tugasan edu 3083 isu etika keguruan

30
ISI KANDUNGAN HALAMAN 1.0 PENDAHULUAN 3 1.1 Pengenalan 3 1.2 Prinsip akauntabiliti dan intergriti 4 2.0 Isu Etika Keguruan. 6 2.1 Isu Kes Salah Laku Guru 6 2.1.1 Salah laku Guru - Hukuman terhadap murid 7 2.1.2 Punca Berlaku Masalah Ini 9 3.0 Implikasi Isu Terhadap Akauntabiliti Keguruan dan Integriti Guru. 10 4.0 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU 15 4.1 Memperkasakan konsultansi antara pihak sekolah & ibu bapa. 15 4.2 Melibatkan guru-guru dengan kursus-kursus yang berkaitan. 16 4.3 Menggiatkan program yang berfokuskan kepada guru. 17 4.4 Sentiasa mengamalkan budaya cakna dalam kalangan guru. 17 5.0 REFLEKSI KENDIRI 18

Upload: ahmad-nazri

Post on 11-Aug-2015

387 views

Category:

Internet


5 download

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENDAHULUAN 3

1.1 Pengenalan 3

1.2 Prinsip akauntabiliti dan intergriti 4

2.0 Isu Etika Keguruan. 6

2.1 Isu Kes Salah Laku Guru 6

2.1.1 Salah laku Guru - Hukuman terhadap murid 7

2.1.2 Punca Berlaku Masalah Ini 9

3.0 Implikasi Isu Terhadap Akauntabiliti Keguruan dan Integriti Guru. 10

4.0 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU 15

4.1 Memperkasakan konsultansi antara pihak sekolah & ibu bapa. 15

4.2 Melibatkan guru-guru dengan kursus-kursus yang berkaitan. 16

4.3 Menggiatkan program yang berfokuskan kepada guru. 17

4.4 Sentiasa mengamalkan budaya cakna dalam kalangan guru. 17

5.0 REFLEKSI KENDIRI 18

6.0 PENUTUP 19

BIBLIOGRAFI 22

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam perkembangan dunia yang pesat membangun pada ketika ini, pelbagai informasi

terkini sangat mudah diperolehi, salah satunya ialah berita yang pelbagai. Ianya disalurkan

melalui pelbagai medium elektronik seperti melalui internet, televisyen, radio, bahan bercetak

seperti akhbar, risalah dan sebagainya. Tidak dinafikan berita-berita yang telah tersebar melalui

media adalah datang dari pelbagai sumber dan sudut pendapat yang berbeza, namun begitu,

pengaruhnya terhadap masyarakat dilihat sangat membimbangkan, khususnya dalam

pendokumentasian isu yang melibatkan guru. Hal ini akan membawa seribu satu persoalan,

persepsi dan pandangan dari pelbagai sudut, baik positif dan juga negatif, terutamanya

terhadap profesion perguruan khususnya dan kepada guru amnya.

Adapun pendapat umum berkenaan definisi guru ialah seorang yang mengajarkan

sesuatu ilmu kepada murid atau pelajar di setiap peringkat usia dan tingkat tahap pendidikan itu

sendiri. Ragbir Kaur (2007), mendefinisikan guru adalah sebagai insan yang mendidik murid

dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum

sekolah, manakala Mok Soon Sang (2007) mena’rifkan guru adalah pendidik dan pengasuh

kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan

Negara pada masa depan.

Merujuk kepada Kamus Dewan (1989), perkataan ‘Perguruan’ yang diertikan dalam

konteks pendidikan ialah ‘pengajaran’, contohnya perguruan kepada guru, murid dan

sebagainya, manakala perkataan ‘keguruan’ pula diertikan sebagai ‘perkara yang berkaitan

dengan guru’, seperti peranan, tugas, kelayakan, sifat dan lain-lain perkara sebagai guru,

misalnya masyarakat memandang tinggi kepada nilai keguruan yang ada pada seorang guru,

yang menjelaskan tentang ciri-ciri serta sahsiah yang dimiliki oleh guru pada perkataan

keguruan yang dinyatakan.

Profesion memiliki maksud yang sangat luas khususnya dalam aspek pekerjaan. Ianya

membawa dimensi dan penilaian yang berbeza antara suatu pekerjaan dengan pekerjaan yang

lain dalam konteks standard dan impak terhadap individu yang terlibat dalam pekerjaan

tersebut.

Mok Soon Sang (1996) telah meringkaskan konsep profesionalisme dalam kalangan

guru sebagai suatu pekerjaan khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan

dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, berakauntibiliti dan bermoral

2 | E D U 3 0 8 3

tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh

organisasinya.

Kedua-dua pendapat ini telah menggambarkan secara ringkas konsep profesion

perguruan dan menjelaskan bagaimana perguruan itu sendiri dianggap sebagai suatu profesion

yang mempunyai standard yang tersendiri.

Harold Koontz & Heinz Weihrich (1990) menjelaskan etika adalah sebagai satu cabang

ilmu pengetahuan yang meliputi perkara yang baik dan tidak baik seiring dengan kewajiban dan

tanggungjawab moral.

Dalam erti kata yang lain,etika adalah panduan dan ketetapan yang telah digariskan

terhadap setiap perlakuan untuk memastikan matlamat yang ingin dicapai dapat diperolehi

seperti yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, dalam konteks ingin membentuk sahsiah yang

terpuji dalam diri seorang guru, adalah menjadi satu tanggungjawab bagi seorang guru untuk

mempraktikkan etika keguruan dalam diri masing-masing bagi dalam usaha untuk mencapai

hasrat untuk menjadi guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji.

