tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

36
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Guru sanggup berkorban jiwa dan raga demi melahirkan generasi cemerlang dari segi budaya, agama, sahsiah dan pemikiran. Namun, golongan guru boleh menguntum senyuman kerana jasa mereka terpapar pada kejayaan dikecapi, bukan saja murid diajar bahkan pada setiap pelosok pembangunan. Inilah lilin yang membakar diri demi kebahagiaan orang lain. Betul kata pujangga Usman Awang yang berpendapat bahawa setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru. Meskipun guru tidak boleh bermegah dengan kejayaan anak didik mereka, guru harus bangkit daripada kesibukan bagi memberi didikan kepada anak bangsa untuk mencapai kejayaan cemerlang. Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya. Hakikat ini ditunjukkan sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir menghembuskan nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu kepadanya. Beliau tahu betapa tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan. Dalam era globalisasi ini, guru menghadapi pelbagai cabaran semasa yang menguji ketahanan dan kesabaran guru di Malaysia. Profesion guru mencapai cabaran yang besar dalam membangunkan generasi bangsa Malaysia yang maju menjelang tahun 2020. Cabaran ini disebabkan peranan guru yang lebih pelbagai sehingga memerlukan mereka meningkatkan daya

Upload: ahmad-nazri

Post on 11-Aug-2015

420 views

Category:

Internet


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi

menerangi orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Guru sanggup berkorban

jiwa dan raga demi melahirkan generasi cemerlang dari segi budaya, agama,

sahsiah dan pemikiran. Namun, golongan guru boleh menguntum senyuman kerana

jasa mereka terpapar pada kejayaan dikecapi, bukan saja murid diajar bahkan pada

setiap pelosok pembangunan. Inilah lilin yang membakar diri demi kebahagiaan

orang lain. Betul kata pujangga Usman Awang yang berpendapat bahawa setiap

kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru. Meskipun guru

tidak boleh bermegah dengan kejayaan anak didik mereka, guru harus bangkit

daripada kesibukan bagi memberi didikan kepada anak bangsa untuk mencapai

kejayaan cemerlang. Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya.

Hakikat ini ditunjukkan sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir

menghembuskan nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu

kepadanya. Beliau tahu betapa tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga

orang yang belajar di sisi Tuhan.

Dalam era globalisasi ini, guru menghadapi pelbagai cabaran semasa yang

menguji ketahanan dan kesabaran guru di Malaysia. Profesion guru mencapai

cabaran yang besar dalam membangunkan generasi bangsa Malaysia yang maju

menjelang tahun 2020. Cabaran ini disebabkan peranan guru yang lebih pelbagai

sehingga memerlukan mereka meningkatkan daya kreativiti, minda yang terbuka

dan positif, dan peka terhadap permintaan pelajaran yang lebih canggih berbanding

dahulu dalam setiap mata pelajaran. Mereka juga perlu lebih berdisiplin dan

menjadikan profesion perguruan bukan sahaja tempat makan gaji, tetapi lebih

bersifat luhur budi, serta menjadikan profesion ini sebagai tempat berbakti kepada

anak bangsa. Seterusnya, mereka mesti mempunyai kekuatan mental dalam

suasana yang lebih global disamping bersedia dengan pihak ibubapa yang semakin

hari semakin agresif dan pelajar pula yang semakin kurang adab sopan serta tidak

berterima kasih. Selain itu guru juga perlu bersabar dan berhemah kerana untuk

mencerminkan bahawa mereka seorang yang muliadan berdedikasi tinggi. Guru

juga perlu mmenunjukkan kepimpinan melalui teladan bukan memberi pelajaran

Page 2: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

kepada pelajar, tetapi juga merupakan pendidik dan profesion yang diiktiraf

diperingkat antara bangsa.

1.2 Analisis isu dan cabaran guru.

Antara cabaran-cabaran yang boleh dihadapi oleh guru khususnya di sekolah

saya ialah cabaran dalam sistem pendidikan. Yang pertama ialah cabaran revolusi

teknologi maklumat (Shahril Marzuki dan Habib Mat Som 1999). Revolusi

merupakan sebuah proses pembentukan ulang masyarakat sehingga menyerupai

proses kelahiran kembali (Definisi Revolusi, -) manakala teknologi maklumat sering

digambarkan sebagai istilah yang timbul hasil penggunaan komputer, penyiaran,

telekomunikasi, dan rangkaian data (Amisah Mahmud, Imelda Manuel Ya dan Siti

Khadizah Mohd. Derin, 2010).

Proses pendidikan masa kini telah ditukarkan kepada penggunaan teknologi

maklumat dan tidak dapat dinafikan pelajar-pelajar telah didedahkan dengan

multimedia dan teknologi maklumat. Jadi, masa kini, proses pengajaran guru dalam

kelas semuanya berasaskan penggunaan komputer. Kebaikan penggunaan

komputer dalam proses pengajaran ialah pelajar-pelajar dapat menumpukan

perhatian mereka semasa guru mengajar kerana terdapat bahan-bahan menarik

seperti video dan gambar yang boleh digunakan dalam proses pengajaran.

Walaubagaimanapun, terdapat masalah yang muncul semasa penggunaan

komputer dalam proses pengajaran digunakan. Antaranya ialah masalah terdapat

guru yang tidak tahu menggunakan komputer. Keadaan ini telah menyebabkan

proses pengajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar dan pelajar –pelajar

berkemungkinan besar tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam

proses pembelajaran kerana kekurangan bahan-bahan yang boleh menarik

perhatian mereka terhadap proses pembelajaran. Selain itu, penyediaan prasarana

teknologi maklumat di sekolah juga merupakan cabaran revolusi teknologi

maklumat. Selaras dengan itu, mata pelajaran komputer telah diperkenalkan di

semua sekolah termasuk sekolah di bandar dan pinggir bandar.

Dalam hal ini, penyediaan peralatan elektronik iaitu komputer yang

mencukupi di semua sekolah telah menjadi masalahnya kerana terlalu banyak

sekolah yang memerlukan bantuan dalam menyediakan komputer-komputer yang

secukupnya untuk pelajar. Di samping itu, cabaran yang lain adalah menyediakan

para guru dengan kepakaran teknologi maklumat agar pelajar-pelajar di sekolah

m/s : 2

Page 3: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

boleh belajar tentang teknologi maklumat dengan lancar. Kalau masalah dalam

bidang teknologi maklumat ini tidak dapat diselesaikan dengan sempurna, tentunya

membawa kesan yang serius dalam sistem pendidikan negara. Kegagalan

sesetengah guru menggunakan teknologi maklumat semasa mengajar dan

kekurangan tenaga guru dalam pengajaran teknologi maklumat telah mengakibatkan

pelajar-pelajar tidak menumpukan perhatian dalam kelas lalu menjejaskan proses

pembelajaran. Jika pelajar tidak dapat memperoleh pengetahuan melalui pengajaran

guru dalam kelas, maka tidak ada gunanya menerapkan kelas komputer dalam

sukatan pelajaran masa kini. Justeru, boleh dipastikan bahawa cabaran revolusi

teknologi maklumat merupakan satu daripada cabaran yang dihadapi oleh rakyat.

Selain itu, cabaran lain dalam bidang pendidikan yang dihadapi oleh negara

kita ialah masalah disiplin pelajar yang semakin serius. Disiplin didefinisikan

sebagai peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para

pelajar selari kehendak agama, norma-norma masyarakat dan undang-undang

sesebuah negara (Disiplin Sekolah Semakin Merosot). Antara masalah disiplin yang

biasanya berlaku di sekolah ialah ponteng sekolah, ponteng kelas, gejala membuli

pelajar yang lemah, merokok, bergaduh, mengugut, dan vandelisme (Contoh-contoh

masalah disiplin yang dihadapi oleh Sekolah dalam Kalangan Pelajar, 2014).

