edu-full-wiswa.doc

Upload: karpagam-subramaniam

Post on 01-Mar-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

NAMA: WISWANATHAN A/L THRAMMIYAH

NO. KP: 901107-04-5347

UNIT: PISMP PT AMBILAN JANUARI 2012 (Semester 5)

SOALAN 1

Bagaimana mengaplikasikan kelas yang mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid dari latar belakang bangsa dan budaya yang berbeza? Melalui pemerhatian yang saya telah buat sepanjang tempoh dua minggu berpraktikum, terdapat beberapa aspek yang beberapa orang guru dan sekolah itu sendiri terapkan. Saya menjalani praktikum fasa 1 di SJKT Ladang Kemayan. Satu keistimewaan tentang sekolah ini ialah sekolah ini sering menjalankan aktiviti atau program luar bilik darjah. Kadang-kadang terdapat dua program yang dijalankan di sekolah itu dalam satu-satu hari. Walaupun demikian, aktiviti PDP tetap berjalan mengikut ketetapan masanya yang sebenar.

Aspek pertama yang sememangnya guru di sekolah saya terapkan ialah pengurusan persekitaran fizikal. Pengurusan Fizikal bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerak kerja. Ini termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah, mengawal.Guru-guru di sekolah tersebut amat mengambil peduli tentang betapa pentingnya pengurusan bilik darjah yang dinamik. Ini bertujuan untuk mencapai objektif ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Semasa saya masuk ke kelas tahun 2 untuk kali yang pertama, saya dapat melihat satu bentuk dinamik kumpulan yang guru kelas mereka telah wujudkan. Kelas tahun 2 tersebut terdiri daripada murid-murid yang berbangsa India dan beragama Hindu. Kesemua daripada mereka berasal dari keluarga yang miskin di mana ibu bapa mereka bekerja sebagai petani di ladang. Walaupun latar belakang mereka hampir sama namun terdapat jurang perbezaan di antara mereka dari aspek pencapaian akademik, gaya pembelajaran dan personaliti.

Apakah tindakan yang diambil oleh guru kelas mereka. Guru kelas mereka bertindak membentuk satu susunan meja secara berpasangan atau bertiga. Setiap kumpulan adalah hasil daripada gabungan murid lemah dan cerdas atau murid lemah, sederhana dan cerdas. Dengan wujudnya dinamik dalam setiap kumpulan, maka diharap murid yang cerdas dapat membantu murid yang lemah dan mereka tidak tercicir.Guru kelas tahun 2 terbabit juga memaksimum aspek penyusunan bilik darjah. Pemerhatian yang saya buat juga melihat bilik darjah tersebut mempunyai bilik darjah yang mempunyai peralatan asas-papan putih, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja kerusi, LCD, pembesar suara serta satu komputer.Papan kenyataan juga dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi dan sudut mata pelajaran.

Pemerhatian kedua yang saya boleh kaitkan dengan aspek pengurusan fizikal ialah semasa program dan aktiviti sekolah. Seperti yang saya katakan tadi, sekolah ini sememangnya sebuah sekolah yang sentiasa dipenuhi dengan program dan akitiviti ilmiah luar bilik darjah. Satu contoh program yang saya boleh kongsikan ialah Pameran Sains. Satu keunikan pameran ini ialah murid-murid menjadi fasilitator manakala guru sebagai pemerhati dan pembimbing. Program tersebut dijalankan di dewan besar SJKT Ladang Renjok. Guru juga membahagikan setiap kumpulan yang terdiri daripada murid pelbagai tahap pencapaian akademik, personaliti dan umur. Ini bagi mewujudkan satu dinamika kumpulan di dalam mereka.

Walaupun aspek pengurusan fizikal ini dipenuhi atau berada pada satu tahap yang betul namun jika gurunya tidak mencerminkan satu ciri-ciri seorang guru yang kompetan maka adalah sukar untuk kita katakan bahawa kita dapat membina sebuah bilik darjah yang mesra budaya. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sebuah bilik darjah ibaratsebuah orkestra dalam kehidupan.Tindakan seorang guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan persekitaran fizikal efektif bagi membantu perkembangan murid.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru telah berjaya membentuk Budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan.Selain itu pengurusan fizikal bilik darjah bolehlah dirumuskan meliputi aspek keselamatan termasuklah menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah. Di sekolah ini peraturan diwujudkan berpandukan Pekeliling dan Peraturan Sekolah. Antaranya mencakupi amalan menepati masa, amanah, rasa tanggungjawab, menjaga kebersihan, hormat-menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama. Satu amalan kebersihan murid-murid dan guru-guru di sekolah ini ialah mereka akan membuka kasut sebelum masuk ke dalam kelas atau bilik guru. Ini merupakan kali pertama saya melihat amalan buka kasut ini diterapkan di sekolah. Amalan seperti ini sememangnya dapat membentuk sebuah persekitaran fizikal yang mesra budaya. Pada awal pagi juga, setiap murid akan membersihkan kelas mereka masing-masing. Amalan seperti ini sememangnya harus diterapkan dalam diri setiap murid agar mereka lebih bertanggungjawab.

