tugasan edu 3083

32
TUGASAN EDU 3083 1.0 PENGENALAN Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan, maka guru memainkan peranan utama untuk menyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut dalam pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah murid. Begitulah peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni. 1

Upload: noraini-abd-rahim

Post on 20-Feb-2016

406 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

tugasan ppg

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

1.0 PENGENALAN

Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana

segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan.

Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang

telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan

perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah

negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam

menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan.

Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan

kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain.

Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan,

maka guru memainkan peranan utama untuk menyalurkan ilmu dan kemahiran

tersebut dalam pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia

di dunia dan akhirat. Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat.

Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan

bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah murid. Begitulah

peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni.

Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia adalah selaras dan selari

dengan perkembangan dasar negara. Setiap dasar yang dilaksanakan oleh negara

akan diikuti oleh perubahan sistem pendidikan bagi memenuhi dasar negara

tersebut. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) menekankan

“Pendidikan sebagai usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan seimbang dan harmoni

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan untuk mencapai

kesejahteraan diri serta negara.”

1

Page 2: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

Dalam usaha untuk merealisasikan falsafah pendidikan itu, Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan pada tahun 1982 manakala Kurikulum

Baru Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan pada tahun 1988. Kini,

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan bagi menggantikan

KBSR. Pelaksanaan KBSR, KBSM dan kini, KSSR menuntut para guru untuk

bekerja keras bagi merealisasikannya.

Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah

menyebabkan guru memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan

tugas sebagai pendidik, guru perlu membuat perancangan pengajaran, persediaan

alat-alat mengajar, menyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan,

menghadiri mesyuarat serta kursus. Selain itu, guru menjalankan tugas-tugas

perkeranian seperti urusan buku teks, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid,

akaun persatuan dan kelas, kegiatan sukan dan kokurikulum. Beban tugas yang

banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan dan mengalami tekanan emosi.

Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan membawa kesan kepada mutu dan

kualiti pengajaran guru.

Merujuk kepada keratan akhbar, Utusan Malaysia 23 Januari 2008, mantan

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan bahawa

beban kerja guru pada masa kini adalah terlalu berat. Artikel ini menjelaskan

bahawa guru terpaksa menanggung bebanan yang berada di luar bidang tugas.

Tugas guru bukan sekadar mengajar malahan turut memainkan peranan dalam

pembangunan sekolah, menjaga disiplin dan mengurus pentadbiran. Menurut

beliau, pengharapan untuk menaikkan tahap akademik pelajar dan sekolah telah

meningkatkan beban kerja guru selain tanggungjawab remeh temeh yang terpaksa

digalas mereka.

2

Page 3: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

Beban tugas didefinisikan sebagai tanggungjawab yang mesti dipikul dan

dilakukan oleh para guru sama ada tanggungjawab di dalam bilik darjah ataupun

diluar bilik darjah untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Beban tugas ini boleh

diukur dengan melihat jumlah masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya.

Pada pandangan saya, isu ini tidak akan pernah selesai kerana walaupun isu

ini telah lama dibangkitkan, namun sehingga kini isu ini masih diperkatakan. Hal ini

jelas menunjukkan bahawa usaha-usaha yang telah dilakukan masih tidak mampu

untuk menyelasaikan masalah ini. Isu ini juga tidak akan selesai kerana sistem

pendidikan yang sentiasa berubah serta keperluan pendidikan yang semakin

meningkat dan harus dipenuhi.

Beban tugas kerja guru dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) pula sering menjadi isu perdebatan masalah pendidikan beberapa

tahun ini. Pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran baru memberi penekanan kerja

guru atas sebab perubahan silibus, konsep pengajaran, jenis pentaksiran dan

bahan-bahan yang terlibat dalam tugas pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana

guru merupakan agen perubahan dalam sistem pendidikan negara. Seorang agen

perubahan merupakan individu yang akan mempengaruhi keputusan orang lain

(murid dan rakan sekerja) untuk beranjak ke arah yang dikehendaki oleh agensi

perubahan (Akhiar, Shamsina dan Muhamad, 2012). Keadaan ini memerlukan

pengorbanan dan kesediaan guru untuk bergerak dan berubah seiring dengan

perubahan keperluan pendidikan. Perubahan memerlukan guru sentiasa peka, rajin

dan bersemangat untuk melaksanakan tugas guru di sekolah.

