tugasan 1 rbi

14
TUGASAN 1 REKABENTUK INDUSTRI “ IMPAK PEMBELAJARAN REKABENTUK INDUSTRI DI SEKOLAH ” Disediakan oleh MOHD HANIS BIN ZAINAL (D20131064142) Kumpulan : B Pensyarah Dr. Abdul Aziz bin Zalay @ Zali

Upload: haniz-zainal

Post on 16-Jan-2016

255 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

RBI

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 RBI

TUGASAN 1

REKABENTUK INDUSTRI“ IMPAK PEMBELAJARAN REKABENTUK INDUSTRI DI SEKOLAH ”

Disediakan oleh

MOHD HANIS BIN ZAINAL

(D20131064142)

Kumpulan : B

Pensyarah

Dr. Abdul Aziz bin Zalay @ Zali

Page 2: Tugasan 1 RBI

ISI KANDUNGAN

Bil. Isi M/S

1.0 Definisi Rekabentuk

1.1 Ringkasan Makna Rekabentuk

2.0 Definisi Rekabentuk Industri

2.1 Sifat-Sifat Yang Perlu Ada Pada Seorang Pereka

2.2 Ciri-Ciri Rekabentuk Yang Baik

2.3 Kekangan Dalam Rekabentuk

2.4 Kategori Penghasilan Rekabentuk Industri

2.5 Jenis-Jenis Rekabentuk

2.6 Proses-Proses Dalam Rekabentuk Industri

3.0 Impak pembelajaran rekabentuk industri di sekolah

4.0 Rumusan

Page 3: Tugasan 1 RBI

1.0  Definisi Rekabentuk

Menurut kamus Dewan Bahasa rekabentuk membawa maksud penghasilan suatu

produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada, bagi

memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang .Proses rekabentuk adalah

berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap atau nilai.

Ketiga-tiga konsep ini digabung jalin bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan

melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan

dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model.

Rekabentuk juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai dan mempunyai

nilai-nilai komersial. Rekabentuk merangkumi bidang-bidang seperti grafik, rekabentuk

perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, rekabentuk

bangunan/ landskap dan ukiran.

1.1 Ringkasan Makna Rekabentuk

Reka

Membuat sesuatu ciptaan

Baru (ilham, kajiselidik)

Lama (memperbaharui)

Bentuk

Menggunakan sains dan matematik

Proses kejuruteraan

Ekonomi.

Page 4: Tugasan 1 RBI

2.0 Definisi Rekabentuk Industri

Seni reka bentuk industri melibatkan proses reka bentuk barangan elektrik dan

elektronik, perabot, kenderaan dan sebagainya. Proses rekabentuk atau sama ada rekacipta

bermula dari seorang perekabentuk industri atau jurutera pereka yang mempunyai kepakaran

“multi-discipline” yang berupaya menghasilkan idea rekabentuk sehingga lahir produk yang

dihasilkan oleh proses pembuatan di dalam sesebuah industri pembuatan. Bidang Rekabentuk

Industri merangkumi ilmu seni, sains dan teknologi. Asas kejuruteraan juga ditekankan dalam

bidang ini supaya produk bukan sahaja mempunyai nilai estetika malahan semestinya boleh

melakukan fungsi sebenar produk berkenaan Revolusi Perusahaan di Eropah yang muncul

pada abad ke-17 telah menjadikan perkembangan pesat industri reka bentuk.

Definisi rekabentuk perindustrian adalah bidang berkaitan dengan mereka dan

membangunkan konsep serta spesifikasi yang memenuhi fungsi, nilai, bentuk luaran sesuatu

produk untuk kebaikan pengguna dan pengeluar. Bidang ini adalah seni gunaan yang

menggabungkan penggunaan dan seni menghasilkan produk yang baik sesuai untuk

pengguna. Dengan kata lain, bidang ini bukan berkaitan dengan rekaan gear , litar atau

bagaimana produk berfungsi tetapi lebih kepada bentuk sesuatu produk bagi memudahkan

pengguna menggunakannya.