Aspek seterusnya yang ingin saya bincangkan ialah pengurusan persekitaran sosio-emosi. Pengurusan Sosio-Emosi yang berkesan akan menjadi perangsang dan membangkitkan minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka. Menurut Woolfork (1990), motivasi dan kuasa dalaman akan mengawal tingkah-laku murid.Guru boleh memberi pujian, galakan, ganjaran, dan dorongan. Peneguhan Positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas daripada murid.Emosi murid yang stabil membolehkan murid mengikut aliran semasa tanpa kehilangan identiti.Murid yang mempunyai emosi yang stabil mempunyai minat yang mendalam, suka berjenaka, disenangi kawan, boleh menerima demokrasi secara terbuka, suka berjenaka serta menanggung konflik yang berlaku dalam bilik darjah. Emosi murid perlu diurus dengan penuh kebijaksanaan supaya mereka tidak sentiasa berada dalam kebimbangan apabila berada dalam kelas.Hubungan Positif antara guru dan murid haruslah dibina terlebih dahulu.Guru mestilah mengamalkan kepimpinan Demokrasi serta mengambil berat tentang fisiologi dan akademik murid. Murid mestilah diberi peluang untuk bersosial sesama mereka dalam aktiviti P&P. Dengan cara ini, mereka akan dapat memahami emosi rakan sebaya dan mengenali perasaan orang lain.Perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah mengembangkan Nilai Kendiri (Self-Esteem) dan perasaan hormat-menghormati di kalangan kanak-kanak. Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif pergaulan diri, inisiatif persefahaman antara mereka perlu diperkembang bila mereka sendiri digalakkan membuat keputusan.Pemerhatian yang saya buat sepanjang praktikum ini menunjukkan hampir semua guru mengamalkan kepimpinan demokrasi serta mengambil berat tentang fisiologi dan akademik murid. Semasa PDP dijalankan, guru-guru sentiasa memberi kata-kata pujian kepada murid-murid mereka. Secara tidak langsung murid mereka lebik seronok dan bersemangat untuk belajar. Guru di sekolah ini mengurus emosi murid dengan berkesan supaya murid mereka dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan diri.Murid-murid yang lemah pencapaiannya masuk ke kelas pemulihan semasa waktu subjek yang mereka lemah. apabila mereka masuk kelas aliran perdana, guru-guru pun masih memberi perhatian yang lebih kepada mereka.

Seterusnya saya dapat melihat satu hubungan yang akrab antara guru dan murid mereka. Walaupun wujudnya ketegasan semasa guru tersebut mengajar, namun apabila mereka berjumpa dan bertemu, murid-murid memang sentiasa mengucapkan selamat pagi dan salam sejahtera. Penerapan amalam menyapa ini dapat menghapuskan jurang perhubungan antara guru dan murid. Begitu juga semasa berada di dalam kelas, murid-murid sentiasa menghormati guru mereka. Satu budaya yang bagus dalam sekolah inilah, semasa hari jadi murid tersebut, dia akan memberi setiap guru dan staff sekolah gula-gula. Walaupun nilai gula-gula itu kecil, namun nilai yang diterapkan di situ amat tinggi dan bermakna. Secara tidak langsung, hubungan akrab guru dan murid dapat dibentuk.

