draf proposal kajian tindakan

7
Tajuk Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Merumus Karangan Dalam Bahasa Melayu Di kalangan Murid Tahun 6 SK Pulau Gaya Melalui Modul Program Rakan Murni Langkah Butiran Mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan) Masalah atau isu Terdapat sebilangan murid yang mampu mengenal pasti isi-isi penting yang terdapat dalam petikan, tetapi tidak boleh mengaitkan isi-isi penting tersebut dengan nilai-nilai murni dan seterusnya merumus karangan. Terdapat sebahagian murid langsung tidak dapat mengenal pasti isi penting,

Upload: raynold-raphael

Post on 02-Oct-2015

26 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

KT

TRANSCRIPT

TajukKeberkesanan Meningkatkan Kemahiran Merumus Karangan Dalam Bahasa Melayu Di kalangan Murid Tahun 6 SK Pulau Gaya Melalui Modul Program Rakan Murni

LangkahButiran

Mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan)

Masalah atau isu Terdapat sebilangan murid yang mampu mengenal pasti isi-isi penting yang terdapat dalam petikan, tetapi tidak boleh mengaitkan isi-isi penting tersebut dengan nilai-nilai murni dan seterusnya merumus karangan. Terdapat sebahagian murid langsung tidak dapat mengenal pasti isi penting, apatah lagi untuk merumus karangan. Perkara ini menyebabkan mereka tidak mahu menulis langsung dan sebahagiannya hanya menyalin semula petikan yang diberikan.

Tujuan, Objektif & Soalan Kajian Tujuan: Melihat sejauh manakah masalah di dalam kemahiran merumus karangan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tahun 6. Objektif :1. Melihat tahap keberkesanan penggunaan modul program Rakan Murni dalam meningkatkan kemahiran Merumus karangan dalam Bahasa Melayu di kalangan murid Tahun 6.

Soalan Kajian:1. Apakah tahap keberkesanan tahap keberkesanan penggunaan modul program Rakan Murni dalam meningkatkan kemahiran Merumus karangan dalam Bahasa Melayu di kalangan murid Tahun 6.

Tinjauan bacaan Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan modul dan permainan semakin popular kerana ia menyediakan peluang untuk pelajar bergiat aktif dalam proses pembelajaran. Murid - murid yang menggunakan modul latih tubi, dikatakan dapat mengukuhkan keyakinan diri, menambahkan tahap komunikasi serta meningkatkan sikap positif terhadap pembelajaran berbanding dengan buku teks dan buku latihan biasa. Ini telah dibuktikan dengan kelahiran modul-modul seperti Modul PROTIM, Modul KIA2M, Modul RINTIS Tahun Satu dan sebagainya.

Teori atau Model

Teori Behaviorism mengatakan bahawa peniruan sangat penting dalam mempelajari bahasa. Teori ini juga mengatakan bahawa mempelajari bahasa berhubungan dengan pembentukan hubungan antara kegiatan stimulus-respons dengan proses pengukuhan. Proses pengukuhan ini diperkuat oleh suatu situasi yang dikawal, yang dilakukan secara berulang-ulang. Sementara itu, kerana rangsangan dari dalam dan luar mempengaruhi proses pembelajaran, murid murid akan memberi respons dengan mengatakan sesuatu. Jika respons adalah tepat, maka mereka akan mendapat pengukuhan dari orang-orang dewasa di sekitarnya. Saat proses ini terjadi berulang-ulang, lama kelamaan murid akan menguasai pertuturan mahupun penulisan.

Pendekatan Penyelidikan Pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif Temu bual bersama murid Analisis dokumen Pemerhatian Ujian pra dan pos

Sampel kajian Terdiri daripada 25 orang murid tahun Enam iaitu tiga belas orang murid perempuan dan dua belas orang murid lelaki berumur dalam lingkungan dua belas tahun.

Analisis Data Analisis kualitatif anekdot temu bual Analisis Dokumen - membuat inferens berdasarkan ketepatan nilai , ketepatan masa serta mengikut format yang telah ditetapkan dalam merumus karangan bahagian C. Analisis pemerhatian - mengkategorikan tingkah laku yang diperhatikan oleh pengkaji terhadap sampel Analisis Ujian pra dan ujian pos - dianalisis untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan rawatan terhadap responden yang dirawat.