2.1 Sifat-Sifat Yang Perlu Ada Pada Seorang Pereka

a. Kreatif

Mempunyai kebolehan menghasilkan produk baru & idea-idea

asal serta barangan asal. (Mungkin berguna dan mungkin tidak

berguna.)

b. Inovatif

Mempunyai kebolehan memperkenalkan sesuatu yang baru

seperti idea-idea baru, cara-cara baru (selalunya berguna)

Page 5: Tugasan 1 RBI

2.2 Ciri-Ciri Rekabentuk Yang Baik

Sesuatu rekabentuk yang baik ialah suatu produk yang dapat:

Berfungsi dengan baik dan cekap.

Sangat ekonomikal dalam lingkungan kekangan yang dikenakan.

2.3 Kekangan Dalam Rekabentuk

Kekangan adalah merupakan suatu aturan yang terpaksa dipatuhi. Di antara kekangan

utama dalam rekabentuk kejuruteraan adalah:

Kos

Keboleharapan (reliability).

Keselamatan.

Prestasi.

Kehendak akta kilang dan jentera.

Pertimbangan sosiologi.

Pencemaran

Penggunaan tenaga.

2.4 Kategori Penghasilan Rekabentuk Industri

Rekabentuk yang telah wujud atau dikatakan ‘redesign’ di mana perubahan-

perubahan kecil dibuat pada saiz, bentuk, bahan bagi mengatasi masalah

pengeluaran dan prestasi. Kerja-kerja rekabentuk seperti ini banyak dilakukan

di kilang-kilang terutama di bahagian R&D.

Mengguna atau megambil rekabentuk sedia ada dan direka supaya beroperasi

dalam keadaan sekeliling yang berbeza atau beroperasi dalam bentuk yang

lain. Selalunya perbezaan amat besar dari yang asal.

Page 6: Tugasan 1 RBI

Rekabentuk sesuatu yang baru, rekabentuk tersebut adalah sesuatu yang dicipta

dan ia tiada sebelumnya. Rekabentuk seperti ini adalah sesuatu kerja yang

sangat memerlukan pengalaman dan kreativiti pereka. Ia juga banyak

menimbulkan masalah yang perlu kepada penyelesaian. Pertimbangan inovasi,

kerja-kerja prototaip dan ujikaji banyak diperlukan pada peringkat ini.

2.5 Jenis-Jenis Rekabentuk

Rekabentuk Komponen.

Rekabentuk Sistem.

Rekabentuk Produk Industri / Pengeluaran.

2.6 Proses-Proses Dalam Rekabentuk Industri

Rekabentuk merupakan suatu aktiviti yang melibatkan berbagai disiplin. Bidang

rekabentuk melibatkan berbagai-bagai bidang seperti elektronik, mekanikal, senireka, bahan

dan sebagainya. Sebagai contoh, kita lihat sebuah komputer, disiplin yang terlibat dalam

menghasilkan sesebuah komputer adalah kejuruteraan mekanikal, perisian, elektronik,

senireka dan ergonomik. Disiplin-disiplin yg disebutkan perlu bergabung dan berinteraksi

untuk menghasilkan satu rekabentuk yang baik. Adalah mustahil untuk berjumpa dengan

seorang pereka yg boleh menguasai semua bidang. Rekabentuk bukanlah satu proses atau

aktiviti yg terhasil secara spontan atau tiba-tiba, sebaliknya ia adalah aktiviti yg melibatkan

proses-proses tertentu tercetus dari kesedaran mengenai sesuatu masalh yang dihadapi dan

memerlukan kepada penyelesaian. Pereka pula harus memahami dan mengetahui keperluan

pelanggannya Jurutera perindustrian bekerja mengikut proses rekabentuk yang telah

digariskan oleh bidang rekabentuk perindustrian. Proses reka bentuk dapat dibahagikan

kepada beberapa peringkat iaitu, penerangan projek, kajian, perkembangan idea,

perkembangan reka bentuk, menyempurnakan reka bentuk dan akhir sekali membuat model

dan prototaip.

