buletin unit hal ehwal pelajar

13
BULETIN UNIT HAL EHWAL PELAJAR EDISI: JAN—MAC 2014 PROGRAM CSR DERMA DARAH 2 & 3 JANUARI 2014 (KHAMIS & JUMAAT) CAFÉ SRI LAWANG, POLITEKNIK NILAI J awatankuasa Perwakilan Pelajar Unit Hal Ehwal Pelajar bekerjasama dengan Pusat Darah Negara Kuala Lumpur telah mengadakan Program Derma Darah. Program ini diadakan bagi memupuk sikap prihan kepada semua warga kampus untuk bersama me- nyumbang peningkatan tabung darah Negara yang semakin berkurangan bagi membantu pesakit yang memerlukannya. Semasa program ini dijalankan warga PNS bukan sahaja dapat menderma darah tetapi berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan yang bertu- gas.Program ini telah mendapat sokongan yang sangat memuaskan dari warga PNS

Upload: vunguyet

Post on 30-Jan-2017

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN UNIT HAL EHWAL PELAJAR

BULETIN UNIT HAL EHWAL PELAJAR

EDISI: JAN—MAC 2014

PROGRAM CSR DERMA DARAH

2 & 3 JANUARI 2014 (KHAMIS & JUMAAT)

CAFÉ SRI LAWANG, POLITEKNIK NILAI

J awatankuasa Perwakilan Pelajar Unit Hal Ehwal Pelajar bekerjasama dengan Pusat

Darah Negara Kuala Lumpur telah mengadakan Program Derma Darah. Program ini

diadakan bagi memupuk sikap prihatin kepada semua warga kampus untuk bersama me-

nyumbang peningkatan tabung darah Negara yang semakin berkurangan bagi membantu pesakit

yang memerlukannya. Semasa program ini dijalankan warga PNS bukan sahaja dapat menderma

darah tetapi berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan yang bertu-

gas.Program ini telah mendapat sokongan yang sangat memuaskan dari warga PNS

Page 2: BULETIN UNIT HAL EHWAL PELAJAR

PROGRAM CSR SUNTIKAN HPV

3HB MAC 2014

BILIK KOORDINATOR UNIT HAL EHWAL PELAJAR

EDISI: JAN—MAC 2014

J awatankuasa Perwakilan Pelajar Unit Hal Ehwal Pelajar bekerjasama dengan Pusat

Kesihatan Seremban telah mengadakan program pemberian suntikan HPV kali kedua.

Tujuan program ini diadakan bagi membantu Pihak Kesihatan untuk mengenalpasti pela-

jar perempuan yang memerlukan suntikan tersebut . Suntikan ini mencegah jangkitan dari virus

HPV yang menjadi punca kanser servik dan sebaik baiknya vaksin ini diberikan ketika mereka

berada pada peringkat remaja. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat memuaskan

dari pelajar hasil dari kesedaran dan kepentingan suntikan ini dan secara tidak lansung program

CSR ini dapat menyumbang kepada pencegahan kanser servik dikalangan pelajar khususnya dan

rakyat Malaysia amnya .

H : HUMAN

P : PAPILLOMA

V : VIRUS

Page 3: BULETIN UNIT HAL EHWAL PELAJAR

M ajlis penyerahan Watikah pelantikan dan

Ikrar aku janji Majlis Perwakilan Pelajar

telah diadakan dihadapan ahli mesyuarat penguru-

san. MPP seramai 25 orang yang diterajui oleh

saudara Muhammad Nurie Al ‘Amin Bin Mohamad

Nasseri telah dilantik berdasarkan keputusan Pilihan-

raya Kampus yang telah diadakan pada Disember

2013.

8 JANUARI 2014

BILIK KOORDINATOR HAL EHWAL PELAJAR

EDISI: JAN—MAC 2014

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN MPP

MPP perlu menjaga kebajikan pelajar dalam

segenap aspek serta menjadi penghubung

antara pelajar dengan pihak pengurusan.

Kepimpinan yang dilantik ini dapat menerajui MPP

dengan sebaik mungkin sejajar dengan manifesto

yang dijanjikan dan digunakan untuk pembangunan

diri dan seterusnya dimanfaat untuk kebaikan

masyarakat.

