tugasan 1 edu 5201

Upload: din

Post on 12-Jul-2015

99 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0

PENDAHULUAN

Persekolahan adalah proses yang hampir sama di mana-mana negara. Institusi sekolah adalah dirancang supaya bahan-bahan pengajaran dan guru dapat memberi pendidikan kepada satu kumpulan pelajar yang biasanya terdiri daripada 20 hingga 60 orang. Kebanyakan proses pengajaran dibuat dengan sistematik supaya pengetahuan yang diperoleh dalam satu semester atau tahun adalah berkesinambungan dengan pengetahuan yang diberi dalam semester atau tahun berikut atau sebelumnya.

Dalam proses pengajaran, guru-guru akan menggunakan berbagai-bagai kaedah penyampaian untuk memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahiran dan kognitif pelajar-pelajar atau dengan perkataan lain memudahkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu berlaku. Aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam mengelolakan pengalaman pembelajaran amatlah banyak dan berbeza-beza mengikut keadaan. Guru-guru terpaksa mengelolakan semua perkara antaranya penyelenggaraan pinjaman buku teks, bahan bantu mengajar (BBM), alat-alat lain yang digunakan oleh pelajar-pelajar, susunan bilik darjah dan segala aktiviti untuk mewujudkan suasana atau keadaan yang menimbulkan pengalaman baru serta tarikan kepada pelajar-pelajar. Daripada pengalaman tersebut mereka akan mempelajari tingkah laku yang baharu.

Menurut Moores

dalam Mohd Aris Othman (2007) menyatakan, bahawa

kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan minat pelajar-pelajar terhadap pelajarannya. Namun guru-guru didapati tidak berinisiatif mengeksploitasi penggunaan teknologi dan inovasi bahan bantu mengajar (BBM) untuk menyampaikan pengajarannya (Azma A.Hamid,1990). Pelaksanaan Kurikulum Baru1

Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan diikuti oleh pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 telah menekankan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan aktiviti pelajar.

Keadaan ini telah menyebabkan penggunaan bahan bantu mengajar di bilik darjah semakin kurang diamalkan oleh guru-guru. Kegentingan gejala ini semakin jelas pada tahap yang tinggi akibat daripada keinginan guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran demi menghadapi tekanan peperiksaan. Para pendidik masih terbelenggu dengan kaedah tradisional dan penggunaan sumber-sumber pendidikan yang terbatas. Mengikut Eee Ah Ming (1997), pengajaran tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliah dalam bentuk penyampaian maklumat dan penerangan idea atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar melalui komunikasi satu hala dan peranan pelajar sebagai penerima adalah pasif. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar merasa bosan untuk belajar dan akhirnya menyebabkan pencapaian akademik pelajar merosot. Guru juga sering menggunakan pendekatan mudah untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dengan cara mengajar tajuk-tajuk yang akan keluar dalam peperiksaan tanpa mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Manakala kemahiran-kemahiran yang boleh membina perkembangan diri secara menyeluruh sama ada dari segi fizikal, emosi, sosial, mental dan intelek kurang diberi perhatian (Goh Keat Seng 1983).

2

2.0

DEFINISI KONSEP

Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Bahan pengajaran juga dikenali sebagai media pengajaran, yang digunakan sebagai alat bantu mengajar oleh guru di dalam kelas. Penggunaan bahan pengajaran ini boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran di samping boleh menjadi pembelajaran lebih menarik dan berkesan (Abdul Rasid Jamian, 2007). Walaupun definisi khusus tentang bahan pengajaran atau bahan bantu mengajar tidak diberi dengan tepat, namun ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan bahan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang pelajar. Oleh itu Abdul Rashid Jamian (2007), menyatakan bahawa pada asasnya bahan merangkumi apa sahaja benda, alat atau media yang dapat dianggap sebagai pelbagai benda atau perkara yang dapat digunakan untuk keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (DBP, 2007) mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Bantu pula membawa maksud yang digunakan sebagai penolong. Manakala mengajar pula boleh didefinisikan sebagai menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain untuk tujuan mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kepadanya.

Mengikut Atan Long (1982), berpendapat bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang

3

dipancar pada layar. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran juga diberi nama alat bantu mengajar. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Pendapat Meor Abdullah Meor Ghazali (1981) pula mentakrifkan bahan pengajaran sebagai bahan komunikasi sama ada yang bercetak atau pandang dengar dengan teknologi yang membentuknya.

Atan Long dalam Mat Nor Hussin (1987) beliau berpendapat,bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran. Selain itu, Mok Soon Sang (1991),menegaskan bahawa bahan bantu mengajar merupakan inti pati dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Zuraidah Abd. Razak (1988) pula memperluaskan definisi bahan bantu mengajar dengan menyatakan bahawa sebarang bahan atau alat yang digunakan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah seperti Pusat Sumber atau dewan sekolah untuk membantu, menyokong, dan meneguhkan serta melengkapkan pengajaran guru.

Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan. Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu

4

mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam Bahasa Melayu dan sastera. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menggariskan beberapa perkara berkenaan Bahasa Melayu antaranya Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan... (Yahya Don, 2005). Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawasanya pembelajaran Bahasa Melayu adalah membosankan.

Media merupakan alat atau perkakasan yang digunakan bagi menyampaikan maklumat kepada manusia. Media yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar terdiri daripada media cetak dan media elektronik. Media menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Cetakan Kedua 2007 didefinisikan sebagai pelbagai alat saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya yang berupa bahan cetakan atau terbitan. Cetak pula ditakrifkan sebagai tanda, huruf pada kertas atau kain. Berdasarkan definisi literal tersebut dapatlah dinyatakan secara konseptualnya bahawa media cetak merujuk kepada segala jenis bahan yang bercetak. Antara contoh bahan bercetak ialah gambar, keratan akhbar, poskad, risalah dan sebagainya. Manakala media elektronik pula adalah media yang menggunakan alat elektrik dan komponen-komponennya seperti jaringan internet, televisyen, radio,cakera padat (CD), video cakera padat (VCD) dan kaset. Kualiti pengajaran guru merujuk kepada proses dan hasil pembelajaran yang mencorakkan pencapaian pelajar dan kemajuan sekolah amnya. Kualiti pengajaran

5

bergantung kepada latar belakang guru seperti kelulusan, latihan, pengalaman, kepakaran, pengetahuan pengurusan kurikulum, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian, inovasi pengajaran dan sebagainya. Kualiti pengajaran ini boleh diukur berdasarkan perkembangan akademik di kalangan pelajar. Penggunaan BBM yang tepat untuk sesuatu topik yang tertentu membantu meningkatkan kualiti pengajaran.

Penggunaan BBM bukan sahaja memberikan manfaat kepada pelajar, bahkan kepada guru itu sendiri. Ketika proses penyediaan BBM, guru perlu menjalani pelbagai kajian untuk mendapat pelbagai maklumat tambahan yang berguna kepada diri mereka di samping dapat meningkatkan pengetahuan dan persediaan terhadap sesuatu topik pengajaran yang akan diajari.

Justeru, pengajaran akan menjadi lebih berkesan. Sewaktu proses penghasilan BBM itu, dapatan-dapatan kajian dan kajian yang dilakukan dapat dijadikan dasar dan idea untuk memilih jenis-jenis BBM yang sesuai dan menentukan aktiviti yang lebih kreatif dan menarik. Justeru, guru memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar-pelajar melalui wadah BBM yang betul, praktikal dan dapat menyampaikan idea pengajaran dengan lebih berkesan.

3.0

PERNYATAAN MASALAH

6

Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesional keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan sumber maklumat kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem teknologi pengajaran lebih efektif, menarik dan menyeronokkan dengan penggunaan BBM akan menambah kualiti penyampaian guru. Walaupun sistem pendidikan sedang berkembang dengan pesat terutamanya dalam penggunaan bahan bantu mengajar, tapi masih ada guru-guru yang tidak menggunakannya. Kajian lepas yang dijalankan mendapati ada beberapa sebab mengapa guru tidak menggunakan alat bantu mengajar. Menurut kajian yang dibuat oleh Shafie bin Mohd. Daud (1990), beban kerja yang berlebihan mempengaruhi guru dalam menggunakan bahan bantu mengajar. Selain itu, satu faktor yang menghalang penggunaan alat bantu mengajar adalah kurangnya kemahiran penggunaan di kalangan guru. Fatimah (1980), dalam laporan kajiannya menyatakan sebilangan besar guru masih menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan kapur dan bercakap dalam proses pengajaran mereka. Kajian yang telah dijalankan oleh beberapa ahli akademik menunjukkan di setengahsetengah sekolah memang ada disediakan pelbagai bahan pengajaran sebagai alat bantu mengajar. Malangnya, sangat sedikit bilangan guru bahasa dan sastera yang mahu menggunakannya dengan alasan tidak tahu cara menggunakannya, tiada pendedahan tentang cara pemilihan dan bahan pengajaran, menghadapi beban tugas mengajar, aktiviti kokurikulum yang begitu banyak, padat dan membebankan serta seribu alasan lagi (Abdul Rasid Jamian, 2007).

7

Hasil pemantauan guru-guru besar dalam Laporan Pemantau Guru Besar Zon Jempol, daerah Maran pada 2010 ( Puan Zanariah, Minit Mesyuarat Guru Pertama SK Jengka 3, sesi 2011 pada 28 Disember 2010) pihak guru besar menyatakan bahawa kebanyakan guru kurang berjaya dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Antara dapatan yang dinyatakan dalam laporan tersebut ialah : i) Guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tanpa menggunakan bahan bantu mengajar. Perkara ini menyebabkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tidak menarik dan kaku.ii)

Terdapat sebilangan guru yang menggunakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran pembelajaran tetapi tidak memanfaatkan bahan tersebut dengan sebaik mungkin dalam kelas. Ini kerana guru tidak merancang dengan baik penggunaan bahan bantu tersebut dan menyebabkan objektif pengajaran tidak tercapai.

iii)

Terdapat sebilangan guru sahaja menggunakan bahan-bahan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Sepatutnya guru-guru memanfaatkan kemudahan-kemudahan TMK yang telah dibekalkan kepada sekolah. Penggunaan bahan berasaskan TMK akan menjadi bahan bantu mengajar lebih menarik, pelbagai dan penyampai pengajaran akan lebih mudah difahami oleh pelajar. Oleh itu disarankan, penggunaan TMK, bahan multimedia dan capaian internet digunakan dengan lebih efisien lagi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia telah memandang serius tentang penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan TMK ini. Kekurangan dan kekangan bahanbahan pengajaran berasaskan TMK menyebabkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

8

(KPM) telah mengeluarkan Pelan Strategik Pembestarian Bahagian Teknologi Pendidikan 2011 2015. Tiga dasar utama TMK dalam pendidikan telah ditegaskan oleh KPM iaitu literasi TMK untuk semua murid, mengutamakan peranan dan fungsi TMK dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat pengajaran pembelajaran serta menekankan penggunaan TMK untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem penggunaan organisasi pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan KPM, 2011).

4.0

TINJAUAN LITERATUR Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam pengajaran adalah

penting kerana ia dapat meningkatkan kejayaan pembelajaran dan boleh menimbulkan

9

rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran dan menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan. Penggunaan bahan bantu mengajar juga bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Menurut Moores

dalam Mohd Aris Othman (2007) menyatakan, bahawa

kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen yang penting untuk memotivasikan minat pelajar-pelajar terhadap pelajarannya. Namun guru-guru didapati tidak berinisiatif mengeksploitasi penggunaan teknologi dan inovasi bahan bantu mengajar (BBM) untuk menyampaikan pengajarannya (Azma A.Hamid,1990). Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan diikuti oleh pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 telah menekankan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan aktiviti pelajar.

Mengikut Atan Long (1982),

bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada

berbagai-bagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancar pada layar. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran juga diberi nama alat bantu mengajar. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

10

Menurut Abd. Rahman (2000), sejak awal tahun 50-an, pelbagai alat teknologi pendidikan (ATP) digunakan dalam P&P sekolah-sekolah di Malaysia. Walau bagaimanapun, penggunaannya adalah terhad. Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk kemajuan teknologi pendidikan daripada pinjaman Bank Dunia kepada sekolah seperti peti televisyen, perakam video dan OHP (overhead projector) yang menelan belanjaan jutaan ringgit. Selain itu, terdapat ramai bakal guru yang menghadapi masalah penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan BBM yang kurang semasa proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru menyebabkan suasana pembelajaran menjadi hambar dan pelajar kurang berminat untuk belajar seterusnya menghadapi masalah dalam menguasai konsep, prinsip dan teori. Cara mengatasinya perlu diusahakan dari peringkat akar umbinya. Guru memainkan peranan yang penting untuk melahirkan pelajar yang dapat menguasai kefahaman konsep melalui penyediaan dan penggunaan BBM yang sesuai semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Shaharom Noordin dan Nur Faizah Zainal Abiden, 2008). Menurut Noor Wahidah (2004) dalam kajiannya, menyatakan bahawa persepsi guru mata pelajaran Sains terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berkomputer bagi aspek perubahan tingkah laku pelajar berada pada tahap sederhana. Beliau menegaskan bahawa guru perlu melakukan tindakan dan perubahan segera untuk meningkatkan penggunaan bahan bantu mengajar berbantukan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian lepas yang dijalankan juga mendapati ada beberapa sebab mengapa guru tidak menggunakan alat bantu mengajar. Menurut kajian yang dibuat oleh Shafie bin Mohd. Daud (1990), beban kerja yang berlebihan mempengaruhi guru dalam menggunakan bahan bantu11

mengajar. Selain itu, satu faktor yang menghalang penggunaan alat bantu mengajar adalah kurangnya kemahiran penggunaan di kalangan guru. Fatimah (1980), dalam laporan kajiannya menyatakan sebilangan besar guru masih menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan kapur dan bercakap dalam proses pengajaran mereka.

Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan inti pati dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), dalam kajiannya menyatakan bahawa melalui penggunaan ABM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Pelajar yang pintar dapat

belajar dengan sendiri menggunakan alat-alat media dan guru hanya perlu membantu pelajar yang lemah. Menurut A. J. Philips dari University of Taxes ( dalam Mohd. Aris Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman, 2004) pada tahun 1960 telah melakukan kajian berhubung dengan perkaitan antara ingatan dengan cara sesuatu data itu disampaikan. Hasil kajiannya ialah:

Aktiviti Apa yang dibaca Apa yang didengar Apa yang dilihat Apa yang didengar dan dilihat Apa yang disebut Apa yang disebut dan dilakukan

Ingatan 10% 20% 30% 50% 70% 90%

12

Hasil kajian ini telah menunjukkan kepentingan guru untuk mengaplikasikan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan BBM untuk memastikan pelajar dapat mengikuti apa yang diajar.

Menurut Moldstat, J. A.1974 (dalam Chen Han Wei, 2006), penggunaan media yang sesuai perlu diintegrasikan ke dalam program pengajaran untuk memberi kesan positif kepada pengajaran tersebut. Kajian ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Abd. Aziz Kulop Saad & Azlida Ahmad (2000), yang mana penggunaan BBM seperti bahan pengajaran multimedia dapat menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan tinjauan kajian lepas ialah perkembangan pesat dalam pembangunan industri negara dan ledakan teknologi maklumat dapat membantu meningkatkan penggunaan teknologi inovasi da konvensional ke arah memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan pembangunan modal insan pelajar. Situasi ini menyaksikan perlunya kualiti dalam peningkatan infrastruktur sokongan yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat membuka ruang lebih luas kepada para guru untuk mengaplikasikan segala teori, kemahiran dan kepakaran.

Sektor pendidikan di negara ini mempunyai kepentingan yang amat luas kepada pembangunan negara. Ini menjadikan profesion keguruan terpaksa menghadapi cabaran bagi melaksanakan matlamat-matlamat negara dengan lebih berkesan. Terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan untuk merealisasikan matlamat dan dari pelbagai aspek contohnya kualiti pengajaran guru, suasana pembelajaran, kaedah pembelajaran pelajar dan perlaksanaan kurikulum yang lebih produktif.

13

5.0

KEPENTINGAN KAJIAN Hasil kajian ini dapat memberi input yang bermanfaat kepada rakan-rakan guru dalam

mempertingkatkan amalan mereka dalam bilik darjah khususnya membantu murid menguasai kemahiran Bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu guru-guru yang

mempunyai masalah yang sama dalam menangani isu tersebut dengan lebih efektif. Seterusnya, adalah diharapkan dapatan kajian dapat di kongsi bersama oleh guru-guru di dalam daerah melalui penyebaran maklumat pada peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang untuk menilai kembali tahap penggunaan serta keberkesanan bahan bantu mengajar di sekolah rendah. Selain itu juga dapat memastikan objektif dan keberkesanan kurikulum bahasa Melayu KSSR terlaksana dengan lebih efektif . Usaha ini juga dapat memberi maklumat yang berguna kepada pihak perancang dan penggubal dasar pendidikan pada peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menambah baik kurikulum bahasa Melayu KSSR dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia.

6.0

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:i)

Mengenal pasti persepsi dan penilaian guru terhadap tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

14

ii)

Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah berdasarkan jantina.

iii)

Mengenal pasti persepsi dan penilaian guru terhadap keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

7.0

PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian dalam penyelidikan ini adalah untuk mengetahui :

a)

Apakah persepsi guru terhadap tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah?b)

Adakah terdapat perbezaan persepsi tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah antara guru lelaki dengan guru perempuan.c)

Apakah persepsi guru terhadap keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar

dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu?

8.0

METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian menjelaskan bentuk rangka kerja untuk menjalankan sesuatu

kajian. Metodologi kajian merupakan bahagian penting yang digunakan untuk memastikan kajian yang dijalankan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang betul. Selain itu,

15

metodologi kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai (Mohd Najib Abdul Ghaffar, 1999). Bab ini membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian. Perbincangan dalam bab ini merangkumi aspek reka bentuk kajian, tempat kajian, subjek kajian, alat kajian dan kesahan serta kebolehpercayaan alat ukuran. Langkah-langkah yang digunakan dalam mengumpul dan menganalisis data turut dijelaskan.

8.1

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah kaedah bagi membolehkan maklumat diperoleh untuk menjawab masalah kajian yang dibina. Reka bentuk kajian adalah sebagai keseluruhan rangka kerja penyelidikan bagi menjawab dan mencapai objektif kajian. Kajian tinjauan (survey) berbentuk deskriptif ini dilaksanakan untuk melihat tahap penggunaan dan keberkesanan bahan bantu mengajar dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar pengajaran pembelajaran bahasa Melayu. Kajian akan dijalankan dalam bentuk kajian deskriptif di sekolah kebangsaan dengan menggunakan soal selidik skala likert untuk mendapat maklumat yang sesuai bagi menjawab kajian ini. Kajian ini merupakan satu kajian yang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah dalam zon Jempol daerah Maran. Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku (Mohd Majid Konting, 1994; Wiersma, 1995). Kajian ini menggunakan soal selidik likert untuk mendapat maklumat dan data yang diperlukan. Maklumat tentang pemboleh ubah kajian ini dikutip dalam keadaan semula jadi pada masa kejadian. Penggunaan soal selidik merupakan cara yang menjimatkan masa untuk

16

mengumpul data dalam jangka masa singkat. Data yang di kumpul dan hasil kajian ini dapat memberi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. 8.2 Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di sekolah rendah kawasan luar bandar dalam zon Jempol daerah Maran, Pahang. Walaupun zon Jempol ini mempunyai 13 buah sekolah rendah, namun pengkaji hanya memilih 5 buah sekolah sahaja dalam kajian ini. Antara sekolah-sekolah yang dipilih ialah : i. ii. iii. iv. v. Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 2 Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 3 Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 4 Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Jempol Sekolah Kebangsaan Jengka Pusat 2

Oleh kerana sekolah-sekolah tersebut berada dalam zon yang sama dengan pengkaji maka tiada halangan untuk menjalankan kajian. Dalam hal ini, pengkaji mendapati guru-guru dan juga guru besar sekolah ini telah memberikan kerjasama yang baik. Pihak sekolah dan responden memberikan persetujuan untuk pengumpulan data. Selain itu, pengkaji berpendapat mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk melaksanakan proses pengumpulan data dengan baik, serta wujudnya minat dan kerjasama daripada responden. 8.3 Subjek Kajian

Subjek atau sampel kajian yang dipilih terdiri daripada populasi guru sekolah rendah yang mengajar bahasa Melayu dalam zon Jempol daerah Maran. Jumlah sampel ialah seramai17

30 orang guru (15 lelaki dan 15 perempuan) yang mengajar bahasa Melayu yang dipilih melalui kaedah pensampelan secara sukarela. Pensampelan secara sukarela ini ialah

pemilihan sampel yang dibuat berasaskan responden secara sukarela ingin menjadi sampel kajian. Setiap satu sekolah, 6 orang guru ( lelaki dan perempuan) akan dipilih yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar bahasa Melayu tahap1 dan tahap 2. Ciri demografi sampel yang dipilih adalah seperti berikut:

Jadual 8.3.1 : Pembahagian sampel dalam kajian mengikut sekolah. JANTINA LELAKI PEREMPUAN 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 15 15

SEKOLAH SK. LKTP JENGKA 2 SK. LKTP JENGKA 3 SK. LKTP JENGKA 4 SK. LKTP ULU JEMPOL SK. JENGKA PUSAT 2 JUMLAH 8.4 Alat Kajian

JUMLAH 6 6 6 6 6 30

Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah dalam bentuk soal selidik yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagia-bahagian itu ialah bahagian A , bahagian B dan18

bahagian C. Bahagian A adalah soalan yang berkaitan dengan demografi responden iaitu meliputi aspek umur, opsyen, kelulusan, pengalaman mengajar dan jantina. Pembentukan item-item soal selidik adalah berdasarkan kepada pemboleh ubah kajian. Kebanyakan itemitem diperoleh dan diubahsuai dari kajian Mohd. Aris bin Othman,Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004). Bahagian B pula, ialah item yang berkaitan dengan penggunaan menyeluruh tentang tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Keseluruhan soalan bahagian ini ialah 12 soalan merangkumi aspek persepsi guru tentang kefahaman terhadap konsep BBM, pembinaan BBM dan penggunaan BBM. Bahagian C pula ialah item yang berkaitan dengan keberkesanan menyeluruh bahan bantu mengajar dalam mempertingkat pencapaian akademik pelajar dalam Bahasa Melayu sekolah rendah. Keseluruhan ini mengandungi 11 soalan yang merangkumi aspek persepsi guru terhadap penggunaan BBM meningkatkan kefahaman, motivasi, minat dan pencapaian akademik pelajar dalam Bahasa Melayu. Soal selidik bahagian B dan bahagian C ini berbentuk skala Likert bermula daripada Sangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Tidak Pasti (TP), Setuju (S) dan Sangat Setuju (SS). Item ini diberi skala 1 hingga 5 untuk memudahkan proses penganalisis data.

8.5

Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian

19

Alat atau instrumen kajian ini bukanlah alat piawai, oleh itu instrumen kajian ini diuji kesahan dan kebolehpercayaan supaya kajian ini tekal serta boleh mengukur apa yang hendak diukur. Kesahan sesuatu alat ukur merujuk kepada sejauh mana pertalian antara item-item dalam alat ukuran dengan kriteria luaran yang berkecuali. Kesahan kriteria selalunya mempersoalkan sejauh mana alat ukur sah mengukur kriteria yang hendak diukur (Sidek Mohd. Noah 2002). Sebelum analisis data dibuat, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen iaitu satu set soal selidik telah dibina. Balley (1978), menyatakan kesahan terbahagi kepada dua tahap iaitu; i) Alat pengukur itu sebenarnya mengukur konsep yang dipersoalkan bukan konsep yang lain. ii) Konsep tersebut diukur dengan tepat.

Kebolehpercayaan merupakan darjah ketetapan dan kepersisan bagi ukuran yang dibuat oleh sesuatu instrumen kajian. Sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya skor yang sama diperoleh individu yang sama dengan menjawab ujian yang sama pada masa yang berbeza (Sidek Mohd. Noah 2002). Semakin rendah darjah ralat bagi sesuatu instrumen, semakin tinggi kebolehpercayaan instrumen tersebut (Ranjit Kumar, 2005). Oleh itu, instrumen kajian dikatakan boleh dipercayai jika pengukuran yang berulang kali di buat di bawah situasi yang tetap masih member keputusan yang sama (Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon). Kaedah yang digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan alat ukur dalam kajian ini, diuji dengan kaedah kebolehpercayaan Kunder-Richardson. Kaedah ini juga dikenali sebagai pekali alpha Cronbach dan ia sesuai untuk item-item alat ukur yang skor sama ada Ya atau Tidak dan alat ukur yang tidak ditentukan masa untuk menyelesaikannya (Sidek

20

Mohd. Noah 2002). Nilai kebolehpercayaan yang baik adalah antara 0.6 hingga 1.0 (Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon). Hasil ujian tersebut menunjukkan nilai kebolehpercayaan keseluruhan instrumen (soal selidik) bahagian B dan bahagian C ialah 0.785 adalah agak tinggi dan boleh diguna pakai dalam kajian sebenar untuk melihat persepsi guru terhadap tahap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dan kesan penggunaan BBM terhadap pencapaian akademik pelajar. Ia tunjukkan oleh rajah di bawah.

Jadual 8.5.1 : Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian

Cronbach's Alpha

Cronbach's Alpha Based N of Items on Standardized Items

.785

.818

23

8.6

Prosedur Pengumpulan Data

Sebelum menjalankan kajian, pengkaji telah membuat tinjauan di lima buah sekolah tanah rancangan Felda dalam zon Jempol, Maran yang terlibat. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti populasi guru bahasa Melayu yang dikehendaki dalam kajian. Kemudian pengkaji menghantar satu set cadangan penyelidikan untuk ke Pejabat Pelajaran Maran. Langkah ini bertujuan untuk mendapatkan kebenaran menjalankan penyelidikan di sekolahsekolah tersebut.21

Selepas mendapatkan kebenaran penyelidikan akan menghubungi pihak pentadbir sekolah terbabit untuk melaksanakan kajian. Penyelidik juga akan memohon bantuan dan kerjasama GPK Kurikulum untuk memaklumkan serta membenarkan 5 orang guru mengajar bahasa Melayu sebagai subjek kajian ini. Oleh itu, sebanyak lima buah sekolah yang terlibat dalam kajian ini, maka responden yang terkumpul semuanya ialah 30 orang guru. Sebelum responden menjawab soalan yang dikemukakan, terlebih dahulu pengkaji memberi taklimat ringkas cara menjawab soalan soal selidik. Antara perkara yang disentuh oleh pengkaji dalam taklimat tersebut ialah menerangkan kepada subjek bahawa tiada jawapan yang betul atau salah. Ini hanyalah pendapat responden sahaja, oleh itu tiada yang gagal atau berjaya. Selain itu juga, penyelidik menerangkan bahawa hasil kajian adalah rahsia dan akan digunakan untuk kajian sahaja. Subjek akan diberi masa yang mencukupi untuk menjawab soalan. Setelah selesai menjawab, penyelidik akan mengumpul borang soal selidik untuk dianalisis data. 8.7 Analisis Data

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif sahaja dan hanya memerihalkan min, mode dan media dapatan untuk menerangkan hasil dapatan. Bahagian awal akan diterangkan jadual hasil yang berkaitan dengan responden dalam kajian ini. Selain itu, hasil dapatan

keberkesanan objektif dan kemahiran bahasa dinyatakan dalam jadual. Paparan dalam bentuk histogram yang menunjukkan min terkumpul responden dalam menentukan tahap penggunaan dan keberkesanan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Walau

bagaimanapun, untuk memudahkan analisis dapatan maka pengkaji akan menggunakan perisian SPSS versi 16.0 sebagai alat bantuan untuk tujuan tersebut. Data akan di analisis dan

22

dihuraikan dengan menggunakan statistik deskriptif berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan.

9.0

DAPATAN KAJIAN Bahagian ini akan membincangkan keputusan kajian yang diperoleh daripada

penganalisisan data berdasarkan soal selidik yang telah diberikan kepada responden. Hasil kajian telah dianalisis secara deskriptif dengan berbantukan perisian Statistiscal Packages For Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Pengkaji akan memerihalkan data berdasarkan analisis peratus, min, mode dan media sahaja. Data-data kemudian akan digunakan untuk membuat ulasan tentang hasil dapatan kajian. Analisis yang dibuat adalah berdasarkan objektif-objektif yang dikehendaki oleh pengkaji dalam kajian ini. Terdapat tiga objektif yang akan dibincangkan dalam keputusan kajian seperti ditetapkan oleh pengkaji dalam kajian ini. Objektif tersebut ialah; i) Mengenal pasti persepsi dan penilaian guru terhadap tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

23

ii)

Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah berdasarkan jantina.

iii)

Mengenal pasti persepsi dan penilaian guru terhadap keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

9.1

Demografi Responden Jadual 9.1.1 : Demografi Responden

24

Berdasarkan jadual 9.1.1 di atas seramai 30 orang guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Daripada 30 responden yang terlibat 50% (15 orang) adalah guru lelaki dan 50% (15 orang) adalah guru perempuan. Berkaitan dengan opsyen pula, seramai 21 orang guru adalah pengkhususan mata pelajaran Bahasa Melayu manakala 9 orang guru adalah bukan pengkhususan dalam bahasa Melayu tetapi telah mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah. Selain itu, 19 orang guru mempunyai tahap pendidikan di peringkat sijil/diploma berbanding hanya 10 orang guru yang mempunyai ijazah sarjana muda dan seorang mempunyai ijazah sarjana. Akhir sekali, berkaitan dengan pengalaman mengajar pula, terdapat seramai 1 orang guru telah mengajar lebih 25 tahun dan 12 orang mengajar 15 hingga 25. Diikuti oleh 6 orang yang mempunyai pengalaman mengajar selama 10 hingga 15 tahun dan 5 orang berpengalaman mengajar 5 hingga 10 tahun. Kemudian kumpulan terakhir ialah pengalaman mengajar selama 1 hingga 5 tahun iaitu seramai 7 orang. 9.2 Objektif kajian satu. Mengenal pasti persepsi dan penilaian guru terhadap tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Jadual 9.2.1 : Keputusan Tahap Penggunaan BBM Guru Bahasa Melayu

Bilangan Responden Mean Median Mode Sisihan piawai Peratus tidak setuju Peratus setuju

30 3.880 3.875 4.00 .3014 56.7 % 43.3 %

Hasil dapatan menunjukkan bahawa min persepsi guru dan penilaian guru terhadap tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

25

sekolah rendah ialah 3.880. Nilai ini min ini berada dalam kedudukan sederhana yang tinggi. Namun begitu min ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa mengajar bahasa Melayu masih menggunakan bahan bantu mengajar dengan agak kerap. Selain itu, data juga menunjukkan mode (kekerapan) responden memilih nilai 4.00 ke atas membuktikan bahawa guru mengajar bahasa Melayu sangat positif dalam penggunaan BBM di dalam kelas. Nilai Sisihan Piawai ialah 0.301, dan ini bermakna masih terdapat jurang perbezaan sederhana antara responden yang setuju dengan tidak bersetuju dengan keberkesanan objektif kurikulum bahasa Melayu. Daripada bilangan peratus pula, sebanyak 56.7% responden tidak bersetuju dan 43.3% menyatakan bersetuju bahawa tahap penggunaan BBM. Perbezaan peratus sebanyak 13.4% ini menunjukkan pada keseluruhannya kesedaran terhadap penggunaan BBM di kalangan guru masih sederhana dan perlu dipertingkatkan lagi. Histogram dalam Rajah 9.2.2 di bawah menjelaskan lagi tentang bilangan responden yang memilih tidak setuju (min < 4.00 ) iaitu seramai 17 orang dan selebihnya 13 orang memilih setuju serta sangat setuju (min > 4.0). Tujuh belas orang responden yang dikenali pasti berada dalam min tidak setuju tersebut ialah guru-guru yang bukan opsyen bahasa Melayu serta mempunyai pengalaman kurang 5 serta mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah. Rajah 9.2.2 : Histogram Keputusan Tahap Penggunaan BBM Guru Bahasa Melayu

26

9.3

Objektif kajian dua.

Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah berdasarkan jantina. Jadual 9.3.1: Keputusan Tahap Penggunaan BBM Berdasarkan Jantina Guru

Jantina Responden Lelaki Perempuan Total

Mean 4.022 3.738 3.880

27

Hasil dapatan menunjukkan keputusan persepsi dan penilaian guru terhadap tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah di antara guru lelaki guru dan guru perempuan. Nilai min guru lelaki ialah 4.022 adalah tinggi berbanding dengan min guru perempuan iaitu 3.738. Perkara ini menunjukkan terdapat perbezaan tahap penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas antara guru lelaki dan guru perempuan. Perbezaan min sebanyak 0.284 ini membuktikan bahawa guru lelaki lebih kerap menggunakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran mereka.

Rajah 9.3.2: Boxplot Keputusan Tahap Penggunaan BBM Berdasarkan Jantina Guru

28

Penjelasan seterusnya adalah berdasarkan rajah boxplot 9.3.2 memberikan gambaran yang jelas tentang tahap penggunaan BBM di antara guru lelaki dengan guru perempuan. Berdasarkan boxplot min tahap penggunaan BBM guru perempuan paling tinggi hanyalah 4.00 dan min paling kerap ialah antara 3.41 hingga 4.00. Manakala boxplot min tahap penggunaan BBM guru lelaki paling tinggi ialah 4.50 dan min paling kerap ialah antara 3.58 hingga 4.50. Berdasarkan dapatan ini menunjukkan bahawa tahap penggunaan BBM guru lelaki adalah lebih tinggi dan baik berbanding guru perempuan.

9.3 Objektif kajian dua.

29

Mengenal pasti persepsi dan penilaian guru terhadap keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Jadual 9.4.1: Keputusan Terhadap Keberkesanan Penggunaan BBM Meningkatkan Pencapaian Akademik Pelajar.

Bilangan Respon Mean Median Mode Sisihan Piawai Peratus Tidak Setuju Peratus Setuju

30 4.248 4.227 4.00 .324 16.6 % 83.4 %

Hasil dapatan menunjukkan bahawa min persepsi dan penilaian guru terhadap keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu meningkatkan pencapaian akademik pelajar adalah tinggi iaitu 4.248. Nilai ini min ini berada dalam kedudukan setuju yang tinggi. Oleh itu, min ini menunjukkan bahawa guru-guru yang mengajar bahasa Melayu amat bersetuju bahawa penggunaan BBM dalam pengajaran memberi impak dan peningkatan akademik pelajar khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, data juga menunjukkan mode (kekerapan) responden memilih nilai 4.00 ke atas membuktikan bahawa guru mengajar bahasa Melayu sangat positif dalam penggunaan BBM di dalam kelas. Nilai Sisihan Piawai ialah 0.324, dan ini bermakna masih terdapat jurang perbezaan kecil antara responden yang setuju dengan tidak bersetuju. Daripada bilangan peratus pula, hanya sebanyak 16.6 % responden tidak bersetuju dan selebihnya 83.4% menyatakan bersetuju bahawa penggunaan BBM memberi kesan dan impak yang tinggi terhadap pencapaian akademik pelajar.

30

Histogram dalam Rajah 9.2.2 di bawah menjelaskan lagi tentang bilangan responden yang memilih tidak setuju (min < 3.75 ) iaitu seramai 5 orang dan selebihnya 25 orang memilih setuju serta sangat setuju (min > 4.00). Lima orang responden yang dikenali pasti berada dalam min tidak setuju tersebut ialah guru-guru yang bukan opsyen bahasa Melayu serta mempunyai pengalaman kurang 5 tahun dalam mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah. Rajah 9.2.2 : Histogram Persepsi Guru Terhadap Penggunaan BBM Meningkatkan Pencapaian Akademik Pelajar

10.0

PERBINCANGAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM)

guru dan kesan penggunaan bahan (BBM) oleh guru terhadap pencapaian akademik pelajar31

dalam bahasa Melayu sekolah rendah. Seramai 30 orang guru yang mengajar bahasa Melayu terlibat dalam kajian ini dengan pecahan jantina 15 orang guru wanita dan 15 orang guru lelaki. Mereka adalah guru-guru yang mengajar bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah dalam zon Jempol dalam daerah Maran. Antara sekolah-sekolahnya ialah SK. LKTP Jengka 4, SK. LKTP Jengka 3, SK. LKTP Jengka 2, SK LKTP Ulu Jempol dan SK Jengka Pusat 2. Instrumen kajian ini ialah set soal selidik yang mengandungi 33 item yang telah diberikan kepada subjek. Item tersebut bukan satu item yang standard (piawai) tetapi masih lagi mempunyai nilai Alpha Cronbach yang tinggi iaitu melebihi 0.785. Ini membuktikan bahawa kesahan dan kebolehpercayaan item adalah agak tinggi. Hasil dapat kajian ini adalah berdasarkan analisis secara deskriptif yang melihat min, mode dan median data. Oleh itu, dalam bahagian yang seterusnya akan dibincangkan hasil dapatan dengan lebih perinci dan cuba melihat serta membandingkan dengan kajian-kajian yang lalu. Dalam objektif yang pertama pengkaji ingin melihat persepsi guru terhadap tahap penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah. Hasil dapatan menunjukkan bahawa guru-guru masih sederhana dalam penggunaan BBM di dalam pengajaran pembelajaran mereka. Walaupun min persetujuan itu agak rendah iaitu3.880 dan peratusan setuju hanyalah 43.3 % oleh itu pengkaji membuat kesimpulan bahawa

tahap penggunaan BBM dalam pengajaran guru adalah sederhana. Dalam hal ini, didapati guru yang bukan opsyen bahasa Melayu dan guru yang telah lama (lebih 20 tahun) mengajar mengakui masih kurang menggunakan BBM di dalam pengajaran pembelajaran mereka terutama yang melibatkan penggunaan TMK. Ini bermakna pengalaman serta ilmu pedagogi tentang kemahiran bahasa Melayu amat penting. Selain itu mereka juga menganggap penggunaan, pembinaan dan pemilihan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran mereka32

membebankan mereka. Terutama bagi guru yang telah mengajar lebih 20 tahun merasakan penggunaan BBM yang digunakan kini jauh berbeza berbandingan dengan zaman awal mereka mula mengajar dahulu. Oleh itu, mereka tidak dapat menguasai perkara tersebut dengan baik dan berkesan. Justeru, perkara ini telah dinyatakan oleh Shafie bin Mohd. Daud (1990), beban kerja yang berlebihan mempengaruhi guru dalam menggunakan bahan bantu mengajar. Selain itu, satu faktor yang menghalang penggunaan alat bantu mengajar adalah kurangnya kemahiran penggunaan di kalangan guru itu sendiri. Oleh itu, guru haruslah bersikap terbuka dan sedia untuk belajar dan mempertingkatkan ilmu berkaitan dengan pengajaran bahasa Melayu. Selain itu, terdapat ramai bakal guru yang menghadapi masalah penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan BBM yang kurang semasa proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru menyebabkan suasana pembelajaran menjadi hambar dan pelajar kurang berminat untuk belajar seterusnya menghadapi masalah dalam menguasai konsep, prinsip dan teori. Cara mengatasinya perlu diusahakan dari peringkat akar umbinya. Guru memainkan peranan yang penting untuk melahirkan pelajar yang dapat menguasai kefahaman konsep melalui penyediaan dan penggunaan BBM yang sesuai semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Shaharom Noordin dan Nur Faizah Zainal Abiden, 2008).

Objektif kajian yang kedua pula ialah, mengenal pasti persepsi guru terhadap tahap penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di antara guru lelaki dan guru perempuan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa nilai min tahap penggunaan BBM guru lelaki (4.022) lebih tinggi berbanding nilai min tahap penggunaan BBM guru perempuan (3.738). Perbezaan min sebanyak 0.284 ini membuktikan bahawa tahap penggunaan BBM33

dalam pengajaran dan pembelajaran guru lelaki lebih baik berbanding guru perempuan. Perkara ini terjadi kerana kebanyakan guru lelaki lebih menerima dan meminati TMK untuk dijadikan alat bantu mengajar. Manakala guru perempuan pula agak tertutup dengan penggunaan TMK sebagai bantu mengajar yang dianggap lebih sukar dan memerlukan kepakaran yang tinggi. Akhir sekali objektif kajian yang ketiga ialah, mengenal pasti persepsi guru terhadap penggunaan BBM dalam pengajaran-pembelajaran akan meningkatkan prestasi akademik pelajar khasnya bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Hasil dapat menunjukkan min (4.248) adalah tinggi tentang persepsi guru terhadap penggunaan BBM akan meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Sebanyak 83.4% guru yang bersetuju, bahawa penggunaan BBM di dalam kelas akan menambah kefahaman pelajar tentang sesuatu kemahiran dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian akademik pelajar khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini menyokong kajian yang telah dilaksanakan oleh Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan inti pati dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), dalam kajiannya menyatakan bahawa melalui penggunaan ABM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Selain itu menurut Moldstat, J. A.1974 (dalam Chen Han Wei, 2006), penggunaan media yang sesuai perlu diintegrasikan ke dalam program pengajaran untuk memberi kesan positif kepada pengajaran tersebut. Kajian ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Abd.

34

Aziz Kulop Saad & Azlida Ahmad (2000), yang mana penggunaan BBM seperti bahan pengajaran multimedia dapat menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Oleh itu, sebagai kesimpulannya keseluruhan kajian ini telah membuktikan bahawa tahap penggunaan bahan bantu mengajar guru-guru di sekolah-sekolah zon Jempol adalah masih sederhana dan tidak mencapai tahap yang membanggakan. Selain itu, tahap penggunaan guru lelaki adalah lebih baik berbanding guru perempuan. Semua perkara tersebut perlu diberikan perhatian yang serius yang menjadikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu lebih menarik serta berkesan. Guru-guru mengakui bahawa penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran yang memberi impak yang besar terhadap pencapaian akademik pelajar. Justeru, satu transformasi perlulah dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya terhadap pembinaan, penggunaan dan pemilihan BBM yang sesuai untuk meningkatkan mutu pengajaran guru itu sendiri serta melonjakkan pencapaian UPSR di sekolah.

11.0

CADANGAN Berdasarkan dapatan kajian dan perbincangan yang telah dibuat maka pengkaji

berpendapat beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan oleh semua pihak untuk memastikan tahap penggunaan BBM lebih baik dan berkesan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Antara cadangan-cadangan yang wajar untuk dilaksanakan oleh semua pihak untuk mencapai tujuan di atas ialah:35

Pihak pentadbir sekolah haruslah memberi tumpuan dan mengadakan program peningkatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan BBM yang berkesan oleh guru, melalui panitia Bahasa Melayu untuk menambah pemahaman dan pengetahuan guru tentang hal tersebut.

Guru Besar atau pentadbir haruslah memberi tanggungjawab mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah kepada guru-guru yang mempunyai opsyen atau kepakaran bahasa Melayu sahaja.

Pihak PPD dan JPN juga haruslah memastikan kursus-kursus berkaitan dengan BBM diadakan khas untuk guru bahasa supaya pengetahuan dan pengalaman guru sentiasa ditambah baik .

Pencapaian yang agak baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah dalam daerah Maran (melebihi 80%) adalah hasil pengajaran yang berorientasikan peperiksaan dan bukan mengikuti secara total seperti yang disenaraikan sukatan dan dalam objektif bahasa Melayu iaitu dengan penggunaan BBM.

Guru-guru bahasa Melayu harus sentiasa diberikan latihan, seminar atau latihan secara school based terutama berkaitan dengan pedagogi, teknik, dan bahanbahan baru untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

12.0

KESIMPULAN DAN PENUTUP Akhirnya pengkaji ingin menegaskan di sini bahawa penggunaan BBM dalam

pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk memastikan objektif kurikulum, kemahiran bahasa dan kecemerlangan akademik pelajar tercapai. Selain itu, kemahiran dan pengetahuan tentang BBM harus dikuasai oleh semua guru bahasa untuk memartabatkan bahasa Melayu di sekolah seterusnya di peringkat yang lebih tinggi. Kegagalan guru memahami dan menguasai36

aspek ini menyebakkan berlaku kepincangan dalam penyampaian ilmu bahasa Melayu kepada pelajar. Walaupun dalam kajian ini, hasilnya menunjukkan penggunaan BBM adalah tidak memberangsangkan dan sederhana sahaja namun pengkaji tidak dapat memberi jaminan bahawa hasilnya akan sama jika dilaksanakan kajian di sekolah-sekolah di bandar, sekolah orang asli dan sekolah yang jauh di pedalaman. Oleh itu, diharap pada masa hadapan akan ada pengkaji yang akan mengkaji tentang persepsi murid pula berkaitan dengan tahap

penggunaan BBM oleh guru serta keberkesanan BBM untuk peningkatan pencapaian akademik bahasa Melayu. Selain itu, pengkaji juga boleh melakukan kajian terhadap guruguru di sekolah-sekolah pedalaman atau di sekolah orang asli untuk melihat pandangan mereka pula. Sebagai penutup pengkaji ini menyeru kepada semua guru yang mengajar di Malaysia ini khususnya guru yang mengajar bahasa Melayu untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan sebaik mungkin. Pastikan semua pelajar yang telah tamat sekolah rendah menguasai 3M (membaca,menulis dan mengira) supaya kita tidak diperlekehkan serta dipinggirkan oleh masyarakat dan pihak lain. Justeru kita harus membuktikan bahawa bahasa Melayu itu bahasa yang tinggi nilainya dan akan menjadi bahasa lingua franca seperti suatu masa dahulu. BIBLIOGRAFI Azma A.Hamid. (1990). Teknologi dalam Pendidikan: Mampukah Guru-guru Mengeksploitasinya?. Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. 34(74).20-24 Abdul Rahman Daud.(2000). Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan alat teknologi pendidikan (ATP) dalam pengajaran Matematik di kalangan guru sekolah rendah. Proccedings of the International Conference on Teaching and Learning: Strategising Teaching and Learning in The 21 Century. Vol.2, hlm. 772-784. Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud. (2001). Integrasi Media: Pengajaran Bahasa dan Sastera. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd37

Abdul Rasid Jamian & Yahya Othman. (2006). Ekspektasi Guru dan Pelajar TerhadapPenggunaan Bahan Bantu Mengajar Bahasa Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ). Pedagogi. Siri Pendidikan Longma. Selangor: Longman Malaysia Snd. Bhd. Atan Long. (1982). Pedagogi: Kaedah dan mengajar. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti. Atan Long (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ee Ah Meng. ( 1989 ). Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi Kedua. Petaling Jaya: Siri Pendidikan Fajar Bakti. Ee, Ah Meng . (1997). Pendidikan di Malaysia 1 : Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah. Shah Alam : Fajar Bakti Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan).Subang Jaya: Kumpulan. Budiman Sdn. Bhd. Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon.(2008) Pengenalan Kepada Analisis Statistik Dalam Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

Mohd Aris Othman (2007). Keberkesanan Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer di Kalangan Pelajar Pencapaian Akademik Rendah Bagi Mata Pelajarian Geografi Tingkatan 4 di Negeri Sembilan, Fakulti Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Mat Nor Hussin dan Abd Rahman Abd Rashid,( 1987 ). Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman. Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (1991). Pedadogi 2: Strategi Pengajaran dan Pengajaran Mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Sidek Mohd. Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan :Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Shaharom Noordin & Nur Faizah Zainal Abiden. (2006). Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar. Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia. Skudai, Johor.38

Shafie bin Mohd. Daud. (1990). Pengaruh kesan diri dan pentadbir sekolah terhadap penggunaan media teknologi. Tesis Sarjana. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Zuraidah Abd. Razak. (1988). Tinjauan persepsi pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Tengku Ampuan Durah, Seremban mengenai keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar dalam pelajaran kimia. Jurnal Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia Fatimah Ali. (1980). The Utilization Of the Malaysian educational television. Pendidik dan Pendidikan. 62-78. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia Yahya Don (2005). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. . Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd Chen Han Wei. (2006). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) di Sekolah Kebangsaan Pujut Coner Miri Sarawak. Kertas Ilmiah: Institut Perguruan Sarawak, Miri Sarawak. Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah. http://web.usm.my/km/24-06/KM%20ART%2011.pdf Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahas: Penguasaan Guru Dan Kekangan Dalam Pelaksanaan. http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di Kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian. http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2008/charliejn2008.pdf Celik Huruf: Lancar Baca http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2009/11%20Meimon.pdf

39

Lampiran 1 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

40

Tajuk :

Satu kajian tindakan berkaitan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

LATAR BELAKANG Tujuan pengumpulan maklumat ini adalah untuk melihat tahap penggunaan dan keberkesanan menyeluruh bahan bantu mengajar dalam mempertingkat pencapaian akademik pelajar dalam Bahasa Melayu sekolah rendah. Selain itu, kajian ini juga ingin mengetahui tahap penggunaan bahan bantu mengajar mengikut jantina guru. Maklumat yang dikumpulkan adalah sulit dan hasil kajian ini akan digunakan untuk laporan dalaman (laporan tugasan EDU 5209) sahaja. Arahan : Sila tandakan ( / ) pada kotak yang berkenaan. A. DATA DEMOGRAFI41

Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan demografi responden.Sila berikan jawapan anda dengan menandakan ( / ) pada kotak yang disediakan. 1. Jantina Lelaki Perempuan

2. Pengalaman Mengajar 01 - 05 tahun 05 - 10 tahun 10 - 15 tahun 15 - 20 tahun 20 - 25 tahun >25 tahun

3.

Lokasi Sekolah Bandar Luar Bandar

42

4. Tahap Pendidikan Sijil Diploma Perguruan Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana ke atas /

5.

Pengkhususan Guru Pendidikan

Bahasa Melayu Pendidikan (bukan bidang

Bahasa Melayu)

B. MAKLUMAT TAHAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DI SEKOLAH.

Sila nyatakan sejauh manakah pernyataan di bawah menggambarkan penggunaan menyeluruh tentang tahap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu. Nyatakan respons anda bermula dengan skala 1 iaitu Sangat Tidak Setuju sehinggalah kepada skala 5 iaitu Sangat Setuju. Tandakan ( / ) dalam kotak yang disediakan.

43

Skala; 1 2 3 4 5 Item 1. 2. 3. - Sangat Tidak Setuju (STS) - Tidak Setuju (TS) - Tidak Pasti (TP) - Setuju (S) - Sangat Setuju (SS) ( STS) 1 Saya faham pengertian dan konsep BBM (Bahan Bantu Mengajar) dengan jelas. Saya sentiasa menggunakan BBM dalam pengajaran pembelajaran. Saya menyediakan sendiri BBM supaya ia sesuai dengan objektif dan tahap kebolehan pelajar. 4 Saya menggunakan BBM yang berbentuk TMK .4 (Teknologi Maklumat Komunikasi) dalam P&P. 5 Saya menggunakan BBM yang berbentuk bahan 5 maujud, bercetak, carta dan gambar pegun dalam P&P. 6 Saya menggunakan BBM yang sedia ada di bilik 6 ABM sekolah dalam P&P. Pembinaan bahan BBM memerlukan kos yang 7 banyak. 7 8 Masa yang lama saya perlukan untuk menyediakan 8 sesuatu BBM. 9 Penggunaan dan pembinaan BBM untuk P&P dalam 9 kelas membebankan saya. 1 Penggunaan BBM dalam P&P di dalam kelas 10 membantu mencapai objektif pelajaran yang saya44

Pernyataan

( TS) 2 TP)

( S) 3

( SS) 4

( 5

kehendaki. 1 Pihak pentadbir sekolah sentiasa menitik beratkan 11 penggunaan BBM dalam P&P di bilik darjah. 1 Pihak pentadbiran sekolah sering memberi dorongan, 12 galakan dan bantuan kepada guru dalam penyediaan BBM.

C. MAKLUMAT TAHAP KEBERKESANAN MENYELURUH BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM MEMPERTINGKAT PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DALAM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.

Sila nyatakan sejauh manakah pernyataan di bawah menggambarkan keberkesanan menyeluruh bahan bantu mengajar dalam mempertingkat pencapaian akademik pelajar dalam Bahasa Melayu sekolah rendah. Nyatakan respons anda bermula dengan skala 1 iaitu Sangat Tidak Setuju sehinggalah kepada skala 5 iaitu Sangat Setuju. Tandakan ( / ) dalam kotak yang disediakan. Item 1. 2. Pernyataan STS) 1 Saya dapati murid lebih cepat memahami isi pengajaran dan pembelajaran berbantukan bbm. Murid memberikan perhatian dan tumpuan semasa saya mengajar menggunakan bbm.45

( TS)

( TP) 2

( S) 3

( SS) 4

( 5

3. 4 5 6 7 8

Berlaku komunikasi dua hala ketika saya mengajar menggunakan bbm. Penggunaan bbm memotivasikan pelajar untuk mencuba sesuatu ilmu yang baharu. Pencapaian akademik pelajar saya meningkat dengan penggunaan bbm dalam p&p. Penggunaan bbm menyebabkan p&p dalam kelas tidak terkawal. Penggunaan bbm meningkatkan minat pelajar

terhadap mata pelajaran yang diajar. Latihan yang diberikan selepas p&p berbantukan bbm dapat dijawab dengan baik dan cemerlang oleh

9

pelajar. Daya ingatan pelajar lebih lama dan kefahaman tentang sesuatu fakta meningkat dengan penggunaan

10 11

bbm dalam p&p. Saya berasa lebih yakin dan bersedia mengajar dalam kelas dengan adanya bbm. Penggunaan bbm membantu prestasi peningkatan akademik pelajar yang lemah dan sederhana .

SEKIAN TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG TUAN/PUAN BERIKAN.

46