edu tugasan 2

18
Tugasan 1 : Dengan merujuk kepada program pengkhususan anda , rancang satu strategi pengajaran inovatif berasaskan projek. Jelaskan bagaimana strategi tersebut dapat dilaksanakan dalam konteks bilik darjah di Malaysia selaras dengan pembelajaran abad ke-21. Guru yang kreatif dan inovatif akan menjadikan mereka berupaya menjadi guru yang bermakna. Oleh yang demikian , untuk menjadi seorang guru yang bermakna , maka kita harus cuba untuk menggunakan strategi yang inovatif dalam sesuatu pengajaran yang dijalankan. Inovatif adalah kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baharu sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Strategi pengajaran yang inovatif merangkumi 4 asas penting iaitu Pembelajaran Berasaskan Projek, Pembelajaran Berasaskan Masalah, Pembelajaran Elektronik (e-learning), Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang (web). Pengajaran berasaskan projek merupakan kaedah pengajaran di mana guru menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Guru akan memberikan arahan serta penjelasan tentang projek yang agak kompleks dan mencabar, yang perlu dilaksanakan. Murid pula dikehendaki melaksanakan projek secara hands- on dan minds-on serta dengan melakukan sedikit kajian. Melalui kaedah projek, murid akan belajar untuk menyelesaikan masalah melalui proses inkuiri, berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses maklumat melalui Internet atau menghasilkan projek menggunakan perisian komputer, selain menggunakan pemikiran kritikal dan amalan refleksi untuk memastikan projek terlaksana dengan baik dan hasilnya akan memberi makna kepada mereka. Melalui kaedah projek, murid akan dapat menyelesaikan masalah dalam konteks dunia sebenar yang menjadi minat dan perhatian murid. Esei telah distrukturkan mengikut matlamat projek

Upload: wind-yuen

Post on 14-Dec-2015

77 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Edu Tugasan 2

TRANSCRIPT

Page 1: Edu Tugasan 2

Tugasan 1 : Dengan merujuk kepada program pengkhususan anda , rancang satu

strategi pengajaran inovatif berasaskan projek. Jelaskan bagaimana strategi tersebut

dapat dilaksanakan dalam konteks bilik darjah di Malaysia selaras dengan pembelajaran

abad ke-21.

Guru yang kreatif dan inovatif akan menjadikan mereka berupaya menjadi guru yang

bermakna. Oleh yang demikian , untuk menjadi seorang guru yang bermakna , maka kita harus

cuba untuk menggunakan strategi yang inovatif dalam sesuatu pengajaran yang dijalankan.

Inovatif adalah kemampuan membuat transformasi atau mencipta sesuatu yang baharu sama

ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang relevan dengan perkembangan semasa ke arah

penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Strategi pengajaran yang inovatif

merangkumi 4 asas penting iaitu Pembelajaran Berasaskan Projek, Pembelajaran Berasaskan

Masalah, Pembelajaran Elektronik (e-learning), Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang

(web). Pengajaran berasaskan projek merupakan kaedah pengajaran di mana guru

menyediakan projek untuk dilaksanakan oleh murid-murid. Guru akan memberikan arahan serta

penjelasan tentang projek yang agak kompleks dan mencabar, yang perlu dilaksanakan. Murid

pula dikehendaki melaksanakan projek secara hands-on dan minds-on serta dengan melakukan

sedikit kajian. Melalui kaedah projek, murid akan belajar untuk menyelesaikan masalah melalui

proses inkuiri, berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses maklumat melalui Internet atau

menghasilkan projek menggunakan perisian komputer, selain menggunakan pemikiran kritikal

dan amalan refleksi untuk memastikan projek terlaksana dengan baik dan hasilnya akan

memberi makna kepada mereka. Melalui kaedah projek, murid akan dapat menyelesaikan

masalah dalam konteks dunia sebenar yang menjadi minat dan perhatian murid. Esei telah

distrukturkan mengikut matlamat projek yang telah dirancang, maklumat asas tentang projek

yang telah dirancang dan juga langkah-langkah untuk menjalankan projek tersebut.