1.2 Prinsip akauntabiliti dan intergriti

Prinsip akauntabiliti dan integriti amat penting untuk diterapkan di dalam diri setiap

penjawat awam melalui dua kaedah iaitu usaha yang berterusan oleh penjawat awamitu sendiri

seperti penghayatan nilai-nilai murni dan keadah kedua melalui penguatkuasaan daripada

kerajaan seperti penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP), Pelan Integriti

Nasional (PIN), kursus-kursus berkaitan akauntabiliti dan integriti serta Piagam Pelanggan dan

Kod Etika Kerja yang dapat membantu kearah meningkatkan akauntabiliti dan integriti dalam

diri penjawat awam terutamanya bagi pihak guru yang terlibat dengan isu etika keguruan yang

sering dilaporkan di dada akhbar dan media massa yang lain. Setiap isu yang timbul berkaitan

keguruan yang melanggar etika keguruan mampu merosakkan imej profesion perguruan dan

menyebabkan masyarakat memandang rendah pada kerjaya sebagai guru.

Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau terhadap

sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan dan

justifikasi yang diperlukan (Kamus Dewan, 2007). Maka akauntabiliti berkait rapat dengan

disiplin dan keperluan untuk memberikan justifiasi dan menerima kebertanggungjawaban

3 | E D U 3 0 8 3

terhadap sesuatu keputusan atau tindakan yang telah diambil. Akauntabiliti keguruan

bermaksud tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seorang guru terhadap

profesionalisme keguruan.

Integriti pula merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu

kepada individu dan organisasi (Institut Integriti Malaysia, 2004). Integriti berkait erat dengan

etika. Integriti berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Lanjutan

itu, intergriti guru sebagai penjawatan awam membawa makna bahawa guru perlu

melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.

Integriti pula dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti amanah, jujur, adil dan saksama,telus,

berkecuali dan kebolehpercayaan.

Setiap penjawat awam terutamanya guru yang mempunyai dan mengamalkan prinsip ini

tidak akan bersikap mementingkan diri sendiri malah sebaliknya lebih mengutamakan

kepentingan orang ramai khususnya murid-murid. Prinsip-prinsip ini mampu mengelakkan

seorang guru daripada terjebak denganisu etika keguruan yang boleh mencemarkan imej

profesion perguruan. Antara isu etika keguruan yang sering dipaparkan di dada akhbar dan

media massa adalah berkaitan penampilan guru yang menjolok mata, gangguan seksual

kepada murid, guru pecah amanah dan guru sering mengambil cuti sakit palsu. Bagi menjaga

imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika

tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007). Sebagai seorang guru, kita

perlu meningkatkan akauntabiliti dan integriti kempimpinan diri supaya segala tanggungjawab

dan tugas-tugas dapat dijalankan dengan penuh komited.

4 | E D U 3 0 8 3

2.0 ISU ETIKA KEGURUAN

2.1 Isu Kes Salah Laku Guru

Namun begitu, sejak kebelakangan ini, kita telah banyak menyaksikan pelbagai isu

negatif yang telah menafikan akauntibiliti dan etika keguruan dalam kalangan guru pada masa

kini. Bukan sekali berita yang telah memaparkan kes tindakan salah laku guru disiarkan. Lebih

membimbangkan lagi, peratus berlakunya isu yang melibatkan etika keguruan yang tidak

menyenangkan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan, malah graf pada statistik kajian ke

atas perkara ini memaparkan lonjakan angka yang menggambarkan betapa parahnya isu etika

keguruan yang sedang berlaku.

Dalam akhbar-akhbar harian tempatan, baik dalam bentuk akhbar bercetak dan juga

akhbar yang diakses melalui internet, setiap terbitan yang terkini tidak pernah lekang dengan

topik kebejatan etika keguruan. Berkesinambungan dengan analisis aduan yang terdapat di

dalam Rajah 1. Berikut merupakan tajuk-tajuk utama berita, melibatkan etika keguruan yang

terdapat di media massa dari tahun 2008 sehingga ke hari ini :

5 | E D U 3 0 8 3

2.1.1 Salah laku Guru - Hukuman terhadap murid

Kejayaan dan

keberkesanan pendidikan

banyak berkait rapat dengan

kesedaran, keinsafan dan

tanggungjawab guru sebagai

pendidik, di samping

mempunyai kelengkapan

keilmuan yang cukup dan

sahsiah luhur. Segala

panduan dan kemahiran

disertai keluhuran budi serta

peribadi tidak terpisah

daripada seseorang guru.

Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan

teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.

Namun sejak akhir-akhir ini kita dihidangkan tentang berita mengenai guru

mencederakan pelajarnya dengan alasan yang tidak munasabah seperti datang lewat ke

sekolah, tidak membawa buku latihan, tidak menyiapkan kerja sekolah dan beberapa kesalahan

kecil yang lain yang dilakukan oleh pelajar. Kita sedar bahawa guru bertindak sedemikian

kerana ingin mendidik pelajar supaya pelajar tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama tetapi

perbuatan guru yang mendenda pelajar dengan keterlaluan sehingga mendatangkan

kecederaan yang serius merupakan satu tindakan yang melampau malah turut menimbulkan

kemarahan ibu bapa. Kesannya, bukan sahaja imej guru tersebut yang tercalar malahan imej

profesion keguruan turut menerima tempiasnya.

