buletin unit koko

Download Buletin Unit KOKO

Post on 17-Jan-2017

254 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 29 Ogos 2014 Program bertemakan Merdeka

    Raya telah dilangsungkan pada hari jumaat 29

    Ogos bertempat di Pasti Nur Iman, Teluk Ke-

    mang, Negeri Sembilan. Program ini berlansung

    atas tujuan untuk memenuhi tuntutan menyiap-

    kan mini projek bagi subjek AS 101-SoftSkill.

    Seramai 35 orang kanak-kanak telah mengambil ba-

    hagian dalam program ini. Objektif program Merdeka

    Raya bersama kanak-kanak Pasti Nur Iman ini adalah bagi meningkatkan kemahiran

    mengendalikan sesuatu program secara berkumpulan. Selain itu, ianya mampu untuk

    melahirkan semangat kerjasama dan tanggungjawab antara satu sama lain dalam

    pasukan. Seterusnya, kanak-kanak dapat berusaha untuk memenangi aktiviti yang di-

    adakan serta dapat memberi pengalaman kepada peserta untuk merasai rumah terbuka

    di tadika bersama kanak-kanak. Justeru itu, program ini telah banyak memberi impak

    yang positif kepada para pelajar DEC 3 Politeknik Nilai serta membantu dalam

    perkembangan minda para peserta kami iaitu kanak-kanak Pasti Nur Iman.

    Aktiviti mewarna

    Program ini mampu

    memupuk semangat

    kerjasama dalam diri

    kanak-kanak(peserta)

    dan juga ahli-ahli

    kumpulan yang

    menganjurkan pro-

    gram ini.

  • POLITEKNIK NILAI Kompleks Pendidikan Bandar

    Enstek, 71760 Bandar Enstek,

    Negeri Sembilan

    Tel: 06-7980400

    www.polinilai.edu.my

    6 sept 2014 Program Kasih Sayang anak-anak Yatim. Port Dickson, Sabtu 6 September 2014.

    Seramai 19 orang pelajar Diploma

    Pengajian Perniagaan (E-Commerce) Se-

    mester Tiga dari Politeknik Nilai telah

    menganjurkan sebuah program iaitu Pro-

    gram Kasih Sayang bersama Yayasan Anak-

    Anak Yatim/Piatu Islam Daerah Port Dick-

    son seramai 30 orang yang bertempat di

    Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

    OBJEKTIF

    Menjalinkan hubungan ker-jasama antara pelbagai pihak

    Membina hubungan silatu-rahim antara pelajar Politeknik Nilai DEC3 dengan anak yatim

    Memberi kesedaran kepa-da anak yatim bahawa masih ada yang mengambil berat tentang mereka

  • Program Kasih Sayang ini dianjurkan oleh DEC3A yang dipimpin oleh Puan Ummi Adlan Norliza dibawah kursus AS101-Soft Skills yang diiringi oleh Puan Qyrul Zeta di sepanjang program ini berlangsung. Puan Ummi telah banyak mendorong dan membimbing DEC3A sebelum dan selepas mengadakan Program Kasih Sayang terse-but untuk memastikan program ini ber-jalan dengan lancar. Pensyarah Politeknik Nilai sangat berdedi-

    kasi tinggi dalam membimbing dan mem-

    bentuk mahasiswi dan mahasiswa yang

    berjaya hingga ke menara gading. Perkara

    ini amat dititikberatkan oleh pensyarah

    Politeknik Nilai dan Ia amat membang-

    gakan dan mengharumkan nama baik

    Politeknik Nilai.

    Penganjur dan pengiring program Kasih Sayang

    SEKALUNG

    PENGHARGAAN

    Bahagian ini ingin didekasikan

    untuk pihak yang telah ban-

    yak bekerjasama di sepanjang

    Program Kasih Sayang dijalan-

    kan samaada secara langsung

    atau tidak langsung.

    jentayu burung jentayu,

    hinggap di balik pokok ma-

    yang, bunga kembang

    akan layu, budi baik bil-

    akan hilang...."

  • 30 September 2014

    Pada tarikh pelancaran Rasmi Retail Simulation Mart Unit Ko-kurikulum yang telah berjaya menubuhkan 12 buah kelab dan persatuan bukan akade-mik menjalankan aktiviti jualan dan mini pameran di sekitar Retail Mart. Objektif penganjuran Hari Ko-kurikulum ini adalah untuk menggalakkan ah-li-ahli kelab bersifat inovatif dan kreatif di dalam sebarang tugas yang diberikan. Disamping itu juga memupuk semangat keusahawan di ka-langan ahli. Kebanyakan Kelab membuka Gerai Jualan makanan dan minuman yang dimasak panas mahupun telah dibungkus. Terdapat juga Kelab yang mengadakan mini pameran alatan kembara dan rekreasi serta mengambil tempahan

    Gambar-gambar sekitar Hari ko-kurikulum

    Lawatan Mesra Tuan Pengarah dan Pensyarah-

    pensyarah ke Gerai-Gerai yang disediakan.

    Hari Ko-kurikulum

    Senarai Kelab Unit Ko-kurikulum:

    Kelab Didik Niaga Kelab Pengguna Kelab Pereka Muda Kelab kembara dan Rekreasi Kelab Mesra Alam Kelab Fotografi Kelab kebudayaan dan War-

    isan Kelab Sumbangsih Muda Kelab Teater dan Drama Kelab Debat dan Pidato Debate and Public Speaking

    Club Kelab perantis Muda

  • 10 hingga 11 Oktober 2014 Pasukan Institusi Sukarelawan Pertahanan Awam (PISPA) Politeknik Nilai mengadakan Perkhemahan Asas Unit Beruniform PISPA di Tapak Unit Sukan Politeknik Nilai. Objektif utama Perkhemahan ini adalah untuk memenuhi syarat Kurikulum selain da-ripada mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan. Mereka juga diberi peluang menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar di dalam modul lati-han Pertahanan Awam. Tenaga pengajar untuk Perkhemahan ini adalah terdiri daripada Anggota Pertahanan Awam Daerah Seremban dan Pegawai Bersekutu dan Ahli SISPA Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Setalah tamat latihan para peserta dianugerahkan Sijil Asas Anggota PISPA daripada Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan .

    Gambar-gambar sekitar PERKHEMAHAN ASAS

    PISPA PNS 2014

    Perkhemahan Asas PISPA PNS 2014

    Kronologi Penubuhan PI-SPA Politeknik Nilai:

    Permohonan pada 04 Jun 2013 diluluskan dengan no.pend. N/PISPA-PNS/600-(14)A pada 04 Julai 2013

    Taklimat oleh Peg. Ko-ko & Pegawai Anggota JPAM Negeri di dalam MSK pada 17.6.2104

    25.6.2014 Pemilihan pela-jar sebagai Anggota Pispa PNS.

    Daripada 84 orang pela-jar yang berminat dan telah mengikuti kelas Cuma seramai 42 orang sahaja yang meneruskan sehingga akhir Semester.

  • 14 17 November 2014 1st Malaysian Polytechnic Civil Defence Annual Camp (1MalPCiDAC) di Akademi Latihan Pertahanan Awam (Alpha) Bangi julung-jul;ung kali diadakan oleh gabungan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Politeknik Malaysia. Objektif utama adalah untuk memberi panduan dan kefahaman kepada pelajar dan Pengurusan PISPA Politeknik Malaysia berkaitan tatacara mengurus tadbir aktiviti dan latihan JPAM mengikut silibus yang telah ditetapkan. Selain itu mengukuhkan jalinan hubungan baik PISPA Politeknik Malaysia dengan JPAM serta menyediakan pasukan PI-SPA Politeknik yang bersedia, bersemangat dan bersatu dalam pasukan. Banyak aktiviti telah dijalankan antaranya adalah Kawad Kaki, Latihan Menyelamat, ak-tiviti Kerohanian dan Mendaki Bukit Broga. Platun PISPA Politeknik Nilai telah menghantar seramai 5 orang Ahli PISPA menyertai Annual Camp ini. Pada 17 November di dalam Majlis Penutup Annu-al Camp ini semua Pegawai Bersekutu Politeknik Malaysia termasuklah 7 orang Pensyarah berserta tuan Pengarah Politeknik Nilai telah ditauliahkan pemakaian Pangkat oleh Ketua Pengarah JPAM Y.A.S Dato Zaitun bt Ab. Samad.

    Perkhemahan Asas PISPA PNS 2014

    Majlis Pentauliahan Pangkat Pegewai Ber-

    sekutu PISPA PNS pada 17 Nov 2014.

    Gambar-gambar sekitar 1MalPCiDAC di ALPHA Bangi

    Senarai Pegawai Bersekutu PI-SPA Politeknik Nilai: . Lt. Kol. Bersekutu (PA) Tajuddin bin Abdul Rashid Pengarah . Kapt Bersekutu (PA) Cr. Adlan Norliza bt Hj. Abdullah P. Koko . Kapt. Bersekutu (PA) Yusri bin Yusof Pensyarah JPA . Kapt Bersekutu (PA) Shuharzi bin Md Salleh Pensyarah JKM . Kapt Bersekutu (PA) Mohd. Taufik Rezza bin Mohd Foudzi Pen-syarah JKM . Kapt Bersekutu (PA) Nuranika Shamimi binti Shamsdin Pen-syarah JP . Kapt Bersekutu (PA) Fauziah Shaheen binti Sheh Rahman Pen-syarah JAB (ditangguhkan sebab cuti bersalin.

  • Setelah tertubuhnya Paltun PISPA PNS maka pada semester ini pihak Pen-gurusan bersetuju untuk mempelawa satu lagi Agensi Keselamatan untuk melatih para pelajar yang berminat menganggotai pasukan Sukarelawan Badan Beruniform di Politeknik ini. Kami telah memilih Briged Relasis sebagai satu lagi pilihan pelajar di PNS ini. Maka pada 18 Nov 2014 beberapa Pegawai dari Unit RELASIS Ibu Pejab-at RELA Malaysia telah datang memberi taklimat kepada Tuan Pengarah dan bebera-pa pensyarah yang bakal dilantik sebagai Pegawai Bersekutu Relasis PNS. Pada Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu, Pengarah Rela Negeri Sembilan juga turut serta di dalam promosi ini. Mereka diberi-kan satu jam slot untuk memberi taklimat kepada pelajar baharu.

    Gambar-gambar SEMASA TAKLIMAT KEPADA PELAJAR BAHRU SESI DISEMBER 2014.

    Gambar-gambar seki-tar TAKLIMAT RELA BERSAMA PENGARAH PNS