Matlamat Projek

Strategi pengajaran inovatif berasaskan projek yang telah dirancang seperti yang

terdapat dalam esei ini adalah untuk memastikan murid-murid lebih memahami artikel yang

terdapat dalam buku teks. Projek ini akan dijalankan sebaik sahaja artikel buku teks yang

berkaitan dengan tema projek telah diajar. Melalui projek ini, murid-murid berpeluang untuk

mengalami perasaan yang terpapar melalui artikel buku teks. Selain itu, projek yang telah

dirancang juga memberi peluang kepada murid-murid untuk belajar melalui pengalaman

mereka. Dengan belajar melalui pengalaman, pengetahuan tersebut dapat dikekalkan dalam

Page 2: Edu Tugasan 2

minda murid-murid memandangkan mereka sendiri yang mengalami dalam sesuatu situasi.

Matlamat pengajaran ini juga selaras dengan pembelajaran abad ke-21 yang begitu

mengutamakan murid. Selain daripada itu, projek yang telah dirancang juga bermatlamat untuk

memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid. Pada abad ke-21 ini, kerjasama

antara satu sama lain adalah begitu penting dalam kehidupan kita. Dengan adanya kerjasama

antara satu sama lain, kebanyakkan masalah dan tugasan yang kita hadapi dalam kehidupan

dapat diselesaikan dalam masa yang singkat dengan lebih senang dan hubungan yang erat

juga dapat diwujudkan.

Matlamat yang seterusnya adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada dunia yang

begitu penuh dengan informasi yang berlainan. Zaman kebelakangan ini, dunia kita dengan

penuh dengan pelbagai cabaran yang baru, jika kita mendedahkan anak-anak kita kepada

dunia ini sejak mereka kecil, hal ini akan menyenangkan masa depan mereka. Hal ini demikian

kerana, mereka telah dilatih untuk menghadapi cabaran yang berlainan sejak mereka kecil lagi

dan secara langsung mereka akan lebih tabah dan berpengalaman untuk menghadapi masalah

dalam kehidupan mereka. Selain itu, projek tersebut juga dapat mendedahkan anak murid kita

kepada industri lama yang telah dikekalkan dari zaman nenek moyang dan supaya mereka

dapat mengekalkan industri lama ini yang sebagai salah satu tradisional yang terdapat dalam

masyarakat kita.

Maklumat Asas Projek

Projek yang dirancang bertema tentang industri yang terdapat pada masyarakat silam

Pulau Pinang dan bertajuk “Industri Lama Tradisonal Kita”. Projek ini dirancang untuk murid-

murid tahun 4 SJKC Chung Hwa Confucian A Pulau Pinang memandangkan dalam buku teks

Bahasa Cina Tahun 4 terdapat satu artikel yang mengenai industri lama. Dengan mengadakan

projek ini, murid-murid tahun 4 akan lebih memahami isi kandungan artikel yang terdapat dalam

buku teks Bahasa Cina Tahun 4. Secara tidak langsung, mereka juga diberi peluang untuk

mendekatkan diri kepada industri lama yang telah dikekalkan dalam masyarakat Pulau Pinang

bertahun-tahun.

Pulau Pinang merupakan salah satu negeri yang bersejarah dalam negara kita. Tidak

boleh dinafikan bahawa Pulau Pinang bukan sahaja menyaksikan perkembangan ekonomi

negara kita sejak abad ke-18 maka kedudukannya yang begitu strategi telah menjadikannya

sebagai salah satu zon perdagangan yang utama sejak abad- ke-18. Oleh hal yang demikian,

kebanyakkan industri lama telah diperkembangkan di Pulau Pinang pada zaman silam. Sebagai