Statistik menunjukan bahawa salah laku disiplin murid yang direkodkan oleh

Kementerian Pelajaran dari tahun 2010 hingga tahun 2013 ialah 2.05% (Sektor

Pembangunan Kemanusiaan Unit Hal Ehwal Murud 2013). Apakah faktor-faktor

yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar? Antara

faktornya ialah murid sendiri. Murid-murid yang mahukan kebebasan akan

melakukan semua perkara megikut keinginan diri sendiri tanpa mempertimbangkan

tentang kesannya. Tentunya masalah disiplin itu akan membawa kesan kepada

sistem pendidikan negara.

Selain itu, hal ini berlaku kerana pelajar kekurangan kasih sayang daripada

ibu bapa. Ibu bapa telah mengamalkan sikap endah tak endah dan tidak

memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Bukan itu

sahaja, sesetengah ibu bapa yang mementingkan kerjaya juga tidak mengeluarkan

masa untuk menemani anak-anak mereka. Mereka hanya berfikir untuk mendapat

keuntungan yang banyak untuk menyara keluarga. Mereka tidak memperdulikan

tentang perasaan anak-anak yang masih kecil. Jadi, anak-anak yang kekurangan

kasih sayang itu akan berasa sunyi lalu mencari ketenangan dan keseronokan

m/s : 3

Page 4: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

dengan melakukan perbuatan yang melanggar peraturan sekolah lalu

mengakibatkan masalah disiplin di sekolah.

Antara kesan jika masalah disiplin pelajar tidak dapat ditangani dengan betul

ialah keselamatan pelajar-pelajar yang lain akan terancam. Jika keselamatan pelajar

terancam, maka mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam

pembelajaran kerana perasaan takut akan keselamatan mereka diancam.

Akibatnya, mereka tidak dapat mendapatkan keputusan yang baik dalam

peperiksaan dan prestasi sekolah telah merosot. Bukan itu sahaja, kegagalan

pelajar mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akan

menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

Kesannya, pelajar yang cemerlang tidak dapat dipupuk oleh sekolah dan ini telah

mengakibatkan negara kita kehilangan pemimpin masa depan yang berwibwa. Jadi,

sistem pendidikan masa kini telah gagal untuk memastikan kejadian masalah disiplin

berkurangan dan ini telah membuktikan bahawa sistem pendidikan negara kita tidak

berkesan.

Selain itu, kegagalan memupuk pelajar yang cemerlang juga telah

mengakibatkan masalah kekurangan tenaga guru yang berkebolehan untuk

mendidik generasi masa depan. Hal ini akan menjejaskan sistem pendidikan negara

kita kerana kekurangan tenaga guru dalam suatu sekolah mengakibatkan seorang

guru perlu membuat kerja yang berlebihan dan tidak dapat menjaga semua

muridnya dengan baik. Akibatnya, pelajar tidak dapat memperoleh ilmu pengetahuan

yang diperlukan dan tidak dapat mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Ini telah menjejaskan prestasi sistem pendidikan negara kerana tidak

berkemampuan meahirkan pelajar-pelajar yang berilmu. Konklusinya, terbuktilah

masalah disiplin pelajar yang kian meningkat juga merupakan cabaran yang

dihadapi oleh negara kita dan telah menjejaskan sistem pendidikan Negara

Di samping itu, antara cabaran yang lain ialah perpaduan antara murid-murid

dengan guru. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik didiami oleh pelbagai

kaum yang berbeza dari aspek kebudayaan, keagamaan, bahasa, dan tradisi. Jadi,

hubungan antara kaum tidak boleh dipandang remeh oleh rakyat kerana kalau

raykat Malaysia tidak bersatu padu, tentulah negara kita tidak akan tenteram dan

aman. Di sekolah juga terdapat murid-murid yang terdiri daripada perlbagai kaum

seperti kaum Melayu, kaum Cina, kaum India, dan etnik-etnik yang lain. Bagi

m/s : 4

Page 5: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

mengekalkan hubungan baik antara murid-murid yang berbilang kaum, beberapa

perkara perlu diberikan tumpuan agar salah faham tidak akan berlaku semasa

mereka belajar di sekolah.

Cabaran yang akan ditempuhi oleh rakyat dalam mewujudkan keadaan yang

harmoni antara kaum antaranya ialah perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan

seperti agama, bahasa, dan adat resam. Bukan itu sahaja, kekurangan interaksi

antara murid yang berlainan kaum juga akan menimbulkan jarak sosial. Oleh itu,

murid-murid yang berlainan kaum harus bercampul gaul sesama diri sendiri untuk

lebih memahami kebudayaan kaum yang lain agar perselisihan faham tidak akan

berlaku. Kepentingan jika murid-murid dan guru bersatu padu ialah aktiviti-aktiviti

yang dijalankan dalam sekolah dapat dijayakan. Bukan itu sahaja, guru dan murid

dapat bergaul sesama diri dan hubungan mereka bertambah erat lalu masalah tidak

akan berlaku dalam kelas. Ini dapat menjamin bahawa sekolah sentiasa dalam

keadaan yang sejahtera dan aman.

Cabaran perpaduan telah membawa kesan kepada sistem pendidikan

negara. Kalau murid-murid yang berlainan kaum tidak belajar bersama dalam satu

kelas dengan aman, tentunya sekolah juga akan porak-peranda. Hal ini dikatakan

demikian kerana jika murid-murid tidak bersatu padu, pertelingkahan pasti akan

berlaku jika mereka tidak dapat memahami antara satu sama lain dalam aspek

kebudayaan dan keagamaan. Jikalau guru dan murid-murid tidak dapat bersatu

padu, kelas tidak dapat dijalankan dengan lancar kerana murid-murid tidak akan

mendengar apa yang diajar oleh guru dan mereka akan membangkitkan masalah

dalam kelas seperti mengusik pelajar yang lain serta membuat bising dalam kelas.

Mereka akan melakukan perkara yang bertentangan dengan guru kerana mereka

berfikir bahawa jika guru tidak bergaul dengan mereka maka mereka tidak akan

bekerjasama dengan guru mereka.

Jika proses pengajaran tidak lancar, maka prestasi guru akan menurun dan

guru tidak dapat mempunyai keyakinan diri semasa belajar. Ini telah mempengaruhi

sistem pendidikan negara kerana guru yang tidak berkeyakinan semasa mengajar

tidak dapat mendidik murid-muridnya dengan baik lalu pemimpin negara masa

depan tidak dapat dipupuk.

1.3 Pandangan dan ulasan cara terbaik tangani isu dan cabaran guru.

m/s : 5

Page 6: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

Seseorang guru boleh menangani cabaran revolusi teknologi maklumat

dengan mempelajari cara untuk menggunakan teknologi multimedia dalam proses

pengajaran utuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Teknologi multimedia

adalah teknologi baru dalam bidang komputer yang memiliki kebolehan untuk

menjadikan media pembelajaran lebih lengkap .

Multimedia dalam pendidikan merupakan alat, kaedah, dan pendekatan yang

digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa

proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Multimedia telah digunakan

sebagai perantara dalam sesebuah persembahan maklumat guru kepada pelajar.

Komputer merupakan peralatan yang paling sesuai untuk digunakan dalam proses

pengajaran kerana komputer mempunyai kesan bunyi, paparan grafik yang

berwarna-warni, video serta animasi.

