panduan koko
Embed Size (px)
DESCRIPTION
panduan pemarkahan kokoTRANSCRIPT

PANDUAN PENILAIAN AKTIVITI
KOKURIKULUMSEKOLAH MENENGAH
BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. PENDAHULUAN
1.1. Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan serta kelab sukan/permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
1.2. Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan pasukan pasukan badan beruniform, kelab/persatuan dan kelab sukan/permainan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut. Rujuk Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A) 531/97.
1.3. Berdasarkan kepada tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum yang diceburi oleh murid-murid. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah.
1.4. Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9. 1997, wakil Bahagian Pengajian Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf. Ianya penting agar keesahan dan kebolehpercayaannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari markah penilaian kemasukan murid/pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.
1.5 Semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan hendaklah menggunakan panduan penilaian ini. Penilaian ini juga boleh digunakan oleh sekolah-sekolah lain dengan syarat mematuhi prosedur pelaksanaan aktiviti yang ditetapkan dalam Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah.
2. RASIONAL
2.1 Penilaian kegiatan kokurikum murid yang dibuat oleh sekolah adalah berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidak samarataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memperolehi markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui penggunaan borang penilaian yang standard unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.
2,2 Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang murid-murid untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua murid mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.
2

3. OBJEKTIF
3.1 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterima pakai oleh semua sekolah.
3.2 Membantu Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi tersebut.
3.3 Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan murid dalam aktiviti kokurikulum.
4. GARIS PANDUAN SEMASA MELAKSANAKAN PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH
4.1. Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan/kemudahan berikut:
4.1.1. Perancangan yang jelas4.1.2. Tempat Penyimpanan Buku Rekod Kehadiran dan Penilaian.4.1.3. Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah.4.1.4. Rancangan mingguan & tahunan kokurikulum.4.1.5. Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluar oleh KPM dan agensi luar.
4.2. Gambar murid mesti dilekatkan pada Buku Rekod Penilaian Kokurikulum murid/pelajar.
4.3. Semua murid mesti mempunyai Buku Rekod Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah.
4.4. Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan sekolah untuk merekod dan menyerahkan data pencapaian murid/pelajar.
4.5. Mengadakan taklimat kepada guru penasihat/pemimpin dan guru kelas.4.6. Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah.4.7. Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai aktiviti Pasukan badan
beruniform, Persatuan/Kelab dan Kelab Sukan/Permainan.4.8. Melantik guru sebagai guru penasihat/pemimpin bagi Pasukan badan beruniform,
kelab dan persatuan serta kelab sukan/permainan.4.9. Memberi peluang kepada guru yang berkemampuan dalam sesuatu bidang menjadi
guru penasihat dalam bidang tersebut.4.10. Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi.4.11. PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala.4.12. Buku Rekod Penilaian Kokurikulum Sekolah boleh disediakan dalam dua bentuk
seperti berikut:
4.12.1. Dalam tempoh 8 tahun (bermula dari kelas Peralihan hingga ke Tingkatan Enam Atas; atau
4.12.2. Dua buah buku bagi tempoh 4 tahun :4.12.2.1 Bermula dari kelas Peralihan hingga Tingkatan Tiga
3

4.12.2.2 Bermula dari Tingkatan Empat hingga Tingkatan Enam Atas
4.13 Bagi murid-murid tingkatan 6 pihak sekolah diminta menubuhkan Persatuan / Kelab yang bersesuaian . (Bukan menubuhkan Persatuan/kelab dengan tujuan memberikan markah sahaja).Penubuhan sesuatu Persatuan/kelab mestilah berfungsi untuk membantu pihak sekolah dengan tujuan melaksanakan aktiviti integrasi pelajar.
5. CARTA ALIRAN PENGURUSAN PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH
1 Perancangan strategik kokurikulum sekolah Dilaksanakan pada minggu pertama persekolahan-Memaklumkan kepada ibubapa,guru dan murid.
2 Agihan Tugas Guru Penasihat/Pemimpin mengikut kepakaran.
Nisbah guru-murid dalam kokurikulum ialah 40-60 orang murid 2 orang guru penasihat
3 Pendaftaran setiap murid dalam 3 elemen :- Pasukan badan beruniform- Kelab Sukan /Permainan- Kelab/PersatuanJumlah murid bagi setiap unit adalah antara 40-60
4 Menjalankan aktiviti mengikut perancangan sekolah. Taklimat Pengisian data kepada Guru Penasihat/Pemimpin dan Guru KelasTakwim & Rancangan Pelajaran Mingguan
Buku rekod kehadiran disimpan di sekolah dan dikeluarkan setiap kali perjumpaan
5 Merekod kehadiran murid dalam buku rekod kehadiran kokurikulum dan ditandatangani oleh guru penasihat setiap kali perjumpaan.
6 Guru Penasihat/Pemimpin melengkap kan Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum dengan merujuk rekod kehadiran kokurikulum
Jawatankuasa ini terdiri daripada: Pengerusi : Pengetua / Guru
BesarSetiausaha : GPK KokurikulumAJK : Tiga orang yang
dilantikBuku Penilaian Kokurikulum (BPK 1) ditandatangani oleh GPK Kokurikulum, Pengetua/Guru Besar dan Ibubapa/Penjaga
7 Guru Kelas melengkapkan Buku Penilaian Kokurikulum apabila memperolehi Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum dari Guru Penasihat/Pemimpin
4

