edu full asg

28
SENARAI KANDUNGAN Bil Tajuk m/s 1 Penghargaan 2 2 Soalan 1a 3 3 Soalan 1b 11 4 Refleksi 18 5 Rujukan 19 6 Lampiran 20

Upload: thivya-raja

Post on 07-Jul-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: Edu Full Asg

SENARAI KANDUNGAN

Bil Tajuk m/s1 Penghargaan 2

2 Soalan 1a 3

3 Soalan 1b 11

4 Refleksi 18

5 Rujukan 19

6 Lampiran 20

Page 2: Edu Full Asg

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada En. Baharudin Yaacob, pensyarah subjek Budaya dan Pembelajaran, yang

telah banyak membantu dan membimbing saya sepanjang pelaksanaan kerja

kursus ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan sekalian yang telah

banyak membantu dengan berkongsi maklumat dan panduan pelaksanaan yang

berkaitan dengan kerja kursus pendek ini .

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh

masa yang telah diberikan dengan jayanya. Proses pelaksanaan kerja kursus ini

telah memberikan peluang kepada saya untuk meningkatkan lagi interaksi dengan

rakan sekelas saya yang lain.

Tambahan pula, kerja kursus ini telah memberikan saya peluang untuk

meningkatkan lagi pengetahuan saya mengenai subjek ini. Pencarian tambahan

yang telah saya lakukan untuk menyiapkan kerja kursus ini juga telah membantu

saya memahami kepentingan hubungan yang harmonis dan juga kebudayaan

pelbagai etnik di Malaysia. Di samping itu, saya dapat meningkatkan lagi

pengetahuan saya mengenai kebudayaan etnik Cina. Saya berharap maklumat ini

dapat saya gunakan sepanjang masa, selain daripada di dalam bilik darjah. Sekian,

terima kasih.

Page 3: Edu Full Asg

SOALAN 1a

Page 4: Edu Full Asg

Malaysia merupakan antara Negara Asia terbesar yang mempunyai rakyat

pelbagai bangsa dan budaya. Menurut Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia

2010 yang dikeluarkan oleh Jabatabn Perangkaan Malaysia, populasi Negara kita

terdiri daripada Orang Melayu, 50.1 %, Orang Cina, 22.6 %, Orang India, 6.7 % dan

kategori lain- lain yang terdiri daripada 11.7%. Jadi, bilik darjah sekolah yang

dipenuhi dengan murid yang mempunyai latar belakang yang pelbagai bukannya

benda baharu di Negara kita. Muthu dan Chin Shi Ming di Sekolah Kebangsaan

sudah menjadi norma biasa di Malaysia. Ini membuktikan bahawa, amat penting

bagi seorang guru untuk melengkapkan diri mereka, bukan sahaja dengan

pengetahuan matapelajaran yang diajar, malah juga dengan skil- skil tambahan

yang tertentu bagi memenuhi keperluan setiap pelajar di dalam sesebuah bilik

darjah. Skil – skil tambahan yang diperlukan merangkumi kebolehan menyelesaikan

isi-isu kepelbagaian budaya dan bahasa yang timbul dalam persekitaran bilik darjah.

Page 5: Edu Full Asg

Antara isu – isu kepelbagaian budaya yang biasa dapat kita perhatikan ialah,

Gambar Rajah 1 : Isu –isu kepelbagaian budaya dan bahasa dalam bilik darjah.

Antara isu yang biasa dapat kita perhatikan dalam bilik darjah ialah, murid-

murid lebih suka bergaul atau berkawan antara kaum mereka sahaja. Ini

menyebabkan wujudnya beberapa kelompak kaum dalam persekitaran sesebuah

sekolah tersebut. Hal ini terjadi akibat daripada sifat prasangka yang dimiliki oleh

pelajar terhadap kaum- kaum lain. Menjadi tugas dan tanggugjawab guru untuk

membantu murid untuk mengikis sikap prejudis mereka terhadap kaum lain. Guru

Mengalami kesusahan dalam

menguasai sesuatu bahasa selain

daripada bahasa ibunda.

Tidak mengenali budaya kaum- kaum

lain.

Page 6: Edu Full Asg

harus cuba membina peluang bagi pelajar untuk berinteraksi dan berkawan dengan

pelajar – pelajar yang berlainan kaum. Contohnya, guru boleh menganjurkan sukan

atau permainan kecil yang mampu meningkatkan interaksi antara pelajar. Menurut

Piaget (1962) main mampu memyediakan para pelajar untuk menyediakan diri ke

arah kedewasaan atau kematangan.

Malahan main bukan sahaja menghiburkan hati pelajar, tetapi pada masa

yang sama akan memberi peluang kepada pelajar untuk sedar bahawa kita manusia

hanya berbeza dari segi warna kulit tetapi sama sebagai ciptaan tuhan yang

mempuyai perasaan dan fikiran. Hal ini sememangnya akan meningkatkan sikap

menghormati dan juga kepercayaan terhadap kaum lain, justeru membantu setiap

pelajar untuk mencapai kematangan sosial, yang sememangnya menjadi satu

keperluan asas kepada warganegara Malaysia.

Isu seterusnya adalah, pelajar tidak mengenali budaya kaum- kaum lain.

Pada kebiasaannya, para pelajar tidak mempunyai pengetahuan mengenai kaum-

kaum lain selain daripada kaum mereka sendiri. Ini merupakan salah satu sebab

untuk pelajar memandang rendah terhadap kaum lain dan juga berlakunya

pergaduhan. Guru harus sentiasa celik akan masalah sebegini dalam bilik darjah.

yang boleh bermula dengan perkara – perkara kecil seperti mengejek dan menghina

antara satu sama lain. Bagi mengelakan terjadinya masalah seperti ini, guru harus

menerangkan kepada pelajar mengapa perlunya mengetahui dan menghormati

kepercayan kaum lain. Guru harus merangsang minat murid untuk mengetahui lebih

lanjut mengenai budaya, adat dan juga kepercayaan kaum lain di samping

menyedarkan mereka bahawa hal ini amat penting bagi memastikan kedamainan di

Negara kita terus berkekalan.

Page 7: Edu Full Asg

Menjadi tugas guru untuk merancang aktiviti pembelajaran yang informatif

dan sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama dalam sesebuah bilik

darjah. Pada masa yang sama, isi- isu sensetif juga tidak harus dibangkitkan. Proses

pembelajaran sebegini juga akan membantu para pelajar membina pengetahuan

baru mengenai budaya- budaya lain yang terdapat di Negara kita. Guru boleh

menyerap budaya dari pelbagai kaum ke dalam proses pengajaran dan

pembelajaran melalui beberapa cara. Contohnya, guru boleh mengintegrasikan

tarian singa, dan tarian kipas iaitu tarian tradisional kaum Cina dalam matapelajaran

pendidikan jasmani. Guru boleh memuat turun klip- klip tarian ini daripada Youtube

dan menayangkannya kepada para pelajar. Kemudian, guru boleh mengajar

langkah- langkah tarian yang mudah kepada para pelajar. Tambahan pula, guru juga

boleh mengintegrasikan budaya ini ke dalam pendidikan seni visual. Guru boleh

memecahkan para pelajar kepada beberapa kumpulan dan membimbing para

mereka untuk membuat topeng singa dengan sendiri. Para pelajar juga boleh

membuat kipas yang boleh digunakan semasa tarian menggunakan kreativiti mereka

sendiri. Tulisan kaligrafi yang menjadi budaya kaum cina juga boleh diajar dalam

pendidikan seni. Aktiviti- aktiviti sebegini bukan sahaja akan mengembirakan para

pelajar yang berkaum Cina dalam bilik darjah, malah akan memberikan pendedahan

baru kepada pelajar Melayu , India, Sikh dan juga pelajar asli.

Guru juga boleh memberi informasi mengenai pelbagai kaum yang terdapat di

Negara kita kepada pelajar dengan mewujudkan sudut informasi budaya dalam bilik

darjah. Guru boleh mempamerkan hasil kerja para pelajar yang berunsurkan budaya

dalam sudut ini dan juga menampal pelbagai maklumat mengenai variasi budaya di

Negara kita. Maklumat seperti kebudayaan, pakaian, adat resan dan kepercayaan

serta pemakanan pelbagai kaum boleh dijadikan bahan dalam sudut ini. Selain

Page 8: Edu Full Asg

daripada menceriakan kelas, sudut ini juga akan meningkatkan pengetahuan para

pelajar. Guru juga patut memberi dorongan kepada murid- murid untuk menghayati,

menghormati variasi ini dan juga menyatakan bahawa setiap kaum mempunyai

kelebihan dan keunikan yang tersendiri.

Isu seterusnya ialah, para pelajar mengalami kesusahan dalam menguasai

sesuatu bahasa selain daripada bahasa ibunda mereka. Hal ini terjadinya

kerana, para pelajar sudah biasa akan bahasa ibunda yang digunakan secara

meluas untuk berkomunikasi di rumah mereka. Ketidakbolehan untuk berkomunikasi

dalam sesuatu bahasa juga menjadi kekangan kepada pelajar dalam menjalinkan

hubungan sosial. Jadi membantu pelajar mengukuhkan bahasa menjadi asas

kepada usaha guru untuk membina kesepaduan daripada kepelbagaian budaya

yang terdapat dalam sesuatu bilik darjah. Jadi guru harus melaksanakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang mampu membina kemahiran berbahasa para

pelajar dan juga interaksi antara pelajar pelbagai kaum pada masa yang sama.

Guru harus memberikan perhatian yang khusus kepada pelajar yang

menghadapi masalah ini. Contohnya , akan terdapatnya para pelajar Cina, India dan

juga pelajar asli yang tidak dapat berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu atau

Bahasa Inggeris dengan baik. Pelajar – pelajar ini akan berasa malu akan

kekurangan tersebut, justeru tidak akan berkomunikasi dengan pelajar yang

berlainan kaum. Guru harus membantu dan mendorong pelajar sebegini untuk

berkomunikasi. Guru harus membuatkan golongan pelajar ini sedar bahawa, mereka

harus mula berkomunikasi menggunakan sesuatu bahasa itu dulu sebagai langkah

pertama untuk belajar dan juga memperbaiki kemahiran berbahasa mereka. Guru

patut sentiasa mengingatkan dan memperbetulkan kesalahan- kesalahan bahasa

yang dilakukan oleh pelajar. Guru juga boleh memberikan peluang kepada pelajar

Page 9: Edu Full Asg

untuk berinteraksi menggunakan sesuatu bahasa dengan mengadakan pengucapan

awam dan juga perbincangan mengenai topik tertentu dalam kelas. Selain daripada

meningkatkan kemahiran interpersonal pelajar, aktiviti sebegini juga akan memberi

peluang kepada guru untuk menilai prestasi pelajar justeru membantu dalam

perancangan aktiviti pengukuhan mahupun pemulihan.

Guru juga bleh mewujudkan sudut karpet di bilik darjah. Di sudut ini akan

disediakan sebuah bantal kecil. Guru akan mengarahkan para pelajar untuk duduk

bersila dalam bulatan di atas karpet ini. Bantal tersebut akan diberi kepada salah

seorang pelajar dan pelajar tersebut harus berkongsi sesuatu maklumat baru

mengenai budaya mereka kepada seluruh kelas. Kemudian bantak tersebut akan

dihantar kepada pelajar yang lain dan pelajar itu pula yang dikehendaki untuk

menceritakan mengenai budaya mereka. Guru pula berfungsi sebagai fasilitator dan

pengemudicara serta harus memastikan bahawa tiada isu-isu sensitif dibangkitkan.

Kaedah ini yang dikenali sebagai ‘Pillow Talk’ akan menjadikan sesi perbincangan

lebih menarik dan menyeronokan.

Selain itu, guru juga boleh menggunakan kaedah- kaedah pembelajaran

seperti kaedah kolaboratif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah-

kaedah ini akan memerlukan komunikasi daripada setiap orang untuk melaksanakan

tugasan yang diberikan. Guru harus menempatkan pelajar yang berbilang kaum

dalam satu kumpulan dan memastikan tiada anggota yang pasif dalam sesuatu

kumpulan tersebut.

Kesimpulannya, sekolah merupakan aspek penting dalam pembinaan

perpaduan dan integrasi antara pelbagai kaum di Negara kita. Guru pula memainkan

peranan penting dalam memastikan kejayaan proses tersebut. Jadi guru tidak patut

Page 10: Edu Full Asg

leka akan isu- isu yang berkaitan dengan kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam

bilik darjah. Guru harus beranggungjawab dalam menyelesaikan mana-mana

masalah yang timbul dan juga dalam membebaskan murid dari sekatan budaya dan

masyarakat. Langkah ini patut dilaksanakan semenjak bangku sekolah lagi, bah kata

pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa

guru merupakan individu yang mempunyai peranan major dalam memelihara dan

mempertahankan perpaduan Negara kita.

Page 11: Edu Full Asg

SOALAN 1b

Page 12: Edu Full Asg

Pada zaman IT yang semakin maju kini, kemahiran komunikasi menjadi

sebuah kemahiran yang harus dimiliki oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tua

mahupun yang muda. Guru juga tidak terlepas daripada memenuhi kriteria ini bagi

menjadi seorang guru yang berkesan. Guru bukan sahaja harus memiliki kemahiran

komunikasi yang baik, tetapi harus memunyai kemahiran komunikasi yang berkesan.

Jadi, apakah itu komunikasi dan komunikasi berkesan? Apakah kemahiran

komunikasi yang harus dimiliki oleh seorang guru dan mengapakah kemahiran

komunikasi ini penting dalam pengurusan murid-murid dari kelompak masyarakat

yang berbeza?

Menurut James A. F. S toner & Charles Wankel (1989), komunikasi ialah satu

cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi,

dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah istilah yang digunakan

berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan perkataan

yang melambangkan atau meyerupai idea- idea yang dapat menyampaikan maksud.

Manakala komunikasi berkesan pula didefinisasikan sebagai cara bertutur,

penggunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui penggunaan alat- alat tertentu

seperti komputer, telefon dan sebagainya oleh Syed Ismail & Ahmad Subki (2010).

Komunikasi berkesan juga diklasifikasikan sebagai komunikasi dua hala, dimana

mesej yang disampaikan dapat difahami sepenuhnya tanpa sebarang salah tafsir.

Guru yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik akan menghasilkan

suasana pembelajaran yang lebih dinamik. Suasana pembelajaran yang dinamik

pula akan memastikan kelansungan proses pengajaran dan pembelajaran yang

lancar justeru menjayakan objektif pembelajaran. Komunikasi antara guru dan

Page 13: Edu Full Asg

pelajar harus dijalinkan melalui kemesraan terlebih dahulu agar hal ini dapat

memberi peluang kepada pelajar untuk bersedia dari segi emosi dan juga suasana

pekeliling. Komunikasi juga amat penting bagi para guru yang mengajar murid-

murid kepelbagaian kelompok bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang

mesra budaya. Antara kemahiran komunikasi yang harus dimiliki oleh guru ialah,

Gambar Rajah 2 : Kemahiran komunikasi yang harus dimiliki oleh guru.

Boleh menyampaikan

maklumat dengan berkesan

mempunyai suara yang jelas

Tidak menggunakan bahasa kasar

Penggunaan bahasa badan yang sesuai

menggunakan istilah- istilah yang bersesuaian untuk

semua pelajar

Kemahiran kaunseling

bijak menyelesaikan masalah

memberi peluang kepada pelajar

untuk melahirkan pandangan

Page 14: Edu Full Asg

Antara peranan guru yang paling penting dalam sesebuah bilik darjah ialah

menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Jadi, amatlah penting bagi seorang guru

untuk mempunyai kemahiran komunikasi yang baik bagi memastikan ilmu yang

disampaikan oleh mereka sampai kepada pelajar secara sepenuhnya. Guru harus

boleh menyampaikan kandungan pelajaran dalam cara yang boleh difahami oleh

semua pelajar. Hal ini mungkin menjadi rumit apabila bilik darjah terdiri daripada

pelajar daripada etnik yang pelbagai. Jadi, guru harus menggunakan laras

bahasa yang sesuai, iaitu laras bahasa yang boleh difahami oleh semua pelajar.

Guru juga harus mengelakan daripada menggunakan dialek bahasa tertentu supaya

tidak mengelirukan para pelajar yang tidak faham akan dialek tersebut. Adalah

dinasihatkan supaya menggunakan laras bahasa yang standard untuk memudahkan

kefahaman semua pelajar. Secara tidak langsung, ini akan memberikan peluang

kepada semua pelajar untuk mengambil bahagian dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini juga diaplikasikan semasa menyampaikan sesuatu panduan.

Guru harus memberikan arahan yang ringkas, pendek dan tanpa menggunakan

perkataan- perkataan yang kompleks.

Guru juga boleh menggunakan bahasa yang pelbagai dalam proses

pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya.

Guru boleh menggunakan isitilah- istilah Bahasa Cina atau Bahasa Tamil dalam bilik

darjah untuk mewujudkan persekitaran yang mesra kepada murid yang pelbagai

etnik dalam satu bilik darjah. Contohnya, selain daripada mengucapkan ‘selamat

pagi’, dan ‘apa khabar’ kepada pelajar setiap hari, guru juga boleh mengucapkan

vanakam dalam Bahasa Tamil atau, ‘nee hou ma’ yang bermaksud apa khabar

dalam Bahasa Cina. Selain daripada mewujudkan variasi dalam komunikasi

Page 15: Edu Full Asg

seharian, para pelajar juga akan mempunyai peluang untuk mempelajari bahasa dan

juga budaya lain yang terdapat dalam Negara kita.

Selain itu, guru harus menggunakan suara yang jelas semasa

berkomunikasi dengan para pelajar. Suara ialah antara aspek yang amat penting

bagi seorang guru. Suara yang jelas tidak semestinya suara yang lantang. Guru

harus tahu menggunakan nada suara yang bersesuaian mengikut situasi dan

mempunyai kawalan ke atas suara mereka. Apabila menegur para pelajar, guru

seharusnya menggunakan ketegasan suara yang sesuai. Guru juga harus

menggunakan intonasi suara yang bersesuaian kepada keadaan.

Guru tidak harus menggunakan bahasa yang kasar semasa

berkomunikasi dengan para pelajar. Proses menegur sememangnya proses yang

tidak dapat dielakan dalam persekitaran bilik darjah. Tindakan ini diperlukan sama

ada untuk menghentikan tingkahlaku yang tidak diingini atau untuk mengajar

sesuatu tingkahlaku baru atau positif. Jadi, guru harus berhati- hati semasa menegur

para pelajar agar tidak menggunakan kata- kata kesat. Walaupun teguran tersebut

dilakukan dengan niat yang baik, tetapai pemilihan kata- kata yang salah mampu

menimbulkan reaksi negatif dalam kalangan pelajar. Semasa menegur para pelajar

guru juga tidak harus menggunakan kata- kata yang kesat mahupun perkataan-

perkataan sensitif dan berunsur perkauman.

Para pendidik juga harus melatih diri mereka dengan penggunaan

bahasa badan yang sesuai. Bahasa badan diklasifikasi sebagai komunikasi bukan

lisan dan merangkumi tindakan seperti renungan mata, pergerakan tangan, ukiran

senyuman, ekspresi muka dan pergerakan kecil badan. Ukiran senyuman amat

penting bagi guru memandangkan ia mampu memberikan motivasi kepada pelajar

Page 16: Edu Full Asg

dan juga bermaksud tanda setuju. Dikatakan guru boleh mengawal kelas tanpa lisan

dengan ‘eye contact’ sahaja. Bahasa badan juga amat membantu dalam mengajar

murid daripada pelbagai etnik. Adakalanya para pelajar tidak dapat memahami

sesetengah istilah yang disampaikan oleh guru, terutamanya dalam pembelajaran

bahasa. Contohnya, mungkin para pelajar etnik Cina dan etnik India mungkin

menghadapi masalah ini dalam pembelajarn Bahasa Melayu. Dalam situasi sebegini

guru harus bijak menggunakan bahasa badan untuk menjelaskan maksud sesuatu

perkataan itu. Sikap sambil lewa harus dielakan dalam situasi sebegini,

memandangkan kesilapan yang kecil mampu menjejaskan kefahaman para pelajar.

Guru juga harus berkebolehan untuk menyampaikan nasihat kepada

para pelajar. Kemahiran komunikasi yang dimiliki oleh para guru harus digunakan

sebaik mungkin untuk mendidik dan juga mengimplimentasi buah fikiran yang

bermakna dalam diri pelajar. Guru juga harus mempunyai kemahiran dalam

pendekatan sosiologi dan psikologi bagi melaksanakan langkah ini. Guru patut

sentiasa menekankan kepentingan menghormati dan menghayati budaya etnik lain.

Secara tidak langsung, guru juga harus menekankan perpaduan antara pelbagai

kaum kepada para pelajar. Jadi tanpa berleter guru harus memanipulasikan

kemahiran komunikasi yang dimiliki untuk mengimplimentasi pemikiran baru dalam

diri pelajar.

Tambahan pula, guru patut memberikan peluang kepada pelajar untuk

bersuara dan melahirkan pandangan. Hal ini selaras dengan definisi komunikasi

berkesan yang mengetengahkan komunikasi dua hala. Semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran, guru harus memberikan peluang kepada pelajar untuk menanyakan

kesangsian mereka dan juga untuk melahirkan pandangan mereka. Guru juga tidak

harus bersikap bias semasa memilih pelajar untuk menjawab soalan mereka.

Page 17: Edu Full Asg

Peluang bersuara yang sama rata harus diberikan kepada semua pelajar tanpa

mengira kaum dan agama. Guru juga seharusnya memberi dorongan dan peluang

kepada para pelajar yang mengalami masalah semasa bertutur untuk meluahkan

pendapat.

Para pendidik juga harus mempunyai kemahiran kaunseling. Guru patut

bijak menggunakan kemahiran komunikasi yang dimiliki oleh mereka untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Guru harus mempunyai

kesabaran untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh seseorang pelajar dan

bersikap responsif dan adil. Salah faham dan juga pergaduhan dalam kalangan

pelajar merupakan salah kejadian yang biasa dilihat dalam persekitaran bilik darjah.

Guru harus bijak menyelesaikan masalah atau pergaduhan yang timbul dalam

kalangan pelajar, terutamanya jika pergaduhan tersebut melibatkan pelajar yang

berlainan etnik atau kaum. Dalam situasi ini juga, guru tidak patut bersikap bias atau

menggunakan perkataan yang kasar semasa menyelesaikan masalah tersebut.

Menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan bahawa masalah yang sama tidak

berulang lagi.

Kesimpulannya, guru memainkan peranan penting dalam mewujudkan

persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Jadi setiap guru patut bersikap rajin

dalam melengkapkan diri mereka dengan kemahiran berkomunikasi yang baik

sebagai langkah pertama dalam proses ini. Sikap bertungkus lumus harus

diamalkan, bukan sahaja dalam pengasahan kemahiran berkomunikasi, malah juga

dalam melaksanakan langkah- langkah yang sepatutnya dalam membina bilik darjah

yang mesra budaya.

Page 18: Edu Full Asg

REFLEKSI

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapakan setinggi-tinggi penghargaan

kepada, En . Baharudin Yaacob, pensyarah subjek Budaya dan Pembelajaran, yang

telah banyak membimbing saya sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini. Saya juga

ingin berterima kasih kepada rakan-rakan sekalian yang telah banyak membantu

saya.

Kerja kursus ini telah memberikan saya peluang untuk mengetahui lebih lanjut

mengenai kebudayaan dan amalan tradisional etnik Cina. Saya dapat mengetahui

sebab yang menjadi asas kepada tradisi mereka. Saya juga dapat memahami

kepentingan komunikasi berkesan kepada seorang guru dan cara

mengaplikasikannya dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Kerja

kursus ini telah memberikan peluang kepada saya untuk menyedari tanggujawab

saya sebagai seorang guru dalam mengukuhkan lagi perpaduan kaum antara

pelajar yang berbilang kaum.

Akhir sekali, saya berharap perkara yang telah saya pelajari sepanjang kerja

kursus ini bukan sahaja akan membantu saya untuk menjadi seorang guru yang baik

malah membantu saya menjadi seorang warganegara yang baik, pada masa akan

datang.

Jayanthi A/P Ammathilingam

(P5F)

Page 19: Edu Full Asg

RUJUKAN

Buku

Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon (2010). Budaya dan Pembelajarn. Ipoh, Perak: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Malaysia.

Choong Lean Keow Phd. Siri Pendidikan Guru: Falsafah Pendidikan Di

Malaysia Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Internet

PGSR09. (2011). Implikasi kepelbagaian sosio budaya.

Pgsr09ipsah.blogspot.com/2011/10/impliksai-kepelbagaian-sosio-

budaya-di.html

N. A. (2011). Bilik Darjah Mesra Budaya.

http://www.kickstory.net/2011/08/bilik-darjah-mesra-budaya.html

Peroto_Jr. (2010). Implikasi Kepelbagaian Sosio- Budaya Terhadap Kaedah

Pengajaran Dan Pembelajarn Serta Persekitaran Bilik Darjah Yang

Mesra Budaya. http://perotojr.blogspot.com/2010/05/implikasi-

kepelbagaian-sosio-budaya.html

N.A (2012) Tahukah Anda Populasi Malaysia Mengikut Kaun untuk Tahun

2010? http://domba2domba.blogspot.com/2012/11/tahukah-anda-

populasi-malaysia-mengikut.html

Sambutan Tahun Baru Cina. (2008).

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/32

2-kebudayaan-di-malaysia/5745-sambutan-tahun-baru-cina.html

Page 20: Edu Full Asg

LAMPIRAN