Bagaimana pula hubungan murif dan murid? Di sekolah ini, tidak wujud masalah disiplin seperti buli. Semua murid dapat bersama dan bergaul dengan baik sekali. Saya boleh melihat kejayaan guru dalam membina PDP mesra budaya dari aspek sosio-emosi semasa saya berada di kelas tahun 4. Pada ketika itu, saya bersama-sama mengajar murid-murid kelas tersebut membaca pada waktu pagi. Saya menguruskan murid yang lemah da guru tersebut murid yang sederhana. Apa yang menarik yang saya dapat lihat ialah, murid yang sangat lemah yang langsung tidak boleh membaca dibantu oleh kawan sekelas mereka. Walaupun kawan dia berkategori lemah, namun keikhlasan dan keakraban mereka telah membentuk satu sikap saling membantu. Begitu juga semasa saya mengajar, tidak semua murid faham bahasa Malaysia yang saya gunakan kerana bahasa pertama mereka ialah Tamil, namun kawan mereka yang cerdas membantu menyenangkan lagi kerja saya dengan menerangkan kepada mereka.

Aspek seterusnya ialah pengurusan proses pembelajaran dan pengajaran itu sendiri. Guru perlu menjadi seorang pengurus bilik darjah yang berkesan supaya objektf pelajaran tercapai. Guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan murid. Guru perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan atau maklumat tambahan daripada pelbagai sumber.Prinsip utama pembelajaran adalah meningkatkan dan mengekalkan rasa kejayaan, meluaskan tahap keintelektualan, kerohanian, kekuatan emosi, keteguhan jasmani, merangsang minat dan menghasilkan keseronokan. Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah, model, teknik dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi, interpersonal, bimbingan dan kaunseling dalam proses PDP.Guru perlu berperanan sebagai penggerak kepada pembelajaran berpusatkan murid. Guru perlu menjadikan pembelajaran semakin aktif, Interaktif dan Konstruktif. Pelaksanaan tugasan boleh dijalankan dengan lebih berkesan berasaskan penggunaan Pendekatan Koperatif dan Kolaboratif.Kaedah pengajaran seperti ini memerlukan murid dari pelbagai kebolehan, latar belakang Budaya, campuran jantina dan pelbagai Etnik bekerjasama dalam pasukan kecil untuk mencapai matlamat yang sama.Pelaksanaan aktiviti dapat dikawal mengikut masa yang ditetapkan. Guru juga boleh memberi murid ruang untuk merehatkan minda Brain Breaks untuk mengelakkan murid berasa bosan.Pengurusan pembelajaran yang terancang akan menjadikan murid lebih berani, yakin dan berwibawa.Di sekolah ini misalnya, setiap program dan aktiviti yang dijalankan sememangnya berpusatkan kepada murid. Setiap murid berpeluang menerokai sendiri ilmu yang mereka mahu. Sebagai contoh, semasa Pameran Sains setiap murid bergerak secara berkumpulan dari meja ke meja untuk membuat uji kaji dan penjelasan dari fasilator iaitu murid tahun 4. Aktiviti yang berpusatkan murid sememangnya banyak di sekolah ini. Penglibatan dan pencapaian murid menjadi keutamaan pihak sekolah.

Pedagogi yang releven menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid-murid. Menurut ahli Sosiologi, konsep Kebudayaan dikatakan sebagai cara hidup yang dipelajari, diubahsuai dan diturunkan dari satu generasi ke generasi lain. Di sini saya dapat melihat bahawa guru-guru memilih strategi, kaedah dan teknik dalam pedagogi pendidikan. Sebagai contoh latihan penggunaan bahasa mampu meningkatkan penggunaan bahasa Melayu di kalangan murid bukan Melayu.Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya.Di samping itu, terdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia. Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya.Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya. Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakang dan tempat.Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Vaishini, Hariharan, dan Logeswaran dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau work space ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom cultureSelain daripada sudut-sudut yang biasa di sekolah ini terdapat sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum .Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktiviti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid.Contohnya di sudut budaya ini Vaishini dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama orang lain dan agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Di sekolah ini juga terdapat sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah. Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.Setiap kelas mempunyai satu sudut pembelajaran elektronik; di mana murid dapat menggunakan perisian software yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan.Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi. Begitu juga dengan makmal komputer, kebanyakan guru mengoptimumkan penggunaan makmal tersebut dengan sesi PDP dengan murid.

Aspek yang seterusnya ialah mewujudkan peraturan bersama yang dijadikan budaya. Persekitaran P&P yang mesra budaya juga mengambil kira unsur peraturan yang perlu diaplikasikan oleh murid. Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama- kelamaan akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam kepada guru apabila guru masuk ke kelas dan bersalaman dengan guru apabila tamat sesi persekolahan. Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid- murid apabila mereka sudah sebati dengan peraturan ini. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa disuruh berbuat demikian. Budaya seperti ini merupakan satu budaya yang mulia kerana ada nilai menghormati guru di situ. Apabila guru dihormati, maka pelajaran akan lebih berkat lagi. Begitu juga setiap kali bertemu, murid di sekolah ini akan mengucapkan Vanakkam dalam bahasa Tamil kepada guru mereka.