Cabaran dalam bidang pendidikan kini semakin besar dan mencabar. Tanggungjawab

seorang guru semakin bertambah kerana guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi turut

menjaga murid di sekolah. Bebanan guru makin banyak turut menuntut kesabaran serta

ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung-agungkan dan

6 | E D U 3 0 8 3

disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat

seluruhnya. Namun, hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak

menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai

taraf hidup yang agak baik. Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan

pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa

yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan,

kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak. Guru sudah hilang

kuasa dalam mendidik melalui rotan kerana ibu bapa pada masa kini yang terlalu memanjakan

anak-anak.

Pada pandangan saya, sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar

mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-

nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa

mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang baik

menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesalahan. Corak

pendidikan pada suatu ketika dahulu yang begitu tegas sehinggakan murid takut untuk meniru,

tidak menyiapkan kerja sekolah apatah lagi datang lewat ke sekolah. Suatu ketika dahulu,

sekiranya ada murid melakukan kesalahan murid-murid akan mendapat ganjaran dan hukuman

yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan.

Namun, sedarkah kita didikan guru pada masa lalu yang membentuk masa depan kita

pada hari ini? Kerana rotan cikgu, saya berjaya. Tindakan tegas seorang guru hanyalah untuk

mendidik anak didiknya supaya berjaya di masa hadapan. Ibu bapa pada ketika itu

menyerahkan kuasa merotan kepada guru-guru untuk membentuk anak-anak mereka. Kalau

kita menyoroti peristiwa lampau, tidak ada kes yang melibatkan guru menampar dan menyepak

murid. Malah, tiada kes guru disaman pun pada ketika itu walhal murid yang nakal selalu

dirotan di sekolah.Pada pengamatan saya, ibu bapa pada hari inilah memainkan peranan

penting dalam mencorak perubahan tingkah laku murid-murid di sekolah. Tindakan ibu bapa

yang menyorok kesalahan anak menyebabkan murid tidak takut untuk melakukan kesalahan

kerana ibu bapa boleh bertindak sebagai pembela.

Terdapat juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka

bersalah dan tidak mengakui kesilapan yang telah dilakukan. Ibu bapa seharusnya perlu

berbincang terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat

pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru perlu

menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana.Hukuman yang dikenakan

7 | E D U 3 0 8 3

adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus memberi keinsafan dan

kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.

2.1.2 Punca Berlaku Masalah Ini

Setiap perkara yang berlaku pasti ada punca atau penyebab berlakunya sesuatu

perkara. Guru juga manusia biasa yang mempunyai tahap kesabaran yang berbeza. Guru

bertindak diluar batasan juga berpunca dari sikap ibu bapa yang terlalu membela anak

sehinggakan di sekolah juga pelajar berani melanggar peraturan dan arahan guru, tidak

menghormati guru kerana sikap pembela ibu bapa yang tidak bertempat. Keadaan ini akan

memberi tekanan kepada perubahan sikap seorang guru daripada seorang guru yang lemah

lembut menjadi pembengis di sekolah.

Oleh itu, tekanan kerja merupakan punca kedua yang menyebabkan guru melakukan

kesalahan yang boleh mencalarkan imej guru. Tugas guru bukanlah satu tugas yang mudah

untuk dipikul. Tuntutan kerja merupakan tuntutan yang berat lebih-lebih lagi menjadi guru pada

zaman teknologi dan dunia tanpa sempadanini. Tugas guru bukan hanya mendidik, mengajar

dan membimbing pelajar. Selain daripada itu, guru juga banyak menerima tekanan daripada ibu

bapa, masyarakat, kerajaan, pertubuhan, pihak atasan dan juga masalah peribadi. Masyarakat

melihat tugas guru adalah mudah, masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Guru pula berasa

beban kerja yang terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur. Kerja lebih masa yang tidak

dihargai. pandangan dan persepsi yang berbeza akan menyebabkan segelintir guru kecewa.

Tekanan yang diterima ini akan menyebabkan guru cepat melenting dan melepaskan

kemarahan terhadap pelajar.

Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini

memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai pengetahuan.

Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting

sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih

sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan

berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid

dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya.

Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah

ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk

8 | E D U 3 0 8 3

mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting

untuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul.

Selain itu, guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri

pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah

negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil

sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di

semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. .

3.0 Implikasi Isu Terhadap Akauntabiliti Keguruan dan Integriti Guru.

Menurut laporan Magendran Rajagopal dan Norliza Wasilan dalam Berita Harian secara

online, Kementerian Pelajaran telah menerima 200 aduan berhubung pelbagai salah laku guru

di seluruh Negara sejak tahun 2007. Sumber menjelaskan baahwa antara kesalahan yang

dilakukan oleh guru ialah tidak hadir bertugas (37%), cabul dan gangguan seksual (17%),

terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (15%), penyalah-gunaan dadah

(9.5%), kecurian (6%), jenayah syariah (7%) dan keterhutangan serius (1%). Peningkatan

bilangan guru-guru di Malaysia yang terbabit dalam kes salah laku sesungguhnya

mendatangkan kesan yang amat buruk jika masalah ini dibiarkan berterusan.

Antara kesan yang dapat dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya

kewibawaan profesion perguruan. Seperti mana yang dinyatakan oleh Syed Ismail etc.

(2010:190), “ Pada zaman ini guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi pengganti ibu bapa,

kaunselor, pembimbing dan rakan.” Peranan guru begitu penting memandangkan beliau

merupakan individu yang paling dekat dengan murid semasa mereka berada di sekolah.

Namun, apakah pandangan ibu bapa di luar persekitaran sekolah yang mengharapkan guru

menjadi penggantinya, melihat kes-kes salah laku yang berlaku di kalangan guru di sekolah?

Adakah masyarakat di Negara kita akan terus menyanjung, menghormati dan mempercayai

profesion perguruan sebagai suatu jawatan yang mulia apabila guru-guru sekarang terjurus

untuk terbabit dalam salah laku?

Realitinya, peningkatan kes-kes salah laku melibatkan guru-guru di sekolah telah

menyebabkan ibu bapa dan masyarakat Negara kita memandang sinis terhadap profesion

perguruan. Mereka tidak yakin dengan kebolehan guru seluruh negara dalam mendidik anak-

anak mereka walaupun hanya berakibatkan tindakan salah seorang guru di Malaysia.

Nampaknya, pengaruh yang dibawa oleh permasalahan tidak mematuhi kod etika kerja guru

terhadap profesion perguruan di Malaysia adalah begitu luas sehingga menjejaskan imej semua

guru di Negara kita. Malah sesetengah pihak telah melabelkan profesion ini sebagai pilihan

9 | E D U 3 0 8 3

terakhir setelah tiada kerjaya profesional yang lain atau disebabkan ingin mengelakkan diri

daripada menganggur. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.”

Di samping itu, kes salah laku yang berlaku di kalangan guru juga memaksa pihak

berkuat-kuasa melucutkan jawatan guru di sekolah. Ini secara tidak langsung menyebabkan

kekurangan sumber guru yang berkualiti di sekolah-sekolah seluruh Negara. Menurut sumber

pada tahun 2010, bilangan sekolah rendah yang didirikan di Malaysia adalah sebanyak 7,714

buah. Cuba bayangkan sekiranya seluruh sekolah di Malaysia mempunyai hanya seorang guru

yang membabitkan diri dalam kes salah laku.

Dengan ini, pihak berkuat-kuasa terpaksa melucutkan kira-kira 7 ribu orang guru yang

memegang jawatan di sekolah. Ini sudah tentu menimbulkan permasalahan yang tidak

berterusan kepada proses pembelajaran murid-murid di sekolah, malah sistem pendidikan di

Negara kita. Jadi, jelaslah bahawa tindakan salah laku guru akan menyebabkan sistem

pembelajaran di Negara kita tergendala.

Gambar 1 : Perbezaan antara dua zaman berkenaan tindakan guru dan ibu bapa murid

10 | E D U 3 0 8 3

Contoh-contoh berita yang telah disiarkan dan juga berdasarkan pengalaman saya

sendiri berada di sekolah adalah merpuakan bukti yang kukuh, bahawa isu etika keguruan yang

semakin membarah dan berpotensi tinggi untuk menularkan kesan-kesan sampingan yang

pelbagai kepada pelbagai pihak, khususnya terhadap akauntabiliti dan integriti keguruan,

ekoran daripada tindakan guru yang menyalahi etika keguruan.

Komik yang dipaparkan dalam gambar di atas menunjukkan dua situasi dan latar

belakang masa yang berbeza, namun mempunyai tema yang sama, iaitu tindakan guru

terhadap murid serta respon dari ibu bapa murid terhadap tindakan guru. Apa pun tindakan

yang dilakukan oleh seorang guru, ianya tidak boleh dipisahkan dengan akauntabiliti keguruan.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, akauntabiliti bermaksudsifat bertanggungjawab

terhadap seseorang atau sesuatu keputusan atau tindakan manakala Kamus Dewan Edisi

Keempat menerangkan maksud integriti, iaitu kejujuran, ketelusan dan menjaga sesuatu

daripada perkara yang melibatkan penyelewengan. Dalam konteks akauntabiliti keguruan dan

integriti guru pula, ianya merujuk kepada tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap

profesion perguruan dalam beberapa komponen utama, iaitu akauntabiliti terhadap murid, ibu

bapa, rakan sejawat, masyarakat dan negara serta profesion perguruan, serta pembudayaan

nilai integriti keguruan dalam kalangan guru.

Walaupun begitu, isu-isu yang melibatkan etika keguruan yang sangat banyak berlaku

pada hari ini telah menjejaskan akautabiliti guru. Secara amnya, isu yang membabitkan etika

keguruan telah melunturkan akauntabiliti yang ada dalam diri guru yang tidak terlibat dengan

sebarang kes salah laku tersebut atas persepsi umum yang dibuat oleh masyarakat.Apabila

persepsi negatif ditujukan kepada akauntabiliti keguruan, maka segala tindakan yang dilakukan

oleh guru akan mendapat respon yang pelbagai khususnya daripada ibu bapa dan masyarakat

amnya.

Sebagai contoh, apabila seorang guru yang sangat mematuhi kod etika profesion

perguruan dan melaksanakan akautabilitnya sebagai guru memberikan teguran dan nasihat

dengan tegas kepada muridnya supaya menyiapkan latihan secara lisan. Apabila hal itu sampai

kepada pengetahuan penjaga murid berkenaan, maka guru tersebut telah didakwa atas

kesalahan melakukan kekasaran terhadap anaknya, atas persepsinya yang tidak begitu baik

terhadap akautabiliti keguruan yang ada pada guru secara amnya.

11 | E D U 3 0 8 3

Di samping itu, lunturnya integriti yang ada pada seorang guru kesan daripada isu

seperti hadir lewat ke sekolah. Ianya bukan sahaja akan mengakibatkan hilangnya kepercayaan

dan rasa hormat terhadap rakan sejawat dan murid-murid, bahkan secara tidak langsung akan

melambatkan aspek pengurusan dan pengelolaan. Pelan Integriti Nasional telah menggariskan

5 objektif khusus, salah satu darinya ialah menggalakkan semangat bertanggungjawab di

kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang

menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti. Selain itu, kualiti

pembelajaran murid juga akan turut terkesan akibat daripada etika guru yang telah menjejaskan

akauntabiliti keguruan itu sendiri. Sebagai contoh, murid yang menjadi mangsa kepada guru

yang tidak mengamalkan kod etika keguruan serta menjalankan akauntabilitinya sebagai guru

akan merasa mereka seolah-olah guru berkenaan garang dan susah untuk didekati. Maka,

sekiranya murid berkenaan mengalami masalah, murid tersebut tidak berani untuk berjumpa

dengan guru itu kerana takut kepada guru tersebut.

Harus diingat bahawa, hal seperti ini adalah penyumbang utama kepada jatuhnya

akauntibiliti profesion perguruan dalam kaca mata masyarakat pada hari ini, lebih-lebih lagi

dengan tersiarnya berita-berita negatif berkenaan isu keguruan di segenap sumber media

massa.

12 | E D U 3 0 8 3

Gambar 2 : Kes salah laku guru berada di tempat tertinggi dalam Google Search Engine.

Marshall Mc Luhan (1983) yang menulis buku Media is the Message menjelaskan

bahawa media lebih berkesan dalam menentukan isi kandungan maklumat, kerana media itu

sendiri yang berperanan dalam menyampaikan maklumat. Sejauh mana maklumat itu dapat

disebarkan, sejauh itulah luasnya masyarakat akan menerimanya dan bagaimana impaknya

pada masyarakat itu, ditentukan oleh media itu sendiri. Maka dalam konteks ini, masyarakat

yang menerima maklumat secara cepat dan meluas secara tidak langsung akan dipengaruhi

oleh kandungan media itu sendiri. Melihat kepada jumlah kes jenayah dan salah laku

berkenaan isu etika keguruan yang disiarkan di media massa, sedikit sebanyak ianya mampu

13 | E D U 3 0 8 3

mengubah persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan, daripada persepsi yang baik,

kepada yang sebaliknya.

Media massa lebih banyak dan kerap memaparkan kes-kes negatif yang melibatkan

etika keguruan berbanding menyiarkan perkara-perkara yang positif. Hal ini perlu dipandang

serius oleh pihak-pihak yang berkenaan, seperti pihak media, pihak kementerian dan organisasi

di sekolah itu sendiri untuk cuba menggiatkan usaha untuk mengangkat dan meningkatkan

semula martabat profesion perguruan yang kian terjejas dari hari ke hari.

Integriti dan akauntabiliti guru merupakan kualiti unggul dan kebertanggungjawaban

yang perlu dipikul oleh guru untuk meningkatkan martabat professional perguruan di mata

masyarakat sekeliling. Jika dilihat pada Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dikeluarkan pada

tahun 2004 oleh Institut Integriti Malaysia, Integriti turut merujuk kepada etika dan nilai-nilai

etika. Oleh itu, adalah menjadi akauntabiliti seseorang penjawat awam untuk meletakkan kualiti

diri yang unggul sepanjang masa bagi menjaga nama baik profesion perguruan. Perlakuan

yang tidak beretika sebenarnya berpunca daripada diri sendiri dan untuk mengatasi masalah

tersebut, seseorang guru hendaklah berani untuk berubah dan meletakkan kepentingan

perkhidmatan awam dan profesion perguruan melebihi kepentingan peribadi.

Kerajaan telah menekankan amalan etika yang baik dan integriti dalam Perkhidmatan

Awam. Antaranya ialah Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran (1983),

Pendekatan Islam Hadhari (2002), Rancangan Malaysia Kesembilan RMK9 (2006-2010),

Kempen Nilai-nilai Murni dan Budi Bahasa (2008), Pelan Integriti Nasional (PIN) (2008),

Penubuhan Institut Integriti Malaysia, Ikrar Aku Janji, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam,

Wawasan 2020, Ikrar Perkhidmatan Awam, Ikrar Kualiti, Piagam Pelanggan Perkhidmatan

Awam dan lain-lain lagi. Ternyata Kerajaan amat komited untuk meningkatkan integriti dan

akauntabiliti guru namun persoalan yang akan timbul ialah sejauh mana diri guru itu sendiri

mahu berubah dan memikul integriti serta akauntabiliti dalam perkhidmatan awam.

Senario ketidakpatuhan terhadap Surat Pekeliling merupakan contoh mudah tindakan

guru yang boleh mengakibatkan integriti dan akauntabiliti profesion perguruan dipertikaikan oleh

masyarakat setempat. Guru dilarang merokok di sekolah kerana sekolah merupakan kawasan

larangan merokok namun masih terdapat segelintir guru yang tidak mengendahkan larangan ini.