Page 3: Edu Tugasan 2

contoh, jahitan batik, penghasilan colok dan colok naga, pembawa beca, penghasilan tang lung

besar Cina, penghasilan kaca, penghasilan besi, penghasilan kasut, tenunan rotan, pembuatan

kuih nyonya, penghasilan keranda, penghasilan patung dan barangan kertas untuk

sembahyang dan lain-lain. Sekarang, industri lama telah menjadi salah satu topik yang

memerlukan kepekaan masyarakat kita. Zaman ini merupakan zaman ledakan informasi, begitu

mudahnya kita mendapatkan informasi dari saluran-saluran yang berlainan, dan secara tidak

langsung kita akan semakin mengetepikan industri lama yang telah banyak memberi

sumbangan dalam ekonomi kita. Sebagai insan yang bersahsiah, kita seharusnya sentiasa

menghargai jasa yang telah diberi oleh nenek moyang kita dengan memahami jasa yang telah

diberi dan mengekalkan apa-apa yang baik dan telah dikekalkan oleh mereka sejak masa

dahulu. Demi mengekalkan industri lama yang telah banyak memberi sumbangan dalam

ekonomi negara kita, projek ini perlu dilaksanakan dalam kalangan anak murid kita.

Page 4: Edu Tugasan 2

Langkah-langkah pelaksanaan projek

Projek yang dirancang untuk murid tahun 4 SJKC Chung Hwa Confucian A ini akan dijalankan

sepanjang dua minggu dan terdapat tiga tugasan yang berlainan. Peserta terdiri daripada 30

orang murid kelas 4M dan dibimbing oleh guru Bahasa Cina. 30 orang murid akan dibahagi

kepada 5 kumpulan iaitu 6 orang murid dalam satu kumpulan. Kumpulan yang terdiri akan

dikekalkan sepanjang projek yang mengambil masa selama dua minggu ini. Projek ini

dijalankan baik selepas artikel tersebut telah diajar dalam kelas.

i. Tugasan 1

Peserta : 30 orang murid 4M Guru Pembimbing : Guru Bahasa Cina

Tempat pelaksanaan : Sekolah Tempoh Tugasan : 5 hari

Dalam tugasan satu ini, murid-murid dikehendaki untuk mencari maklumat tentang

industri lama yang terdapat dalam masyarakat Pulau Pinang pada masa silam. Murid-murid

bebas mencari industri lama, sekurang-kurangnya 4 industri lama melalui saluran-saluran yang

berlainan iaitu buku rujukan, internet, majalah, surat khabar dan lain-lain. Tugasan ini diberi

supaya murid-murid dapat memahami industri lama dan memahami konsep ringkas mengenai

industri lama sebelum menjalankan tugasan kedua mereka yang terdapat dalam projek ini.

Dalam kumpulan, murid-murid dikehendaki mengumpul maklumat mengenai 5 industri lama

yang terdapat dalam Pulau Pinang secara teliti dari segi sejarah industri tersebut, perkara yang

perlu dibuat dalam industri tersebut, bahan-bahan yang diperlukan dalam industri tersebut,

pewakil industri tersebut, kedai industri tersebut, dan lain-lain. Selain daripada maklumat asas

mngenai industri-industri lama, murid-murid juga perlu merangka beberapa soalan temu bual

yang akan digunakan dalam tugasan 2 projek ini. Murid-murid perlu bekerjasama dalam

kumpulan mereka untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan menapiskan maklumat yang

diperlukan dan berguna untuk menyiapkan projek mereka. Sepanjang proses pengumpulan

maklumat ini, guru berperanan sebagai seorang fasilitator dengan hanya memberi nasihat dan

dorongan kepada murid tetapi tidak mengganggu cara murid mengumpul maklumat serta tidak

membekalkan maklumat kepada murid-murid.

Tugasan 1 ini sesuai dilaksananakan memandangkan tugasan yang diberi sesuai

dengan strategi pengajaran inovatif berasaskan projek. Strategi pengajaran inovatif berasaskan

projek mengutamakan murid dapat belajar dengan sendiri ataupun belajar melalui perbincangan

bersama dengan rakan-rakan. Tugasan ini telah membahagikan murid-murid ke dalam 5

Page 5: Edu Tugasan 2

kumpulan dan mereka perlu membincang antara satu sama lain untuk menapiskan maklumat

yang paling penting tentang industri lama. Mereka perlu membaca dengan sendiri mengenai

maklumat yang telah dapat dari pelbagai saluran dan melalui perbincangan untuk memahami

maklumat yang telah dicari. Selain itu, melalui proses perbincangan, semangat kerjasama dapat

dipupuk melalui tugasan tersebut. Strategi pengajaran inovatif berasaskan projek

mengutamakan kerjasama antara murid dan tugasan ini memerlukan kerjasama antara murid

untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan.

ii. Tugasan 2

Peserta : 30 orang murid 4M Guru Pembimbing : Guru Bahasa Cina dan 5 guru lain

Tempat pelaksanaan : Kawasan Bersejarah (Bandar Pulau Pinang)

Tempoh Tugasan : 1 hari (8.00 pagi - 5.00 petang) (Hari Sabtu)

Tugasan 2 ini akan disempurnakan mengikut kumpulan masing-masing. Dalam tugasan

1, murid-murid telah mencari industri lama yang mereka ingin mendalami dan di mana kedainya

terletak. Dalam tugasan ini, murid perlu mencari kedai-kedai ini di kawasan bersejarah (Bandar

Pulau Pinang) dan pewakilnya untuk menjalankan temu duga dengan mereka di samping

melibatkan diri dalam industri lama yang tidak pernah mereka cuba dan lihat. Walaupun dalam

tugasan 1, murid-murid telah mengumpul maklumat mengenai 5 industri lama (satu sebagai

ganti sekiranya pewakil menolak untuk menjalankan temu duga) yang berlainan tetapi mereka

hanya perlu menjalankan temu duga dengan 4 orang pewakil yang mewakili industri lama yang

berlainan sahaja. Maksudnya, mereka perlu berkunjung ke 4 kedai yang berlainan untuk

menjalankan temu duga. Sepanjang hari, setiap kumpulan akan diikuti oleh seorang guru demi

keselamatan murid dan peta Georgetown, laluan Rapid (bagi memudahkan kumpulan yang

telah mencari kedai-kedai yang jarak perjalanannya agak jauh) serta wang sebanyak RM70

(murid bebas menggunakan wang ini untuk apa-apa tujuan) akan diberikan kepada ketua setiap

kumpulan.

Seperti apa yang disebut di atas, setiap kumpulan akan menjalankan tugasan masing-

masing. Setiap kumpulan perlu bertemu duga dengan pewakil setiap industri lama berdasarkan

maklumat yang mereka dapat melalui pelbagai saluran dalam tugasan 1. Sepanjang hari ini,

untuk memastikan murid-murid menyempurnakan tugasan mereka dengan sedaya upaya, satu

pertandingan kecil akan dijalankan pada masa yang sama. Sekeping puzzle akan diberikan

kepada setiap kumpulan sekiranya mereka telah berjaya menjalankan temu duga, selepas

Page 6: Edu Tugasan 2

menjalankan empat temu duga, mereka akan dapat puzzle yang lengkap (4 keping puzzle).

Puzzle yang lengkap ini akan menunjukkan tempat yang akhir untuk berkumpul, kumpulan

pertama yang tiba di tempat tersebut dikira sebagai pemenang. Kumpulan yang menang boleh

mendapat artikel yang mengenai industri lama yang dapat memudahkan tugasan ketiga

mereka.

Jika berbanding dengan tugasan satu, tugasan kedua ini lebih menguji kebolehan

semua murid. Berbanding dengan tugasan 1, tugasan ini lebih memerlukan kerjasama antara

murid-murid memandangkan mereka perlu menentukan perjalanan mereka dengan sendiri,

mereka perlu menjalankan temu duga dengan sendiri, mereka perlu menggunakan wang yang

diberi secara rasional dan adil. Walaupun tugasan ini jauh susah berbanding dengan tugasan

satu, tetapi tugasan ini lebih memenuhi syarat pengajaran berasaskan projek. Hal ini demikian

kerana, projek ini bermatlamat untuk melatih murid untuk berupaya menyelesaikan masalah

dengan sendiri. Tugasan kedua ini telah banyak memberi peluang kepada murid-murid untuk

menyelesaikan masalah sendiri dengan mengadakan perbincangan dengan ahli kumpulannya.

Jika murid-murid sentiasa diberi peluang untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri maka

akan melatih mereka untuk menjadi seorang yang berdikari dan berupaya menyelesaikan

masalah sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Hal ini telah menyediakan murid-murid

kita untuk menghadapi cabaran pada masa kelak.