Sebagai seorang guru, tentunya saya akan mempelajari cara-cara untuk

membuat penyampaian maklumat kepada pelajar dengan menggunakan perisian

komputer seperti Microsoft Power Point dan Microsoft Word kerana penggunaan

perisian komputer ini membolehkan para pelajar untuk memberi perhatian mereka

yang sepenuhnya dalam kelas. Ini kerana saya akan memasukkan kesan bunyi,

video, dan gambar rajah yang menarik dalam persembahan maklumat saya untuk

menarik perhatian pelajar.

Falsafah Pendidikan Negara telah menekankan untuk melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan

negara. Dalam pada itu, jika saya mempelajari cara-cara untuk menggunakan

teknologi multimedia, saya dapat mengajar pelajar-pelajar saya tentang cara

menggunakan komputer dan multimedia dengan betul seterusnya rakyat Malaysia

yang berilmu pengetahuan dapat dilahirkan. Pelajar yang berilmu telah dididik sejak

kecil bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka, generasi muda

masa kini perlulah memperoleh pengetahuan daripada guru agar dapat mendidik

anak-anak mereka pada masa depan. Sebagai seorang guru, saya akan

mempelajari dan menggunakan teknologi maklumat dalam proses pengajaran untuk

merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.

m/s : 6

Page 7: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

Seterusnya bagi menyelesaikan cabaran disiplin murid, saya akan

menjadikan diri saya sebagai contoh atau teladan kepada pelajar. Kita perlu

mempunyai contoh yang baik tidak kira di mana kita berada. Kita haruslah memupuk

kesedaran dalam diri kita agar sentiasa teringat bahawa pelajar-pelajar akan

sentiasa mengikuti tingkah laku kita.

Jika kita tidak menunjukkan teladan yang baik kepada mereka, pelajar-pelajar

tersebut tentunya juga tidak berkelakuan baik dalam kehidupannya. Guru

seharusnya mempunyai disiplin yang baik dan kita perlulah memupuk kesedaran

dalam diri kita agar sentiasa beringat bahawa kita merupakan seorang guru yang

perlu menunjukkan teladan yang baik. Bukan itu sahaja, sebagai seorang guru, saya

akan bersikap prihatin dan membina hubungan yang mesra dengan pelajar saya.

Sebagai guru yang bertanggungjawab dan mempunyai kasih sayang, kita

perlulah mengambil berat tentang pelajar-pelajar kita dan membantu mereka jika

mereka menghadapi masalah. Dengan ini, hubungan yang mesra dapat dibina

antara guru dan pelajar kerana saling memahami antara satu sama lain. Jika guru

dapat memberikan perhatian kepada pelajarnya, tentu pelajar tersebut akan berasa

dihargai oleh orang lain dan tidak perlu membuat sesuatu perkara yang melanggar

peraturan sekolah untuk menarik perhatian guru. Jadi, terbuktilah bahawa tindakan

seorang guru untuk mengambil berat tentang pelajarnya dapat menjadikan guru itu

lebih memahami pelajarnya justeru membina hubungan yang baik.

Langkah seterusnya saya akan menggalakkan pelajar-pelajar untuk terlibat

dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah. Contoh aktiviti-aktiviti kokurikulum di

sekolah ialah badminton, bola keranjang, pengakap, dan sebagainya. Apabila

pelajar-pelajar menyertai program-program kokurikulum di sekolah, mereka tidak

mempunyai masa untuk menimbulkan masalah disiplin. Selain itu, mereka juga akan

belajar tentang nilai-nilai murni dan mereka mengetahui bahawa tindakan untuk

menimbulkan masalah disiplin adalah tidak betul.

Menerusi langkah-langkah di atas, Falsafah Pendidikan Negara yang

mengatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dapat

m/s : 7

Page 8: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

direalisasikan. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui menyertai aktiviti-aktiviti

kokurikulum, pelajar-pelajar dapat memperoleh ilmu pengetahuan dan ilmu dalam

kehidupan. Setelah masalah disiplin pelajar berkurangan, tentulah masyarakat dan

negara yang harmoni serta makmur dapat direalisasikan selaras dengan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.

Selain itu, langkah seterusnya untuk menangani masalah perpaduan dalam

kalangan murid sekolah ialah dengan menerapkan semangat dan nilai bersatu padu

dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Semangat ini dapat diterapkan melalui

aktiviti-aktiviti kumpulan. Dalam konteks ini, guru hendaklah membahagikan pelajar

secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah. Melalui aktiviti-

aktiviti itu, hubungan antara pelajar dengan guru juga dapat bertambah erat lalu

perpaduan antara guru dan pelajar dapat dicapai bagai aur dengan tebing. Untuk

menjayakan inisiatif itu, guru tidak harus mencetuskan isu-isu sensitif semasa

mengajar dalam kelas seperti tidak menghormati agama dan kebudayaan kaum lain.

Sebagai seorang guru yang dedikasi, saya juga akan membahagikan kedudukan

pelajar dengan sempurna agar pelajar yang berlainan kaum dapat berkomunikasi

antara satu sama lain.

Dengan itu, pelajar-pelajar yang berlainan kaum dapat saling memahami dan

pertelingkahan yang mengakibatkan ketidaktenteraman tidak akan berlaku. Bukan

itu sahaja, guru juga perlu mengajar murid-muridnya untuk menghayati sejarah

negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Ini dapat menyedari anak-

anak tentang kesan akibatnya kurang perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.

Guru seharusnya menggunakan bahan pengajaran yang menarik untuk mengajar

sejarah agar pelajar akan memberikan perhatian sepanjang proses pengajaran.

Jika langkah-langkah di atas dapat dijalankan dengan lancar, maka rakyat

Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan dapat dilahirkan dan

kesejahteraan diri dapat dicapai serta sumbangan dapat diberi terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Hal ini dikatakan demikian

kerana kalau perpaduan dapat dipupuk melalui cara-cara yang diambil di atas,

tentunya perselisihan faham antara pelajar dan guru dapat dielakkan. Guru dan

pelajar menjadi lebih memahami antara satu sama lain dan mereka akan

menghargai masa mereka bersama. Jadi, sememangnya sebagai seorang guru, kita

m/s : 8

Page 9: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

dapat membantu menangani cabaran perpaduan lalu merealisasikan Falsafah

Pendidikan Negara.

Konklusinya, tidak dapat dinafikan bahawa cabaran-cabaran yang sedang

dihadapi oleh negara memang akan mempengaruhi sistem pendidikan negara.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru, kita perlu berusaha membantu

menangani cabaran-cabaran tersebut.

2.0 DAPATAN HASIL TEMUBUAL GURU TENTANG STRESS DI SEKOLAH

2.1 Punca-punca dan faktor stress

Menurut Burhanuddin Abdul Jalal (2010), stress merupakan suatu ungkapan

yang sering dikaitkan dengan hal-hal yang negatif seperti gila, gelisah, tertekan,

tidak mampu berfikir, jiwa yang resah, pemarah dan hal-hal negatif yang lain. Kita

barangkali amat biasa dengan istilah atau ungkapan ini. Ini mungkin kerana setiap

hari kita mengalami stress. Stress berlaku apabila keadaan tubuh badan atau jiwa

kita mengalami suatu keadaan atau situasi di luar kebiasaan kita.

Tekanan boleh didefinisikan sebagai tindak balas emosi yang tidak spesifik

terhadap desakan sama ada yang sebenar atau yang diimaginasikan. Ia merupakan

satu fenomena semula jadi yang tidak boleh dielakkan sekiranya seseorang itu

membuat kerja-kerja profesional. Tekanan merupakan normal dalam kehidupan

yang sentiasa dipenuhi dengan kesibukan. Setiap orang akan mengalami tekanan

(stres) dalam kehidupan seharian mereka. Tekanan (stres) yang berterusan dan

keterlaluan boleh mengganggu kesihatan mental mahupun kesihatan fizikal.

