documentbm

10
Teks ucapan PENYAMPAI : SHARVNI A/PARUMUGAM KATEGORI : TEKS UCAPAN TARIKH : 01 SEPTEMBER 2014 HARI : ISNIN MAJLIS : PERHIMPUNAN RASMI KAMPUS TEMPAT : DEWAN SRI INDERA KAYANGAN ISU : GLOBALISASI LEBIH BANYAK MEMBAWA KEBURUKAN KEPADA EKONOMI NEGARA 1. Terima kasih Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Pengarah, En Tan, Timbalan Pengarah, En. Ideris, para pensyarah dan rakan- rakan sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera. Saya selaku ahli kelab Pengguna telah diminta memberi ucapan bertajuk gobalisasi lebih banyak membawa keburukan kepada ekonomi negara. Hadirin sekalian, 2. Dasawarsa ini, manusia semakin lama semakin tenggelam dalam arus globalisasi sehingga kita semakin alpa dengan budaya dan akar sejarah sendiri . Suatu persepsi yang tidak dapat disangkal telah menjadi asas pemikiran kita pada masa kini iatu semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi bermakna melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus membentuk seluruh tamadun semasa. Globalisasi dilihat sebagai suatu fahaman bahawa di dalam kehidupan ini tidak wajar lagi diiktiraf tanggapan nilai murni dan mulia secara objektif. Di samping itu, globalisasi merujuk kepada konsep saling bergantungan sama lain yang lebih besar di kalangan penduduk manusia dari fasa masa ke masa. Malah, ia juga digambarkan sebagai satu proses untuk meltakkan dunia dibawah

Upload: vini

Post on 17-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

lol

TRANSCRIPT

Teks ucapan PENYAMPAI:SHARVNI A/PARUMUGAMKATEGORI:TEKS UCAPAN

TARIKH:01 SEPTEMBER 2014HARI:ISNIN

MAJLIS:PERHIMPUNAN RASMI KAMPUS

TEMPAT:DEWAN SRI INDERA KAYANGAN

ISU:GLOBALISASI LEBIH BANYAK MEMBAWA KEBURUKAN KEPADA EKONOMI NEGARA

1. Terima kasih Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Pengarah, En Tan, Timbalan Pengarah, En. Ideris, para pensyarah dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera. Saya selaku ahli kelab Pengguna telah diminta memberi ucapan bertajuk gobalisasi lebih banyak membawa keburukan kepada ekonomi negara.