8 Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum peringkat Sekolah mengesahkan markah kokurikulum murid.
Sebelum 15 NovemberSekolah hendaklah mengeluarkan Sijil Penilaian Markah Kokurikulum pada hujung tahun kepada setiap murid. Markah Kokurikulum hendaklah dipamerkan untuk semakan murid.
9Tidak
Keputusan Penilaian Kokurikulum dihantar secara on-lineke BPM, KPM dan salinan dihantar ke PPD / JPN. Semakan dan analisis dilakukan .
31 Disember(atau tarikh yang ditentukan kemudian atas keperluan pentadbiran)Khusus untuk murid SPM/STPM/STAM
Ya10 Keputusan Penilaian Kokurikulum dari BPM, KPM
dihantar kepada pihak yang memerlukanTarikh ditentukan atas keperluan pentadbiran untuk tindakan selanjutnya.Khusus untuk murid SPM/STPM/STAM
11 Buku Penilaian Kokurikulum di simpan di sekolah Buku Rekod Penilaian akan berpindah mengikut murid
Tamat
6. PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM6.1. Aspek-aspek yang dinilai:
6.1.1. Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan kepada 4 aspek yang berikut:
6.1.1.1. Kehadiran6.1.1.2. Jawatan/pangkat disandang6.1.1.3. Penglibatan6.1.1.4. Pencapaian
6.1.2. Bagi keempat-empat aspek ini markah yang diperuntukkan adalah seperti berikut:
Jadual 1
ASPEK PENILAIAN MARKAHKehadiran 50Jawatan disandang 10Penglibatan 20Pencapaian 20JUMLAH 100
6.1.3. Markah Aspek Kehadiran ialah markah yang tertinggi (50 markah). Kehadiran yang dimaksudkan ialah perjumpaan dalam aktiviti yang berjadual dan terancang oleh pihak pengurusan sekolah. Bagi aktiviti yang dianjurkan di luar kawasan sekolah oleh badan atau organisasi lain hendaklah mendapat pengiktirafan dan kelulusan daripada PPD/JPN/KPM atau hendaklah dalam
5

pengetahuan pihak pengurusan sekolah (Sila rujuk SPI Bil 9/2004). Ini bertujuan untuk menggalakkan murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan dalam setahun; dengan mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum iaitu samada Pasukan Badan Beruniform atau kelab/persatuan atau kelab sukan/permainandijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa 180 minit bagi sekolah harian biasa/SBP/SMKA/SABK dan 120 minit bagi sekolah teknik/vokasional (sila rujuk SPI 2/2007, No. Rujukan KP(BS-DSR)8787/008/2/Jld2 (3) yang bertarikh 15 Januari 2007). Sebagai contoh, kehadiran murid/pelajar bagi satu kali kehadiran adalah sebanyak 180/120 minit seminggu dan sekiranya murid/pelajar menghadiri aktiviti/program/perkhemahan/pertandingan selama 3 hari 2 malam, jumlah kehadiran yang boleh diambil kira adalah sebanyak 1 kali kehadiran. Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit dan menghadiri upacara keagamaan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah.
i. Kehadiran minimum bagi kegiatan Pasukan badan beruniform ialah 18 kali perjumpaan setahun, kelab / persatuan 12 kali perjumpaan setahun dan kelab sukan/ permainan12 kali perjumpaan setahun. Kiraan Kehadiran Aktiviti Kokurikulum Bagi Pelajar Tingkatan 6 Rendah ialah 10 kali bagi Pasukan Badan Beruniform, 6 kali bagi kelab dan persatuan dan 6 kali bagi kelab sukan/permainan.
Catatan: Mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan bilangan perjumpaan minima sedia ada; bagaimanapun mengambil kira minggu yang digunakan untuk peperiksaan dan 1M1S.
Perkiraan markah kehadiran adalah seperti berikut:
Markah kehadiran
Jika jumlah kehadiran pelajar = aJumlah Perjumpaan setahun = bKetidakhadiran diluluskan = c(cuti sakit, upacara keagamaan)
Markah kehadiran = a+c x 50b
6.1.4. Markah Aspek Jawatan Disandang ialah 10 markah dan diberikan kepada individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan kokurikulum. Sungguhpun begitu ahli-ahli biasa dan jawatan-jawatan yang lain juga diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang. Tempoh memegang jawatan yang layak diberi markah mestilah sekurang-kurangnya selama 9 bulan. Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut:
Jadual 2 (a)
Pasukan badan beruniform Anjuran Kementerian/Jabatan Kerajaan dan Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS)
JAWATAN/PANGKAT MARKAH
6

Pengerusi / Presiden: Pegawai Waran 1 & 11 (KRS), Pegawai Waran 11 (PKBM), Pegawai Kadet Kanan (KAPA), Pegawai Kadet (Bomba), Sub-Inspektor (Polis) dan Inspektor Kadet (Koreksional/Penjara)
10
Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi: Staf Sarjan (KRS), Staf Sarjan/Bintara Kanan/Flight Sarjan (PKBM), Pegawai Waran kadet (KAPA), Ketua Kadet (Bomba) dan Sarjan Mejar (Polis dan Koreksional)
8
Setiausaha / Bendahari :Sarjan, Bintara Muda (PKBM-L) dan Ketua Platun (Bomba)
7
Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari:Koperal, Laskar Kanan (PKBM-L) dan Penolong Ketua Platun 1 (Bomba)
6
Ahli Jawatankuasa :Lans Koperal, Laskar Muda (PKBM-L), Laskar Udara (PKBM-U), Penolong Ketua Platun 11 (Bomba)
5
Ahli Berdaftar 3Nota: 1. Murid yang memegang jawatan tertinggi; tetapi berada dipangkat yang
lebih rendah layak untuk mendapat markah mengikut jawatan tertingginya
2. Murid yang memegang pangkat tertinggi, tetapi tidak memegang jawatan; murid berkenaan layak mendapat markah mengikut pangkat tertingginya.
3. Murid yang memegang jawatan tertinggi dan memegang pangkat tertinggi hanya berhak mendapat satu markah tertinggi.Catatan: Markah diberi mengikut pangkat KUP -
4. Murid-murid tingkatan 6 rendah yang menyandang jawatan dalam pasukan masing-masing semasa di tingkatan 5 boleh mengekalkannya dan boleh terus bergiat dalam pasukan masing-masing. Sekiranya pasukan yang dianggotai sebelum ini tidak terdapat di sekolah yang baru, pelajar diminta melaporkan diri kepada GPK Kokurikulum. GPK Kokurikulum bertanggungjawab menugaskan pelajar-pelajar ini di mana-mana pasukan yang difikirkan sesuai sebagai tenaga pembantu jurulatih dan mereka kekal menyandang jawatan masing-masing meneruskan usaha memperbaiki kedudukan mereka.
Jadual 2 (b)
Pasukan badan beruniform - Anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pancaragam Brass
JAWATAN MARKAHPengerusi / Presiden :Ketua Trup, Ketua Pasukan/Pengerusi, Ketua Puteri, Ketua Kadet, Band Major
10
Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi :Penolong Ketua Trup, Ketua Kumpulan, Ketua Utama Seksyen, Ketua Pasukan (S/Usaha), Sarjan, Drum Major/ Asst. Band Major,
8
Setiausaha / Bendahari :Ketua Patrol, Setiausaha, Ketua Seksyen, Ketua Pasukan (Bendahari), Koporal, Percussion Leader,
7
Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari :Penolong Ketua Patrol, Bendahari, Pen. Ketua Seksyen Kanan, Ketua Pasukan (AJK), Lans koporal, Section Leader,
6
Ahli Jawatankuasa :Quartermaster, Penolong Setiausaha, Pen. Ketua Seksyen, Ketua Kumpulan, Asst. Section Leader, Class 3,
5
Penolong Ketua Kumpulan 4Ahli Berdaftar, Class 4 & 5(pancaragam), 3
7