2.0 TUGAS-TUGAS PENGURUSAN

Tugas guru di sekolah semakin mencabar, bukan sahaja setakat mengajar,

tetapi guru juga terpaksa membuat kerja-kerja pengurusan dan perkeranian. Di

3

Page 4: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

samping itu, guru juga perlu menjalankan dan menjayakan pelbagai program yang

dianjurkan oleh pihak sekolah. Begitu juga dengan saya. Selain mengajar

matapelajaran Sains bagi tahun 2, 3, 5 dan 6, saya juga terlibat dalam tugas-tugas

pengurusan seperti berikut;

2.1 Guru Data

Sebagai Guru Data, tugas saya adalah merancang pengurusan data

dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan oleh Bahagian

di KPM, JPN, PPD dan sekolah serta lain-lain agensi kerajaan. Antara

bidang tugas saya adalah;

2.1.1 Bertanggungjawab bagi pengurusan data EMIS iaitu

melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan,

pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data

dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual

yang ditetapkan berkaitan dengan:

a) Murid seperti Enrolmen

b) Maklumat Guru

c) Maklumat Staf Bukan Guru

d) Profil Sekolah termasuk Fizikal dan Maklumat Am

Sekolah

2.1.2 Mengaudit dan Mengemaskini Data EMIS/SMPP dari masa ke

semasa.

2.1.3 Menjadi setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Maklumat

Sekolah (JPMS).

2.1.4 Menyediakan Laporan Statistik Maklumat Asas Pendidikan

Sekolah (MAP).

4

Page 5: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

2.1.5 Membantu guru dan staf sokongan dalam menguruskan

penyelarasan data dan maklumat pendidikan seperti Sistem e-

Operasi, Sistem Maklumat Murid (SMM), HRMIS, Sistem

Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), Sistem Analisis

Peperiksaan (SAPS), APDM, Kokurikulum, Buku Teks

(SISTEKS), e-GTukar, e-Pangkat, e-gtukar, e-Nazir SKPM,

NKRA, e-Sarana dan lain-lain lagi tugas penyelenggaraan

rangkaian komputer yang digunakan untuk pengurusan data

EMIS

2.2 Setiausaha Kurikulum

Sebagai Setiausaha, saya ditugaskan untuk membantu Guru

Penolong Kanan 1 (PK1) dalam melaksanakan tindakan berikut;

2.2.1 Merancang mesyuarat Kurikulum sekurang-kurangnya 4 kali

setahun

2.2.2 Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat

2.2.3 Mencatat minit mesyuarat

2.2.4 Mengedar minit mesyuarat kepada guru & staf sekolah

2.2.5 Mengambil maklum/tindakan kepada keputusan mesyuarat

2.2.6 Mengumpulkan Program Tahunan Panitia yang telah di

rancang oleh setiap J/K setiap Panitia

2.2.7 Menyusun Program dalam Buku Program Tahunan Sekolah

2.2.8 Mengedarkan Program Perancangan Tahunan Sekolah

kepada semua guru

2.2.9 Mengumpulkan Laporan Program Panitia yang telah

dijalankan setiap kali selepas program dijalankan

5

Page 6: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

2.2.10 Menfailkan Laporan Aktiviti Panitia

2.3 Ketua Panitia Sains

2.3.1 Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan

mata pelajaran yang kemaskini.

2.3.2 Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran

tahunan, penggal dan mingguan.

2.3.3 Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan

fail panitia mata pelajaran.

2.3.4 Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia dihantar ke

pihak pentadbir sekolah.

2.3.5 Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata

pelajaran mengikut keperluan untuk AJK jadual waktu.

2.3.6 Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi

panitianya.

2.3.7 Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan

bahan-bahan rujukan untuk Pusat Sumber Sekolah.