Hadirin sekalian,

2. Dasawarsa ini, manusia semakin lama semakin tenggelam dalam arus globalisasi sehingga kita semakin alpa dengan budaya dan akar sejarah sendiri . Suatu persepsi yang tidak dapat disangkal telah menjadi asas pemikiran kita pada masa kini iatu semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi bermakna melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus membentuk seluruh tamadun semasa. Globalisasi dilihat sebagai suatu fahaman bahawa di dalam kehidupan ini tidak wajar lagi diiktiraf tanggapan nilai murni dan mulia secara objektif. Di samping itu, globalisasi merujuk kepada konsep saling bergantungan sama lain yang lebih besar di kalangan penduduk manusia dari fasa masa ke masa. Malah, ia juga digambarkan sebagai satu proses untuk meltakkan dunia dibawah satu unit yag sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Menurut Anthony Giddens,Pengarah Sekolah Ekonomi London,globalisasi itu boleh ditakrifkan sebagai intensifikasi hubungan sosial di seluruh dunia yang menghubungkan kawasan-kawasan yang jauh dalam apa-apa cara yang berlaku tempatan dibentuk oleh peristiwa yang berlaku dan sebaliknya. Ekonomi pula membawa maksud sesuatu aktiviti yang menjana sesuatu pendapatan dalam apa jua kegiatan daripada sumber pekerjaan dan perniagaan. Ekonomi negara Malaysia terjejas apabila berlakunya globalisasi yang pesat. Kita mengalami kerunduman ekonomi kerana globalisasi memberikan impak yang negatif sekaligus mengurangkan pendapatan negara. Terdapat pelbagai keburukan yang dibawa oleh globalisasi terhadap ekonomi negara.Para hadirin sekalian,3. Kesan globalisasi ekonomi adalah sangat negatif. Implikasi negatif adalah kegawatan ekonomi, tekanan ekonomi dan bebanan kepada golongan miskin , penjajahan ekonomi baru, jurang perbezaan antara negara-negara kaya dengan negara-negara miskin bertambah luas dan kekurangan peluang pekerjaan. Globalisasi memberi banyak kesan buruk kepada sesebuah negara dalam sektor ekonomi. Contohnya adalah perkara ini akan menyebabhkan kegawatan ekonomi. Aliran masuk modal antarabangsa yang begitu besar ke dalam negara serantau Asia Pasifik menyebabkan kewangan negara serantau menjadi lebih mudah untuk diubah. Keadaan ini berlaku kerana wang boleh bergerak dengan hanya keluar merentasi sempadan sesebuah negara dengan hanya menekan butang komputer sahaja. Dengan penarikan keluar modal asing secara mendadak dari sesebuah negara akan menyebabkan negara tersebut menjadi muflis, operasi industri boleh terhenti, pengangguran bertambah, beban hutan luar meningkat dan ekonomi negara gawat. Ini amat memudaratkan ekonomi negara kita kerana kita akan menanggung beban hutang yabg besar sekiranya keadaan seperti ini berterusan.Hadiran yang disayangi sekalian,4. Di samping itu, kesan lain adalah berlaku tekanan ekonomi dan bebanan kepada golongan miskin. Mereka tidak mampu untuk bersaing atau maju seiring dengan globalisasi. Mereka jauh ketinggalan dibelenggu kemiskinan. Ekonomi yang pesat menyebabkan mereka tidak mampu untuk membayar cukai dan banyak lagi. Globalisasi turut mengakibatkan penghapusan hak-hak keistimewaan dan subsidi kepada golongan miskin yang diamalkan untuk melindungi rakyat. Apabila subsidi dihapuskan, ini akan menyebabkan berlaku peningkatan dalam harga barangan, perkhidmatan dan kos sara hidup. Yang miskin akan terus menderita dan mereka tidak mampu untuk menyara hidup mereka. Sekiranya perkara ini berterusan, ini akan memungkinkan berlaku kegawatan politik. Para pemimin mukin bertelagah untuk menyelesaikan masalah ini dan ini akan menyebabkan huru-hara untuk berlaku dalam negara. Rakyat juga harus menghadapi isu rumah dan berhadapan dengan masalah inflasi berikutan kejatuhan kadar upah, kemerosotkan kutipan cukai dan ini akan mengurangkan kewangan kerajaan. Perkara ini akan mewujudkan keadaan monopoli bank tempatan oleh syarikat gergasi dan kawalan ekonomi oleh pelabur asing. Bukankah ia memberi impak yang buruk terhadap ekonomi negara kita?

Tuan-tuan dan Puan-puan,

5. Impak negatif yang seterusnya adalah penjajahan baru ekonomi. Pembukaan pintu ekonomi dan pasaran membolehkan monopoli ekonomi berlaku di sesebuah negara. Kekayaan ekonomi negara sedang membangun akan dikaut keluar oleh pemodal asing. Mereka akan mengeksploitasikan tenaga kerja tempatan dengan kadar upah yang rendah. Keadaan ini dinamakan penjajahan ekonomi. Jenis lain penjajahan ekonomi adalah globalisasi turut menyebabkan negara maju untuk mengetahui kedudukan ekonomi kita dengan telus. Mereka juga dengan mudah terlibat dalam perniagaan saham BSKL kita. Mereka juga dapat membuat spekulasi mata wang kita. Akibatnya penyangak mata wang barat seperti George Soros berjaya meruntuhkan ekonomi Asia. Kegawatan ekonomi Asia 1997/1998 sehingga hari ini belum pulih sepenuhnya. Selain itu, negara maju dapat menguasai pasaran negara membangun. Dengan kekuatan kewangan dan kemajuan telekomunikasi, mereka dapat mempengaruhi minda Dunia Ketiga. Propaganda melalui telekomunikasi menyebabkan rakyat Dunia Ke-3 membeli barangan mereka.(IMF mengenakan pelbagai syarat ketat demi menguasai ekonomi negara membangun.Pemodal besar dari negara barat bebas masuk dan keluar negara membangun.Keganasan ekonomi berlaku pabila syarikat-syarikat besar seperti Australia tahu syarikatnya mahu melabur di Malaysia, belanja RM 300 juta untuk memancing mereka. Langkah ini sekaligus menyebabkan penjajahan ekonomi erana keuntungan akan dikaut oleh negara asing.

Hadirin yang dihormati,

6. Globalisasi juga menyebabkan jurang perbezaan antara negara-negara kaya dengan negara-negara miskin bertambah luas. Menurut Dr.Yusuf al-Qaradawi, Sesungguhnya globalisasi hanyalah untuk kebaikan golongan yang kuat terhadap yang lemah, untuk menguntungkan yang kaya dan untuk memanfaatkan blok utara yang kaya terhadap blok selatan yang miskin. Dalam sistem globalisasi, negara yang kaya akan bertambah kaya , manakala yang miskin akan terus miskin. Pertubuhan-pertubuhan antarabangsa seperti Bank Dunia berperanan dalam mewujudkan jurang yang besar antara negara blok utara dan blok selatan. Negara-negara dunia ketiga yang berada dalam blok selatan, ketika berhutang dengan Bank Dunia, akan dikenakan faedah dan syarat-syarat tertentu yang rata-ratanya akan mendatangkan kesan negatif kepada peminjam. Dalam era globalisasi, negara blok selatan yang masih merangkak tidak mampu mengejar, apatah lagi menyaingi negara-negara maju di blok utara. Oleh itu, jelaslah bahawa globalisasi merupakan satu bentuk penjajahan negara maju ke atas negara miskin dan sedang membangun seperti Malaysia.Hadirin sekalian,7. Kemasukan syarikat-syarikat asing ke dalam negara-negara membangun meningkatkan pekerjaan dalam pelbagai sektor, terutama bagi pekerja mahir. Walau bagaimanapun, peningkatan dalam teknologi datang dengan perniagaan baru dan teknologi yang merebak kepada syarikat-syarikat tempatan. Automasi dalam sektor pembuatan dan pertanian mengurangkan keperluan buruh dan pengangguran tidak mahir meningkat dalam sektor-sektor. Jika tidak ada infrastruktur untuk membantu melatih penganggur untuk ekonomi global, perkhidmatan sosial di negara ini boleh menjadi tegang cuba untuk menjaga kelas bawahan yang baru. Ini akan menyebabkan peluang pekerjaan bagi rakyat semakin berkurangan kerana teknologi tidak memerlukan tenaga manusia. Walaupun kemasukan syarikat-syarikat asing dan modal asing mewujudkan pengurangan pengangguran dan kemiskinan keseluruhan, ia juga boleh meningkatkan jurang gaji di antara orang-orang yang berpendidikan tinggi dan mereka yang tidak. Dalam jangka masa panjang, tahap pendidikan akan meningkat kerana keadaan kewangan negara-negara membangun meningkat, tetapi dalam jangka pendek, sebahagian daripada golongan miskin akan menjadi semakin miskin. Tidak semua orang akan mengambil bahagian dalam ketinggian taraf hidup.

8. Kesan yang lebih memburukkan adalah imbangan pembayaran globalisasi yang lebih cenderung menaikkan barang - barang import . Sebaliknya , apabila suatu negara tidak mampu bersaing , maka eksport tidak berkembang . Keadaan ini boleh memburukkan lagi keadaan imbangan pembayaran . Kesan buruk lain dari globalisasi terhadap neraca pembayaran adalah bayaran bersih pendapatan faktor pengeluaran dari luar negeri cenderung mengalami defisit . Pelaburan asing yang bertambah banyak menyebabkan aliran pembayaran keuntungan ( pendapatan ) pelaburan ke luar negeri semakin meningkat . Tidak berkembangnya eksport boleh mengakibatkan buruk terhadap neraca pembayaran kerana import lebih besar daripada eksport maka imbangan pembayaran menjadi defisit . Sektor kewangan menjadi semakin tidak stabil. Salah satu kesan penting daripada globalisasi adalah pengaliran pelaburan ( modal ) yang semakin besar . Pelaburan ini terutama meliputi penyertaan dana luar negeri ke pasaran saham . Ketika pasaran saham sedang meningkat , dana ini akan mengalir masuk , imbangan pembayaran bertambah baik dan nilai wang akan bertambah baik . Sebaliknya , apabila harga - harga saham di pasaran saham menurun , dana dalam negeri akan mengalir ke luar negeri , imbangan pembayaran cenderung menjadi bertambah buruk dan nilai mata wang domestik merosot . Ketidakstabilan di sektor kewangan ini boleh menimbulkan kesan buruk kepada kestabilan kegiatan ekonomi secara keseluruhan . Ini amat memburukkan prospek pertumbuhan ekonomi jangka panjang Apabila hal - hal yang dinyatakan di atas berlaku dalam suatu negara , maka dalam jangka pendek pertumbuhan ekonominya menjadi tidak stabil . Dalam jangka panjang pertumbuhan yang seperti ini akan mengurangkan lajunya pertumbuhan ekonomi . Pendapatan negara dan peluang kerja akan semakin lambat pertumbuhannya dan masalah pengangguran tidak dapat diatasi atau malah semakin merosot . Pada akhirnya , apabila globalisasi menimbulkan kesan buruk kepada prospek pertumbuhan ekonomi jangka panjang suatu negara , pengagihan pendapatan menjadi semakin tidak adil dan masalah sosial dan ini menyebabkan ekonomi masyarakat semakin bertambah buruk .