Catatan:
Pengkelasan Jawatan Berdasarkan Susunan Pasukan:
Persatuan Pengakap, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Persatuan St. John Ambulans Malaysia, Pancaragam Brass, Briged Putera, Briged Puteri
Jadual 2 (c)
Pasukan badan beruniform – Seni Mempertahankan Diri
JAWATAN(dapatkan daripada badan induk)- senaraikan jenis silat/perguruan. Jawatan dan tali pinggang diterima pakai bagi pemarkahan jawatan.
MARKAH
Pengerusi / Presiden: Bengkung Merah dan Tali Pinggang Hitam 10Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi: Bengkung Hijau 3 dan Tali Pinggang Merah 2 8
Setiausaha / Bendahari : Bengkung Hijau 2 dan Tali Pinggang Merah 1 7
Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari: Bengkung Hijau 1, Tali Pinggang Biru 2 6
Ahli Jawatankuasa: Cula 3 dan Tali Pinggang Biru 1 5Class 3, Cula 2 dan Tali pinggang Hijau 1&2 4Tali pinggang kuning 1 & 2 3Ahli Berdaftar 3
Jadual 3
Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan
JAWATAN MARKAHPengerusi / Presiden/ Kapten Pasukan / Ketua Pasukan Kelab sukan/permainan(Ketua Pasukan hanya dihadkan kepada dua orang) 10
Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi / Naib Ketua Pasukan 8Setiausaha / Bendahari 7Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari 6Ahli Jawatankuasa 5Ahli berdaftar 3
6.1.5. Markah Aspek Penglibatan ialah 20 markah. Markah Penglibatan adalah markah yang diberi kepada semua ahli berdasarkan sumbangan serta komitmen dalam semua aktiviti yang dijalankan dan peringkat penglibatan yang disertai.
Peringkat Pertandingan
Jenis Penglibatan Aspek Pemarkahan
Markah
8

Antarabangsa Pemain/Peserta Penglibatan Antarabangsa
20
Persembahan 15Ahli Jawatankuasa 15Penyokong/ Kumpulan Sorak 10Peserta Ceramah 10
Peringkat Kebangsaan Pemain/Peserta Penglibatan Peringkat Kebangsaan
17
Persembahan 12Ahli Jawatan kuasa 12Penyokong/Kumpulan Sorak 8Peserta Ceramah 8
Peringkat Negeri Pemain/Peserta Penglibatan Peringkat Negeri
14
Persembahan 9Ahli Jawatan kuasa 9Penyokong/Kumpulan Sorak 5Peserta ceramah 5
Peringkat Daerah/Zon Pemain/Peserta Penglibatan Peringkat Daerah
11
Ahli Jawatan kuasa 6Persembahan 6Penyokong/Kumpulan Sorak 4Peserta ceramah 4
Peringkat Sekolah Pemain/Peserta 8Ahli Jawatan kuasa/referi/ 4Persembahan 4Penyokong/Kumpulan Sorak 2Peserta ceramah 2
6.1.6. Markah Aspek Pencapaian ialah 20 markah. Markah ini merupakan pencapaian murid dalam pertandingan diperingkat Sekolah, Zon / Daerah / Negeri dan Kebangsaan. Pencapaian yang di nilai hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga kecuali di peringkat sekolah dimana pencapaian yang dinilai adalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan, Ketiga, Keempat dan Kelima. Dalam aspek pencapaian markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama. Markah-markah pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Jadual 5
MARKAH
9

PERINGKAT PERTANDINGAN
JOHAN NAIB JOHAN KETIGA KEEMPAT KELIMA
Sekolah 08 07 06 05 04
Zon/Daerah 11 10 9 TIADA TIADA
Negeri 14 13 12 TIADA TIADAKebangsaan 17 16 15 TIADA TIADAAntarabangsa 20 19 18 TIADA TIADA
6.1.7. Setiap pemberian markah dalam aspek-aspek yang dinilai adalah berdasarkan markah tertinggi yang layak diperolehi oleh seorang murid. Umpamanya jika seorang pelajar pernah mewakili sekolah, zon/daerah, negeri, dankebangsaan. markah aspek pencapaian yang diambilkira hanyalah pencapaian di peringkat kebangsaan.
7. KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI
7.1. Setiap murid sekolah menengah diwajibkan menganggotai pasukan badan beruniform, kelab/persatuan dan kelab sukan/permainan. Dalam hal ini setiap murid memilih salah satu aktiviti yang terdapat dalam setiap bidang kegiatan kokurikulum tersebut. Ini bermakna penilaian kegiatan adalah berdasarkan:
7.1.3. Aktiviti Pasukan Pasukan badan beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Pengakap, Seni Bela Diri dan sebagainya.
7.1.4. Aktiviti Kelab / Persatuan / Badan seperti Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Pencinta Alam, Kelab Seni Foto dan sebagainya.
7.1.5. Aktiviti Kelab Sukan / Permainan seperti Kelab Olahraga, Kelab Renang, Kelab Memanah dan sebagainya.
7.2. Setiap jenis aktiviti yang dianggotai oleh murid akan dinilai berdasarkan aspek-aspek yang telah dinyatakan dalam 6.1.1 dan agihan markah setiap jenis aktiviti adalah sama seperti yang dinyatakan dalam 6.1.2. Sebagai contoh berikut adalah markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi oleh Pelajar X:
Contoh:i. Kegiatan Pasukan Pasukan badan beruniform
Aspek Penilaian Prestasi Markaha) Kehadiran Penuh (18/18) 50b) Jawatan disandang Ahli Berdaftar 3c) Penglibatan Menghadiri Jambori Pengakap peringkat
Negeri17
d) Pencapaian Ketiga Kawad Kaki Peringkat Negeri 15JUMLAH 85
ii. Kegiatan Kelab/Persatuan
10