Page 4: BULETIN UNIT HAL EHWAL PELAJAR

EDISI: JAN—MAC 2014

PROGRAM SANTAI BERSAMA PEMIMPIN TEMPATAN

18 FEBRUARI 2014

DEWAN KULIAH 1 POLITEKNIK NILAI

P rogram ini telah dijalankan oleh Pegawai PRO dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Unit

Hal Ehwal Pelajar bersama Dato’ Hasim Bin Rusdi selaku YB Adun Labu Merangkap Exco Pertanian

& Industri Asas Tani Negeri Sembilan. Peserta program terdiri daripada Ahli Mesyuarat Pengurusan

PNS, Ketua Program , Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kedia-

man . Program ini dijalankan secara tidak terlalu formal di mana dengan cara ini akan dapat

mengwujudkan suasana yang mesra dan santai. Maka dengan cara ini pelajar tidak akan merasa segan

dan takut untuk menyuarakan soalan dan pandangan. Antara pengisian program ini ialah ucapan

tetamu VVIP di mana dapat memberi motivasi kepada pelajar dan menyatakan apakah peranan dan

pengharapan negara kepada pelajar. Pengisian seterusnya ialah memberi ruang dan peluang kepada

pelajar bertanya soalan dan menyatakan pandangan pelajar dalam sesi dialog.

Page 5: BULETIN UNIT HAL EHWAL PELAJAR

PROGRAM PROMOSI KEPADA PELAJAR SEKOLAH

MENENGAH

EDISI: JAN—MAC 2014

26HB FEBRUARI 2014 DEWAN KULIAH UTAMA

U nit Hal Ehwal Pelajar bersama Unit Psikologi Dan Kaunsel-

ing telah mengadakan program promosi dengan memberi

taklimat berkaitan program yang ditawarkan di Politeknik

NIlai kepada wakil pelajar dari 12 sekolah Menengah sekitar Nilai

dan Seremban . Turut hadir dalam program tersebut ialah Guru

Kaunseling dan Pegawai dari Pejabat Daerah Seremban.Tujuan pro-

gram ini bagi menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian

di Politeknik NIlai selepas SPM dan menerangkan tentang program

yang ditawarkan di Politeknik NIlai dengan jelas.

Pegawai HEP telah memberi taklimat berkaitan kelayakan dan

kemasukan manakala Ketua Program memberi taklimat

berkaitan program yang ditawarkan di Jabatan masing masing.

Pelajar dan Guru kaunseling juga diberi beg dan pamplet

bekaitan Politeknik Nilai khususnya dan Politeknik Malaysia

amnya.

Page 6: BULETIN UNIT HAL EHWAL PELAJAR

EDISI: JAN—MAC 2014

PROGRAM POLY SMART

7—11HB MAC 2014

POLITEKNIK KOTA BHARU

YDP Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Nilai

telah menyertai Program Student Leader Man-

agement Group Traning (poliSMART) di

Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Program ini

dapat membentuk sikap kepimpinan, ber-

tanggungjawab dan jati diri kepada pelajar.

Page 7: BULETIN UNIT HAL EHWAL PELAJAR

EDISI: JAN—MAC 2014

PROGRAM KEPIMPINAN JEJAK MAHASISWA

KE

PARLIMEN

21—31HB MAC 2014

AKADEMI KENEGARAAN KUALA LUMPUR

M ajlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Nilai telah menjadi peserta pro-

gram Jejak Mahasiswa ke Parlimen. Program ini dapat memberi

pendedahan kepada pelajar berkaitan Sistem Demokrasi Raja Berparlimen dan hal-hal berkaitan

falsafah Negara dan seterusnya membina barisan pelapis kepimpinan Negara di masa akan datang.

Page 8: BULETIN UNIT HAL EHWAL PELAJAR

EDISI: JAN—MAC 2014

PROGRAM SOKONGAN MORAL:

KAIN RENTANG ‘PRAY 4 MH370’

17—27HB MAC 2014

UNIT HAL EHWAL PELAJAR POLITEKNIK NILAI

J awatankuasa Perwakilan Pelajar telah mengambil inisiatif untuk memasang kain rentang

dengan paparan ‘PRAY 4 MH370’ dihadapan DKU yang telah menjadi tumpuan warga

PNS yang menurunkan tandatangan serta berdoa untuk mangsa MH370 dan memberi

sokongan moral kepada keluarga mangsa . Ini dapat memupuk kesedaran dan prihatin

warga PNS untuk bersama-sama memberi sokongan moral kepada ahli keluarga anak kapal

dan penumpang-penumpang yang terlibat.