Selain itu, murid- murid juga boleh diajarkan budaya bertepuk tangan setiap kali ada murid yang berani memberi jawapan apabila guru memberi soalan meskipun jawapan itu salah. Budaya bertepuk tangan ini menandakan bahawa kita menghargai keberanian murid tersebut memberikan jawapan dan memberi gambaran bahawa keberanian murid itu disokong oleh rakan- rakannya yang lain. Budaya seperti ini dapat menggalakkan murid lebih aktif dalam sesi P&P dan tidak takut mencuba. Contoh lain pula ialah dengan budaya satu dapat, semua dapat. Jika seorang murid yang melakukan kesalahan, maka semua murid dalam satu kelas itu juga akan dikenakan hukuman. Misalnya, jika ada seorang murid yang berbuat bising, maka murid- murid lain juga akan sama- sama didenda. Dengan cara ini, disiplin murid akan dapat dikawal dengan lebih baik kerana setiap individu akan mengingatkan individu lain. Selain itu, budaya seperti ini juga dapat memupuk kesatupaduan dalam kalangan pelajar. Contohnya, jika seorang murid dapat menjawab satu soalan dan diberi hadiah 5 biji gula- gula, murid lain juga mendapat hadiah iaitu sebiji gula- gula. Apabila saja ada yang diberi hadiah, murid lain juga akan diberi hadiah cuma kuantitinya berbeza. Cara ini akan dapat mengurangkan rasa rendah diri murid sekiranya tidak berjaya menjawab dan ia akan membuatkan mereka menyokong sesiapa pun yang berjaya dalam kalangan mereka kerana kejayaan seorang daripada mereka akan dikongsi bersama. Akan ada rasa perkongsian di situ dari segi hukuman mahupun imbuhan. Cara ini akan dapat melahirkan murid- murid berbilang kaum yang bersatu ibarat kata pepatah cubit paha kiri, paha kanan terasa jua. Budaya bukan sekadar rutin hidup atau amalan harian, tetapi ia juga menjadi identiti kepada susuatu kelompok yang mengamalkannya. Contohnya, jika murid- murid di kelas A mempunyai ruang bacaan sendiri dan sering dilihat membaca, maka budaya membaca itu adalah identiti mereka. Jika murid- murid kelas B pula mengamalkan budaya bersalam dengan guru setiap kali hendak pulang ke rumah, maka budaya menghormati guru itu akan menjadi identiti bagi murid- murid kelas B.Budaya yang paling ketara untuk keseluruhan sekolah ini, ialah budaya membuka kasut sebelum masuk ke dalam bilik kelas, bilik guru, pejabat, makmal sains, perpustakaan dan bilik sains. Budaya seperti ini sememangnya amat baik untuk diterapkan dalam diri murid-murid.

Aspek yang seterusnya ialah mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya.Proses P&P bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga boleh berlaku di luar bilik darjah seperti di padang dan perpustakaan. Oleh itu, fokus untuk mewujudkan persekitaran P&P mesra budaya bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Guru boleh mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi. Untuk mewujudkan suasana P&P yang mesra budaya, salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. Dalam konteks ini, budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum- kaum yang pelbagai. Dengan cara ini, murid- murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Di sini, mereka akan lebih menghargai budaya mereka dan dapat berfikir secara logik. Contohnya dalam subjek sains iaitu dalam topik pengawetan makanan, guru boleh mengaitkan pelbagai cara mengawet makanan yang terdapat dalam budaya pelbagai kaum. Misalnya kaum kadazan menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan basou dengan cara menjeruk nasi dan ikan. Kaum cina pula membuat kuih pau dengan cara pengukusan.