Aspek Penilaian Prestasi Markaha) Kehadiran 10/12 42b) Jawatan AJK Persatuan Sejarah 5c) Penglibatan Menyertai Seminar Penulisan Sajak
Peringkat Negeri 17
d) Pencapaian Naib JohanPertandingan Bahas Ala Parlimen Antara Kelas
10
JUMLAH 74
iii. Kegiatan Kelab sukan/permainan
Aspek Penilaian Prestasi Markaha) Kehadiran Penuh (12/12) 50b) Jawatan AJK Kelab Bola Sepak B18 5c) Penglibatan Mewakili Negeri dalam Pertandingan
Balapan MSS Negeri17
d) Pencapaian Naib Johan Timang Bola Piala Nike Peringkat Antarabangsa
19
JUMLAH 91
7.3. Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum
7.3.1. Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti berikut:
Jadual 6
GRED MARKAHA Antara 80 hingga 100B Antara 60 hingga 79C Antara 40 hingga 59D Antara 20 hingga 39E 19 ke bawah
8. MARKAH BONUS
8.1. Markah Bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Perjawatan tersebut merangkumi:
8.1.1. Perjawatan Peringkatan Sekolah seperti pengawas, pengawas perpustakaan, Imam dan sebagainya.
8.1.2. Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua rumah, Ketua bilik/asrama dan sebagainya.
8.1.3. Perjawatan Peringkatan Kelas seperti Ketua Kelas/darjah dan sebagainya.
8.2. Bagi setiap jawatan tersebut markah bonus diberikan sebagai pengiktirafan kepada murid di atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus dikira sekali
11

sahaja mengikut tahun semasa murid mendapat pengiktirafan tersebut. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Jadual 7
Bil Jawatan Markah Bonus1. Ketua Murid 102. Timbalan/Penolong Ketua Murid 83. Ketua / Pengerusi Badan-badan Perkhidmatan/ Pengurusan
Utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah / Pegawas/ Ketua Asrama / Ketua PRS / Kuartermasters / Ketua Rumah Sukan
7
4. Penolong Ketua Asrama / Penolong Kuartermasters/ Pegawas Pusat Sumber
6
5. AJK Utama Badan-badan Perkhidmatan atau Pengurusan / Bendahari / Setiausaha / Ketua Biro- Asrama / PRS / Penerima sijil dan lencana SLAD / PROSTAR / Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah/ Pegawas Koperasi
5
6. Ahli-ahli J/Kuasa Perkhidmatan dan Sokongan - AJK Kecil Biro / Ketua Bilik / Ketua Dorm / Ketua Tingkatan / Penerima sijil SLAD / PROSTAR
3
7. Penolong Ketua Kelas / Penolong Ketua Bilik / Ahli Kuartermasters
2
8.3. Anugerah khas diberi sebagai pengiktirafan kepada murid/ pelajar di atas pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang di usahakan sendiri. Markah anugerah khas ini ditetapkan seperti berikut:
Jadual 8
Bil Pencapaian Markah Bonus1 Anugerah Remaja Perdana (ARP)
Emas 10Perak 7Gangsa 5
2 Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas Jaya Kebangsaan
10
3 Penyertaan aktiviti kokurikulum di luar negara/dalam negara atas pembiayaan sendiri dengan kelulusan KPM
5
4 Penyertaan aktiviti kokurikulum di luar negara/dalam negara atas pembiayaan sendiri tanpa pengiktirafan
2
5 Anugerah Pengakap Raja / Pandu Puteri Raja 106 Lain-lain anugerah yang sehaluan dengan dasar KPM
6.1 Peringkat Antarabangsa 66.2 Peringkat Kebangsaan 56.3 Peringkat Negeri 46.4 Peringkat Zon/Daerah/Bahagian 36.5 Peringkat Sekolah 2
Jadual 9
12

PROGRAM NILAM MARKAH
NILAM EMAS PERAK GANGSA
Sekolah 7 6 5 4
Zon/Daerah/Bahagian 8 7 6 5Negeri 9 8 7 6Kebangsaan 10 9 8 7
8.4. Setiap murid hanya layak menerima markah bonus untuk salah satu daripada jawatan yang paling tinggi disandang setiap tahun seperti di Jadual 7, Jadual 8 atau Jadual 9.
8.5. Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan tatatertib atau kes disiplin, maka markah bonus ini tidak layak diambil kira.
9. GRED KESELURUHAN9.1. Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seorang murid dalam dua
dari tiga jenis kegiatan kokurikulum yang dianggotai beserta markah bonus. Dua bidang kegiatan dipilih bergantung kepada prestasi markah yang diperolehi, iaitu dua bidang yang menunjukan prestasi tertinggi.
9.2. Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah kedua-dua kegiatan kokurikulum yang diperolehi dan mendapatkan purata bagi kedua-dua markah tersebut. Kemudian nilai tersebut dicampurkan dengan markah bonus yang diperolehi. Hasil tambah tersebut dipadankan dengan nilai gred sebagaimana yang terdapat pada 7.3.1.
9.3. Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi Murid X perkiraan gred keseluruhan adalah seperti berikut:
Jumlah Markah
Pasukan badan beruniform = 86Persatuan/Kelab = 74Kelab Sukan/Permainan = 91
Markah purata = (91+86) /2= 88.5
Markah bonus (Ketua Murid) = 10= 88.5 + 10= 98.5
Gred Keseluruhan = A
10. PELAKSANAAN10.1. Semua sekolah menengah di setiap negeri diminta menggunakan format dan borang
yang sama dalam membuat penilaian aktiviti kokurikulum pelajar (Lihat Lampiran 1, 2 dan 3).
10.2. Penilaian hendaklah dibuat pada setiap hujung tahun. Tempoh ini diperlukan kerana masih ada kegiatan kokurikulum peringkat kebangsaan yang dijalankan pada bulan
13