Page 9: BULETIN UNIT HAL EHWAL PELAJAR

EDISI: JAN—MAC 2014

KONVOKESYEN POLITEKNIK NILAI KALI KE –3

29HB MAC 2014

DEWAN SRI PUTRA POLITEKNIK NILAI

Majlis Konvokesyen pada kali ini diadakan bersama antara Politeknik Nilai,Politeknik Banting dan

Politeknik METrO Kuala Lumpur dimana tiga buah poli ini telah bergabung dan bekerjasama untuk

mangadakan majlis bagi meraikan graduan masing-masing .

Majlis Konvokesyen kali ke 3 Politeknik Nilai telah

diadakan pada 29 hb Mac 2014 yang melibatkan

kehadiran graduan Politeknik NIlai seramai 126

orang yang terdiri daripada program Diploma

Pengajian Perniagaaan E Dagang dan Diploma

Kewangan dan Perbankan Islam lulusan Sesi Dis-

ember 2012 dan Sesi Jun 2013.

Page 10: BULETIN UNIT HAL EHWAL PELAJAR

EDISI: JAN—MAC 2014

PROGRAM MAULIDUR RASUL

20 HB FEBRUARI 2014

DEWAN SRI PUTRA, POLITEKNIK NILAI

J awatankuasa Perwakilan Pelajar , Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman dan Jawa-

tankuasa Pusat Islam telah mengadakan program forum perdana bertajuk “Indahnya

MencintaiMu” bersama imam muda Abdul Fatah bin Ahmad dan Ustaz Umar bin Bang-

sawan. Pengisian program ini dapat memberi ilmu dan sangat memberi manfaat kepada

warga PNS.

Page 11: BULETIN UNIT HAL EHWAL PELAJAR

EDISI: JAN—MAC 2014

MAJLIS DIALOG MPP BERSAMA PENGARAH

19 HB FEBRUARI 2014

BILIK MESYUARAT REFLESIA POLITEKNIK NILAI

Majlis dialog antara Majlis Perwakilan Pela-

jar bersama Pengarah dan ahli pengurusan

telah diadakan bagi tujuan untuk memberi

peluang kepada perwakilan pelajar menyam-

paikan dan membincangkan isu yang disu-

arakan oleh pelajar Politeknik NIlai kepada

pihak pengurusan Politeknik. Ini adalah

kerana MPP adalah penghubung antara pela-

jar dan pihak pengurusan Hasil daripada

perjumpaan dan ini dapat membincangkan

dan membantu menyelesaikan masalah atau

keperluan pelajar Politeknik Nilai.

Page 12: BULETIN UNIT HAL EHWAL PELAJAR

EDISI: JAN—MAC 2014

ICE BREAKING PRS

25HB JANUARI 2014

POLITEKNIK NILAI , NEGERI SEMBILAN

P rogram Ice-Breaking Kelab Pembimb-

ing Rakan Siswa PNS sesi Nov 2013.

Peserta sedang melakukan aktiviti Explore Race.

14HB FEBRUARI 2014

DEWAN KULIAH UTAMA POLITEKNIK NILAI

PROGRAM CAKNA PERSONALITI

P rogram Cakna Personaliti untuk pelajar

semester 1 bagi menyampaikan penge-

tahuan asas mengenai personaliti diri agar dapat

dikekalkan dan diperbaiki lagi kekuatan dan jati diri.

Page 13: BULETIN UNIT HAL EHWAL PELAJAR

EDISI: JAN—MAC 2014

SEMINAR PEMBENTUKAN KERJAYA

21HB FEBRUARI 2014

MINI DEWAN KULIAH 1 POLITEKNIK NILAI

P rogram ini diadakan untuk pelajar Jab-

atan Kejuruteraan Mekanikal sebagai

persediaan pelajar menghadapi alam pekerjaan.

Penceramah jemputan ialah Dr Jamil Abd Baser

dari UTHM.

PERTANDINGAN DRAMA PENTAS TAMIL

ASTRO VAANAVIL

29HB MAC 2014

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

P enyertaan 10 orang pelajar India dari

program DBT dan IPP telah menyertai

Pertandingan Pentas Tamil anjuran Astro Vaanavil

di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.