Aspek yang terakhir ialah menggunakan kaedah belajar sambil bermain. Kaedah main merupakan satu kaedah yang amat sinonim dalam P&P sekolah rendah. Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid- murid. Ia juga adalah budaya bagi golongan kanak- kanak. Oleh itu, apa kata kalau kita gunakan kaedah ini dalam P&P dan pada masa yang sama menyelitkan unsur budaya pelbagai kaum? Bagaimana pula ia dilakukan? Dalam budaya pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Bajau, Iban dan sebagainya pasti ada permainan tradisi. Permainan tradisi juga merupakan satu budaya.Dengan menggunakan permainan tradisi sesuatu kaum dalam P&P, guru bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada masa yang sama boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada murid- muridnya. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek Pendidikan Jasmani. Permainan tradisional boleh digunakan dalam mengajar murid- murid tentang pergerakan asas yang meliputi pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Misalnya dalam permainan ketingting yang merupakan salah satu permainan tradisi Melayu, murid boleh belajar tentang pergerakan lokomotor ketingting (melompat dengan satu kaki) dan pergerakan bukan lokomotor iaitu imbangan badan. Permainan masyarakat India seperti Kabaddi pula boleh digunakan untuk dijadikan permainan kecil.Selain daripada subjek Pendidikan Jasmani, guru juga boleh menggunakan permainan tradisi ini dalam subjek lain seperti subjek Matematik dan Bahasa Melayu. Contohnya dalam subjek Matematik, guru boleh menggunakan permainan batu seremban untuk mengajar murid mengira. Dalam subjek bahasa Melayu pula, guru boleh menggunakan permainan baling kelapa dalam proses pengukuhan perbendaharaan kata dalam kalangan murid dengan memanipulasikan peraturan permainan tersebut. Kesimpulannya, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan terus meningkat setanding dengan mutu pendidikan di negara-negara maju yang lain. Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah.Walau bagaimanapun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan. Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas murid manakala budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan. Maka jelaslah di sini bahawa iklim sekolah serta budaya sekolah memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah. Usaha dari segi perubahan pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan teknologi, infrastruktur dan perkakasan di sekolah seterusnya peranan dan tingkahlaku guru yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti perbezaan antara pelajar serta mempertingkatkan persekitaran fizikal bilik darjah harus dilaksanakan dengan berkesan supaya tidak ada lagi pelajar-pelajar yang akan tercicir dari arus pendidikan yang yang akan memberi impak kepada pembangunan negara. Peluang pendidikan yang sama rata perlu diambil kira.SOALAN 2

Cadangan Penyelesaian Kepada Ketaksamaan Peluang Pendidikan Dalam Kalangan Etnik-Etnik Peribumi

\

Infrastruktur dan Prasarana

Bagi faktor yang pertama, iatu faktor infrastruktur dan prasarana. Kebanyakan etnik-etnik peribumi ini bersekolah di sekolah luar bandar. Sekolah-sekolah mereka berada jauh dari bandar dan amatlah sukar untuk mereka memilih sekolah lain akibat jarak yang jauh dan tahap ketersampaian yang kurang. Maka terpaksalah mereka memilih sekolah yang terdekat sahaja. Di Semenanjung Malaysia, sekolah paling jauh adalah pedalaman dua manakala di Sabah dan Sarawak adalah pedalaman tiga. Di sini, timbul satu isu iaitu tahap infrastruktur dan prasarana sekolah tersebut.

Berdasarkan pengalaman saya di sekolah pedalaman tiga, dua dan satu. Isu ini sememangnya memang tidak pernah lari dari sekolah yang berstatus luar bandar pedalaman satu, dua dan tiga. Ketaksamaan tahap infrastruktur dan prasarana ini menyebabkan berlaku ketaksamaan peluang pendidikan. Murid-murid luar bandar ini khasnya etnik-etnik minoriti tercicir dalam arus pendidikan.

Cadangan saya, pihak kerajaan haruslah menambah dana peruntukan dalam meningkatkan infrastruktur dan prasarana. Ini termasuklah kos perbelanjaan perjalanan mengangkut kemudahan-kemudahan khasnya ke sekolah yang berada jauh di pedalaman tiga. Kebanyakan dana yang diperuntukan untuk satu-satu sekolah dihabiskan untuk kos pengangkutan sahaja manakala kos menaik taraf terpaksa dikurangkan.