x 10
Disember. Oleh itu, jangkamasa penilaian dalam tahun semasa bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember.
10.3. Oleh sebab penilaian kokurikulum dibuat sepanjang tempoh murid berada di Kelas Peralihan/Tingkatan 1 hingga 6 Atas, pihak sekolah perlu menyediakan Buku Catatan/Pelaporan Kokurikulum yang telah diseragamkan oleh KPM. Langkah ini memudahkan penyimpanan rekod-rekod kemajuan dan pemindahan rekod sekiranya murid berpindah ke sekolah lain dan kemasukan ke Matrikulasi / IPT.
10.4. Pihak sekolah hendaklah membentuk jawatankuasa penilai yang terdiri daripada guru – guru dan dipengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar.
10.5. Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru pemimpin/penasihat sebelum disahkan oleh Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum.
10.6. Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya. Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam bentuk prestasi tahun semasa (GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan (CGPA). Contohnya prestasi GPA dan CGPA Murid X dalam bidang kokurikulum dalam tempoh persekolahan sehingga Tingkatan 5:
Tingkatan Markah Kokurikulum GPA CGPA1 69 69 69.02 82 82 75.53 83 83 79.254 89 89 84.135 80 80 82.06
6R 68 68 75.036A 79 79 77.02
Contoh pengiraan CGPA
Tingkatan 1 = 69= 69.0 (CGPA Tingkatan 1)
Tingkatan 2 = (69.0+82)/2= 75.5 (CGPA Tingkatan 2)
Tingkatan 3 = (75.5+83)/2= 79.25 (CGPA Tingkatan 3)
Tingkatan 4 = (79.25+89)/2= 84.13 (CGPA Tingkatan 4)
Tingkatan 5 = (84.13+80)/2= 82.06 (CGPA Tingkatan 5)
Tingkatan 6R = (82.06+68)/2= 75.03 (CGPA Tingkatan 6R)
Tingkatan 6A = (75.03+79)/2= 77.02 (CGPA Tingkatan 6A)
10.7. Untuk mendapatkan markah 10%, markah akhir hendaklah dibahagikan dengan 100 dan didarabkan dengan 10. ContohnyaTingkatan V = 82.06
14

100
= 8.21
10.8. Kes-Kes TerpencilPenilaian kokurikulum bagi : murid-murid Pendidikan Khas (penilaian disediakan oleh Bahagian Pendidikan
Khas, KPM) murid-murid kurang upaya(penilaian disediakan oleh Bahagian Pendidikan Khas,
KPM) pesakit kronik / luar biasa (Penilaian dibuat oleh Jawatan Kuasa Khas)
10.9. Kes-Kes Khas
Murid-murid yang terlibat dalam aktiviti sukan berprestasi tinggi dinilai mengikut kriteria dari Bahagian Sukan,KPM dan Majlis Sukan Negara. Contohnya atlet kebangsaan.
11. PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM BAGI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 6
Murid-murid yang telah menamatkan Tingkatan 5 dan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), mereka yang terlibat boleh memilih markah prestasi PLKN untuk turut dipertimbangkan dalam pengiraan markah Tingkatan 6 Rendah. Dalam kes ini, murid mempunyai empat pilihan dari tiga yang perlu dipilih untuk menentukan markah kokurikulumnya. Jika prestasi murid didapati tinggi dalam kegiatan PLKN, maka markah terendah dalam bidang lain akan digugurkan. Markah PLKN adalah 60 markah dengan syarat salinan sijil tamat kursus/penyertaan disertakan.
REKOD KEHADIRAN KOKURIKULUM
Tingkatan:_________________
Minggu
Unit Beruniform
T. Tangan Guru
Pemimpin
Kelab/ Persatuan
T. Tangan Guru
Pemimpin
Sukan / Permainan
T. Tangan Guru
PemimpinAktiviti Aktiviti Aktiviti
1.2.3.4.5.
15
Lampiran 1BORANG A
Tahun :__________

6.7.8.9.10.11.12.13.14.15.16.17.18.19.20.21.22.23.24.25.26.27.28.29.30.31.32.33.34.35.36.37.38.39.40.
16
Jawatan:_____________
Nama Guru Pemimpin
1._________________
2._________________
3._________________
Jawatan:_____________
Nama Guru Pemimpin
1._________________
2._________________
3._________________
Jawatan:_____________
Nama Guru Pemimpin
1._________________
2._________________
3._________________

BORANG RUMUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM:
SEKOLAH ...............................................................................................
BORANG PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM
TAHUN ........................
1. Nama Murid: ............................................. 3.Jenis Kegiatan: ......................................
2. Tingkatan: ................................................. 4.Jenis Aktiviti: ..........................................
ASPEK PENILAIAN PRESTASI AGIHAN MARKAH
MARKAH
KEHADIRAN50
JAWATAN YANG DISANDANG 10
PENGLIBATAN20
PENCAPAIAN20
JUMLAH MARKAH 100
GRED
17
Lampiran 2BORANG B

Tanda Tangan: ............................................................
Guru Pemimpin: ..........................................................
Cop Sekolah: ..............................................................
BORANG RUMUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM:
SEKOLAH ...............................................................................................
BORANG PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM
TAHUN ........................
Nama Murid: ............................................. No. K.P: ......................................Tingkatan: ................................................. Jantina : ..........................................
Aspek Yang Dinilai Agihan Markah
I II III IVPasukan
badan beruniform
Kelab / Persatuan
Sukan / Permainan
Prog. Khidmat Negara
KEHADIRAN 50
JAWATAN YANG DISANDANG
10
PENGLIBATAN 20
PENCAPAIAN 20
JUMLAH MARKAH 100 60
GRED
Jawatan bidang-bidang lain : _______________________________________
Markah Bonus : GPA :
Gred Keseluruhan : CGPA :
18
Lampiran 3BORANG C

Ulasan: __________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Disahkan Oleh
________________________ __________________________
Tanda Tangan P.K Kokurikulum Tanda Tangan dan cop Pengetua
Tanda Tangan Ibubapa/Penjaga: __________________ Tarikh : ___________________
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
SENARAI MARKAH KOKURIKULUM
Nama Sekolah :___________________ Tahun :__________
Kod Sekolah : ___________________
Bil Nama Angka Giliran No K/P /
Surat Beranak Markah
1234
19
Lampiran 4BORANG D

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
SENARAI MARKAH KOKURIKULUM
Nama Sekolah :_________________ Tahun :__________
Kod sekolah :_________________
Bil Nama Angka Giliran No K/P /
Surat Beranak Markah
1234
20
Lampiran 5BORANG E