2.3.8 Menentukan penggunaan alat antu mengajar, kaedah-

kaedah pembelajaran terkini.

2.3.9 Penyelaras menyediakan soalan-soalan peperiksaan/ujian

dan pemeriksaan kertas jawapan

2.3.10 Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan

sebelum dihantar ke bilik cetak.

2.3.11 Menganalisis keputusan peperiksaan/ujian bulanan bagi

mata pelajaran berkenaan dan menyediakan strategi-strategi

tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak

mencapai tahap yang dikehendaki.

2.3.12 Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan.

6

Page 7: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

2.3.13 Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan

akademik yang dirancang oleh pihak sekolah.

2.3.14 Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam

mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya apabila

diperlukan.

2.3.15 Bertanggungjawab menyediakan murid ke pertandingan-

pertandingan anjuran PPD, JPN, Kementerian Pendidikan

dan lain-lain.

2.3.16 Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti

persatuan akademik.Membantu menyediakan

data-data/maklumat mengenai mata pelajaran yang

berkenaan untuk dipamerkan di bilik gerakan.

2.3.17 Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi

mata pelajarannya.

2.3.18 Membantu guru kanan mata pelajaran membuat

pemantauan P&P.

2.3.19 Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta

pencapaian murid bagi peperiksaan dalaman dan UPSR.

2.3.20 Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan

alat-alat antu mengajar diselenggarakan dengan baik.

2.4 Penyelaras SPSK (PK01)

2.4.1 Memastikan pihak pentadbir telah melantik AJK Kurikulum

dan Ketua Panitia bagi semua mata pelajaran;

2.4.2 Memastikan Jawatankuasa Kurikulum sekolah

mengendalikan Mesyuarat JKKS sekurang-kurangnya 2 kali

setahun;

2.4.3 Memastikan setiap panitia matapelajaran telah menjalankan

mesyuarat Jawatankuasa Panitia mata pelajaran sekurang-

kurangnya 4 kali setahun;

7

Page 8: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

2.4.4 Memastikan setiap panitia melengkapkan perkara-perkara

berikut:-

a. Sukatan Pelajaran dan HSP terkini;

b. Rancangan Pelajaran Tahunan;

c. Standard Kandungan (KSSR);

d. Standard Pembelajaran (KSSR);

e. Rekod Pengesanan 100% Sukatan Pelajaran;

f. Anggaran Belanja Mengurus panitia tahun semasa

berdasarkan peruntukan kewangan bagi pembelian

bahan bantu mengajar dan program / aktiviti panitia;

2.4.5 Memastikan setiap panitia menjalankan aktiviti/program yang

diputuskan di dalam mesyuarat dan menyediakan

laporan pelaksanaan program;

2.4.6 Memastikan kategori dan kandungan fail panitia berdasarkan

SPI Bil 4/89 dipatuhi;

2.5 Guru Penasihat Kelab Bola Sepak

2.5.1 Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli

Jawatankuasa.

2.5.2 Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.

2.5.3 Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.

2.5.4 Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti

terkandung dalam Perlembagaan.

2.5.5 Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.

8

Page 9: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

2.5.6 Memastikan perancangan aktiviti tahunan didokumentasikan,

difailkan dan sesalinan diserahkan kepada Jawatankuasa

Pengurusan Kokurikulum Sekolah.

2.5.7 Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang

ditetapkan.

2.5.8 Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan

Kelab/Persatuan/ Unit Beruniform/Kelab Sukan dan

Permainan.

2.5.9 Memastikan pengurusan kewangan dan harta

benda/peralatan diurus dengan baik.

2.5.10 Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan

dan difailkan.

2.5.11 Mendaftarkan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Kelab Sukan

dan Permainan kepada Guru besar atau Badan Induk.

2.5.12 Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta

galakan kepada ahli-ahli.

2.5.13 Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat

sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik.

2.5.14 Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.

2.5.15 Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian

ahli.

2.5.16 Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.

2.5.17 Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan

dengan unit yang diwakili.

2.5.18 Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan

sepenuhnya.

2.5.19 Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan

ahli.

2.5.20 Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil

Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

9

Page 10: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

2.5.21 Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan

sesuatu program.

2.5.22 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru

Besar dari semasa ke semasa.

3.0 ISU-ISU YANG SERING TIMBUL DALAM MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS PENGURUSAN

3.1 ISU DALAM TUGAS GURU DATA

3.1.1 Guru-guru kurang memberikan kerjasama apabila diminta

untuk menyemak dan mengemaskini data peribadi mereka

sendiri, terutama maklumat yang mengalami perubahan seperti

alamat, nombor telefon bimbit, gaji, gred jawatan, tarikh

lantikan, tarikh naik pangkat, tarikh isytihar harta terkini, subjek

mengajar terkini dan tugas-tugas khas yang dijawat dalam

10

Page 11: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

tahun semasa. Mereka tidak sedar bahawa maklumat yang

tidak tepat akan memberi kesan ke atas urusan naik pangkat,

permohonan pertukaran sekolah dan lain-lain lagi.

3.1.2 Maklumbalas tentang keadaan dan pendawaian bilik darjah

dan bilik-bilik khas yang diperlukan daripada guru-guru kelas

dan penyelaras bilik-bilik khas mengambil masa yang agak

lama untuk dikumpulkan.

3.1.3 Guru data terpaksa mendapatkan sendiri data-data mentah dan

merekodkan dalam aplikasi EMIS seperti maklumat tentang

keadaan dan keberadaan peralatan dan bekalan harta modal

sekolah, keadaan tandas, keadaan bangunan sekolah serta

segala infrastruktur yang berada di sekolah.

3.1.4 Selain daripada aplikasi sistem, masalah liputan internet yang

terhad di sekolah menjadi punca utama proses

mengemaskinian data dan maklumat dengan kadar segera.

Liputan internet yang lemah akan melambatkan tugas guru

untuk mengemaskini data keseluruhan sekolah mengikut jadual

yang telah ditentukan.

3.2 ISU DALAM TUGAS SETIAUSAHA KURIKULUM

11

Page 12: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

3.2.1 Program Tahunan Panitia yang seharusnya di rancang oleh

jawatankuasa setiap Panitia tidak diserahkan mengikut tarikh

yang ditetapkan. Perkara ini mengakibatkan Buku Program

Tahunan Sekolah yang diedarkan kepada semua guru tidak

sempurna.

3.2.2 Ketua Panitia tidak menyediakan laporan Program Panitia yang

telah dijalankan setiap kali selepas setiap program

dilaksanakan. Laporan hanya akan dibuat sekiranya terdapat

pemantauan dari Pegawai PPD atau JPNJ.

3.3 ISU DALAM TUGAS KETUA PANITIA SAINS

3.3.1 Guru yang bukan opsyen Sains terpaksa mengajar Sains.

Memandangkan Sains merupakan salah satu subjek kritikal, ini

akan memberi kesan kepada pencapaian matapelajaran Sains,

terutama pencapaian UPSR. Guru yang kurang mahir akan

mengakibatkan penyampaian pdp yang kurang berkesan.

3.3.2 Sebagai Ketua Panitia Sains, secara tidak langsung saya juga

berperanan sebagai Penyelaras Bilik Sains. Urusan

kebersihan, kekemasan, keceriaan dan keselamatan bilik Sains

juga di bawah tanggungjawab saya. Guru Sains di sekolah

rendah perlu menyediakan sendiri bahan eksperimen dan

menyimpan alatan setelah selesai eksperimen dijalankan.

3.4 ISU DALAM TUGAS PENYELARAS SPSK (PK01)

12

Page 13: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

3.4.1 Fail Panitia tidak dilengkapkan mengikut spesifikasi yang telah

ditetapkan. Ketua Panitia matapelajaran hanya melengkapkan

fail-fail panitia apabila ada pemantauan dari pegawai PPD atau

JPN sahaja.

3.5 ISU DALAM TUGAS GURU PENASIHAT KELAB BOLA SEPAK

3.5.1 Memandangkan sekolah kekurangan guru lelaki, saya telah

dilantik sebagai pengurus Kelab Bola Sepak. Saya akui

memang saya tidak mahir dalam permainan dan pengurusan

bola sepak.