Page 7: Tugasan 1 RBI

Contoh-Contoh Rekabentuk Industri

Page 8: Tugasan 1 RBI
Page 9: Tugasan 1 RBI

3.0 “ IMPAK PEMBELAJARAN REKABENTUK INDUSTRI DI SEKOLAH ”

Kesan pembelajaran rekabentuk industri di sekolah boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan

positif dan negatif dan kesannya dapat dilihat pada pelajar dan kepada sekolah.

Kesan kepada pelajar:

Melalui pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar, pelajar boleh mengadaptasikan

sesuatu yang diajar oleh guru dengan mencipta sesuatu karya.

Melahirkan minat pelajar dalam mendalami subjek rekabentuk industri.

Page 10: Tugasan 1 RBI

Dalam menghasilkan sesuatu karya, pelajar harus mempunyai idea, dan untuk

menghasilkan idea yang hebat, pelajar perlu memerah otak untuk berkarya. Maka

disitu proses berfikir berjalan dan dari situ daya kreativiti seseorang akan berkembang

dan akhirnya akan menghasilkan sesuatu karya dengan daya pemikiran sendiri.

Pelajar mampu menghasilkan sesuatu produk dengan menggunakan bahan-bahan

terpakai seperti botol plastik, tin aluminium, tayar dan bahan-bahan kitar semula yang

lain. Sesuatu produk yang dihasilkan tidak kiralah produk yang mempunyai fungsi

mahupun produk yang dihasilkan untuk digunakan sebagai hiasan.

Pelajar mampu mengurangkan pembuangan bahan-bahan kitar semula ke tempat

pelupusan sampah dan secara automatiknya ia mampu mengurangkan penggunaan

kawasan pembuangan sampah.

Seterusnya ialah, pelajar dapat mengisi masa lapang dengan memikirkan idea-idea

dalam penghasilan sesuatu produk. Waktu-waktu yang terluang dapat diisi dengan

sesuatu yang bermanfaat kerana berfikir itu adalah satu latihan untuk otak yang sihat.

Kesan kepada Sekolah :

Melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran

kreatif dalam menghasilkan sesuatu produk yang

boleh digunakan dalam mana-mana bidang

industry di Negara.

Nama baik sekolah diangkat dan sekolah akan

mendapat perhatian ibu bapa untuk menghantar

anak-anak mereka belajar subjek rekabentuk

industri.

Page 11: Tugasan 1 RBI

Sekolah berpeluang untuk mendapatkan dana yang

mencukupi untuk pembangunan infrastruktur di

sekolah dan pentadbiran sekolah akan berjalan

dengan lancar.

Landskap sekolah yang cantik dipandang dan

mempunyai kelainan dengan sekolah lain. Subjek

rekabentuk industri tidak hanya mengajar

mengenai penghasilan sesuatu produk dalam

bidang industri perkilangan, malahan subjek ini

mendedahkan para pelajar untuk tahu cara

menghias seperti menghias landskap.

KESIMPULAN:

Secara keseluruhannya, pengajaran subjek rekabentuk industri di sekolah mempunyai

impak atau kesan yang positif kepada perkembangan pelajar dan memainkan peranan

tersendiri dalam mencantikan pandangan pihak luar terhadap sekolah serta sedikit

sebanyak membantu sekolah meninggkatkan pemandangan sekitar sekolah lebih ceria

jika pembelajaran yang diperolehi diaplikasikan pada persekitaran di sekolah. Daya

kreativiti seseorang dapat dicungkil melalui pembelajaran subjek ini disekolah.

Page 12: Tugasan 1 RBI