah penting dalam seorang guru menjalankan tugas dan peranannya . Kuasa autonomi seorang guru adalah perlu untuk memartabatkan profesion keguruan. Berikut akan dibincangkan tentang sebab mengapa guru harus diberikan kuasa autonomi dalam menjalankan tugas dan peranannya.

Pertama ialah guru sebagai pemimpin.Guru sebagai agen perubahan yang dijadikan agenda penting iaitu mempunyai ciri ciri kepimpinan bilik darjah yang berkesan dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti dan keberkesanannyadapat ditingkatkan. Menurut Drath dan Palus ( dalam Yukl 2002) menyatakan bahawa kepimpinan adalah proses menerima apa yang orang lain lakukan secara bersama dengan itu orang akan faham dan menjadi komited. Menurut House et al (dalam yukl 2002) kepimpinan adalah keupayaan seseorang individu untuk mempengaruhi, memotivasikan dan membolehkan orang lain menyumbang ke arah keberkesanan dan kejayaan organisasi. Walaupun begitu cabaran yang perlu dihadapi oleh guru terlalu berat terutama dalam mempengaruhi minat dalam pelajaran .Pada era globlisasi ini murid lebih terpengaruh dengan rakan sebaya berbanding dengan bimbangan guru.Menurut Field ( 2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal. Beliau menyatakan bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru adalah jurumudi yang memimpin sekumpulan murid-murid yang mempunyai pelbagai personaliti. Oleh itu, peranan seorang guru juga harus membuat pertimbangan yang seimbang untuk mengelak perasaan tidak puashati dalam kalangan murid disamping mendapat kerjasama mereka. Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi kecil yang dipimpinnya.

Kedua adalah guru pembentuk nilai dan role model. Sistem pendidikan negara ini berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini pembentukan Sahsiah iaitu JERIS, jasmani,rohani,intelek,dan sosial dititikberatkan. Contohnya kita lihat Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah menekankan 6 tunjang utama antara yang terkandung di dalam 6 tunjang tersebut adalah berkaitan dengan kerohanian, sikap dan nilai . Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi pendidikan islam bagi murid islam dan pendidikan morak bagi murid bukan islam. Oleh itu, guru adalah pembentuk nilai kepada murid. Menurut Ragbir Kaur ( 2007) guru adalah pembentuk para murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai nilai yang tinggi. Oleh itu, guru hendaklah mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik. Guru umpama ibubapa kedua kepada anak murid. Guru bukan sahaja penyampai ilmu tetapi mempunyai tanggungjawab yang berat di dalam membentuk peribadi seseorang murid tersebut. Menurut Abdul Shukor (1999) asuhan guru yang berkesan akan dapat meninggalkan ingatan dan menjadi amalan yang berpanjangan kepada setiap murid . Dalam konteks ini guru merupakan manusia yang telah diamanahkan untuk membentuk generasi murid yang berilmu, beriman dan bertakwa dan berakhlak mulia.

Ketiga ialah guru pembentuk tingkahlaku. Selain daripada sebagai penyampai ilmu guru juga sebagai pembentuk tingkahlaku murid. Tugas guru bukan saja mengajar tetapi juga mendidik murid tersebut menjadi insan yang berguna . Menurut pandangan islam, seseorang yang menjadi guru diberi oleh Allah S.W.T kelebihan yang berlipat kali ganda. Menurut Al Ghazali dari perspektif islam tingkahlaku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Oleh itu, pembentukkan tingkahlaku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya murid yang dihasilkan mempunyai tingkahlaku yang terpuji dan dapat diterima umum. Ini boleh menyekat penularan gejala gejala sosial yang semakin berleluasa sejak akhir akhir ini. Justeru , tingkahlaku murid perlulah diuruskan dengan berkesan oleh para guru dengan mengambil pendekatan yang wajar dan sesuai. Menurut Lee Center (1976) pendekatan beliau membantu para guru dalam sistem peraturan tingkahlaku di dalam kelas yang dilaksanakan oleh guru. Sebagai contoh apabila murid murid tersebut melanggar peraturan namanya akan dipaparkan pada papan kenyataan dan guru akan memanggil ibubapa ke sekolah. Ini bukan untuk memalukan murid tersebut tetapi sebagai langkah untuk mengawal dan memperbaiki sikap dan tingkahlaku murid. Guru juga bertanggungjwab membentuk tingkah laku murid yang melakukan kesalahan dan kesilapan.

Keempat ialah guru sebagai agen perubahan.Dalam era globalisasi ini peranan guru di sekolah adalah untuk membawa perubahan dalam masyarakat sebagai agen perubahan guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan mengajarnya kepada masyarakat. Guru perlu bertanggungjawab mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai pengetahuan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Menurut Abdul Aziz ( 2000), telah menyatakan guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada seorang yang mempunyai sifat dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran, peka dalam hal perubahan dan pembaharuan terutamanya menggunakan pendekatan atau kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah berhubung dengan pengelolaan ,pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan dalam bilik darjah. Kuasa autonomi adalah wajar diberikan kepada para guru.

Kelima ialah meningkatkan profesionalisme perkhidmatan seorang guru. Di dalam dunia keguruan seorang guru akan menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion. Guru yang profesional dan berkualiti akan mampu memenuhi keperluan murid dalam pelbagai aspek sama ada sesi pengajaran dan pembelajaran, sahsiah,kepakaran,kemahiran mahupun pengurusan. Guru sudah tentu menjadi pakar dalam bidang keguruan. Menjadi pakar kepada gaya pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ragbir Kaur ( 2007) guru berfungsi mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan mereka perlu menguasai kemahiran profesional di mana perlu menguasai kemahiran menyampaikan maklumat dan peka kepada keperluan semasa sesuai dengan kehendak murid mereka. Selain daripada itu, guru memainkan peranan sebagai pemudah cara di mana guru perlu memberikan bimbingan , motivasi dan mengerakkan murid dalam kelasnya dan dapat menjalankan serta mengikuti aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan .

Sebagai kesimpulannya, guru patut diberikan kuasa autonomi kerana guru juga seperti seorang jurutera. Guru adalah jurutera kepada pembangunan modal insan. Walaupun terdapat segelintir masyarakat yang tidak menyokong kuasa autonomi diberikan kepada guru kerana kebanyakkan masyarakat menganggap guru hanya sebagai pengajar dan pendidik murid murid sahaja, namun guru harus membuktikan bahawa guru layak diberikan kuasa autonomi.

SENARAI RUJUKAN1. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Ying Sdn. Berhad.2. Syed Ismail Bin Syed Mustapa ,Ahmad Subki Bin Miskon,.(2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional.Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.3. Universiti Terbuka Malaysia,( 2007) Seni dalam Pendidikan , Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Kampus OUM,Kuala Lumpur.4. www.asaskepimpinanguru .com.my

1