4.0 CADANGAN PROGRAM YANG PERLU DILAKSANAKAN UNTUK MENINGKATKAN TUGAS PENGURUSAN DALAM PROFESSION PERGURUAN

13

Page 14: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

4.1 TUGAS GURU DATA

4.1.1 Latihan dalam perkhidmatan (LDP) tentang langkah pengisian

dan pengemaskinian maklumat secara online kepada semua

guru perlu diadakan sekurang-kurangnya dua kali dalam

setahun.

4.1.2 Pentadbir juga perlu mengambil peranan aktif dalam

memastikan semua guru sentiasa memastikan data peribadi

mereka sentiasa tepat dan segala perubahan telah dikemaskini

dari masa kesemasa.

4.1.3 Guru data perlu menyampaikan keperluan kemaskini maklumat

guru menerusi hebahan nota papan kenyataan, edaran

bercetak, pengumuman lisan semasa mesyuarat rasmi guru,

atau menerusi portal dan laman sesawang sekolah. Guru data

juga sentiasa bersedia dengan senarai semak penerimaan

maklumat agar tidak berlaku sebarang keciciran. Pendek kata,

guru data perlu ada sistem rekod maklum balas yang autentik.

4.1.4 Saya mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan pakej

internet mudah alih untuk memudahkan jawatankuasa data dan

maklumat menjalankan tugas pengemaskinian data dari masa

kesemasa.

4.1.5 Saya juga cukup bersetuju, jikalau kerajaan Malaysia

membayar gaji dan melantik pembantu guru gred N17 bagi

membantu meringankan sedikit sebanyak beban tugas guru

14

Page 15: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

menjelang tahun 2015 dan seterusnya. Jikalau guru prasekolah

dan guru pendidikan khas pun ada pembantu, bila agaknya

guru akademik akan menerima pembantu yang bakal

melakukan kerja-kerja yang tidak memerlukan kemahiran

pendidikan?

4.2 TUGAS SETIAUSAHA KURIKULUM

4.2.1 Sebelum menjelang cuti persekolahan akhir tahun, semua guru

diminta berkampung mengikut panitia untuk merancang

program-program panitia utntuk tahun berikutnya supaya

penyediaan Buku Program Sekolah untuk tahun berikutnya

tidak terjejas.

4.2.2 Laksanakan LDP tentang format perancangan program

berfokus yang standard supaya semua panitia dapat

menyediakan pelan program yang selaras bagi semua

matapelajaran.

4.3 TUGAS KETUA PANITIA SAINS

4.3.1 Laksanakan LDP untuk guru-guru bukan opsyen Sains yang

mengajar Sains.

15

Page 16: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

4.3.2 Ketua Panitia hendaklah memainkan peranan melaksanakan

perbincangan professional dengan guru yang terlibat sekerap

yang mungkin supaya segala isu dapat diselesaikan mengikut

keperluan semasa.

4.3.3 Ketua Panitia juga digalakkan membantu pdp guru yang terlibat

sebagai fungsi guru damping yang lebih fleksibel berbanding

kaedah pemantauan supaya guru yang terlibat tidak merasa

tertekan dengan kehadiran Ketua Panitia.

4.3.4 Mencadangkan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

supaya guru mahir dalam sains dapat membantu pdp guru

berkenaan.

4.4 TUGAS PENYELARAS SPSK (PK01)

16

Page 17: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

4.4.1 Melaksanakan pemantauan berkala (sekurang-kurangnya dua

bulan sekali) untuk memantau dan menyemak kandungan fail

panitia setiap matapelajaran.

4.4.2 Mengadakan bengkel pengemaskinian fail PK01 supaya semua

guru dapat bekerjasama dalam melengkapkan fail panitia

matapelajaran yang diajar dengan lebih efisyen. Pembahagian

tugas dalam sesuatu panitia menjadikan tugas menjadi lebih

ringan.