Di samping itu kerajaan haruslah mempergiatkan usaha penempatan-penempatan baru berdekatan dengan kawasan bandar dan kampung yang berdekatan dengan sekolah. Berbalik kepada menaik taraf sekolah. Infrastruktur ini mestilah setaraf dengan infrastruktur yang terdapat di sekolah-sekolah kawasan bandar. Yang paling penting sekali adalah bekalan elektrik. Kerajaan perlu berusaha untuk membekalkan bekalan elektrik yang sepenuhnya ke kawasan pedalaman. Pada apa yang kita sedia maklum, bekalan elektrik di kawasan pedalaman masa sekarang hanyalah seketika sahaja. Terdapat juga beberapa sekolah di pedalaman hanya menggunakan generator untuk bekalan elektrik mereka. Jika masalah ini tidak diselesaikan, sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan terganggu. Selain daripada bekalan elektrik, kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan-kemudahan lain yang boleh melancarkan kehidupan masyarakat-masyarakat di pedalaman. Antaranya adalah bekalan air bersih dan juga klinik-klinik desa serta kemudahan-kemudahan di dalam bilik darjah itu sendiri untuk keselesaan pelajar dan juga guru.Dunia sekarang sememangnya telah memasuki fasa dunia digital dan alam maya. Maka adalah tidak adil sekiranya murid-murid di kawasan pedalaman tidak berpeluang mengalami sendiri dari awal lagi dunia digital ini. Cadangan saya, setiap sekolah pedalaman di seluruh Malaysia dilengkapi dengan Wifi Percuma yang boleh diakses oleh murid dan sesiapa sahaja.

Seterusnya, cadangan saya agar setiap prasarana sekolah di kawasan pedalaman disemak semula. Kebanyakan sekolah pedalaman ini sudah using dari segi bangunan dan perabotnya. Satu pembaharuan dan penambaikan amatlah perlu dilakukan agar murid-murid di sekolah tersebut selamat dan selesa untuk belajar. Bilik darjah yang kondusif dapat menyumbang ke arah sesi PDP yang berkesan.

Pembestarian SekolahCadangan penyelesaian yang seterusnya ialah memastikan infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada pihak sekolah-sekolah dikawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan luar bandar. Program pembestarian sekolah yang dijalankan harus menyediakan sekolah luar bandar dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi seperti sekolah bandar. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar Bandar dan pendalaman, pusat akses akan dibina. Begitu juga dengan kemudahan akses maklumat dan komunikasi lain seperti kemudahan telefon dan faksimili untuk memudahkan urusan pentadbiran sekolah. Di samping itu akses media massa juga harus dipertingkat seperti Astro atau Njoi.Kerajaan harus meletakkan budaya pembelajaran, analitikal dan intelektual sebagai keutamaan dalam agenda negara jika mahu membangunkan modal insan tanpa mengira kelas sosial murid atau keadaan murid berkenaan.

Tenaga Pengajar

Seterusnya adalah faktor tenaga pengajar. Kerajaan perlu befikir wajar untuk menempatkan guru-guru di kawasan pedalaman. Majoriti guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman pada masa sekarang ini sebenarnya tidak berminat untuk mengajar di sana. Kebanyakan mereka hanya inginkan elaun yang diberikan. Oleh itu, pihak kerajaan perlu memilih tenaga-tenaga pengajar yang betul-betul ingin ke kawasan pedalaman dan mereka ini perlu diberikan lebih elaun. Ini akan mewujudkan suasana mengajar yang lebih kondusif.

Tidak kira pihak kerajaan mehupun pihak swasta, pihak-pihak ini kena bergabung dan mencari jalan penyelesaian untuk mengubah pemikiran-pemikiran kolot masyarakat-masyarakat peribumi untuk mereka berfikir untuk masa hadapan. Untuk membantu dalam proses ini, golongan-golongan peribumi yang telah berjaya perlu memberikan motivasi dan bimbingan kepada mereka yang masih kuat berpegang kepada prinsip hidup mereka yang kolot tersebut. Mereka ini perlu menggerakan minda-minda masyarakat merka untuk berubah. Apa yang paling penting sekali adalah, golongan-golongan yang telah berjaya ini mestilah tidak lupakan daratan.

Oleh itu, semua pihak tidak kira kerajaan, swasta, NGO mahupun individu itu sendiri perlu memainkan perana yang penting untuk mengatasi masalah-masalah ketaksamaan peluang pendidikan di kalangan masyarakat peribumi. Semua pihak ini perlu menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah ini. Ini perlu untuk memastikan golongan-golongan masyarakat peribumi tidak ketinggalan ke belakang sekali.