Selain daripada itu, tugasan kedua ini telah mendedahkan murid-murid secara langsung

kepada industri lama. Melalui tugasan ini, murid-murid berpeluang untuk menjalankan temu

duga dengan wakil industry lama. Mereka dapat merasai kepahitan yang dilalui oleh wakil-wakil,

mengetahui cabaran yang dihadapai oleh wakil pada masa dahulu. Hal ini telah memberi

pengalaman yang konkrit kepada murid jika berbanding dengan apa yang mereka baca dalm

artikel yang terdapat dalam buku teks.

iii. Tugasan 3

Peserta : 30 orang murid 4M Guru Pembimbing : Guru Bahasa Cina

Tempat pelaksanaan : sekolah Tempoh Tugasan : 5 hari

Dalam tugasan ketiga ini, murid-murid dalam kumpulan hendaklah bekerjasama untuk

menghasilkan satu powerpoint ataupun video berdasarkan maklumat yang mereka kumpul baik

melalui temu duga ataupun saluran lain (buku, internet, majalah dan lain-lain). Mereka diberi

tempoh sebanyak 4 hari untuk menhasilkan powerpoint atau video. Selepas penghasilan

Page 7: Edu Tugasan 2

powerpoint atau video, satu pembentangan akan dijalankan di dalam kelas. Semasa

membentang, setiap kumpulan perlu memperkenalkan industri lama yang telah mereka

sediakan. Semua murid akan terlibat dalam pembentangan dan juga pemberian markah kepada

setiap kumpulan. Markah akan diberikan berdasarkan maklumat yang dikumpul, cara

mengorganisasi maklumat, dan cara pembentangan.

Pada abad ke-21 ini, kebanyakkan perkara dalam kehidupan kita dapat disiapkan

melalui komputer dan aplikasi yang begitu canggih. Untuk melahirkan insan yang holistik dari

pelbagai segi dan berdaya saing, murid-murid perlu diajar dengan cara manipulasi komputer.

Tugasan ketiga ini juga memenuhi matlamat strategi pengajaran inovatif berasaskan projek

memandangkan strategi ini mendorongkan murid-murid untuk belajar melalui teknologi

maklumat dan komunikasi.

Sepanjang tempoh menyempurnakan projek ini, penilaian formatif akan dijalankan

memandangkan tempoh projek ini hanya mengambil masa selama dua minggu. Penilaian

formatif akan dijalankan dengan cara pemerhatian. Guru Bahasa Cina akan sentiasa memerhati

sama ada setiap orang murid memberi sumbangan dalam projek kumpulan masing-masing,

sama ada semua murid dapat bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulannya, sama ada semua

murid cuba dengan sedaya upaya untuk menyiapkan setiap tugasan yang telah diberi. Penilaian

secara individu akan dijalankan. Guru akan merekodkan prestasi semua murid supaya dapat

mengetahui cara untuk mengatasi masalah setiap murid. Murid yang bermasalah seperti

enggan bekerjasama dengan ahli kumpulan, tidak memberi sumbangan dalam projek kumpulan

dan lain-lain akan diminta untuk mengadakan perjumpaan dengan guru supaya mereka dapat

berubah baik dan menimba ilmu pengetahuan yang baru melalui projek ini.

Kesimpulannya, projek yang dirancang ini sesuai dengan strategi pengajaran inovatif

yang berasaskan projek memandangkan projek yang dirancang berpusatkan murid dan dapat

mendorong penglibatan murid secara proaktif. Tambahan pula, projek ini akan memberi

pengalaman yang langsung kepada murid supaya mereka dapat lebih memahami apa-apa yang

belajar melalui buku teks.

Page 8: Edu Tugasan 2

Tugasan 2 : Berdasarkan isu-isu emosi guru yang dipaparkan di media massa, ulaskan

secara kritis bagaimana guru dapat menangani permasalahan stress dengan berkesan.

Tekanan atau stress adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas

permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang melanda seseorang akan

menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap

tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu

terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Di Malaysia, profesion keguruan

merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. (Ibrahim Ahmad Bajunid,

1995). Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha dijalankan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam meningkatkan mutu sistem

pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi ini, tugas, peranan dan

tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar.Tekanan terhadap guru memang

berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami

tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan

akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan

pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan.

Bukan sekadar itu, masalah ini akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat

yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan.

Oleh hal yang demikian, cara-cara yang berkesan untuk menangani permasalahan stress

dalam kalangan guru perlulah kita bincangkan dari masa ke semasa.

Akhbar Berita Harian bertarikh 23 Julai 2007 memaparkan kes dakwaan 22 murid Tahun

Empat Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran ditampar kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

Mengikut kajian, kebanyakkan punca stress timbul adalah kerana kemarahan terhadap

ketidakupayaan diri sendiri. Hal ini banyak berlaku pada situasi guru terutamanya bagi guru

yang baru menerima peranan sebagai seorang guru di sekolah. Bagi guru baru, dalam

kebanyakkan situasi, mereka gagal mengawal anak murid mereka semasa proses pengajaran

dan pembelajaran dijalankan. Contohnya, murid tidak menyempurnakan tugasan dalam tempoh

yang ditetapkan(seperti apa yang dipaparkan di surat khabar bertarikh 23 Julai 2007). Semakin

lama, hal-hal ini akan mengakibatkan guru tersebut berasa kecewa, sedih dan marah.

Kekecewaan dan kemarahan merupakan salah satu emosi yang akan mendasarkan stress.

Untuk mengatasi masalah ini, guru tersebut seharusnya meningkatkan keupayaan diri dengan

Page 9: Edu Tugasan 2

pelbagai cara yang berlainan. Sebagai contoh, guru tersebut boleh membaca buku yang

mengenai cara-cara mengawal keadaan kelas, cara-cara membina hubungan yang mesra

antara guru dengan murid, cara berkomunikasi dengan murid yang berlainan dan sebagainya.

Pada zaman ini, buku-buku mudah didapat baik dari buku kedai mahupun dari internet. Melalui

buku-buku ini, guru tersebut boleh belajar cara-cara yang berlainan untuk mengawal muridnya,

teknik mengajar dan lain-lain daripada guru yang berpengalaman. Selain itu, untuk

meningkatkan keupayaan seseorang guru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah

mengadakan kursus yang seiring dengan tahap perkembangan pendidikan dunia. Kursus-

kursus ini telah banyak memberi manfaat kepada guru terutamanya guru yang baru melibatkan

diri dalam bidang pendidikan. Dalam kursus-kursus ini, guru-guru dapat belajar strategi

pendidikan yang terbaru dan berkesan. Dengan meningkatkan keupayaan diri sendiri, guru

akan lebih mudah untuk mengawal tingkah laku anak muridnya semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Sekiranya anak murid dapat belajar dengan penuh hati, maka stress

seseorang guru dapat dikurangkan secara langsung.

Menurut apa yang kita lihat dalam surat khabar(5 Jan 2015), seorang guru dari salah

satu sekolah menengah yang terletak di Pulau Pinang cuba membunuh diri kerana guru

tersebut berasa Guru Besar tidak menghormatiya dan menghukum anaknya yang belajar di

sekolah yang sama tanpa sebarang alasan. Namun begitu, guru besar sekolah tersebut telah

menafi dakwaan guru tersebut dan menganggap dakwaan tersebut sebagai fitnah. Dalam

sesebuah sekolah, ketua sesebuah sekolah ialah guru besar dan diikuti dengan Guru Penolong

Kanan 1, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Sebagai seseorang guru, kita haruslah mengamalkan hubungan yang mesra baik dengan Guru

Besar, guru mahupun pekerja-pekerja biasa seperti kerani. Hal ini demikian kerana sekolah

merupakan tempat bekerja kita, setiap hari kita akan berada di dalam sekolah agaknya

sepanjang 8 jam. Sekiranya kita tidak dapat membina hubungan yang mesra antara rakan

sekerja maka kita akan berada dalam keadaan yang sangat susah. Untuk membina hubungan

mesra dengan rakan sekerja, yang pentingnya kita harus mengamalkan sikap sanggup belajar

dan peramah terutamanya guru yang baru. Sekiranya hubungan yang mesra telah dilahirkan,

kita boleh berkongsi masalah kita dengan rakan sekerjanya baik masalah murid mahupun

masalah diri sendiri. Dengan cara berkongsi, kita akan berasa lebih senang dan lega

memandangkan kita bukan menghadapi masalah tersebut dengan sendiri. Selain daripada itu,

jika kita berkongsi masalah dengan orang lain, kita dapat membincang dengan orang tersebut

tentang langkah-langkah yang berkesan untuk menghadapi masalah. Sebagai contoh,

seseorang guru telah dia menerima aduan daripada ibu bapa murid bahawa dia tidak

Page 10: Edu Tugasan 2

menangani masalah dengan adil dalam kelas walaupun dia telah menyelesaikan masalah murid

dengan cara yang adil. Hal ini telah menyebabkan guru tersebut berasa sangat sedih dan

kecewa. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, guru tersebut boleh menerangkan hakikat

tersebut dan meluahkan perasaan yang sebenarnya dengan GPK satu mahupun guru-guru lain

supaya masalah tersebut dapat diselesaikan secara berkesan. Selain itu, guru juga boleh minta

pertolongan dari ahli pakar seperti kaunselor. Kaunselor banyak mempunyai ilmu pengetahuan

tenatang cara menangani emosi kita dan mereka boleh memberi cadangan yang pakar supaya

masalah kita dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Berkongsi masalah kita dengan

rakan sekerja, kawan ataupun ahli keluarga akan lebih baik daripada kita menanggung masalah

dengan diri sendiri memandangkan sokongan dan pertemanan adalah begitu penting bagi

semua orang.

Dalam semua profesion, hanya keguruan sahaja yang tidak ada ditetapkan masa

kerjanya. Tidak ada satu pihak pun yang memperjuangkan hak-hak guru dalam hal ini. Pada

November 2012 kerajaan telah mengumumkan sistem waktu bekerja 9 jam untuk para guru

dimana Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak telah menjadi negeri perintis selama enam bulan

sebelum ianya diperluaskan ke seluruh Malaysia. Untuk menyelesaikan masalah tersebut,

pengaturan masa yang sistematik juga merupakan salah satu cara yang berkesan. Apakah

perkaitan antara pengaturan masa dengan menangani stress? Sejak kecil lagi kita telah diajar

tentang “masa itu emas”. Setiap orang hanya mempunyai 24 jam dalam satu hari dan 365 hari

dalam setahun. Akan tetapi, banyak perkara perlu kita habiskan dalam masa yang agak singkat

ini. Sebagai seorang guru, banyak kerja perlu disiapkan dengan segera ataupun di masa yang

ditetapkan. Kerja yang banyak adalah punca utama stress dalam bidang pendidikan. Setiap

hari, guru perlu memeriksa buku kerja atau esei murid-murid, membuat penilaian terhadap

prestasi murid, menyertai kokurikulum. Semasa balik ke rumah, guru pula perlu menyediakan

bahan-bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran esok. Pada musim peperiksaan, guru

perlu menentapkan soalan peperiksaan yang sesuai dengan tahap murid-murid. Bagi guru yang

sudah berkahwin, selepas sekolah, mereka masih perlu sibuk dengan kerja rumah. Kerja-kerja

baik yang sekolah ataupun yang rumah memang meletihkan guru dan mengakibatkan stress

guru. Pengaturan masa ataupun menetapkan jadual waktu merupakan cara yang baik untuk

menyelesaikan masalah ini. Pada pendapat kami, jadual waktu hanya bagi hari Isnin ke hari

Jumaat perlu ditetapkan, manakala bagi hujung minggu pula, jadual waktu tidak diperlukan.

Bagi hari Isnin ke hari Jumaat, semua perkara dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan

dalam jadual wakatu, kerja-kerja dapat diselesaikan dalam masa singkat dan lebih cekap. Hal

ini demikian kerana dalam setiap jam kita perlu menyelesaikan kerja yang berlainan dan kita

Page 11: Edu Tugasan 2

tidak akan menangguhkan kerja kita. Bagi hujung minggu pula, kita boleh bebas memilih aktiviti

yang suka. Perkara yang disukai dapat meringankan tekanan kita. Contohnya, membeli-belah

bersama dengan sahabat atau ahli keluarga, membaca buka yang berminat, mendengar lagu

yang melegakan hati dan lain-lain.

Sebagai seorang guru, kebanyakkan masa kami akan rasa kami tidak membuat

kesalahan, yang membuat kesalahan hanyalah murid kami. Akan tetapi, sebagai insan, kami

semua membuat kesalahan. Untuk mengelakkan kesalahan ini terus dilakukan, refleksi baik

secara menulis ataupun secara lisan haruslah dijalankan setiap hari. Melalui refleksi, kita dapat

mendapati kesalahan yang kami lakukan dan mengaku bahawa kami telah membuat

kesalahan. Setelah mengenalpastikan kesalahan kami, langkah untuk membetulkan kesalahan

tersebut perlulah dilaksanakan. Sebagai contoh, seseorang guru mendapati salah seorang

muridnya enggan memberi kerjasama semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Selain itu, murid tersebut sering membuat bising di dalam kelas dengan memukul rakan

sekelasnya. Guru tersebut cuba memahami sebab-sebab hal ini berlaku dengan menjalankan

sesi perbualan dengan murid tersebut di depan kelas. Akan tetapi, perbualan tersebut gagal

dijalankan, murid tersebut hanya menangis dan enggan menjalankan perbualan dengan guru.

Guru gagal mengawal keadaan murid tersebut dan berasa sangat risau tentang situasi

semacam ini. Guru tersebut telah membuat refleski selepas sesi perbualan dengan murid

tersebut dijalankan. Melalui refleksi, barulah guru mendapati punca murid tersebut enggan

menjalankan sesi perbualan. Rupa-rupanya, murid ini berasa malu dan marah kerana guru

menjalankan sesi perbualan dengannya di depan semua rakan sekelasnya. Selepas ini, guru

telah cuba untuk menjalankan sesi perbualan dengan murid tersebut di kelas yang kosong.

Situasi menjadi semakin baik, murid mula sudi meluahkan perasaannya. Hal ini telah

membuktikan kepentingan refleksi, refleksi dapat memudahkan cara untuk menyelesaikan

sesuatu perkara. Sekiranya guru tersebut tidak menjalankan refleksi, masalah ini akan menjadi

lebih rumit dan guru akan berasa lebih tercabar dan stress.

Menurut peribahasa orang Cina, matlamat bagai lampu pada waktu malam. Kehidupan

yang kekurangan matlamat yang tetap bagai orang buta yang kehilangan tongkatnya. Dalam

kehidupan kita, matlamat akan memimpin kita ke arah yang cerah. Bagi guru yang berasa

kecewa dengan situasi sekarang, bolehlah cuba menetapkan matlamat yang mudah dicapai.

Sebagai contoh, dalam hari tersebut, saya perlu menyiapkan semua tugasan saya. Dengan

adanya matlamat yang jelas, kami akan berasa lebih berdaya dalam menyelesaikan masalah-

masalah. Bukan sahaja boleh menentukan matlamat bagi setiap hari, kita juga boleh

Page 12: Edu Tugasan 2

menentapkan malatmat bagi satu tahun. Selepas pertimbangan, seseorang guru tersebut

bolehlah menentapkan beberapa perkara yang perlu dihabiskan dalam setahun ini di dalam

diari ataupun di sekeping kertas dan melekatkan kertas tersebut di tempat yang mudah

dinampak sebagai ingatan. Sebagai contoh, guru X telah menentapkan setahun ini dia perlu

menghadiri kelas Bahasa Korea, dia perlu membaca 50 buah buku yang berlainan, dia perlu

mengadakan satu lawatan bersama dengan anak muridnya ke luar negeri dan lain-lain.

Matlamat-matlamat ini bolehlah disusun mengikut masa yang ingin dilaksanakan ataupun

disusun mengikut kesenangannya. Matlamat ini sebagai sokongan kepada guru tersebut

supaya dia dapat berushaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Dengan adanya matlamat

yang jelas, kami tidak akan berasa teragu-ragu dalam kehidupan kita dan akan berasa lebih

berani.