4.5 TUGAS GURU PENASIHAT KELAB BOLA SEPAK

4.5.1 Menjemput jurulatih bola sepak dari luar yang lebih

berpengalaman dan berpengetahuan dalam permainan bola

sepak. Dengan khidmat yang diperolehi dapat meningkatkan

pengetahuan yang lebih mendalam dalam permainan bola

sepak ini. Murid-murid akan didedahkan dengan pelbagai

pengetahuan, kemahiran serta teknik dalam permainan bola

sepak ini. Pengambilan jurulatih berpengalaman ini diharapkan

dapat membawa perubahan drastik terhadap mutu permainan

oleh pasukan sekolah saya.

4.5.2 Menghantar guru yang tiada kemahiran untuk berkursus dalam

bidang kejurulatihan bagi permainan bola sepak. Kursus

tersebut sekurang-kurangnya dapat menyediakan guru

17

Page 18: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

penasihat yang berpengetahuan dalam teknik dan peraturan

permainan bola sepak.

4.5.3 Galakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti kokurikulum. Ibu

bapa perlu terlibat sama dalam program-program sekolah

supaya dapat memberi perangsang kepada murid untuk

membuktikan kebolehannya. Hubungan yang erat antara pihak

sekolah dan ibu bapa memudahkan pengurusan dan

pentadbiran sekolah dalam bidang sukan dan kurikulum.

4.5.4 Menganjurkan pertandingan persahabatan dengan pasukan

sekolah yang berdekatan sebagai langkah menyediakan

pasukan sekolah dengan pengalaman dalam suasana

pertandingan yang sebenar. Murid-murid akan memperolehi

pengalaman dan mempelajari pelbagai teknik dari pihak lawan

dan menyusun strategi untuk menandingi dan mengatasi pihak

lawan.

5.0 REFLEKSI

Dalam melaksanakan tugasan EDU 3083, Asas Kepimpinan dan

Perkembangan Profesional Guru ini, saya sedar bahawa seorang guru sebenarnya

memegang jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukannya Pegawai

Pengurusan Pendidikan. Dari analisa bidang tugas yang dipertanggungjawabkan

ke atas saya, saya dapati masa tugas saya banyak dihabiskan untuk menyediakan

fail, mengakses data, menyimpan statistik dan lain-lain pekerjaan remeh. Kalau

disenaraikan kesemua tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya,

tugas mengajar dan mendidik terlalu sedikit untuk dibandingkan dengan tugas-

tugas pengurusan di sekolah.

18

Page 19: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

Ekoran dari bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru,

saya sedar mengapa seorang guru itu mereka tidak dapat menyempurnakan tugas

mereka dengan baik. Tekanan yang diberikan kepada guru oleh guru besar, PPD,

JPN dan KPM untuk mencapai sasaran pencapaian murid juga boleh menyebabkan

seseorang guru itu mengalami “stress”. Ketegangan yang berpanjangan boleh

mempengaruhi psikologi seseorang guru seperti hilang keyakinan, cepat meradang,

agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan seseorang guru itu kurang

bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya (Abdul Malik,

2000). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999).

Di dalam menyiapkan tugasan ini, saya sedar bahawa setiap masalah yang

dihadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya. Contohnya pada diri saya sendiri. Saya

memegang beberapa jawatan yang sangat berat di sekolah, iaitu guru data,

setiausaha kurikulum, ketua panitia sains, penyelaras spsk pk01 dan penasihat

kelab permainan bola sepak. Walaupun kesemua jawatan itu mempunyai

kesinambungan antara satu sama lain, tetapi saya berharap agar pembahagian

tugas di sekolah perlu dilakukan secara adil untuk mengelakkan bebanan tugas

tertumpu kepada seseorang guru tertentu sahaja.

Pembahagian tugas merupakan perkara yang sangat penting dalam aspek

kawalan dan pengurusan. Guru Besar dan pentadbir perlu menganalisis tugas dan

berbincang dalam pembahagian tugas kepada guru-guru agar pembahagian kerja

tersebut adil dan mengikut kemampuan guru tersebut. Gabungan antara tugas dan

kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan (Abdul Shukur Abdullah, 1991).

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia juga telah

mencadangkan agar pihak pentadbir sekolah mengurangkan bilangan

jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar. Pada masa

ini terdapat sekolah yang mempunyai hampir 40 jawatankuasa dalam bidang

pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid serta kebersihan,

19

Page 20: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

keceriaan dan keselamatan murid yang memerlukan curahan masa dan tenaga

guru yang bukan sedikit. Pengurangan jawatankuasa boleh dilakukan dengan

penggabungan dan pemansuhan beberapa jawatankuasa kecil.

Langkah yang paling bijak adalah menyusun semula tugas-tugas

perkeranian di sekolah dapat meringankan beban guru di sekolah. Menteri

Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bersetuju agar guru tidak perlu

dibebankan dengan tugas perkeranian yang terlalu banyak sehingga mengganggu

tugas utama guru sebagai pendidik anak bangsa. Dalam usaha untuk melonjakkan

kualiti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu diberikan banyak masa untuk

merancang pengajaran yang lebih berkesan serta membuat persiapan mengajar.

Saya sangat bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan perjawatan

guru pembantu di sekolah-sekolah. Masa berkualiti antara guru dan murid tentunya

dapat dipertingkatkan bertepatan dengan usaha memperkasakan perkhidmatan

pendidikan serta memartabatkan profesion keguruan.  Dengan adanya pembantu

ini, diharapkan guru akan dapat memberikan lebih tumpuan kepada aktiviti

pembelajaran murid dan perkembangan pedagogi mereka.  Menurut Hashim

Adnan, presiden NUTP dalam laporan akhbar Berita Harian 29 Jun 2009,  ketika ini,

hampir 380,000 orang guru dikatakan tidak mampu fokus kepada pengajaran di

kelas disebabkan terpaksa menjalankan kerja luar tugasan yang dianggap beban

tambahan.  

Dalam menuju misi pendidikan taraf pendidikan bertaraf dunia, semua pihak

tidak seharusnya berpeluk tubuh dan lebih teruk lagi saling menunding jari apabila

timbulnya isu bebanan tugas guru ini.  Pendidikan negara tidak akan mendapat

sebarang keuntungan malahan semakin terkebelakang daripada beberapa negara

lain yang lebih sensitif dengan perubahan taraf pendidikan negara mereka.  Sistem

pendidikan negara yang baik perlu menyediakan pendidikan berkualiti.  Pendidikan

yang berkualiti bermula daripada corak perkhidmatan guru-guru.  Corak

perkhidmatan yang baik dan tersusun sudah tentu dapat mengelakkkan keciciran

20

Page 21: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

prestasi sekolah seterusnya taraf pendidikan negara.  Oleh itu, peranan guru

pembantu ini sudah tentu memainkan peranan penting untuk membantu sekolah

khususnya guru-guru yang terkekang dengan bebanan tugasan berlebihan

sehingga membantutkan usaha mereka ke arah mencapai inspirasi negara. 

Namun hakikatnya, seseorang guru perlu menguruskan masa dengan bijak.

Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam sehari.

Oleh yang demikian sepatutnya tidak ada diantara guru yang mengeluh tidak dapat

menyiapkan tugasan dengan alasan tiada masa. Penggunaan masa dalam sehari,

seminggu, sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka

yang pandai menguruskan masa. Pengurusan masa yang baik dapat meringankan

tugas yang ada.

Pada pendapat saya, menjadi guru berkesan, melahirkan sekolah yang

berkesan dan mencapai pendidikan yang cemerlang bukan sesuatu yang mustahil.

Apa yang penting ialah kesediaan dan kesanggupan guru itu sendiri mengubah

paradigm, stail pemikiran dan bertindak secara professional serta yang paling

penting menjadi guru yang tidak mudah patah semangat. Walaupun dibebani

dengan tugas yang banyak, guru tetap tidak boleh patah semangat dan berputus

asa. Guru perlu sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dengan meningkatkan

kemahiran diri agar dapat menyempurnakan tugas-tugas yang diberi dengan penuh

rasa tanggungjawab.