Ini menunjukkan bahawa guru-guru seperti ini tidak memiliki integriti seperti yang dituntut dalam

Pelan Integriti Nasional (PIN). Oleh itu, guru seharusnya berusaha untuk mengelakkan diri

daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan nama yang tidak baik terhadap

profesion perguruan. Perkara ini turut terkandung dalam Kod Etika Profesion Keguruan perkara

14 | E D U 3 0 8 3

(J) iaitu guru tidak seharusnya bertindak sedemikian rupa yang boleh menjatuhkan darjat

profesion perguruan.

Kesimpulannya, ketidakpatuhan guru terhadap arahan yang dikeluarkan melalui Surat

Pekeliling akan menjejaskan akauntabiliti dan integriti guru dalam tempoh masa yang panjang

dan kepercayaan masyarakat akan turut berkurangan terhadap guru. oleh itu, komuniti guru

harus sentiasa berusaha untuk menjaga prestasi dan nama baik profesion perguruan serta

dalam masa yang sama, sentiasa berusaha untuk meningkatkan integriti, akauntabiliti,

produktiviti dan kualiti perkhidmatan yang diberikan untuk memacu pembangunan dunia

pendidikan Negara.

4.0 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH MENANGANI ISU

4.1 Memperkasakan konsultansi antara pihak sekolah & ibu bapa.

Apabila rasa tidak puas hati para ibu bapa terhadap tindakan guru, memfailkan saman

adalah tindakan yang selalu diambil untuk menyelesaikan masalah. Senario ini telah acap kali

berlaku pada hari ini, sehingga ianya dibawa ke sidang parlimen. Bekas Timbalan Menteri

Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim  telah menyatakan bahawa guru mempunyai tanggungjawab

yang amat berat dalam mendidik. Sekiranya mereka melakukan sesuatu yang telah

menimbulkan perasaan tidak puas hati ibu bapa, perkara itu tidak perlu dibawa ke mahkamah,

sebaliknya dibawa berbincang secara baik.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah salah satu medium terbaik untuk

menghubungkan antara ibu bapa dan juga guru. Perancangan untuk mewujudkan kesefahaman

dan kerjasama antara dua pihak ini perlu diperkemaskan untuk memastikan tidak berlaku salah

faham serta terjalinnya hubungan yang baik antara pihak sekolah, khususnya guru-guru dan ibu

bapa.

4.2 Melibatkan guru-guru dengan kursus-kursus yang berkaitan.

Kursus atau seminar adalah antara mekanisme terbaik untuk mendapatkan ilmu serta

meningkatkan kemahiran-kemahiran yang pelbagai. Ianya bukan sahaja boleh dilakukan di

sekolah, malah penganjuran kursus ini turut dilakukan oleh pihak kementerian di setiap

peringkat untuk disertai oleh guru-guru. 

15 | E D U 3 0 8 3

Sebagai contoh, inisiatif yang baik telah diambil oleh kerajaan negeri Selangor dengan

penganjuran Bengkel Sumbang Saran hala Tuju Pendidikan. 

4.3 Menggiatkan program yang berfokuskan kepada guru.

Guru adalah merupakan model terbaik untuk dicontohi oleh murid. Noriati A. Rashid

(2010) berpendapat bahawa, guru-guru yang mempamerkan ciri-ciri penampilan yang sesuai

dimodelkan supaya tidak bertentangan dengan etika guru.Justeru itu, mempergiatkan program

yang mampu membentuk peribadi dan sahsiah yang baik perlu dilaksanakan di setiap

peringkat. Antara contoh program yang boleh dilakukan ialah seperti Program Guru Penyayang,

16 | E D U 3 0 8 3

Anugerah Guru Contoh Mingguan, Program Anak Angkat dari kalangan murid, lawatan atau

riadah bersama rakan sejawat.

Program-program seperti ini dapat memupuk para guru untuk memiliki nilai murni dalam

kalangan guru, sekaligus mengurangkan sikap yang kurang baik. Myint (2005) menyatakan

bahawa guru perlu mengurangkan emosi-emosi negative apabila berada dalam kalangan murid.

4.4 Sentiasa mengamalkan budaya cakna dalam kalangan guru.

Budaya cakna ini lebih sesuai sekiranya ia dapat dilaksanakan bertujuan untuk memberi

ruang dan peluang kepada guru-guru untuk sentiasa memberi perhatian serta mengikuti segala

garis panduan dan arahan yang telah diberikan untuk melaksanakan sesuatu tindakan. Sebagai

contoh, untuk menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan murid, guru yang berkenaan

perlu melakukannya berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian

dengan merujuk terlebih dahulu kepada tatacara yang telah ditetapkan dalam Surat Pekeliling

Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 20133,Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7,

Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid.Selain itu, budaya cakna ini boleh

dilakukan secara berperingkat dan diadakan samada secara berkala atau harian. Sebagai

contoh, setiap kali perjumpaan atau mesyuarat, aka nada slot perkongsian untuk menjelaskan

tentang kandungan pekeliling atau garis panduan yang tertentu.

5.0 REFLEKSI KENDIRI

Sepanjang melaksanakan tugasan ini cabaran yang saya perolehi dari sudut

mengumpul maklumat mengenai tugasan yang diberikan serta kekangan masa dan faktor

kesihatan yang tidak mengizinkan. Saya juga berasa tidak berpuas hati dengan hasil tugasan

ini kerana kurangnya bahan rujukan dari artikel-artikel jurnal dan sumber ilmiah lain yang boleh

menyokong pendapat yang diutarakan. Maklumat yang diperolehi hanya sedikit membantu saya

17 | E D U 3 0 8 3

untuk menjadikannya sebagai bahan rujukan.Namun demikian saya tidak berputus asa, saya

cuba siapkan tugasan ini sebaik mungkin.