Hasil dapatan temu bual yang telah dijalankan ke atas sepuluh orang guru di

sekolah saya baru-baru ini didapati terdapat lima faktor utama yang menyebabkan

berlakunya tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, keperluan penghargaan,

kekangan masa dan tekanan kerja di kalangan guru sekolah, dan hubungan

interpersonal. Keadaan ini juga berlaku di sekolah saya di mana guru berhadapan

dengan masalah sosial, anak muda yang terbiar dan masalah disiplin yang

menakutkan serta disusuli pula oleh tekanan kerja yang kuat. Di dalam bilik darjah

guru berhadapan dengan masalah salah laku pelajar yang mana faktor ini dipercayai

antara faktor yang menyebabkan guru-guru di sekolah menghadapi tekanan. Guru-

m/s : 9

Page 10: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

guru terpaksa berhadapan dengan masalah pelajar-pelajar yang suka membuat

bising, biadap atau kurang ajar dan kesukaran mengawal pelajar dalam kelas.

Sehubungan itu, kita perhatikan bahawa faktor penghargaan merupakan

faktor yang boleh menyebabkan tekanan kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini

merujuk kepada penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang

rajin, berdedikasi, dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Terdapat guru-

guru yang benar-benar memberi komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan

pembelajaran, namun penghargaan yang sewajarnya masih belum diperolehi.

Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak berpeluang untuk kenaikan pangkat

dan masih diiktiraf senioritinya untuk memegang sesuatu jawatan. Adakalanya

pandangan, pendapat dan suara guru-guru terhadap kebaikan sekolah tidak dihargai

atau kurang mendapat perhatian yang baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga

boleh menimbulkan perasaan tersinggung dan kecewa sehingga menyebabkan

guru-guru itu menjadi kurang proaktif lagi. Terdapat segelintir guru yang melihat gaji

yang diterima tidak seimbang dengan tugasnya sedangkan mereka ini

mengharapkan gaji yang seimbang dengan tugas-tugas yang ditanggungnya.

Sepatutnya apabila guru-guru tersebut memegang sesuatu jawatan atau tugas yang

berat, pihak pentadbir harus peka terhadap mereka yang dibebani kerja yang

banyak.

Faktor kekangan masa dan sumber merupakan faktor seterusnya yang

menjadi penyebab berlakunya tekanan kerja kepada guru. Kekangan sumber

merujuk kepada kekurangan peralatan dan kemudahan pengajaran dan

pembelajaran, keadaan bilik guru, kekurangan kelas, tuntutan sukatan pelajaran dan

lain-lain. Kekangan masa pula ialah kekurangan masa guru-guru untuk mengajar,

menghabiskan sukatan pelajaran yang diajar, pelajar dan masa rehat yang singkat.

Pelbagai kursus juga perlu dihadiri oleh guru, kadang kala memakan masa yang

lama sehingga terpaksa meninggalkan kelas yang diajar. Tambahan pula, guru

tersebut tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang

diajarnya. Setelah tamat kursus, guru perlu menghabiskan dan menyiapkan tugasan

yang tertangguh sebelum ini. Ini tentunya akan menambahkan tekanan kerja kepada

guru tersebut.

m/s : 10

Page 11: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

Faktor hubungan interpersonal dalam sekolah juga merupakan faktor yang

menyebabkan berlakunya tekanan di kalangan guru-guru. Hubungan antara

personal ini merujuk kepada hubungan guru dengan guru, guru dengan pengetua,

guru dengan pegawai dan jabatan pendidikan, hubungan guru dengan staf

sokongan, hubungan guru dengan pelajar dan hubungan antara guru dengan ibu

bapa, penjaga atau waris pelajar. Perhubungan yang ada kalanya dingin antara

guru-guru dengan personel yang terdapat di sekolah akan mempengaruhi dan

memberikan implikasi yang kurang baik terhadap kualiti kerja guru-guru tersebut.

Faktor lain seperti bebanan kerja dan prospek kenaikan pangkat yang tidak

mencukupi. Oleh yang demikian, ramai guru yang kecewa sehingga mereka bersara.

Ini ditambah lagi dengan ketidakadilan dalam penilaian kenaikan gaji oleh pengetua

sedangkan prestasi guru cemerlang. Akibatnya stres berpanjangan ketidakpuasan

dalam bekerja menyebabkan guru ingin berhenti kerja atau meluahkan

ketidakpuasan melalui tingkahlaku yang tidak sepatutnya.

2.2 Kesan Stres kepada guru di sekolah.

Terdapat banyak kajian yang menyatakan punca-punca yang akan membawa

kepada tekanan terhadap guru dan menyebabkan mereka mengambil jalan-jalan

tertentu untuk menyelesaikannya. Hasil dapatan temu bual yang telah dijalankan

didapati guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan

yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara yang menyalahi

undang-undang dan etika pengurusan.

Setiap yang dilakukan pasti memberikan kesan yang kurang baik terhadap

organisasi tersebut. Antara perkara yang biasa dilakukan oleh guru yang stres

termasuklah ponteng kerja, masuk lambat ke kelas, berkasar dengan pentadbir,

dingin dalam berhubungan dengan warga sekolah lain dan sebagainya yang mana

perkara-perkara ini hanya mendatangkan kesan yang negatif terhadap pihak

sekolah.

Pihak sekolah yang dinyatakan di sini dapat dibahagikan kepada tiga iaitu

murid, guru dan pentadbir sekolah itu sendiri. Dalam sesebuah organisasi perlulah

ada sikap saling menghormati, jujur dan amanah agar sesebuah organisasi sentiasa

berada dalam keadaan aman tanpa sebarang permasalahan. Lain pula yang akan

berlaku sekiranya guru-guru yang mengalami fenomena stres ini mengambil langkah

yang kurang bijak bagi menangani masalah stres mereka. Pastinya kesan yang

m/s : 11

Page 12: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

negatif akan ditinggalkan tanpa sebarang rasa tanggungjawab yang akan

menyebabkan sekolah tidak lagi menjadi organisasi yang harmoni.

Kesan yang pertama yang paling ketara dapat kita lihat adalah kesan kepada

murid-murid. Guru-guru yang mengalami fenomena stres ini kebiasaannya

mengambil jalan mudah bagi menangani masalah stres tersebut. Perkara yang

betul-betul memberi kesan terhadap murid-murid ialah apabila guru tersebut ponteng

sekolah tanpa alasan yang kukuh. Ponteng kerja adalah perkara serius yang

dilakukan oleh individu-individu yang tertekan (Akhiar Pardi dan Shamsina

Shamsuddin, 2011). Hal ini disokong melalui pernyataan yang dibuat oleh Ho (1997)

bahawa guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran

terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang

tidak dapat diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan sukatan

pelajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah.

Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat

diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan

baru perlu disusun semula. Akhirnya, murid-murid akan mendapat kesan yang

sangat negatif apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan

dengan baik terutamanya apabila melibatkan peperiksaan-peperiksaan umum

seperti UPSR, PMR dan SPM kesan dari proses pengajaran dan pembelajaran yang

tidak lancar. Akibat daripada sikap guru yang tidak bertanggungjawab, murid-murid

yang menjadi mangsa. Hanya kerana kurang bijak mengendalikan stres ini murid-

murid diabaikan dan segala tugasan yang sepatutnya diselesaikan telah tertangguh.

Seorang guru seharusnya bijak dalam mengendalikan stres dan bukan sahaja

bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain. Akibat

daripada perbuatan guru ini, kemungkinan besar murid-murid yang diabaikan ini

mendapat keputusan yang tidak memuaskan lantas akan mengganggu gred sekolah

tersebut.

Selain itu, guru yang stres juga akan menyebabkan kesan yang negatif

kepada guru-guru lain yang berada di sesebuah sekolah tersebut. Menurut Dr.

Ahmad Shukri (2007) dalam buku Guru dan Cabaran Semasa Edisi 2 nukilan Syed

Ismail dan Ahmad Subki (2013), sesetengah stres adalah normal malah dalam dos

yang kecil boleh menjadi sesuatu yang positif. Stres juga boleh membantu sekiranya

seseorang perlu bekerja kuat dan bertindak balas dengan cepat.Bagaimanapun,

stres yang kerap berlaku dan berterusan dalam jangka masa panjang boleh

m/s : 12

Page 13: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

mendatangkan kesan yang negatif serta menjejaskan tahap diri dan mental seperti

kemurungan. Apabila seorang guru yang mengalami stres menghadapi kemurungan,

pastinya akan berlaku masalah dari segi sosial dengan guru-guru lain iaitu keluarga

yang terdekat ketika berada dalam sebuah sekolah.

Hal ini akan menyebabkan reaksi yang kurang baik daripada guru-guru lain

memandangkan seorang yang murung kebiasaannya akan memencilkan diri dan

mengelakkan diri daripada bergaul dengan sesiapa. Hal ini akan menjadi lebih teruk

sekiranya guru yang stres tersebut bertindak di luar jangkaan seperti mengamuk dan

memarahi mereka yang menegurnya memandangkan sesorang yang menghadapi

fenomena stres cenderung untuk bersikap berang. Keselamatan guru-guru lain

disekolah juga mungkin akan terjejas disebabkan oleh guru yang tidak bijak untuk

mengendalikan stres mereka ini. Hal ini akan membuatkan hubungan antara guru-

guru di sekolah tersebut dingin lantas menyebabkan suasana di sekolah tersebut

tidak lagi harmoni.

Sekiranya hal ini berterusan berkemungkinan besar akan wujudnya fenomena

yang tidak diingini yang seringkali kita lihat di sekolah pada masa kini seperti

mengumpat, berprasangka buruk dan wujudnya puak-puak guru yang tidak patut

berlaku dalam kalangan guru yang mana bernaung di bawah satu kerjaya

profesional. Dalam hal ini, inisiatif perlu diambil oleh semua pihak bagi mengelakkan

perkara seperti ini daripada berlaku.

Kesan seterusnya dapat dilihat kepada pentadbir sesebuah sekolah iaitu

jawatan tertinggi sekolah tersebut iaitu Guru Besar dan Guru Penolong Kanan.

Kesan ini juga adalah kepada perhubungan antara guru tersebut dengan pentadbir

berikut. Seorang guru yang mengalami stres yang mengambil langkah ponteng

sekolah dan meninggalkan segala urusan sekolah boleh diambil tindakan melalui

pentadbir. Pentadbir boleh menggantung atau membuang guru tersebut daripada

sekolah tersebut. Kesalahan seperti meninggalkan kelas dan tugas-tugas tertentu

seperti menyiapkan rancangan pengajaran adalah merupakan kesalahan yang

sangat besar yang boleh mengganggu markah prestasi yang dipegang oleh

pentadbir sesebuah sekolah itu sendiri. Kita sendiri sedia maklum bahawa seorang

guru diwajibkan untuk menulis rancangan mengajar sebagai bukti yang mana guru

tersebut menunaikan tanggungjawabnya.

2.3 Cadangan mengendalikan stres.

m/s : 13

Page 14: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

Seseorang guru hendaklah memastikan diri mereka sentiasa berada dalam

keadaan sihat dari segi fizikal dan juga mental. Pemeriksaan kesihatan yang berkala

perlu sentiasa dijalankan oleh para guru dalam memastikan tahap kesihatan mereka

berada dalam keadaan yang baik. Guru mestilah berusaha menjaga tahap kesihatan

mereka kerana hal ini memberi kesan yang amat mendalam kepada seorang guru.

Umpamanya, guru yang mengalami masalah kesihatan akan lebih cenderung

mengalami masalah stres di sekolah sekaligus memberi mudarat kepada profesion

secara umumnya dan murid secara khususnya.

Selain itu, guru juga hendaklah sentiasa bersedia dalam setiap perkara yang

ingin dilakukan lebih-lebih lagi dalam perkara yang melibatkan proses pengajaran

dan pembelajaran bagi mengelakkan berlakunya tekanan yang tinggi lantas

menyebabkan stres. Seorang guru seharusnya memastikan diri sendiri faham apa

yang hendak diajar kepada murid-murid. Hal ini adalah bagi mengelakkan

berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh menyebabkan fenomena

stres ini berlaku kepada guru-guru. Sebagai contoh, murid yang sentiasa bertanya

berkaitan perkara yang sedang diajar oleh guru. Sekiranya guru tidak bersedia dan

perkara sebegini berlaku, kemungkinan besar guru tidak dapat menjawab

pertanyaan yang banyak dan juga diluar jangkaan daripada murid-murid lebih-lebih

lagi murid-murid yang bijak. Hal ini boleh mendatangkan tekanan yang sangat tinggi

dan guru tersebut sangat cenderung kepada fenomena stres ini.

Kerjaya guru sememangnya adalah kerjaya yang sangat mencabar, kerana

hakikatnya guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas tetapi juga diwajibkan untuk

menyertai segala aktiviti yang dianjurkan sekolah di samping jawatan yang banyak

disandang dalam satu-satu masa. Oleh itu, guru seharusnya bijak dalam

membahagikan masa yang mana memfokuskan satu kerja dalam satu masa.

Apabila berlakunya keadaan sebegini kebanyakan guru tidak bijak untuk

menguruskan masanya sendiri yang mana boleh mendatangkan stres kepada guru

tersebut. Sekiranya guru bijak mengatur tugasan dan kerja yang dilakukan dan

berfokus kepada satu kerja dalam satu masa, maka tekanan yang hebat tidak akan

dihadapi oleh guru walaupun bebanan kerja adalah banyak. Sekiranya guru

melakukan banyak kerja dalam satu masa, secara tidak langsung otak juga

melakukan tugasan yang banyak dan berserabut lantas membuatkan otak terasa

letih dan satu tugasan pun tidak dapat disiapkan pada waktu tersebut dan

tertangguh. Apabila ingin memulakan semula tugasan tersebut, perkara yang sama

m/s : 14

Page 15: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

berulang dan stres ini akan melanda setiap kali guru ini meneruskan kerja tersebut

dengan cara sebegini. Oleh itu, guru seharusnya bijak dalam soal mengurus masa

dan hanya memfokuskan satu kerja dalam satu masa supaya tidak mendapat

tekanan yang hebat daripada kerja yang dilakukan.

Guru juga perlu meningkatkan perbincangan dan bersosial dengan rakan-

rakan sejawatan sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan tugas di sekolah.Hal

ini mungkin dapat menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi oleh guru.

Sekiranya masalah-masalah yang dialami disimpan bersendirian, ia akan

menyebabkan guru lebih mudah menghadapi tekanan di tempat kerja. Bagi pihak ibu

bapa dan pengurusan sekolah, mereka tidak sepatutnya meletakkan harapan yang

terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah. Hal ini kerana tugas mendidik anak

adalah tanggungjawab ibu bapa dibantu oleh guru di sekolah. Adalah menjadi satu

kesilapan besar sekiranya tugas mendidik anak-anak sekadar diletakkan di bawah

tanggungjawab guru dan hal ini secara tidak langsung memberikan tekanan hebat

kepada para guru di sekolah.

Hasil temubual tersebut lagi menyatakan bahawa salah satu punca yang

menyebabkan stres di tempat kerja ialah tempat kerja bising, berbahaya, tidak

teratur dan sesak. Kebanyakan guru yang sibuk dengan pelbagai kerja atau tugasan

sememangnya mempunyai masa yang terhad untuk melakukan sesuatu seperti

mengemas meja kerja dan sebagainya. Mereka ini berkemungkinan tidak sedar

bahawa perkara-perkara sebegitulah yang membawa mereka kearah fenomena

stres. Guru-guru ini sepatutnya mengambil sedikit masa sekurang-kurangnya lima

minit untuk membersih, menyusun atur dan mengemas tempat kerja mereka agar

tidak kelihatan berselerak bagi mengelakkan tekanan kepada mereka. Elakkan juga

daripada meletakkan barangan yang berbahaya seperti pisau, gergaji dan

sebagainya bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini

adalah kerana mereka yang mengalami fenomena stres ini boleh bertindak diluar

jangkaan kita. Oleh itu, langkah awal perlu diambil bagi memastikan guru sentiasa

berada dalam keadaan aman, tenteram dan selamat.

Antara punca lain yang boleh menyebabkan fenomena stres ini ialah

kurangnya penghargaan dari organisasi dan peluang menonjolkan potensi diri. Hal

ini dapat kita lihat melalui hubungan antara guru tersebut dengan pentadbir atau

guru-guru lain di sekolah.Pentadbir mahupun guru-guru lain hendaklah sentiasa

peka dan mengambil tahu akan perkembangan kerja guru lain. Kebiasaannya, pihak

m/s : 15

Page 16: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

pentadbir hanya tahu memberi arahan kepada seorang guru untuk melakukan

sesuatu kerja. Sebagai contoh, seorang guru diminta untuk memasang pintu atau

membaiki apa-apa kerosakan pada bangunan sekolah oleh pentadbir. Setelah

selesai kerja yang diminta, tiada langsung ucapan terima kasih dan pentadbir tidak

ambil tahu langsung akan perkara itu selepas memberi arahan tersebut.

Dalam situasi ini, guru yang disuruh itu tentunya berasa tidak dihargai atas

kerja yang telah dilakukan dan berkemungkinan besar niat guru yang pada mulanya

tadi ikhlas kini sudah menjadi tidak ikhlas gara-gara sikap pentadbir yang

sedemikian. Guru itu juga berkemungkinan akan berfikir bahawa adakah perlu

seorang guru melakukan kerja-kerja seperti itu dan akan membuatkannya tertekan

dan juga cenderung ke arah fenomena stres. Oleh itu, penghargaan harus diberikan

kepada mereka yang telah berkhidmat walaupun khidmatnya itu hanya khidmat yang

kecil. Ucapan terima kasih dengan senyuman yang ikhlas sudah mencukupi bagi

membuatkan hati mereka yang membantu kita puas dan tiada tekanan selepas kerja

tersebut.

3.0 PROGRAM-PROGRAM BAGI MENGATASI STRESS GURU.

3.1 Pemeriksaan kesihatan berkala.

Guru – guru perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berskala di klinik -

klinik kesihatan untuk memastikan tahap kesihatan diri. Memastikan tekanan darah

sentiasa berada pada tahap yang baik. Pengambilan ubat – ubatan diperingkat awal

dapat mencegah gejala ini daripada semakin merebak. Tahap kesihatan yang

rendah akan mengundang masalah stres dikalangan guru – guru di sekolah.

Terkecuali daripada penyakit – penyakit kronik yang lain dapat menyediakan mental

dan fizikal guru di tahap yang tinggi untuk melaksanakan tugas – tugas yang telah

diamanahkan.

3.2 Program Kesihatan Sekolah

Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu

diselaraskan di bawah satu program bersepadu untuk mewujudkan satu sistem yang

fleksibel , inovatif dan kreatif serta menjurus kepada keperluan sekolah

berlandaskan kepada keperluan semasa. Program ini juga berhasrat untuk

mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan

komitmen di kalangan warga sekolah agar masalah stress yang sering melanda

kalangan guru-guru dapat dibendung dengan segera.

m/s : 16

Page 17: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

Usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama serta mengatasi

masalah stress dalam kalangan guru diwujudkan antara sekolah dan masyarakat

dalam menangani isu kesihatan. Usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan

kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu.

Berdasarkan pernyataan di atas Program Kesihatan Sekolah perlu dirancang,

dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan

wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti.

Selain itu, Program Kesihatan Sekolah ini juga dapat membentuk sikap dan

perlakuan yangg positif terhadap kesihatan. Ia dapat melahirkan warga sekolah dan

persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan

negara.

Antara objektif Program Kesihatan Sekolah ialah dapat menghilangkan rasa stress

guru , memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria,

selamat dan sihat serta membina satu persekitaran sosial sekolah yang

menggalakkan amalan cara hidup sihat dalam meningkatkan pengetahuan, sikap

dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah sentiasa

ceria dan dapat mengatasi masalah stress yang dihadapi.

3.2 Program Senamrobik Mingguan

Program Senamrobik mingguan di sekolah adalah satu program yang amat

sesuai dijalankan bagi memupuk gaya hidup sihat dan cergas. Guru Pendidikan

Jasmani sesuai menjalankan program ini bagi memberi pengalaman pengelolaan

aktiviti sihat untuk semua warga sekolah. Di samping itu, kerajinan melakukan

senaman dapat diterapkan kepada semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar

Tasik Puteri serta dapat melahirkan guru yang aktif , sihat dan cergas. Tambahan

pula aktiviti senamrobik ini dapat dipraktikkan oleh guru semasa waktu lapang guru

pada bila-bila masa.

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi guru yang cergas,

sihat dan memupuk guru sentiasa bersenam di sepanjang minggu dan seterusnya

sepanjang kehidupan mereka agar dapat menghilangkan tekanan kerja seharian.

Menerusi senamrobik, setiap guru akan tertarik untuk melakukannya kerana

senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang

dapat menyihatkan tubuh badan.

Selain itu, objektif Program Senamrobik ini dijalankan adalah untuk memberi

peluang kepada guru melakukan aktiviti cergas dan sihat di sekolah, menggalakkan

m/s : 17

Page 18: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

guru untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat, mengeratkan silaturrahim antara

murid dan guru, mengisi masa terluang guru, dan meningkatkan keberanian dan

keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan serta dapat menangani

masalah stress dalam kalangan guru di sekolah.

3.3 Program Latihan Senaman Pernafasan.

Stres boleh menyebabkan seseorang bernafas secara sukar dan adakalanya

terpaksa bernafas secara kerap tanpa teratur atau dikenali sebagai simptom

hyperventilation yang menyebabkan mangsa stress berasa panik secara tiba – tiba.

Pengoksigenan darah yang dibawa ke otak mendatangkan banyak manfaat kepada

seseorang. Ia boleh melegakan otot dan mententeramkan minda kita. Oksigen yang

cukup di dalam otak kita akan memastikan ia dapat berfungsi dengan baik tanpa

tekanan dan dapat berfikir dengan cara yang positif semasa mengalami sebarang

masalah. Cara senaman penafasan ialah dengan menarik nafas secara perlahan –

lahan dan kuat , kemudian lepaskan udara melalui hidung, lakukan berulang – ulang

kali. Cara ini boleh dilakukan dimana- mana sahaja dan ia ternyata dapat memberi

kesan positif dengan serta merta.

3.4 Program Disiplin Diet Pemakanan.

Pengambilan atau amalan makan makanan yang berlebihan juga dapat

menyumbangkan kepada terjadinya stres. Kita perlulah memastikan makanan yang

kita ambil seharian mempunyai zat yang berguna kepada kestabilan kesihatan

mental dan fizikal kita. Pengamalan makanan yang yang terlalu banyak dan tidak

teratur akan mengakibatkan kita mengalami berat badan atau obesiti, kandungan

kolestrol yang terlalu tinggi yang mana punca kepada beberapa penyakit seperti

darah tinggi dan kencing manis. Bebanan kerja dan masalah kesihatan akan

membuatkan seseorang itu mengalami simptom stres dan jika ini tidak dapat

dikawal masalah akan bertambah teruk bila gejala awal masalah jantung dapat

dikesan. Langkah yang berkesan untuk mengelakkan terjadi masalah ini ialah

dengan mendapatkan nasihat pakar – pakar pemakanan yang diiktiraf.

3.5 Program Lawatan ke tempat lain.

Pilih masa yang sesuai dengan bercuti ke tempat – tempat yang boleh

membuat seseorang itu berasa tenang dan tidak terlalu berfikir tentang beban kerja

yang ditanggung. Luangkan waktu pada waktu itu untuk bersendirian dengan melihat

m/s : 18

Page 19: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

dan menikmati keindahan tempat tersebut. Program lawatan ini diharap dapat

memberi pengetahuan baru serta meluaskan pemikiran para guru dan kakitangan

yang terlibat. Melalui program ini juga para guru dan kakitangan diharap dapat

menggunakan setiap ilmu serta pengalaman yang baru pada jalan yang berfaedah

dengan berkongsikannya bersama rakan-rakan yang lain yang tidak dapat mengikuti

program ini. Ia juga boleh diguna pakai di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

bagi guru-guru. Justeru, dengan terlaksananya program lawatan ini, diharapkan

bahawa semua guru dan kakitangan dapat menikmati percutian hujung minggu

mereka dengan sepenuhnya.

Matlamat Program Lawatan ini dapat meningkatkan pengetahuan di dalam

bidang pelancongan dan juga alam semulajadi, meniup semangat baru bagi

meneruskan kerjaya di dalam sektor pendidikan, mewujudkan satu komuniti kerja

yang ceria , meningkatkan tahap kompetensi para guru dan kakitangan di dalam

bidang kerja, melahirkan warga pendidikan bermotivasi tinggi dan kompetitif,

mengeratkaan hubungan di antara guru-guru, kakitangan, serta ahli keluarga yang

lain dan akhir sekali dapat meningkatkan semangat kekitaan di kalangan ahli kelab

guru. Kesemua matlamat ini diharapkan dapat menghilangkan stress guru di

sekolah.

4.0 PENUTUP

4.1 Kesimpulan

Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu

kepada usaha pengorbanan yang tinggi. Sememangnya boleh dikatakan bahawa

semua bidang mampu menyebabkan tekanan kepada individu. Tetapi tidak

bermakna bahawa tekanan pada tahap tinggi sehingga menyebabkan gangguan

pada operasi pendidikan itu perlu dipandang sebagai suatu insiden biasa. Perkara

ini perlu diberi perhatian sekurangkurangnya melalui tindakan atau pelaksanaan

penyelesaian secara berperingkat.Resolusi perlu difikirkan bagi menyelesaikan dan

mengurangkan masalah tekanan dalam kalangan guru demi kebaikan perjalanan

pendidikan. Sesungguhnya tekanan guru yang tidak terkawal boleh memberi kesan

negatif terhadap mutu pendidikan negara. Tekanan yang tidak terkawal antara

lainnya akan memberi kesan kepada kepuasan kerja, strategi berdaya tindak,

sokongan sosial dan konsep kendiri guru.

Memandangkan tugas guru adalah mencabar, ‘anggapan’ bahawa menjadi

seorang guru adalah mudah perlu dibuang daripada mentaliti setiap pihak. Begitu

m/s : 19

Page 20: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

juga dengan anggapan bahawa tugas mendidik adalah hanya tanggungjawab guru

dan guru perlu memiliki daya pengorbanan yang tinggi. Demikian adalah fakta atau

alasan yang tidak relevan untuk digunakan supaya permasalahan tekanan ini dapat

diabaikan. Di antara cadangan dan resolusi yang perlu dipertimbangkan berkaitan

tekanan dalam kalangan guru adalah seperti mengkaji semula beban tugas guru.

Keinginan juga turut berubah mengikut keperluan dan peredaran masa. Kepuasan

kerja merupakan perasaan dalaman seseorang pekerja terhadap pekerjaan yang

dilakukannya hasil interaksi dengan persekitaran. Perasaan puas ini akan

mendorong seseorang itu rela datang ke tempat kerja dengan rasa tanggungjawab.

Justeru, dapat mengurangkan ketegangan dalam kalangan guru.

Masalah ketegangan dalam kalangan guru dapat dikurangkan jika pihak

pentadbir dapat meningkatkan motivasi pekerja. Hal ini dapat dilaksanakan dengan

memastikan sistem dan prosedur kerja berkesan dan senang difahami. Sebagai

contoh, semua pekerja termasuk pekerja baru perlu diberitahu sejelas-jelasnya

mengenai tugas-tugas yang harus dibuat dan prosedur untuk melakukannya.

Seterusnya, sistem insentif perlu dihubungkaitkan dengan prestasi pekerja.

Selanjutnya, perlu memastikan keberkesanan saluran komunikasi (perhubungan).

Setiap pentadbir dan penyelia perlu dilatih menggunakan cara efektif dalam

perhubungan dengan pekerja bawahan agar dapat membantu mewujudkan suasana

harmoni di dalam pekerjaan. Ketegangan guru juga boleh dikurangkan apabila

membuat perancangan program latihan dan pembangunan guru yang tepat,

mencukupi dan secara menyeluruh. Pada masa yang sama perlu mengenal pasti

objektif-objektif latihan dan pembangunan yang perlu dicapai. Dengan itu, guru-guru

yang mahir dalam menjalankan tugasnya akan menjadi lebih bermotivasi. Tambahan

pula, perlu mengadakan gaya dan cara kepimpinan di dalam organisasi sekolah

yang dapat membantu meningkatkan motivasi pekerja.

Isu ini perlu dipandang serius supaya bidang pendidikan yang sentiasa

diperbaharui dan dipertingkatkan mutunya ini dapat selari dengan keperluan dan

kepentingan semua pihak yang terlibat. Meningkatkan mutu pendidikan bukan

bermakna perlu mengorbankan atau menuding hanya kepada sesuatu pihak. Tetapi

perlu dengan usaha serta penglibatan semua pihak dan memenuhi kepentingan

setiap pihak yang terlibat. Penyelesaian yang ditekankan perlu merangkumi

penglibatan semua pihak termasuk kementerian, sekolah dan individu guru itu

m/s : 20

Page 21: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

sendiri. Segalanya adalah usaha demi mempertingkat dan memartabatkan status

pendidikan Malaysia.

Kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang

cukup mencabar.Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang guru

untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu

dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-

punca tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan.