Saya juga sedar, sebagai seorang guru yang professional, saya harus

sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekutan ilmu dan mengamalkan tingkah laku yang

penuh dengan keluhuran etika kerja serta mempunyai kefahaman yang jelas dan

mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk menyempurnakan tugas

saya pada setiap waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah patah semangat

dengan cabaran kerjanya. Guru hendaklah bersikap optimistik, tidak mudah

merungut dengan beban tugas yang dipikul.

21

Page 22: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

Walaupun ramai yang beranggapan cikgu mempunyai cuti yang banyak,

tetapi hakikatnya tugas seorang guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan

lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa

menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Dengan

ini, kebajikan dan luahan guru perlu diambil berat supaya pembangunan dan

objektif kerajaan mewujudkan Negara maju dapat dicapai dengan jaya dan

berterusan.

Kini baru saya sedar, mengapa arwah ayah saya berharap sangat agar saya

menjadi seorang guru. Begitu mulia dan berbaktinya insan bergelar guru. ‘Guru

ibarat lilin, menerangi sesiapa sahaja sehingga membakar diri sendiri’ pepatah itu

cukup untuk membuktikan tentang peranan guru dalam sistem pendidikan negara.

Setiap apa yang dicurahkan bukan untuk minta dibalas, ilmu disemai untuk di

cambah. Segala pengorbanan guru adalah semata-mata untuk melahirkan insan

yang berilmu, berpengetahuan, beramal dan berbudi. Ibarat benih yang baik

dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi bukit.

Guru adalah kerjaya yang sentiasa mendapat perhatian utama kerajaan

kerana peranannya cukup penting dalam mendidik rakyat agar menjadi modal insan

cemerlang untuk membangunkan negara. Disebabkan itulah kerajaan tidak pernah

mengabai kebajikan guru dan setiap masalah yang timbul sentiasa mendapat

perhatian untuk ditangani segera. Oleh itu, dalam keadaan tertentu, guru juga perlu

membuktikan keikhlasan serta sikap sedia berkorban tanpa mengharapkan

imbuhan semata-mata. Saya percaya sebahagian besar guru di negara ini komited

dengan tugas mereka dan sanggup mengharungi cabaran bagi memastikan murid

mendapat pendidikan sempurna dan cemerlang dalam pelajaran.

22

Page 23: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

BIBLIOGRAFI

Rujukan dari Buku

Kamus Dewan Edisi Baharu (1989), Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Muhammad Fuad Razali (2010), Beban Tugas Guru Cahaya Menanti Di Hujung

Terowong, Pendidik Jun 2010.

Muhammad Fuad Razali (2010), Tugas Rencam Bebankan Guru, Pendidik Jun

2010.

Muhammad Fuad Razali (2010), Kemahiran Pengurusan Maklmat Bantu Kurang

Beban Guru, Pendidik Jun 2010.

Muhammad Fuad Razali (2010), Susun Semula Tugas Perkeranian, Pendidik

Jun 2010.

Mok Soon Sang (1996), Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur: Kumpulan

Budiman.

23

Page 24: Tugasan Edu 3083

TUGASAN EDU 3083

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Bin Miskon (2012), Asas Kepimpinan

Dan Perkembangan Profesionalisme, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

 

Utusan Malaysia (2008), Beban Kerja Guru Kini Semakin Berat,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_09.htm

Utusan Malaysia (2012), 14 Isu Beban Guru Ditangani,

http://www.utusan.com.my/info.asp?

y=2012&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

http://gurucoolbainun.blogspot.com/2012/09/isu-keguruan-isu-beban-tugas-

guru.html

https://www.google.com.my/#q=beban+tugas+guru

http://sebelum-mata-terlena.blogspot.com/2009/11/kenapa-perlekeh-tugas-guru-

data-untuk.html

http://www.beritasemasa.com.my/isu-sistem-pendidikan-sekolah-malaysia

http://shareprof.blogspot.com/2012/09/isu-beban-tugas-guru_5.html

http://putraputri30.blogspot.com/2012/09/isu-keguruan.html

24