Banyak ilmu yang saya perolehi ketika saya menyiapkan tugasan ini yang boleh saya

gunakan sebagai panduan kepada saya sebagai seorang guru. Antara maklumat yang saya

faham ialah,memandangkan isu atau permasalahan salah laku guru di Negara kita akan

membawa kesan yang begitu serius kepada imej guru dan sistem pendidikan di Negara kita,

langkah-langkah yang sesuai serta berkesan haruslah diambil supaya isu ini dapat diturunkan

kadarnya, diperbaiki keadaannya dan pada akhirnya dibasmi permasalahannya. Terdapat

beberapa pihak yang terlibat dalam usaha mengatasi isu salah laku di kalangan guru di Negara

kita. Antaranya ialah pihak pentadbir sekolah, pihak rakan sejawat guru dan juga pihak individu

yang tertuduh tersebut.

Pertama sekali, pihak pentadbir sekolah haruslah mempertingkatkan lagi sistem

pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dalam

pemantauan terhadap guru-guru di sekolah agar isu salah laku di kalangan guru dapat

dielakkan. Pihak tersebut seharusnya mewujudkan sebuah sistem pantau yang dapat

menghalang guru-guru untuk melibatkan diri dalam perkara-perkara yang dikatakan telah

melanggar peraturan kod Etika Profesion Perguruan. Sekiranya betul didapati guru berkenaan

masih tidak terlepas dari terbabit kes salah laku, pihak pentadbir sepatutnya membuat

persediaan untuk memberi perkhidmatan nasihat dan kauseling kepada guru tersebut supaya

dia sedar bahawa dirinya sedang menjurus ke arah yang terpesong daripada profesionnya.

Walau-bagaimanapun,jika guru terbabit masih ingkar, maka amaran dan tindakan

tatatertib harus dilaksanakan dengan tegas agar kes salah laku tidak berterusan. Ketegasan

pihak pentadbir dalam menguruskan hal salah laku sememangnya membantu pihak berkuasa

membasmi isu salah laku di kalangan guru. Pihak pentadbir juga berperanan memastikan guru

di sekolah, khususnya guru permulaan yang baharu saja dilantik agar memahami dan

menghayati kod Etika Profesion Perguruan. Sekiranya perlu, kursus, latihan, seminar dan

bengkel menerangkan tentang etika kerja tersebut harus diadakan dengan kerap agar guru-

guru sentiasa peka dengan tindak-tanduk sendiri.

Selain itu, rakan sejawat guru juga memainkan peranan kritikal dalam mengatasi

masalah salah laku di kalangan guru. Sebagai salah seorang ahli dalam komuniti pendidik,

individu tersebut seharusnya sentiasa berusaha menjadi teladan kepada ahli-ahli lain dalam

komuniti berkaitan. Adalah diingatkan bahawa sebagai seorang guru, tingkah laku beliau bukan

sahaja sentiasa menjadi role model kepada murid-muridnya di dalam kelas, malah rakan-rakan

sejawatnya yang sentiasa berkomunikasi dengannya. Jadi, adalah wajar sebagai seorang guru

untuk sentiasa menjaga tindak-tanduknya. Sebagai rakan sejawat, individu tersebut juga

18 | E D U 3 0 8 3

bertanggungjawab memberi dorongan dan nasihat sewajarnya kepada guru yang didapati

terbabit dengan kesalahan.

Kita dididik agar tidak “menjaga tepi kain orang” dan ini menyebabkan kita jarang

mengambil peduli tentang hal-hal yang tidak berkaitan dengan kita. Namun, sebagai rakan

sejawat, sikap ini haruslah diubah dimana individu tersebut haruslah berusaha mengamalkan

pendekatan kepedulian. Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan

seseorang untuk berkorban demi orang lain. Dalam konteks ini, kepedulian dapat diertikan

sebagai perasaan ambil berat terhadap orang lain. Oleh yang demikian, setiap guru haruslah

memikul tanggungjawab sebagai seorang rakan sejawat untuk mempedulikan masalah salah

laku yang dihadapi orang guru sejawat di sekolah.

Pada masa yang sama, rakan sejawat juga perlu sentiasa saling memberi peringatan

dan nasihat agar tidak terjurus daripada terlibat dalam kes salah laku. Menurut Syed Ismail, etc.

(2010:56), “…kita perlua sama-sama menjaga nama baik profesion perguruan supaya

pelanggan dan stakeholder kita berasa berpuas hati dan kehendak mereka yang sah dapat

dipenuhi.” Beliau juga menyatakan bahawa “ Sebagai seorang guru yang berakauntabiliti

terhadap rakan, kita hendaklah sentiasa berusaha membantu rakan sejawat terutamanya

mereka yang baharu dalam terlibat dalam profesion peguruan ini.” (Syed Ismail, etc., 2010:57)

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa tugas kita sebagai guru sebenarnya tidak terhad kepada

murid, ibu bapa, masyarakat dan Negara. Kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab untuk

melindungi dan menjaga nama baik rakan sejawat kita yang berkecenderung untuk melakukan

tindakan terpesong agar kewibawaan profesion perguruan ini tidak tercalar.