Boleh dikatakan tekanan dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka

mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan tekanan tersebut. Pengurusan

tekanan amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa

bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang

mendatang. Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua

sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin

persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Konflik yang

sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang untuk

bekerjasama dibuka seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran

dan akademik. Keprihatinan terhadap beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh

segenap lapisan masyarakat demi memastikan kelangsungan sistem pendidikan di

Malaysia seterusnya usaha melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan

tidak terhenti.

5.0 REFLEKSI

Nama : Pn Kamaliah SidikNo Kad Pengenalan : 670325-08-6774No Matrik : PPG 2011192360058Kelas : Bahasa Melayu ( C )

Pertama-tamanya, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya,

saya dapat menyiapkan tugasan EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa ini. Kerja

kursus ini memerlukan saya menulis sebuah esei mengenai isu dan cabaran

semasa yang membolehkan guru mengenalpasti, mereflek serta menyesuaikan dan

menyediakan diri dengan perubahan dalam bidang pendidikan. Justeru, saya perlu

menyatakan satu isu dan menghuraikan cara-cara bagi guru untuk menghadapi isu

tersebut.

Saya mempelajari banyak perkara di sepanjang saya melaksanakan kerja

kursus ini. Antaranya ialah saya menjadi lebih peka terhadap isu-isu yang timbul

m/s : 21

Page 22: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

dalam bidang pendidikan, tidak kira ia berlaku pada beberapa tahun dahulu mahu

pun sekarang. Selama ini, saya hanya melihat isu yang terjadi dari kaca mata

seorang pelajar, tetapi pandangan saya kini semakin luas apabila saya dapat

meneliti isu yang sama melalui sudut seorang guru.. Sensitiviti terhadap isu-isu

semasa ini juga mengingatkan saya supaya sentiasa bersedia dalam menempuh

dunia pendidikan sebenar. Hal ini kerana, guru bekerja dengan murid lalu tindakan

yang diambil oleh seseorang guru pasti akan memberi kesan kepada murid.

Selain itu, kerja kursus ini telah menyedarkan saya akan keperluan untuk

mempertingkat dan memperbaiki kemahiran, teknik dan kaedah mengajar saya.

Saya sedia maklum bahawa murid-murid pada masa sekarang adalah jauh berbeza

dengan kelompok murid terdahulu. Mereka lebih banyak terdedah dengan

kemudahan ICT dan penggunaan gadjet yang canggih. Oleh itu, pendekatan yang

seharusnya digunakan ke atas mereka mestilah berbentuk eksperimen atau

penerokaan yang boleh menarik minat mereka berbanding kaedah chalk and talk

dan belajar melalui buku teks semata-mata. Saidina Ali bin Abi Talib r.a juga pernah

berkata, “Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya”, lalu seorang guru perlu

mengetahui kecenderungan murid-muridnya sebelum mengajar mereka.

Pendekatan dan teknik yang bersesuaian turut menjamin keberkesanan mutu

pengajaran guru di samping memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran yang

ditetapkan dapat dicapai oleh setiap murid.

Seterusnya, pendedahan terhadap isu dan cabaran semasa dalam dunia

pendidikan ini mengajar saya bahawa kerjasama antara guru dan ibu bapa adalah

penting. Sebarang masalah atau isu yang dihadapi oleh pihak sekolah khasnya

mampu dibendung dengan mudah sekiranya ibu bapa terjun padang untuk

mengatasinya. Sebagai contoh, kes jenayah murid di sekolah. Guru yang

mempunyai kuasa boleh menghukum murid-murid yang melakukan jenayah, tetapi

dendaan tidak akan membawa kesan yang berpanjangan kepada mereka jika ibu

bapa mereka sendiri tidak menegur atau membetulkan kesalahan mereka di rumah.

Jelas, hubungan dua hala yang baik antara dua ‘kuasa besar’ ini adalah perlu demi

menjamin perkembangan murid yang sepenuhnya, iaitu bukan sahaja meliputi aspek

tingkah laku malah prestasi akademik dan kokurikulumnya.

Sementara itu, saya berpendapat bahawa semua pihak hendaklah mengambil

kira minat murid dan idea daripada guru dalam merangka apa-apa program di dalam

kementerian. Hal ini kerana, apabila bertukar tampuk pemerintahan, pasti ada dasar

m/s : 22

Page 23: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

yang baru diperkenalkan dan menggantikan dasar yang sedia ada. Ia secara

langsung akan mendatangkan kesan terhadap pencapaian guru dan murid kerana

dua kumpulan ini yang melaksanakan dasar yang dibuat. Justeru, melalui kerja

kursus ini, saya belajar bahawa kita semua bergerak di dalam satu sistem. Dari

peringkat kementerian hingga di sekolah, kita bekerja bersama-sama dan bukannya

secara individu mahupun bekerja untuk kepentingan sesiapa. Saya percaya bahawa

jumlah isu yang timbul dalam bidang pendidikan boleh dikurangkan sekiranya setiap

pihak berfikiran sedemikian, seterusnya meringankan bebanan dan cabaran yang

harus digalas oleh guru pada masa akan datang.

Saya berharap agar segala maklumat yang diperolehi menjadi tunjang

kepada diri saya dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan. Sebagai guru, saya

akan berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu murid dan memberi peluang

pendidikan yang optima kepada mereka tanpa prasangka awal terhadap salah laku

disiplin mereka. Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan

sekelas yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan

terima kasih juga kepada pensyarah kami, Tuan Hj Hosen bin Atar di atas

bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau kepada kami. Semoga ilmu yang

diperolehi ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna sewaktu di

sekolah kelak..

Sekian, terima kasih.

6.0 BIBLIOGRAFI

Abd. Rahim Abd Rashid (2005).Profesionalisme Keguruan:Prospek dan Cabaran.Selangor:Dawama Sdn. Bhd

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin.(2011). Pengendalian Disiplin Remaja di Sekolah dan di Rumah.Kuala Lumpur.Penerbitan Multimedia.

Azizi Yahya & Norliza Othman (2010), Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri Di Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education. Kuala Lumpur

Azrul Hisham Abdul Manaf (2009), Faktor-Faktor Tekanan Dan Kesannya Kepada Guru Sekolah Menengah Kebangsaan : Satu Kajian Di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. UPM. Kuala Lumpur

Burhanuddin Abdul Jalal. et..al., (2010). Pengurusan Stres Secara Holistik..Kuala Lumpur : Blue-T Publication Sdn. Bhd.

m/s : 23

Page 24: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

Ho, J. (1997). Effect on Stress.Singapura.Corporate Wellness Programmes.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) Kementerian Pendidikan Malaysia

Mohd. Razali Salleh (2010). Pengendalian Stres Dan Kebimbangan:Penilaian Kognitif dan Tingkah Laku.Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Nor Hanani (2007). Membina Sukses Tanpa Stres. Selangor. Edu System Sdn Bhd.

Ramai Guru Berpenyakit Akibat Stres .( 20 Mei 2006), Utusan Malaysia

Syed Ismail & Ahmad Subki. (2013). Guru dan Cabaran Semasa (Edisi Kedua).Puchong.Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Jack Dunham & Prakash Varma. (1998). Stress in Teachers: Past, Present and Future. London. Whurr Publishers.

Kyriacou, C. (1987). Teacher Stress and Burnout: An International Review. Educational Research, 29 (2): 146-152.

http://murabbiumat.blogspot.com/2012/09/isu-2-cabaran-profesion-keguruan.html Telah di akses pada : 15 Feb 2015

http://aishahnetty.blogspot.com/p/globalisasi-dalam-pendidikan.html Telah diakses pada : 16 feb 2015

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran-semasa telah diakses pada 19 feb 2015

m/s : 24

Page 25: Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru

LAMPIRAN

m/s : 25