9. Kerajaan perlu menangani keburukan yang disebabkan oleh globalisasi terhadap ekonomi negara dengan bijaksana.Kerajaan Malaysia sentiasa peka terhadap kesan negatif yang dicetuskan oleh globalisasi ekonomi. Kerajaan Malaysia telah merangka dasar-dasar perlindungan yang praktikal untuk melindungi industri tempatan,terutamanya Industri Kecil Sederhana(IKS)dan juga dasar membantu usahawan bumiputera.Kesan dari globalisasi ini maka pengalaman Malaysia adalah positif oleh dasar ekonomi terbuka Malaysia. Selain itu,nilai perdagangan dunia semasa telah bertambah 16 kali ganda berbanding dengan tahun 1950.Malaysia juga telah memperoleh keuntungan daripada proses liberalisasi perdagangan dunia iaitu pertumbuhan ekonomi Malaysia ekoran dari pertumbuhan eksport negara. Sebagai sebuah negara kecil,Malaysia bergantung kepada pasaran luar negara. Pada masa kini,Malaysia merupakan negara pengeksport ke 17 dan negara pengimport ke 21 terbesar di dunia. Selain itu, Malaysia telah mengambil kesempatan dari proses awal globalisasi dalam industri elektronik iaitu dalam kawasan perdagangan bebas,menyediakan suasana yang liberal bagi operasi syarikat-syarikat antarabangsa serta menjadikan Pulau Pinang sebagai FREE TRADE ZONE. Pertumbuhan sektor ini menyumbang kepada peningkatan dalam eksport serta pembangunan ekonomi negara.Rangka pembangunan ekonomi yang selari dengan tuntutan ekonomi global,penting bagi memastikan ekonomi negara dapat bertindak balas terhadap perubahan dan cabaran ekonomi global yang semakin kompetitif sifatnya. Model Ekonomi Baru(MEB) dan Program Transformasi Ekonomi(PTE) merupakan tindak balas kerajaan terhadap senario dan cabaran ekonomi global hari ini.Pelancaran Pelan Hala Tuju ETP yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC)pada 25 Oktober lalu membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk membawa perubahan dan kemajuan ekonomi negara setanding dengan ekonomi negara-negara maju.Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,10. Secara kesimpulannya, globalisasi membawa implikasi kepada perkembangan kolonialisme dalam bentuk baru yang kebanyakkannya dikuasai oleh negara maju. Dalam keadaan sedemikian, organisasi antarabangsa, MNCs dan pertubuhan perdagangan dunia yang menjadi tunggak kepada penjajahan dalam bentuk baru dengan menggunakan idea pembangunan untuk menarik minat negara dunia ketiga untuk mengikut arus yang dirangka oleh mereka. Dengan ini, negara dunia ketiga akan terus terikat dengan perjanjian yang telah dilaksanakan dengan harapan dapat membangunkan negara mereka tetapi hakikatnya adalah membawa kemunduran yang lebih keatas ekonomi mereka. Para anggota negara maju akan menggunakan sepenuhnya alat globalisasi yang mampu menjana kepentingan mereka secara keseluruhannya. Perubahan dan ketidaktentuan yang disebabkan oleh globalisasi menyediakan peluang dan juga ancaman bagi setiap individu mahupun kumpulan. Mereka yang pandai mengambil kesempatan daripada fenomena ini menikmati peluang, manakala yang terpinggir daripada trend ini menerima keadaan yang lebih buruk.

11. Sekian, terima kasih.

RUJUKANacademia.edu. (2014, August 27). Retrieved from kesan globalisasi: http://www.academia.edu/5400793/Kesan_globalisasi_terhadap_tamadunBahasa Melayu SPM. (2014, Ogos 27). Retrieved from kesan-kesan globalisasi: http://subrato403.blogspot.com/2010/11/globalisasi-dikatakan-membawa-kesan.htmlGlobalisasi dan tunggak pendidikan UNESCO. (2014, Ogos 27). Retrieved from Impak Positif dan Negatif Globalisasi: http://syeeramia09.blogspot.com/2012/08/impak-positif-dan-negatif-globalisasi_12.htmlSTPM study. (2014, August 27). Retrieved from Kesan-kesan globalisasi: http://stpm-study.blogspot.com/2013/11/isi-kesan-kesan-globalisasi.htmlTEKS UCAPAN. (2014, august 27). Retrieved from teks ucapan penuh: http://aplikasi.kpkt.gov.my/ucapan.nsf/8521d968204e8b454825697400224ca6/8e7396235e4a6ee8482574dc0004f635?OpenDocument