Di samping itu, setiap orang guru di Negara kita sebenarnya mempunyai peranan

masing-masing dalam memastikan kes salah laku berhenti dari terus berlaku dalam kalangan

pendidik. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya sentiasa

bermuhasabah dan membuat reflektif diri mengenai apa yang dilakukan olehnya. Dengan cara

ini, kekuatan dan kelemahan diri akan dapat dikenal-pasti dan dibaiki dengan kadar yang cepat.

Ia juga menimbulkan kesedaran untuk menjadikan diri individu itu berkembang ke arah lebih

baik. Umpamanya jikalau guru berkaitan mendapati dirinya mempunyai masalah tekanan emosi

yang menyebabkannya terjurus untuk melakukan tindakan terpesong, maka beliau bolehlah

dapatkan nasihat dan kaunseling dari pihak berpengalaman sebelum kes salah laku berlaku.

Sikap kepekaan dan rendah diri terhadap keperluan diri untuk menerima nasihat amat

membantu dalam konteks ini. Sudah tentu masalah salah laku di kalangan guru dapat

diselesaikan sebelum keadaan berkenaan berubah menjadi jenayah serius sehinggakan

didakwa.

Seterusnya, guru juga haruslah bijak memilih kawan yang mampu menjadi teladan dan

contoh kepada profesion perguruan beliau. Seperti peribahasa dalam Bahasa Inggeris yang

19 | E D U 3 0 8 3

menyatakan bahawa “A man is known by the company he keeps.” Ini bermakna seorang

individu akan menerima pengaruh daripada teman-teman yang berdampingan dengannya.

Sekiranya seorang guru sentiasa berkawan dan berdampingan dengan golongan guru yang

dikatakan mempunyai sikap negatif, maka lama-kelamaan guru tersebut juga akan terjurus

untuk melakukan tingkah laku negatif akibat pengaruh rakan tersebut. Sebaliknya, sekiranya

guru berkenaan berdampingan dengan rakan sejawat yang mampu menjadi teladan dan contoh

malah model tiruan dalam profesion perguruan, maka guru tersebut akan terarah untuk

mengikuti arus supaya menjadi seorang guru yang ideal.

6.0 PENUTUP

Sebagai rumusan kepada ulasan-ulasan yang telah dikemukakan, Etika Profesion

Perguruan sebenarnya diwujudkan dengan hasrat untuk membentuk tingkah laku positif dan

membaiki potensi sesetengah individu pada satu-satu masa. Etika juga bertujuan mengawal

tingkah laku para profesional agar lebih beretika dalam bidang yang diceburi dan pada akhirnya

membimbing para profesional ke menara berjaya suatu hari nanti. Begitu juga keadaannya

dalam kerjaya guru. Dengan adanya Etika Profesion Perguruan, para guru di Malaysia akan

20 | E D U 3 0 8 3

dapat merujuk dan mendapatkan garis panduan untuk menjadi seorang guru yang

bertanggungjawab dan berakauntabiliti terhadap semua pihak termasuk pelajar, ibu bapa,

masyarat dan Negara serta rakan sejawat.

Pada masa yang sama, adalah wajar bagi setiap individu bagi memahami bahawa

pelaksanaan Etika Profesion Perguruan bukanlah untk membebankan individu yang terlibat

dalam profesion tersebut. Tujuannya seperti yang dinyatakan sebelum ini, sesungguhnya

adalah untuk membantu dalam guru yang berkhidmat dalam bidang pendidikan untuk menjadi

lebih komited, dan dapat memupuk akauntabiliti dalam menjalankan kerja atau profesion beliau.

Dengan pemahaman tentang kepentingan kewujudan etika kerja, maka diharapkan guru-guru di

Malaysia akan lebih menyedari keperluan diri mereka mematuhi peratuan kod etika seperti yang

tertera bagi menjaga imej profesion guru serta memelihara kelancaran dalam pelaksanaan

sistem pendidikan di Negara kita.Menurut Baharin Abu, etc. telah mengunkapkan bahawa “

Guru adalah pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan

kebudayaan dan ilmu pengetahun untuk kemajuan bangsa dan Negara pada masa hadapan.

Semamangnya guru memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan Negara. Selain

meyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain

mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi.

Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati,

pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan

(Mook Soon Sang, 1988). Sesungguhnya, guru-guru harus merenungkan kenyataan yang

diungkapkan oleh Imam Ghazali (1980) dalam buku Ihya Ulumiddin yang berbunyi “…rosaklah

pemimpin kerana guru yang jahat”.

BIBLIOGRAFI

Awang Had Salleh (1980). Keguruan dan Perguruan di Malaysia : Keperihalan Kini dan Arah yang

dituju. Johor Bahru, KONPEN V Publications.

Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh, (2007) Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

21 | E D U 3 0 8 3

Haliza Hamzah (2009), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn

Bhd.

Harold Koontz & Heinz Weihrich (1990), Pethinking The Professional of Teaching in Teacher Education Journal Vol XII, No.1.

Howard, G. R. (2007), ‘Dispositions for Good Teaching’,Journal of Educational Controversy, Ogos

2007.

Mok Soon Sang (2007), Pengantar Teras Pendidikan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Myint, S.K (2005), Classroom Management : Facilating and Learning, Singapura : Pretince Hall.

Noriati A. Rashid (2010) Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Stewart, P. & Davis, S. (2005), ‘Developing Dispositions of Preservice Teachers Through Membership in Professional Organizations’, Journal of Authentic Learning, Vol.2 (1),September 2005.

Syed Ismail & Ahmad Subki (2013) Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2013,Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7, Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid.

22 | E D U 3 0 8 3