presentation topik 1 edu 3083

Click here to load reader

Post on 17-Nov-2015

20 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

edu 3083 topik 1

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALSIME GURU Disediakan Oleh :MAWARNI BT ABDUL RASHIDNURIDAYU BINTI ZAHARUDDINSHAMSINA BT MOHD SHARIFFMTE B SEM 7

SEJAUH MANAKAH PENGETAHUAN TENTANG KOD ETIKA KEGURUAN DAPAT MELAHIRKAN INSAN GURU YANG DIASPIRASIKAN OLEH NEGARA

Apakah Maksud ETIKA???prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan persatuan, pekerjaan, dll

Maksud Etika Peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain dan aturan ini menegaskan apakah yang benar dan apakah yang salah.

Berasal daripada perkataan Yunani ETHOS yang membawa maksud norma-norma, nilainilai, kaedah-kaedah dan ukuran bagi tingkah laku manusia.

Sumber : Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke empat

Kod Etika Profesion

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan.

Penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Kod Etika PerguruanTanggungjawab terhadap ibu bapaTanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruanTanggungjawab terhadap masyarakat dan negaraTanggungjawab terhadap pelajar

Tanggungjawab terhadap pelajar

Kebajikan dan keselamatan pelajarBersikap adil dengan semua pelajarMembimbing dan mengajar pelajar dengan bersungguh Lebih mengutamakan kebajikan dan keselaman pelajar.Merahsiakan semua maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau mata pelajaran yang di ajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan, dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan dan sebagainya

Tanggungjawab terhadap ibu bapa

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tanggaMewujudkan hubungan repo yang baik dengan ibu bapaMengelakkan penggunaan kata-kata yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapaMenganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau anak mereka sebagai sulit. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dengan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

Menghormati masyarakat setempatMengelakkan daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang mampu menggugat institusi masyarakat dan negaraMemupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.Menghormati masyarakat di tempat kami bekhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat.Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiaan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

Bersedia membantu rakan sejawat terutama yang masih baru.Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Tidak melibatkan diri dalam dalam kegiatan yang boleh menjejaskan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan berusaha dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion keguruan. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan. Akan menjadi ahli sesebuah persatuan guru

Sejauh manakah???

Seorang guru yang mengetahui dan mengamalkan kod etika keguruan dengan baik, akan menjadi seorang guru yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Akauntabiliti terhadap pelajar

Dapat mendidik pelajar ke tahap yang cemerlang dalam pencapaian akademik di samping membentuk potensi mereka secara menyeluruh supaya melahirkan pelajar yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan fizikal

:

Akauntabiliti terhadap diri sendiri

Guru yang mempunyai akauntabiliti terhadap diri sendiri, berpengetahuan luas dan berketerampilan dalam bidang mata pelajaran yang diajar

:

Akauntabiliti terhadap ibu bapa

Dapat menjalankan amanah yang diberikan oleh pentadbiran sekolah dan ibu bapa untuk melaksanakan tugas agar memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara

:

Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

Bertanggungjawab sesama sendiri dalam profesion yang disandang oleh mereka. Menghormati profesionnya dan sentiasa berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Mereka bekerjasama sesama rakan sejawat demi menjaga imej profesion. Di samping itu, mereka bersedia membantu rakan sejawat yang baharu dalam profesion.

:

Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara

Bertanggungjawab memenuhi hasrat negara sebagai rakyat Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara. Peka terhadap persekitaran komuniti dan menghindarkan diri daripada dipengaruhi unsur-unsur negatif yang mungkin akan mencemarkan imej baik sekolah dan masyarakat mahupun negara.

Mawarni Abdul Rashid MTE BSekian terima kasih