LAMPIRAN 1
MARKAH 10% KOKURIKULUM – PERKARA BERBANGKIT 2010
Bil.
Isu/ Perkara berbangkit
Huraian/ penjelasan
1. Penilaian Pelajar Tingkatan Enam:
ii. Kiraan Kehadiran Aktiviti Kokurikulum Bagi Pelajar Tingkatan 6 Rendah
*Akan dirujuk kepada Unit Tingkatan Enam BPSH.
i. Kiraan kehadiran: Pasukan Badan Beruniform 10 X
: Kelab & Persatuan 6 X
: Sukan & Permainan 6 X
ii. Kegiatan Pasukan Badan Beruniform
Murid-murid/Pelajar-pelajar yang menyandang jawatan dalam pasukan masing-masing mengekalkannya dan boleh terus bergiat dalam pasukan masing-masing. Sekiranya pasukan yang dianggotai sebelum ini tidak terdapat di sekolah yang baru, pelajar diminta melaporkan diri kepada GPK Kokurikulum. GPK Kokurikulum bertanggungjawab menugaskan pelajar-pelajar ini di mana-mana pasukan yang difikirkan sesuai sebagai tenaga pembantu jurulatih dan mereka kekal menyandang jawatan masing-masing meneruskan usaha memperbaiki kedudukan mereka.
iii. Persatuan/kelab yang sedia ada di
sekolah tidak
i. Pihak sekolah diminta menubuhkan Persatuan / Kelab yang bersesuaian. (Bukan menubuhkan Persatuan/kelab dengan tujuan memberikan markah sahaja).
21

sesuai bagi Tingkatan 6
ii. Penubuhan sesuatu Persatuan/kelab mestilah berfungsi untuk membantu pihak sekolah dengan tujuan melaksanakan aktiviti integrasi pelajar. Sistem penilaian dari markah untuk jawatan rujuk Buku PanduanPenilaian Sekolah Menengah. Selain daripada jawatan yang dicadangkan tiada markah.
2. Anugerah Pengakap Raja dan Anugerah Pandu Puteri Rajaditerima pada tahun semasa
Penilaian Kokurikulum dimasukkan dalam kategori Markah Bonus = 10 markah
3. Pengujian secara terus (”On-LineAssessment ”)Penglibatan murid-murid/pelajar-pelajar dalam Kuiz Matematik dan seumpamanya, secara individu berbayar (Peringkat Antarabangsa)
Contoh:
i. International Competititions and Assessments for School), Penganjur: Educational AssessmentAustralia, The University of New South Wales, Sydney, Australia
ii. “Essay writing”/Penulisan sajak/pertandingan melukis /cipta laman blog
Aktiviti ini tidak diterima pakai dalam pengiraan penilaian markah kokurikulum, kerana:
i. Aktiviti tidak melalui dan mendapat kebenaran Bahagian Sekolah/KPM
ii. Kelebihan kepada individu yang berkemampuan dan mempunyai kemudahan IT
iii. Sistem penilaian yang dijalankan dan pelaksanaanya tidak jelas dan tidak diketahui, keesahan dan kebolehpercayaan diragui
iv. Tidak diketahui siapa penganjur di peringkat kebangsaan dan bertanggungjawab bagi sebarang perkara berbangkit
v. Penyertaan secara terbuka tanpa apa-apa saringan dari segi pemilihan calon berbanding ”Aktiviti Olimpiad” Sains dan Matematik yang diuruskan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, KPM.
22

Kejohanan Taekwondo Jemputan Antarabangsa – Korea
Aktiviti ini tidak diterima pakai dalam pengiraan penilaian markah kokurikulum, kerana
i. Aktiviti tidak melalui dan mendapat kebenaran Bahagian Sekolah/KPM
ii. Kelebihan kepada individu yang berkemampuan
Penyertaan secara terbuka tanpa apa-apa saringan dari segi pemilihan calon berbanding ”Aktiviti Olimpiad” Sains dan Matematik yang diuruskan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, KPM
4. Penglibatan murid-murid dalam Program Kerajaan Negeri seperti:
i. Bandar Kembar Seremban – Bukit Tinggi, Sumatera
ii. Pulau Pinang – Medan,
iii. Ipoh – Fukuoka, Jepun
Penglibatan pelajar diiktiraf sebagai penglibatan ”antarabangsa”,pemilihan sesorang peserta melalui saringan dan pemilihan oleh jawatankuasa khas yang dilantik.
5. Program Larian Anjuran Pihak Berkuasa Tempatan atau negeri:, contoh:
i. Larian Antabangsa Jambatan Pulau Pinang
ii. Kuala Lumpur International Marathon
iii. Klang 10K Run
Perkara i & ii : markah penglibatan peringkat negeri
Perkara iii: markah penglibatan peringkat daerah
Catatan:
a. Penyertaan secara individu dikira penyertaan peringkat daerah sahaja
b. Penyertaan melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia – (MSSM) negeri berkenaan perlu disokong dengan surat dan dikira penyertaan peringkat negeri.
c. Penyertaan Pelajar Kategori Terbuka yang disertai oleh peserta antarabangsa (rujuk kategori yang disertai): dikira sebagai Penglibatan Antarabangsa
6. Penglibatan murid-murid / pelajar-pelajar dalam aktiviti yang
Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah terlebih dahulu (kelulusan
23

berkaitan dengan Agensi Bukan Kerajaan (NGO) , contoh:
Aktiviti: i. Khidmat Masyarakat – Highway Duty
ii. Perkhemahan
iv. Pertandingan Kawad Kaki
v. Pertandingan Seni Bela Diri
mengikut peringkat penglibatan). Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang di pohon.
Peringkat penglibatan :
a. Kelulusan PPD – penglibatan daerah
b. Kelulusan JPN – penglibatan negeri
c. Kelulusan KPM – penglibatan kebangsaan
Sekiranya penglibatan tanpa kelulusan KPM/JPN/PPD – markah penglibatan dan pencapaian tidak dikira.
Penglibatan murid-murid dalam pertubuhan yang tidak terdapat/tidak berdaftar di sekolah
Sekiranya aktiviti yang dianjurkan mendapat kelulusan daripada KPM/JPN/PPD maka markah Penglibatan dan Pencapaian murid boleh diambil kira walaupun aktiviti tersebut tidak tersenarai di peringkat sekolah.
7. Penglibatan murid-murid / pelajar-pelajar dalam aktiviti yang berkaitan dengan Agensi Kerajaan (GO), contoh:
i. Sambutan Hari Kor Kadet Polis
ii. Festival Kebudayaan
Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan). Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang di pohon.
Peringkat penglibatan :
a. Kelulusan PPD – penglibatan daerah
b. Kelulusan JPN – penglibatan negeri
c. Kelulusan KPM – penglibatan kebangsaan
8. Gotong Royong Kebangsaan, pelaksanaan di peringkat :-
i. Sekolah
ii. Daerah, dan seterusnya
i. Markah Penyertaan : Sekolahii. Markah penyertaan : Daerah,dan seterusnya
9. Aktiviti yang berkaitan dengan pihak Istana
Semua aktiviti yang melibatkan Institusi Raja dan Setiausaha Kerajaan Negeri dikira sebagai penglibatan peringkat negeri.
24

10.
Program / aktiviti gabungan :
i. sekolah-sekolah
ii. daerah-daerah
iii. negeri-negeri
Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan). Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang di pohon.
i. a. mendapat kelulusan PPD
b. aktiviti yang berlainan dari takwim yang dikeluarkan
oleh PPD
c. gabungan sekurang-kurangnya 5 buah sekolah dari
daerah yang sama
d. penyertaan dikira sebagai Penglibatan Daerahii. a. mendapat kelulusan JPN
b. aktiviti yang berlainan dari takwim yang dikeluarkan
oleh JPN
c. gabungan sekurang-kurangnya 3 buah daerah dari
negeri yang sama dan dianjurkan oleh PPD
d. penyertaan dikira sebagai Penglibatan Negeriiii. a. mendapat kelulusan KPM
b. aktiviti yang berlainan dari takwim yang dikeluarkan
oleh KPM
c. gabungan sekurang-kurangnya 3 buah negeri dan
dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
d. penyertaan dikira sebagai Penglibatan Kebangsaan
11 Penglibatan/Kehadiran:
i. Penglibatan murid sebagai penyokong/pengiring/
Contoh: Kibar bendera
i. Penglibatan seperti ini diambil kira sebagai markah kehadiran aktiviti kokurikulum.
ii. Bagi persembahan selingan markah dikira dalam aspek penglibatan mengikut peringkat kerana pelajar/murid perlu menjalani latihan dan persiapan
25

untuk aktiviti antarabangsa seperti ’Le Tour de Langkawi’.
ii. Persembahan Selingan
Bagi persembahan selingan, markah dikira sebagai aspek penglibatan kerana pelajar/murid perlu menjalani latihan dan persiapan awal. Jadual markah adalah seperti dibawah. Ini bertujuan bagi membezakan dengan murid yang menjadi peserta.
PERINGKAT PENGLIBATAN UTAMA
PENGLIBATAN
SOKONGAN
PENGLIBATAN
SELINGANSEKOLAH 08 6 3ZON/DAERAH 11 7 4NEGERI 14 8 5KEBANGSAAN 17 9 6ANTARABANGSA
20 10 7
Penglibatan sokongan: Penglibatan murid yang melibatkan aktiviti seperti persembahan selingan yang memerlukan latihan pusat dan murid yang bertugas sebagai jawatankuasa yang perlu berkhidmat dalam tempoh yang lama disepanjang aktiviti/pertandingan.
Penglibatan selingan: Penglibatan murid yang bersifat meramaikan majlis seperti sebagai penyokong, kumpulan sorak atau peserta majlis ceramah.
Contoh Kaedah Pengiraan Markah Bagi Tahun 2010:
1. Kiraan markah - 5 tahun calon-calon SPM ( Tingkatan 1 hingga 5) daripada Sekolah Harian Biasa dan Sekolah Berasrama Penuh (kemasukan Tingkatan 1) : Kiraan bermula tahun 2006, 2007, 2008, 2009dan 2010
Cth 1: 2006 (T1) + 2007 ( T2 ) = A2
A + 2008 ( T3 ) = B2
B + 2009 ( T4 ) = C2
C + 2010 ( T5 ) = D (markah 10% ini dihantar ke KPM)2
26

2. Kiraan markah - 5 tahun calon-calon SPM daripada Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Berasrama Penuh (kemasukan di Tingkatan 4), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (kemasukan Tingkatan 4) dan yang sama dengannya
Cth: 2006 + 2007 (Tingkatan 1 + 2) = A 2
A + 2008 ( T3) = B (CGPA Tingkatan 3 diperoleh daripada sekolah asal)
2
B (CGPA T3) + 2009 = C (CGPA T4)2
C + 2010(T5) = D (markah 10% ini dihantar ke KPM) 2
3. Kiraan markah calon-calon STPM (Tingkatan Enam Atas)
Cth: 2006 + 2007 (Tingkatan 3 + 4) = A2
A + 2008 ( T5 ) = B(CGPA Tingkatan 5 diperoleh daripada sekolah asal)
2
B + 2009 ( T6 Rendah ) = C (CGPA T6 Rendah)2
C + 2010(T6 Atas) = D (markah 10% ini dihantar ke KPM) 2
Penjelasan Kriteria Penglibatan merujuk perkara 6.1.5 muka surat 10 Buku Panduan Penilaian Kokurikulum.
Peringkat Pertandingan Jenis Penglibatan Aspek Pemarkahan MarkahAntarabangsa Pemain/Peserta Penglibatan Antarabangsa 20
Persembahan Selingan 15Penyokong/ Kumpulan Sorak 10Peserta Ceramah 10Ahli Jawatankuasa 15
Peringkat Kebangsaan Pemain/Peserta Penglibatan Peringkat Kebangsaan
17
Persembahan Selingan 12Penyokong/Kumpulan Sorak 8Peserta Ceramah 8
27

Ahli Jawatan kuasa 12Peringkat Negeri Pemain/Peserta Penglibatan Peringkat Negeri 14
Persembahan Selingan 6Penyokong/Kumpulan Sorak 4Peserta ceramah 4Ahli Jawatan kuasa 6
Peringkat Daerah/Zon Pemain/Peserta Penglibatan Peringkat Daerah
11
Persembahan Selingan 4Penyokong/Kumpulan Sorak 2Peserta ceramah 2Ahli Jawatan kuasa 4
1. Muka surat 9- Markah bagi seni mempertahankan diri perlu dilihat semula dari segi tafsiran samada pencapaian atau jawatan yang disandang (jenis-jenis tali pinggang).
Mesyuarat mencadangkan markah perjawatan bagi seni mempertahankan diri adalah seperti markah perjawatan kelab dan persatuan. Markah bagi jenis-jenis tali pinggang bagi perjawatan dikeluarkan.
2. Dicadangkan markah bagi jadual 5 aspek pencapaian peringkat sekolah bagi Johan, naib johan dan tempat ketiga dikembangkan/ditingkatkan seperti berikut:
Peringkat Pertandingan
MarkahJohan Naib
JohanKetiga Keempat Kelima
Sekolah 8 7 6 5 4Zon/Daerah/Bahagian 11 10 9Negeri 14 13 12Kebangsaan 17 16 15Antarabangsa 20 19 18
3. Peruntukan masa bagi tahun 3 dan 4 sekolah rendah sebanyak 60 minit: Dicadangkan supaya tahun 3 masih dalam aktiviti kumpulan dalam jadual waktu persekolahan. Bagi tahun 4 tempoh masa seperti tahap 2 (rujuk SPI Bil 2/2007)
4. Markah Bonus: Markah Bonus hanya dikira markah yang tertinggi sahaja. Rujuk perkara 8.4 dalam muka surat 15 Buku Panduan Penilaian Kokurikulum.
5.
ISU-ISU
28

Bil PENGLIBATAN PENGANJUR KELULUSAN MARKAH /CATATAN
4 Pengujian secara terus (”On-Line Assessment ”)Penglibatan murid-murid/pelajar-pelajar dalam Kuiz Matematik dan seumpamanya, secara individu berbayar (Peringkat Antarabangsa)
Contoh:
i. International Competititions and Assessments for School)
ii. “Essay writing”/Penulisan sajak/pertandingan melukis /cipta laman blog
Educational Assessment Australia, The University of New South Wales, Sydney, Australia
Aktiviti ini tidak diterima pakai dalam pengiraan penilaian markah kokurikulum, kerana:
i. Aktiviti tidak melalui dan mendapat kebenaran Bahagian Sekolah/KPM
ii. Kelebihan kepada individu yang berkemampuan dan mempunyai kemudahan IT
iii. Sistem penilaian yang dijalankan dan pelaksanaanya tidak jelas dan tidak diketahui, keesahan dan kebolehpercayaan diragui
iv. Tidak diketahui siapa penganjur di peringkat kebangsaan dan bertanggungjawab bagi sebarang perkara berbangkit.
v. Penyertaan secara terbuka tanpa apa-apa saringan dari segi pemilihan calon berbanding ”Aktiviti Olimpiad” Sains dan Matematik yang diuruskan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM.
Penglibatan murid-murid dalam Program Kerajaan Negeri seperti:
i. Bandar Kembar Seremban – Bukit Tinggi, Sumatera
Penglibatan pelajar diiktiraf sebagai penglibatan ”antarabangsa”,pemilihan sesorang peserta melalui
29

ii. Pulau Pinang – Medan,
Ipoh – Fukuoka, Jepun
saringan dan pemilihan oleh jawatankuasa khas yang dilantik.
Program Larian Anjuran Pihak Berkuasa Tempatan atau negeri:, contoh:
i. Larian Antabangsa Jambatan Pulau Pinang
ii. Kuala Lumpur International Marathon
Klang 10K Run
Perkara i & ii : markah penglibatan peringkat negeri
Perkara iii: markah penglibatan peringkat daerah
Catatan:
a. Penyertaan secara individu dikira penyertaan peringkat daerah sahaja
b. Penyertaan melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia – (MSSM) negeri berkenaan perlu disokong dengan surat dan dikira penyertaan peringkat negeri.
c. Penyertaan Pelajar Kategori Terbuka yang disertai oleh peserta antarabangsa (rujuk kategori yang disertai): dikira sebagai Penglibatan Antarabangsa
USUL-USUL LAIN:
1. Perjawatan di JPN dan KPM tidak setara dengan gred perjawatan baru diperingkat sekolah.
30

2. Peruntukan OS21000 di JPN tidak mencukupi. Terdapat aktiviti yang mengarahkan guru/pegawai hadir aktiviti kebangsaan dengan membuat tuntutan kepada JPN masing-masing.
3. Aktiviti kokurikulum dalam jadual waktu sekolah tanpa menggangu waktu P&P.(Johor)4. (Terengganu) Peruntukan kewangan kokurikulum ke sekolah hanya untuk aktiviti kawasan
sekolah sahaja. Pekeliling 7/2006. 5. (Terengganu) Aktiviti Majlis sukan Negeri tanpa surat kebenaran KPM.6. Pemantauan 10% kokurikulum dimantapkan (Johor)7. (Negeri Sembilan) Aktiviti kokurikulum murid tingkatan 6
- Aktiviti kokurikulum murid Pendidikan Khas (badan beruniform) – tidak terhad kepada pengakap sahaja.
8. Sarawak pohon KPM keluarkan surat tangguh pertandingan silat.
TN. HJ MOHD ANUAR BIN ABD HAMID
1. Usaha-usaha yang dilakukan pada hari ini adalah untuk terus bergerak dan berubah dengan cabaran-cabaran yang lebih dinamik. Urusan untuk transformasi/berubah ini perlu untuk menghadapi cabaran yang berbeza.2. Perkara-perkara yang dicadangkan ada yang perlu dirujuk dengan pihak atasan dan ada yang memerlukan pendekatan lain untuk menyelesaikannya.3. Jawatankuasa induk pembangunan kokurikulum yang melibatkan menteri merupakan 1 laluan untuk momentum pembangunan kokurikulum.4. Grand design dalam kokurikulum, tubuhkan lab kokurikulum perlu diletakkan di atas kertas.5. Apabila menyediakan teks ucapan kepada pengarah/menteri; masukkan elemen mendidik dalam kokurikulum seperti yang dimaksudkan. Mendidik anak adalah melalui kurikulum dan kokurikulum. Usaha mendidik masyarakat diluar melalui penulisan teks ucapan.
6. Cari formula dan pendekatan paling baik dalam menguruskan anak-anak kita
31