Taraf Sosio-EkonomiUsaha-usaha untuk membasmi kemiskinan perlu dijalankan merangkumi pemberian bantuan kewangan yang bersifat bantuan kebajikan penuh. Hal ini perlu mendapat perhatian Kementerian dan badan-badan NGO yang berkaitan. Selain daripada itu, bantuan kewangan di dalam menyokong penglibatan mereka di dalam kegiatan-kegiatan saraan hidup baru perlu diberikan. Ini termasuk menggalakkan mereka menceburi bidang-bidang keusahawanan, pertanian moden, perniagaan dan lain-lain. Apabila taraf sosioekonomi mereka berjaya ditingkatkan, secara tidak langsung anak-anak mereka berpeluang untuk belajar di sekolah tanpa perlu ponteng untuk membantu menyara keluarga.

Program-program berbentuk kerja-kerja kemasyarakatan yang melibatkan pelajar-pelajar Universiti dan persatuan-persatuan pelajar harus disemarakkan bagi mendekatkan mereka dengan golongan yang berpendidikan tinggi. Ini sekaligus menanam keinginan pelajar-pelajar orang asli untuk berjaya diperingkat lebih tinggi. Pendekatan seperti penganjuran bengkel kecemerlangan akademik, kepimpinan, dan lain-lain yang difikirkan sesuai perlu mendapat kerjasama jabatan pelajaran, sekolah dan NGO pelajar.

Tahap KetersampaianSatu masalah yang paling ketara yang menghantui sesiapa sahaja di pedalaman tiga khasnya ialah tahap ketersampaian. Sehingga kini, kebanyakkan sekolah amat sukar dihubungkan dengan bandar atau pekan yang terdekat. Ini menjadi satu masalah kepada guru, murid dan sesiapa sahaja yang perlu ke sekolah terbabit.

Sekolah-sekolah seperti ini hanya boleh dihubungkan melalui jalan air atau denai. Guru-guru terpaksa berjalan kaki atau mengharungi sungai selama berjam-jam lamanya. Walaupun ada sekolah yang dapat dihubungkan dengan jalan darat, namun belum pasti jalan tersebut dalam keadaan yang baik. Jalannya yang licin dan rosak memerlukan kereta pacuan empat roda. Kadang-kadang kereta seperti ini pun tidak mampu menempuhi jalan tersebut kerana terkubur di tengah jalan.

Cadangan saya, pihak kerajaan haruslah mengambil satu jalan penyelesaian yang lebih optimistik untuk menaik taraf jalan kampung tersebut. Benda yang kecil seperti mampu membentuk masa depan Negara yang lebih cerah sekiranya dilaksanakan dengan lebih baik dan menyeluruh.REFLEKSI

REFLEKSI

Selamat sejahtera. Saya T.Wiswanathan, Guru Pelatih Kursus Pengajian Tamil telah menerima satu tugasan yang berkaitan dengan matapelajaran Budaya dan Pembelajaran yang telah diberi oleh pensyarah subjeknya saya iaitu En.Ab Karim bin Abdullah. Tugasan yang diberikan adalah dalam bentuk kumpulan. Tugasan ini perlu dihantar pada 11 April 2014.

Sebelum memulakan tugasan ini, beliau telah memberi penjelasan yang jelas mengenai tugasan yang diberikan olehnya. Setelah diberi tugasan ini, saya telah mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk di laman web. Selepas mengumpul kesemua bahan mengenai tajuk, saya mengkongsikannya dengan rakan setugas.

Selepas itu, saya telah menyediakan kesemua bahan untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam pelaksanaan tugasan ini saya telah belajar serba sedikit tentang budaya pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, malah saya juga berpeluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tajuk tugasan.

Sebagai seorang bakal guru saya telah belajar tentang cara-cara memahami budaya pembelajaran di dalam kelas yang boleh membantu saya semasa melakukan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di masa hadapan. Ini kerana, penggunaan ilmu yang sistematik dalam P&P akan menyenangkan para pelajar untuk memahami sesuatu dan perkara yang akan diajar dapat menyemai dalam ingatan pelajar selama-lamanya dan juga dapat menyeronokan pelajar. Bagi tersebut, saya telah menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya sebagai latihan.

Akhir kata, saya ingin berterima kasih kepada kesemua yang menolong saya sama ada secara langsung dan tidak langsung bagi menyiapkan tugasan ini. Saya tidak akan lupakan jasa mereka sehingga hajatku. Sekian, terima kasih.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

EDU BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

EDU 3106

Dikemukakan kepada :

EN.AB KARIM BIN ABDULLAH

Pensyarah PISMP PT ( Semester 5 )

Jabatan Ilmu Pendidikan

Pembinaan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya